Jajahan Bonda bukan desa yang dijajah, tetapi desa yang gagah. Jajahan Bonda dibangunkan dengan usaha dan keringat, dengan kerjasama dan semangat. Jajahan Bonda diwarnai oleh kehidupan penghuninya yang pelbagai matlamat, yang walaupun diselirati aral dan musibah, mereka senantiasa tabah dan kuat. Jajahan Bonda wajar diangkat menajdi contoh dan idola rakyat di perdesaan yang mengejar pembangunan dengan cara paling wajar, bukan dengan cara kurang ajar.
Menghayati alur cerita dalam novel ini, dapat menyedarkan generasi kini tentang perlunya mereka menyebatikan sikap bersatu padu, bertanggungjawab, bekerjasama, dan saling membantu dalam diri masing-masing selain menghendaki mereka meletakkan sikap berkasih sayang, bertoleransi, gigih, sabar, tabah, berani, dan sebagainya di tempat yang selayaknya. Penagrang benar-benar teliti mengadun jalan ceritanya, kejutan di akhir cerita berupaya menyebakkan perasaan.
suka buku ni. penerapan nilai-nilai positif dari awal hingga hujung kisah. memang ada perkara yang negatif yang menggerakkan kisah tapi turn out semuanya digambarkan dalam keadaan yang sangat harmoni.
jajahan bonda. satu nama tempat yang digambarkan betapa kuatnya kaum-kaum ibu membina dan menjaga tempat itu. kisah embok minah sememangnya ada yang tidak betul perjalanannya tapi masyarakat lebih suka membawa kisah betapa kuatnya seorang ibu itu menempuh cabaran kehidupan setelah kehilangan suami.
mahanum, anak pada semaun dan lijah. kakak pada mahali, mahani dan mahadi. anak gadis yang kuat semangat membantu ibu bapa yang jerih mencari rezeki. kodin, lepasan universiti yang pulang ke kampung dan mahu berbakti pada tanah. yb samsuddin, seorang wakil rakyat yang sangat berwibawa, mendengar segala masalah masyarakat kampung dan selagi boleh menyelesaikan segala kerumitan yang ada.
kisah masyarakat desa yang mahu memperbaiki kehidupan dengan banyak cara. memang, perlukan bantuan. tapi bukan hanya mengharap diberi ikan. masyarakat bijak ini diberi kail, dan pandai mencari umpan untuk mendapat hasilnya.
walaupun ada dugaan melanda, tapi tuan penulis Md Nizar Parman bijak mengolah perjalanan kisah membuat pembaca tidak begitu rasa kesedihan. contoh seperti mahali yang tersalah langkah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. masyarakat menerima mahali. tidak menghina tidak mengata.
kehidupan dalam dunia akan sentiasa ada dugaan dan cabaran. atas manusia itu sendiri mengolah perjalanan kehidupan. moga yang baik-baik buat kita...
Perjalanan kehidupan yang sangat tenang. Kegigihan dan kesabaran keluarga Semaun menjalani kehidupan yang sempit dan sukar telah menjadikan anak sulungnya Mahanum, mempunyai semangat dan jati diri yang tinggi, membantu ibu dan adik-adiknya selepas kematian bapanya. Kudin pula seorang anak muda yang berwawasan tinggi memajukan Jajahan Bonda melalui tanaman sayuran dan menubuhkan koperasi. Kesusahan mereka ditambah pula dengan sikap tamakkan tanah oleh pak longnya. Akhirnya kesabaran mereka telah diganjari dengan kebahagiaan walupun akhirnya Mahanum meninggal dunia. Sabar adalah kunci kejayaan. Jom baca!
Novel ini mengisahkan tentang suka duka kehidupan masyarakat kampung.Fokus cerita ialah kepada keluarga Mahanum. Ayahnya bekerja sebagai buruh di Johor, ibunya mengambil upah menoreh getah, Mahanum dan adik-adiknya masih bersekolah. Sepeninggalan ayah Mahanum bekerja, Abang Kodin sering membantu keluarga Mahanum. Keluarga Mahanum sudahlah dihimpit kemiskinan, manusia bergelar saudara sendiri mencekik darah mereka sekeluarga dengan hutang pajak gadai yang tak pernah selesai walaupun setelah kematian ayah Mahanum. Pelbagai masalah yang menimpa keluarga mereka, namun Mahanum bertekad seperti mana Lagenda Embok Minah yang menjadi idolanya. Pelbagai kejutan pada penghujung novel, memperlihatkan realiti sebenar kehidupan manusia.
kisah perjuangan membawa diri keluar dari kemiskinan. kisah semaun dan kerja kerasnya. kisah kodin dan kebun sayurnya. serta kisah mahanum dan pengorbanannya sebagai kakak.
kadang-kadang dalam hidup ini kita mengharapkan yg indah2 saja. namun, realitinya tidak begitu. walau apapun, kita tetap yakin, siapa berusaha, insyaallah berjaya. setiap kesusahan pasti ada kesenangan. setiap kebenaran walau cepat atau bangat pasti menampakkan diri dan paling penting setiap yg hidup pasti akan mati. itu janji allah.