Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerpen Serangga di Dalam Kepala

Rate this book
Sepuluh cerita aneh yang bakal mengusik imaginasi pembaca. Malam dan siang, manusia bagaikan baru terjaga di tengah-tengahnya. Bermula dengan Serangga di Dalam Kepala sehingga Cinta daripada Barang Buangan, atmosfera hidup berubah serta merta dalam sedetik. Watak utamanya terperangkap secara misteri di dalam alam yang bersimpangan. Mahu tidak mahu mereka harus menemui pembaca untuk berkongsi masalah dan cerita masing-masing. Ciptaan alam maya ini sesungguhnya suatu keajaiban yang lebih luar biasa mengatasi magis dari kejadian pelik seharian. Sementara manusia itu sendiri memiliki cerita yang tidak terungkai oleh taakulan biasa.

225 pages, Paperback

First published January 1, 2013

4 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Roslan Jomel

17 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (6%)
4 stars
19 (38%)
3 stars
23 (46%)
2 stars
3 (6%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
March 25, 2014
Setelah membaca antalogi cerpen ini aku tidak mahu menyamakan Roslan Jomel dengan mana-mana penulis surrealisme kontemporari yang sedia ada dan tersohor. Beliau sememangnya punya imaginasi, keliaran dan tema tersendiri biasanya melibatkan isu-isu mutakhir dengan karakter pembawaan yang sinikal dan kadangkala menjadi duri dalam daging masyarakat kita.

Ternyata cerpen-cerpen beliau kali ini jauh lebih meliar seakan mahu mengajak pembaca bersama-sama meliarkan mata pada kangkangan buku ini dan berfikir secara tangkas untuk segera menangkap pengertian tersirat dalam tulisan beliau kali ini. Buku ini memberi kamu dua pilihan, sama ada kamu mahu mengalah dan tenggelam serta lemas dalam lautan liar tulisan beliau atau menjadi seorang survival dengan membaca berkali-kali untuk beroleh kefahaman yang hakiki.

Cerpen-cerpen yang menarik bagi aku ialah pecahan (mungkin) cerpen perihal seorang penulis yang barangkali diadaptasi daripada kehidupan penulis sendiri dengan tokok-tambah bertujuan memfiksyenkan diri sendiri yang asalnya nyata menjadi tidak nyata. Cerpen berjudul Cinta Daripada Bahan Buangan turut mencuri minat aku kerana cerpen ini seakan diadaptasi daripada kisah Anak Buluh Betong secara tidak langsung memberi nafas urban kepada cereka klasik masyarakat Asia ini. Perihal ini turut menjurus aku untuk memberi gelaran sendiri untuk cerpen ini dengan judul - Anak Dara Peti Ais.

Apa yang seraya berlagu di dalam kepala aku sepanjang membaca antalogi cerpen Roslan Jomel ini ialah kerap kali tidak semena-mena lagu Bumiputra Rockers berjudul Aku Hanya Serangga berlagu sekaligus menjadi runut bunyi rasmi untuk buku ini, tanpa perlu melagukan ia melalui pemain elekronik bahkan bibir.
Profile Image for hans.
1,156 reviews152 followers
April 6, 2020
Cerpen-cerpen dalam laras abnormal dan sureal, watak-wataknya sendiri berfikiran aneh dan imaginatif melakar jalan cerita sendiri di sepanjang narasi. Ada pelik yang celaru, naratif-naratifnya seperti curiosity seorang kanak-kanak kecil yang mahu cari jawapan dengan satu eksperimen rahsia. Ada beberapa cerpen dalam vibe secretive dan misteri yang aku suka. Sentimental dan mundane (?) tapi absurdity-nya seperti candu dan buat aku teringat-ingat. "Saya tidak percaya kepada fiksyen. Saya juga kurang memahami realiti. Saya tidak berada di alam mimpi. Dunia lama saya telah dilipat di halaman sebelumnya."
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 28, 2017
Khayal baca @roslan_jomel puasa-puasa ni. Aku syak Roslan Jomel ni tulis ada tema. Yang Selamat Datang Ke Malaywood tu, ada temanya sendiri, dan yang ini pun ada temanya sendiri. Enjoy, dan sinikal.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
kisah surrealism yang sarat dengan mesej. aku suka dengan kreativiti penulis, membawa pembaca lari sebentar dari realiti ke dunia fiksyen. (and no, he doesn't remind me of murakami.) yes, it's okay to run away from real life for awhile if the fiction life is more interesting, right? :)

tapi, ada certain cerita, cara penceritaan yang begitu panjang yang buat aku rasa bosan dan tak boleh nak catch up dengan apa yang penulis cuba untuk sampaikan. and kalau aku tak silap, mungkin ada sedikit typo yang sedikit mengganggu.

watak daripada beberapa cerpen jugak agak sama. lelaki, menulis sebagai karier, berkahwin, tiada anak, dan lagi prefer hidup sendirian, jauh dari public. agak confuse jugak sebab aku ingat the characters are related. (it's kinda pity how truth the author wrote about the life of a writer, reviewer, etc.)

aku rasa buku ni bukan untuk aku. terlalu sarat sampai aku susah nak enjoy. =.='

fav: Cinta daripada Bahan Buangan, Peti Ais dan Ular.
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
February 6, 2014
ada ketika nya membaca buku ini saya keliru seketika dan kembali menoleh kepada kulit di depan nya. Keliru sama ada saya sedang membaca buku haruki murakami atau pun roslan jomel. gaya menulis nya menarik dan tidak mempunyai banyak dialog seperti buku "selamat datang ke malaywood". cerpen serangga di dalam kepala membuatkan saya meraba-raba kepala saya ketika membaca nya ini kerana seperti kepala saya pula yang sedang membesar. tahniah buat roslan jomel di atas kemenangan buku ini.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 31, 2015
Masih bersahaja namun kian berani. Peti Ais buat saya hampir hilang akal. Ajaibnya itu yang saya tagihkan dan seperti mahu dipukau berkali-kali dengan surealisme berbentuk sebegini. Biarpun jasad serta roh bakal terperangkap selama-lamanya dalam dunia fiksyen, saya rela tak kira indah mahupun sengsara.
Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
June 21, 2014
Di tangan roslan, dunia dan
segala isi menemui hakikat
tiada masa yang mengikat
tiada ruang yang menyekat
tiada sempadan yang menyukat
imaginasi sebati realiti.
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
July 26, 2018
Aku takde masalah dengan luahan hati Roslan. Dia ada identiti sendiri. Tapi kenapa cerpennya semua sama?
Profile Image for Syaz Wani.
100 reviews12 followers
August 15, 2017
Seperti sebetulnya ada serangga yang merayap dalam kepala memikirkan maksud di sebalik setiap cerpen yang ada dan kesudahan seperti apa yang perlu aku gambarkan. Paling suka cerpen 'Potong jari'. Ada unsur distopia sedikit.
Profile Image for rul_NurHas.
9 reviews
November 16, 2024
8 cerita boleh faham lagi makna yang tersirat...2 cerita terakhir tu...hmmm, agak sukar nak faham😅
Profile Image for ❀ Hana.
176 reviews85 followers
August 12, 2014
Mungkin dek kerana membaca ulasan-ulasan terdahulu, maka tak dapat tidak nama yang muncul di fikiran aku apabila menelusuri cerpen-cerpen Roslan Jomel: Murakami. Tak bermakna ini sesuatu yang negatif. Malah aku gembira kita ada pilihan/hidangan surrealisme yang dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan.

Syabas, Tuan Roslan Jomel!

*Cerpen yang aku paling suka: DooneyaClubwoAssap.

Berdasarkan pengamatan ketika pembacaan, watak-watak utama di dalam beberapa cerpen mempunyai beberapa persamaan: lelaki, tidak mempunyai pekerjaan tetap, menulis sepenuh masa, suka berkhayal, sudah berkahwin, tidak mempunyai anak dan yang paling penting: beristerikan/didampingi oleh seorang perempuan yang tidak berusaha memahami, apatah lagi menyokong karier serta minat suami sebagai penulis. Dan ini sangat menyebalkan aku ketika membaca.

**Aku bukan peminat Murakami. Maaf peminat-peminat Murakami sekalian. Norwegian Wood, mendatangkan depresi dan menimbulkan suatu perasaan ingin bunuh diri.
Profile Image for Päk  Läng.
44 reviews
May 19, 2014
Rata-rata penulis dan pembaca tempatan mengenali Roslan Jomel sebagai seorang penulis surrealisme kontemporari. Tulisan-tulisan beliau sarat dengan imaginasi yang liar, menjalar dari satu cerpen ke cerpen yang lain. Sering tampil dengan tema tersendiri, biasanya melibatkan isu-isu mutakhir dengan pembawaan yang sinikal.

Jujurnya, Kumpulan Cerpen Serangga di Dalam Kepala telah diadun dengan imaginasi yang hebat namun, gaya penceritaannya membuatkan saya sedikit bosan. Mungkin kerana cerita-cerita begitu tidak sesuai ditulis terlalu panjang.









Profile Image for Aween.
38 reviews20 followers
March 25, 2014
mungkin aku terlalu lembab ntk memahami siapa 'saya' dlm cerpen ini. acapkali terbayang seekor kumbang tanduk yg berada dlm otak manusia sebagaimana gambaran kulit muka naskah ini. cerpen Wilayah Penguin sangat 'adventurous' for me. kreatif !
cerpen Emak Saya Ingin Rmh Batu sangat menenangkan bilamana permulaan cerita yg agk klasik dan seakan 'hidup'. paling suka cerpen Potong Jari sebab rasa mcm ada related dgn zaman skrg. kita punyai tangan dan jemari yg terlalu bebas bikin khianat. bila jari kena potong, ibarat kebebasan tersekat dan serba serbi x boleh dibuat.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
May 5, 2014
telah membaca 3 buah cerpen; serangga di dalam kepala, wilayah penguin dan potong jari. wah! penuh kiasan. masih seputar isu sejagat tapi dgn perumpamaan yg cukup baik. masih dapat difahami apa yg cuba disampaikan oleh penulis.

alhamdulillah, dah habis baca 7 cerpen lagi, emak saya ingin rumah baru. kisah suka duka penulis dlm mangkuk, peti ais, ular, dooneyaclubwoassap serta gam mata. terakhirnya cinta daripada barang buangan.

paling terkesan, cerpen ular. tiba2 saya bimbang ular warna pink yg pandai berkata2 boleh keluar dari tab ini.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
February 8, 2014
Imaginatif. Dan sinikal. Mirip etgar keret. Tiada kisah sebenar. Namun, berbaloi.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.