Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kenapa Aku Jadi Sosialis

Rate this book
Apabila ditanya kenapa aku memilih menyertai Parti Sosialis Malaysia, aku menjawab bahawa setelah sekian lama mengikuti perkembangan politik negara, aku tidak dapat melihat satu parti pun yang meletakkan kepentingan rakyat di tempat paling atas seperti mana yang dilakukan oleh PSM.

Ketika parti lain lebih selesa untuk berpolitik sepanjang waktu demi mencari kedudukan dan kesenangan peribadi, PSM terus bergerak di peringkat paling bawah untuk bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak mereka, menuntut keadilan bagi pihak mereka dan mencari solusi bagi setiap permasalahan rakyat demi mencapai satu taraf hidup yang lebih baik.

74 pages, Paperback

Published June 1, 2022

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
3 (60%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Iza B. Aziz.
236 reviews32 followers
May 15, 2024
Sebuah bacaan yang amat ringkas dan padat tentang sebab penulis menyertai Parti Sosialis Malaysia. Benar kata penulis, dia langsung tidak memberi pendedahan terperinci tentang ideologi Sosialis dalam buku ini. Namun, ia membawa saya kefahaman tentang aspek utama ideologi yang "digeruni" ramai ini ialah keadilan atau kesamarataan hak sosial masyarakat.

Banyak perkara yang saya setuju dengan penulis terutamanya tentang sikap rakyat Malaysia yang lemah dan tidak mahu mengkaji, memahami dan lebih mudah memandai serta takut tentang politik. Dan saya juga faham berkenaan peralihan ideologi politik yang diperlukan mengikut keadaan semasa. Namun itu semua memang sebuah angan utopia yang mustahil seperti yang penulis sendiri mengaku.

Saya juga sedar tiada mana-mana ideologi politik itu sempurna. Tambah tolak pasti akan berlaku penyelewengan. Ahhh selagi manusia jahat ada dalam politik begitulah hakikatnya.

Membaca nukilan ringkas saudara Wan Zamzahidi ini amat membuka mata saya tentang kepincangan politik beberapa dekad lalu. Ya, ia memang dari sudut peribadi penulis namun saya tidak dapat nafikan ia dari sudut rakyat marhaen yang mengharapkan tiada lagi pengabaian dan penderaan sosial kepada kelas masyarakat bawahan.

Nampaknya saya kena baca juga Islam dan Sosialisme ( Prof. Dr. Syed Husein Alatas) dan lain-lain lagi bacaan berkenaan topik ini. Saya berpuas hati dengan Kenapa Aku Jadi Sosialis. Walaupun sedikit dan kecil tapi mampu membawa saya ke pembelajaran yang seterusnya!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.