Sultan Abdul Hamid II adalah pemimpin Kesultanan Daulah Utsmaniyah (Ottoman) yang cukup dikenal dalam sejarah. Ia bisa disebut sebagai benteng terakhir pemerintahan Daulah Utsmaniyah. Kisah yang cukup terkenal dalam perjalanan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II adalah ketika ia menolak permintaan tokoh pendiri negara Zionis Israel, Theodore Hertzl, agar sultan memberikan sebagian wilayah kekuasaannya di Palestina untuk bangsa Yahudi. Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II, sehingga membuat marah bangsa Yahudi.
Karena ketegasannya itu pula, musuh-musuh Islam tak henti-hentinya merongrong kekuasaan Sultan Abdul Hamid II. Pada masa pemerintahannya, ia harus berhadapan dengan manuver politik orang-orang Yahudi Dunamah yang ingin mendongkel kekuasaanya. Ia juga terus digoyang oleh para aktivis organisasi rahasia Freemasonry, yang menyusup dalam barisan pemuda revolusioner liberal dan menamakan diri mereka “Gerakan Turki Muda” (Young Turks Movement). Kelompok Freemasonry yang terus berusaha menjegal kepemimpinan Sultan Abdul Hamid II juga tergabung dalam organisasi “Al-Ittihad wa At-Taraqqi/ Ittihad ve Terakki” (Organisasi Persatuan dan Kemajuan)
Sultan Abdul Hamid II memerintah di tengah kepungan kelompok Yahudi, anggota-anggota Freemason, dan aktivis liberal-sekular. Mereka berusaha melengserkannya dengan berbagai cara, sehingga Turki dengan peradaban Islam-nya kemudian runtuh dan menjadi negara yang sangat sekular. Sejarah dalam buku ini layak untuk dijadikan pelajaran bagi kita semua.
"Aku menulis kepada putera-putera umat yang merasakan kepiluan akan pahitnya kehilangan sebuah negara besar. Aku menulisnya supaya mereka memahami setiap sesuatu dengan benar, melihatnya dengan jernih dan menilainya dengan baik dan benar supaya mereka mengetahui siapa yang harus dipersalahkan dan bertanggunjawab. Juga supaya mereka tidak bingung perihal siapa yang harus dipegangi kolar bajunya, supaya mereka mampu berfikir dan menilai secara baik dan benar tanpa harus menunggu keputusan hukuman sejarah." Sultan Abdul Hamid II.
Sebak. Itu saja perasan yang ada ketika membaca catatan beliau. Sultan terakhir Kerajaan Othmaniah dipecat secara tidak beradab oleh golongan Organisasi Persatuan dan Kemajuaan. Majoriti dianggotai oleh ahli politik dan pegawai tentera yang kagum dengan Barat. Mereka berpandangan untuk maju seperti Barat, Turki perlu bertindak dan berkelakuan seperti Barat. Sultan dianggap sebagai kolot dan penghalang kepada kemodenan Turki.
Pandangan peribadi saya, Sultan amat berhati-hati di dalam mengambil tindakan terhadap penentang beliau. Penentangnya walaupun dibuktikan bersalah oleh mahkamah tetap diampun oleh Sultan dan diberi jawatan penting di dalam kerajaan. Ibarat melepaskan anjing tersepit mereka kembali memusuhi Sultan. Sultan dikelilingi pegawai dan tentera yang sekular, membenci Islam dan anggota Freemasonry. Pemecatan beliau dilakukan oleh wakil dari Organisasi Persatuan dan Kemajuaan. Ironinya daripada empat wakil itu tidak ada seorang pun muslim dan juga warga Arab dan Turki!
Sultan diasingkan secara tidak beradab. Tinggal di sebuah istana milik Yahudi dihujung dunia Kerajaan Othmaniah di Selonika, Bulgaria. Ditahan tanpa sebarang kepada akses berita. Malahan membuka tingkap untuk udara segar tidak dibenarkan.
Selepas Sultan dipecat, dua orang sultan boneka kepada tentera dilantik. Sehinggalah pada 3 Mac 1922, Khalifah dibubarkan dan secara rasminya kerajaan Othmaniah bertukar menjadi Republik. Hasilnya Barat memfaraid bumi Islam sesama mereka dan umat Islam tidak ada penaung yang akan membantu sehinggalah sekarang.
Membaca catatan Sultan Abdul Hamid 2 yang ditulis ketika disingkirkan dari takhta dan dibuang ke Salonika ini sangat menyentuh jiwa. Rasa hormat dan kagum dengan sifat dan sikap beliau yang berjiwa besar dalam memerintah empayar Uthmaniyah.
Memoar ini sangat berharga karena memberikan sudut pandang otentik seorang kepala negara terhadap pergolakan sejarah dunia Islam dan politik global. Gaya tulisannya jujur, reflektif, dan kadang emosional, membuat pembaca merasa lebih dekat dengan tokoh historis ini. Buku ini sangat relevan untuk memahami dinamika kekuasaan, kolonialisme, dan jatuh-bangunnya peradaban Islam.
Saya membeli buku ini ketika mencari buku-buku rujukan untuk tesis saya di tahun akhir pengajian yang berkaitan dengan faktor-faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah. Tidak dapat dijadikan sumber rujukan, tapi saya dapat ibrah apabila membaca buku Memoar Sultan Abdul Hamid II ini pada awal tahun ini (2015). Pahit manis, gembira dan gundah, resah dan gelisah dapat dirasai tatkala menyusuri dengan pembacaan kandungan di dalamnya. Benarlah, seorang pemimpin, bukanlah seorang pemimpin yang sejati apabila tidak merasai penderitaan rakyat atau tidak merasai kebimbangan akan sebuah negara yang dipimpinnya.