Lama hidup sendirian setelah pemergian Dahlia, Khalish jadi lupa cara bercinta sehinggalah Qistina hadir dalam hidupnya. Qistina yang matang, Qistina yang penuh dengan adab sopan dan yang penting Qistina kaya dengan kasih sayang menarik Khalish untuk jatuh cinta sekali lagi.
“I think I have fallen in love with you.”- Khalish
Qistina angkat muka dan air mata sudah mengalir di pipinya. Sungguh, dia memang mengharapkan ucapan itu dari Khalish.
“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish
Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Khalish yang penyayang, sering buatkan Qistina terbuai dengan setiap perlakuannya.
“Hmm.. bagi abang peluk sayang kejap. I need to recharge my batteries.” – Khalish
“I am truly blessed to have you. Abang tak pernah sangka yang rasa bahagia ini akan jadi milik abang sekali lagi.- Khalish
Namun, bahagia milik mereka hanya sampai dipertengahan jalan. Ujian yang melanda, hampir membuatkan mereka tewas.
“I want you to terminate the pregnancy. Faham tak ni?” - Khalish
“Qis faham. Tapi Qis tak boleh.” - Qistina
“Then you don't love me! It is as simple as that, Qistina.”- Khalish
Qistina sudah mula menggeleng. Tidak mungkin. Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Khalish yang penyayang sanggup meminta Qistina menggugurkan kandungannya? Apa akan jadi bila Qistina tetap dengan pendiriannya dan Khalish mengambil keputusan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan?
TAJUK NOVEL : CINTA KITA PENULIS: SUZANA SULAIMAN HARGA: RM23 00 TAHUN TERBIT : 2014 PENERBIT: IDEA KREATIF
Sebuah kisah cinta yang romantis! Cinta kita ialah sebuah kisah cinta biasa tetapi kisah cintanya penuh dengan kasih sayang, cinta yang penuh dengan tanggungjawab, pengorbanan dalam percintaan dan pasti akan membuatkan pembaca cair dan cair dengan ROMANTISNYA watak KHALISH terhadap Qistina! Cinta kita mengisahkan cinta antara Khalish dengan Qistina . Khalish merupakan seorang duda yang mempunyai seorang anak yang cukup keletah, Husna. Titik pertemuan pertama mereka ketika bercuti di Cherating. Kemudian, wujud lagi pertemuan demi pertemuan antara mereka sehingga membibitkan perasaan cinta antara keduanya. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Qistina terhadap Husna telah membuka hati Khalish untuk melamar Qistina sebagai isterinya. Getar dalam hati Qistina sejak terpandangkan Khalish telah menjodohkan mereka dalam ikatan suci sebuah perkahwinan. Mereka melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kasih sayang ditambah lagi dengan Qistina disahkan mengandung anak kembar. Bahagianya hidup mereka Romantisnya seorang yang bernama Khalish “You are my life, sayang, Don’t you ever forget that.” – Khalish. “I love you, Qistina. I love you with all my heart and I want you to know that “.- Khalish “Kenapa? Dah tak larat nak dukung Qis, ya? Qis dah berat? – Qistina “Sayang abang ni dah berbadan tiga. Haruslah berat!” – Khalish
. Namun, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Qistina yang mengandung disahkan menghidap penyakit pre-eclampsia. Khalish amat terkejut dengan berita tersebut kerana arwah isteri pertamanya, Dahlia, ibu kepada Husna meninggal dunia disebabkan juga oleh Eclampsia. Kerana trauma dengan kisah lama, kerana terlalu sayangkan Qistina, kerana terlalu cintakan Qistina, kerana takutnya sebuah kehilangan lagi, Khalish menggesa Qistina agar mengugurkan kandungan demi nyawa isterinya yang amat-amat dikasihinya. Namun, cadangan Khalish dibantah hebat oleh Qistina walaupun Qistina tahu nyawanya dalam bahaya, Qistina tetap ingin meneruskan kandungan hayat si kembarnya. Kedegilan Qistina telah menyebabkan Khalish bertindak tidak mempedulikan Qistina sehingga bertindak keluar dari rumah. Penat Qistina memujuk dan memohon maaf daripada Khalish namun Khalish tidak mempedulikannya. TEGARNYA KHALISH!!!! Sakitnya menjadi seorang Qistina sehinggakan Khalish tidak lagi sudi memeluknya!. Qistina terasa. Qistina sedih. Qistina hampa. Lantaran itu Qistina bertindak meninggalkan Khalish untuk meneruskan kehidupan bersama kandungannya sendiri!. Situasi yang amat menyedihkan. Cinta kita yang BIASA sudah menjadi CINTA KITA yang dapat membuatkan pembaca menitiskan air mata!. Sakitnya Qistina dibuat Khalish “I want you to terminate the pregnancy.” – Khalish “No” –Qistina “I don’t want to lose you” – Khalish “ Abang, ajal itu di tangan Allah, I am keeping them.” – Qistina “Abang, ini tanda cinta kita. Bukan satu tapi dua. Mereka sudah bernyawa, mana mungkin Qis nak berpisah dengan mereka? Mana mungkin Qis nak pisahkan mereka daripada abang dan daripada Husna? “– Qistina “Then, you don’t love me! It is simple as that Qistina. If you love me, you will do as I says”. – Khalish
Sedihnya CINTA KITA! ‘Papa ke ...ke..kena minta maaf pada Mama sebab Papa tak ada semalam. Ke...ke..kesian Mama so...sorang-sorang. Dahlah the babies asyik kick her stomach! Ke..ke..kesian Mama...” – Husna “Okey. Nanti Papa minta maaf kat Mama but can you please stop crying, please? Bila Husna menangis, Mama cries too. You see that? – Khalish “Qis nak mintak ampun dan maaf jika Qis ada melakukan apa-apa kesalahan selama kita hidup bersama. Tolong halalkan segala-galanya. Kalau ditakdirkan Allah mengambil nyawa Qis, Qis nak abang reda dan izinkan Qis pergi dengan aman. Abang akan reda, kan? - Qistina “Kalau apa-apa terjadi pada Qis, tolong jangan salahkan diri abang. Ini semua sudah ditulis untuk kita dan kita sebagai hamba Allah harus menerimanya. Memang ia menyakitkan, and you are entitled to your mourning period, but please move on after that. Cherish and be thankful for what we had. Find someone to be a mother to our children. Jangan tutup hati tu lama sangat. You are a very loving person and you deserve to be loved. Qis tak nak abang menyendiri. Janji dengan Qis, please? – Qistina. “Satu permintaan daripada Qis, dan Qis harap abang dapat tunaikan. Qis harap abang tidak akan cuba untuk mencari Qis. Izinkan Qis pergi untuk mencari ketenangan demi anak-anak kita. Anggaplah perpisahan ini sebagai satu ujian untuk menguji kekuatan cinta kita. Namun, andai Allah mengambil nyawa Qis sebelum kita bertemu, Qis mohon abang ampunkanlah segala dosa-dosa Qis dan halalkan segalanya. Doakan semoga Qis tenang di sana” - Qistina.
Kehilangan Qistina telah membuka mata Khalish terhadap sikap kejamnya terhadap isterinya. Khalish mula panasaran. Qistina hilang!. Puas dijejak, puas dicari, namun tetap tidak dijumpai. Risaunya Khalish terhadap Qistina, bimbangnya Khalish terhadap Qistina, apatah lagi tahap kesihatan Qistina yang amat membimbangkan. Kemanakah hilangnya Qistina? Dapatkah Khalish menjejak kembali Qistina? Berjayakah Khalish memujuk kembali Qistina kembali kepadanya? Dapatkah Qistina bertahan dengan kandungannya? ? Selamatkah si kembar dengan ibunya sekali? Semuanya terjawab dalam naskhah CINTA KITA sebuah kisah Cinta yang penuh dengan ayat ayat jiwa yang mencairkan, ayat-ayat cinta yang manis yang pasti akan membuatkan pembaca JATUH CINTA dengan KHALISH berkali-kali!. PASTI! Tahniah kepada penulis kerana berupaya menggarap sebuah kisah romantis, kisah cinta antara Khalish dan Qistina dalam naskhah sulungnya. TAHNIAH ! TAHNIAH! TAHNIAH! 5 bintang!
1. Kisah cinta yang biasa. Tak digambarkan terlalu bombastik. Khalish, seorang bapa tunggal bertemu anak gadis lanjut usia (Qistina) gara-gara anak kesayangannya, Husna (yang digambarkan sangat susah nak beramah mesra dengan orang luar) tertawan dengan Qistina pada pertemuan pertama mereka di Pantai Cherating.
2. Qistina ada perniagaan book cafe. Yang saya memang dah lama berangan nak set up. Haha. Motivasi ni...;)
3. Penekanan hal jodoh, rezeki, ajal dan maut yang berada di luar bidang kuasa kita sebagai manusia. Kena sentiasa ingat yang Allah is always the best planner. Kena yakin yang aturan dan perancangan Allah itu semestinya yang terbaik buat kita.
4. Adanya Husna yang petah dan keletah. Sungguh pun Husna yang berperanan merapatkan hubungan antara Qistina dan Khalish, wataknya berjaya diimbangi dengan baik.
5. Khalish yang digambarkan sebagai seorang bapa tunggal yang bertanggungjawab. Kita boleh nampak macam mana cara pendidikan yang diterapkan kepada Husna. Bak kata Qistina, Husna tu adalah benchmark untuk Khalish sebagai seorang bapa.
6. Watak Qistina yang kuat, tabah dan tak mudah mengalah bila dugaan mendatang. Terutamanya bila kandungannya berisiko dan di diagnosis sebagai pesakit pre-eclampsia. Baginya, selagi belum berlaku, kita sebagai manusia harus berusaha selagi termampu. Bukan berserah bulat-bulat pada ketentuan takdir.
7. Banyak pengajaran dan perkongsian yang kita dapat kutip daripada kisah ini.
8. Ada petikan kata-kata menarik pada setiap permulaan bab. :)
Yang saya 'kurang' suka:
1. Khalish nampak seperti pentingkan diri bila dapat tahu yang kandungan bermasalah dan Qistina berisiko untuk menghidapi pre-eclampsia. Tak dinafikan dia masih trauma dengan pemergian Dahlia akibat eclampsia selepas melahirkan Husna. Tapi, sebagai lelaki matang bukankah sepatutnya dia boleh berfikir dengan waras? Kenapa tak berbincang dengan Qistina dan Doktor Harlina? Dan sepatutnya dia lebih menghargai masa bersama Qistina kalau betul ditakdirkan umur Qistina tak panjang. Bukan ke sebagai seorang muslim kita digalakkan untuk berusaha dan berdoa sebelum berserah? Ni boleh pulak dia dok larikan diri. Cis! Haha. Kan dan panjang bebelan saya? Kalau in real life jumpa orang macam ni memang dah kena luku dah kot? :P
2. Qistina pula menjauhkan diri lepas Khalish pulang ke rumah. Aduhai. Nasiblah takde adegan fast forward "Beberapa tahun kemudian...." Hahaha. Kalau ada memang dah meleret-leret jadinya nanti.
3. Tiada penjelasan lanjut bagaimana Qistina boleh terselamat dan melepasi waktu kritikal selepas melahirkan anak-anaknya. Tau-tau, ehh, dah selamat? Jadi, ceritanya ini macam ditamatkan dengan agak pantas.
4. Kadar gula yang agak tinggi (bagi saya). Walaupun tiada adegan manis bergula terlampau, saya tetap rasa manis. Hehe.
Komen saya: Keseluruhannya saya suka kisah ini. Tak terlalu berat untuk dihadam dan ada perkongsian ilmu. 'Anak pertama' yang tak menghampakan untuk seorang yang menggelarkan dirinya an accidental writer . :) Tahniah Kak Suzana untuk Cinta Kita. Thank you for sharing this beautiful and inspirational love story. And definitely we want moreee! Hihi..
Kisah yang menarik sgt menarik,rasanya tiada siapa pun yg tidak akan jatuh suka dengan kisah ini. Tapi penggunaan Bahasa Asing yang agak over-dose menganggu penghayatan.
Pada mulanya saya nak bagi 4.0* tapi saya tolak 0.5* ke dalam laut! Jadi keseluruhan untuk buku ini 3.5*.
Sebab? Hampir tujuh puluh peratus dialog yang digunakan oleh penulis menggunakan bahasa inggeris. Bukan apa, kekadang pembaca bukan semua yang terar bahasa inggeris terutamanya macam saya ni. Syukurlah ianya bahasa yang simple. Tapi macam mana dengan makcik, kakak-kakak dan sesiapa sahaja yang membacanya yang tidak mengetahui bahasa international itu? Nah… garu kepala mereka!
Oh ya lupa, tahniah untuk novel sulung dari puan penulis ini yang saya kira sebuah novel yang kira berjaya. Banyak maklumat dan info yang diberikan. Begitu juga dengan ayat-ayat suci alquran yang ada diselitkan di dalam naskah ini. Ianya tidak terasa kosong. Quote yang diselit disetiap bab juga nampak sweet...
Buku ini saya dapat ketika majlis Tukar Buku 2.0 RAM fans club! Ada disertakan sekali tandatangan puan penulis. Itu yang bestnya tu. Yeay!
Cuma cover dia kurang gempak. Tak memikat hati ini. Tapi cerita ini memang sweet dan topik yang difokuskan agak berbeza. Bagi saya tak terlalu berat dan tak terlalu ringan seperti gula-gula kapas walaupun nampak ‘sweet’. Hee…
Cerita ini semakin menarik bila Qistina bertemu dengan Husna budak dalam lingkungan 7-8 tahun yang petah bercakap. Anak kepada Khalish si duda yang kacak. Punyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya dan punyai lekuk pada dagunya. Kacak kan? Hakaka…
Pertemuan kedua mereka apabila kereta Qistina terlanggar oleh Khalish dan mula dari situ mereka semakin rapat apabila sang anak mendesak untuk terus berjumpa dengan Qistina. Sayang Qistina pada Husna yang membuatkan Khalish jatuh cinta untuk kesekian kalinya. Semenjak isterinya meninggal dia sudah menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita. Ceritanya berterusan sehinggalah mereka berkahwin dan Qistina mengandung. Apabila Qistina mengandung, doktor Harlina mengesahkan bahawa Qistina ada pre-eclampsia. Tambahan lagi anak yang dikandungkan twin. Mengetahui hal itu, Khalish teringat arwah isterinya; Dahlia yang punyai penyakit yang sama. Dari situ hubungan suami-isteri itu semkain keruh apabila sang isteri tetap untuk menjaga kandungannya dan tidak akan setuju dengan cadangan sang suami yang menyuruhnya membuang kandungannya kerana risau Qistina dalam bahaya. Dia sudah tidak mampu untuk kehilangan lagi isteri buat kali kedua kali! Khalish meninggalkan Qistina buat sementara waktu kerana isterinya itu tetap dengan pendiriannya.
Namun walaupun Khalish pulang semula, sikap dinginnya masih terpancar. Kini Qistina pula yang keluar rumah kerana takut Khalish mendesaknya untuk melepaskan kandungannya. Nak tahu lebih? Bacalah! Ia mungkin tidak membosankan anda dengan telatah Husna.
Apapun, cubalah baca, mungkin ada suka. ( Bagi racun ni haha )
Novel pertama daripada penulis, namun novel kedua yang dibaca setelah JnJ. Kisah Khalish dan Qistina yang mendirikan rumah tangga tanpa dirancang. Cinta yang kian mekar membawa kepada hamilnya Qistina. Namun, tragedi yang menimpa Qistina membuatkan Khalish teringat peristiwa silam sehingga dia terpaksa memberi pilihan kepada Qistina. Qis buntu. Jadinya, bagaimana pengakhiran kisah mereka?
Kesimpulannya, novel Cinta Kita ini merupakan sebuah novel cinta yang mampu memberi kesan kepada pembaca melalui perwatakan Qistina dan Khalish. Tidak dilupa juga keletah Husna. Ceritanya kemas dan bahasa yang matang membuatkan kisah ini dapat dibaca dengan lancar. Tahniah penulis!
Tajuk Novel: Cinta Kita. Penulis: Suzana Sulaiman Terbitan: Januari 2014, Idea kreatif Publication
CINTA KITA…..CINTA URBAN DUDA & DARA
QISTINA…. Menginjak umur 35 tahun masih lagi solo… masih tidak berpunya….adakah kerana terlalu memilih? Terlalu cerewet?.... Tidak…. Dia seorg yg lemah-lembut, seorang yg amat berdikari dan merupakan pemilik Café… namun kenapa hatinya masih belum dimiliki? Jawapan… HE knows the best…. Pernah terkecewa secara diam bila Bahasa hati tidak difahami oleh sijejaka, siapakah jejaka itu yg menolak tuah…menolak intan yg bersinar?
KHALISH…Membentengkan hati… hanya pada cinta pertama…. 8 tahun bersendirian hanya menumpukan hidup sepenuhnya pada kerjaya dan permata hatinya HUSNA. Seorang lelaki yg tampak sempurna dari segi kerjaya dan juga hidup… mempunyai pakej yg lengkap sebagai seorang kekasih, seorang suami, seorang ayah dan sbg ketua keluarga. Namun mengapa masih menyendiri pada umur 40 tahun? Kecewa pd cinta yg lalu atau terlalu setia pada yg satu?
CHERATING….
Detik pertemuan 6 mata….membawa kepada perkenalan diantara HUSNA dan QIS. KHALISH hanya setia menjadi pemerhati dari jauh ikatan yg terjalin…. Mana mungkin seorang kanak2 blh berkawan dgn seorang wanita yg berkerjaya…. Itulah takdir…. Terlalu indah…. ketentuanNYA tidak dpt dinafikan…
PERISTIWA2…JODOH ITU MILIKNYA….
Jodoh? Mungkin ya…. Siapa kita mahu menindakkanya… pertemuan demi pertemuan tercipta diantara QIS, HUSNA dan KHALISH..telah merapatkan hubungan yg terjalin yg bermula di Cherating. Sedar tidak sedar, 6 bulan perkenalan mereka… adakah jalinan yg terjadi hanya atas dasar persahabatan? Tidak lbh dr itu?
PERPISAHAN 3 JASAD, PENYATUAN 2 HATI….
Mereka terpaksa berpisah…. QISTINA terpaksa meninggalkan HUSNA dan KHALISH…. Kenapa itu terjadi pd usia perkenalan sudah menginjak 6 bulan. Setelah HUSNA terlalu mendambakan QISTINA sbg teman, sebagai penganti IBUnya? Betahkah kehidupan si duda dan anaknya menjalani hidup tanpa si dara? Perginya QISTINA dgn kesyahduan…lontaran kata2 yg terbit meruntun hati yg mendengar..
“Can Auntie be my Mama?” Husna
Perpisahan 3 jasad bila Qistina mengambil keputusan utk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama Ummi…..perpisahan yg bakal memporak-berandakan hidup si duda.. sudah ‘terbiasa’ Qistina disisi menemani Husna…
Indahnya perpisahan bila perpisahan itu juga membawa kepada penyatuan 2 hati….. Perpisahan yg terjadi memberi ruang utk mereka mendalami hati masing2… Ya, sekembalinya Qistina, si duda sudah tekad…. Tak mampu nak menahan niat dihati… lamaran dilafazkan..
“Jujur saya katakan selama awak tiada 2 minggu ini, saya rasakan bagaikan saya kehilangan sesuatu. I felt incomplete. My family felt incomplete. Saya cuba selami perasaan saya. Saya cuba fahami apa yang kita ada dan apa yang kita lalui selama ini. Saya rasa tempoh kita kenal sudah cukup untuk kita mengenali hati budi masing-masingkan? Jujurnya, dari hari pertama kita kenal Qis, awak banyak membawa kegembiraan kepada kami. Especially to Husna. I thank Allah every day for bringing you into our life. Husna is totally in love with you and Qis, I think………………. I have fallen in love with you too. I cannot imagine our life without you. You are a piece of puzzle that completes us. Will you marry me, Qis and make me the happiest man?” Dan disambut dengan seulas senyuman…..
PANAS DISANGKA SAMPAI KE PETANG..RUPA-RUPANYA….
Apa yg membawakan kepada bait-bait kata-kata ini dari jemari seorang suami? Tidak bahagiakah? Angkara orang ketiga? Atau cinta pertama masih dihati? Tegarkah si isteri menghadapinya?
I need to go away for a while – Khalish Ke mana?- Qistina I don’t know- Khalish When?- Qistina I just left the house- Khalish For how long?- Qistina Abang tak tahu- Khalish Abang marahkan Qis?- Qistina
Dan…..bicara itu tamat disitu tanpa sebarang balasan…..
BILA TERSEDAR TETAPI TERLEWAT…..
Siapa kita utk menghalang apa yg terbentang…. Bila si suami mula tersedar, rupa2nya dia juga terlewat…. Hati si isteri sudahpun menjadi ais..sedingin dikutub utara….. apa yg telah menyebabkan akhirnya, Qistina melangkah jauh dari sisi seorang suami yg dia terlalu kasihi? Langkahan yg hanya meninggalkan sepucuk surat……
Assalamualaikum.
Izinkan Qis pergi untuk seketika.
Qis tahu apa yg Qis lakukan ini salah tapi demi cinta kita, Qis rasa inilah yg kita perlukan pada waktu ini…… ………. ……… ……… I want you back for us. For our family. For our boys. I’ve missed you… so much. ………. ……… ………
The one who loves you… Qis
Apakah yg tercoret dilembaran sehinggakan gugurnya airmata seorang lelaki yg bergelar suami? Mampukah cinta mereka bertahan…..? Adakah perpisahan adalah yg terbaik utk semua?
Ikutilah kisah insan biasa, DUDA dan DARA, KHALISH dan QISTINA dalam CINTA KITA nukilan Suzana Sulaiman
Walaupun aku tak sukakan cover, tapi aku isi ceritanya. Phewitt..
Full review: 23/04/2014
“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish
Oh, myy! Suka hati je bagi statement cam tu kan Khalish? hahaha :P
Apa yang buat aku sanggup jadi burung hantu kerana mahu habiskan novel Cinta Kita [CK] adalah:-
1. Isi cerita -- Tidak terlalu mencuba. CK kisah biasa-biasa saja, yang penting bukan cerita kahwin-paksa. Kita ada si Qistina; gadis yang boleh dikatakan lewat berkahwin. Kita ada enche Khalish; duda hot beranak satu. Eh! hahaha :P Dan pastinya, ada isu pre-eclampsia. Satu input baru untukku, dan aku suka dengan cara penulis menyampaikannya. 2. Qistina vs Khalish -- Mungkin kerana cerita ini yang mana kedua-duanya sudah di usia matang, jadi tak akan jumpa kisah gaduh/masam muka tentang benda yang remeh-temeh. Alaa... rasanya korang faham. Hubungan mereka berdua selepas berkahwin juga sweet, tapi bagiku masih lagi terkawal. 3. Konflik -- Boleh dikatakan tiada konflik yang membunuh. Point penting kenapa boleh dihabiskan dalam semalaman. Cuma ada sedikit konflik jiwa Khalish di penghujung cerita, yang buat aku rasa Khalish dah tak hot *wink* Dan, cerita ni tak meleret. Takde isu kekasih lama datang kembali ke, mak mertua tak sukakan menantu ke apa. Yay! 4. Rasa belonging -- Aku memang suka akan cerita yang ada konsep kekeluargaan. Dalam CK misalnya, bukan saja ada hubungan Qistina dan ibunya, ada Khalish yang bersusah-payah handle Husna dengan sokongan pada keluarganya. Semuanya buat rasa dekat di hati.
Dan, markah bonus untuk setting di Soleil. Suka. Suka. Suka. Eh? hahaha :P
Cuma, selepas Qistina selamat melahirkan anak, kes pre-eclampsia tu bagai ‘ditutup’ begitu saja. Ke aku ada terlepas pandang apa-apa? Sebabnya tup-tup Qistina dah sihat. Ok, nasib baik Qistina sihat walafiat, kalau gugur di ‘medan perjuangan’, ada kena bakor buku ni. Ngee~~
Walaupun cerita ni ringkas, tapi penulis tetap menyisipkan ilmu di dalamnya. Dan aku masih lagi ingat ya ada doa naik kenderaan dalam bahasa Rumi. Cuma, mungkin akan terasa canggung kerana tajuk novelnya bahasa kita, sekali isi dalam beza sungguh. Apa pun anggap saja training untuk diri sendiri, kan ada banyak lagi English Romance nak dihabiskan *rolled eyes*
Cerita yg menarik dan susunan plotnya juga bagus .... tetapi saya tak boleh bg 5* utk buku ini...hanya 4* sahaja. Ini kerana, penulis terlalu banyak menggunakan bahasa inggeris dalam novel nya ini.
Terus terang, saya tidak terganggu pun dgn penggunaan bahasa inggeris ....dapat faham semua yg di tulis itu...cuma pada pandangan saya, kalau penulis menulis dalam bahasa malaysia pun tidaklah menjejaskan keindahan novel tersebut...malah mungkin memberi nilai tambah lg kpd novel tersebut...kerana bahasa kita pun tidak kurang indahnya dr segi lenggok dan bunga bahasa. Bukan kah bahasa jiwa bangsa??? ;)
Cerita berkisar tentang pemilik book cafe bernama Qistina yg berkahwin dgn duda anak satu yg bernama Khalish. Perhubungan mereka yg penuh kasih sayang dan bahagia itu mula berhadapan cabaran getir apabila Qistina yg disahkan mengandung anak kembar berhadapan dgn masalah pre-eclampsia. Khalish berhadapan dgn trauma, mendesak isterinya Qistina utk menggugurkan kandungannya kerana tidak sanggup lg berhadapan dgn risiko kematian isteri kerana isterinya dahulu juga meninggal akibat pre-eclampsia. Hubungan mereka menjadi keruh disebabkan Qistina ingin meneruskan kandungannya itu. Pendekata, cerita ini ada masam manis cukup perisa dan menarik utk dibaca.
Sekalung tahniah buat penulis kerana utk percubaan pertama kali dalam penulisan novel, dia berjaya meraih perhatian pembaca dgn menghidangkan cerita yg menarik. Cuma, itulah....diharapkan pd masa akan datang penggunaan bahasa inggeris dikurangkan sedikit... kerana Bahasa Malaysia kita pun mempunyai magis yg boleh memukau... :)
1) Permulaan cerita, sy tertarik dgn si comel, Husna. Disebabkan Husna la, scr x langsung Khalish dan Qistina berhubungan. Terharu sgt part si comel ni dgn Qistina semasa mahu pergi umrah.sobss..lap air mata.
2) Watak Qistina yang sentiasa positif wpn masih belum berkahwin di usia 35 tahun. cara Qistina pertahankn the twin@cinta mereka skali lg buat sy sentap..sampai ati Khalish buat mummy to be sedihhh.
3) Watak Khalish sbg bapa tunggal@duda hot..hehe.mmg nmpk Husna anak yang patuh dan baik ats didikan Khalish.tp nk tolak markah Khalish sbb 'hilang' 1 minggu tu ye..nobody is perfect kan..
4) Dan sgt suka pada Kafe Soleil. sy dapat bayangkan duduk dlm tu baca buku dengan menikmati latte dan moist choc cake..hehe (gmbr pokok kt bawah tu konon2 port Husna lepak baca buku)
5) Ofkos part paling sedih bila Qistina alamai pre-eclampsia dan pengalaman kedua buat Khalish, so sy paham knp dia minta tuk terminate the babies... . 1st time dgr dan tahu pasal penyakit ni. really gud info sis.
*overall sy rasa novel ni cukup rencahnya, mcm makan nasi lemak,sambal banyak wpn agak pedas ,ada kangkung,ikan bilis,kacang,telur dan nasi cukup lemak..hehe. mmg dah jadi slh seorang peminat karya kak su, keep it up kak. all the best
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
N rasa ia agak lain dari novel2 melayu yang pernah N baca kerana isu yang dibangkitkan di sini adalah tentang pre-eclampsia - iaitu satu disorder yang boleh membahayakan nyawa si ibu yang mengandung dan bayi yang dikandungkan.
Overall N rasa ia agak menarik, cuma seperti yang dibangkitkan oleh salah seorang reviewer di sini, penggunaan bahasa Inggeris dalam novel ini agak dominant. N pelik jugak kenapa macam tu. Yang merisaukan N adalah ia boleh mengganggu proses pembacaan seorang pembaca yang mungkin kurang fasih dalam bahasa Inggeris.
So for those yang kurang selesa dengan bahasa Inggeris, anda mungkin nak pertimbangkan semula keputusan untuk membaca novel ini. Or anda boleh mengambil kesempatan ini untuk cuba mempelajari atau membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris melalui novel ini. Sebab apa-apa pun pada N kisah ini agak informatif, jadi tak rugi untuk mencuba.
Cerita duda anak 1 -suka cara Khalish ajar nak dia walaupun tanpa isteri tercinta -suka watak Husna..comel ja -suka watak Qistina juga -ayat 'gula-gula' Khalish hehe cair Qistina.
paling suka baca buku ni bila penulis buka minda kita tentang aktiviti kemasyarakatn.Baru tahu dalam negara kita pun ada pelarian yang patut kita bantu.
TAHNIAH buat penulis untuk buku pertama ni. Harap tulisan penulis untuk akan datang,masih ada lagi dia selitkan kisah masyarakat lagi ya
Qistina. Sudah agak lama 'tidak bertemu' dengan wanita sebegini. Teringat zaman membaca novel-novel CESB di awal remaja, selalu dihidangkan watak-watak wanita yang kuat, matang, cantik dan bekerjaya.
Khalish. Oh mai! Rasanya dia antara hero yang digemari rata-rata wanita. Dan bersetuju sangat dengan kata-kata Qistina, Husna adalah testimoni Khalish yang paling tepat. <3_<3 Walau Khalish hampir sempurna, namun dia tetap punya kelemahan. Buktinya, dia kalah dengan emosi sehingga bertindak menjauhkan diri. Ya, manusia tidak sempurna. Yang sempurna sifatnya, hanyalah DIA.
Husna. Alahai, petahnya budak ni. Macam bertih jagung :)
Tahniah buat penulisnya, info dan hadis yang disisipkan di dalam naskah ini sangat bermakna buat pembaca. Sekurang-kurangnya selain beroleh hiburan, kami juga diberi peringatan serta sedikit ilmu. Jadi, kau masih mahu menyangkal yang membaca novel itu satu perkara yang melalaikan? Nah, baca dulu dan kemudian kau putuskan sendiri.
Review CINTA KITA Bil.m/s: 512 Penulis: Suzana Sulaiman / Penerbit: Idea kreatif
Kafe Soleil. Saya dapat gambarkan Kafe Soleil yang begitu mengkagumkan dan buat saya teruja dengan penerangan terperinci tentang hiasan dalaman kafe itu. Saya suka nama kafe ini yang mengingatkan saya akan Cirque du Soleil, sebuah theatre production dari Canada yang terbesar di dunia. Saya rasa review saya ini sedikit sebanyak sama dengan sekalian pembaca yang tegar dengan genre cinta.
Novel Cinta Kita tidak memenatkan saya membacanya. Hilang stress saya bila membacanya. Tidak ada perempuan gedik, tidak ada lelaki jahat atau mak mertua jahat. Tidak ada datuk dan datin yang kaya raya, yang pandang darjat atau kisah penderaan yang menyedihkan. Senang cakap, cerita yang cukup menghiburkan saya. Dua kali saya ulang membaca novel ini.
Mengisahkan Khalish, seorang duda beranak satu yang berkahwin dengan Qistina, pemilik Kafe Soleil. Kemudian flashback bagaimana Dahlia, isteri yang amat dicintai Khalish meninggal dunia selepas melahirkan Husna. Selama 7 tahun Khalish menyibukkan diri dengan kerja dan menguruskan anaknya sehinggalah dia bertemu dengan Qistina dan berdetik hati Khalish buat kali kedua.
Kita dibentangkan dengan beberapa watak yang tidak kurang pentingnya dalam hidup Khalish dan Qistina. Ira, teman baik Qistina dan teman kongsi Kafe Soleil. Puan Sri Kamelia, ibu Khalish juga nenek kesayangan Husna. Ummi ialah ibu Qistina yang memberi sepenuh kasih sayang pada anak tunggalnya. Azman, kawan baik Khalish yang sentiasa bersamanya dalam susah dan senang. Doktor Harlina, kawan Khalish dan juga doktor yang merawat Qistina dah arwah Dahlia.
Pengetahuan am tentang pre-eclampsia sangat memuaskan untuk pembaca yang tidak tahu akan kewujudan penyakit ini. Penjelasan yang baik untuk pembaca memahami tentang penyakit pre-eclampsia. Perkongsian semasa Qistina dan keluarga mengerjakan umrah begitu baik digambarkan penulis walaupun ringkas. Nilai-nilai kasih sayang dan kekeluargaan banyak diterapkan juga. Percaya pada qadak dan qadar, sabar dengan ujian Allah walau bagaimana berat sekalipun kita harus tabah menghadapinya. Inilah yang boleh dibuat pengajaran.
Selain dari itu, tidak banyak buku yang mengisahkan percintaan orang dewasa yang matang. Selalunya zaman persekolahan kemudian bercinta dan berkahwin. Kini kita dibentangkan dengan kemelut hidup berumah tangga untuk sepasang suami isteri, Khalish dan Qistina yang matang dan sentiasa "cool". Tidak ada remeh temeh percintaan remaja. Tidak ada pembunuhan untuk membalas dendam dalam Cinta Kita. Kisah yang tidak meleret dalam penceritaan, jadi usah khuatir kerana ianya tidak membosankan. Kita juga tidak rasa termangu-mangu kerana peralihan plot ke plot seterusnya semua dikemas kini. Watak-watak pun tidak banyak, senang untuk dihadam nama dan watak mereka.
Cuma persoalan umrah buat kali kedua buat saya berfikir sejenak. Umrah pertama, saya tahu Qistina pergi bersama ummi, pak long dan mak longnya. Buat kali kedua, adakah Qistina mengerjakan umrah dengan Khalish hanya bersama Husna dan kedua anak kembar mereka? Siapa yang pergi bersama mereka? Siapa pula yang menjaga ketiga-tiga anak Khalish dan Qistina semasa mereka berdua mengerjakan tawaf. Kalau dikembangkan sedikit pengakhiran cerita mungkin akan lebih menarik.
Walaupun banyak penggunaan Bahasa Inggeris dalam novel Cinta Kita, itu tidak menggugat pembacaan saya. Sememangnya saya setuju, novel Melayu biarlah semuanya dalam Bahasa Melayu tetapi kekadang using English words to express emotions akan lebih berkesan. Ada beberapa novel yang saya baca banyak loghat daerah digunakan. Habis, mati kutu saya tak faham langsung tapi saya skip sajalah bab-bab itu asal keseluruhan ceritanya best. Setiap penulis ada caranya yang tersendiri dalam berkarya jadi saya respect penulis itu.
Walau bagaimanapun syabas untuk penulis baru Suzana Sulaiman. Satu percubaan yang berjaya dengan memberi nafas baru dalam genre cinta dan semoga novel seterusnya akan bertambah baik hendaknya.
Roughly what I can say, Khalish really pengecut guy.... Sorry but that what I felt once dia tak berani nak express his feeling towards Qistina. N I'm not surprise w his action after that. Started to fall for Khalish bila he accompany Qistina during delivery but kind of late la. To me that's really tough man not all guy can tango w wifey dlm labour room okey.... So kind of salute to those yg company their Spouse during that precious n unforgettable moments. To all mommies sure Akan tangkap lentok time tu.
Luv ur English dialogue coz it's sounds more natural n masyukkk with current situation tambah2 lagi if look to both of them punya background. Pls looking fwd in JnJ
Islamic elements... Superb, things yg simple in our life tp jarang2 org Akan buat. Keep it up sis.
In term of sweetness u hv ur own style. Really like ur XX thingy not soo xtravaganza n terpelihara gitu.
Ur flashback was nicely arrange n easy to understand. Simple n padat.
Luv the family n friends bonding. Somehow there's still a limit between all that. Conflict they keep it between both n this shows how strong Qistina as married lady yg matang men-taichi all QnA from org2 tersayang.
At the same time writer try to brought up national issue such as sekolah agama, anak2 yatim and pelarian, walaupun sikit tp for me kind of informative.
Ur suspense n surprise elements mmg make me senyum smp telinga.... I'm almost down but still hoping for good.
Overall, I can say that CK will be in one of my fav shelf under Malay contemporary novels. Looking fwd for minah rempit n mamat daring fr u soon.
tak thu nk review mcm mna. bg sy novel ni ada aura dan kelebihan tersendiri. novel ni ada jugak part yg sweet mcm gula2.. mmg best dan menarik. tp sgt menyentuh prsn bila si suami menyuruh Qistina mengugurkan kandungan bila mengetahui kandungan itu ada mslh. rasa mcm nk ketuk je kepala suami Qis tu..hehee.. suka sgt dgn sikap Qistina yg matang dan sopan itu. :) tahniah penulis sbb menghasilkan novel yg menarik ni.
i dont have issues with the writing style, but the plot is so 2010s coded (ok la buku ni terbit pun 2014, kan) - lari berbulan-bulan daripada suami/isteri over some marital conflicts, tanpa sesi menyelami dan memahami perasaan pasangan before larikan diri, takde bincang elok-elok. takde that team spirit to manage the conflict together. worse thing that this book did is that memula si suami dulu yang keluar rumah hilangkan diri. lepastu suami menyesal, eh si isteri pulak yang hilangkan diri berbulan-bulan. pastu sesi pujuk memujuk dan tamat. tf?
maybe if i read this 12 years ago, this wouldnt be a problem. malangnya, kita dah berada di tahun 2026. i cannot tolerate such a plot anymore.
suka dengan fast move story macam ni.. takde merewai, takde melencong, takde meleret.... cantik jer susunan dan perkembangan dan olahan kisah. dengan cover buku yang simple dan menarik, kisahnya juga dapat digambarkan begitu.. walaupun penggunaan bahasa inggeris dan bahasa melayu agak sama rata tapi tak mengganggu tumpuan membaca...
qistina bertemu kali pertama dengan khalish sewaktu anak khalish iaitu husna terlanggar qistina sewaktu qistina sedang bercuti dan bersantai di tepi laut. kali kedua ketika khalish terlanggar keretanya. mereka makin rapat atas tiket husna yang amat suka dengan qistina dan sering bertemu di kedai milik qistina. husna mula meluah rasa hati terhadap qistina supaya qistina menjadi ibunya ketika qistina mahu pergi menunaikan umrah. khalish melamar qistina setelah qistina diganggu oleh teman lamanya, aidil.. mereka berkahwin tapi manisnya perkahwinan mula terganggu bila qistina mengandung dan di serang pre-eclampsia. khalish fobia kerana dahlia meninggal disebabkan perkara yang sama selepas melahirkan husna.. qistina disuruh menggugurkan kandungan dan qistina keras hati membantah.. bagaimana seterusya hubungan mereka?.. akan selamatkah qistina bersama anak kembar yang di kandungnya?..
TAMAT sudah...5 bintang...gud job Suzana Sulaiman...Ada banyak pengisian....Penuh dengan kasih sayang dan cinta....sy tertarik dengan watak Si comel Husna secara tidak langsung menghubungkan st jalinan perhubungan Qistina & Khalish.. Hubungan Husna & Qistina amat erat walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah. Qistina seorang wanita yg berfikiran positif walaupun dalam usia 30an masih tidak lagi berkahwin dan masih solo. Dia wanita yg sangat tabah walau diuji dengan pelbagai ujian terutamanya mempertahankan kandungannya walaupun nyawanya jd taruhan.. Khalish sebagai bapa tunggal & menduda selama 8 thn mula membuka pintu hatinya kepada Qistina..Dia mula terasa kehadiran Qistina apabila Qistina pergi menunaikan umrah...Bermula detik itu telah wujud perasaan sayang & cintanya kepada Qistina....Pengetahuan baru yang berilmu berkaitan dengan pre-eclampsia & merupakan pengalaman kedua buat Khalish....nak tahu kena la baca novel ni...
sweet giler k.. hahaha...me suka...me suka.. tp bab khalish ignore & tak balik umah tu buat rs nak lempang lelaju je dia.. sampai ati buat camtu kat Qis...she's pregnant your baby lor darling Khalish... suka juga watak Husna tu.. she's so adorable la... then..never aspect that Qis tu ada mcm kerja selain dr cafe / kdai buku Soliel (btul ke eja? hahaha..) ada keje amal yang dia buat...no wonder dia suka budak2...photographer..i luv it too... sedikit komen mungkin untuk penambahbaikan la..ada terbaca skit dalam tu ada ayat yang Husna tu 7 tahun tp rasa nyer dia 8 thn kan? typo ada skit..tp x de effect sgt pn..
pengajaran yg boleh ambik pn ada juga. communication and trust each ada sgt penting dlm perhubungan! sebab kadang2 orang salah tafsir dgn body language lor...
nak hurai panjang x reti lah..tp awesome tau...tahniah..tahniah..tahniah... ...tak rugi beli ari tu and tambah lagi 3 yg decide nak bg hadiah kat kawan2 tu...
Cinta Kita Cinta Khalish pada Dahlia, Husna dan Qistina Cinta untuk tiga insan paling dipuja Cinta Khalish pada keluarga tak bernama Cinta sejati diperoleh juga di akhir cerita
Cinta Kita Cinta Qistina pada Harris dan Hakeem si kembar dua Cinta juga pada Husna dan Khalish si duda Cinta Qistina kepada si anak mengatasi segalanya Cinta seorang ibu cintanya sampai ke syurga
Qistina Berpendidikan tinggi, anggun dan bergaya Sopan santun nilai terjaga Siapa sahaja terpaut rasa Mengusik jiwa Khalish yang sasa
Husna Penyejuk mata Penyenang minda Keletahnya tidak terkata Pengikat kasih antara 2 jiwa Hingga cinta Khalish berputik mesra Kepada Qistina yang cantik jelita
Khalish Punya pandangan redup mata Buat hati Qis rasa damai sentiasa Sebagai hamba patuh pada yang Esa Namun masih seorang insan biasa Tidak lari dari khilaf seketika Alhamdulillah tersedar sebelum terlewat masa
Cherating Cherating tempat pertemuan pertama Menemukan tiga insan yang punya nama Hanya sekadar tegur sapa Tapi tiada punya rasa apa-apa
Kafe Soleil Di kafe Soleil bertemu lagi Getar jantung tidak terperi Tanpa tahu makna di hati Hanya dibiar berlalu sepi
Perpisahan Sepuluh hari terpisah jua Terbit rindu dipanah asmara Resah gelisah ditafsir sudah Rupanya cinta berputik indah
Pernikahan Berkat ummi yang sentiasa berdoa Ijab dan Kabul dimenterai juga Mengikat Khalish dan Qistina Nadiya Dengan harapan hidup aman dan bahagia
Badai Disangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengah hari Ombak dan gelora terus mendatang Menguji kasih suami dan isteri
Bahagia Berkat muafakat suami dan isteri Usaha doa dan tawakal pada Ilahi Bersatu kembali keluarga bahagia ini Bahagia dikecapi jannah dinanti
Cinta Kita Kepada sahabat yang belum membaca Segeralah beli senaskah dua Insyallah tiada rasa sesal di dada Kerana 5 bintang telah diberi tara
Cinta kita Cinta Kita bukan sekadar satu cerita Cerita diolah dengan pelbagai cita-cita Terus berkarya hanya itu yang ku pinta Bagi menghibur diehard fans Cinta Kita
Cinta Kita Cinta Kita cinta sesama manusia Cinta padaNya tetap yang utama Dalamnya terdapat banyak pesan penaja Dari Sue untuk peminat CK yang setia
There are no solid ground rules in love or rumahtangga. People said its not trial and error either..but then in fact we forgot, memang ada regulations (hak), trials and error. Ada yg ended with happily but not ever after (meninggal), ada yg end sebelum waktunya (cerai hidup), etc. Sebelum bertemu kesefahaman, pasti kita cuba itu dan ini untuk mendalami perasaan pasangan kita, bukan? Ada do's and don't.
Satu yg pasti dlm kepincangan sesebuah hubungan sudah semestinya lack of good communications skills and acceptance. Tak semestinya harus jadi eloquently vocal, asalkan apa yg nak disampaikan kepada pasangan kita mudah difahami..tak berat sebelah and no finger pointing on whose right or wrong. Harus peka pada perubahan emosi pasangan.
Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari tapi mereka lupa ada rainbow yg menanti. Masalah kepada pasangan ini adalah fobia untuk melalui perkara yang sama lagi. Bukan tidak sayang..Bukan tidak cinta..malah terlalu sayang dan cintalah..mereka nekad dengan keputusan masing2. Tiada perbincangan atau penjelasan bagi menghuraikan suruhan. Just tell and get it done kind of thing. Yg satu lagi ingin menyimpan benih cinta yg dianyam. Kerana keingkarannya, isteri dipulaukan. Isteri mana yg tak kecewa. Yalah, arwah isteri pertama, cinta dan ada anak, dgn yg current cinta tapi enggan ada anak..instead of asking, dipendam perasaan pedih tu. Kesalafahaman. Kecil hati dia membawa diri. Nasiblah cepat sedar kalau tidak tak jumpalah mom to be and babies.
(Pre-eclampsia bukan sakit remeh bagi sesetengah orang. Boleh bawa kepada kematian. Im not sure sekarang ada medical treatment for this or not. Sebab dulu my SIL pun ada penyakit ni tengok dia relax je..buat dek je..doctor cuma suruh jaga pemakanan or abortion depending on the severity of the case.)
What I like about this story is ia tak ribut with plot. Quite straightforward dengan dua hati yg bercelaru dan mudah memaafkan. Takde issue merajuk pujuk meleret2 atau rasa marah yg berbukit2..masing2 muhasabah diri..in short tak lelah otak hamba nak process. :D
Sebenarnya dah lama baca buku ni tapi baru sekarang tergerak nak bagi review. Sori ye Kak su. Bukan apa, saya memang tak pandai nak bagi review but I figured it's the least I can do to appreciate the writer's hard work. Anyway, I must admit Cinta Kita is among the Malay books that made me fall in love with Malay novels and I have been reading them ever since ;-) Sebuah kisah cinta yang banyak menerapkan nilai kasih sayang bukan hanya antara dua orang kekasih tetapi sesama keluarga. Cerita cinta yang mendalam tapi bukan kerana nafsu semata, kerana Allah. Kisah Khalish, seorang bapa yg penyayang dan pencinta yang setia. Diberi peluang kedua dalam bercinta namun goyah saat peristiwa lama berulang. Kesedaran akhirnya menyapa namun disaat dia 'ditinggalkan'. Kisah Qistina, seorang wanita yang berjaya menawan hati bukan sahaja si anak, bahkan si bapa, dengan kelembutannya. Seorang yang bijak dan tegas. Sanggup 'dibenci' suami tercinta demi mempertahankan bukti cinta mereka. Namun cinta berpaksikan keredhaan Allah akhirnya berjaya bertahan. Hasil tulisan yang sangat terkesan dihati, sehingga ada waktunya menyebabkan saya menitiskan airmata. Good job! This book has become my all-time favourite and will always have a special place in my heart.
As I was just finished reading Dia Pelengkap Hidupku yesterday, I couldn't help myself from comparing these 2 novels.
Watak cerita lebih kurang sama. Dara dan duda beranak satu. Tapi, duda dalam ni kematian isteri. Tu la je yang sama. Still, both novels have their own strength.
Cinta Kita mainly focused on Khalish, Qistina and Husna, their daughter. Conflict started when Qistina was diagnosed with Preeclampsia during pregnancy. I believe SS is either from medical background or did thorough research about this disease. And yes, she did excellent writing. Tak payah google pasal preeclampsia pon takpe. She did explained it very nicely in this novel.
Dan tahniah. Boleh dikatakan SS berjaya membangkitkan emosi Khalish. Saya pon boleh nangis when it came to his part.
Kekuatan novel ni ialah pada dialog nya. Ada orang cakap, dalam novel ni, banyak sangat dialog 'orang putih'. Yes, true. Tapi tu la kekuatan SS. Her dialogues made me shed my tears. Dan pasal preeclampsia. She did a very nice job. Dan dalam ni, tu je la konflik dia. Takde langau berkeliaran. 👍👍
P/s: CK ni dah berusia 3 tahun. Sorry 😅 and next in list is J&J. (Hopefully, you're not old enough when i attend to you)
"Terima kasih sebab sayang pertahankan cinta kita." - Khalish
For me :
Cinta Kita bukan sebuah kisah yang biasa kerana ianya ada kelebihan tersendiri. Dalam pada berbahagia dengan kehidupan mereka, kita juga dapat merasai dugaan yang dilalui oleh Qistina, Khalish dan Husna hingga bisa mengalirkan air mata. Tapi tiap-tiap kesedihan itu semestinya akan dibalas dengan kebahagian dipenghujungnya. Cinta Kita dah termasuk dalam novel kesukaan saya. Sangat rugi kalau sesiapa tak beli dan baca. Happy ending story, ok! Jangan risau. Rasanya tak salah untuk ucapkan tahniah sekali lagi atas kelahiran novel pertama ini, kak Suzana Sulaiman. Tak sabar nak tunggu novel akak yang seterusnya pula. Semoga terus maju jaya dalam bidang penulisan.
Cinta Kita... penuh dengan rasa, Cinta Kita... penuh dengan warna, dan Semoga Cinta Kita... kekal selamanya.
permulaan yg pd sy x trlalu prlahan dn x trlalu laju...just nicely step by step...
suka dgn watak Khalish dgn Qis..diorang ni sy ltak dlm kategori tipycal loving married couple yg dlm realiti pn bleh jmpa...k.su x 'arahkn' diorang jg overacting couple...so crita jd santai nk baca...
Husna yg best..mnja..bijak(mcm ank sy ler prngai tu...hihihi)...watak pnting jgk sy rsa...mcm mriahkn lg diorang pnya famili...
last but not least(dh mcm speech retiss dpt award plak...huhu)...sy baca dlm mode rileks,selesa,trbuai2...ewah...yg pnting suma sy suka...hope k.su dpt ilham lg utk brkarya dgn cita yg hot2 ya...
p/s: sori...x pndai sngat nk komen puitis bagai...hihi