Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adam tetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia ada batasnya.
“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah saya pada cik bos?”
“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”
Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa dengan Adam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah, ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanak kecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi. Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain, masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia mengenai diri Adam itu?
“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy! Pada secretary? Not my class okay!”
Gaun Cik Bos Tuxedo Mr Secretary Penulis Fatrim Syah Terbitan Penerbitan Kn Dua
GCBTMS merupakan naskah ke-3 penulis selepas novel kanak-kanak Geng Karipap dan novel thriller seram Asrama.. GCBTMS merupakan naskah cinta yg berteraskan thriller.. Mmg puas baca naskah ini mybe sbb ada unsur thriller penyiasatan dan pembunuhan.. Mengisahkan seorg gadis yg dikatakan garang sehingga menyebabkan setiusahanya tdk kekal lama utk bekerja.. Setelah beberapa kali bertukar setiausaha akhirnya Khalisah mengambil keputusan utk adakan interview yg dilakukannya sendiri dgn bantuan rakannya Rafida yg juga shbt baiknya yg menemukannya dgn Adam seorg bujang yg mempunyai anak yg masih mencari kerja ttp bg menampung kehidupannya dgn anaknya Danish.. Sementara ini Adam bekerja sbg penyanyi direstoran.. Adam diterima kerja sbg setiausa Khalisah dan Khalisah sering membuli Adam dan menyuruh Adam memanggilnya Cik Bos.. Adam seorg yg rajin dan tekun bekerja dan disebabkan itu Adam sering dibuli oleh Khalisah.. Dalam masa yg sama Rafida meminati Adam dlm dia dan Khalisah juga meminati Adam dlm tak sedar.. Pada mulanya Khalisah dan Rafida tdk mengetahui yg Adam mempunyai anak dan Khalisah menggangap Adam seorg penipu.. Adam mempunyai anak bernama Danish yg tlh dipeliharanya sejak 3 tahun yg lepas.. Sewaktu mendapatkan Danish Adam tlh mendpt sepasang Tuxedo.. Khalisah tlh bertunang dgn Aril secara mengejut dan merancang utk berkahwin.. Pertunangan Aril dgn Khalisah sememangnya adalah rancangan jahat Aril dgn ayahnya bg membalas dendam.. Aril tdk mengetahui yg dia sbnrnya dipergunakan oleh ayahnya itu.. Ayahnya Izzudin sbnrnya tlh merancang utk membalas dendamnya yg tlh lama membara.. Izzudin yg mengetahui segla rahsia keluarga Dato Malik.. Dato Malik sekeluarga pernah mengalami kecelakaan yg dimana tlh dirancang oleh Izzudin tp mereka terselamat cuma mereka kehilagan anak bongsunya Haikal.. Selain itu juga Dato Malik juga tlh kehilangan anak kembarnya yg meninggal semasa kecil.. Sbnrnya Aril tlh menyamar sbg Aril anak Dato Malik ats rancangan Izzudin sendiri memandangkan wajah anak Dato Malik seiras dgn anaknya dan dgn itu Arash menyamar sbgai Aril tnpa disedari oleh Dato Malik.. Sblm rancangan itu terjadi mereka tlh merancang utk menjahanamkan Aril yg sebnr dgn cuba utk membunuhnya sekembalinya ketanah air.. Sblm cubaan membunuh Aril sbenar mereka tlh cuba utk membunuh isteri Aril iaitu Sakinah dan mereka berjaya menculik dan mendera Sakinah sehingga cacat dan Sakinah terpaksa berlakon sbg org gila bg menyelamatkan dirinya.. Cubaan membunuh Aril sebenar gagal dimana Aril tlh berjaya diselamatkan oleh org asli dan dia kembali sbg Azhan dan merancang utk menyelamatkan anak dan isterinya dan Azhan tlh berjumpa dgn Adam semasa kejadian Danish dilanggar.. Sewaktu itu Danish amat memerlukan darah akibat kehilangan bnyk darah dan Adam mulai risau krana dia sedar di bknlah bapa kandung kpd Danish tp keajaiban terjadi dimana darahnya sama jenis dgn Danish dan membuatkan Adam sendiri keliru.. Semua rancangan ini tlh direncanakan oleh Izzudin dgn terperinci krna segala rahsia Dato Malik dlm genggaman Izzudin.. Apakah kaitan Adam dlm rancangan Izzudin? Mengapakah wajah Arash begitu seiras dgn Azhan sehinggakan Dato Malik tdk menyedarinya anda harus membacanya dan Bagaimanakah pula Darah Adam dan Danish blh sama yg mana mereka tiada ikatan? Dan apa pula misteri sepasang Tuxedo yg ditinggalkan bersama Danish itu? Anda harus dptkannya.. Adakah rancangan jahat Izzudin bg membalas dendam tercapai anda perlu membacanya.. Dan apakah rahsia keluarga Dato Malik yg hanya diketahui oleh Izzudin itu akan terungkai? Anda harus dptkannya.. Seseorg terpaksa bekorban nyawa demi sebuah kenpbenaran.. Selepas segalanya terungkai Khalisah masih membujang dan Rafida tlh berkahwin dgn Adam tetapi ada bnd yg akan buat anda rasa tertipu sewaktu part ini.. Anda harus baca.. Ada nilai suspen yg cuba disampaikan oleh penulis yg sy kira berjaya.. Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan naskah spt ini naskah cinta yg bkn hanya cinta semata.. Dptkan dipasaran dgn harga RM20(sm) RM23(ss) ternyata berbaloi bg penggemar kisah cinta thriller suspen
# p/s ini pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai cita rasa yg berbeza dan ini adalah penulis yg juga sahabatku dan hanya yg manis sahaja direview dan yg tak berapa manis hanya di inbox dan jika anda dinasihatkan tdk terpengaruh dgn review ini dan jika anda terpengaruh jgn salahkan pengreview kerana sekali lg sy tegaskan yg cita rasa kita berbeza dan bukan kerana bersahabat dgn penulis
serius, buku ni menyebabkan saya buat kerja gila balik. Baca buku dari pagi pukul 9pg hingga pagi kul 4pg baru selesai baca. best buku ni, bila baca nak baca lagi nak tau apa cerita sebenar. Buku ni bukan buku romatik jiwang, buku ni ala-ala thriller sikit.
Semua watak ada kaitan...sehingga ada peristiwa yang menyebabkan saya sedih sangat dah la baca buku ni sambil tengok rancangan Assalamualaikum kat Tv Alhijrah memang sedihla bercampur
Tak sangka kesudahan keluarga Tuan Malik macam ni.
Ingatkan penulis perempuan, bila tengok kat Fb baru tahu lelaki sebab masa tu belum baca lagi buku ni. Bila dah baca tengok biodata penulis baru tahu orang Sabah.
alhamdulillah...finished..best sgt citer ni..byk suspense yg kita x jangka sebenarnya..mmg betul Adam & Azhan dua beradik. Adam hilang masa kecil kerana berlaku kemalangan. tahniah Fatrim Syah. Sesuai dgn citarasa sy..org lain punya pndpt sy x tau...
dah hampir sebulan baru habis bace bace pon buat lompat katak & kadang lompat kijang. so faham le maksud den. 2 star sbb susah payah penulis nak mengarang. sebetulnya nak bagi 1* je.
Gaun cik boos, Tuxedo Mr.Secretary... MV suka novel ni...buat kita non stop nak baca....
Khalisah Cik Bos yang macam Singa,cerewet dalam memilih PA Akhirnya memilih Adam sebagai PA nya atas dasar ingin membalas dendam.
Adam,menerima tawaran bekerja sebagai PA demi Danish anaknya,mengaku sebagai duda walaupun sebenarnya dia masih belum berkahwin.Rafida kawan baik Khalisah mula terpikat dengan adam..Adam pula teringat syakila yang telah meninggal dunia apabila melihat khalisah yang saling tak tumpah seperti wajah syakila.
Aril, menjadi tunang khalisah tapi pada masa yang sama khalisah mula jatuh cinta kepada Adam. Azhan terpaksa menyembunyikan identitinya demi menyelamatkan mama,papa,anak dan isterinya.
Arash menyamar sebagai Aril,seiras dengan Aril Azhan ....Arash,Aril Azhan, dan Adam...3 lelaki yang terperangkap dalam satu dendam yang di simpan oleh En Izzudin....Siapa sangka Arash ,Aril dan Adam punya kaitan....
Bagaimana pula khalisah ?Apabila Adam memilih Rafida sebagai teman hidup??
Apa kaitan antara arash,aril dan adam....kalau kamu mau tau kena baca novel ni..seriously memang kamu akan suka....
JOM KITA BERKENALAN DENGAN CIK BOS IAITU KHALISAH @ LISA SERTA ADAM MR.SECRETARY..TAPI JANGAN INGAT NOVEL INI, SEBUAH NOVEL CINTA SEPENUHNYA PULAK.. GAUN CIK BOS TEXEDO MR.SECRETARY MENCERITAKAN PADA AWALNYA TENTANG LISA YANG SEDANG MENCARI SEORANG SETIAUSAHA UNTUK MEMBANTU DIRINYA DALAM HAL KERJA YANG MAKIN BANYAK,PELBAGAI ORANG DENGAN PELBAGAI RAGAM TELAH HADIR DALAM TEMUDAGA YANG DIUSAHAKAN OLEH RAFIDA RAKAN BAIK LISA TETAPI SEMUA TELAH DITOLAK OLEH LISA DENGAN PELBAGAI ALASAN. KITA AKAN BERKENALAN DENGAN ADAM YANG PADA MULANYA TELAH MENJADI HERO YANG MENYELAMATKAN SEORANG WARGA EMAS YANG DIRAGUT,MASA INI HANYA RAFIDA YANG SEMPAT BERTEMU DENGAN ADAM, DALAM PERTEMUAN SETERUSNYA RAFIDA TELAH MENYURUH ADAM DATANG TEMUDUGA ( SEBAGAI SETIAUSAHA) TETAPI ADAM TAK MUNCUL… NAPA YE ADAM TAK MUNCUL..BACA DALAM NOVEL YE?????? ADAM BERKENALAN DENGAN LISA SECARA TAK SENGAJA..DAN SEKALI LAGI ADAM MENJADI HERO…APA YANG MENYEBABKAN ADAM MENJADI HERO PADA KALI INI…BACA DALAM NOVEL YE?????? AKHIRNYA ADAM DATANG JUGA TEMUDUGA YANG DIBUAT OLEH SYARIKAT SERIA HOLDINGS, ADAM PERLUKAN KERJA TETAP KERANA ADAM ADA DANISH ( ANAK YANG DIPELIHARA ). ADAM PELIK JUGAK SEBAB HANYA DIRINYA SAHAJA CALON TEMUDUGA,APABILA DISURUH MASUK KE BILIK BOS,ADAM TERKEJUT MELIHAT LISA ,LISA PUN SAMA. ADAM MULA RASAKAN DIRI PASTI GAGAL DALAM TEMUDUGA TERSEBUT.TETAPI ADAM TERKEJUT APABILA DITERIMA BEKERJA.LISA ADA AGENDA SENDIRI MENERIMA ADAM BEKERJA( YE LA LISA NAK MEMBULI ADAM ).. KEPULANGAN ARIL DAN KEJUTAN SAMBUTAN HARI JADI LISA YANG DIBUAT OLEH ARIL MENJADIKAN LISA HAPPY …SAPA PULAK ARIL ??????? TIAP HARI ADAM BEKERJA DENGAN TEKUN TETAPI LISA MACAM SAJE JE NAK KENAKAN ADAM. PADA SUATU HARI SEMASA ADAM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN KAWAN MASA ADAM BELAJAR,TERBONGKAR STATUS ADAM ADA ANAK ..KERANA STATUS ADAM YANG PUNYAI ANAK,LISA MENGELAR ADAM PENIPU..ADAM MERASA SANGAT MARAH DAN BERHENTI KERJA… APA KAH BERLAKU SELEPAS ITU…DAPAT KAN NOVEL GAUN CIK BOS TEXEDO MR.SECRETARY DAN ADA BANYAK LAGI ISI KANDUNGAN NOVEL INI YANG TIDAK SAYA DAPAT CERITAKAN ... CONTOHNYA SIAPAKAH DANISH DAN SIAPAKAH SEBENARNYA ADAM, SERTA KALAU ANDA MEMBACA NOVEL INI PASTINYA ANDA AKAN BERKENALAN DENGAN PELBAGAI WATAK DAN PERISTIWA YANG TIDAK TERDUGA PADA AWALNYA. APA PUN BAGI SAYA NOVEL INI BEST…
KOMEN:-
1.ANAK YANG BAIK ADALAH ANAK YANG MENGHORMATI IBU DAN AYAH 2.ORANG YANG BAIK PASTI MENDAPAT BALASAN YANG BAIK 3.ORANG JAHAT DAPAT BALASAN JAHAT 4.JIKA TELAH DITENTUKAN DIA MILIK KITA PASTI KITA AKAN MILIKINYA. 5.BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
Cerita bermula dengan Khalisah, seorang gadis yang boleh dikatakan garang sehingga menyebabkan semua setiausahanya tidak kekal lama bekerja dengannya. Akhirnya Adam Rashid, seorang bujang yang mempunyai seorang anak bernama Danish, berjaya mendapat kerja sebagai setiausaha Khalisah.
Khalisah cemburu melihat keakraban Adam dan Rafida tapi dipendamkan perasaannya kerana ego yang tinggi. Aril pula merasakan kehadiran Adam mengganggu rancangannya untuk memikat Khalisa.
Kemuncak cerita ialah tatkala Izzudin membongkar segala rahsia. Identiti sebenar Adam terbongkar sama. Apa pula rahsia keluarga Dato Malik yang hanya diketahui oleh Izzudin itu? Kisah yang dapat memberi tauladan agar kita tidak berdendam kerana ianya akan membawa padah yang buruk.
Sedikit ketidakpuasan saya kerana adegan cinta Khalisah-Adam kurang ditekankan dalam novel ini. Keseluruhannya, saya sedikit puas hati dengan genre misteri thriller yang digabungkan dengan genre cinta. Bila ada garapan dan rumusan yang cukup baik oleh penulis, ia menjadi sebuah novel berunsur thriller yang berjaya menambat hati pembaca.
Baca bulan July..lupa nak review...Sebenarnya, jujur cakap..saya dah mula bosan dengan lambakan novel cinta yang mempunyai jalan cerita yang hampir2 sama. Jadi, saya mula beralih ke novel seram dan thriller...sekarang, saya hanya membeli novel cinta mengikut nama penulis. GCBTMS ni, saya beli kerana pernah membaca karya penulis..Asrama. Lagipun, novel ni mengandungi kisah cinta thriller...Mengisahkan tentang Khalisah yang sering bertukar setiausaha kerana sikap garangnya. Adam si bujang tetapi mempunyai seorang anak Danish..penganggur yang terdesak inginkan kerja bagi menyara Danish...dengan cadangan sahabat baik Khalisah, Rafida..mencadangkan Adam sebagai setiausaha. Khalisah bertunang dengan Aril, anak kawan baik ayahnya. Tetapi Aril membenci Adam..pada masa yang sama muncul seorang lelaki yang mempunyai wajah yang serupa dengan Aril, bernama Azhan. Semakin lama, satu persatu konspirasi yang telah dirancang terungkai dan akhirnya semuanya saling berkait antara satu sama lain. Saya dapat jangka siapa Adam, cuma tak sangka siapa Arash, ingatkan dia buat plastic surgery..huhu..cerita tak suspen, boleh agak kesudahannya..sebuah kisah cinta thriller yang santai..Tahniah penulis.
Nothing much to comment/review.Mulanya kalau tengok tajuk ingat cerita ni genre romantik komedi,rupanya thriller..hehe..
Cerita pasal Adam,duda accident beranak satu yang menjadi penganggur.lepas lama cari kerja,dapatla kerja jadi secretary dekat ofis Khalisah,cik bos yang garang.Hampir menyampah aku dibuatnya.Mulut memang tak tahan.Asyik membuli Adam.Lepas tu banyak watak yang misteri diperkenalkan spt Azhan,Aril,Sakinah dan rahsia demi rahsia dibongkar.Awalnya aku rasa best jugak cerita ni,tapi hujungnya macam boring pulak.Cuma di tengah-tengah dah dapat agak siapa Arash sebenarnya sebab Izzudin dah bagi hint.pecahkan rahsia sendiri pada pembaca,kalau dapat tau masa ending tu lagi best kot :)
Overall aku bagi 3 bintang saja..boleh buat bahan bacaan ringan.Tak cukup thriller bagi aku.
As salam... pertamanya ucapan tahniah buat saudara Fatrim Syah atas novel GCBTMS.Novel yg berunsur cinta dan ada jg thriller ini byk mmbuat saya bfikir apa nk review ye? sbb selalunya saya blh mhabiskn sesebuah novel tu sehari kalau ianya baik, menarik dan mudah dihadam jalan ceritanya, tp maaf untuk novel ini saya mengambil masa sedikit untuk menghadam jln ceritanya sbb ntahlah mgkin saya menganggap novel ini cerita cinta romantik (tgk pd tajuklah) tp rupanya tdk. unsur triller tu ok saya suka tp bab cinta mcm kurang je.... saya xpandai sgt nk review tp apapun agak kecewalah sikit sbb sgt teruja nak meneroka isi novel ni. apapun percubaan yg baik buat penulis, saya ucapkn tahniah dan semoga terus sukses dlm bdg penulisan. Berusaha lbh lg!
GAUN CIK BOS ...ni dengar tajuk memang walah...tapi bila baca..pun walah lah jugeeee... tapi cara penulis adun citer ni agak suam2 kuku..yelah dia kan penulis indie korg kena paham..apa ingat senang ke nak tulis macam2 genre ni? kau mampooo? apa pun TAHNIAH buat encik penulis...dia berjaya buat saya jatuh cinta pd watak ADAM yang lurus bendul itu...dan KHALISAH..oh di singa betina tu..eshh macam nak penumbuk je...
yg paling best citer ni...sebab bukan je ada cinta tapi triller...best kottt.. Walaupun bahasa dia besa2 saja..saya tetap rasa berbaloi beli buku ni.. TAHNIAH ENCIK PENULIS... tunggu buku indie sereeeeeemmmm anda selepas ASRAMA...minx22 ada...
Cerita yang menarik.. Penuh kejutan dan misteri.. Bukan novel cinta biasa biasa.. Macam susun puzzle tau.. Satu persatu kepingan puzzle dicantum Membawa kepada pengakhiran yang sweet..
done reading it. maybe sebab dari tajuk ingat komedi romantik so kurang masuk sikit dengan cerita ni. banyak skip pages. overall,novel ni ok just genre je tak menepati citarasa. lepas ni tak boleh pakai don't judge a book by its cover lagi tapi kena tambah title sekali.
Not bad..cerita yg banyak suspen dan ada thrill.Yg penting perasaan ingin tahu sentiasa ada and it makes u wanting to read more. If u are someone who like surprises then it's worth reading this book and yeah I did cry at one point.