Jump to ratings and reviews
Rate this book

Erti Cinta #2

Sejak Kita Bertemu

Rate this book
Kesinambungan Novel ERTI CINTA...

Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta Anis terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran.

Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.

“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS

“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN

“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS

Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam hati Anis. Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?

Namun Damien juga punya keraguan sendiri.

“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN

Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.

Paperback

First published January 1, 2014

5 people are currently reading
72 people want to read

About the author

Camellia

4 books7 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (33%)
4 stars
31 (44%)
3 stars
9 (13%)
2 stars
5 (7%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
November 24, 2018
4.5*

Best.Aku lagi suka kesinambungan ini daripada buku Erti Cinta.Dalam buku ni,feel seram tu aku boleh rasa jugak walaupun taklah seram mana.Konfliknya sedikit berat dan bukunya sedikit tebal tapi penulis pandai mengolah menjadikannya masih tidak serabut untuk dibaca dan sedar2 aje dah habis baca dah😂

Aku suka dengan Damien yg pandai menguruskan masalah dengan baik dan sentiasa utamakan perasaan Anis😉,tapi Anis ni lemah sangat dan suka percaya mulut orang lain dari suami sendiri😒.

Cumanya aku rasa endingnya sedikit terburu2.Kalau penulis boleh kembangkan sedikit endingnya lagi bagus.

Apapun tahniah penulis dan aku harap penulis akn sentiasa menghasilkan karya yang unik sebegini.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 13, 2016
3.5 *

04-05-2014

Masih ingat dengan Anis, Maria, Joe, Mak Ani, Apek Mana Cinta Hati Saya dan Cik Pia daripada kisah Erti Cinta? Haaa, kisah ini adalah lanjutan daripada Erti Cinta dulu.

Selepas berkahwin dengan Damien (adik Danny), Anis telah beberapa kali mengalami keguguran. Sedar dengan situasi tertekan yang membelenggu Anis, Tan Sri Dzairil (bapa Damien) menghadiahkan Vila Helena (sebuah rumah percutian) kepada Anis dan mencadangkan mereka suami isteri untuk bercuti ke situ. Sebenarnya Vila Helena itu asalnya adalah rumah keluarga mereka tapi disebabkan satu peristiwa lampau, keluarga Tan Sri Dzairil seolah-olah mengharamkan keturunan mereka menjejakkan kaki ke sana. Cuma bila generasi terdahulu sudah meninggal dunia, Tan Sri Dzairil merasakan yang dia mahu menyimpan kenangan silamnya dengan memperoleh kembali rumah tersebut dan menghadiahkannya kepada Anis

Memang untung jadi si Anis ni. Ayah mertua sayang sangat sampai tak bagi tercuit sedikit pun. Manalah Maisara, sepupu Damien tak anti dengan Anis? Kewujudan Anis seolah-olah meminggirkan dirinya yang selama ini jadi kesayangan Tan Sri Dzairil.

Pemergian Anis dan Daniel ke Vila Helena disambut oleh Maya, pembantu rumah yang kononnya ditugaskan untuk menjaga dan membersihkan Vila Helena. Agak misteri sebab tiba-tiba muncul pembantu rumah sedangkan Damien tidak pernah diberitahu tentang hal ini. Tapi memandangkan Anis mungkin memerlukan bantuan untuk membersihkan kawasan rumah, mereka akur dengan kehadiran Maya.

Pelbagai hal yang berlaku selepas kehadiran mereka ke rumah itu. Antaranya; Anis diganggu hingga dirasuk. Manakala Damien pula terlanggar seorang perempuan (Hanna) yang entah muncul dari mana semasa dalam perjalanan untuk mencari ubat demam untuk Anis. Lebih malang lagi bila Hanna yang disahkan mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) hanya mengenali Damien sebagai penyelamatnya. Kemudian banyak lagi gangguan-gangguan lain yang sebenarnya membawa mereka ke satu titik permulaan, Vila Helena. Jadi, apa agaknya misteri yang membelenggu sehingga mereka dihantui 'sesuatu' di situ?

Komen saya:

1. Memang benar, Iblis dan syaitan tu sentiasa berusaha menyesatkan anak Adam. Pelbagai cara diguna untuk membuat kita taksub tentang kewujudan mereka sehingga terlupa tentang kewujudan yang Satu dan paling berkuasa di dunia ini. Dan inilah yang penulis cuba tekankan kepada kita.

2. Suka dengan sifat kebapaan Tan Sri Dzairil yang sanggup mengutamakan keluarga walaupun kesibukan sentiasa menghambatnya. Banyak nasihat yang diturunkan kepada Damien dalam usaha membentuk Damien menjadi ketua keluarga kecilnya.

3. Suka penekanan kejujuran dan kepercayaan dalam sesebuah hubungan terutamanya dalam rumahtangga. Jika tiada kedua elemen ini tak mustahil jika rumahtangga yang dibina sentiasa bergolak. :)

4. Sama ada saya yang 'terkurang' rasa atau memang kisah ini yang kurang terasa 'seramnya'. Hahah. Gaya komen macam berani sangat je nak baca kisah seram. :P

5. Saya sentiasa kagum dengan keberanian Puan MK menulis kisah-kisah sebegini. Untuk keberanian dan kelainan yang cuba ditonjolkan, tahniah diucapkan. Moga sentiasa dilimpahi ilham untuk menghasilkan kisah-kisah sebegini pada masa akan datang. :)
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
December 7, 2024
Mungkin bagi readers lain tidak begitu seram tapi bagi F yang memang penakut-acah²-berani ni tetaplah seram 🙈

Untungnya ayah mentua sayang dekat menantu sampai hadiahkan villa. Tapi villa tu ada rahsia yang tersendiri.

Agak lama jugak nak tahu rahsianya selepas macam² terjadi.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 25, 2022
[BOOK 123]

Sejak Kita Bertemu by Camellia.
.

Buku ni pun aku beli masa PBAKL 2022, sebabnya ni ialah sekuel kepada Erti Cinta.
.

Okay, masih genre seram dan misteri ya. Part cinta tu ciput sangat.
.

Dalam buku Erti Cinta, endingnya, Anis dilamar oleh Damien, kembar Danny. So, ni kisah mereka.
.

Selepas 6 bulan kahwin dengan Damien, sudah beberapa kali Anis keguguran. Anis mula jadi murung. Kawannya Maria yang kahwin dengan Joe pun dah dapat anak. Lagi stress, bila Marissa, sepupu Damien duk mengata pasal Anis ni.
.

Tapi yang bestnya, Damien dan ayahnya, Tan Sri Dzairil, sayang gila kat Anis ni. Tan Sri siap belikan rumah di tepi laut untuk Anis. So, Anis dan Damien pun pergilah ke rumah tersebut untuk bercuti.
.

Vila Helena. Dan disitulah, sebuah kisah seram bermula.
.

Sampai je ke Vila tersebut, mereka disambut oleh Maya, pembantu rumah yang cantik. Tapi dorang ni pelik la, kenapa ada pembantu rumah pulak. Bila dorang call pihak yang incharge, tengah bercuti pulak. So, dorang terima je la Maya tu.
.

Malam pertama, Anis tak boleh tidur. Dia dengar bunyi kaca pecah. Bila turun ke tingkat bawah, dia dengar piano berbunyi. Dan dia nampak Danny. Terus dia pengsan.
.

Dan esoknya, Anis terus sakit-sakit, muntah-muntah. Damien pula serabut dengan Maya yang asyik duk pujuk minum kopi la, makan kuih Sayang-sayang la. Lepas tu, masa Damien drive ke bandar mencari panadol untuk Anis, dia terlanggar seorang perempuan. Hurm, another trouble.
.

Banyak la peristiwa yang kurang menyenangkan terjadi di rumah tersebut. Damien pernah dinasihatkan untuk keluar dari rumah tersebut sebabnya, setiap penyewa dan pemilik yang tinggal di situ, pasti tidak akan selamat.
.

Apakah misteri di sebalik Vila Helena?
.

Buku ni lebih seram berbanding Erti Cinta. Tapi aku suka baca kasih sayang Damien dan Tan Sri terhadap Anis. hurm, rasa kesian pulak kat Anis. Dia ni asyik encounter rumah yang seram je.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 12, 2021
Sequel kepada novel Erti Cinta
.

Anis menikahi Damien setelah 3 tahun usaha Damien mendekati Anis. Dan Anis menjadi menantu kesayangan Tan Sri Dzaril. Hinggakan dia menghadiahkan sebuah Vila di Melaka untuk Anis
.

Kata Maisara, sepupu Damien yg Anis tidak sepadan dgn Damien. Anis hanyala gadis biasa manakala Damien seorang lelaki yg perfect. Ditambah Anis keguguran 2 kali
.

Atas nasihat TS Dzaril, maka Anis dibawa Damien ke Vila Helena untuk bercuti selama 2 minggu utk menenangkan fikiran
.

Vila Helena, menyimpan seribu satu rahsia lama. Malah kenangan lama TS Dzaril turut terlakar disitu. Dan disebabkan itulah dia membeli vila tersebut dan dihadiahkn kpd Anis. Vila Helena skrg bukanla spt dahulu. Gangguan demi gangguan yg dihadapi oleh penghuninya. Hinggakan ada nyawa terkorban dan ada hubungan terpisah
.

Kali ini, dia kembali menuntut janji. Anis dan Damien menjadi mangsanya. Nek yam, orang tua yg tinggal disebalik bukit berhampiran Vila Helena. Hanya dia mengetahui rahsia Vila Helena. Siapa sebenarnya Nek Yam? Apa hubungkait Nek yam dan Vila Helena? Apa sebenarnya yg berlaku dlm VH? Janji apa yg dituntut hinggankan ramai menjadi mangsa. Ditambah kehadiran Maya sbg pembantu VH menjadi keadaan semakin kelam kabut. Kuih Sayang2 sentiasa terhidang tanpa kira waktu. Siapa Maya?
.

Serius, jantung aku tak mampu berdetak normal. Ibarat menaiki sebuah roller coaster. Perasaan ingin tahu membuak2 sampai aku cuba utk cepat2 ingin menamatian kisah ini supaya aku mendpt sebuah jawapan disebalik Vila Helena
.

Peminat genre misteri, paranormal dan seram aku rekomenkan korang utk baca. Tak rugi
.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
January 16, 2014
#4 Sejak Kita Bertemu
Karya Camellia a.k.a Novelis Maria Kajiwa
Terbitan Penerbitan Karyaseni

Sejak Kita Bertemu karya ke-2 penulis bersama penebitan Karya Seni yg merupakan kesinambungan novel pertama penulis dgn penerbitan Karya Seni iaitu Erti Cinta.. Naskah ini bukanlah bertemakan cinta tp berkonsepkan thriller seram yg diselitkan unsur cinta dan kekeluargaan dan sedikit unsur komedi.. Sebelum anda membaca naskah SKB ini anda harus membaca naskah EC.. Dlm naskah SKB ini adalah rentetan kisah Anis dlm EC.. Penulis bijak mengarap watak Anis dlm EC kedlm SKB.. Ternyata naskah ini amat baik dan lnh mendebarkan serta menyeramkan berbanding EC.. Saya amat mengemari naskah SKB dan mampu membuat sy puas utk smpi kepenghujungnya.. Bg sy SKB amat mendebarkan dan menyeramkan dgn kisah-kisah yg berlaku.. SKB mengisahkan Anis yg bertemu jodoh dgn Damien iaitu adik kpd Danny.. Dlm EC Damien melamar Anis dan Anis telah menerima lamaran Damien hingga mereka mendirikan rumah tangga.. Tidak dilupakan watak Maria iaitu sahabat Anis dlm EC.. Dlm SKb juga Maria telah berkahwin dgn Joe dan merekan dikurniakan seorg cahaya mata iaitu Daniel.. Kisah bermula apabila Anis dan Damien dihadiahkan sebuah rumah banglo yg dihadiahkan oleh bapa Damien iaitu Tan Sri Dzairil yg bertempat di Melaka.. Banglo lama yg diberi nama Vila Helena.. Tan Sri Dzairil amat menyayangi Damien dan sgup melakukan apa shj demi kebahagian Damien dan Anis.. Vila Helena sbnrnya hadiah perkahwinan antara Anis dan Damien dan dihadiahkan kpd Anis yg merupakan menantu kesayangannya.. Tan Sri Dzairil memberi hadiah itu lantaran kemurungan Anis yg mengalami keguguran serta sindiran Maisara yg juga sepupu kpd Damien.. Anis dpt merasakan yg Maisara serta saudara Damien tdk dpt menerimanya akibat taraf yg berbeza.. Anis menerima banglo tersebut dan telah pindah masuk kerumah itu utk 2 minggu dan jika mereka menyukainya mereka akan terus menetap disitu.. Pada awalnya Anis amat berat utk menerimanya risau jika dikatakan mahu menumpang senang dr kesenangan suaminya.. Setiba mereka disana mereka terpegun dgn keindahan Vila Helena dn mereka disambut oleh seorg wanita yg mengelar dirinya Maya iaitu pembantu rumah tersebut.. Pada mulanya mereka agak curiga dgn kehadiran Maya sbg pembantu rumah.. Kecurigaan mereka makin bertambah lantaran Maya yg spt jatuh hati pada Damien dan sering membuat Kopi dan Kuih Sayang-sayang utk mereka tp mereka tdk pernah menjamahnya.. Semenjak itu mereka sering diganggu dgn pelbagai bunyi aneh serta dgn tanah yg merata dlm rumah dan bau busuk sehingga Damien dan Anis jatuh sakit.. Perkara itu tdk terhenti disitu malah makin parah slps Maya diberhentikan dan dihalau.. Mereka tlh mengajak Maria dan Joe serta anaknya Daniel tggl disitu utk beberapa hari.. Tidak cukup itu mereka diuji lg apabila Damien terlanggar seorg gadis bernama Hanna yg tiba-tiba muncul.. Hanna dihantar kehospital dan hanya mengenali Damien tp Damien tdk mengenalinya dan ia menjadi kes polis.. Perkara itu dirahsiakan dr pengetahuan Anis.. Damien tlh menghubungi bapanya Tan Sri Dzairil utk membantu.. Akibat kejadian itu Tan Sri Dzairil telah mengupah org utk menyiasat kisah rumah tersebut dan membawa kpd cerita yg tdk disangka.. Di sana mereka bertemu dgn Pak Cik Baba dan isterinya Mak Cik Ros selain wanita misteri yg menyeramkan iaitu Nek Yam.. Nek Yam pernah menyuruh Pak Cik Baba utk menyuruh Damien dn Anis keluar dr rumah itu kerana risau mereka akan terperangkap dlm Vila Helena utk selamanya.. Tdk cukup itu Joe pula yg dirasuk akibat makan kuih yg tlh dihidangkan oleh Maya yg muncul tiba-tiba.. Dlm naskah ini juga penulis menceritakan siapa sbnrnya ibu kandung Anis.. Jika anda ingin tahu rahsia Vila Helena.. Apakah yg terjadi pada Vila Helena pada masa lampau.. Siapakah sbnrnya Maya.. Apa kaitan Maya dgn Vela Helena sehinggakan dendamnya tdk terpadam.. Dptkah mereka merungkai kisah hitam Vela Helena.. Adakah Anis menemui kebahagiaan.. Dan pelbagai lg kisah yg anda tdk terjangka anda harus dptkan naskah ini segera dipasaran.. Mmg naskah ini memberi kepuasan pd pembaca terutama jika anda pengemar karya seram.. Anda disarankan membaca Erti Cinta terlebih dahulu.. Tak tergambar utk sy nyatakan.. Naskah ini memberi kepuasan maksimum pd sy.. Anda harus bacanya sndiri dan rasakan apa yg sy rasakan.. Membaca naskah ini membuatkan sy tdk sedar yg sy telah smpai kepenghujungnya.. Tidak tergambar sy utk nyatakan.. Sy dpt rasakan spt sy seolah berada ditempat tersebut.. Tahniah buat penulis Camellia krn berjaya membuat sy teruja.. Dptkan segera dipasaran dgn harga RM24(sm) RM27(ss) terbaik terbitan Karya Seni 5*

# p/s ini hanya pendapat peribadi seorg pengemar naskah seram dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 21, 2014
Kesinambungan novel ERTI CINTA. Kali ini diteruskan lagi dengan kisah perkahwinan Anis dan Damien. Seperti biasa, tema thriller itu tetap juga ada pada penulisan Camellia kali ini. Masih mengekalkan RUMAH sebagai subjek utama. Kesinambungan ini bagi saya merupakan sebuah kesinambungan yang berjaya. Tak terasa bosan membacanya. Malah, membacanya menjadikan saya tak senang duduk. Sesekali macam terasa diperhatikan pulak! Ahaha... Keseluruhannya, apa yang boleh dipelajari, tanpa kepercayaan juga, sesebuah ikatan perkahwinan itu takkan bertahan lama. Selamilah kisah ini... Buat Camellia, saya menantikan karya anda yang seterusnya! Tahniah!
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 14, 2014
Book #39 - 2014

Oh wow! But then again.my opinion my be biased because I liked her first book. This book is sambungan dari cerita ERTI CINTA. Masih mengisahkan pasal Anis. Only this time, it's not as seseram mana. I thought it would be seram sampaikan waktu malam, I decided not to read this book pasal takut terbayang-bayang.

I love this kind of misteri. Siuk! The most I love about this book is how this story is so well thought. Sukkkkaaaaa!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 3, 2017
"Cinta Itu Kepercayaan" ayat yang ditulis penulis untuk Sha.. Memang kena sangat ayat ini untuk keseluruhan novel ini.. Tunjang utama hubungan suami isteri ialah percaya.. Bila kepercayaan tiada maka huru haralah hubungan itu.. Anis yang tidak tentu arah, Damien yang merasakan hidup dibayang arwah Danny dan bapa mertua yang mengenang cinta lama.. Rumah yang menyimpan penantian seorang kekasih.. Kisah seram yang sangat sedih.. Tapi menarik dibaca.. @mariakajiwafanclub
#sejakkitabertemu #camellia #karyaseni #novelmelayu #novelseram #horrornovel #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaandisember2017 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Mutiara Wanie.
52 reviews6 followers
July 1, 2021
Ini adalah sequel novel Erti Cinta yg berkisar tentang kisah Anis, Maria, Joe, Mak Ani dan Cik Pia.
--
Sejak berakhirnya kes arwah Danny, Anis Sarina nekad melupakan segalanya dan terima lamaran Damien adik kembar arwah Danny. Maria pula bahagia bersama Joe dan baby Daniel. Untungnya Anis bila disayangi oleh ayah mertuanya, Tan Sri Dzairil. Dia dibesarkan oleh ibu tiri sejak berumur setahun dan telah kehilangan ayah ketika berumur 12 thn. Ibu kandung sendiri, hanya dikenali melalui sekeping gambar yg dititipkan ayahnya sebelum meninggal dunia. Ada kisah duka yg dia sendiri tak tahu.
--
Kemanisan rumahtangga Anis diduga bila dia beberapa kali keguguran malah dicemuh saudara mara sebelah Damien. Dia mula rasa rendah diri dan kemurungan ditambah dgn mulut puaka Maisara, sepupu Damien. Sebagai ayah mertua yg sangat mengambil berat dan ikhlas menyayangi, Anis dihadiahkan sebuah rumah iaitu Vila Helena yg terletak di Melaka. Hadiah perkahwinan yg sangat bernilai dan mereka juga diberi cuti panjang. Damien nekad sembuhkan hati Anis dari diselubungi kebimbangan dan keraguan serta berikan kegembiraan buat Anis, satu²nya isteri yg dicintai.
--
Vila Helena pernah menjadi mahligai cinta antara dua hati, tersergam indah di tepi laut dan merupakan vila yg menyimpan banyak rahsia silam yg masih menjadi rahsia. Keindahannya menggamit ramai keluarga utk menjadi penghuninya yg akhirnya berkesudahan dgn mala petaka. Ada misteri yg tersembunyi. Ada dendam yg berakar umbi.
--
Kedatangan Anis dan Damien disambut oleh Maya, pembantu rumah yang cantik dan telah lama berada di Vila Helena. Maya yg punya aura yg kuat dan menggoda. Maya yg sememangnya menantikan kedatangan mereka. Siapa Maya?
--
Sebaik saja mereka menjejakkan kaki di Vila Helena, Damien disapa hembusan angin yg teramat sejuk. Dan... satu demi satu kejadian pelik berlaku. Damien digoda. Anis diganggu hingga dirasuk. Tanpa sedar sebenarnya nyawa mereka dlm bahaya. Dlm perjalanan mencari ubat untuk Anis, Damien terlanggar seorang gadis iaitu Hanna yang entah muncul dari mana. Dgn pertolongan Faiz, kawannya, Hanna dibawa ke hospital. Bertambah satu lagi masalah bila Hanna dikatakan menghidap PTSD dan hanya mahukan Damien. Kewujudan dan masalah dgn Hanna, Damien rahsiakan dari pengetahuan Anis demi menjaga hati dan risaukan kesihatan Anis. Siapa Hanna?
--
Maisara juga menyusul ke Vila Helena walaupun ditegah. Anis pecat Maya krn cemburukan Damien. Dlm masa yg sama, tanpa pengetahuan Anis, Maria dan Joe merancang sesuatu dgn persetujuan Damien. Maisara yg muncul, menambah masalah tp mujur Maria sampai tepat pada masanya.
--
Damien mula rasa pelik dan mencari tahu ttg Vila Helena dr orang kampung. Tan Sri Dzairil juga tak senang duduk bila mengetahui apa yg terjadi dan cuba membantu Anis dan Damien. Mereka terperangkap dlm Vila Helena. Tiada jalan keluar selagi apa yg diinginkan tak tercapai. Apa kesudahannya? Apa kaitan Maya dgn Vila Helena? Dapatkah mereka merungkai kisah hitam Vila Helena? Adakah Anis menemui kebahagiaan?
--
Kali ni konflik lebih berat. Tapi aku suka sikap Damien yg pandai menguruskan masalah dengan baik dan sentiasa utamakan perasaan Anis. Respek dgn sifat kebapaan Tan Sri Dzairil yang sanggup mengutamakan keluarga walaupun sibuk dgn tugas. Seperti biasa, penulis berjaya wujudkan unsur suspen dalam setiap bab. Walaupun banyak watak dalam kisah ni tapi tak mengganggu malah cerita makin mantap. Vila yg pernah menjadi sebuah mahligai cinta kini berubah menjadi lubuk segala malapetaka. Dan pelbagai lagi kisah yg tak dijangka. Sebuah kisah seram-misteri yg sangat best. Highly recommended and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 1, 2018
Kesinambungan kisah erti cinta. Kisah anis dan damien yang sudah berkahwin. Pasangan yg saling mencintai tetapi masih ada sedikit rasa tidak percaya dalam diri masing2. Rasa rendah diri dalam diri anis dan perasaan cemburu damien menyebabkan rumahtangga mereka sedikit hambar.
Percutian mereka ke vila helena diharap dapat mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan mereka. Malangnya ada rahsia keluarga dan dendam yg mengejar mereka di sana.
Penulis berjaya mewujudkan unsur saspen dalam penceritaan. Walaupun banyak watak dalam cerita ni tapi masih tidak mengganggu dan sangat2 membantu pembentukan cerita.
Moral of the story kasih sayang and kepercayaan mesti seiring dalam sebuah perhubungan. Jangan sesekali terhasut dengan perasaan amarah hingga sanggup menggunakan jalan yang salah untuk membalas dendam.
Profile Image for Ctsyah.
20 reviews
May 4, 2018
sperti buku pertamanye, mmg kita takkan dpt meneka yg sbnrnye buku sambungannye jgk beransurkan misteri berlandaskan tajuk novel ini.bkn setakat misteri tetapi ada juga terselit tntg kekeluargaan, kepercayaan trhdp pasangan masing2 lagi2 bila da berkahwin.kerana cinta, seseorg sggp lakukan ape saja termasuk mengorbankan dirinye semata2 utk berpegang teguh dgn janji dimenterai oleh pasangan kekasih ini hingga ke akhir hayat hingga sggp mensyirikkan Allah SWT..
sprti buku pertama, kerana cinta, manusia sggp membunuh insan lain kerana ingin merebut cinta si wanita wlaupun dia bkn pilihan si wanita itu.
tetapi JODOH AJAL SEMUA ITU DI TANGAN TUHAN, SAPA KITA UTK MENENTUKAN..
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
December 22, 2023
Anis telah buang jauh tentang kehidupan diflat itu dan terus memandang kehadapan bersama suaminya Damien. kehiudpan Anis diuji bila dia keguguran dan perasan sangsi dan merasa dirinya tidak sempurna semakin menguasi dirinya.
Damien lihat perubahan yang berlaku dia membawa Anis bercuti kesubah Villa Helena. sebuah Vila diahdiahkan oleh bapa mertuanya Tan Sri Dzairil. VIlla yang mempunyai kisah tersendiri dimana hanya penghuni asal ini saja yang tahu.

setelah tiba di vila itu pelbagai kejadian aneh berlaku pada pasangan ini. ANis dirasuk dan perasann sangsi terhadap suaminya Damien semakin menebal bila sepupu Damine tinggal bersma mereka.
satu susuk manusia tiba-tiba muncul memperkenalkan dirinya sebagai 'pembantu rumah'
iaitu 'Maya'. dan wanita yang Damien jumpa bernama 'Hana'.

siapa sebenarnya 'Maya' dan 'Hana' .

dalam perjalanan mereka cuba mencipta memori. tergaris satu coretan tentang apa disebalik kisah vila ini dan kenapa mereka dihantui oleh 'mereka'.

angkara dendam keturunan menjadi galang gantinya.

"Anis satu-satunya cinta yang abang ada. Cinta abang sekampung malah sudah bertambah luas...sebandar, selautan, seluas bumi, sejauh galaksi untuk Anis," - Damien

----------------------------------------------

sambungan dari novel Erti Cinta ..

kisah anis dan damien selepas kawin.
merka cuba bawa hidup selepas ketiadaan Danny.
tapi biasalah kawin dengan orang yang semua ada anis rasa diri dia rendah sangat, sebab orang cakap macam2 pasal dia tak mengamdung lagi dan hidup dia tak setaraf Dmaien.

Maisara sepupu Damien konon nak jadi jahat tapi hujung2 kene sound balik dengan Damien. mak dengan anak sama jer tahu nka runtuhkan masjid orang lain. bila dah kene kacau dengan 'benda' baru sedar diri.
tahu takut.

maya. perempuan yang muncul dalam hidup anis dan damien. creepy women suddenly mencelah dan mengaku ada sesuatu dalam vila tu. dia cuba untuk memisahkan anis dari dia dengan cara yang halus. tapi sayang cara dia tak berkesan hujung kene halau .

Hanna. muncul tiba-tiba dan hampir dibunuh oleh seseorang. mata Hanna namapk orang lain tapi Damien jadi mangsa. nak atau tidak Damien terpaksa menjaga Hanna walau dia terpaksa tipu Anis.

plot twist sangat kurang waras.cemburu dengan benda mati...
kisah lama pasal vila tu
kisah hidup anis.
so dalam ni kita tahu kenapa anis benci dengan mak tiri dia dan mana datang mak kandung Anis.
mak kandung dia ada kaitan dengan Tan Sri Dzairil.
Profile Image for Syuhada.
20 reviews
July 2, 2022
Penuh dgn misteri,best jln cerita dia..mcm dlm movie 🍿
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 16, 2017
Yeay... satu perkembangan baik utk diri sendiri kihkihkih, kenape ??? sbb pd 16.01.2017 nie novel ke11 yg dibaca, semoga thn nie dpt abiskan novel yg beratur pnjg, kesiankn mest lenguh kaki novel kihkihkih

tamat pd 07:10am
SEJAK KITA BERTEMU - Camellia

Fuhhh lega setelah memperolehi novel nie di tgn. Habis jer novel sblmnya terus sambung baca yg nie. Misteri.... misteri.... misteri.... diadun sempurna dgn seram sehingga terhidanglh helaian yg penuh debaran, disbbkn kusyuknya mlm td membaca sampai terkejut jugalh tetiba ada benda jatuh di kepala, kering jap darah n tghari nie tetiba rasa ada yg memerhati ketika sdg masak kebetulan plak x de org di umh hahaha, nie semua Maya punya pasallh. Teruk toi arrr hahaha

Seriusnya ada beberapa mukasurat tu mmg buat sy kecut perut membayangkan, dh mcm ada dlm novel tu plak rasa, mahu x seram, klu tgk movie dh taraf jerit n tutup mata nie ishhhh

Sejak Kita Bertemu merupakan kesinambungan Erti Cinta, kisah kali nie plak apabila Anis n Damien sudah berkahwin.Agak sedih krn Anis telah beberapa kali keguguran sehingga menyebabkn beliau mengalami kemurungan n rasa rendah diri yg melampau. Menjdkn beliau seorg yg sgt sensitif. Kesempatan itu diambil oleh bapa Damien dgn menghadiahkan sebuah Vila buat Anis supaya mereka berdua dpt berehat n menenangkan fikiran.

Ketenangan yg dicari tidak kesampaian apabila terdpt beberapa perkara yg aneh n seram menimpa mereka. Belum lg dikejutkan dgn pembantu rumah yg cantik sedia menanti, bersikap aneh n agak melampau juga ada ketikanya. Ditambah plak kehadiran Maisara sepupu Damien yg tidak diundang.

Sehingga menerbitlh perasaan cemburu n curiga Anis terhadap Damien. Mujurlah Damien pandai mengawal keadaan wlupun beberapa kali digoda pembantu rumah. Tapi tu semua tidak bertahan apabila Damian ditemukan pula dgn Hanna yg misteri, tambah lg kekalutan di jiwa Damien. Dgn Maisara yg pndai mengambil kesempatan dlm keadaan tersebut. Kemunculan Nek Yam yg tiba2 juga menjd tandatanya. Keadaan bertmbh buruk apabila mereka diganggu secara terang2 di dlm vila tersebut.

Memandangkan emosi Anis yg tdk stabil dgn masalah yg mereka terpaksa hadapi, berlaku juga perselisihan pendpt yg membawa kpd terbongkarnya rahsia Vila Helena yg menuntut nyawa sebagai galang ganti. Byk kejutan juga yg akan berlaku selain dr misteri Vila tersebut.

Apakah nasib yg akn menimpa mereka ??
Siapakah pembantu rumah mereka, Hanna n Nek Yam ????
Apakah motif Maisara ???
Apakah rahsia hitam yg tersembunyi di sebalik keindahannya yg menawan org yg memandang ???

Sekiranya korang mcm sy yg sukakn misteri n seram, jemputlah turut serta bercuti di Vila Helena. Kesimpulannya sy sgt teruja bersama Anis n mereka yg lain, wlupun kdg2 mmg arghhh geram ngan Anis yg penuh curiga tp abaikan jerlh sbb dia sakit huhuhu

#karyaseni
#sejakkitabertemu
#camellia
#mariakajiwa
#seramlicious
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
November 10, 2014
Sejak kita bertemu…..sungguh luar jangka hingga berbulan2 masa diambil utk menghabiskan buku ni…bukan tak sedap cuma saya yg cepat hilang fokus! Ini kisah sambungan dr citer Erti Cinta…terujanya saya nak baca tp itulah….
Penulis ni lebih sinonim dgn kisah seram dan dlm SKB mmg buat saya rasa takut dan terbayang2…tk kuat semangat mmg ginilah jdnya….huhuhu
Keseluruhan? Kisah ini buat mereka yg gemarkan kisah seram sgt sesuai…pd mereka mgkin tak seseram mana tp saya mmg terasa seramnya… endingnya sedih la…tp okeylah dan sesuai caranya….pd saya…buku ni blh diterima dgn baik dan lain org lain rasanya..jdnya baca dan rasa sendiri!

Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.