Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael
Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena
Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika.
“Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa
“A woman like you!” - Mika.
Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look' seperti Mika.
"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika
Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya.
"And I think you prefer a hug!" - Mika
Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa?
"Suka dengan imej baru saya?
"Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk.
"Suka saya?" Angguk lagi.
"Sudi jadi isteri saya?" Masih lagi angguk. Namun tidak lama.
Homai…. Siriyesly… Does Mika really exist in the world we live in? Not to be judgemental. Just being cynical. But hey… who knows? Mika might exist somewhere somehow…. So single ladies, cross ur fingers…. :)
The reading was smooth. I like the story although some parts are illogical but hey… it’s just me, being cynical. The plot was nice. The antagonist was okay. The romance was aiyaiyaiiii…. Diabetic… The writing was nice with very minor mistakes here and there and although the ratio of both languages are 50-50 but the grammar was fine by me.
Now, the protagonist: MIKA – va va vaaaa…. He’s a character with great personality, charming, good looking, great body, virtuous, religious and a good son as well. Served on a gold platter lagiiiii. You might say, he’s almost perfect. Anddddddddd…. HE’S A MODEL??? Oopsss… me being cynical again. I like Mika. I like him very much. He likes Safa and he goes for her chivalrously. He’s been very patient with her and he gave up what he loves the most to be with her. S.W.E.E.T….
SAFA – Now…. This girl… She tires me out. Sometimes I don’t know how Mika tolerates with her. She has very low self-esteem and therefore, she irritates the heck out of me. She was once betrayed by her fiancé and she assumes that all men are the same. Hence, extra effort needed by Mika to win her over. Frankly speaking, I am an impatient kind of person. If I were in Mika’s shoes, I would have said my farewell to Safa on my second explanation. When Mika kept repeating the same explanation and assurance over and over and over again, I was the one who’s yelling to Safa. “GOOD GOD WOMAN! GET A GRIP! MIKA’S NOT UR EX! HE’S A GREAT GUY! IF U THINK THAT U’RE NOT GOOD ENUF FOR HIM, THEN LEAVE!!!!” [That statement kept repeating in my head during the reading. Hence, why I said Safa tires me out].
After the marriage, it was okay with little marriage spats here and there and the diabetical romance was like… ehm… I thought that would be the end of the story BUT! A twist in the end surprised me. Never expected that twist but twist it is and it was a good twist because it did not leave us hanging and clueless. Like sometimes, we were introduced to antagonist with psychotic behaviour and after something happened, they just disappeared. In this story, we weren’t left hanging because the writer took the time to explain what happened to them and it was nice.
Most of all, I love Mika’s 7 wonders of the world: 1 – Mekah 2 – Madinah 3 – Al-Aqsa 4 – Family’s Home 5 – Family’s Home 6 – 1st time he met Safa 7 – Their Home. Place where his heart finds peace and solace, in the arms of his love ones.
Siapa sangka model terkenal yang berpakej lengkap boleh jatuh hati dengan gadis biasa? Azka Mikael (Mika) tak pernah jatuh hati dan berhubungan serius dengan mana-mana wanita sehinggalah dia bertemu dengan Safa Salena (Safa). Hmm, lelaki macam ni satu dalam beribu kot? Pertemuan pertamanya dengan Safa begitu membuatnya tertawan. Rupanya si gadis idaman merupakan salah seorang pekerja kesayangan di hotel milik keluarganya. Sayangnya Mika diberitahu bahawa Safa sudah pun bertunang. Aiseh!
Safa pula sebenarnya masih lagi bersedih selepas pertunangannya selama 2 tahun putus di tengah jalan hanya kerana Adli (bekas tunangan Safa), merasakan Safa terlalu kolot untuk dibawa bersosial. Aduhai. Macam ni punya orang pun ada? Haish. Yang peliknya tak berapa lama lepas pertunangan mereka putus, Adli ni macam orang gila talak, tak habis-habis mengganggu Safa. Kebetulan, Mika datang menjadi penyelamat dan bermulalah hubungan baik antara mereka berdua.
Bukan mudah Mika nak menawan hati Safa. Pakej lengkap yang dimilikinya bahkan kedudukanya sebagai anak tuan punya hotel tempat Safa bekerja bukan tiket untuk menggoda Safa. Namun, keikhlasan Mika mengatasi segalanya. Gangguan demi gangguan yang daripada Adli terhadap Safa membuatkan Mika tekad untuk melamar Safa. Yelah, selagi Safa masih belum terikat, selagi itulah si Adli ni tak sudah-sudah mengganggu.
Namun, bila kebahagiaan mula menjengah, satu demi satu dugaan mendatang. Mampukah Safa dan Mika mempertahankan kebahagiaan mereka?
Komen saya:
1. Cerita santai yang tak memberatkan kepala. Memang takde rasa nak campak buku masuk lombong pun. :)
2. Suka dengan suasana kekeluargaan yang ditampilkan. Perbezaan agama dalam keluarga Mika bukan penghalang hubungan kekeluargaan yang utuh antara mereka.
3. Pendidikan yang diterapkan keluarga Mika padanya sampai dia sendiri tak pernah melampaui batas yang sepatutnya walaupun banyak peluang untuk dia berbuat demikian. Phew!
4. Penggunaan bahasa ‘rojak’ yang kadangkala tak sesuai / tak kena tempat.
5. Agak ‘penat’ dengan sikap Safa yang terlampau rendah diri dan mudah dimanipulasi. Hadoi!
6. Azka Mikael yang terlebih gula.
7. Ada adegan manis bergula yang tak sesuai untuk tatapan umum. Jadi sendiri mau ingatlah ya? :)
8. Apa pun tahniah dan syabas buat penulis atas percubaan pertamanya. Moga dikurniakan ilham untuk menghasilkan kisah yang lebih ‘boom’ daripada kisah Mika dan Safa. :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Cerita yang simple and drama-free. Tak se-best yang diharapkan, sebab N rasa ayat-ayatnya agak repetitive. Satu lagi, sikap Saf yang terlalu rendah diri dan cepat percaya dengan kata-kata orang lain agak memenatkan.
Maybe because my expectation is a bit high (ni kes tak belajar dari kesilapan...hehe).
English usage....hmm...need some serious editing. In writing, I think english usage should be proper even during informal conversation. Kalau guna english rojak yg kita main belasah jer bila cakap hari2, bila 'in printed edition' macam ni, menunjukkan kelemahan sebenarnya. I think this is more on the editorial responsibility. Mungkin lebih baik kalau diminimakan penggunaan ayat2 dalam Bahasa Inggeris sekiranya kita tak berapa mahir.
Dan...tiba-tiba terbayang apa yang Norazah selalu cakap dalam reviewnya, watak2 cuma tukar nama jer. Tak ada perbezaan lelaki atau perempuan atau satu sama lain. Dan naratifnya terasa seperti kita tengok pementasan sekolah, ada seorang pencerita yang bercerita tentang apa yg berlaku (sebab nak tutup kekurangan prop), kemudian watak2 bercakap dialog masing2, diselang-seli dengan pencerita tersebut.
Masih di tahap awal pembacaan. Mungkin selepas ni akan ada peningkatan.
sesuai dengan nama buku..memang Azka Mikael ni model hot pun :)
tak nak cerita panjang, nak cerita pendek ja. Sebab dah ramai yang komen kat cerita ni jadi saya tak nak komen panjang :)
Saya berjaya habis baca buku ni antara sebabnya -suka bila penulis menceritakan tentang keluarga Mika ni. Keluarga yang penyayang walaupun atuk dan nenek Mika bukan satu agama dengan keluarga Mika. Hubungan mereka tetap akrab. Terharu baca kat sini. -tak mementingkan harta benda, agama lagi penting -keluarga Mika berjaya membentuk dia menjadi seorang manusia yang menjaga agama dan batas pergaulan. Tabik kat Mika bab ni. -Mika yang jadi hot model tu tak sombong dan pandai jaga pergaulannya dia. Bukan senang nak jaga pergaulan bila dah ceburi dunia modeling ni. -mencari calon isteri yang dapat menjaga nama baik dia dan keluarga...walaupun dia dikelilingi oleh ramai wanita cantik. Tapi cantik pada Mika adalah cantik yang lain.
Sebab lama saya berhenti baca -ayat gula-gula Mika banyak sangat la bila bertemu Safa Salena ni sehingga la mereka kahwin. Adoi...diabetis saya..hehe -bila banyak sangat ayat-ayat mengayat si Mika ni..masa tu pembacaan saya dah merudum sedikit sebab asyik dia dan Safa Salena tu.
*apa pun TAHNIAH buat penulis buku ni. Semoaga maju dalam bidang penuisan di masa hadapan dengan cerita yang lebih menarik lagi. Saya tertengok kat fb ada special entry kat sana pasal Dia..Mr Model tapi nak baca kena add penulis. Segan la pula huhu
Dah lama habis baca buku ni tapi masa jumpa Wawa semlm baru teringat belum tulis lagi review..
Cerita yang santai dan menghiburkan. Safa yang sederhana serba serbi menjadi pilihan Mika. Namun bukan mudah untuk Mika menawan hati Safa yg telah dikecewakan..
Buku kedua dibaca hasil belian di PBAKL 2015. Beli sebab dah terbaca L.U.T.H so dalam tu, ada cerita sikit tentang Mika dan Saf.
Cover - don't know why tapi covernya mengingatkan yuni pada cover novel2 2000-2005. Tak tahu macam mana nak explain tapi itulah yang dirasa.
Plot - jalan cerita yang santai. Boleh dibaca untuk mengelak stress. Stress dgn RL itu wajib. Ada masa nak lari juga dari itu semua so novel ini bolehlah masuk dalam list. TAPI kadang2 tu, terlalu santai pun rasa macam bosan gak. Kenalah tahu sendiri time bila sesuai baca buku macam ni.
Mika - Cara penulis huraikan karakter watak utama ini menyebabkan yuni terfikir: ada ke lelaki macam ini dalam real life? Tapi dah nama pun cerita so apa2 pun mungkin selagi tak terlari jauh dari batasan.
Saf - Nak kata terlalu merendah diri, ada juga macam tu. Maybe sebab pernah putus tunang kot menyebabkan Saf selalu sangat ras was-was dengan hubungan dia dengan Mika. Sedangkan Adli yang takdelah berapa handsome or kaya pun boleh tinggalkan dia. Apatah lagi Mika...Mr Model. XD Tapi nasib baik lepas kahwin, rasa rendah diri tu kurang sikit. Kalau masih ada, rasanyalah tak terkejut kalau Mika tu betul2 tinggalkan dia. Sebab pantang ada masalah, terus nak minta putus or suruh Mika fikir balik.
Satu benda yang yuni tak berapa suka dalam cerita ini adalah wujudnya 'hahaha' or 'hehehe' dalam perenggan. OMG! Men-spoilt-kan mood kita yang tengah sengih kambing je. Selain dari itu, rasanya still boleh terima lagilah.
mcm mnr nak review buku tentang bf i nie...? hehe... mmg x sabar nk tgu buku nie publish dulu sbb dok follow group fb wawa taufik....
Mika yg sweet mweet... model yg punya pakej yg lengkap tp x pernah jatuh cinta.... mcm tipu jer kan? hehe.. tp mmg ada la org mcm nie.. cuma kiter jer tak kenal dia.. fuhh.. kalo la i yg kenal confirm i rebut dia.. hhee..
1st time mika jatuh cinta kat safa yg baru jer putus tunang... confirm2 la safa penuh dgn rasa was2.. baru jer kecewa, tetiba ada lak mamat yg terover romantik and prihatin... lama jugak la mika ambik masa nak tekel safa... walau hati safa asyik rasa tak confident jer, hati perempuan, lama2 cair jugak hati safa...
cerita yg santai... and buat diri terbuai2 berangan2 nak jadi safa.. hahaa....
good job wawa taufik... akak sukaaaaaaa sukaaaa sukaaaaaaa sgt.. akhir nya dapat gak peluk DMM setelah lama dok dating kt FB jer.. hehe...
kalo 1st novel dah best mcm nie, wat tak sabar nak tgu ur next novel.. jangan lama sgt yer dear? In Shaa Allah nnt kita jmp kt event IKP... muahh muahhh....
Weee... entah mengapa saya sangat suka.. rasa sangat x pueh bila dah habis.. harap2 masih ada lagi page di belakang... hahaha..
mereka manis dengan tersendri.. walaupun ada ketikanya menyampah yang amat dengan ketidakyakinan diri seorang Safa Salena. tetap tersenyum girang dengan ayat-ayat pujuk rayu goda seorang Azka Mikael. =)
& seyesly hate that MR. EX damn mucho.. benggong ke apa mamat tue??
Berdebar debar rasa hati Pertama kali terpandang wajah mu Terbit rasa ingin dicintai Dicintai oleh si gadis ayu
Tertanya tanya rasa hati Bagaimana kah nanti Jika kita bertemu lagi Adakah sama rasa akan dikongsi
Angankan diri dicintai mu Oleh dia si gadis ayu Tapi apakah daya ku Tiada klu siapa gerangan mu
Malam ku terasa sangat panjang Bila kah tiba siang Hari berganti minggu Kian terbit rasa rindu Pada mu si gadis ayu Yang mengganggu tidur ku Bila lagi boleh bertemu Untuk aku suarakan hatiku
Diri ini kian merindu Pada mu si dia pujaan hati Getar jantung menusuk kalbu Rasa tidak tertanggung lagi
Doa ku pada Mu Ilahi Moga kau aku temui Agar rasa kasih di hati ini Dapat diserahkan pada mu nanti
excited masa nk baca...psl dkt grup bnyak dok berebut mika ni...well apa yg bleh ckp sy ktgorikan nvl ni dlm kmpulan "Fantasy...so good if it was true"...wlwpn dlm alam nyata mmg pyh nk jmpa org mcm mika ni...serba serbi sempurna...tp rasanya ada stu dlm 1trilion la kot. tp x slh klw kdg2 kita imagin yg adanya org sesempurna mika ni wujud...(sy pn nk klw ada..hihi)...tp part safa ni geram btul...asyik xnk percaya je...rendah diri sngat..nsib mika ni dh angau...jln crita yg x berat sngat bg sy...crita pd mula je slow then msuk bab 16 onwards bru excited...cumanya pnggunaan bhsa inggeris di tngah ayt melayu yg ketikanya sdg sedap dibca jd kcw sikit....boleh baiki lg struktur pnggunaan ayt inggeris... apapn harap k.wawa dpt berkarya dgn ilham baru yg lebih kebaboom!! chaiyok
suka kat buku dia mr model....novel yg x berat dan sangat senang nak hadam....thank sebab hasilkan buku ni dan sy x ragu nak recommend kat member2 len tuk membeli....mungkin bagi lelaki mcm saya, sangat sukar jadi mcm mika tapi rasanya mmg ada lelaki seperti ini....mungkin 1 dalam 100....lelaki yg di idam semua wanita rasanya...overall novel ni mmg seronok nak baca selain banyak quote yang menarik dan buat throwback memories....
Kita masih muda jadi kita melakukan perkara yang disukainya, menyeronokkan tetapi masti tahu menjaga akidah sebagai seorang muslim. Kerana hidupan ini hanya sekali jadi jangan menyakitkan hati dan memporakkan kehidupan orang lain.
•••Azka Mikael bin Ahmad Malik•••
Dikenali sebagai Mika. Baru berusia 27thn. Kerjaya sebagai model. Dikurniakan ketinggian 6 kaki 1 inci, berbadan tegap walaupun tidak seperti ahli sukan angkat berat, berkulit cerah dengan sepasang mata berwarna coklat dengan rambut panjang separas bahu dan beralun bila melangkah memang cukup sempurna dimata ramai terutama perempuan. Malah Mika memang murah dengan senyuman. Dengan perwatakan yang sentiasa nampak cool, Mika menjadi jejaka terhangat dipasaran. Anak tunggal kepada pasangan Tan Sri Ahmad Malik dan Puan Sri Zarra Andrew Abdullah.
••• Safa Salena •••
Baru putus tunang. Safa seorang wanita yg berkejaya bekerja sebagai Pengurus Kewangan di Hotel Silver milik Tan Sri Ahmad Malik. Seorang yg sopan santun. Baik hati budi dan menjaga tatasusila sebagai umat islam. Anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff dengan Hajah Wan Sakeena.
Mika tidak pernah dan tidak tahu bagaimana merasai perasaan jatuh cinta. Walaupun kerjayanya sebagai model tapi Mika tidak pernah bersosial. Dia masih menjaga reputasinya sebagai seorang anak kenamaan dan menjaga nama baiknya dlm industrian permodelan.
Pada suatu hari sebelum Mika shooting, dia ternampak sebuah kereta dimana pemandunya yg sedang menangis. Mika menghampiri dan melihat sijelita yg sedang menangis itu. Bila mata mika terpandang mata si jelita terus dia jatuh cinta. Perasaan yang tak pernah mika alami sebelum ini.
Suka..sbb mika 1st time terpandang muka Safa. Terus angau nak jumpa lagi walaupun mereka xpernah berborak.
<<1st time Mika berdepan dengan Safa>>
"Saf! Meet my son, Mika! Mika, this is Safa Salena. Our Accountant,"-Tan Sri Ahmad Malik
'Safa Salena! What a nice and beautiful name! Sangat manis seperti tuan empunya nama itu!' - Mika
**** Kamu memiliki wajah cantik... Kamu mempunyai nama sedap didengar.... Kamu anggun bergaya dengan caramu tersendiri Kamu selalu membuat hatiku berdebar....
Kamu telah memiliki hatiku... kamu tahu tuk menjaga maruahmu... kamu tahu 'sesuatu' antara kau dan aku.... Hanya namamu yang terukir dihatiku......
Kamu antara satu dalam sejuta Kamu telah membuat diriku menemui bidadari... Kamu sentiasa berada disisiku
*******
Cebisan rasa kekecewaan Adli...
Kenapa? Mengapa? Apa dah terjadi Terhadap diriku? Kenapa aku tegar melukakan Hati tunangan yg dikasihi Yg dicintai sewaktu Di universiti lagi...
Kenapa? Mengapa? Aku tegar memutuskan Pertunangan yg terikat Selama 2 thn? Aku memberi alasan Aurat yg merimaskan aku.. Maka aku tegar mendengar Bisikan2 syaitan... Tegar memenuhi nafsu aku...
Kenapa? Mengapa? Aku tegar mencuranginya... Mengunjungi kelab2 malam.... Menghabiskan wang Terhadap perempuan2 yg Hanya cintakan wangku....
Kini aku kembali mengejar... Si bekas tunangan... Ingin memiliki sepenuh ke atas dirinya....
Tetapi perjodohan Aku dengan sidia tiada... Kerana merpati yg ingin kumiliki telah Menjadi milik mutlak seorang model terkenal... Dan aku mulai redha... Kerana tiada jodoh ku dengan si dia...
Akhirnya Mika dan Safa diijabkabulkan...
~Dia... My Sayang~
Dia yang cantik Dia yang angun Dia yang comel Dia yang bergaya Dia yang seksi (hanya Mika yang tahu) Dengan caranya yang tersendiri Walaupun dari golongan sederhana Tapi dia pilihan utama Yang Allah tetap kan
Hanya namanya Yang terukir dihati Sejak terpandang wajahnya Buat pertama kalinya.. Terus hati ini ingin memiliki hatinya Memiliki wanita Bernama Safa Salena Hingga ke jannah.....
~ your heart-throb Mika ~
Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi......
Pada majlis resepsi Mika dengan Safa berlangsung di Hotel Platinum dengan suasana sangat meriah sekali.. tetapi Safa telah diculik... dan Mika panik dan tersangat risaukan keadaan Safa.
Adalah Safa akan selamat? Dapatkah Mika bertemu kembali dengan Safa? Safa diculik oleh sapa? Adakah plan si Fina dengan Marina yg menculik Safa? Adakah Adli yang punya angkara? Dapatkah Mika menyelamatkan isteri tercintanya? Dapatkah Mika dan Safa hidup bahagia selama2nya? Dia.. Mr Model ada jawapannya... karya sulong Wawa Taufik... #OhMyMika...
For me, DMM nie sebuah cerita yang simple + "sweet overdose". Masih terfikir masih ada lagi ke stok Azka Mikael di dunia ini ye? Kalau ada nak cop satu..hahaha. Dulu, dalam fikiran saya, kalau namanya model, haruslah bersosial bagai dan kalau nak cari pasangan haruslah yang setaraf dengan die. Tapi wujudnya Azka Mikael dlm DMM memesongkan anggapan saya terhadap seorang model. Dia baik, handsome, kaya pokoknya hampir sempurnalah. Berkenan pula dengan Safa Salena yang bertudung, baik dan sopan. Memang sepadan mereka berdua.
Orang mesti akan cakap, cerita nie ringan je, konflik tak banyak. Ye, mmg betul pun. Tapi yang x boleh tahannya, saya rasa berdebar setiap kali nak melangkah dari satu muka surat ke satu muka surat dalam DMM. Kiranya, saya pulak yang "berkonflik" sikit..hahaa. Saya kalau boleh, lepas je diorang akak nikah, dah tak ada konflik. Tak mau diorang berpisah. Tapi ada pulak part berpisah 2 minggu tu...lama sngatlah akak buat diorang berpisah camtu. Sian dekat Mika. Adli nie pun, dah dulu kau reject, kenapa nak terkejar-kejar pulak kat Safa tu? Memang tak tetap pendirian langsung. Dan saya tertanya-tanye gak, ape akan jadi dekat Fina tu yer...x kan lari kat luar negara tak balik2 kot? tapi tak kisahlah, watak Fina tu pun sekadar smpingan jer..kadang2, Allah nak hukum seseorang tu tak kira masa. Kalau terlepas hukuman di dunia, di akhirat nnti pasti akan dibalas jua.
Walaubagaimanapun, hero still dgn heroin gak kan? Yeay, Happy ending. Tapi lagi best kalau DMM nie dipanjangkan lagi...hihi. Akhir sekali, masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah kak Wawa atas kelahiran novel ini. Tak sabar nak tunggu novel kak Wawa yang seterusnya pula. Teruskan menulis.
suka bca novel ni sebab mika ni bkn typical anak org kaya yg biasanye social..mika ni baik.. romantik.. sweet & charming...dan penyampaian watak safa salena sy boleh rase dlm sanubari betapa penuh santun dan lemah lembutnya dia...
jalan cerita yg ringan.. towards the end tu baru ade konflik ble safa hilang...sib baik laaa bukan sad ending story... dan x tau kenapa ade lelaki yg gile meroyan mcm ex tunang safa..hopefully x jumpa laa org mcm ni dlm dunia realiti ko dah ludah jilat balik...
Citer yg sesuai utk bacaan ringan...telus dan manis!
Perihal Mika, si model yg punya segalanya kecuali teman wanita! bertemu dgn Safa, yg baru putus tunang! Nekadnya Mika utk mendapatkan Safa sedangkan Safa merasa tidak sesuai gandingan mereka!
Gangguan bekas tunang Safa, membuatkan Mika semakin dekat dgn Safa. Hubungan mereka mula rapat dan mesra hingga disatukan dlm restu keluarga!
MIKA... pada pandangan mata orang dialah manusia yang paling sempurna. tiada cacat celanya langsung.
SAFA... Sangat merendah diri. terlalu rasa banyak kekurangan dalam dirinya.
Pertemuan dua manusia ini telah memulakan satu kisah cinta. Mika yang romantik & gentlemen sedaya upaya mengayat & memikat safa yang lembut dan menawan.
karya yang sangt best saya bg 5 ***** , mika yang sweet , mika yang awesome , mika yang handsome , mika yang bertanggungjawab, baik hati, penyayang, manja. saya dah khatam 2 kali hihihi , teruskan berkarya yer kak :) <3 <3 <3 <3 <3
Kalau anda mahukan sebuah cerita yang tidak banyak konflik yang berat, buku ini memang sesuai. Amat menyenangkan dan tidak memberatkan kepala. Sweetnya Encik Mika boleh mencecah tahap diabetes. Insecurenya Cik Safa disebabkan oleh pertunangan yang putus hanya kerana dia bertudung. A feel good novel