Muhammad Azim pemuda mithali si pencari jawapan. Surat-surat lama tinggalan bapanya membongkar akar leluhur. Branwynn Gwill, seorang perempuan suruhan yang hidup pada tahun 1881 di sebuah rumah sakit jiwa di London telah berutus surat kepada seorang pemuda bangsawan dari Pahang, Tun Ahmad Basil ibnu Tun Hassan Perwira; titik ini mengheret Muhammad Azim dan gurunya, Haji Mus'ab ke kota London.
Perkelanaan Muhammad Azim dan Haji Mus'ab ke Kota London menemukan satu demi satu kejutan. Dengan mencantumkan serpihan kemusnahan keluarga dan menemukan jawapan melalui surat-surat lama, dapatkah Muhammad Azim menemukan jalan untuk kembali ke pangkuan ayahanda dan bondanya dan menemukan penawar untuk kalbunya?
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Novel saya yang ke sepuluh. Menulisnya adalah suatu 'guilty pleasure'.Ia ada semua benda yang saya suka. Lukisan pre-Raphaelites, kaligrafi Islam, 'guns and knives', orang pakai kostum, surat-surat lama, hero yang kuat dan lemah pada masa yang sama, heroin-heroin yang bijak, 'bookish' dan 'total nerds', penjahat yang gila, keluarga yang berpecah-belah, pakcik/ makcik yang baik, senibina gothic (bidadari & gargoyles). Walaupun tidak sempurna,saya seronok menulisnya dan semoga ia seronok dibaca.
Sebuah novel yang berlatarbelakangkan sejarah, di mana watak fiksyen dihidupkan bersama dengan kisah masa lampau. Ini adalah antara genre kegemaran saya. Tidaklah begitu Islamik, tetapi turut menyentuh dan menceritakan tentang seni khat Islam dan turut mengangkat budaya warisan Melayu - seni persilatan.
Novel ini mengandungi kisah, di mana di dalam kisahnya, ada sebuah lagi kisah lain. Permulaan prolognya membuatkan saya lebih lekat lama untuk mengetahui kisah disebaliknya. Apa rahsia yang tersimpan beratus tahun dahulu? Apa perkaitannya dengan masa sekarang?
Penulis menceritakan dengan terperinci setiap babak dan bab, seolah-olahnya beliau memang pernah berada di situasi tersebut. Cerita disusun dengan kemas, setiap plot amat menarik. Dan sebagai pembaca, amat sayang untuk tidak meneruskan pembacaan ke bab yang seterusnya.
Dan sebagai pembaca, saya sentiasa merasa tidak sabar untuk nak merungkai rahsia sebenar - di sebalik surat dan jurnal. Ceritanya tidak mendatar - di hampir pengakhiran novel, diselitkan unsur saspen yang merisaukan saya dari awal - sesuatu yang buruk akan berlaku kepada hero! Dan ianya memang benar-benar terjadi. (Jangan risau, ianya masih ‘happy ending’.)
Novel ini saya bayangkan dan filemkan dalam kotak fikiran saya. Penulis berjaya membawa saya berada bersama dalam cerita ini sebagai ‘penonton’ yang tidak bersuara. Tahniah, memang sepatutnya novel ini merangkul anugerah dalam hadiah sastera. Hayatilah nilai-nilai murni dan teladan yang boleh kita dapati, sekiranya anda dapat membaca novel ini, suatu hari nanti.
Novel Qalam Kalbu, karya Sri Rahayu Mohd Yusop selepas diangkat sebagai karya terbaik bagi tahun 2013 berdasarkan kemenangan dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013, tentunya memancing naluri bacaan. Apatah lagi novel ini turut diperakukan pada kedudukan kedua Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-BH, sekali gus boleh dianggap karya pengarang bawah 45 tahun yang wajar diberikan perhatian. Bagaimanapun, membaca bahagian awal Qalam Kalbu, tidak sukar untuk menebak mengapa novel ini tewas kepada D.U.B.L.I.N. pada sayembara itu, tetapi berjaya mengatasi saingannya untuk HSPM 2013. Kompleksiti pada plot dan pengaruh sastera serta pemikiran Barat pada D.U.B.L.I.N mungkin menjadi 'sihir' yang mengagumkan panel sayembara sebelum ini, tetapi jalinan budaya Melayu serta kesenian Islam dengan meminjam latar Barat pada Qalam Kalbu tertanya memikat juri HSPM. Plot novel ini sangat lancar dengan pemilihan bahasa ternyata lebih mementingkan kecepatan untuk menyampaikan pemikiran pengarang berbanding menyeimbangkannya dengan bahasa yang puitis dan langgam yang indah. Latar masa kini dan sejarah digandingkan tetapi dibuat secara sederhana sehingga tidak mengganggu pembacaan, manakala babakan dengan kaedah surat menyelamatkan pengarang daripada terjebak dalam anakronisme, iaitu kesilapan menempatkan sesuatu perkara bukan pada zamannya; bahkan ia juga mempercepatkan plot. Qalam Kalbu bermula dengan elemen suspen atau ketegangan dengan menampilkan watak antagonis terlebih dulu berlatarkan London tahun 1880, sebelum melangkau masa kini dengan bumbu cinta dengan menyuguhkan watak pembantu. Protagonis hanya muncul kemudian bersama persoalan sejarah; watak dan warkah misteri yang meninggalkan tanda tanya yang dijawab satu demi satu dalam novel ini. Qalam Kalbu ialah pencarian leluhur manusia Melayu dan Inggeris yang masing-masing ditandai dengan manuskrip dan khat, iaitu simbol kesenian tertinggi budaya Timur dan lukisan yang pastinya antara puncak estetika humanisme Barat. Novel ini tidak sampai mewacanakan makna seni pada dua peradaban tetapi cara ia membandingkannya, meskipun mudah, ia menyenangkan pemahaman pembaca secara literal. Cuma kekurangan pada Qalam Kalbu ialah sebagai novel yang sepatutnya membawa pemikiran dengan teliti dan mendalam, plotnya memecut ibarat karya yang bersifat aksi. Pemilihan simbol warisan juga seolah-olah tergesa -gesa kerana tidak meninggalkan keyakinan yang kuat; mengapa manuskrip Bidayat al-Qalam sangat penting dijejaki dan lukisan Ophelia's Lament perlu diperoleh kembali. Qalam Kalbu juga tampak tergesa-gesa pada penghujungnya hingga peleraian pada ketegangan yang dicipta sepanjang novel ada kalanya kurang memancing. Bagaimanapun, Qalam Kalbu ini berjaya mengangkat jiwa Melayu pada tahap tertinggi, sekali gus boleh dianggap menghampiri ranah oksidentalisme karya timur meskipun pada akhirnya seperti lazim, akan ada wira yang perlu dikorbankan.
Ntah la no words! siri kalbu ni buat aku terinspirasi dengan akal, budi dan karakter mereka. Aku baca warisnya kalbu aku rasa nak sangat jadi Tun Cempaka, baca Qalam kalbu aku nak jadi Ahmad Basil pulak. ✨Alangkah baiknya andai akhlak mereka, perjuangan mereka, budi mereka dapat diterap kedalam semua anak bangsa melayu zaman ini. Tun Cempaka seorang yang cerdas, Ahmad Basil sangat budiman. Puan penulis Sri Rahayu makan apa ya sehari harian, boleh tulis cerita yang memberi kesan yang mendalam sebegini rupa.
Baca surat-surat lama Branwyn seumpama kita kembali ke kurun ke 19. 🥺
Ini merupakan sambungan secara tidak langsung kepada Warisnya Kalbu juga daripada Kak Sri (berbeza rumah penerbitan juga) cuma Qalam Kalbu ini sedikit berbeza dari segi penghayatan, rima dan lenggok air ceritanya. Lebih cerita, lebih drama dan lebih beremosi.
Mengikuti terus susur galur keturunan daripada Tuan Hassan dan penceritaan di mana Katherine berada sekarang usai cliffhanger yang ditinggalkan di dalam Warisnya Kalbu. Bermula dengan perutusan surat misteri daripada seorang wanita English yang bernama Branwynn Gwill, berkait rapat dengan keberadaan Katherine serta rahsia-rahsia yang bergumam di dalam pundak perempuan tersebut.
Jalan cerita bermula dengan dinamik di antara watak-watak baru di masa kini yang 'tersangkut' di dalam permainan takdir lampau. Bagaimana mereka melalui semua itu dengan istiqamah berbekalkan keazaman. Bermula dari tanah Melayu sehingga ke tanah asing London. Saya sukakan apa yang dipersembahkan oleh kak Sri dengan permainan emosi watak-watak. Ada sedikit ditinggalkan supaya segala yang kurang itu dapat ditebus dengan segala yang lain.
Jika di dalam Warisnya Kalbu nadinya ialah pantun, di dalam Qalam Kalbu pula nadinya seni penulisan khat dan seni silat melayu. Kak Sri lakarkan pergerakan silat itu dengan selincah mungkin (bagi saya segala yang bergerak di mata pena kak Sri cukup cantik) kadang sampai sempat berfikir adakah kak Sri juga seorang pesilat secara diam-diam?
Antara momen magis bagi saya di dalam naskah ini sudah tentu ketika Ahmad Basil menyelamatkan seseorang di dalam balang kaca yang dipenuhi air. Percayalah, babak itu terlalu ampuh sehinggakan saya melongo dalam beberapa saat, terlalu kagum dengan kesan babak tersebut. (Termasuk babak penerangan kembali sebelum babak tersebut berlaku, tentang doa dan tawakal seorang muslim. Just WOW)
Saya kira perjalanan kali ini begitu klasik di dalam kelas yang tersendiri. Jika yang lepas hanya tertumpu pada tanah Melayu, kali ini skopnya lebih meluas sampai menjejak tanah London dengan sedikit isu semasa tentang keganasan yang berasal daripada sifat busuk manusia. Saya senang dengan semua yang dihidangkan cuma ada beberapa babak yang saya kira agak pantas kalau dilambatkan sedikit pasti lebih meruntun :)
Segalanya bermula kerana mahu melahirkan seni yang lahir daripada memanipulasikan manusia yang lain, seorang penjahat yang melakukannya dengan niat (konon) memahatkan sebuah mahakarya berkiblatkan atas karya klasik yang lama. Galau hati sang ibu yang terpaksa mengorbankan salah seorang daripada anak-anaknya, sahabat yang sanggup memperjudikan nasib demi apa yang dirasakan betul dan benar, kegelisahan seorang anak yang dinafikan haknya, seorang bapa yang mahukan yang terbaik buat anaknya, seorang yang merdeka tetapi akhirnya kembali ke neraka yang dianggap seperti keluarga, permainan nyawa dan nasib antara manusia yang berkait, semua itu kak Sri hidangkan di dalam satu main course yang tidak berlebih dan berkurang. Secukup rasa supaya semua itu tidak keterlaluan. Oh ya, saya abaikan sedikit segala macam info tentang seni khat kerana saya terlalu hanyut di dalam permainan emosi watak-watak. :)
Tahniah kak Sri untuk penceritaan yang lebih kompleks dan lebih perasaan. Saya sukakannya! Muah ciked!
Penulisan Sri Rahayu menangkap fokus saya sejak perenggan pertama lagi. Pada pertengahan cerita, saya sempat menekup muka dan berguling di pembaringan kerana tidak tahan menanggung suspensnya. Cerita yang dirancang dengan sangat baik. Selayaknya ia menang tempat kedua dalam Sayembara Penulisan.
Untuk saya yg tidak sukakan subjek masa Sejarah, tidak la bermakna yg saya tak gemarkan novel yg ada unsur-unsur sejarah di dalamnya. Macam dalam QK, langkau ceritanya adalah zaman sekarang pada masa di dalam buku adalah tahun 2011 dan 1881; 130 tahun tempohnya.
Banyak unsur diselitkan yg mana seronok untuk dibaca; Azim yg pandai bersilat, kaligrafi Islam, seni lukis dari sudut pandang orang Barat-Islam, rusuhan & sedikit kisah Azim-Sarah (anak Haji Mus'ab). Latar tempat banyak di luar negara sebab Azim & gurunya, Haji Mus'ab mempunyai sebab untuk ke luar negara dan berjumpa dengan Dr. Treasa Munro. Azim mencari Bidayat al-Qalam manakala Dr. Munro mencari Ophelia's Lament. Apa perkaitan surat-surat antara Branwynn - Basil. Jahatnya Carstairs hingga sanggup jadikan Sophy Cavanegh sebagai... untuk kepentingan diri sendiri.
Saya tertunggu-tunggu kisah di mana Azim yg mahu mencari ibu kandungnya. Tapi, sampai ke halaman terakhir... tiada.
Beberapa typing error, kelewatan buku ini diterima & ketidaksempurnaan buku ini - dimaafkan sebab ceritanya langsung membuatkan saya rasa nak cepat habiskan baca.
Insha Allah, akan buat review kemudian. Tahniah kepada Pn. Sri Rahayu. Jelas kelihatan Pn.Sri Rahayu sudah melangkah satu lagi tahap yang lebih tinggi dalam melahirkan novel yang penuh wacana ilmu.
This is my 3rd attempt of writing this review. I think there's something wrong with my GR app, even though I've updated it.
Anyway, here it goes.
**Spoiler Alert**
The novel seems to feature two heros, but that's just my own interpretation. One of them met his end.
So, why did the hero die? I sadly asked myself. The answer: A) To leave a strong and long lasting impression. B) To make us the female readers pine for him. C) As a turning point to force the hero's sister whom he saved change her life direction. D) All of the above.
I know not all stories end with a happily-ever-after cliché, yet I still can't help feeling affected. So that's actually a plus point to the author.
**Spoiler Ends**
This novel is a sequel of Warisnya Kalbu. I like the sequel, but certainly not as much as I love its predecessor. Nevertheless, it is still a tough call for me to rate it.
In a better and more capable hand, this book could've been mind-blowing. Even with its flaws, I'm experiencing withdrawal syndrome.
I just wish that for its reprint, it'd be handled with more love and care by an experienced editor and a good printer.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya baca versi terbitan JIWA. Permulaan cerita agak perlahan bagi saya dan saya agak blur di bahagian hujung-hujung cerita. Mungkin akan lebih sedikit jelas jika saya membaca lebihan dua buku lagi di dalam trilogi ini.
Membaca buku terbaharu Sri Rahayu, Qalam Kalbu seperti mengembalikan ingatan bahawa saya pada suatu masa gemarkan surat bertulis tangan. Disulami falsafah khat, seni Islam, seni lukis, sedikit sejarah dan silat. Pada mulanya saya teragak ini kesinambungan kisah pantun Melayu dalam Warisnya Kalbu dan setelah di pertengahan ya ini kesinambungan tapi, pada kisah yang lebih besar. Cuma pada bahagian akhirnya, pencarian kepada persoalan yang dicari oleh Muhammad Azim tidaklah dijawab keseluruhannya (yang terjawab sekitar misteri yang diraih dalam klu-klu menerusi surat Tun Basil dan Branywn). Barangkali akan ada lagi kesinambungan bagi kisah ini. Wallahualam.
Terima kasih kerana kembali dengan kisah ini, Kak Sri
This is my 5th book for my "Read Malay Novels Challenge" and well, it didn't quite reach up to my expectations. To be fair, it won two awards, so my expectations are pretty high up there. Reading through this, I was initially undecided between rating it 2 stars or 3 stars but, while it has its issues, I also realise that I might not be the target audience. Qalam Kalbu is a historical fiction set in both the 21st century Malaysia and the 19th century London. It is also pretty Islamic as well. The characters are not just Malay Muslims but they pointedly say or do things that explicitly refer to Quranic teachings, there is an entire chapter dedicated to a pro-Palestine message, and there are also several quotes of hadiths in it as well. There is also a really interesting look into how the art of silat can be interpreted as Islamic calligraphy. I would probably label this novel as an Islamic historical fiction.
One of the reasons I didn't quite enjoy this book is the fact that it is part of a series, the second book in the series I may add. Now, this is not my fault! The book is not even marketed as a part of a series and I only found out after talking to the author herself. So, yes, there are some parts of this book that I don't understand. They say that this book could go as a standalone but I disagree. There are so many concurrent plotlines that have been running since the first novel that I always feel like I'm missing key details. In fact, I'm not sure how to summarise this book because there are so many backstory to it. In this novel, a young man called Azim is the heir of a half-Malay and half-British man named Ahmad Basil from 19th century Malaya. For some reason, there is intrigue revolving Ahmad Basil that also involves Azim's mysterious mother who ditched him as a child? So finding more details about Ahmad Basil somehow would explain Azim's mother's disappearance? There is also an old historical book involved which is somehow related to the mom and Ahmad Basil? Like I said, A FEW KEY DETAILS MISSING. If there is anything that you could take away from my incoherent review, it is probably "read the first book of the series first".
A confusing read aside, this is a rather slow-paced and didactic novel as well. Yes, there are interesting topics that this book touches on, if I'm judging this book solely on an intellectual level. But it is still a novel and the most important part of a novel is the story. I don't feel connected to the plot or the characters. The plot, even with the plotholes, does not escalate. I was hoping that the novel switches between two timelines because Rahayu did really well in depicting white British characters from the 19th century in Malay in the first chapter. But instead, later scenes are relayed through letters and journal entries that take away any sense of urgency and mystery. Throughout the book, the main characters are simply reading the letters to each other. I was hoping for a more National Treasure movie kind of story but instead, it's just chapters of people discussing things among themselves. I would rather have the plot unfold naturally rather than getting infodumps. The only exciting part that happened in the novel is at the very end and even then, it wasn't directly related to the plot.
There is also a sense of formality throughout the novel as in the language used is not naturally as fluid. Now, I am fine with purple prose if it is in the narrative but the dialogues themselves are very stiff. Take for example, this line spoken from a daughter to her father: "Mahukah ayah saya musnahkan hubungan suci ini dengan permainan usik-megusik melalui mesej teks dan bertemu di tempat-tempat makan dan libur tanpa pengetahuan ayah?". Nobody speaks like this! Of course, maybe this is just in the style of novels published by traditional publishers as opposed to the indie ones I'm more familiar with. However, it is really hard to imagine the characters talking this way. Also, the characters are very ... chaste and pure. There's nothing wrong with that! But I also prefer flawed characters and I feel you can depict Muslim characters as flawed and colourful without undermining them.
So, as I mentioned earlier, I'm not the target audience. I think this book appeals to a very specific audience that prefers novels published by traditional publishers, with formal Malay language use etc, and also, readers with a strong Islamic worldview. I am not part of that audience but here is my two cents anyways.
Ini novel kedua dalam trilogi Kalbu, tetapi ini novel terakhir dalam trilogi itu yang saya baca (kerana saya baca secara random, HAHA).
Saya kira Kak Sri begitu meminati nama Basil ya kerana watak dalam Kronikel Bahtera pun namanya Basilius, hehe.
Saya sebenarnya terkejut, tak sangka ada sambungan Katherine dan Tun Hassan, tak jangka yang mereka ada juga jodoh meskipun sekejap saja.
Macam novel Empunya Kalbu, novel ini mengangkat tema kekeluargaan. Saya suka hubungan Haji Mus'ab dan Sarah. Bagaimana perbualan dua beranak itu yang saya kira amat matang mengenangkan Haji Mus'ab merupakan bapa tunggal.
Selain ada diceritakan tentang kaligrafi, saya juga dapat tahu tentang lukisan Ophelia Laments. Teruja ya bila saya tahu lukisan ini memang wujud, perasaan saya ketika itu sama seperti terujanya saya ketika mencari maklumat tentang Perang Bendahara Pahang. Hakikatnya,sejarah pembikinan Ophelia Laments ini sedih jika kita selusuri apa yang terjadi pada modelnya.
Akhir sekali, walaupun karakter Ahmad Basil hanyalah diceritakan melalui rentetan surat beliau dengan Branwynn dan sedikit senario imbasan semula, saya dapat bayangkan parasnya. Mesti kacak. HAHA, maaf Azim, Basil lebih menawan.
Tahniah, Kak Sri! Akhirnya saya tamat Trilogi Kalbu, bacaan yang sangat menyenangkan dan banyak nilai murni yang boleh kita ambil.
"Saya percaya hati yang bebas dari belenggu boleh menyatakan isi pemikirannya. Kalbumu telah menemui qalamnya."
Sejak membaca karya-karya Pn. Sri Rahayu, saya sering kagum dengan tema yang diketengahkan dalam ceritanya. Kali ini dalam Qalam Kalbu, pembaca dibawa mengenali seni kaligrafi Islam, silat Melayu dan perbezaan tentang kesenian pada sudut padang watak-watak dalam kisah ini. Menarik sekali bila penulis mampu memasukan eleman-eleman ini dengan lancar.
Qalam Kalbu mengisahkan Muhammad Azim yang dibelenggu masa silam yang kelam. Banyak persoalan muncul bila dia menerima surat-surat lama antara Branwynn Gwill and Tun Ahmad Basil. Dalam kembara mencari jawapan bersama Tuan Haji Mus'ab dan Dr. Treasa Munro, mereka menelusuri semula apa yang terjadi lebih seratus tahun dahulu. Siapakah Tun Ahmad Basil dan Branwynn Gwill. Apakah perkaitan antara mereka dan bagaimana Branwynn Gwill boleh mengutus surat itu. Satu demi satu kisah lama mula tercantum.
Kisah ini akan membawa pembaca kepada dua garis masa yang berbeza - masa sekarang dan masa surat-surat itu diutuskan. Jadi saya dapat merasakan perbezaan dua garis masa itu melalui cara penyampaiannya.
Kisah ini juga membawa tentang konflik kekeluargaan yang meninggalkan kesan mendalam. Setiap keluarga itu mempunyai kisah silam yang rumit, membawa kepada perpecahan yang tragis.
Indirect-sekuel kepada novel Warisnya Kalbu. Seperti prekuelnya, novel ini juga menggunakan gaya penceritaan dua zaman.Di zaman Kolonial Inggeris; mengisahkan tentang Tun Ahmad Basil (anak kepada Tun Hasan Perwira & Katherine Cavenagh) yang berutusan surat dengan Branwynn Gwill, dan tentang Katherine Cavenagh yang kini telah berumur 40-an. Kisah mereka diceritakan menerusi surat-surat dan dokumen lama yang keturunan mereka warisi.
Di zaman moden; mengisahkan tentang Muhammad Azim (yang mewarisi surat-surat dari Branwynn Gwill), Treasa Munro (yang mewarisi surat-surat dari Tun Ahmad Basil), dan Haji Mus'ab (guru Azim). Mereka bertiga bertemu untuk merungkaikan rahsia di sebalik surat-surat tersebut.
Ambil masa yang lama juga untuk habiskan buku ini sebab plotnya lebih berat berbanding buku pertama. Terutamanya, ketika penerangan falsafah seni khat dan silat. Tetapi, jalan ceritanya tetap menarik. Karya ini telah memenangi tempat kedua dalam Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH (Kategori Novel) pada tahun 2013...
Saya gemar akan gaya penulisan penulis yang menggunakan surat sebagai salah satu medium dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh pembaca. Tidak sabar-sabar saya menanti . surat berikutnya seperti seorang yang kepoh ingin mengetahui gosip lanjut tentang seorang artis yang diminati =)
Naskah kali ini mendekatkan saya kepada seni khat termasuk cara menulis, kias di sebalik penulisan sehinggalah kepada penggunaan bahan serta alatan yang bersesuaian.
Plot penceritaan yang dihubungkait dengan kesenian dan kehalusan khat secara terbuka begini mendekatkan pembaca untuk mengenali dengan lebih dekat akan keistimewaan seni halus ini.
Antara #BacaanRaya yang saya pilih bagi perayaan Aidilfitri tahun ini. Saya tidak pasti sama ada ceritanya bermula dengan Warisnya Kalbu atau tidak, namun membaca karya ini tidak terlalu kompleks. Jalan ceritanya mudah difahami dengan penceritaan yang sangat detail. Serasa kita bersama dalam pengembaraan Azim dan Haji Mus'ab dalam mencari karya agung, Bidayat al-Qalam.
seperti karya-karya terdahulu, sri rahayu amat menekankan unsur2 ilmiah dengan kajian rinci dalam karyanya.. karya ini membawa tema yang agak asing dari dunia lingkungan penulisan melayu kini dan begitu membanggakan.. entah mengapa, ketika menghayatinya, diri bagai teringat pada karya Faisal Tehrani, 'surat-surat perempuan Johor' terbitan Aberdeen Book World 2007
Sekali lagi penulis menyelitkan pelbagai ilmu - seni khat Islam, silat, lukisan dan macam-macam lagi - ke dalam jalan cerita yang sangat menarik. Kelebihan karyanya kali ini terletak pada kepintarannya memancing perasaan ingin tahu pembaca kerana setiap babak menyingkap sedikit demi sedikit jawapan pada misteri yang merupakan plot utama novel ini.
Namun, seperti karya-karyanya yang sebelum ini, saya mempunyai banyak persoalan. Kali ini, saya tertanya-tanya, apa fiksyen, apa realiti? Benarkah Bidayat al-Qalam dan Ophelia's Lament wujud? Di manakah saya boleh dapat tahu lebih lanjut tentang peperangan di Pahang yang menjadi latarbelakang zaman ibu bapa Ahmad Basil? Untuk karya-karyanya yang akan datang, diharap penulis akan mempertimbangkan untuk menyertakan dengan lebih mendalam bahagian 'di sebalik tabir' karyanya - tentang bagaimana penulis mendapat ilham untuk karyanya, apa yang fiksyen dan apa yang benar serta rujukan-rujukan yang boleh dibaca untuk mempertingkatkan lagi ilmu sesiapa yang berminat.
Pembacaan yang mencemaskan. Mujur juga saya sudah baca Warisnya Kalbu. Masih dapat kaitkan cerita terdahulu dengan kisah ini.
Muhammad Azim seorang pemuda yang mencari kebenaran dan pengakhiran leluhur dan surat misteri yang berada dalam simpanannya untuk satu tempoh yang lama. Tambahan lagi dia anak yang disisihkan oleh bapa sendiri dan beliau menumpang kasih bapa saudaranya.
Surat-surat Branwynn Gwill membawa beliau dan Haji Mus'ab ke Kota London menyambung pecahan-pecahan misteri menjadi satu jawapan.
Qalam Kalbu. Azim, Haji Mus'ab, Dr Munro, Ahmad Basil, Katherine, Sophy, Carstairs. Kedukaan hanya akan melambatkan sembuhnya luka. Kasih sayang, cinta dan kegembiraan akan merawat segala luka dan duka.
Pada bahagian awal cerita bergerak agak perlahan. Namun, cerita semakin menarik dan laju apabila Azim ke London. Unsur suspens menjadikan cerita ini menarik.
Menerusi Qalam Kalbu, Sri Rahayu Mohd Yusop berjaya membuktikan bahawa beliau bukannya sekadar penulis sastera remaja, tapi seorang penulis yang berani mengangkat naratif Melayu ke pentas antarabangsa dengan kehalusan seni dan ketajaman intelektualnya. Novel ini adalah kesinambungan kepada Warisnya Kalbu, memperluas horizon naratif dengan membawa kita dari Malaysia ke London, secara geografi, emosi dan falsafah.
Muhammad Azim, seorang pemuda yang sedang menuntut dalam bidang kaligrafi Islam, dihantui persoalan tentang asal - usul dan kenapa ayahnya tak suka padanya. Sekumpulan surat lama yang diwarisi membuka pintu kepada sejarah yang telah lama terpendam. Surat - surat tu adalah perutusan antara Branwynn Gwill, seorang wanita Inggeris yang bekerja di Rumah Sakit Jiwa Saint Dymphna, London pada tahun 1881, dan Tun Ahmad Basil, bangsawan dari Pahang yang merupakan keturunan Tun Hassan Perwira. Perutusan ini membawa Azim dan gurunya, Haji Mus’ab, ke kota London dalam usaha mencari jawapan kepada luka batin dan sejarah keluarganya. Di sana, dorang menemui kejutan demi kejutan yang menguji ketahanan jiwa dan akal dorang.
Azim ialah watak yang kompleks dan berlapis. Dia bukan sahaja pencinta seni khat, tapi juga pencari makna dan warisan. Penolakan ayahnya nampak seperti konflik keluarga, tapi sebenarnya adalah simbol kepada keterputusan identiti dan akar budaya. Branwynn Gwill pula seorang yang misterius dan penuh simpati, mewakili suara Barat yang tak semestinya antagonis, tetapi menjadi jambatan kepada dialog budaya. Tun Ahmad Basil, melalui surat - suratnya, menjadi suara masa silam yang masih hidup, membisikkan hikmah dan sejarah kepada generasi kini. Haji Mus’ab pula berperanan sebagai mentor spiritual dan intelektual, yang membimbing Azim dalam perjalanan hidup mencari rahsia yang selama ini tersimpan.
Sri Rahayu menulis dengan gaya yang lebih matang dan penuh seni menerusi karya ini. Ungkapan seperti “menulis khat itu bagai orang berpencak silat” adalah metafora yang cukup indah, ia menunjukkan kefahaman mendalam terhadap seni dan budaya Melayu. Naratifnya berselang - seli antara masa kini dan masa silam, melalui surat - surat yang menjadi medium intertekstual dan intergenerasi. Bahasa yang digunakan tak berlebihan - cukup untuk membangkitkan suasana, emosi dan mesej. Dialognya penuh dengan makna tersirat yang mengundang tafsiran.
Novel ni sarat dengan pemikiran tentang identiti, warisan, dan hubungan antara Timur dan Barat. Ia menolak dikotomi simplistik antara penjajah dan peribumi dengan menawarkan naratif yang lebih nuansa dan manusiawi. Seni khat dijadikan simbol disiplin dan keindahan yang lahir daripada jiwa yang tenang dan berakar. Surat - surat lama menjadi metafora kepada sejarah yang tak mati, tapi menunggu untuk dibaca semula dengan mata hati. Novel ni juga menyentuh trauma keluarga, keterputusan generasi, dan usaha untuk menyambung semula tali yang telah putus.
Aku kira ini sebuah karya yang lain daripada lain kerana mengangkat seni khat sebagai teras naratif, sesuatu yang amat jarang dilakukan dalam sastera Melayu moden. Seperti #kalbu1, novel ini juga berjaya menggabungkan unsur sejarah, psikologi, dan falsafah dalam 1 naratif yang lancar dan berkesan. Kita ke London untuk mencari makna dan penawar kepada luka batin, menunjukkan bahawa sastera kita juga mampu berdialog dengan dunia luar tanpa kehilangan jati diri.
Cuma 1 aja, aku rasa konflik antara Azim dan ayahnya boleh diberikan lebih banyak ruang dramatik agar impaknya lebih terasa. Sri Rahayu juga boleh memperluaskan lagi refleksi terhadap seni khat sebagai falsafah hidup, bukan sekadar sebagai seni visual.
Selesai membaca Qalam Kalbu (QK) aku semacam terganggu. Kenapa watak Katherine muncul kembali? Kali ini Katherine berkahwin dengan Tun Hassan. Adakah QK masa depan yang lain dari Warisnya Kalbu (WK)? Atau aku yang gagal mahami penamat WK?
Novel yang menarik aku untuk tahu lebih dalam tentang Pre-Raphaelite, Seni Khat Islam & perang Bendahara Pahang. Berapa banyak novel diluar sana yang buat kita berfikir sejenak dan cuba mendalami sesuatu yang baru? Atau buat kita berfikir dan berperang dengan diri sendiri??
Mujur aku sudah baca Warisnya Kalbu dahulu kerana ia adalah sambungan daripada naskhah tersebut. Tetapi, naskhah ini masih lagi boleh berdiri dengan sendiri bagi sesiapa yang tidak mengikuti perjalanan watak-watak dalam Warisnya Kalbu.
Qalam Kalbu dibaca dengan lancar seperti menaiki kereta api laju. Akan dicari lagi karya-karya lain penulis. :)
Rugi rasanya saya simpan buku ini sebegitu lama di rak buku. Rencah dan menunya kena dengan selera saya - seni khat, manuskrip, misteri - walaupun tidak setebal novel biasa, jalan ceritanya mantap dan padat pengisiannya. Tidak meleret, malah pengakhiran cerita juga cemerlang. Akan saya isi rak buku saya dengan karya-karya lain dari penulis ini!
Bila baca buku ni terasa macam karya terjemahan. Keseluruhan jalan cerita agak mencemaskan. Apa yang buat saya tertanya2 bagaimana akhirnya cerita muhamad azim dengan ibunya.