Rupa Pura-Pura (RPP) hamba capai apabila hamba merasa perlukan sedikit breather dari novel cinta (BKATC) dengan membaca buku berlainan genre - puisi. Secara keseluruhan, RPP tidak mengecewakan. Benar. Namun, hamba juga tidak merasakan buku ini wow. Tetapi mungkin saja, enjin hamba yang belum panas untuk memulakan kembara buku di tahun 2014 ini. Mungkin jadi kan makanya jangan pula takut mencuba (^_^).
Tentang yang lain, hamba menyukai perbendaharaan kata sederhana dalam tulisan Para Jamaludin dan kerana itu hamba merasa puisi-puisinya sangat jujur meski hamba perlu membaca tiga kali untuk akhirnya menemui puisi yang hamba gemari. Dan, hamba suka sekali lukisan di kulit buku ini – lakaran seorang gadis dengan hati di tangannya – seperti penulis yang bicara tentang hati sendiri melalui puisi.
Sepi dan pasrah, banyak puisinya bernada ini. Antara puisi kesukaan hamba antaranya; Ajal, Vis-a-vis, Niat, Masih Percaya, Sama, Aku Tahu, Sunyi, Janji, Percaya, Pulang, Perempuan Besi dan...
Mereka ada semuanya. Tapi mereka tapikan segalanya. (petikan Alasan; Rupa Pura-Pura; Para Jamaludin; m/s 44)
Lalu bayangan lelakinya masuk ke kamar Mengambil air matanya yang ditinggalkan dan menyapunya ke mata sendiri Perempuan itu, bersama anak di pangkuan, Merasa kehangatan di peluk sang suami Walau lelaki itu telah mati ditelan asap yang dihembus sendiri. (petikan Asap; Rupa Pura-Pura; Para Jamaludin; m/s 73)
Bagaimana seharusnya untuk menilai sebuah puisi sebagai sebuah karya yang bagus? Cukupkah sekadar kita baca dan kita mampu masuk dalam situasi dan suasana itu? Atau cukupkah sekadar menyamai pengalaman kita sendiri? Atau merasai hati kita sendiri?
Tapi banyak yang aku suka. Banyak!
Vis-A-Vis, Cuba, Jujur, Patri, Kosong, Terlalu Lama. Dan hampir separuh yang lain. Separuh. Bukan semua.
Dan mungkin ini baris yang paling aku suka; meninggalkan lelaki itu bersama dua batu - bernama, tapi tak berupa.
Tulisan seorang perempuan yang pasrah tetapi tidak mahu menyerah. Gaya penulisan yang jujur dan makna yang senang untuk difahami. Bacaan menjadi lebih menarik sampai ke puisi yang terakhir. Semoga tulisan Para Jamaludin yang akan datang akan menjadi lebih 'kuat' berbanding Rupa Pura-Pura.
Aku letakkan diri aku sebagai seorang perempuan (bagaimana ya?) pada setiap puisi yang aku baca, dan aku mampu mrasa apa yang Para rasa, rasa seorang perempuan, barangkali, ah rumit sekali :)