Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjodohan

Rate this book
Mereka ditunangkan atas kehendak keluarga. Tanpa kenal di antara satu sama lain. Hati memberontak, namun diteruskan juga demi menjaga hati atuk yang disayangi. Susahnya bila bergelar cucu lelaki sulung. Dia yang nak kena mengalah dan juga menerima.

“Ikatan ni sesuatu yang mengarut. Saya tak boleh nak kahwin dengan orang yang saya tak cinta.”-Iskandar

“Kalau awak dah tak boleh nak teruskan pertunangan ni, kita selesaikan semuanya sebelum terlambat. Saya pun tak kebulurlah nak jadi isteri awak.”-Seri

Bagi Seri, sekali Iskandar tak sudi, seribu kali dia takkan serahkan hatinya untuk mamat ‘jual karpet’ itu. Jangan ingat minah kilang seperti dia tak ada yang sudi untuk dibuat isteri. Iskandar ingat dia tak laku sangat ke?

“Kalau Is rasa tak boleh nak terima Seri, kami akan jodohkan Seri dengan sepupu Is yang lain. Ramai lagi yang tengah tunggu giliran nak isi borang ni. Tinggal Seri pilih saja yang mana dia berkenan” - Pak Cik Alif

Bila tahu cik tunang menjadi kegilaan sepupunya yang lain, tahu pula Iskandar nak kalut. Cacing pun tak panas macam dia bila dah tak tahu apa yang harus dibuat. Cik tunang betul-betul jual mahal dengan dia.

“Saya berhak untuk bersama dengan sesiapa yang saya suka, termasuk sepupu awak si Zul tu. Dia segak, kan? Saya memang suka dengan lelaki ada janggut sejemput macam dia tu.”-Seri

“Jangan ingat saya akan serahkan tunang saya pada orang lain. Awak akan tetap menjadi milik saya, Seri.”-Iskandar

Bila hati dah terjatuh sayang, dia sanggup menjadi pengemis cinta asalkan si idaman hati akan tetap menjadi miliknya.

“Sakit otak betullah saya dengan lelaki gila talak macam awak ni. Bulan depan saya dah nak pindah. Jangan harap awak akan jumpa dengan saya lagi.”-Seri

“Awak memang nak kena pindah, Seri. Pindah terus ke hati saya.”-Iskandar. “Tak ingin saya. Saya akan pastikan, bulan depan...”-Seri

“Bulan depan kita kahwin, Sayang.”-Iskandar.

496 pages, Paperback

First published December 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Cik Tet

36 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (21%)
4 stars
3 (21%)
3 stars
7 (50%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,283 reviews238 followers
February 4, 2024
Bertunang atas aturan keluarga.

Iskandar dok beri mesej² sindir pada Seri. First impression je dah buat Seri berangin.

Permulaan diaorang tak begitu indah lantaran Seri ingat Iskandar dah ada Zalia.

Tu lagi satu watak yang annoying. Dah kahwin pun suka kat lelaki orang. Dah cerai pun sanggup datang rumah Iskandar minta Seri tinggalkan Iskandar.

Mula² hubungan diaorang okay je. Saling percaya, sayang.. tiba² masa Seri pergi ofis Iskandar, Zalia buat hal. Seri angin, tuduh Iskandar berzina. Terus Iskandar naikkan suara.

Iskandar ignored Seri.. Iskandar nak fulfill wishlist Seri yang nak sangat Iskandar bersama dengan Zalia.

Korang mesti tahu kan apa jadi kalau lelaki dah merajuk. Nanti korang bacalah sendiri. Kang banyaklah F menaip sampai terbagi spoiler 😄
Profile Image for Yan Haurashom.
147 reviews2 followers
February 15, 2024
Bila perkahwinan diatur oleh keluarga, adakah pasangan itu akan bahagia?

Rating: 🌟🌟🌟.9

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ketika si wanita cuba menerima pilihan keluarga, si lelaki pula yang beriya tak nak terima pilihan tersebut. Bila si wanita dah tawar hati, si lelaki pula yang mula angau. Selepas berkahwin, mereka cuba untuk mengenali hati budi masing2. Namun, ketika mereka bahagia dalam perjodohan ini, ada pula penyondol yang cuba untuk mengganggu ketenteraman perkahwinan mereka. Dapatkah mereka terus bahagia bersama?

ML - Iskandar Zulkarnain
Good looking. And sangat2 setia pada FL. Jatuh cinta pandang pertama pada FL. Pandai sungguh ML bermulut manis dalam nak tackle FL. Tapi, kalau dicabar, memang keluarlah perangai gila ML.

“𝑺𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒌𝒆 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂.” 𝑰𝒔𝒌𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝒕𝒐 𝑺𝒆𝒓𝒊.

Masa nie memang kemain ML tackle FL. FL ego tak nak cuba kenali ML. Terus tuduh kata dia playboy.

FL - Seri Idayu Izwani
Cantik. Minah kilang. Selalu sangsi dengan kesetiaan dan kasih ML. Ego dan suka tuduh melulu.

Personally, I think buku nie meleret. Watak FL agak annoying. I can understand yang FL agak ragu2 bila ML meluahkan rasa sayangnya pada FL. Tapi, disebabkan ego, memang mudah2 jer FL tak terima apa yang ML cuba sampaikan. Most of the times, dalam buku nie, main characters asyik bergaduh. Dari sebelum kahwin, bertunang, dah kahwin pun gaduh…😨 Punca pergaduhan tetap benda yang sama. Iaitu penyondol yang cuba merampas ML dari FL. Penat gak tengok (baca) mereka nie bergaduh.

The only thing that keeps me reading this book until the end, sebab dialog dalam buku nie. I really enjoyed every conversation that happened in this book. Perbualan di antara main characters, di antara FL dengan kawan baiknya, and di antara ahli keluarga main characters.

Part manis ada, tapi tak banyak. For me, part manis tue cukup. Sebab kalau banyak, jadi berlebihan and probably akan jadi a bit cringe.

Paling suka part bila ML setuju untuk kahwin dengan penyondol. Masa tue baru FL tahu langit tinggi ker rendah. Dah ego sangat kan? Fuhhh, masa tue memang kita bertepuk tangan lah…👏🏻 Padan muka FL…🤣

Dari segi penulisan, memang okey. Kena dengan selera kita. Mungkin kita akan cuba baca buku author yang lain pula lepas nie. Kesalahan ejaan pun sangatlah minimal. Memang author sangat menjaga kualiti karya nie.

Cuma, kalau dikurangkan bahagian meleret tue, rasanya buku nie tak panjang mana pun. And akan jadi lagi best. Apa2 pun, kita enjoy jer baca buku disebabkan perbualan2 dalam buku nie.

Untuk author, teruskan berkarya…👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Diniy Qistina.
216 reviews7 followers
June 19, 2024
Percubaan pertama membaca karya Cik Tet. Punca utama pilih novel ni untuk baca sebab saya kempunan nak baca novel yang guna POV 1 🥲. Setelah beberapa minit terpacak depan rak buku, novel ni jelah antara beberapa biji novel yang guna POV 1 yang saya masih belum baca lagi. Nasib baik novel ni sangat memberikan good impression kepada saya. Ambil masa kurang 6 jam untuk habiskan novel ni. Pecah rekod untuk novel terpantas seketul Diniy berjaya habiskan untuk tahun ini. 😎

Secara amnya, jalan cerita novel ni tipikal ala-ala drama pukul 7 petang yang selalu jadi fenomena belasan tahun lepas. Mula-mula kena kahwin paksa, tak suka pastu ada gaduh-gaduh, pastu berbaik, pastu ada watak penyondol, pastu gaduh balik, pastu merajuk, pastu ada sesi pujuk-memujuk, berbaik dan akhirnya happy ending.

Yup! Cliché. Tapi tu yang saya suka sebagai bahan bacaan light reading yang bebas stress. Gaya penulisan Cik Tet pun saya suka. Pasni boleh cuba baca karya Cik Tet yang lain pulak. Also a good pick. 👍🏼
Profile Image for Siti Sarah.
254 reviews
July 10, 2024
Permulaan jalan cerita memang best. Iskandar mula2 memang tak boleh terima perjodohan dia dgn Seri, atas di tetapkan oleh keluarga. Iskandar sampai tak sabar nak nikah dgn Seri. Bila dah nikah terus ngap Seri.
Pengakhiran cerita dah start cliche ada org ketiga.
Ending Seri mengandung dan mereka bahagia.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews