Kenangan...mengapa begitu kejam kau menghiris jiwa?
Sebut aje tentang Faris Iskandar, Myra Isabella terus naik angin. Mana tidaknya, dia dengan mamat bajet macho itu tidak pernah kenal erti berdamai. Sikap Faris yang suka menyakat membuatkan Myra meluat.
"Nak duduk sini boleh?" "Kalau aku kata tak boleh, kau nak buat apa?" "Nama I Faris Iskandar. Nak berkenalan boleh?" "Kau nak apa sebenarnya?" "Nak you jadi girlfriend I. Boleh?"
Pelbagai cara dilakukan Faris untuk memenangi hati Myra. Namun, saat hati Myra mula terpaut, Faris pergi meninggalkannya. Pemergian yang membuatkan dia nanar.
Apabila orang yang selalu dekat dengannya 'menghulurkan tangan' selepas pemergian Faris, Myra mula keliru dengan perasaannya sendiri. Mampukah dia melakar impian di pelangi harapan andai sebaris nama yang masih utuh terpahat di hati itu terus memayungi kenangan semalam?
Novel ini menceritakan tentang Myra Isabella sejak dari zaman kolej persediaan sehinggalah dia melanjutkan pengajian ke Dublin. Faris Iskandar pula merupakan rakan sekolah Myra turut belajar di kolej persediaan yang sama dengan Myra sehinggalah ke Dublin juga. Cinta antara mereka hanya bermula sebelah tangan, sehinggalah mereka bertunang atas aturan keluarga. Saat bibit cinta tersemai di hati Myra, Faris pergi meninggalkannya.
Muncul Khalish, abang kepada rakan baiknya , Nainaa yang menghulur cinta kepada Myra. Akan bersambutkah huluran cinta Khalish tersebut?
Cara penceritaan yang agak mendatar. Namun, elemen kejutan dan plot twist yang dipaparkan menjadi.
Tajuk tertulis Manchester, tetapi memang tidak menceritakan tentangnya, melainkan di pengkahiran yang menjelaskan tajuk sedemikian rupa. Ada babak yang tidak cukup jitu (baca: solid) dan agak ringkas. Dia macam, 'eh, cam tu ja?'.
Penceritaan kembara ke Dublin, Belfast dan Cork sangat best dan menyeronokkan.
Novel ini dibeli kerana: 1) Penerbit JS 2) Murah, sebab beli preloved. 3) Sebab tajuk Manchester. Lol.
Secara keseluruhannya, ia sebuah bacaan yang agak ringan, walaupun sedikit mendatar. But, it's a good read.
Baru habis baca..ok bila baca buku ni dari awal memang gaya bahasa ala Hlovate.Kisah ni pun ade mention pasal kursus IB kat Kolej Mara Banting.Nasib baik tak masuk skali Kolej Yayasan Saad ahahaha.Kisah 3 sekawan Nainaa Azuana, Myra Isabella & Lola (tak perasan plak nama penuh Lola). Kisah cinta Myra-Faris bermula lepas mereka bertunang tapi ade sesuatu yang menghalang Myra untuk sayang Faris pada awalnya.Kira ade perkara tak selesai.Ada bahasa yang bila dibaca cam janggal esp untuk orang Nesmilan cam saya..haila..tapi kecik nye hallah tu. Ade banyak insiden yang tak diterangkan..tetiba flash back..tapi boleh la faham..ok itu kritik
The best bila selepas kejadian sedih Myra tu..saya boleh faham rasa kehilangan orang yang kita sayang sebab saya pun pernah melaluinya.Memang tak de sesapa yang faham walaupun kawan baik atau family sendiri. Masa ni kita cenderung nak rosakkan diri.Bagila berbakul tazkirah tetap tak de efek..kat part tu memang menyentuh hati.Novel ni simple mudah hadam ..tapi menarik bab closing.
mula-mula tengok tajuk buku 'Hatiku Tertinggal di Manchester' memang expect penulis nak cerita pasal Manchester dengan detail. tapi, sayangnya banyak cerita pasal kisah cinta Myra. Myra pula sebagai budak medic mesti lah banyak terms yang digunakan tapi ada berapa je yang boleh kira.
gaya bahasa pulak macam Hlovate. orang yang baca buku Hlovate mesti perasan punya. sebab memang boleh nampak sangat. nampak macam ada kecelaruan identiti dekat situ.
jalan cerita sempoi dan logik. consider as cerita yang okay-okay la.
Mula-mula macam blur tapi lama-lama story pick up. Perangai Myra & Nainaa hampir sama, same choice of words at times reflecting the strong friendship both writers have to be able to write this story together. Sweet. Sesuai buat yang muda remaja & ada scene yang menyentuh hati hingga kita sama2 merasainya. InsyaAllah more improvements for adik2 in future books ;)