Jump to ratings and reviews
Rate this book

S.P.Q.R.

Rate this book
Rom, Itali

Seorang lelaki melangkah turun dari kapal terbang. Seorang rakan menjempuntnya dan membawanya pergi untuk memulakan kehidupan baru. Namanya RAFA.



Kuala Lumpur, Malaysia

Seorang lelaki asyik menikmati makan malam romantis bersama kekasihnya namun berakhir dengan tragedi yang menyayat hati. Dia menuntut keadilan. Namanya ALIFF.

Apakah mereka akan menemukan apa yang dicari mereka?

Cinta..dendam..harapan..takdir

semuanya bersati di tanah

S.P.Q.R

184 pages, Paperback

First published January 1, 2013

1 person is currently reading
9 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (20%)
4 stars
3 (20%)
3 stars
9 (60%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 20, 2025
Assalamualaikum wbt,

First thing first, mindblown synopsis and plot twist!

Serba - serbi momentum membaca novel karya D.H.Danieyal sentiasa sama daripada bab 1 sehingga bab terakhir. Dua kisah yang berjalan serentak tapi berbeza kerangka masa, tetapi watak yang sama.
Rafael, Aliff, Amanda, Sofea, Rodolfo Borrel, Amirul dan watak-watak sampingan yang turut penting dalam mencorakkan cerita SPQR

S.P.Q.R = Senatus Populuque Romanus ( senat/bangsawan dan rakyat di negara Rom ), ringkas tetapi saling perkaitan antara Rom dan Kuala Lumpur.

Daripada undang-undang kepada pemegang syer restoran di Rom.
Daripada Amanda kemudian Sofea
Daripada wine yang haram kepada daging yang halal
Daripada liar kepada lebih beragama.
Daripada pembunuh kepada abang ipar
Daripada sumpahan selepas keluar mahkamah kepada hospital orang gila.
Tidak sangka semuanya berkait rapat antara satu sama lain.

Bravo untuk penulis.
Kisah yang membawa pembaca ke Negara Rom, Itali, Masjid Besar Rom, Muzium Katolik, Colloseum, dan tempat-tempat sejarah yang lain.

Terima kasih penulis hebat!
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
February 23, 2021
Saya amat suka setting dan sekuen novel ini, antara penceritaan masa kini di Rom dan babak flashback di Kuala Lumpur yg boleh dihubungkait sedikit demi sedikit sehingga ke hujung novel.

Saya amat menghargai perincian dalam pengembaraan protagonis di Rom berkaitan sejarah dan budaya Rom serta infrastruktur kota Rom di zaman ini.

Terdapat berbagai elemen perasaan yang berjaya di-harness dari cerita ini. Penulis berjaya membawa pembaca dalam emotional roller coaster: debaran, sedih, terharu, kekeliruan, kekaguman, kelegaaan, semangat, keterujaan, dan sebagainya.

Novel ini adalah hybrid dua cerita (yang akhirnya bertemu) yang temanya berlainan; satu seperti kisah mengembara dan cinta, yang satu lagi kisah penyiasatan jenayah dan kes mahkamah. Kerana itu, saya rasa novel ini lebih hebat dari banyak buku John Grisham yang saya sudah baca.

Plot twistnya juga menarik dan tidak terjangka.

Tahniah saya ucapkan buat penulis yang berjaya menzahirkan daya kreatif yang tinggi dalam karya ini.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
February 2, 2025
3.5✨

Susunan bahasa yang cermat. Jalan cerita yang amat menarik. Pertembungan twist yang cantik walaupun saya sudah dapat agak. Berbaloi baca!
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 19, 2014
dalam bahasa rom s.p.q.r. maksudnya senatvs popvlvsqe romanvs. jangan tanya bagaimana mahu menyebutnya. dalam bahasa melayu maksudnya senat dan rakyat rom. cuba memikirkan maksud tajuk dgn ceritanya. juga memahami maksud kulit buku. dua bentuk cincin dan setompok darah.

ya, mungkin kisah amanda yang mati ketika selesai makan malam dan mlm tersebut aliff melamar amanda. namun, bagi saya sangat berbau kebaratan. apatah lagi dgn segelas wain dan kemudian mati dilanggar. sedihnya, begitukah kehidupan golongan elit?

betul, ini mungkin hanya cereka tapi jika ini berlaku di alam realiti. wah, sangat sadis. minta dijauhkan. biarlah pengakhiran hidup kita dgn perkara yg baik2 sahaja.

kisah dua nama, satu rafa di rom yg cuba melupakan masalahnya. satu lagi aliff haykal di kuala lumpur yg menuntut keadilan utk tunangnya, mangsa langgar lari.

di rom, rafa dipertemukan dgn sofea, puteri itali yang mencintai sejarah rom. di kuala lumpur, aliff tidak berjaya mendapatkan keadilan utk amanda. rodolfo borrel menang bergaya.

namun takdir tuhan, segalanya terjawab di pengakiran cerita siapa rafa, siapa aliff, siapa sofea dan juga rodolfo. apakah ada saling kaitan antara watak2 ini?

saya suka elemen ini. janji allah sentiasa benar. doa orang teraniaya sentiasa makbul. tuhan bayar tunai di dunia.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.