Buku tulisan 15 orang yang karib dengan almarhum Ahmad Ammar. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk berwarna penuh khususnya 100 lebih gambar rakaman sepanjang hidup Ammar dari kecil sehinggalah mutakhir.
Saya sengaja tidak menonton sebarang video yang viral atau catatan orang lain tentang Almarhum Ahmad Ammar sebelum saya menyentuh buku ini. Tujuannya, supaya saya tidak terpengaruh dengan bahan lain selain daripada buku ini sendiri. Biarlah saya dapat semua maklumatnya terus daripada buku ini untuk mengetahui latar belakang dan sejauh mana buku ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan medium yang lain.
Alhamdulillah, buku ini menghimpunkan catatan ibu, ayah, adik beradik, sahabat karib dan mereka yang mengenali Almarhum Ahmad Ammar sewaktu kecil dan sepanjang hayatnya yang singkat itu - 20 tahun sahaja! Secara keseluruhannya, ia merupakan percubaan yang baik dalam menghimpunkan kenangan terhadap insan yang istimewa, baik, dan tidak terkenal sewaktu hayatnya, kecuali dalam kalangan lingkungan persahabatan, ahli keluarga dan ahli pertubuhan yang disertainya. Semuanya menjadi viral dan mencetuskan 'fenomena' setelah pihak Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) menyediakan video yang pada asalnya untuk tontonan keluarga dan sahabat. Video hampir setengah jam itu kemudiannya menjadi pencetus yang menyebabkan nama "Ahmad Ammar" dikenali sehinggalah usaha-usaha dilakukan bagi menerbitkan buku ini.
Melalui warkah ibunya, pembaca dapat mengenali watak Ammar sewaktu kecil manakala ayahnya pula memang telah menyediakan ruang dan tapak supaya satu-satunya anak lelaki keluarga ini menjadi insan luar biasa apabila dewasa kelak. Paling terkesan ialah kedua-dua pasangan ini tidak menganggap anak-anak itu sebagai harta yang dimiliki tetapi anak-anak (khususnya dalam kes Ammar) ialah amanah untuk ummah. Konsep inilah yang menjadi Puan Nur Azlina dan Tuan Ahmad Adzam amat redha dengan pemergian Ahmad Ammar.
Melalui kaca mata sahabat-sahabatnya, pembaca akan mengenali Ahmad Ammar sewaktu bersekolah di SAMBEST, RMC dan seterusnya di Turki. Sebagai pelajar kedua terbaik RMC, sistem akan meletakkan beliau mengambil jurusan sains (perubatan, kejuruteraan dan bidang sains yang lain) tetapi keluarga dan Ammar sendiri bertekad untuk mendalami bidang Daulah Uthmaniah di Turki. Ammar juga membuat persediaan mempelajari Bahasa Turki sebelum berangkat ke sana. Hal ini memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Biasanya, pelajar terbaik akan didorong oleh semua pihak supaya mendalami bidang sains sahaja. Bidang-bidang sains sosial dan sastera tidak akan mendapat dokongan daripada mana-mana pihak. Pemilihan Universiti Marmara di Turki juga suatu lagi risiko yang telah diambil kira apabila Ammar mendaftar di sana. Universiti tersebut langsung tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia. Namun, ayahnya dan Ammar sendiri tahu akan keputusan yang mereka ambil itu.
Selebihnya, ada beberapa bahagian yang telah disebutkan terlebih awal oleh sahabat yang lain, tetapi turut diulang juga. Ada yang boleh melihatnya sebagai pengukuhan kalau pun bukan sedikit kelewahan. Namun, penerbitan buku yang berwarna-warni boleh memotivasikan sesiapa sahaja, khususnya pelajar dan juga ibu bapa yang bakal mencorakkan kehidupan anak-anak. Ada beberapa model tarbiah dan tip-tip yang boleh digunakan.
Mungkin bukan semua orang boleh menjadi sehebat Ammar - insan biasa yang luar biasa. Namun, Ammar ialah suatu iktibar dan isyarat daripada Tuhan bahawa anak-anak muda usahlah mensia-siakan hidup mudanya. Ammar telah banyak mengisi dadanya dengan ilmu dan bukan perkara-perkara yang 'lagha'. Hidupnya cuma 20 tahun tetapi hidupnya telah memberi bekas kepada orang lain, ya, orang lain yang langsung tidak dikenali semasa hayatnya. Setiap orang perlulah mengambil posisi dakwah masing-masing kerana setiap seorang daripada umat Islam itu bertanggungjawab dalam misi dakwah dalam kapasiti yang tersendiri. Jika termampu, ambillah jalan yang pernah dirintis oleh Almarhum Ahmad Ammar. Jika tidak terdaya, lakukan sahaja dengan ikhlas tetapi dengan cara yang terbaik.
Almarhum pastinya istimewa kerana pengakhiran hidupnya yang amat istimewa - sebuah husnul khatimah : meninggal sewaktu dalam perjalanan hendak menyampaikan ilmu (kuliah pertama Risalah An-Nur), disembahyangkan oleh ratusan orang Turki, hatta yang langsung tidak mengenali beliau dan kemudian disemadikan di kawasan perkuburan Abu Ayyub Al-Ansari - sahabat Rasulllah yang turut dikebumikan di bumi Konstantinopel.
Banyak buah fikir dan iktibar yang boleh dipetik daripada buku ini. Ia membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sumbangan kita pula kepada ummah dalam usia yang telah diberikan kepada kita?
Membaca kisah ‘cinta’ Ahmad Ammar ini tatkala saya sedang menunggu nombor giliran (yang harus menunggu lebih 100 orang sebelum nombor dipanggil) membuatkan saya larut dalam pembacaan. Suasana persekitaran (hospital - yang boleh kita kaitkan dengan hidup dan mati) juga menjadi faktor kenapa saya jadi mudah tersentuh hati. Kisah kematian Ahmad Ammar yang menghidupkan jiwa yang lena dengan belaian duniawi.
Risau memikirkan kesihatan diri, membuatkan jiwa saya lebih sensitif! Tanpa sedar air mata saya mengalir dan jiwa menjadi sebak. Saya insaf. Andai umur saya tak panjang saya tiada apa-apa sumbang untuk ummah. Ya, umur saya yang dua kali ganda umur arwah Ammar, tapi langsung tiada sumbangan apa-apa... malunya saya!!!
Cerita Cinta Ahmad Ammar ini adalah kisah yang penuh teladan. Kisah tentang hidup Ahmad Ammar, anak muda yang tidak dikenali semasa hayatnya tetapi menjadi pencetus kebangkitan semangat yang menghidupkan jiwa selepas kematiannya. Ya, Ahmad Ammar adalah insan terpilih yang matinya adalah untuk menghidupkan jiwa pada mereka yang tinggal!
Bahkan kisah Ammar ini juga pastinya akan menjadi inspirasi kepada ibu-bapa untuk memiliki anak-anak seperti arwah Ammar.
Naskhah yang setebal lebih 360 muka surat ini tidak dapat dinafikan penuh pengajaran. Namun andai diberikan sedikit penerangan pada setiap gambar yang disertakan pastinya lebih menarik dan lebih memberi info terhadap apa juga aktiviti yang dilakukan oleh arwah Ammar ini. Juga andai diberi pengenalan ringkas penulis yang menyumbang ‘coretan kenangan arwah Ammar’ ini pasti akan lebih memberi sentuhan di jiwa (saya terutamanya).
Ya, saya gemar mem’visual’kan setiap bait kata menjadi gambaran yang berlayar di minda. Dengan kata lain, ketika membaca saya suka berangan! Jadi sedikit sebanyak saya juga ingin tahu siapa kawan-kawan arwah Ammar yang bertuah ini, yang dapat berdamping dengan beliau di waktu hidupnya dan berkongsi kenangan bersama kita waktu ini. Kecuali, ibu, ayah, kakak, abang ipar dan Ustaz Hasrizal, penulis-penulis lain saya hilang punca siapa mereka.
Ia berada dalam favourite list saya sekarang.. Memang best! Di kala saya rasa down dengan skill parenting saya, saya akan selak buku ni, mencari semangat dari ibubapa Ammar.. Penulisannya sangat simple, hanya penceritaan dari orang2 sekeliling dalam kehidupan Ammar... Setiap orang yang bercerita mempunyai sudut pandang yang berbeza, namun di pengakhiran penceritaan.. Kita akan temui satu kesepakatan iaitu... Ammar seorang yang hebat & luarbiasa di mata setiap orang! Kesantunan beliau pada setiap orang memang sering diungkapkan.. Mungkin itulah yang membuatkan Ammar sentiasa diingati dan dekat dengan setiap orang!
Banyak perkara yang harus diteladani dari fenomena Ahmad Ammar ini... Tentang Ammar sendiri, tentang ibubapanya yang berjaya membentuk anak yang luar biasa ini... Benarlah kata-kata ayahanda Ahmad Ammar.. Ia suatu kematian yang menghidupkan! Suatu kematian yang bukan untuk ditangisi, tapi untuk diteladani...
Saya juga sangat kagum dengan kaedah yang digunakan ibubapa Ammar dalam pembentukan peribadi Ahmad Ammar.. Di saat orang lain berlumba2 mahukan anak2 menjadi seoarang doktor, engineer, arkitek.. Ayah Ammar sebaliknya, ia mahu Ammar mengkaji sejarah Turki dan menyambung pelajaran di universiti yang tidak diiktiraf oleh negara kita!!
Saya juga sangat kagum dengan konsep "mewakafkan diri untuk ummah" yang diterapkan pada Ammar... Subhanallah.. tak terjangkau dek akal saya yang berilmu cetek ini... Sedangkan mewakafkan harta ke jalan Allah itu sudah dilihat berat bagi sesetengah orang.. Inikan pula hendak mewakafkan "diri sendiri" sepenuhnya untuk ummah! Ia cukup terkesan dan menginsafkan saya.. membuatkan saya mula sedar tentang visi dan misi yang jelas dalam membentuk keperibadian anak2... Jangan jadikan dia orang biasa-biasa sahaja, tapi jadikan dia anak yang luar biasa!
semalam (26/2) terima buku ni pastu terus baca. terus tangkap leleh. lagi2 penulisan ibu allahyarham yg seperti bercerita kpd anaknya yg telah pergi.. sedih.. :'( malam td pun sebelum tidur teruskan lg pembacaan. kisah drp kakak allahyarham juga mampu meruntun hati hingga mengalirkan air mata.. semoga keluarga ini tabah & berterusan diberikan kekuatan iman & akidah. aameen.
tapi tidaklah semua kisahnya berkisar tentang kesedihan, kisah drp sahabat2nya ketika kecil mampu mbuatkan aku ketawa terkekeh-kekeh.. heee.. lagi2 apabila Jeb berkata masa kecil dia suka gigit lengan allahyarham ahmad ammar kerana kemontelan beliau. hahah..
so memang berbaloilah utk memiliki buku ini walaupun ada di antara isinya sudah ku baca sama ada melalui blog ustaz hasrizal mahupun di dalam akhbar :)
16 insan, 16 kisah, 1 sanjungan. Ahmad Ammar! Buku ini benar2 membuatkan hati sy sebak tika membacanya. Kisah Ammar dr kecil hingga ajalnya menjemput memang menyebakkan hati. Paling terkesan dengan kisah drpd bonda Ammar. Apa2 pun keseluruhan buku ini memang menarik dan penuh dengan ilmu2 bermanfaat. Mungkin dengan keseluruhan muka surat diwarnakan, akan menarik minat anak muda membacanya ditambah lagi dengan penggunaan bahasa yang ringkas. Moga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. Al-Fatihah...
Antara karya atau catatan yang ditunggu untuk dibaca dan difahami makna cerita 'cinta' itu sendiri. Cerita cinta Ahmad Ammar, seorang pemuda yang kembali dijemput Ilahi kala umur masih baru 20 tahun. Namun pemergian Ahmad Ammar telah mencetuskan satu fenomena yang luar biar. Benarlah kata ayahanda Ahmad Ammar, kematian Ahmad Ammar adalah sebuah kematian yang menghidupkan. Betapa reda ibu bapa Ahmad Ammar kerana mereka telah bersedia saat melepaskan Ahmad Ammar untuk perjuangan ummatik melebihi kepentingan keluarga sendiri.
Membaca catatan-catatan yang diluahkan oleh 16 orang yang rapat dengan arwah, buat kita terfikir: adakah kita sudah melakukan yang terbaik untuk segalanya sepanjang umur kita ini? Apakah sumbangan kita buat diri apatah lagi untuk umat Islam itu sendiri? Adakah budi pekerti dan sopan santun kita terjaga kala berhadapan dengan Allah ataupun manusia? Terasa amat kerdil diri ini jika mahu dibandingkan dengan arwah. Arwah yang tidak dikenali tetapi pemergiannya dirasai walaupun oleh manusia-manusia yang tidak pernah kenal arwah.
Kesungguhan dan kepatuhan arwah terhadap perancangan abah dan emak untuk masa depan, memang menunjukkan arwah anak yang taat dan arwah mempunyai pandangan yang tegas selepas diberi pencerahan oleh program yang dianjurkan dibawah pemantauan abah arwah. Seorang pelajar yang pintar malah menetapkan agama itu perkata utama. Dalam kelangsungan menuntut ilmu arwah tetap memperuntukkan diri, masa dan tenaga untuk kerja-kerja amal.
Sesungguhnya, peribadi arwah bukanlah mahu dijadikan sanjungan tetapi mesti dijadikan iktibar untuk kita. Malah sebagai ibu sudah pasti terselit satu rasa untuk membentuk anak yang dipinjamkan Allah untuk memiliki peribadi sebaik arwah.
Al-Fatihah buat Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Moga tenang di sana dan fenomena ini akan terus kekal di hati anak-anak muda Islam malah menguatkan lagi peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. Insya-Allah.
Sedikit terkilan kerana setiap foto-foto yang disertakan tiada caption yang disediakan. Rasa jika terdapat penerangan adalah lebih baik untuk pembaca lebih memahami. Selain itu sedikit maklumat pengenalan tentang penulis yang mencatat tentang arwah juga harus disertakan untuk pembaca mengetahui hubungkait penulis dengan arwah. Kerana kadang kala KakChik terhanyut dan terpaksa membelek semula pada setiap permulaan catatan untuk mengetahui siapa penulis terhadap arwah.
Alhamdulillah, moga kisah ini menjadi iktibar buat diri KakChik.
The late Ahmad Ammar was a remarkable young man indeed. But in terms of producing this book, couldn't they find better 'friends' to contribute something. Most of the ones featured here sound like mere strangers. Kinda disturbing, if you ask me. And last but not least, how many books are they planning to churn out about the late Ahmad Ammar? Isn't this some sort of exploitation? Alfatihah.
Bagi ibu bapa, buku ini mengingatkan tentang anak. Bukan sekadar soal makan minum, pendidikan dan pekerjaan. Bahkan sahsiah yang menyenangkan lalu cemerlang di dunia dan akhirat.
Bagi yang bernyawa, buku ini mengingatkan tentang kematian yang boleh muncul secara tiba-tiba dan di mana-mana.
Buku ini juga mampu berikan dorongan untuk lebih kenal tentang Uthmaniyyah, Turkiye dan Istanbul di samping untuk lebih kenal Risalah al-Nur dan Badiuzzaman al-Nursi serta Tanah Perkuburan Eyub dan Abu Ayyub al-Ansari RA.
Jujurnya, buku ini mula saya tekuni sebelum kembara ke bumi Asia Kecil di Turkiye walaupun buku setebal 360 halaman ini sudah lama bermastautin di pustaka rumah kami.
Sewaktu di KLIA sebelum berlepas ke Istanbul, saya teguhkan niat utama saya ke sana iaitu mahu ziarah makam al-syahid Abu Ayyub al-Ansari, antara insan kesayangan Nabi SAW.
Alhamdulillah ia jadi kenyataan, malah berpeluang dirikan solat Jumaat di masjid Eyup Sultan; mendengar khutbah sejurus sebelum rukuk dan sujud di situ.
Sebelum itu berkesempatan naik 'cable car' sambil saksikan Golden Horn juga Tanah Perkuburan Eyub tempat jenazah Ahmad Ammar disemadikan.
Peribadi Ahmad Ammar mampu buatkan diri rasa cemburu sebagai anak yang soleh wa musleh serta disenangi oleh adik-beradik dan kawan-kawan.
Dalam banyak-banyak catatan, tentunya catatan sang bonda mampu buatkan diri rasa sebak sekali gus mengingatkan para orang tua untuk meredai dan merelakan pemergian si anak dengan penuh ketulusan.
Buku ini menarik dengan reka bentuk dan gambar warna-warni biarpun ada catatan yang agak saling bertindan.
Di kaver belakang ada gambar kecil penuh makna, jenazah almarhum Ahmad Ammar disolatkan oleh puluhan (mungkin ratusan) jamaah dalam masjid.
Warga Madinah, Abu Ayyub disemadikan di Istanbul dan warga Malaysia, Ahmad Ammar juga disemadikan di Istanbul. Lokasi tidak penting, yang penting adalah bentuk pengakhiran yang baik (husnul-khatimah).
Ketika Fenomena arwah Ahmad Ammar mula hangat akhir tahun lalu, saya hanya mengikutinya secara sambil lalu di laman sosial Facebook dan tidak menonton video yang dibuat untuk mengingatinya ketika itu. Namun saya tetap membaca beberapa artikel mengenainya. Di dalam hati, saya tertanya-tanya, siapakah Ahmad Ammar? Mengapa begitu ramai rakan-rakan saya yang "share" mengenai beliau? Sehinggalah beberapa waktu selepas itu, saya lihat buku mengenainya telah diterbitkan dan dipaparkan di laman sosial beberapa rakan Facebook malah ada di antaranya yang menjual naskah ini. Namun saya masih lagi "berdegil" untuk mengambil tahu.
Akhirnya, selepas menonton beberapa sesi temuramah secara langsung dengan ibu bapanya sama ada melalui TV Al-Hijrah, TV3 dan saluran TV yang lain serta membaca beberapa ulasan dari laman Goodreads, saya ambil keputusan untuk membaca buku mengenai beliau. (Terima kasih kepada Kak Dina kerana menjadi asbab saya mendapatkan naskah ini).
Saya mulakan dengan bismillah dan penuh sabar menyelak helaian demi helaian buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang setebal 360 muka surat ini.
Permulaan naskah dimulai dengan catatan hati seorang emak diikuti dengan abah arwah, seterusnya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat beliau. Hanya ketika berada pada catatan Ahmad Farhan dan Muhammad Saifuddin barulah saya mendapat gambaran menyeluruh akan keperibadian arwah Ahmad Ammar yang hebat (selain catatan emak dan abahnya). Saya kira tulisan mereka matang dan menepati objektif yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca.
Malahan saya pernah tiba-tiba terasa "kosong" di tengah-tengah pembacaan. Mungkin kerana beberapa tulisan dari individu berlainan mempunyai isi dan maksud yang hampir sama namun saya hormati itulah kenangan dan catatan peribadi mereka ketika bersama arwah.
Selepas mengamati naskah ini, barulah saya sedar akan kepentingan mempelajari sejarah Uthmaniyyah yang begitu diminati oleh arwah Ahmad Ammar dan saya mendoakan agar visi dan misi GPTD ini tercapai dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi. Semoga dua rakan seperjuangan Ammar yang sedang meneruskan pengajian mereka di Turki berjaya dalam misi mereka dan diredhai Allah.
Ahmad Ammar insan biasa yang luar biasa, mempunyai sifat pendiam tetapi berisi dengan ilmu dan hikmah yang diberi oleh Allah, seorang yang santun, mengutamakan orang lain berbanding keselesaan diri dan tidak lupa seorang anak yang soleh. Semoga Allah meredhainya.
Saya tiada kata untuk mengulas tentang seseorang seperti Ahmad Ammar. Semoga Allah merahmatinya. Wallahualam.
Alhamdulillah selesai baca..tutup buku sahaja apa yang saya rasa..hebatnya seorang yang bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam..keseluruhan isi buku, kisah mengenainya dari berlainan orang. Bermula dengan ibunya, ayahnya, kakaknya, ustaz hasrizal, sahabat-sahabatnya semua bercerita mengenai hebatnya pemuda ini.
Buku yang membawa pelbagai rasa yang berbeza. Sedih, gembira, teruja dan pelbagai rasa lagi. Dalam hati saya berulang-ulang kata..hebatnya dia..masyaAllah..dibesarkan dan dipersiapkan oleh ibu bapanya untuk membantu ummah tetapi perancangan Allah maha teliti, maha baik, maha berkuasa..rupa-rupanya persiapan ibu bapa nya untuk Ahmad Ammar untuk menghadap sang pencipta dalam husnul khotimah..Allah..
Betapa beruntungnya beliau berkesempatan berehat panjang bersama sahabat rasulullah Abu Ayub al ansari..bangkit bersama di hari akhir nanti berpimpin tangan. Dlam cemburu saya gembira. MasyaAllah..
Allahumafirlahu warhamhu waafiiwafuanhu, Ya Allah Ampunilah segala dosa dan kesalahannya, terimalah semua amal ibadahnya. Jadi kami yang ditinggalkan tetap istiqomah dalam jalan Mu Ya Rabb Berikan kami kekuatan untuk meneruskan cita-cita beliau Amin
Adik Ammar, damailah dikau disana disisi tuhan yang esa..
entah siapa yang beli ada di rumah. buku yang dibaca dah selesai semua. godek2 almari jumpa buku. mengisi masa. spend just one night.
apa yang kurang dri buku ini, tiada catatan dari sahabat ammar yang bukan dari ABIM. mungkim temannya dari RMC. kerana untuk mengenali watak Ammar bergaul dengan masyarakat biasa. dan juga kurang kisah Ammar di Syria as a chronologi. hanya sekali imbas. mungkin perlu dimuat dalam buku sebagai orang ramai yang tidak tahu kisah ammar melalui media sprtmn pengulangan tentang ammar yg diceritakan oleh temannya.
pengajaran dari peribadi seorang Ammar : 1. persekitaran yang baik mempengaruhi peribadi seseorang. 2. Ammar membuktikan cemerlang pelajaran tidak seharusnya ke bidang sains. tidak salah menongkah arus. 3. memberi inspirasi untuk teruskan dakwah dan tarbiah.
Perwatakan Ahmad Ammar memang wajar dicontohi. Meneliti peribadi arwah adik ammar pada kaca mata insan terdekat dengannya sepanjang hayatnya, dapat lah saya simpulkan peribadi arwah sebagai: 1. Berjiwa ummatik dan memiliki cita-cita besar 2. Menghormati dan menyayangi orang lain 3. Tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh 4. Berdisiplin 5. Cintakan ilmu
Buku ini pada hemat saya, sangat bagus sebagai penyuntik inspirasi untuk anak muda supaya muhasabah diri dan tak berlengah masa. Ummah perlukan setiap daripada kita
Buku ini adalah hadiah Dari kekasih Aku pada hujung tahun 2014 Dan buku ni Masih bersama dengan Aku hingga kini. Salah Satu peristiwa Yang saya baca Yang betul-betul buat saya tertarik ialah keberaniannya pergi ke negara bergolak seperti Syria Dan saya tahu arwah adalah pelajar Di turki, buku ini menjadi sumber inspirasi Dan pembakar semangat untuk saya,
Beli dah lama, tahun 2014 masa balik rumah angah kat Batu Pahat, Johor sebab tak jumpa pun buku ni kat Kuantan. Tapi, pertengahan tahun 2015 ni baru nak baca.
Memang semasa hayatnya, saya tak kenal pun siapa Ahmad Ammar. Masa kat uitm, tertengok video mengenai pengebumian rakyat Malaysia di bumi Turki, malahan ramai yang mengiringinya ke tanah perkuburan, sesuatu yang luar biasa bagi saya masa tu. Tertanya-tanya juga siapa arwah. Sebab tu nak sangat beli & miliki buku yang penuh dengan ilmu ni. Tak rugi jadikan koleksi.
Saya seolah-olah baca sebuah diari yang ditulis oleh beberapa orang tentang siapa Ahmad Ammar. Selama baca, memang ada beberapa maklumat yang saya memang kurang arif dan inshaaAllah, ada masa memang nak tahu apa dia. Kadang-kadang google kejap-kejap je. Contoh; risalah an-Nur, nama-nama tokoh, etc.
Mula-mula baca adalah coretan daripada ibu Ammar, Puan Azlina. Betapa redha seorang ibu dan bapa melepaskan pemergian anak lelaki tunggal mereka dan dikebumikan pula jauh di bumi Turki. Saya paling terkesan dan sebak, rasa nak menangis tapi tak keluar air mata bila baca hasil tulisan sahabat arwah, Muhammad Huzaifi Ali & Ahmad Farhan Daud.
Bila melihat jumlah halamannya yang sebanyak 360 helai, saya sudah mula membilang-bilang hari yang mahu diperuntukkan. Mulanya mahu diketepikan sahaja, kerana ada buku yang lebih "senior" yang menuntut mahu dibaca dahulu.
Tetapi, kisah manusia istimewa ini masih lagi hangat diperkatakan. Jadi sebelum ianya menjadi suam, buku ini saya baca dahulu. Dan saya punya sedikit harapan dan jangkaan sebelum membaca buku ini.
Ternyata yang dibaca dan yang diharap tidak bertemu. Koleksi catatan kenangan orang-orang sekitar Allahyarham, hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjentik rasa. Sememangnya cerita daripada keluarga lah yang paling sesuai untuk dikongsi. Mereka lebih kenal, lebih rapat. Sumber pertama. Selebihnya, entah lah. Ada yang kenangannya seperti terlampau dicari-cari, kenangan yang dikongsi agak "biasa". Ada pula yang seperti tidak ada apa-apa langsung kenangan yang menarik. Ada pula seperti mahu "berlumba-lumba" menunjukkan dialah yang paling rapat, paling kenal dan paling sayang kepada arwah.
Pandangan peribadi saya, ya.
Bukan itu yang saya mahu tahu. Saya mahu cerita tentang Ahmad Ammar ini. Siapa lah saya untuk menafikan keakraban mereka, itu hakikat yang mereka sudah tahu.
Mungkinkah kerana buku ini mahu dikeluarkan segera, tanpa mengambilkira kualiti, atau sekadar mahu mencukupkan syarat?
Allahyarham Ahmad Amar Ahmad Azam Insan yang tidak berapa dikenali semasa hidupnya namum menjadi sebutan setelah beliau meninggal
Sebuah buku yang lahir dari 15 orang penulis yang terdiri daripada keluarga terdekat Allahyarham Ahmad Ammar dan ditulis berdasarkan persektif mereka sendiri, antara yang menulis ialah, ayahnya, kakak, abang ipar, kawan-kawan daripada Abim, serta kawan-kawan beliau dari Universiti di Turki.Sebuah buku mengenai perjalanan hidup dan perjuangan arwah semasa hidup sehingga berakhir hayatnya dikota Istanbul Turki. Perjalanan hidupnya yang diabadikan untuk menyampaikan ilmu dimana saja beliau berada, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga dan sanak saudara. Sesiapa yang membaca pasti tersentuh hati dengan kisah perjalanan hidup beliau dan kecekalannya dalam mengharungi cabaran demi menyampaikan ilmunya.
Buku terbitan Karya Bestari ini khusus menceritakan tentang perjalanan hidup almarhum Ahmad Ammar daripada pandangan dan luahan hati dan kata keluarga almarhum, sahabat dan beberapa orang yang rapat semasa hayatnya. Cetusan idea menerbitkan buku ini adalah sebagai pemangkin sebuah kebangkitan Islam dan sebagai pencetus semangat baru di kalangan generasi muda dan umat Islam seluruhnya. Semoga kita dapat sama-sama mengambil teladan dan pengajaran daripada kisah dan peristiwa yang terjadi kepada almarhum Ahmad Ammar ini dan meneruskan kehidupan sebagai Muslim menurut ajaran Islam sekali gus memartabatkan keindahan Islam di sisi kita dan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini insya-ALLAH. Semoga kita dipermudahkan oleh ALLAH SWT dalam perjuangan ini insya-ALLAH amminn.
Membaca dengan kadar yang laju sebab nak habiskan sebelum pulang ke UK. Naskhah yang wajar dibaca oleh anak muda, perwatakan hebat Ammar yang wajar dicontohi.
Sangat tersentuh dengan keperibadian seorang insan yang bernama Ahmad Ammar. Moga tenang di sana. Benarlah kata mereka, kematian Ammar membuatkan lebih ramai yang terbuka mata dan minda untuk menyelusuri sejarah tinggalan umat Islam terdahulu. Bila baca buku ni, dapat kenal beliau daripada kaca mata seorang ibu, ayah , sahabat, mentor dan semua yang pernah mengenalinya. Juga dapat tahu tentang kewujudan GPTD . Satu usaha yang sangat murni , tercetus setelah berkunjung ke Sepanyol . Malu pula terasa diri yang semakin dimamah usia , punya banyak perancangan yang terbengkalai hilang ditelan dengan kelalaian dunia. :'(
Salam, setelah berbulan-bulan lamanya, cuba menghabiskan buku ini, akhirnya selesai juga membacanya - alhamdulillah - byk pengajaran & pengetahuan yg berguna - masih "dengki" dgn Marlina Marzuki yg managed habiskan satu2 buku dlm few weeks or few days aje - apa pun, dongibap hihihihi
Oleh itu mana2 rakan2 & sedara2 & kenalan2 yg ingin membaca buku ini, boleh PM tepi or wasap saya - saya nak sedekah aje buku ini, supaya ilmu dari buku ini berterusan - mana yg berminat, sapa cepat dia dapat - thanks
Cerita tentang siapa Ahmad Ammar oleh ahli keluarga, sahabat dan kenalan terdekat.
Melalui kisah-kisah ini, kita dapat melihat akhlak Ammar yang disenangi, keperibadiannya yang luar biasa serta kesungguhannya dalam menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.
Ammar tidak dapat meneruskan misi dakwah ini lagi, namun kematiannya telah menjentik banyak jiwa muda.
Banyak sekali yang boleh diambil iktibar melalui kisah dalam buku ini.
baru habis baca buku ni.. sangat menarik.. ada jugak cadangkan dekat kawan yang non-muslim.. dia berminat sebab senang difahami dan dihayati.. walaupun dia bukan beragama Islam, dia dapat memahami perkara yang ingin disampaikan kepada pembaca.. tak keliru.. tahniah..
Memang benar, kematiannya menghidupkan. Kita bukan mengidolakannya tetapi menjadi contoh kepada kehidupan sendiri. Paling penting, bagi mendapatkan anak yang baik, contoh terdekat pastilah dari ibu bapanya sendiri. Sama ada dari segi sikap, peranan, wawasan dan gagasan akan masa depan anaknya.
sebenarnya aku grab buku ni sebab aku nak pecahkan duit rm50.masa tu aku capai dengan tergesa-gesa sebab dewan (dan pesta) dah nak tutup even baru pukul 7 petang.tatau kenape diorang nak tutup awal,maybe sebab ada pape acara kot,almaklum la baru hari pertama pbakl2014.dan juga kebetulan novel yang sedang aku baca (dia bukan arissa) dah habis aku khatamkan dalam bas.so untuk mengelakkan hidup aku bosan that nite,maka aku gagahkan jugak berdiri beratur di kaunter bayaran. aku taktau nak cakap ape perasaan aku sewaktu membaca buku ini.semasa video memperingati ammar ini mula tersebar di fb,aku hanya sempat tengok separuh jalan sebab masa tu internet tak berapa laju dan aku pon tgh rehat curi masa daripada ayat buku surgery (study leave final exam).so,masa video tu jadi viral aku cam,'hebat sangat ke ammar ni..nanti la tengok balik..' gitu la,dan dah tak ingat dah nak tengok balik sampai la terbitnya buku ini.aku tengok ramai yang beli.masa tu,tade la beria pon nak dapatkan buku ni.cuma,ade simpan hasrat nak baca jugak kisah beliau. dan ternyata takdir aku mula membaca buku itu dengan kisah daripada bondanya,buat aku mengalir air mata beberapa kali.tabahnya ibu beliau.dan cerita-cerita dari ayahanda,kakak,abang ipar dan rakan-rakannya memang membuktikan ammar ini istimewa.dan yang paling membuat aku sebak,terasa,dan pelbagai lagi perasaan adalah tulisan daripada ustaz hasrizal abdul jamil.aku duu juga peminat subjek sejarah,dan aku amat berminat membaca dan menghafal subjek ini waktu dulu.dan aku masih ingat ade kata-kata George Santana kat dalam buku teks sejarah iaitu 'siapa yang melupakan sejarah,akan mengulanginya'.dan selepas SPM,dan umur makin meningkat,aku semakin memahami dunia,aku rase banyak yg aku pelajari dalam buku teks diselewengkan demi kepentingan pihak 'berkenaan' yang buat aku keciwa dan tak berpaling utk subjek ini.dan aku tak rasa aku akan ambil subjek sejarah sebagai subjek utk aku dipelajari ke peringkat lebih tinggi sebab pemikiran aku telah dimomokkan dengan pemikiran karat yang tiada jaminan kerjaya.alangkah ruginya diriku ini..eceyhhh haha.dan ini juga membuat aku berasa kagum dengan parents arwah yang semangat tinggi dan kebergantungan mereka kepada rezeki hanya daripada Allah dan demi mengembalikan kegemilangan islam,mereka menyediakan anaknya kearah utk berbakti kepada ummah melalui sejarah. dan aku yang minat subjek itu,dan juga peminat ustaz harizal dan membaca buku-buku beliau dan suka melihat beliau gigih mencari ilmu terutama sejarah kerajaan turki uthmaniyyah,berasa amat terkesan dan memahami perasaan sedih beliau di atas kehilangan ahmad ammar.ya,kita kehilangan seorang permata yang boleh mencerahkan kembali pengetahuan kita mengenai sejarah islam dan juga tenaga pengajar risalah annur.huuu semoga ada lagi banyak bakal sejarawan islam yang akan dilahirkan dengan semangat ammar ini. dan sememangnya membaca kisah hidup beliau yang pendek tetapi terisi dengan pelbagai perkara manfaat membuat aku berasa malu dengan hidup diri sendiri.masa banyak dihabiskan dengan pelbagai perkara lagho.*senyum terpaksa*huuu semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman.sesungguhnya Allah memang menyayangi orang yang baik.buat aku teringat kepada junior aku almarhum abdullah azhari.semoga mereka mendapat nikmat syahid.
Buku ini menjelaskan peribadi Ahmad Ammar yang begitu mengujakan dan haruslah diteladani oleh remaja sekarang. Selepas membaca buku ini, tidak ada perkara lain yang disesalkan melainkan masa muda saya banyak terbazir begitu sahaja. Timbul kesedaran selama saya hidup, apa sumbangan saya kepada masyarakat lebih lagi kepada agama islam? Buku ini menceritakan betapa hebatnya didikan ibubapa Ammar sehingga saya kagum serba-serbi peribadi Ammar menerusi kawan-kawannya. Dengan terbitnya buku ini, peribadi beliau akan dijadikan sumber inspirasi oleh ibubapa untuk mencorakkan anak kelak, insya Allah. Usai menelaah buku ini, saya terus ke laman youtube untuk melihat video kenangan beliau. Sesungguhnya saya terkesima apabila melihat masyarakat Turki berkejaran mahu mengusung jenazah beliau dan tertarik dengan khutbah oleh penceramah terkenal. Al-Fatihah Ammar, bertemu lah dikau bidadari syurga seperti dalam mimpimu.