Jump to ratings and reviews
Rate this book

Arluna

Rate this book
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.

Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

“Tewas Itu Taat.”

464 pages, Paperback

First published February 1, 2014

22 people are currently reading
308 people want to read

About the author

Rin Ahmad

11 books178 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
214 (46%)
4 stars
147 (31%)
3 stars
74 (16%)
2 stars
22 (4%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 90 reviews
Profile Image for Gee.
7 reviews2 followers
February 17, 2014
Arluna

Nia Arluna Najib diberi nama
Nama yang indah seindah rupanya
Orangnya seksi lenggok menggoda
Hingga terseksa jiwa para teruna

Johan si jejaka kacak bergaya
Sweet talker melayan mesra
Dengan kerenah yang bersahaja
Boleh cair Arluna dibuatnya

Di Sands Sykpark pertama kali bersua muka
Bergaduh sakan saja keduanya
Dik ‘accident’ yang tidak dijangka
Tanpa menghirau tourist yang ada

Bertemu lagi tanpa diduga
Di restoran indah makan bersama
Seorang client seorang pekerja
Berlagak biasa beriak selamba

Kerana ‘accident’ tempoh hari
Sengaja berpura tidak mengenali
Walau geram rasa di hati
Dibiarkan ia berlalu pergi

Dari berkawan berputik cinta
Cinta berputik bak uda dan dara
Siapa kata tiada getar di dada
Getar terasa tidak terkata

Kasih bersemi cinta membara
Mengikat janji tanda setia
Berkat restu ayah dan bonda
Ijab dan qabul termenteri jua

Onak dan duri terus melanda
Dalam kisah cinta mereka
Badai ditepis ombak bergelora
Demi kasih diharungi juga

Arluna kisah cinta 2 insan biasa
Nukilan Rin Ahmad novel ketiga
Digarap santai mencuit rasa
Bisa menusuk ke jiwa raga

Bahasanya indah ayat bersahaja
Mampu mengubat hati yang lara
Hilang semua resah yang terpenjara
Itulah Arluna yang luar biasa

Arluna tersemat di hatiku jua
Tersemat dihatiku sebagai pembaca
Dapatkan Arluna selagi stok masih ada
Kerana Arluna memang ISTIMEWA
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
February 27, 2014
lama rasanya tak rasa sangat jiwang masa membaca novel.nampaknya Arluna berjaya membangkitkan kejiwangan ini..:P (jiwang hanya pd perasaan sy as pembaca bukan sbb isi pada nvl ya)

Ape yg sy suka:

- married cuople ni sgt sweet n steady dlm menghadapi mslh rumahtangga mrk.wpn Luna ada tertampar si Johan sekali..uuu..u deserved it..

- tempat2 menarik yg penulis bawa kita dlm novel ni ada yg x pernah tau pon. dan lepas gugel ,wah tmpt2 tu mmg awesome. contoh mcm Gayana dkt Sabah..sgt cntik.

- how Johan mengurat n flirt towards Luna, buat sy tersenyum spnjg masa, plg sweet mse kt taman burung,Johan ajar parrot tu ckp 'i love u nina, be mine'.. aha..mengelat tp rare.

- dan how Nina mcm jual mahal dan tak gelojoh tuk jwb yes.. padahal Johan tu hot bachelor kot.. nina sgt hormat pada si suami dan tak cepat melatah wpn dilukai berkali2. malah,berani berdepan dgn si 'udang galah'-Fazleen utk pertahankn haknya.

and yes TEWAS ITU TAAT.. bukan taat membabi buta,tp taat dengan berilmu dan strategi tuk menawan suami dan pertahankan hak drpd anasir luar.

p/s:menunggu karya seterusnya.. :)

Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
February 13, 2014
Kisah yg menarik dari Rin Ahmad tentang Nia Arluna mempertahankan rumahtangga yang baru dibina bersama Johan Ariff. Byk ilmu rumahtangga yg boleh dikutip.

Tips dari Prof Muhaya, bapa mertua Dr Ariffin dan umi Nina sendiri tentang peranan isteri dan hak isteri amat berguna. Ada kalanya Nina bertindak bijak adakalanya emosi mendahului akal bila mana Johan ambil mudah dalam semua perkara termasuk perasaan isteri yang baru dinikahi, masih melayan Fazleen si udang galah bekas kekasih. Macam mana Nina menjinakkan buaya jadi hamster, sama-samalah selak novel ni.

Tewas itu taat.
Profile Image for Aisha.
15 reviews
February 6, 2014
My word .. ooo … words!!!!
Super best and definitely 5 STARS for Arluna.

No doubt Arluna is the best novel so far in 2014. I am not saying this because den jatuh cinta dengan semua karya Rin Ahmad but this is a fact . My dear friends den tak akan rase bersalah to recommend awak semua to buy and read this novel – nipis je.

Saya dapat menghabiskn novel nipis ni within a few solid hours last night! Mmg dah target nak habiskan dlm sekali bacaan so den dh set bace late last nite - once u stat reading Arluna susah nak stop!
And betuiiii le … once I hold arluna there is no way I can put it down! Why??? Sebab sangat2 teruja nak tahu wat happen next next next …

Nia Arluna or nina mempunyai karakter juang tinggi yg hebat – tak akan mengalah tanpa usaha. Bravo nina. Nak tau apa nina lakukan? … sila beli and baca arluna.

Joe – Johan Ariff – bad boy, killer smile, eagle’s eyes – seorang yang selalu membuat sesuatu yg luar biasa --- apa yg luar biasa??? Again sila beli dan bace arluna.

“I know 368 pages saying how much I love my wife are enough because too much love will kill you.” – Johan Ariff

Udang galah gelaran yg cukup bagi den senyum walaupon rase menyampah dengan si Fazleen.

Dengan gaya bahasa yg Rin gunakan sunnguh sempoi je. Cerita yg tak meleret – kata omputih straight to the point!

Akhir kalam cheewah … Arluna mmg super duper best. Akan di ulang bace lagi sbb mcm tak puas – dlam arluna mmg banyak quotes dan ayat2 yg memberi kesan untuk pembace.

so frend frend frend go and get Arluna! TAHNIAH Rin Ahmad.
Profile Image for Rouge.
27 reviews
February 14, 2014
What else I can say here….. Awesome, superb, marvellous, wallah weeiiii…. Ngamcam habis and etc. Almost perfect, simple story line and packed with maksud tersirat and tersurat. Still new w Malay novels, started last yr. around June’13. Did bought few books before Rin Ahmad (USD and GET) phenomena just to make simple comparison… what I can say is U really bring different perspective into Malay novel industry. With your creative writings yg seriously selamba gilos okey coz masa 1st time baca GET last yr. 1st thing that crossed into my mind, this writer mmg super coolllllllll gila, ayat-ayat yg mengancam habis walaupun tak berbunga-bunga and selamba land sudah semestinya.
To me, after khatam all ur 3rd book ni (which actually your 1st baby kan)…. Bukan namanya Rin Ahmad if tak dak “fast forward” or “flashback” dalam satu chapter. To certain ppl, it might be a bit confusing but actually not at all if we really focus and plot pun tak lari. Ur supporting characters pun u just describes as simple as u can but full of info’s. esp. “minah lipat maut”
From beginning till the end, Antara kita sedar or not banyak Islamic values yang u terapkan walaupun secara kasar semuanya bunyi “romantics” memanjang .
Super loves with ur “surprise” element and your closing….. to me mcm NO “THE END” ja, kind of boleh buat sequel but all depends to u Mrs Writer.
Congrats! Can’t wait for BIMBO and JET.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
October 1, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je....

AMARAN:

i) Naskah ini dibintangkan atas perbandingan dengan naskah pertama dan kedua penulis ini (USD dan GET).

ii) Analogi digunakan sebab sedar yg review ni memang 'menentang arus' review yang ada (tau takut!)

Full Review:

Izinkan saya meminjam kata-kata Tom Colicchio (juri Top Chef); "Perkara utama yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu restoran itu adalah makanan yang dihidangkan. Sebaik mana hiasan, kemudahan, servis...etc etc, titik tumpu adalah makanannya"

Kata saya "se-lip-lap mana 'lampu hiasan' yg dinyalakan dalam sesuatu persembahan itu tidak mendatangkan apa2 makna jika inti pati cerita adalah perkara yang biasa-biasa sahaja".

Sekian, terima kasih.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 5, 2015
3.5*

05-04-2015

Habis juga baca buku ni setelah lebih setahun tersimpan. Lol. Bukan apa, cerita ini pernah dibaca di blog hingga penamatnya, jadi saya tak mengharap sesuatu yang lebih. Cuma buku ini saya capai kerana saya mahu memotivasikan diri yang sedang dilanda stress sepanjang minggu. :)

Sebenarnya saya dah pernah review Arluna di blog beberapa tahun lepas. Review ada kat sini

Walau sudah membaca berkali-kali, saya masih sukakan watak Arluna yang digarap. Sungguh pun kadangkala Arluna masih bersikap keanakan, dia masih mampu bertindak rasional most of the time (tapi tak termasuk mensabotaj bekalan elektrik ke rumah sendiri kerana marahkan suami ye? Haha).

Terima ajelah hakikat yang kebanyakan lelaki kurang sensitif dengan perasaan perempuan terutamanya isteri. Kadang-kadang niatnya memang baik, macam Johan yang kononnya tak berterus terang dia pergi melawat Fazleen sebab tak mahu Arluna terluka. Tapi dia tak fikir apa pula tanggapan Arluna bila dia melawat Fazleen secara sembunyi tu? Hmmm...

Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Apa yang penting??? Komunikasi berkesan. Bukan komunis. Lol.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
February 6, 2014
MARVELOUS AS PER WHAT I WISHED FOR.. hehehe

super extravaganza... suke la both Arluna ngan Johan.. waweeeee..

but seyesly mmg kembara yang berhalangan dan berliku2.. tp as they manage to cope with each other, they are great..

jiayo la Arluna.. mmg i like ur attitude.. ur spontaneous.. and ur campak ur iphone bling2 and new to GAYANA is super super hillarious.. muahahhaa.. that is what Jealousy can do to super brainy and beautiful Arluna.. muahahhaha..

and that fazleen, puhleaselaa.... i think that 1 word can describe all of ur characters in this.. hahahaha.. giler jahat statement...

and Johan, I like you coz Arluna does okay.. too many wrong doings & mistakes and yet still you are the choosen 1. so please behave hokek!!!
most of the times Johan can be so irritating but the mushy2 really can cairkan Arluna.. hehehe..

kesimpulannyer, worth waiting all this while and go and read it frens!! u need to experience it by urself.. adios!
Profile Image for Jaz Meen.
9 reviews3 followers
September 11, 2016
A Personal Review: ARLUNA
Tewas itu Taat
A simple 3 words tagline for this novel. With these 3 simple words made up a simple one sentence tat conclude the whole story of Arluna. But don get the wrong impression – it’s not a total, thoughtless or senseless surrender but to obey n submit herself judiciously n wisely to a husband. So this is the story of Nia Arluna marriage life with Johan Ariff. They were referred as nina n Joe. A very lovable couple matching up each other’s characters! A matching or is it a contra in personality?

Personally, I consider this is a stunning novel n so mesmerizing that I devoured it in a single gulp, reading far into diminutive hours! As some readers said once you hold and start reading Arluna it’s so difficult to put it down.Righto!

ARLUNA a nice name for a girl – sedap je sebut but to put it as a novel title it does not sound catchy at all – readers could easily passed-by this novel without grabbing it from bookstores shelves! – so I must say the writer is ‘bold n brave’ enough to take a risk. I hope readers out there – don judge a book by it’s cover![title] ngeee... :P
ARLUNA is definitely a superb novel to read.

Fine … I did read Arluna until the last chapter at the writer’s blog (karyalepak.blogspot.com).Infact I found Arluna when there were only 3 chapters uploaded at the blog. But reading 3 chapters oredi appealed me to keep on following Arluna.
It was sometime in early August 2011 and the grand finale was published in Jan 2012.
The final chapter was so awesome with the inclusion of Home water birth scene.To be honest after reading n following novels n enovels at blogs,I can’t remember if there was any writer had penned this into their storyline! It was the first as far as I can recall.
The home water birth scene description was so profound – masa bace kena telan ayeq liuq several times coz the scenario mcm real je.
It was ‘havoc’ in comments box/Chat box at writer’s blog masa tu coz w’pon benda nih mmg NOT new thingy slalu kuar dlm TV series ‘Private Practice’ but bace kat novel melayu mmg smthing extraordinary! Then the writer did mention the idea was really taken [grasp)from a real experience from BF friend who did it at home without a doctor/midwife presence! So it was practical for us to believe tat nina’s home-water birth is not benda khayalan semata-mata tanpa di awasi oleh doctor! But mind u – Daddy Dato Ariffin is a professional surgeon n as Hanna cakap – kut Daddy sorok ambulance kat taman rumah Joe! Hehehe �� mmg excited bace part home water birth nih w’pon sikit je
sape nak terjah blog tat inspired the writer on this home water-birth check this:
http://kureen.wordpress.com/2011/10/1...

This printed version is further added with an extra chapter tat makes it so superb for old pelepaks/followers! A great bonus – particularly the cameo appearance from Jasmeen n Fareez of GET! - n Que Zafril of JET!

Arluna is crafted with language so lovely n enchanting (santai n sempoi) n I can assure you have to reread the passages just to be captivated all over again – terasa seronok n x jemu bace w’pon berulang kali. And it’s my ‘likey’ to read a malay novel intermix wit English conversation! So I am really ‘in’ when reading Arluna.

Arluna is a triumph – Rin Ahmad had done it again – written a novel tat is impossible to resist! [for readers who are looking for a novel to read for pleasure but blended with infos]
It clearly shows tat Rin is such a natural story-teller – the story runs so smoothly without major glitch. The trademark is there=a story with flashback n forward – I like this modus operandi, why? Coz it makes my brain ‘working’ n running active.

‘Infos’ in arluna is so abundant for readers to take note:

- Spontaneous advice from Daddy Dato Ariffin, Umi and Abah Najib on how to handle marriage life/problem is so simple for readers to understand – x der putar belit nk faham! And so was the ‘amusing’advice from Prof Dr Muhaya.
Nice to read arluna with infusion of n mélange in a simple Hadith as reference is just enough – x perlu nk selit Hadis berlambak sbb rase x releven if any character in a novel brcakap/brcerita or nasihati someone petik berbagai2 hadith – sbb mcm tak real je! Lain le yg cakap tu Ustaz or ustazah or bakal al-hafiz dlm novel – I said x releven meaning hebat sgt kut smpai tat character bole hafal byk hadith & sanadnya sekali n siap petik ayat2 Al-qur’an dari surah mana n ayat berapa dgn makna nye sekali n cakap tang sejarah islam siap sebut tahun Hijriah n masehi - kadang lucu bace sbb sgt tak real dlm alam reality seolah2 si watak tu bace script penulis pulak alahaiiii!
To dispatch a message in a novel - opt for a simple approach. Readers gonna enjoy it to the fullest – less is more, more is boring (hehehe I like this phrase!)

The ‘amazing’ approach by nia arluna in confronting her [sometimes] ‘unsympathetic’, ignorance [insensitive to nina’s feeling] and ’highly expectant’ husband! – hmmm uols need to buy n read arluna to know more of this guy, Johan Ariff=the bad boy with his killer smile and eagle eyes!

Arluna mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan rumah tangganya sendiri. Her grit n fortitude is a real inspiration for all wives out there.

As usual Rin Ahmad is never short in introducing ‘new places’ to readers, suke sgt coz these places are never repeated in her novels. For sure majority readers out there were impressed wit Rin’s choice of places – ia lah w’pon belum g mampu nk go to ALL these places but reading it in the novels pon buat kita excited n siap ‘gugal-gugal’ nak tengok kan kan???
hehehe Gayana Island, Bagus Retreat Place. Beautiful places for family outings n a helpful consideration for honeymooners to be ! :)
and ofkos the Marina Sand Bay n Gold Coast Sepang. Insya ALLAH who knows kan one day we readers gonna left our footprint n tapak-kaki kat sana nanti

Another plot tat I lev in Arluna is the family bond portrayed by both Joe’s and nina’s family. Not all family have a perfect life so in Arluna this was exemplified by Joe’s own family not until after the sudden n tragic death of one of the twin, Hanni n after Dr Daddy was hospitalized n thought to hv cancer!
Salute to Joe’s attitude who oweys wanna better himself as a husband tho’ it’s hard but he is trying his best, however his high expectant of nina n his ignorance to nina’s sensitivity as his wife do make me like arrgggg … common joe and hehehe – he learnt a lesson – the very best lesson from nina = pangggg!!! I was like mcm nak ‘jump-jump high’ bila nina buat mcm tu spontaneously n unexpectedly … It was realy a ‘wake-up’ call for Joe! And he deserved it ngeee … am I too harsh to horray nina’s action??? Hahahaa … nina buat pon mcm x tersengaja! High five to nina :)

By the way, I oso enjoyed reading parts where joe’s oweys think outside the box – when it comes to tame n shows her lev to nina:
- Episode burung kakak tua kat KL Birds' Park
- Rebranding Luna color pencil
- Writing on top of 368 pages,” I love u wifey”
hehehe imagine je joe tulis dgn penuh rase cinta - mau patah jari nk tulis tuh!
- Giving or shud I say compensate nina’s iPhone with Nokia Luna – mmg gelak guling2 dh hahaha

Nina on the other hand oso did an unimaginable counter attack to ‘wake-up’ the buayaTarik fuse kat rumah sendiri konon nak sabotaj si suami – wanna leave the house yet her love for Joe nak jugak Joe sentiasa ada! I was drooled laughing.

Okay nex ‘si udang galah’ an antagonist character who oweys present herself to meddle n snoop in between joe n nina. Wat did udang galah do? … pls buy n read Arluna ye … but mcm ‘best’ jugak bace part si udang galah nih kena ‘tonyeh’ n ‘smash’ by nina! Reading this part mmg rase geram sesangat n duk terbayang wajah si Fazleen!

Mak su, joe’s auntie oso can make us readers feel arrggggg n keep nina on a hot seat … but at the end it was family-bond tat is more significant n vital.

I like how the writer did not render Mommy as a brutal MIL … I mean when Mak Su tried to influence her sister to believe tat nina is a ‘bad’ girl! … ofkos lah MIL mana x susah hati or rase terkilan but Mommy is not stupid to swallow n believe without clear proof. Coz it did happen previously Mommy 100% percaya ‘cerita’ mak su konon Dr Ariffin ade affair! So in this case – actually there is no so called ‘bad’ relationship between nina n her MIL.
Hence there is no need to elaborate on this plot – else story jadi too ‘lengthy’ n boleh ke laut jadinyer! Nina on the hand, never ever try to upset her MIL but tried her best to be herself- as a reader I respect nina for this!
Other side-kick characters tat can b considered as an influential to both the hero n heroin is Raziq.He is Joe’s bestie n nina’s boss n oso had hmmm … hmmm with Hanna. Hanna … who is she?
Go on my dear friends buy n read Arluna – she is someone tat udang-galah tak berkenan nk tengok!!! Wahhh.

Arluna circle of friends are Azi, Nurol, Sarah and Lita but Azi was the most mentioned in Arluna. So does Joe’s friends other than Raziq are Eid and Shahrir.
And another name ... Hakeem. Sape Hakeem? bace lh Arluna.


wat i notice in arluna yg x cliche:
- usually whenever i read novels either the hero or heroin bila je sakit sure allergic to medicine n difficult sangat bila si hero/heroin ajak g klink or hospital! scene like this is vr common in novels but here in arluna really different - Joe demam x susah nina nk bagi ubat or ape - tau-tau je Joe telan panadol dlm kereta!(pg405)
-another scene - when nina was not feeling well - Joe selamba je beli nasi lemak bungkus surat khabar! - usually in malay novels mesti si hero/heroin busy to prepare porridge/bubur ... rite??? (page 322)

hehehe ... tat's wat make ARLUNA not cliche eventho' the story is biasa-biasa je!


“Joe, our marriage is like a flute.Holes and emptiness here and there but if we work on it carefully, it can play magical melodies.” - Nia Arluna

Johan,

Yang membawa aku ke dunia bahagia
Yang mengajar aku erti kasih sayang
Yang memimpin aku ke lembah cinta
Yang menyempurnakan aku

Arluna is a wonderful, heartbreaking but heart-healing novel to read ape nyer wonderful, heart breaking and heart-healing part???? Spend ur RM21 n get Arluna from ur nearby bookstores to find it out!
ARLUNA is almost a perfect novel - wit all the spices nicely blended ... cukup rencah, lengkapyawww! - the cerita is very relevant to real life situation.

"I’m not surprise to hear this from you. People love to express their thought and ideas. They preach everyone to believe and follow their seemingly good ideology and thought but they themselves don’t practice their own preach.” - Arluna




Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews202 followers
December 21, 2023
Tewas itu taat 🥰

Solid 5 stars 🌟🌟🌟🌟🌟 if ada 10 stars i will give tanpa fikir

Kisah yang best Nina dan Johan

Kisah mereka melalui alam perkahwinan. Awal² struggle sebab Johan ni jenis ambil mudah perasaan isteri, Nina

Paling tersentuh @ sedih "his first lie".. eee benci tau scene camni. Lelaki @ suami memang rajin melayan.. to them benda itu kecil je sebab taknak besarkan issue but to wife, eventhou is hurt if cakap benda yang benar lagi sakit bila kena tipu.

Si Fazleen pun move on jela. Perlu ke ko nak baby² bagai.

Ps: suka tips² dalam naskah ini 💜🩷
Profile Image for Rania Afeeq.
18 reviews5 followers
March 30, 2014
Betul le this novel is categorized as ‘susah nak letak’. The story is very fascinating, sweet and awesome. To sum it up memang BEST GILLER!

Saya bukan pandai sangat nak buat review tapi yg penting I just want to thank the writer Rin Ahmad sebab punya imaginasi yg hebat. Ada parts dlm novel ni mmg di luar jangkaan bak apa kata mat salleh unpredictable!

Arluna tak tebal – nipis tapi bila penghayatan kita sebagai pembace sampai dan di bace dengan mata hati for sure this novel really contains lots of information. Sarat dengan infomasi dan ilmu.

Saya tak teragak-agak nak bagi 5 stars. Bace lah Arluna. Terima kaseh penulis yg membuat cerita atau plot yg biasa - alam perkahwinan tapi novel ini jadi luar biasa dengan kebijaksanaan penulis memasukkan infomasi yg berguna dan detik-detik cerita yg unpredictable.

Tak perlu guna byk lampu or spotlight untuk melihat keindahan permata yg kechil sebab kilauan permata tu dah cukup. Begitu lah umpamanya apabila Arluna duduk sederet dengan novel-novel yg lain. Arluna lebih menyerlah.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 8, 2014
Memang x rugi beli buat koleksi..byk info n knowledge yg boleh kita dpt dlm naskah ni..lg2 untuk pasangan suami isteri...

suka sgt dengan watak Arluna aka Nina ni..mcm kebudak2kan..tp bila hadap masalah dgn Johan..x pernah nk melenting..marah2..cuma sekali dia tertampar Johan sbb Johan x habis2 say sorry..bg Nina, x de perkataan sorry kalau x buat salah..tu dia sakit hati..

Tapi nasib baik Johan ni memang betul2 chenta kat Nina..bukan nak main2 ke..mmg dia dah x de hati kat udang galah tu kecuali kasihan sbb dulu dia pernah beri harapan..tup2 kawin dengan Arluna..

betul apa yg Nina buat..tewas itu taat..bukan taat melulu tapi taat berilmu..

opss..lupa nk ckp..sape rindu kat Jasmeen n Fareez dlm GET dia ada dlm kisah Arluna dan Johan..hidup bahagia tunggu tanda cinta lahir..hehe

thanks kak Rin Ahmad for the great story Nina-Johan..suka novel mcm ni yg sweet dan x sesakkan kepala dgn masalah yg melampau2..hehe..^^
Profile Image for hydrangea 🪽.
21 reviews4 followers
June 28, 2024
This is my first book from kak Rin Ahmad and personally, I really love the book! From the plot to the conflict to the characters development and the ending!!!!

Arluna seorang gadis yang for me, she’s a badass!! Tak melatah walaupun dalam kepala dia banyak sangat overthinking and trust issues with Johan and her marriage life. Love how she handles Fazleen (orang ketiga and annoying gila). Love jugak macam mana dia try belajar mengenali Johan and herself. Yes you read that.

Johan, lelaki buaya terus berubah jadi hamster. Yes pada mulanya kita judge ye his character especially that one scene in his bachelorette party. Rasa macam kenapa eh joke tu? Boleh je diam. Tapi bila diaorang melayari bahtera perkahwinan bersama, argh indahnya kalau aku jadi Arluna!!! Johan sangat sangat pandai ambil hati Arluna!! Tapi sangat senang jugak sakitkan hati Arluna.

Overall i give 8/10 as permulaan buku kak rin. -2 sebab 2 scenes tu je sebab johan being annoying. Penutup review, buku ni mengajar korang untuk mengenali dunia perkahwinan. Pada aku, sangat realistik. Percayalah, kau takkan kenal pasangan kau selagi kau tak sebumbung. Dalam perkahwinan jugak, kena ada sikap tolak ansur, tak melatah dan kena rajin belajar. Belajar untuk tahu sikap suami, belajar mengenali diri sendiri. It makes me also thinking that marriage is not a playground for you. Bubbly happy all the time. Kau akan tetap merasai jatuh cuma either kau bangun, kuat dan teruskan bermain. Atau berhenti dan balik.
Profile Image for Arisya .
2 reviews1 follower
March 24, 2014
dah tak dpt comment yg lebih
sebab novel ni cukup perfect. Tewas itu taat.

sedap na ... tak de istilah makanan yg kurang perisa.
kira nak describe se sedap rendang daging Mak buat kat kampong!
tapi kan kalau daging rendang kampong bagi juri top chef,Tom Colicchio rase mungkin dia kata tak sedap sbb lidah dia lain naa...
kesian budak Tom ...
Go for nina & joe, they are an awesome couple - completing each other to a happy marriage. cabaran & kelemahan dorang selesaikan dgn cara terbaik. Tak ade istilah dera, boikot, tidur lelain bilik.
Nina yg tabah & pintar, suka dengan laut, pantai & swimming.
Johan Ariff si mata eagle, senyum yg membunuh & bad guy yg tak mcm hero2 lain suke buat ayat 'cair'. Joe sgt cool n macho gitu!!!
jom kita bekukan udang galah & cari baju-T ADDICTION buat lapik kaki.
Kecur dah nak makan ketam telur masin!
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
October 20, 2024
Reread 20/10/24
Chhange to 5⭐️ sebab baca kalini macam I baru dapat tangkap something. Tak bosan macam pertama kali baca. Even Johan tak berapa nak peka dengan perasaan Arluna sebab I rasa lelaki ni kan sejenis semua benda ambil mudah & rasa tak penting. Bila dah terkantoi barulah ohh patutlah Arluna marah merajuk sampai nak pindah rumah tapi tak jadi.

____________________________________________

Buku ke-6 yang dibaca by RA. inilah hero yang paling tak peka dengan perasaan wanita & juga yang always say sorry(hero yg lain jgn harap nak say sorry iust kena faham melalui action) 🤣
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 25, 2019
My very first book from rin ahmad. Terlalu ramai rakan bookstagram yang rekomen dekat aku untuk baca novelw rin ahmad. Cadangnya nak beli novel rin ahmad yang terbaru, Devilish Delilah. Tapinya masa pergi pesta buku pahang di teluk chempedak, aku ternampak buku ni & harga yang murah. So aku beli. Untuk kenali rin ahmad. Mungkin aku agak terlambat. But nevermind. Better late than nothing.😅

Buku ini mungkin dah terlalu lama. Feel dia kurang mari la. Tapi kalau tengok rate novel ni agak tinggi daripada pembaca yang membaca tika novel ini keluar dulu. So masa aku baca sekarang, ia agak old school punya cerita..eh suka hati aku je kan kata old school.😂 bukan old school ape maksud aku, ia berkaitan dengan genre novel itu. Tema yang hot pada masa novel ini keluar. So pada tahun 2019 genre atau tema yang hot adalah, action romance. So bila baca buku bergenre cinta romantik, ia agak ketinggalan lah. I should try her latest book.
Novel ni dah diadaptasikan? Betul ke salah.? Aku rasa betul la.

Kisah seorang gadis yang agak 'nakal' bagi aku. Tapi senakal-nakal Arluna, dia masih menjalankan tanggungjawabnya. Perkenalan singkat antara Arluna & Johan membawa ke jinjang pelamin. Konfliknya hadir tika, Fazleen merangkap ex gf Johan kembali. Tapi bagi aku novel ini tidakla terlalu heavy conflict. Just nice. Takdela antagonis yang terlalu hardcore. Sekadar langau beshe2 je😂

Too much english. Kalau penulis mampu minimizekan her english, more better. Sebab aku lagi suka baca yang fully malay. Bukan ape. Malas nak translatekan. Almaklumla, english ku tidak power. Take time untuk faham. Serius, aku mula suka dengan penulisan rin ahmad. Cant wait to buy Devilish Delilah. Maybe after hari raya. Beli sekarang pun, peram jugak. Terlalu bisy di bulan ramadhan.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
'Tewas itu taat' -tagline novel ini. Waktu baca saya fikir 'amende la yang penulis ni tulis, tak ada motif langsung!', tagline buat pembaca salah faham sekali imbas. Pertamanya tak pernah baca habis di blog (sebab nak simpan rasa teruja itu bila baca novel). Keduanya, -ok,1 alasan sudah cukup rasanya. Dah habis baru ohh... ini sesuatu yang dialami oleh para isteri seperti Arluna. Lelaki boleh cuba memahami. Tak perlulah saya beri sinopsis panjang lebar. -buku ni dah beberapa bulan terbit. Cuba semak review lain untuk pencerahan jalan cerita.

Yang saya faham,
Ketaatan seorang isteri itu tidak sepatutnya disalahanggap sebagai tewas/kalah dan bukan petanda kemenangan suami untuk berbuat sesuka-hati. Sewajarnya para suami memahami yang seorang isteri itu taatkan mereka kerana kasih dan tanggungjawab pada agama dan keluarga. [betul tak?]

Plus point.
1.RA selalu mempersembahkan heroin yang kuat semangat dan berprinsip. Bukan mudah cengeng pada situasi sulit dan bukan lemah pada ugutan 'rampasan kuasa'. --> Bukan juga klise lari dari masalah bila ada sesuatu yang tak betul dalam perhubungan.
2. Heronya pula sempurna dambaan si gadis tapi tidak dari segi sikapnya dari aspek lelaki contoh buat calon.-Juga bukan sebab saya akan sayang pada hero melebihi saya sayang abah saya, eh. :)) Yang penting saya takkan terbuai dengan ke'hensem'an Johan. Don't worry.
3. Terjumpa kisah Fareez dan Jasmeen (GET) - love story in the making. Waktu Jasmeen kat NY dan Fareez lepas kena tinggal dengan buah hati.
4. Sayang keluarga dalam cerita ini. Kisah bapa Johan yang pentingkan keluarga lepas sembuh dari kanser hati. Mak mertua garang yang tak stereotype. All in all, supportive family, thats the main point.
5. Suka bingkisan nasihat dalam karyanya. Watak-wataknya hidup dengan segala suntikan inspirasi yang tak kekok dan kena pada situasi.
6. Clean version untuk couple yang berkahwin (ada nuansa romantik, memang ada tapi tak melebihi tahap gula yang membahayakan), pastinya akan rasa yakin nak recommend pada adik yang baru lepas SPM.
7. SANGAT sukakan bahasa berkias Rin Ahmad. Dalam berkias itu bahasanya masih lagi sempoi dan masih kena dengan jiwa muda-mudi ~ Itu sesuatu yang sangat mahal dan itu antara 1 dari 100 [unsur hiperbola ;)] sebab RA jadi penulis yang pasti saya kumpul setiap koleksi bukunya. Walaupun lambat nak beli dan baca.
8.Saya salute tema yang ringkas dan familiar. Less is more.-Kalau RA panjangkan lagi plotnya,tak yakin kemampuan untuk sabar membaca. ~ 'less is also cheap'--sebab buku ini nipis harganya murah dan mampu milik buat pelajar U~ berbanding karya Acik Lana yang harganya RM30+ tapi masih lagi mahal lepas diskaun. TAPI! Apalah sangat. Kalau sudah suka, lautan api pun tak apa-apa.


Ting-tong point.
1. Penulis masih menggunakan teknik imbas kembali style Untuk Semua Dosaku. Ya,suka sangat novel itu. Tapi sayangnya saya agak keliru dan geram apabila teknik yang sama digunakan. Bolehkah diperbaiki agar lebih cantik. Letak masa pada setiap babak imbas kembali dan bukan tiba-tiba perenggan baru, cerita masa lampau. Cth: 3 bulan sebelumnya, 25 Disember 2011. Peliknya ada beberapa babak seperti waktu pertunangan itu boleh pula diletaknya.Lebih-lebih lagi ceritanya bermula bila Arluna sudah bertunang dengan si Johan dan sedang membeli-belah di KLCC. Adoi! Apa ni!!!
2.Kecelaruan POV. Rasanya kena masuk kelas dan belajar balik...tak komen, saya bukan pandai. Saya cuma pembaca yang mahukan kepuasan membaca.
3. Ada dua kesalahan typo yang saya jumpa. Tapi itu bukan masalah besar. [kalau dah suka, semua pun boleh]
4. Arluna yang suka-suki buka dan pakai tudung--ini bukan isu bertudung atau tidak, tapi sikapnya terhadap tuntutan aurat. -Sikap yang memperlekehkan [oh, I don't know, you think?]... Saya tahu Arluna bukanlah muslimah terbaik, saya tak harap dia agresif macam Nurlisa bila berhijrah. Tapi, ada sesuatu tentangnya yang buat saya tak senang. Kadangkala realiti itu bagus tapi untuk apa salahnya ubah sedikit untuk jadi hikmah pada orang lain. Arluna ini watak utama yang jadi tumpuan.
5. Ingat tak? Part Raziq teguk air 'Red something...'. Kalau terjumpa, fikirkan. Perlukah semua playboy/ anak orang kaya dalam Malaysia ni ditunjukkan sikap mereka yang gemar teguk arak? -Every hidden plot, have a little truth. Faham yang itu, tapi pentingkah? Saya lihat ini dari sudut negatif. Maaf.
6.Oh, adakah ini zaman kita copy&paste lirik lagu dalam buku? Satu/dua perenggan boleh lagi. Tapi mungkin style penulis (ada beberapa karya penulis2 lain juga) nak disampaikan melalui lagu. Trend sekarang ke? Tapi kadangkala rimas juga, bayangkan 1 muka surat hanya lirik dan selalunya bahagian itu saya akan skip.[lirik BI pulak tu] Banyak! Apakata anda? Ada yang akan cakap, lirik akan tambah nada dan bagi mood pada jalan cerita[mungkin itu pendapat saya dulu], TETAPI saya nak tukar, "saya bangkang Yang Arif!" Tak semua mampu jadi Sabariah yang jatuh cinta pada Kassim Selamat hanya dengan lirik lagu [jap, KS main saksofon je kan? Apa sajalah.] Need some time to adjust my standpoint here.

Fuhh! Panjang le pulok.

Ps: Mungkin RA tak pernah berubah, saya yang terlalu meletakkan harapan tinggi selepas suka USD. Saya percaya ada sesuatu yang perlu dimuhasabah, RA banyak followers jangan sampai ia hilang hanya kerana perkara remeh-temeh. Peace.

Habis baca pada 1.15am.
Syabas, kat diri sendiri lagi hari ini.[tepuk bahu] Ko memang rajin taip. haha :))
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
November 23, 2023
Tidur malamku tak tenang sebab tak sabar nak sambung baca Arluna keesokan harinya. Lama siot tak merasa exciting gini Haha! Aaaa bestnya cerita ni. Love this couple!
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 18, 2014
I can honestly say that I like both Nina n “Jowi”…. They matched. Pandai penulis ni matchmaking.

Johan – Typical Guy. What do you expect? Lelaki… Tidak peka dengan perasaan wanita. Fullstop. Kalau ada yang peka pun, 1 out of 10,000. So, suck it up! Hihihi… Yang penting, kejujuran dan keikhlasan. Itu lah Johan. Saya boley rasa keikhlasan dia dalam perhubungan. At least he’s honest. Ada lelaki yang cuba menjaga hati isteri dengan menipu. That is wrong… [Tidak ada ya white lie ke tipu sunat ke. Tipu, tetap tipu. Pusing le mana cara pun, hukumnya tetap berdosa – Selingan: Aura Prof Dr. Muhaya. Hahahaha] Johan tau dia sayang Nina and dia setia pada Nina. What he did with Fazleen is strictly business. See… It was never his intention to berlaku curang terhadap Nina or behave inappropriately in their marriage. Unlike Rain or Fikhri…. Heeeeemmmphhhhhh….. Tapi he did silap langkah masa melawat Fazleen di hospital and he did lie to Nina. That one time only and he get caught but I can still forgive him… Biaskah diri ku? :D One more sikap Johan yang saya suka ialah dia tau dia tak sesempurna mana but he tries to be and tries to bentuk Nina selari dengan tanggungjawab dia as ketua keluarga. A family man thru and thru. Good for him.

Nina – I seriously like this girl. Dia brutal ‘beriman’. Brutal as in dia boley smash Johan, dia boley tackle and trump Fazleen effortlessly and dia boley tahan telinga dan hati menerima tohmahan auntie Azimah. But she always respects her husband and his family. She accepts and try to practice what the father in law says, “Family is just an accident. They don’t even mean to be your family, they just are”. So, I salute her. Tapi kadang-kadang tu her childish side ada jugak menjelma but acceptable to me coz.. iya la… sabar banyak sabar tapi kalau dah kesabaran itu dicabar berkali-kali, tercabar la jugak kan. Tapi Nina sentiasa remind herself of her tanggungjawab as seorang isteri. Tewas itu taat. Itu lah yang cuba disampaikan oleh buku ini.

All in all, I think ada few petua yang boley dijadikan panduan dalam buku ini and it was okay for me. I saw that the rating is quite high for this book but I can’t rate the same because true, ada pengajaran dalam buku ini, tapi manis bergula and excessive elaboration on the marital behaviour just doesn’t sit well with me. Sorry. And penceritaan ada sedikit longgar menyebabkan kadang-kadang saya sedikit blur but all in all because of both Johan and Nina, I still find the book enjoyable.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
March 1, 2014
2 hari baca habis
puas hati baca

-suka watak ARLUNA tewas itu taat
-bukan senang ya nak jadi isteri Johan Arif kena sabar banyak ya Arluna..
-suka nama Arluna..macam-macam Johan panggil dia colour LUNA la
-kisah Arluna ni mengajar para isteri semua jangan mengalah, buat yang terbaik, taat yang penting selagi tak memudaratkan
-kena sentiasa belajar ilmu rumahtangga walaupun dah lama berkahwin
-suka cerita bab baby lahir kat rumah tu :)
-suka perkataan '' UDANG GALAH '' memang mahalya udang galah ARLUNA ni hehe

TAHNIAH buat Rin Ahmad utuk karya terbaru :)
17 reviews198 followers
February 8, 2014
The storyline is simple,but full of meaning.There's a lesson to be learned in "ARLUNA"....you should have a copy of it in your possession.A MUST HAVE COPY....Rin you are definitely the best limited edition author of mine.
What else can I say...well done!No other words to define my emotion now.
L.I.M.A B.I.N.T.A.N.G ♥♥
Profile Image for Fazira Beckly.
23 reviews
February 5, 2014
Senyum xperlu kata apa. Rasanya semua tau kan klu dah rin ahmad penulisnya. Hehe.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
March 8, 2016
Dah tamat baca since two days ago tapi sampai sekarang sebenarnya tak tahu nak tulis apa untuk ruangan review ini. So kalau nampak panjang tu, buat2 tak nampak ajelah. Kononnya tak tahu nak tulis apa kan.

Maybe buku ternipis untuk penulis ini. Not sure sebab tak baca lagi Untuk semua dosaku. Itu sebab tak jumpa di mana buku itu berada di kedai buku kat area yuni.

Berjumpa di Singapura. Di kolam air di awangan gitu. Perjumpaan pertama yang tidak semanis gula for me. Agak kelam kabut sikit. Yuni sebagai pembaca pun jadi kelam kabut jadinya. So kira oklah tu.

Joe kata dia nikah Luna sebab nak pastikan Raziq untuk Hanna. Tapi macam tak nampak rapat mana pun si Raziq dengan Luna. Setakat hubungan bos-intern je. Tak tahulah kalau ada udang di sebalik mee goreng mamak atau udang geragau di sebalik jemput2 udang.

Bila kita nak berubah ke arah kebaikkan, kita perlu berusaha untuk itu. Ianya tidak akan datang bergolek seperti durian baru jatuh dari pokok. Johan kata nak berubah. Dia akui dia bukan lelaki yang baik. Yes, I can see it. Tetapi sepertinya Luna sahaja cuba berubah ketika di awal. Johan kata memang dia cintai Luna. Memilih Luna bukan kerana Hanna. Tetapi kenapa masih bersama Fazleen? Atas urusan business itu adalah lame. Dah lapuk. Outdated. Silalah beri alasan moden sikit. Cara pemakaian, pergaulan dan kehidupan dah lebih moden dan maju dari orang putih sendiri tapi alasan still lame. Tak balance lah, Johan!

Sampai satu ketika, Yuni rasa ucapan maaf/sorry daru Johan macam tiada makna lagi. Acap kali dilafazkan tetapi masih macam begitu. Itu cara untuk berubah? Dan kenapa suruh Luna belajar membaca body language dia. Habis Johan tak nak cuba belajar body language Luna? I just don't get it. Begitu ke gaya orang berumah tangga? Sorry, yuni belum ada pengalaman.

I beg to differ, for me...tewas tidak bermakna kita taat. Walaupun dua2 bermula dengan huruf yang sama - T tetapi berbeza makna. Kedua2nya mutually exclusive. Seperti PS atau ITA, choose only one.

Tewas itu satu pilihan. Taat itu satu kewajipan. Dalam konteks cerita ini, sepertinya Luna "tewas/taat" kepada Johan. Dalam Islam, taat isteri adalah selagi suaminya masih mengikut ajaran Islam. Kalau suami hidup bebas/tidak patuh kepada agama Islam, perlukah isteri masih "taat
kepada suami? For me, that is tewas. Kenapa isteri diibaratkan tulang belakang seorang suami dan bukan di kakinya? Kerna tinggi darjat seorang wanita. Sempena hari ini adalah Independence Woman Day, janganlah rendahkan darjat seorang wanita/isteri. Jangan guna agama sebagai tiket untuk menyalahgunakan hak kalian. Sekali lagi, untuk Yuni. Tewas bukan taat.
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
February 18, 2014
What can I say.simply superb.. Rin Ahmad tak pernah kecewakan saya lagi dengan buku-bukunya. Sebuah cerita yang simple tapi mengandungi banyak mesej yang boleh kita pelajari. Haha...Taat itu Tewas. Loves the tag line.
Profile Image for Leezue Majeed.
1 review
March 5, 2014
Dah lama tunggu Arluna ni keluar. Watak Arluna sebagai seorang Isteri dan cara dia handle anasir-anasir yang menganggu keharmonian rumahtangga. Buku yang wajib dibaca coz lain sangat yang ada dalam pasaran.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
March 19, 2015
Phew....
Mula-mula baca mcm tak masuk sgt lps Johan-Arluna bernikah cerita jadi makin menarik *sempat lah angau sekejap dgn Johan tu dush..dush.
Tapi tiba-tiba dah nak dekat hujung tu hilang rasa excited.
Keseluruhan, kerana tidak meletakkan sebarang jangkaan jadi tidaklah terasa apa2 yg mengecewakan.Agak berpuas hati sebenarnya terasa mcm betul2 membaca emosi turun naik.Sekejap marah sekejap lagi suka nasib baik tak sampai tahap nak baling buku
Kisah yg biasa-biasa tapi olahan RA mmg sesuatu.Kisah yg ringan tapi ada isi dan pengajaran juga bunga-bunga api yg menceriakan suasana.
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
March 3, 2014
novel edisi susah letak!
best best best

sgt suke watak nina..
strong, rational, cekal & taat...
para isteri harus kuat mcm nina ble ade udang galah busuk yg cube nak buat kacau dlm rumahtangga... watak johan pon cool x baran.. dan sentiasa mengakui kesilapan..

actually karya ni sgt bagus utk motivate isteri-isteri diluar sane...klo der org cube nk buat kacau dlm rumah tangga kta , sile berusaha utk pertahankan hak kta...
Profile Image for Raheem.
11 reviews
March 4, 2014
suke giller dengan novel ni.
best & sangat berpuas hati dari awal until the last page.
tq so much Rin - cerita arluna yg byk pengajaran & ilmu yg sgt berharga.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
April 24, 2020
Novel ke 3 dri RA dan ke 2 yg ak baca dri RA selepas The Ex.Ak lagi suka Arluna lah sebab watak hero&heroin yang tidak menjengkelkan aku😂.Walaupun Arluna muda dri Johan beberapa tahun tpi dia pandai menguruskan rumah tangga dgn caranya sendiri drpd dimusnahkan oleh perempuan lain.
Displaying 1 - 30 of 90 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.