Buku 3 daripada Trilogi Pantai (Pantai Harapan-Turina-Citra)
Citra membawa kisah hidup sekelompok manusia Melayu Kuala yang menjadi masyarakat serpihan Malayu akibat perpecahan politik dan tekanan keruntuhan ekonomi. Zaini yang berasal daripada masyarkat Melayu Laut dan Sari Bulan yang berasal daripada masyarakat Melayu Pulau kini bergabung dengan Bacok dan Supatmo untuk mengembalikan kedaulatan dan maruah manusia Kuala yang sekian lama tercicir daripada arus kebangkitan orang Melayu. Fenomena ini menimbulkan rasa iri hati dan hasad dengki segolongan manusia lain. Citra membawa realiti sikap positivisme sekelompok manusia yang yakin menghadapi segala tentangan demi hasrat yang murni.
Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta.
Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan.
Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988.
Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya.
Sayang saya terpaksa baca buku ini mendahului dua buku dari Trilogi Pantai. Awalnya, rasa nak give up. Susahnya nak faham. Entah bahasanya yang saya rasa begitu ganjil, macam bukan Bahasa Malaysia. Bahasa Jawa pun bukan rasanya. Teruskan juga mengenangkan ini karya Arena Wati. Bukunya yang saya baca beberapa minggu sudah iaitu Kutukan Dari Langit, hebat tak terhingga walau bukan novel, drama, dan gaya Bahasa juga semacam luar tabii. Tapi rugi kalau tak baca. Citra juga. Pabila sudah masuk, boleh faham dan selami watak-watak utamanya. Anda juga, jika berrezeki jumpa buku Citra apalagi Kutukan Dari Langit, janganlah lepaskan tanpa membacanya sebiji sebiji dari helaian satu hingga hujung epilog.
Pada mulanya saya agak sukar untuk 'memahami' cerita novel ini. Selepas itu baru saya tahu bahawa novel ini merupakan trilogi Pantai dan ini merupakan pelengkap kepada novel Pantai Harapan dan Turina. Selepas dipertengahan jalan, saya sangat meminati gaya penulisan Arena Wati, pengetahuan luas dan gagasan masa depan yang mengujakan. Saya meminati watak Sari Bulan -wanita yang kuat, cekal dan tabah, berwawasan, berpengetahuan, bersemangat dan seorang tokoh yang disegani. Cuma saya masih keliru tentang kes kematian suaminya. Saya harap dapat membaca novel-novel sebelum ini bagi mendalami dan memahami keseluruhan cerita hebat ini.
Karya SN Arena Wati tidak pernah mengecewakan. Beliau teramatlah teliti dalam penulisan, lebih-lebih lagi dalam menggambarkan sesuatu perkara dan fasal, contohnya bab-bab awal diceritakan dengan terperinci keadaan dan situasi Sari Bulan, Lato dan Lola di atas rakit.
Kemudian bab-bab seterusnya barulah penulis membawa kepada akar cerita yakni perihal kehidupan wanita sakti lagi budiman iaitu Sari Bulan, dan watak-watak lainnya seperti Ambok Bacok, Haji Supuk dll.
Masuk jilid ke-2, terus rasa tak boleh berhenti baca, tangan terus membelek sehinggalah ke jilid-3 yang lagi banyak elemen saspen, sedar-sedar saja sudah ke bab epilog.
Ini merupakan penutup kepada kisah Sari Bulan dan hubungannya dengan keluarga Haji Supuk dan Haji Sutejo. Takdir telah menemukan Sari Bulan dengan sebuah keluarga orang Seletar yang ditahan polis Singapura kerana masuk secara 'haram' ketika mengutip hutang daripada pekerja kontrak di bandaraya. Teringat pada janjinya dengan Mak Toya, Sari Bulan segera menolong dan pertolongannya membawanya ke kancah perjuangan orang Seletar yang mempertahankan kawasan pantai mereka daripada diratah oleh saudagar pasir.
Empang udang Haji Supuk dan Uci kini makin berkembang maju. Bacok semakin sibuk dan semakin hari hubungan rapatnya dengan Sari Bulan mula berubah daripada rakan kongsi kepada 'teman istimewa'. Desakan adik-adiknya menguatkan lagi azam Bacok untuk melamar Sari Bulan. Tapi adakah Sari Bulan mempunyai perasaan yang sama? Atau hanya Bacok bertepuk sebelah tangan?
SN Arena Wati amat suka menggambarkan kekuatan karakter wanita. Ini boleh kita kesani dalam novel-novelnya yang lain: Pantai Harapan, Turina, Gami, Sudara, Mevrouw Toga dll. Setiap wanita mempunyai agenda perjuangan masing-masing yang tersendiri dan mereka dikelilingi watak-watak lain yang membantu perjuangan tersebut. Dalam menonjolkan kekuatan tersebut, akan ada seringkali satu watak lelaki yang nampak 'lemah' dan 'koman' berbanding watak wanita tersebut. Bagi 'Citra' watak tersebut adalah Bacok yang seringkali akan jadi kaget, cemerkap dan bodoh-bodoh alang ketika digandingkan dengan Sari Bulan.
Novel fiksyen 'Citra' berjaya menutup dengan baik 'Trilogi Pantai'. Tetapi mengenali SN Arena Wati, kesudahan yang dihidangkan akan masih membuatkan kita berasa 'mahu lagi'. Keganasan oleh saudagar pasir dan sindiket pendatang asing sengaja dilepaskan tanpa pengadilan, membuatkan kita tertanya-tanya adakah realitinya akan juga berlaku sedemikian.