Begini saja, kau tunggu di sana dan aku tunggu di sini...
AIRIS cuma gadis biasa yang cuba untuk senyum kembali selepas luka dulu. Dalam mencari senyum yang hilang, dia berjumpa dengan si pencuri hati dan dia si pencair hati. Dia yang mana menjadi punca senyuman di bibir selama ini?
LUTH sentiasa ada yang mengejar dirinya. Tapi dalam diam, dia hanya mengejar seorang itu. Ya, seorang itu sahaja. Namun, sekuat mana pun dia mengejar, keluarga tetap menjadi keutamaan.
AKID punya senyuman pencair hati gadis. Cukup dengan senyum, si gadis pasti miliknya. Dan dengan senyuman itu, dia mencuba nasib untuk mencuri hati gadis yang itu. Tapi dalam dia cuba memikat gadis itu, ada perkara lain yang dia jumpa. Antara Pencipta dan yang dicipta, yang mana satu dia perlu dahulukan?
Walaupun dia, dia dan dia berlainan karakter, tapi mereka menyembunyikan satu rasa...rasa ingin dicintai. Namun, adakah rasa itu berbalas oleh pihak yang satu lagi?
Tak habis baca. Tak tahu mana permulaan, perkembangan, klimaks dan penyelesaian tentang kisah pelajar universiti. Cerita sekadar cerita. Selalu hilang fokus.
Lama sangat aku ambil masa untuk menghabiskan bacaan novel ini.
:(
Banyak kali letak-ambil balik-nak baca-tapi letak balik.
Rasa kurang umpph. Tak kena dengan jiwa. Rasa terganggu dengan perkataan jeda. Diulang banyak kali. Pendapat aku, kalau tak letak perkataan jeda selepas sesuatu ayat tu pun, dah okey. Okey sangat. Kadang aku buat-buat tak nampak je perkataan tu. Dan, skip pages banyakkk sangat. Paling frust, untuk kesudahannya. Aku nak dengan Luth. Aku lagi suka Luth walau rasa menyampah dengan Eqa. Sebab terlalu manja dan suka sangat bergantung dengan si Luth.
Maaf untuk penulis. :( Tapi aku tetap suka Cik Bulan :)
Untuk pembaca sekalian, selera masing-masing berbeza. Mungkin bagi orang lain, novel ini best dan mungkin juga bagi sesetengah orang, novel ini kurang umphh.
bercelaru sikit .keliru sebenarnya Luth ni suka siapa , ,upenya si Airis .xpaham sbb mula2 tu nampak mcm nk try Keisha .and x jelas pun disitu knp Airis pilih Akid sdgkan hati dia dh lama terpaut kat Luth . apapun not bad .
kenapa ku rase most novels released by JS nih mcm byk persamaan. anyone have this same feeling? mcm lawak pulak my statement ni kan. ni yg buat ku a bit selective on JS books nowadays.
Jalan cerita yang simple, tapi manis. Walaupun agak cliché, tapi tetap manis. Serius, satu-satu cerita itu tak semestinya kena ada ayat keju terlebih atau kena ada nama manja yang dipanggil setiap lima saat untuk ia dinilai sebagai manis.
Manisnya novel Airis sebab dalam tak berapa nak lembutnya 'aku dan kau' antara Airis dan Akid, tetap ada lembutnya kisah antara mereka. Airis cuma perlu jadi Airis dan Akid cuma perlu jadi Akid untuk masing-masing sedar rasa yang wujud untuk satu sama lain.
Weirdly, I have some attachment to this book. Hence, the stars (:
Hi. Sy nak letgo this book rm10. Masih dlm plastik. Good condition 10/10. Reason nak letgo sbb sy ada lebih dari satu buku. COD area ampang, wangsa maju. Berminat boleh email nabihah.mn@gmail.com Atau ws 0173238257
Bagi saya buku ni best. sebab ringan je. bahasa pun santai dan ringkas. cerita pun tak merepek. watak luth memang perfect @ best tapi sayang ending dengan Akid. kalau Airis dengan Luth kahwin rasanya semua orang suka kan? tapi, Airis lebih banyak rapat dengan Akid dan Akid pun mula berubah lepas kawan dengan Airis. Luth pulak takut-takut nak luahkan perasaan. jadi, boleh nampak la kelebihan kenapa ending Airis dengan Akid. hehehe.
bagi yang suka lebih konflik maybe cerita ni tak sesuai kot. tapi apa-apa pon, best! :D
Tbh, rasa macam second novel Kak Bulan Hijau ni kurang manisnya daripada yang first. Agak mendatar, mungkin? One more thing, selalu sangat jumpa perkataan "jeda". Pernah sekali tu jumpa 3 kali perkataan yang sama dalam one page. Cam tak sedap lak nak baca. Dan ending dia, kalau boleh nak sangat Airis dengan Luth, sekali.. Akid. Heheww.
ermmm...corak penulisan dn gaya bahasa lebih kurang bc karya Syud.. huhuhu selamba n santai.. masa ending ingat airis akan dgn luth,tapi tak.. apapun..menarik jugakla...