"Dublin. Saya selalu merasakan ia adalah tempat bermula dan berakhir semua tradisi kesusasteraan. Bagaikan sebuah dunia di dalam dunia ini. "
Maka, di dalam diari seorang pengarang uzur bernama Encik H, kita turut menemui sebuah cerita di dalam cerita. Bermula dengan ucapannya di kedutaan Ireland yang mendedahkan tradisi berjalan kaki sebagai suatu seni penulisan, dia kemudian membawa kita ke tengah konflik antara dirinya dengan pembantu penyelidik bernama Anita. Hubungan antara Encik H dan Anita bakal menentukan kesudahan kepada konspirasi perisikan D.U.B.L.I.N dan mungkin menyelamatkan Encik H daripada kehancuran.
Dalam Snow, pembaca dibawa watak Ka menyelongkar kota Kars, Turki dan lewat In a Strange Room pula, kita mengekori watak Damon berkelana di Greece, Afrika serta India, manakala memoir pengarang Palestin itu menghidangkan perubahan landskap negara yang didera itu lewat kembara penulisnya.
Sekiranya tiga judul itu mendorong pembaca menyusuri perjalanan pada ruang dan masa tertentu hingga ada kalanya mencetuskan perasaan seperti didorong-dorong hingga noktah terakhir, D.U.B.L.I.N. `memaksa' untuk mengekori bukan saja perjalanan watak utamanya, Encik H, bahkan seluruh sasterawan dunia yang berbuat demikian.
Novel ini bergerak daripada tradisi berjalan kaki dalam kalangan sasterawan dan pengarang dunia khususnya Barat sehingga dalam semua halaman, kita akan menemukan kisah mereka yang dikongsi pada pengucapan watak Encik H.
D.U.B.L.I.N. ialah ucapan Encik H yang membacakan karyanya di Kedutaan Ireland tetapi mencetuskan penyimpangan yang melahirkan cerita dalam pelbagai bentuk seperti seorang pejalan kaki yang melahirkan khayalan demi khayalan sepanjang perjalanannya.
Gaya eksperimental pada novel ini dengan pautan kisah sasterawan dunia, hubungan simbiosis Encik H-Anita dan novel dalam novel melalui manuskrip D.U.B.L.I.N. menjadi rangkaian perjalanan dalam bentuk maze atau pagar sesat yang menguji pembaca.
Membaca novel ini juga mendedahkan betapa kuatnya pengaruh kesusasteraan dunia kepada Wan Nor Azriq sehingga langgam baha- sanya yang menyelongkar naratif Encik H dengan petikan daripada kisah sasterawan dalam tradisi berjalan kaki digaul sebati.
Bagaimanapun, hal itu agak mengganggu terutama pengaruh daripada pemikiran dan kebudayaan Barat yang terserap masuk seperti persoalan Hawa dan bahtera Nabi Nuh serta perbincangan epistemologi sehingga menyebabkan karya ini seolaholah terawang-awang antara dunia Barat dengan Timur.
Dalam dunia global, sudah tentu mudah pengarang terpengaruh dengan muatan kebudayaan asing khususnya, lalu memunggahkan hal itu masuk ke dalam ruang kreatifnya tetapi karya sastera tidak hanya bersifat menyalin atau membiarkan dominasi pemikiran luar tanpa saringan wacana yang sepatutnya.
Hal itulah yang menimbulkan kekangan untuk menikmati D.U.B.L.I.N. sebagai karya sastera yang lahir daripada interaksi kebudayaan dan pemikiran daripada pandangan alam berbeza.
Sudah tentu pengarang memiliki justifikasi tersendiri yang secara tidak langsung sebenarnya ditumpahkan pada penghujung novel melalui adegan yang berbaur halusinasi Encik H, sekali gus menjadi medan kritikan kepada sastera tanah air.
Menikmati D.U.B.L.I.N. perlu mengambil kira idea bahawa bahasa yang maknanya sentiasa berubah-ubah dan disampaikan dalam bentuk perjalanan melalui pagar sesat yang barangkali menjadi antara faktor dinobatkan Pemenang Pertama Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)-Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)-BH.
Kitab ini menghalalkan pemaknaan kata dan laku. Plotnya mudah semudah Ali, mak dia suruh dia pi kedai india untuk beli brown flour, dan di dalam perjalanan Ali berangan pasal semua kawan-kawan dia yang kena suruh juga pi kedai oleh ibu masing-masing. Sampai di kedai, Ali dah lupa dah apa mak dia suruh beli. Benda yang dia berangan tu rupanya tak membantu Ali untuk fokus beli brown flour.
Simple.
Kalau nak post-modern kan, bunyinya macam ni: Ali berpijak pada dimensi yang salah dan di masa yang tak wujud menyebabkan Ali ada krisis untuk pecahkan gua plato dari dalam (atau dari luar), yang secara kebetulan bersebelahan dengan barrel tempat Diogenes tidur.
Perjalanan ke Bangkok dengan tren memang memupuk kesabaran. Dramatik, penuh aksi dan konflik dalam diri dan jiwa bila betul-betul ada dalam suasana baru itu. Culture shock tahap ke dua ialah bila dia balik dia buat buku.
Okay, apa itu post modern?
4/5 bintang sebab telah memberi pemahaman baru kepada saya tentang sebahagian dari sifat dan sikap emosional manusia bila berhadapan dengan seseuatu yang dia tak boleh pi.
Aku mungkin dah jadi macam Joana. Fikiran aku terganggu sebab baca plot yang sarat selitan hal sastera dan kisah-kisah peribadi para penulis tersohor. Hampir setiap perenggan dihubungkait berjalan kaki dan dunia sastera. Ia cerita di dalam cerita. Belum selesai tentang A sudah masuk metafora penulis B. D.U.B.L.I.N. harus dibaca perinci, kalau tidak memang boleh tersesat (walaupun kau cuma jalan-jalan makan angin). Si tua Encik H, Anita dan Wahyudi- peribadi karakter-karakter yang agak misterius (dan bercanggah). Satu hal yang aku gemar-- susunan ayat dan bahasa setiap baris katanya disusun elok dan sedap dibaca. Melihat dunia-dunia A, B, C (dan Wahyudi) yang melatar cereka antara realiti dan fiksi. Ambil masa juga aku nak habis baca buku ini. Penulis sama perangai macam Beckett agaknya-- sedang menunda naratif akhir di plot beliau dengan keluar berjalan-jalan. Ini love-hate, dan aku pun tak pasti antara suka atau tidak.
Buku yang bagus ialah buku yang apabila dibaca, kita rasa banyak sangat benda yang kita tak tahu. Buku yang sangat bagus pula ialah buku yang buat kita tidak sabar-sabar mencari buku-buku lain yang boleh menerangkan apa yang kita kurang tahu dan faham dari buku yang sedang dibaca. Buku ini bagus.
Ya member cakap buku ini sangat skema. Tapi bagi aku kerana skema itulah salah satu sebab buku ni boleh menang sayembara. Titik!
Buku pertama yang aku baca dari encik penulis.
Dalam cerita ada cerita.
Penulis juga menyajikan fakta mengenai penulis-penulis yang merasakan bahawa berjalan kaki itu adalah sebagai satu seni. sehinggakan watak encik H juga dipaparkan tidak akan mampu untuk menulis dan meneruskan lakaran novelnya jika dia tidak berjalan ke mana-mana.
Tapi untuk buku senipis ini aku tak tahu kenapa ia mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan... Hmm, tarik nafas kejap... Entah, mungkin aku penat dibawa berjalan bersama dan menghadap sisi gelap watak yang dipamerkan.
Apa-apapun buku ini tidaklah menghampakan. Tapi aku bersyukur sebab dapat naskah ini sebagai hadiah harijadi dari seorang sahabat! Kalau tidak entah bila rasanya aku nak beli naskah ni memandangkan harganya seperti tidak setimpal dengan ketebalan helaian kertasnya walaupun isinya boleh tahan. Budak hingusan macam aku, kena berfikir dua tiga kali. Kalau duit itu jatuh macam hujan di atas langit. Kalaulah! haha...
Kalau anda suka berjalan, ini adalah buku yang sesuai untuk anda. Barangkali dengan berjalan-jalan dalam buku ini, anda tiba di sebuah tempat yang tidak pernah terlintas dalam kepala anda.
Masa mula baca buku ni terus teringat buku Murakami, What I Talk About When I Talk About Running. Masa mula mula je lah. Kemudian bila cerita da berkembang awal awal agak celaru jugak sebab banyak bahagian dan banyak point of view. Tapi bila teruskan, dah boleh follow the flow. Konsep cerita dalam cerita. Tak pernah lagi aku baca buku nota kakinya ada cerita lain. Kagum. Tapi, amaran keras untuk sesiapa yang membaca dan berharap akan berjumpa kesudahan yang cerah, lupakan sahaja ok. Keseluruhan, bahasa bagus (sebab tu menang nombor satu sayembara penulisan). Banyak findings buku lain dalam buku ni. Dan, akhir kata, rindunya berjalan pagi pagi pergi kelas diploma sambil menonton manusia. Rindu.
(2016) Ulasan untuk pembacaan kedua: nama-nama yang disebut di dalam catatan Encik H hanyalah bertindak sebagai penambah perasa kepada jalan cerita. Dan, ah, bagaimana saya boleh terlepas pandang tentang pengakhiran Encik H yang sebenarnya agak menyedihkan? Persoalan yang berbangkit dalam pembacaan pertama (rujuk bahagian seperti di bawah) kini sudah terjawab dan lebih jelas dalam pembacaan kedua.
Barulah rasa puas hati.
---
(2015) Ibarat cerita dalam cerita dalam cerita. Cerita yang banyak persimpangan. Aku suka gaya penceritaannya, ayat-ayatnya tersusun cantik.
Diari Encik H ini membawa aku bertemu dengan sekumpulan penulis lain. Pembacaan tidak sebegitu lancar sebenarnya, kerana apabila aku membaca dan bertemu satu nama yang tidak aku ketahui, aku akan berhenti dan google siapakah gerangannya yang disebut penulis.
Berkenaan Anita, hmm. Aku harap dia bertemu dengan suaminya, Nazim. Namun begitu aku tertanya-tanya juga siapa 'kambing biri-biri' yang 'menangkap' Encik H? Bagaimana pula dengan Encik Jauhari? Akan adakah sambungan kepada diari Encik H ini? Hmm.
Pendek kata, membacanya perlu bertenang-tenang. Ia juga memberi inspirasi kepada aku untuk berjalan dan menulis, haha! Aku kira aku akan membacanya untuk kedua kali pada masa hadapan. Dan pasti akan lebih seronok kiranya setiap nama yang disebut itu sudah aku sedia kenal.
Tak sabar rasanya untuk mengulang baca! Dan aku juga sangat ingin meneroka karya Wan Nor Azriq yang lain. :)
Novel ini adalah novel terbaik dalam bahasa melayu yang pernah saya baca dalam beberapa tahun kebelakangan. Terbaik bukan kerana novel ini membicarakan persoalan falsafah yang berat-berat (walaupun ada unsur itu diselitkan di sana-sini), bukan juga membicarakan persoalan negara dan bangsa yang besar dan gah, tidak juga kritik moral yang mampu menumbangkan sebuah rejim, malah bukan pula juga kerana keupayaan bahasa yang bombastik. Novel ini saya kira terbaik kerana membawa sesuatu yang baru kepada kita, yang baru dalam erti kata bahawa pembaca kita disedarkan bahawa hal-hal remeh seperti aktiviti 'berjalan' juga boleh dinovelkan, bahawa ada kaedah lain bercerita selain dari cara bercerita yang telah dominan dalam sastera melayu. Novel ini bagi saya sedikit sebanyak membuat kita percaya tradisi sastera kita tidak mati setakat Shahnon Ahmad atau A.Samad Said atau Anwar Ridhuan.
Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang ini. Adakah aku tepuk bersorak kerana berjaya habiskan buku ini selepas melalui tempoh yang panjang, atau keliru pening akan jalan ceritanya yang aku sukar katakan? (masalah aku, bila terlampau banyak watak sokongan yang dinaratifkan oleh watak utama, aku jadi lupa dan hanyut tenggelam dalam penceritaan. Seperti watak utama, aku lupa akan nama nama tersebut. Aku sekadar berjalan masuk kedalam, melihat dan keluar dengan terpinga-pinga). Dari segi bahasa, tidak usah dinafikan lagi, bahasa yang digunakan penulis memikat hati aku, menerbitkan keghairahan dalam pembacaan aku.
Walaupun jalan ceritanya, plotnya sulit untuk aku mengertikan, aku tetap menikmati ceritanya. Seperti aku sedang berjalan menikmati permandangan sekitar tanpa tahu hala tuju tapi yakin aku sedang berjalan di jalan yang betul.
Oh ya, aku keliru, adakah patut aku berikan 3 bintang atau 4 bintang untuk naskhah ini?
"Berjalan ialah memilih untuk melengahkan takdir. Dan alternatif terbaik untuk tidak menulis." - Wan Nor Azriq, D.U.B.L.I.N.
aku teringatkan hemmingway apabila kita berkata tentang berjalan dan menulis, atau lebih khusus, tentang pilihan kita untuk berjalan apabila kita mahu 'melengahkan' penulisan. Tetapi adakah hemmingway selalu begitu? Dalam a movable feast, yang aku baru baca sekerat, aku mengimbas kembali kata-kata beliau apabila mat berjambang putih itu berkata, kalau aku nak menulis tapi idea tak datang, aku berjalan, dan berjalan akan membawa aku kepada idea.
lalu apakah yang kita dapat semasa berjalan? banyak. itulah apa yang azriq cuba nak sampaikan - atau begitulah apa yang aku faham. dublin adalah sebuah cerita tentang berjalan kaki, digarap daripada tradisi-tradisi pejalan kaki di seluruh dunia (terutamanya Barat) dan diceritakan kepada kita dalam bentuk kaki yang tak henti-henti ingin meneroka.
aku bayangkan dublin ini bukan sebagai dublin di ireland, tapi dublin yang hidup di atas imaginasi sasterawan-sasterawan terkemuka, dan kita sebagai pembaca dipelawa azriq (atau kau boleh kata Encik H dan Anita sekali) untuk berjalan di atas kepala-kepala pemikir dan penulis agung ini untuk mengutip apa-apa idea yang menggugah dan menarik minat.
jalan-jalan di dublin ini tidak sama seperti boneka rusia guido, kerana walaupun ia mempunyai banyak persimpangan, Encik H pandai menarik kita semula untuk berjalan (kadang-kadang naik kereta hijau juga) di lorong yang dipilihnya. guido terlalu suka menerewang, sampaikan kadang-kadang kita tak tahu ada berapa banyak guido lagi di dalam guido dan apalah yang sebenarnya difikirkan dalam kepala yang bundar dan plastik itu.
encik h tua, oleh sebab itu ada waktu-waktunya dia tersasul. sebab itu kita boleh jumpa beberapa typo, tetapi hal seperti ini boleh dimaafkan, kerana seperti mana-mana penglipur lara yang sudah berkarat tetapi hebat, naratifnya tidak pernah gagal memukau kita. malahan perhatian kita terhadap cerita terlalu tertumpu sampaikan sasul-sasul kecil ini tidak dapat kita kesani.
aku tak tahu apa yang terjadi kepada anita akhirnya - adakah dia ditangkap? dibunuh? atau dihumban ke dalam laut dalam? atau dia cuma berhijrah ke amerika untuk mencari suaminya yang gila? aku tak tahu. tapi aku suka bayangkan dia seorang perempuan yang cantik. itu pun sudah memadai buat aku lega.
"Bagi dia hanya berjalan sahaja cara yang dia tahu utk menangguhkan masa. Minatnya hanya utk berjalan. Berjalan ialah memilih utk melengahkan takdir. Dan alternatif terbaik utk tidak menulis. Berjalan bukan seperti kita menulis novel, kita hanya terus melangkah, terus bergerak, tanpa mempedulikan sempadan, yang tiada permulaaan atau pun pengakhiran. Dan di dalam diari ni akan menceritakan tentang simptom berjalan kaki dlm sejarah penulisan sastera. Tentang mereka yang memilih untuk berjalan. Ya, ini adalah sebuah diari, dan kita akan dibawa berjalan jalan dr mukasurat ke mukasurat yg lain."
Saudara Zlatan Ibrahimovic,
Senang kiranya saya untuk menceritakan ttg buku ini pada saudara. Mengenai TRADISI berjalan kaki sebagai satu seni penulisan. Kita akan dibawa berjalan utk berkenalan dgn penulis2 yang menghidupkan tradisi berjalan ini. "Berjalan sebagai satu seni." kata Richard Long. Pada permulaan mungkin agak sedikit berat, cuma saudara hanya perlu fokus supaya tidak terkeliru dengan helah 'penulis'.
Seterusnya adalah tentang manipulasi teknik penyimpangan cerita di dalam buku ini yang pada saya agak menarik dan kemas. Teknik serupa yg saya jumpa di dalam buku Kafka On The Shore hasil tulisan Haruki Murakami. Ia adalah cerita di dalam cerita. Di dalam buku DUBLIN ini mungkin saudara lebih tertarik untuk mengikuti kisah penulis2 yang menghidupkan tradisi berjalan kaki dalam seni penulisan, atau kisah En. H - Anita - Nazim, atau mungkin kisah Wahyudi dan Nora Beatrice. Pilihannya atas saudara.
Cuma yang mahu saya tekankan, naskhah ini nyata berbeza dari yang lain. Kerana pada akhirnya, saudara pasti akan tertanya tanya apakah pengakhirannya. Dan sebenarnya memang layaklah karya ini memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan kategori kumpulan novel.
Bersedialah, kau akan dibawa berjalan-jalan dari satu mukasurat ke satu mukasurat, tanpa rehat. Dalam perjalanan itu, kau akan terserempak, lalu bertegur sapa dengan beberapa orang penulis, dan bukan penulis, yang menghidupkan tradisi berjalan ini. Atau paling kurang pun, hanya berlaga bahu, dan terus berlalu meninggalkan mereka.
Dalam naskhah ini, mungkin kau akan lebih tertarik untuk mengikuti kisah penulis-penulis yang menghidupkan tradisi berjalan. Atau mungkin kisah Encik H-Anita-Nazim. Atau mungkin juga kisah Wahyudi-Nora Beatrice-err, kembar Wahyudi.
Genre ini terlalu baru bagi saya. Tradisi berjalan bagi seorang penulis. Ini bukan satu cerita, ini ialah cerita dalam cerita. Banyak sangat penyimpangan cerita. Nasib baik boleh faham pengakhirannya. Ia hanya sebuah diari.
Baca secara percuma Ucapan pertama,MPH the curve Ucapan kedua, borders tropicana city Dan sampai sekarang, tak dapat keluar habis lagi dari fiksyen ni.
Anda akan berasa pening membaca buku ini jika tidak membacanya dengan berhati-hati. Seperti novel -novel lain, ada penghujung yang ingin penulis sampaikan kepada semua penggerak tradisi pejalan kaki.
I did not finish this, this book is just not for me. But who is it for? I feel like this is the kind of book that Malaysians who don't read would think of when they think of the word sastera. You know, high brow literary works that are vague, difficult to understand, require some foundational knowledge and cannot be enjoyed by the common folk. In a way, this novel ticks all those boxes. I struggled and I am still in a reading slump, which definitely didn't help. But I don't feel that this novel is the best introduction to people who wants to read Malay Literature. This is an acquired taste, this is that kind of book that makes you work for any form of enjoyment but that's not necessarily true for all Malay Literature novels. This novel is basically a Malay postmodern novel, ambitious but not for everyone. Just google the characteristics of Postmodern Literature and they will describe this novel to a tee. I think I decided to DNF it when I asked myself, "would I read this if it's written in English?" and it's a no from me, dawg. I really hate postmodern literary works.
The thing that bugs me about postmodern works is that they tend to not have any coherent plot or structure. I know, THAT'S THE POINT. But I hate it. I have zero patience for it and I don't know how to appreciate it. In this novel, there really isn't any semblance of structure whatsoever. The paragraphs would suddenly break into point forms, incredibly long footnotes, random illustrations and it even shuffles the POV between characters with no helpful hint on whose POV it is. It's madness. Again, very postmodern. Even when you get narrative paragraphs that are simply from the main character, Mr H, it is written in a stream of consciousness where Mr H would jump from one topic to another. However, I do like the intertextuality in this novel. Azriq refers to many other writers, mostly famous English language ones ironically, to support some of the ideas in this book. I think that really adds an interesting dimension to the character but also, to the novel itself. I also like the metaphor about walking, which I interpret as participating in life. Mr H said that part of writing involves walking and that, to take walking away from a writer, is to take a vital part of writing. At the same time, walking takes a writer away from writing yet it's a necessary facet. I really liked that metaphor.
Despite giving up on this book and rating it two stars, I really want to applaud the author and the publisher for having this book out in the world. It is definitely a risky endeavour. Again, I wonder who this book is for. Even among Malay readers, this would be very alienating to a lot of people. So, for the author to take that risk and write it regardless, and for the publisher to publish it, is a very bold move. Even though I couldn't appreciate it, I acknowledge the value it adds to the Malay Literature scene. I like that we have options. I'm guessing if you like reading postmodern literary works or novels that are experimental in nature, then this would be your thing. Or perhaps you want to challenge yourself by reading something difficult or different than the usual, then you might want to pick this up. Again, this is not for everyone.
Novel Dublin sejujurnya merupakan sebuah novel yang pada mulanya agak sukar untuk saya hadam kerana pengisahannya begitu universal dan sangat enak jika pembaca begitu sealiran dengan penulisnya yang menjadikan penulis barat sebagai suatu sudut penceritaan dari kacamatanya. Namun, bukanlah ini yang mahu saya fokuskan kerana buku ini agak banyak menyatukan selirat sel neuron yang sudah lama tidak berhubung, di mana pembaca harus kreatif mencari sumber dan perkaitan.
Buku ini diberikan kepada dua slot utama iaitu Ucapan Pertama dan Ucapan Kedua. Dapat dilihat di sini merupakan ucapan penulis (Encik H) mengenai karyanya di sebuah kedutaan. Di muka surat 7, saya gariskan “ … saya ada masalah manic depression; saya ada masalahatau kekeliruan untuk membezakan antara fiksyen dan realiti; saya ada masalah untuk fokus…” Di awal penceritaan, Wan Nor Azriq, melalui karyanya Dublin, telah memberikan suatu gambaran kepada kisah yang akan dibentangkannya kepada pembaca, berkenaan En H. Benar, ada sesetengah penulis akan mengalami situasi begini untuk mencari perkaitan dengan apa yang telah diciptanya, begitulah sebuah perjalanan. Wan Nor Azriq memperlihatkan pembaca untuk bersedia ‘berhadapan’ dengan En H. Ya, seorang individu yang berkhayal, berprinsip sendiri. Merasai posisi Anita meladeni En H dan kehidupannya.
Cuma, secara am, dapat saya katakan, ia berkenaan perjalanan seorang penulis (En H) dalam menyiapkan novelnya berjudul Dublin. Apa yang dikisahkan En H hampir sama dengan kehidupan yang dialami pembantunya Anita. Turut, buku ini mengaitkan dengan kisah penulis luar negara yang menjadi inspirasi untuk En H meneruskan penulisannya. Agak banyak penyimpangan dalam khayalan sehingga membuat saya mencari apa sebenarnya ingin penulis katakan. Tuntas, ia penulisan itu adalah pengembaraan, sebuah perjalanan, penyimpangan dalam sebuah imaginasi juga suatu perjalanan.
Permulaan yang agak berat pada awalnya untuk difahami. Tapi segalanya mula dapat difahami di tengah - tengah, apa yang penulis ingin sampaikan. Mengenai tradisi berjalan kaki sebagai seni penulisan. Novel yang berbeza daripada yang lain dan sememangnya layak mendapat tempat pertama sayembara penulisan novel cerpen. 4/5 saya bagi.
Pada zaman setiap karya dan cerita perlu ada makna tersirat, pengajaran dan nilai-nilai murni, D.U.B.L.I.N. tampil mengajak kita kembali menikmati sepotong kek keju tanpa kita tertanya-tanya apakah kritik sosial dan mesej yang cuba disampaikan oleh seorang chef pastri melalui keknya tersebut.