Saya amat menggemari buku kisah-kisah kemasyarakatan yang berasaskan latar belakang yang real.
Kisah ini teramat menarik. Ia menggambarkan evolusi masyarakat Melayu pra-kemerdekaan dan pasca kemerdekaan beserta mindset dan tasawwur mereka terhadap kehidupan.
Kisah ini sebenarnya disulami elemen-elemen perjuangan, dakwah, dan adat yang begitu dekat dengan orang Melayu.
Pada masa yang sama, diselitkan elemen-elemen kenegaraan dan mengajar kita hidup dalam masyarakat pelbagai bangsa yang kini mewarnai negara.
Siapa yang sudah baca, harap tak terlepas tang mana datang tajuk "Tujuh Keturunan".
Buku tentang perjuangan membebaskan diri. Intro yang panjang. Agak lama untuk menangkap tema cerita. Seakan-akan bertemakan perjuangan menentang penjajah. Hinggakan menyangkakan Ismail adalah watak utama. Penulis bijak memperihalkan latar tempat, masyarakat dan alam sekeling yang digambarkan dengan bahasa yang begitu indah. Watak Rahmat sangat menonjol dalam kebencian kepada sifat suka ambil kesempatan kaum Cina dan sikap malas serta khianat orang-orang Melayu. Tema kekeluargaan juga agak kuat. Namun seakan idea penulis menjunam pada bab-bab akhir cerita. Buku yang wajib dikhatam oleh generasi muda FELDA.
kisah ismail dan rahmat serta keluarga. kisah ismail yg ditangkap jepun dan tempang kakinya. kisah kekejaman penjajah. kisah rahmat yang terpaksa menguburkan cita demi sesuap nasi. kisah sebelum merdeka.
Rahmat sudah dewasa, berkhawin dengan Rokiah tapi paling menyedihkan tanah ismail tergadai kepada Ah Sui, pendatang dari Tanah besar yang bercita-cita memiliki gunung emas di Tanah Melayu.
Rahmat mendapat tawaran sebagai peneroka Felda. Wah, makin menarik ceritanya, tiba-tiba teringat filem Bilut, lakonan Rosham Nor dan Eja. Jua Ja, seorang kawan dari Felda Bilut.