Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Puisi Taman Maknawi

Rate this book
Kumpulan Puisi Taman Maknawi ini merakamkan secara sedar hal-hal pencarian diri atau kembara nurani penulisnya. Puisi-puisi ini lahir dalam keberadaan ilmu dan rasa insaniah yang terbentuk daripada konsep pengabdian kepada Allah, pengucapan berhikmah dan penguasaan kehalusan makna.

Terdapat puisi yang terjelma daripada rukun Islam dan manifestasi tersendiri terhadap kesyumulan rukun Iman. Taman Maknawi adalah pernyataan rasa insaniah seorang hamba kepada Khalid-Nya.

49 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Shamsudin Othman

20 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (24%)
4 stars
9 (36%)
3 stars
8 (32%)
2 stars
2 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books283 followers
January 9, 2014
Kumpulan puisi Shamsudin Othman ini, perlu dibaca dengan mata yang teliti dan jiwa yang berilmu. Tidak mungkin kita akan membacanya dengan tenang sekiranya terlebih dahulu dibekalkan dengan ilmu yang benar, tak hanya dikepung dalam kecenderungan memahami agama secara literal atau menolak ilham sebagai sumber ilmu dan kebenaran.

Dalam tradisi kesufian - puisi sering menjadi satu wahana yang membawa abid untuk menyelongkar dunia di sebalik material dan fizik ini. Hal inilah yang kemudian disalin oleh sebahagian penyair, meminjam kenderaan para sufi untuk memandu ke sempadan fizik-metafizik, jasad-roh dan alam nyata-ghaib.

Apa pun Taman Maknawi ini tidak semestinya direnung dalam konteks sufi yang hakiki - ia masih boleh dinikmati lewat bahasa yang indah dan lembut - barangkali mengingatkan kita kepada penyairnya sendiri yang memberikan kita pengalaman bergaul dalam banyak sisi.
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
January 16, 2014
Isu asas tetapi dibawa dalam bentuk yang lebih dalam - maknawi yang terkandung bukan sekadar muhasabah diri penulis tetapi mencerminkan hakikat pembaca. Keterkaitan antara puisi melalui penggunaan radas bahasa, perkataan, metafora dan analogi yang kekadang hampir serupa tidak begitu mengganggu malah menampakkan kesejajaran mesej dalam keseluruhan buku.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
July 19, 2020
Ingatan buat diri dalam bentuk pesanan yang halus tapi menyedarkan.
Profile Image for Rebecca.
Author 16 books155 followers
January 15, 2014
Shamsuddin menguak wijil taman maknawi-nya dan menjemput kita turut masuk ke dalamnya.
Profile Image for Affan Yunus.
108 reviews3 followers
August 15, 2025
Puisi-puisi keagamaan yang penuh dengan elemen rindu, cinta & kehambaan. Naskhah ini buat aku tersedar bahawa nilai estetika dalam berpuisi sangat tinggi jika disulami dengan nilai ketuhanan. Rasa keinsafan juga banyak menusuk ke jiwa apabila menghayati setiap bait puisi yang dikarang. Sebuah pengembaraan rohani berbentuk tulisan yang boleh kita manfaatkan bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
April 30, 2015
Sebuah kumpulan puisi yang majoriti sajaknya berkisar pada tema inter-hubungan antara: ketuhanan, kerohanian dan keinsanan. Sudut pandang diri sendiri mendominasi teknik pengucapan dalam puisi ini. Penggunaan metafora secara langsung juga dapat dikesan dengan meluas. Dua perkara ini merupakan garis pembeza terbesar antara Shamsudin dan Rahimidin - sekalipun kedua-dua penyair mempunyai kecenderungan pada tema yang hampir sama. Secara peribadi, saya fikir ini sebuah kumpulan puisi yang menawarkan beberapa bentuk pemikiran yang penting. Tetapi dari segi impak pembacaan, saya fikir kesannya agak sederhana.

Bagi pelajar kesusasteraan, saya sangat menggalakkan untuk mencari dan membaca siri kumpulan puisi "taman-taman" daripada penyair mapan ini - sebab puisi-puisinya yang sederhana tetapi ditulis dengan gaya yang sangat "shamsudin" (naratifnya banyak berbentuk monolog dalam diri) mampu menawarkan skop kajian yang menarik.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
April 6, 2015
Seperti judulnya, Taman Maknawi; kumpulan puisi ini perlu dihayati secara tartil untuk menangkap pesan pesan nya yang sangat mengesankan tentang pencarian asli jati diri dan merenung akan hakikat pengembaraan semu ini.

Dan sekadar kita dengan pemahaman secara luaran ini, cukuplah kita menilai kumpulan puisi ini dari sudut literal, dengan menikmati keindahan bahasanya.
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
August 15, 2014
Shamsudin mempunyai permainan kata yang bagus, tetapi ia tiada faktor "wow!" pada saya.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.