Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laksamana Sunan #7

Sunan Nanggroe Sang Kembara

Rate this book
DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.

528 pages, Paperback

First published February 24, 2014

65 people are currently reading
1195 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,377 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
424 (65%)
4 stars
163 (25%)
3 stars
40 (6%)
2 stars
9 (1%)
1 star
7 (1%)
Displaying 1 - 30 of 90 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
February 15, 2014
4½ *

Sebetulnya saya tidak pernah terpanggil untuk meresensi novel RAM. To me... his writing is beyond all expectation. When I first read his novels, I tend to try to find imperfection in them and can't seem to find any and therefore, I stopped searching.

After reading this book, I am looking at him at a different level altogether. I can see that he is really passionate about Sunan’s story. He knows his story… Even though every book narrates different tales of different times of different characters, he is able to capture and portray each and every one of them beautifully and appropriately that I was never confused during my reading.

However, I must say that if I were to read this book first before reading all the other books in this series, I would have looked at Sunan in a different light but since I have read the other books and had fallen head over heels with him, I am able to accept who he was before he became the humble and wonderful man that I read about in the other stories.

That’s it! I won't say anything else about this book because to me this book is a must read for all Sunans’ fans so that you can fall head over heels all over again. But what I can say is this is a perfect beginning of a perfect saga of a Wonderful person inside out and thank you RAM for showing MY Sunan's imperfection and making him more human....

And OH! It should be 5* but I reduce it to 4½*… You’ll understand why after you finished reading this wonderful story….. :D
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
February 20, 2014
Mulanya nak bg 4 bintang sahaja, sbb BERSAMBUNG...tp bila terbaca ruangan Segmen Ilmu...Abg RAM menulis tentang kampung ku...itu yang tambah 1 bintang...hahahah

Bagi sesiapa yang baru pertama kali nak mengenali Laksamana Sunan...Novel Sunan Nanggaroe Sang Kembara boleh jadi permulaan kalian...Untuk novel ini, penulis memperincikan bagaimana proses kelahiran Saifuddin & Ratna, serta liku2 yang di hadapi oleh mereka...di sini pembaca dapat mengetahui zaman kanak2 mereka sehinggalah Saifuddin pertama kalinya bertemu dengan Ratna...malahan penulis juga memuatkan pertemuan pertama Srikandi Bangsa Polip dengan Saifuddin dalam novel ini...

Selain menerapkan unsur2 islamik dengan firman2 Al-Quran, penulis berjaya membuatkan ku tersenyum tatkala plot2 humor mengambil alih...kalian mesti seronok dengan keletah Saifuddin nanti...Ianya bukan sekadar kisah Saifuddin & Ratna sahaja, watak Megat & Seroja pun di olah agar kisah cinta mereka sedikit tragis...Kisah Saifuddin & Ratna yg di selang seli dengan kisah Megat & Seroja, kekadang membuatkan keterujaanku hilang seketika...

Membaca novel ini, membuatkan aku untuk membaca siri2 Dwitrilogi Bagaikan Puteri semula...banyak perkataan yang jarang kita guna pakai di ketengahkan dalam novel ini...ada sesetengahnya tiada dalam glosari novel, walaubagaimanapun ianya masih boleh di fahami....

Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
November 19, 2015
terbaik..siapa Laksamana Sunan? ini bukunya macam mana Ratu boleh menjadi anak asuhan Maharani> ini bukunya. Buku RAM kali ni menceritakan bagaimana awal hayat Laksamana Sunan, tiada manusia yang sempurna begitu juga Sunan. Kisah Fitnah oleh Melor,, cerita hati cinta Megat dengan Seroja. bagaimana Sunan boleh menjadi anak asuhan Wali Sufi. semua dalam buku ini. RAM tq for the nice book.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 21, 2015
Tamat sudah! ;)
Kerana nak habiskan kisah Nanggroe ini yang buat aku reread siri Sunan sebenarnya. Kebetulan di GR, aku belum buat mana-mana review kecuali Sunan Musafir. Makanya siri ke-6 tu aku baca juga tapi tak update di GR kerana bukunya sudah masuk cabaran GR tahun 2012.

Aku tunggu kesinambungan kisah ini. Lagi cepat diterbitkan lagi bagus, tak buat aku panasaran hahaha

Full review: 21/04/2015

Bahayanya fitnah -- seorang bapa menghukum anaknya, seorang ibu kehilangan anaknya, dan seorang abang hilang adik manjanya. Namun, hikmahnya dek fitnah itu, Saifudin belajar membesar dan dewasa. Onak ranjau yang dilalui sebelum mendiami bumi Aceh banyak mendidik Saifudin akan sabar dan syukur.

Menyelusuri kisah pemuda biasa hingga bergelar Laksamana Sunan cukup mengujakan. Bagaimana sang anak manja yang banyak keletahnya, kemudiannya bertukar laku, menjadi pendiam dan lebih sabar dalam mengawal gelojak mudanya. Bagaimana sebenarnya hal-hal di kelilingnya yang membentuk peribadi seorang Sunan.

Terhibur dengan adanya gelagat Djailuh dan Sadik. Kedua-duanya punya ulah tersendiri, dan bagaimana mereka akhirnya menjadi sahabat terbaik buat Saifudin. Begitu juga dengan watak Engku Aminah; anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri. Ada rahsia yang ‘dikekalkan’ hingga hujung cerita. Rasa cam dapat teka, tapi aku simpulkan tungguuuuu hingga kesinambungannya. Aku mahu perasaan-dalam-teka-teki itu dibawa hingga novel terbarunya.

Watak Megat dan Seroja juga ada perkembangannya. Aku suka. Senang cerita, aku hampir menyukai kesemuanya. Yalah, watak-watak yang ada diceritakan dengan baik sekali. Tak terkurung dengan watak Saifudin sebagai tunjang utama. Cuma, kemunculan Sang Ratu Sulaman bagai ada yang tak kena. Dalam novel terdahulu, tiada langsung mengatakan si Ratna dan Saifudin pernah bertemu. Tapi dalam novel ini mereka bertemu dan saling mengenali. Dan itu, menyumbang kepada kekurangan satu bintang ahaksss...

Apa pun, aku akan tunggu kesinambungannya. RAM pasti akan membongkar semula hubungan Saifudin-Ratna ni. Mana boleh pasangan epikku ini dibiar tergantung begitu saja. Tak gitu? hihi... ;)
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
February 20, 2023
Buku ke-7 dalam siri novel Laksamana Sunan. Tapi novel ni bukan sekuel, tapi prekuel... boleh diibaratkan sebagai 'untold story' dalam siri ni. Plot diceritakan dari view pelbagai watak yg sebelum ini pernah muncul dalam 6 buku awal. Seperti buku2 sebelumnya; plot2 aksi, dakwah, pengajaran, cinta, dan drama dalam buku ni masih mantap. Endingnya pula tergantung, bersambung dlm buku yg seterusnya.

Plot tertumpu pada kisah awal Saifudin Jalis (Laksamana Sunan), terutamanya pada zaman remajanya - selepas dia lari dari rumah, sampai ke Aceh, dan seterusnya menjadi anak asuhan Wali Sufi. Di sana, dia mempelajari ilmu agama dan ilmu persilatan. Dia juga terlibat dalam konflik dengan Ratna sang Ratu Sulaman dari Pulau Utara dan Engku Aminah, anak kerabat dari kerajaan Pagar Ruyong...
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
October 28, 2015
Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum

Lama saya peram buku RAM yang ini. FYI saya peminat (walaupun tak tegar mana) tapi semua karya RAM jadi koleksi saya. Tau kenapa saya peram? Kerana saya kurang gemar dengan kulit novelnya yang keras! Bila saya susun ikut susunan bukunya, jadi tak lawa! (penyakit 'gilabuku' no#1001) hahahaha

Tapi memandangkan saya dalam misi menghabiskan stok buku #belitapitakbaca saya gagahkan diri baca dengan hati yang separuh geram-separuh pasrah. Nasib baik isi dalamnya berjaya sedikit demi sedikit melunturkan rasa separuh geram yang terbungkal dalam dada menjadi total pasrah.

Sebagaimana kompilasi Sunan yang lain, membaca naskhah ini membuatkan saya terimbau pada siri-siri terdahulu. Sedikit demi sedikit rahsia yang terkandung dalam siri-siri terdahulu tersingkap.

Ini kisah tentang Saifudin. Sedari awal kelahirannya di Punggor salah satu daerah di Tanah Melayu hinggalah bagaimana dia terbuang jauh ke bumi Acheh dan seterusnya menjadi anak asuhan Wali Sufi. Suka duka dan pahit getir yang harus ditempuhi Saifudin menjadikan dia seorang anak muda yang penyabar.

Tatkala diri mula larut dengan kisah Saifudin, saya jadi geram!

Kenapa? Kenapa?? Kenapa??????

Kenapa harus dinoktahkan dengan perkataan BERSAMBUNG...???

.

..

...

*saya yang masih lagi geram!*


Cuma apa yang saya rasa sedikit terganggu, pengulangan ayat yang sama di beberapa tempat. Adakah ini disengajakan? Saya rasa tak perlu kot!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
May 18, 2019
[BOOK 62]
.

Sunan Nanggroe Sang Kembara by Ramlee Awang Murshid.
.

Best!
.

Hahaaha…inilah permulaan kepada seorang Laksamana Sunan yang hebat dan dicintai ramai.
.

Kalau dalam 6 buku terdahulu, aku memang jatuh hati dengan perwatakan Sunan yang sangat merendah diri biarpun dirinya seorang yang sangat hebat ilmu agama dan kependekarannya.
.

Tapi, dalam buku ni, aku terhibur ngan watak Saifudin ni. Hahahah. Biasalah, budak lelaki baru belasan tahun. Dahlah anak manja mak, lepas kena hukum ngan ayahnya, dia merajuk, lalu lari dari rumah. Lepas tu, kena jual dan jadi anak kapal. Nasib baiklah, akhirnya Saifudin ni dijadikan anak asuhan Wali Sufi. Kesusahan banyak mengajar Saifudin untuk berdikari dan terus hidup.
.

Dan, dalam buku ni jugaklah, watak Ratna diperkenalkan. Memang akan confused ngan watak Ratna ni, sebabnya dia sebenarnya dah kenal ngan Saifudin ni daripada awal, tetapi kenapa dalam buku sebelum ni, Sunan dan Ratna ni macam orang asing. Haaaaa…akan terjawab dalam buku seterusnya.
.

Luna juga muncul dalam buku ni. So, nampaklah yang sebenarnya Luna ni yang memerhati Saifudin daripada kecil sampailah sekarang.
.

Aku terhibur ngan gelagat Djailuh dan Sadik. Sangat dengkikan Saifudin. Hahahah…dorang ni selalu sangat dajalkan Saifudin. Padahal Saifudin ni lagi hebat daripada dorang. Tapi, akhirnya, 2 orang ni la sahabat Sunan yang sanggup bermati-matian demi Sunan.
.

Saifudin ni innocent orangnya. Hahahha. Aku tergelak baca part Saifudin menyebut nama Aminah dalam tidurnya. Lepas tu, kawan-kawan Wali Sufi pun usik Sunan yang celananya basah. Hahaha, beria Saifudin check seluarnya basah ke tak.
.

Tapi, yang tak best dalam cerita ni ialah bila part klimaks Ratna cuba membunuh Saifudin, masa tu lah, wujudnya perkataan BERSAMBUNG. Hurm, sakit hati betul.
Profile Image for Web Sutera.
Author 30 books64 followers
March 17, 2014
Tamat membacanya. Satu komen sahaja, yakni banyak ayat-ayat berulangan di merata plot. Novel ini boleh menjadi lebih pendek dan padat sekiranya ayat-ayat berulangan itu dicantas. Editor tidak melihatnya atau memang disengajakan? Ia menganggu perjalanan penceritaan.

Tekaan awal saya tentang Engku Aminah mungkin ada benarnya, bahawa dia bukan manusia kerana setiap salam Saifudin tidak dijawab.

Masih dalam gaya biasa Ramlee Awang Murshid. Walau bagaimanapun, saya tetap berikan 4 bintang daripada lima.
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
November 9, 2015
Ramlee Awang Murshid (RAM)..plot cerita garapan RAM memang mudah..ringkas..tetapi sarat dengan mesej. Bahasanya mungkin tidak terlalu puitis sehingga boleh menang anugerah..tapi terpenting mesejnya sampai. Laksamana Sunan ialah watak yang tercipta seperti Alex Cross I, Alex Cross karya James Peterson..Sukar bukan untuk kita menyukai watak seorang teruna pada zaman Hang Tuah di dalam novel..kecuali watak itu digambarkan tampan seperti M.Nasir!Tetapi tidak buat RAM. Novelnya laku keras. Peminatnya seluruh Malaysia! LAksamana Sunan ialah jejaka idaman setiap insan yang membaca novel ini! Ringkasnya..Laksamana Sunan ialah dagang merantau dari bumi Melaka ke Tanah Aceh..terbuang akibat salah hukum. Perjalanan penuh liku..namun datang keajaiban..semangatnya dicabar..namun tingkat keimanan tinggi sehingga akhirnya darjatnya diangkat menjadi insan kamil..

"Gugusan hari-hari..indah bersamamu kamelia..
Bangkitkan kembali..rinduku mengajakmu ke sana.."

Kamelia - Ebiet G.Ade

Sunanlah insan kamil misteri yang dirindui itu...

Sunan : Nanggroe Sang Kembara ialah sebuah prolog untuk 6 siri novel Laksamana Sunan sebelum ini iaitu bermula dari Bagaikan Puteri sehinggalah kepada Sunan Musafir.Ia sebuah novel aksi persilatan yang sarat dengan emosi diantara keinginan untuk memiliki kekuatan fizikal ataupun kekuatan spiritual..Dan sebagai lelaki budiman..Sunan memilih kekuatan spiritual..iaitu memilih untuk belajar menjadi ikhlas terlebih dahulu..sebelum dalam diam mempelajari ilmu persilatan sehingga dirimu mampu menjadi pahlawan Nusantara sejati.

Akhir kata, buku yang wajib untuk diwariskan kepada anak lelaki!
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
June 10, 2015
Aku tak sabar tunggu sambungannya. yg pasti tiap kali abes baca siri sunan, aku rasa sedih. sedih sebab tak sanggup nak baca pengakhiran sunan. biar je la cerita sunan ni tak pernah mati. sama macam sunan yg tak pernah mati dalam hati tiap pembacanya. sunan bagaikan hidup. ewahh!
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
October 17, 2019
Perjalanan seorang laksaman bukanlah mudah. Kecekalan, kesabaran serta azam yg menggunung itu lah menjadikan diri lebih hebat dari sebelum ini. Rintangan yang ditempuh dalam buku ini juga bukan calang-calang. Disamping mempelajari agama islam, saifudin curi-curi dalam belajar silat. Nampak comel dekat situ.

Dalam cerita kali ini lebih kepada prolog atau pengenalan asal usul laksamana sunan. Bercerita tentang keluarga jalis serta bagaimana mereka yang baik hatinya berubah serta merta apabila keluarga jalis ditimpa fitnah. Ini yang sifat masih ada dalam orang kita. Hanya pandang pada darjat tidak ikhlas dalam berbicara.

Buku pada kali ini lebih kepada aksi. Hanya dalam 10% sahaja mengenai percintaan yang samar-samar. Kemunculan makhluk yang pelik juga ada. Sama ada yang berpegang pada dasar iman atau yang disumpah oleh manusia penyembah syitan.

Buku ini amat sesuai untuk:
-mereka yang mencintai cerita berbentuk aksi
-yang telah membaca bagaikan puteri
-meminati cerita mengenai kuasa ghaib

Selepas ini boleh sambung dengan buku Sunan Cinta Nan Sakti 😊😊😊
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 23, 2023
✳️Prekuel Sunan ini cerita satu permulaan hidup Saifudin Jalis sebelum diangkat menjadi Laksamana Sunan. Susuk hero dan heroin diberikan isi lebih jelas daripada siri sebelumnya.

✳️Cerita Saifudin sejak dilahirkan dan remajanya di Punggor bersama keluarga dan bagaimana dia jadi korban fitnah bawa rajuk mahu kelana ke Melaka namun jadi mangsa samseng lalu jadi hamba di kapal,diusianya 13 tahun. Apa dia hadap di kapal? Bagaimana dia boleh sampai ke Aceh jadi anak asuhan Wali Sufi? Di Aceh,lahirlah Saifudin wataknya di 6 siri sebelumnya.Tiada lagi Saifudin anak manja keluarga,adik nakal dengan ulahnya dan melayan gelodak jiwa seperti remaja biasa. Teruja seakan menyaksikan Saifudin membesar. Terlihat² sendiri bagaimana Saifudin membentuk diri dan bermulanya kisah siapa Laksamana Sunan terbilang senusantara.

✳️Cerita Ratna Sang Ratu Sulaman.Detik kelahirannya di sebuah kerajaan Ayahandanya, sebelum diambil jadi anak asuhan Maharani dan terbentuklah dirinya dikuasai sihir. Jika siri sebelum tidak ketara kejam dan bengisnya Ratna. Buku ini akui, Ratna hampir sama tahap tiada hatinya seperti Maharani.

✳️Aku suka melihat siapa Saifudin sebelum menyarung gelaran Sunan. Betapa jiwa remajanya mencuit hati yang sememangnya jatuh suka keperibadian dewasanya. Bila bahagian Djailuh dan Sadik yg nakal membuli Saifudin dek dengki berebut jadi pewaris Wali. Tertarik nak tahu apa akhir pembulian sebab sepengetahuan aku mereka bersahabat baik.

✳️Selain bangunkan konflik Saifudin. Suka adanya konflik Megat(Abang Saifudin) dan Seroja. Bagaimana ketegangan berlaku dan proses mereka disatukan. Aku bangga dengan anak² Jalis. Diikuti kisah Engku Aminah anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang jatuh hati pada Saifudin. Ujian kedua padanya hal perempuan selepas Melor. Menarik! Diberi tanda tanya di kemuncak siapa identiti Aminah dan apa Ratna tahu siapa Aminah? Atau aku lepas pandang klu sebenarnya ada dalam siri sebelum ini.

✳️Satu lagi,setahu aku Sunan dan Ratna tak pernah jumpa sebelum ni. Ini kali cerita sedari remaja dia orang dah bersemuka.Tapi² kenapa siri sebelum ni seperti kali pertama,kenapa tak percaya ada kesilapan 😅 Ke ada jawapan di prekuel seterusnya?
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
August 6, 2014
Para peminat setia Saga Laksamana Sunan (SLS) pastinya umum mengetahui bahawa novel yang bertajuk Sunan : Nanggroe Sang Kembara (SNSK) merupakan prekuel kepada novel-novel yang sebelumnya. Kali ini,menerusinya,Ramlee Awang Murshid membawa pembaca menelusuri kisah hidup Saifudin ketika usia remaja dan ketika berpisah dengan keluarga di Punggor dan berkelana ke Aceh,angkara fitnah.
Nampaknya,SNSK merupakan pelengkap kepada SLS. Selain Saifudin atau Laksamana Sunan,beberapa watak utama/penting dan sampingan dikembalikan (sama ada yang 'dihidupkan semula' atau tidak dimatikan). Ratna,Sadik,Djailuh, dan Luna merupakan antara watak yang ditampilkan. Menariknya,para pembaca dihidangkan dengan sisi perwatakan yang lebih meluas dan mendalam. Siapa menyangka bahawa rupa-rupanya Djailuh dan Sadik merupakan dua orang remaja yang nakal dan banyak ulahnya! Ini sesuatu yang sangat menarik perhatian saya.
Secara peribadi saya mengalu-alukan sebuah prekuel SLS. Namun demikian,saya merasakan terdapat 'kejanggalan' atau tidak keselarasan antara siri SLS asal dengan SNSK. Sebagai contoh,di dalam novel Bagaikan Puteri,ketika babak pertempuran antara Saifudin dengan Ratna,mereka seolah-olah tidak pernah bertemu langsung. Sedangkan,di dalam SNSK,mereka pernah bersemuka dan mengenali antara satu sama lain. Ini menimbulkan kekeliruan kepada saya selaku pembaca. Jika jalan cerita SNSK tidak menampilkan Ratna sebagai antara watak utama,mungkin akan tiada masalah yang seperti saya nyatakan ini.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
April 6, 2014
Buku terbaru adalah prolog susur galur kehidupan awal Saifudin. For those yang completely clueless dan rambang mata tengok trilogi Sunan, boleh start baca novel ni before your read further starting with Bagaikan Puteri. Takdela blur sangat.

hurmmm...ada rasa kuciwa sebab kebanyakkan plot meleret-leret. Perasaan thrill tu down sikit. Novel RAM kali ni bila aku buat pengimejan dalam dunia imaginasi sendiri, kurang sharp. Seems like it doesn't hit the button when it supposed to. Sunan's followers dan/atau yang selalu peruse naskah RAM, pasti boleh predict jalan cerita dan siapa Aminah.

Sungguhpun rasa macam nak letak 4 bintang tapi disebabkan sayang giler ngan Sunan, mustahil aku belot. Let's pretend this never happen.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
August 12, 2014
Permulaan kisah Sunan yang menarik. Kisah Saifuddin sejak kecil, bagaimana dia difitnah & tercampak ke Acheh.

Saya sukakan kisah Sunan, selain jalan ceritanya yang menarik, saya sukakan pergantungannya kepada Ilahi sepenuhnya.

Tema cerita "..biar tersilap ampun, jangan tersalah hukum.." sangat menarik untuk dijadikan panduan.

Ada dua perkataan dalam novel ini yang saya fikir salah digunakan, bukan salah ejaannya kerana berulang kali digunakan. Pertama, perkataan 'dihandalkan'. Saya fikir ia merujuk kepada perkataan 'diandalkan', bermaksud diharapkan.

Kedua, perkataan 'iktikad' yang saya fikir ianya adalah merujuk kepada perbuatan 'iktikaf'.

Selain itu, novel ini menarik. Sayangnya novel ini bersambung.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
April 1, 2014
aku terhibur dengan ulah saifuddin semasa dia remaja.

dan siapa Aminah yang sebenarnya?!
kena tunggu lah gamaknyaa
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
February 20, 2023
Pengisahan ini sebahagian daripada layar waktu kehidupan Laksamana Sunan. Saifudin, seorang pemuda belasan tahun yang membawa rajuk diri kerana difitnah dan tidak mendapat pembalasan sewajarnya. Dijual dan menjadi anak kapal, kala inilah peribadi Saifudin mulai terbentuk. Tidak dinafikan, andai dirinya tidak tercampak dalam lingkaran kehidupan sebagai seorang pelayar, barangkali tidaklah terbentuk jati diri Laksamana Sunan. Kehidupan di lautan dan pelayaran mengajar Saifudin akan erti sabar apabila bergelumang dengan kerja-kerja berat dan sering diusik kerana dirinya yang paling muda di kapal. Pak Sulaiman dan Tikurai, antara mereka yang tulus mengajarkannya erti kehidupan. Pesanan terakhir Pak Sulaiman kepada Saifudin: jangan lupa solat! Tikurai, walau berbeza anutan agama, sangat kasih akan Saifudin. Menjaga dirinya daripada terlibat dalam kancah kemaksiatan.

Sungguh, pengisahan ini lebih menyentuh nurani. Kehidupan Saifudin itu terlalu banyak ujian. Syukur, setiap ujian itu ada hikmah tersembunyi. Saat terbuang ke negeri orang jugalah Saifudin belajar untuk lebih banyak mendiamkan diri. Selain mengelakkan dirinya daripada berdusta, diam itu juga sebagai mengekang kemarahan. Asuhan Wali Sufi benar-benar berbekas dalam diri Saifudin. Perilaku terjaga sepertiga malam rupa-rupanya terbentuk sejak belakang badan Saifudin berbirat. MasyaAllah terlalu banyak hikmah yang diselitkan bersama kepayahan.

Keluarga Saifudin: Jalis, Sulimah dan Megat ditambat kasih sayang antara mereka kerana ketaatan kepada Allah ﷻ . Benarlah bahawa ketaatan beragama itu lahirnya daripada keluarga. Megat – mengorbankan dirinya demi keluarga, Jalis – menginsafi keterlanjuran dalam menghukum dan lebih matang dalam membuat keputusan, Sulimah – kasih sayang seorang ibu kepada anak tidak boleh disanggah kesuciannya.

Saifudin dan Sang Ratu telah bertemu sedari remaja. Berjuang atas kepercayaan yang berbeza. Maharani dan Taghut bersekongkol dalam memerangi Aceh. Luna pula menjadi pemerhati yang bersembunyi. Berdamping dengan Saifudin kerana lahirnya dianggap sakti.

Pengisahan ini lebih banyak berkisar mengenai kehidupan awal Saifudin sebelum bergelar Laksamana Sunan. Membelah lautan, menjadi anak asuhan Wali Sufi, terjebak dengan cinta, mempelajari silat, dan memegang amanah daripada kerajaan Aceh.

Tidak diberikan lima bintang kerana keasyikan membaca sedikit tergendala di pertengahan cerita. Kadangkala kekusutan mengenai Ratna, Aminah, Gimbaran dan Saifudin sendiri memberati fikiran. Sedikit berbeza daripada pengisahan-pengisahan sebelum: meski kabur hubungan di antara semua, namun masih dapat ditebak, atau difahami perkaitannya. Namun masih banyak ibrah yang diperoleh. Ikhlas! Pengajaran paling utama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 3, 2020
4.5*
Merupakan prekuel pertama kpd Siri Sunan. Tak sangka rupanya Sunan & Sang Ratu dah pernah jumpa waktu remaja dulu😲😲 No wonder bila baca CSR, terus ship dorang heh🤭

Meceritakan bagaimana kehidupan Saifudin sebelum dia bergelar Laksamana Sunan yg tersohor, hidup dia sewaktu dia berguru dgn Wali Sufi, pengenalan dia dgn Sadik & Djailuh.

Boleh rasa kekejaman Sang Ratu dlm novel ni. Waktu baca CSR dulu, aku tak dpt nk rasa yg Ratu Sulaman ni jahat & kejam, waktu tu rasa it's more like dia jadi puppet utk Maharani and thats it! Tapi dlm novel ni baru nampak personaliti Ratu Sulaman yg sebenarnya😈
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
August 28, 2025
Hasil dari baca blog-blog yang review siri Bagaikan Puteri, saya dapat tahu yang RAM susah untuk melepaskan watak Sunan bila buku terakhir ditulis. RAM ada attachment character yang kuat dengan Sunan. Penulisan prolog untuk watak Sunan memang keputusan yang tepatlah. Memang pembaca dah aware pasal asal-usul Sunan. Tapi perincian dalam buku ni menguatkan lagi emotional attachment antara pembaca dengan watak Sunan.
Sunan yang selalu pembaca kenali sebelum ini adalah Sunan yang hebat berlawan dan berkata-kata. Tapi kali ini watak Saifuddin hanyalah orang biasa yang tidak terlepas dari kesalahan.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
March 9, 2014
#23 Sunan Nanggroe Sang Kembara
Penulis Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf21

Naskah ke-7 siri Sunan selepas Bagaikan Bidadari, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir, jika anda penggemar siri Sunan pasti anda akan teruja akan dgn terhasilnya naskah ini, naskah ini adalah permulaan kpd siri Sunan, mengisahkan perjalanan hidup Saifudin mjdi perantau akibat dek fitnah dan hukuman bapa sendiri selaku ketua kg, Saifudin merantau ke bumi acheh selepas dibebaskan sbg hamba dan diangkat sbg anak asuhan Wali Sufi sorg yg amat mahir dlm seni persilatan serta kuat peganggan agama, Saifudin memilih utk mendalami ilmu agama lebih drpd ilmu persilatan walaupun dlm masa yg sama Saifudin meminati ilmu persilatan, Saifudin sering dibuli oleh anak murid Wali Sugi iaiti Djailuh dan Sadik tp Saifudin ttp bersabar dan masih lg mementingkan ajaran islam dr ilmu persilatan krna bgnya ilmu agama mampu membentuk cara dan tingkah laku, Kemunculan Ratna menyusup masuk ke bumi Acheh hny satu tujuan iaitu membunuh Wali Sufi namun gagal dan ia mensasarkan pula Saifudin krn dgn cara itu ia mampu mengugat Wali Sufi, namun Saifudin mendapat bantuan dari banga bersayap, dlm pada itu Saifudin diminati oleh Engku Aminah seorg anak kerabat Istana Pagar Ruyong yg rupawan tp malangnya Ratna menjadi batu penghalang, tp Ratna dilarang utk jatuh cinta dlm tak langsung wujud sifat cemburu, berjayakah Ratna membalas dendam terhadap Wali Sufi bg merampas tanah Acheh atau dendam memakan diri? Apakah pula kesudahan percintaan Saifudin dan Engku Aminah? Adakah Ratna berjaya menyingkirkan perasaan cinta dlm dirinya? Anda harus dptkan naskah ni segera dipasaran, ternyata karya RAM mampu memberi kepuasan terhadap pembaca terutama pengemar RAM, spt naskah ini ia mampu meberi kepuasan yg maksima sehingga tdk sedar yg anda tlh smpai kepenghujungnya, tdk dpt sy gambarkan betapa terujanya sy membaca naskah ini cuma apa yg tidak digemari dipenghujungnya akan perkataan BERSAMBUNG, ini nyata yg akan ada lg sambungan akan siri sunan yg pastinya akan dinantikan semua, naskah ini harus jd koleksi anda terutamanya penggemar RAM dan pengemar siri SUNAN, tahniah buat penulis

# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
March 28, 2014
Sejujurnya saya tidak pernah memberi kurang daripada 5 bintang untuk setiap novel garapan RAM. jadi novel ini pastinya tidak terkecuali. Ia adalah sebuah penceritaan yang baik. membawa pembaca mengenali dengan lebih rapat siapakah Saifuddin atau Laksamana Sunan sebenarnya. jika sebelum ini pada novel-novel RAM yang lain Laksamana Sunan ditunjukkan sebagai ikon yang sangat sempurnya akhlaknya dan firasat yang dimilikinya sukar digugah oleh sesiapa pun. Kehebatan dalam ilmu persilatan dan ketaatan dalam beribadah juga seperti tidak boleh disanggah lagi. Namun dalam novel ini sepertinya menceritakan bahawa semua itu tidak datang bergolek dan bukan juga diperoleh sejak lahir. Memerlukan banyak ujian yang besar oleh Saifudin sendiri dan banyak juga pelajaran dan pengajaran yang beliau perlu kutip sepanjang perjalanan menjadi seorang pahlawan hebat.

Saifudin juga manusia biasa yang pandai merajuk, pandai jatuh cinta pandang pertama, pandai berseloroh dengan abangnya dan mudah juga tertarik dengan perhiasan duniawi. Ini sememangnya lumrah seorang manusia.Namun dengan tarbiah dan pelajaran dari Wali Sufi dan sifat sabarnya sendiri yang tidak pernah putus asa belajar membawa beliau menjadi insan hebat.

Saya yakin novel ini patut dibaca oleh pembaca yang mungkin baru mahu mengenali RAM. boleh mulakan dengan novel ini sebelum membaca Bagaikan Puteri. Ia pasti menjadi pengalaman yang mengasyikkan.

Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 16, 2014
Seperti biasa, RAM tak pernah mengecewakan. setiap kisahnya, pasti ada keunikan tersendiri. Orang api, orang kenit dan lain2. Sebuah kisah yang sangat menarik. Dan, seperti biasa juga penamat RAM lain dari yang lain. Paling best bila ada perkataan "bersambung..." sampai sekarang, tertanya2 siapa Engku Aminah yang sebenarnya? apa2 pun, 5 bintang untuk "permulaan" kisah Sunan ini!
Profile Image for Atiq Aziz.
13 reviews
November 16, 2017
Antara novel yang paling cepat berjaya dihabiskan... dalam masa 3-4 hari. Sangat menarik, dari sudut penceritaan, bahasa dan pembawaan mesej-mesej ketuhanan. Sangat ringan tapi meninggalkan kesan di hati.

Susuk ketokohan Saifuddin dan Wali Sufi juga sangat mengkagumkan. Kiranya Sunan Nanggroe Sang Kembara adalah buku ke -7 yang merupakan prekuel bagi 6 buku Ramlee Awang Murshid. Novel tersebut adalah Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, dan Sunan Musafir.

So.. novel ini berkisar tentang bagaimana pertemuan Saifuddin dengan Wali Sufi hingga diambil menjadi anak asuhan. Saifuddin mendahulukan pelajaran agamanya pada masa yang sama berlatih seni mempertahankan diri. Juga diselitkan ragam anak muda yang bisa jatuh suka pada si gadis yang cantik, dengan santai. Disertakan juga teguran-teguran Wali Sufi yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan harian. Bagaikan sangat dekat 'nature' novel tersebut untuk dijadikan panduan dan pengajaran oleh remaja zaman sekarang.

Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
July 7, 2017
*4.6/5

Buku epik Melayu.

Tahun 2012, di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya, aku nampak teman sebilik baca buku RAM. Aku tanya dia, "Best ke novel RAM? Famous betul dia ni". Teman sebilik yang tengah baca Rayyan Fantasi tu balas "Best. Cerita dia unpredictable. Lain daripada novel-novel lain." Tahun 2016, kali pertama aku baca buku RAM walaupun dah bertahun novel-novelnya tersusun atas rak buku di rumah. Aku pun tak tahu apa yang tak kena. Sekarang baru nak baca.

Novel ini novel pertama (kot) yang buat aku tumbuk bantal berkali-kali. Tengah seronok membaca part Saifuddin nak berlawan dengan Sang Ratu tiba-tiba pengarang tulis "Bersambung..." Adoi sengsaranya. Geramnya aku. Dah m/s 500 lebih tiba-tiba bersambung. Buku yang bersambung tu pulak tiada di rumah mahupun perpustakaan awam daerah.

Imaginasi RAM dalam Sunan Nanggroe Sang Kembara boleh tahan tinggi. Kalau orang barat, untuk dapatkan karya yang imaginasi tinggi, ada antara mereka akan smoke weed atau opium atau dadah. Kasi 'high' itu punya otak dan mula imaginasi benda yang tak nampak. Contohnya Samuel Taylor Coleridge sewaktu menulis 'Kubla Khan'. Entah dadah ape yang RAM ambil sampai kreatif betul cerita dia. Aku nak sikit dadah tu. (P/S: Hehe. Gurau.)

Aku dah la minat benda-benda ghaib. Dalam novel ini pula ada makhluk perempuan bersayap berasal dari banjaran Himalaya berusia beribu tahun (jin Islam? Qarin? Entahlah. Yang pasti, penulis cakap makhluk itu bukan malaikat) yang tolong Saifuddin sewaktu susah, orang kenit, syaiton, iblis dan ilmu hitam. Diadun pula dengan kisah pendekar Melayu, Islam, silat dan kisah wali. Memang wahh..

Lepas baca buku ini, aku rasa nak jadi collector novel-novel RAM sebab karyanya memang berbaloi-baloi untuk disimpan.
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
May 17, 2014
kenapa?kenapa?kenapa?
kenapa x pernah jemu baca kisah ttg sunan?????
KENAPA?????
Why?
PURKHEEE??

kalau ada 10 bintang mmg akan bagi 10 bintang.
sometimes,i wonder how to be an awesome writer macam ramleeawang murshid?
banyak sungguh beliau membaca utk menghasilkan naskhah buku2 yg sangat hebat bagi saya.

sunan:nanggroe sang kembara.
sebuah prolog terhadap buku2 sebelum ini.
bayangkan kita sudah baca apa yg terjadi kepada sunan dan apa pengakhiran hidup beliau(yakni beliau dah kahwin dgn ratna ratu sulaman dan sudah mempunyai seorang putera).

tetapi ramlee bijak 'bermuslihat' dgn pembaca dgn 'menghasilkan' sebuah buku prolog yg menceritakan bagaimana sunan membesar dan bagaimana liku liku kehidupan beliau sebelum diasuh oleh wali sufi.
ya,kita semakin nampak bagaimana wali sufi mengasuh dan medidik beliau.

tapi yg x bestnya,ada sambungan.
issshhhh,geramnya.
kepada encik ramlee,cepat la buat buku sambungan,x sabar nak bagi baca sampai ke sudah.

oh ya.
dengarnya ramai yang meminta minta agar buku2 bersiri ini dijadikan filem
hmm,apa yg paling aku haraokan ialah bukan org malaysia yg buat filem sunan ni.takut ceritanya hambar dan pilihan pelakon yang ada menawarkan hati utk aku tonton.
aku lagi teruja kalau indon yang buat filem ttg sunan ni.
bahasa indon buat aku teruja.
haha
Profile Image for Siti Shareeza.
6 reviews3 followers
April 20, 2014
Novel Ramlee Awang Murshid tak pernah menghampakan.

Telahpun mengikuti penceritaan Laksamana Sunan sejak novel Bagaikan Puteri suatu waktu dahulu, dan sesungguhnya cerita Sunan tak pernah menjemukan. Sepanjang membaca novel ini, berbagai emosi terbit. barangkali kali kerana mengingatkan perjalanan cerita sunan sejak dari awal lagi. lalu kesedihan itu turut sama cuma dibayangkan dan dirasai sama agar lebih 'rasa' sewaktu membaca novel ni. sejujurnya novel ini sangat detail dan penuh emosi.

Cuma sedikit kekecewaan tatkala tamat membaca novel ini apabila RAM memilih untuk menamatkannya pada ketika kemuncak cerita.

Diharap sangat RAM dapat menerbitkan sambungan novel ini secepat mungkin.

peminat sunan sangat dahagakan cerita seterusnya.

rasanya kalau novel sunan dibukukan sebanyak 1000 muka surat pon belum puas kami membacanya.. :P
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
April 17, 2014
Kisah di sebalik kehebatan Laksamana Sunan dikisahkan dalam bingkisan terbaru RAM. Bukan sambungan pada kisah-kisah SUNAN sebelum ini, tapi lebih kepada kisah silam SUNAN ketika kecil sehingga menganjak masanya sebagai remaja. Paling mudahnya, flashback atau Prolog. Watak Wali Sufi sememangnya dinantikan kisahnya yang selama ini diceritakan serba ringkas, tetapi tidak pada prolog. Jelas, SUNAN mengikuti jejak langkah gurunya Wali Sufi dalam berakhlak, adab, kesabaran, ilmu persilatan dsb. Cuma pengakhirannya sudah dijangka yang prolog ini akan mempunyai sambungan. Terpaksalah untuk kita membina kesabaran dalam menanti cerita selanjutnya yang tidak dijanjikan tiba masa kunjungnya.
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
May 8, 2014
Sepatutnya tajuknya ditukar kepada; SUNAN: Nanggore Sang Kembara Bermula!

:3

Setelah membaca 70% daripada novel ini, kembara Sunan masih belum 'bermula'. Ketika itu pon Sunan masih lagi hanya seorang Saifudin dan dia belum pon lagi bersatu dengan keris Nanggore.

Dari situ dah dapat agak, pasti ada sambungan novel ni.

Anyways, 4.5 bintang sahaja sebab bersambung. :3

*agak-agak bila sambungannya?
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
March 31, 2014
Sebuah prolog yang menarik, sekaligus menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh rajuk Saifudin di Aceh, walapun baru part 1.

Aku suka scene yang berlaku di antara Djailuh, Sadik dan Saifudin. Setiap kali diorang bergaduh tu aku membayangkan seperti dalam filem P. Ramlee je persekitarannya. Dengan lenggok bahasa Melayu lamanya, buatkan situasi tu jadi lucu.
Profile Image for Lann.
65 reviews
July 17, 2014
Bila dah habis baca, baru sedar yang buku ini merupakan prolog kepada siri buku Bagaikan Puteri (sebanyak 6 episod). Maknanya buku ini menceritakan bagaimana semua karakter dalam siri Bagaikan Puteri tercipta. Masalahnya aku langsu tak baca siri tersebut. Adoi, nampaknya kena start baca la ni, sebab aku dah mula suka cerita ni....huhu
Displaying 1 - 30 of 90 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.