“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukanlah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan Si Licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan kebun teh miliknya sebagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
***
Susunan kata Noor Suraya yang membuai rasa membuat kita mahu menetap terus di Rumah Teh Timor bersama Dahlia dan Wadi.
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Betullah orang cakap kalau benci seseorang, jangan benci sangat. Nanti terjatuh cinta. Musuh tradisi sejak zaman sekolah, akhirnya berubah menjadi pencinta setia. Begitulah kisah Putri Dahlia dan Wadi Hannan.
Saya terbuai sungguh dengan cerita Panggil Aku Dahlia ni. Walaupun konflik dalam cerita ni berat tapi diolah dengan tersusun dan jadi daya penarik untuk dibaca tanpa rasa nak berhenti. Ni first time saya baca PAD. Yang versi JS saya tak pernah baca. Salah satu sebab yang membuatkan saya melekat dengan cerita ni adalah bahasa yang digunakan oleh Kak Noor Suraya Adnan Sallehudin, puitis amat. Bila Dahlia marah pun saya rasa merdu aja. Alamak, macam ‘pelik’ saja bunyinya. 😂
“Saya tahu tanah ini berharga untuk awak, Dahlia. Tanah pusaka! Tetapi kalau tidak saya yang beli, orang lain pula akan membelinya.” - Wadi
“Siapa beli pun saya peduli apa, memang sudah untuk dijual, bukan.” - Dahlia
“Dahlia, memanglah ada bezanya… kalau saya beli, kita mungkin boleh berkongsi satu hari nanti. Kalau orang lain…” - Wadi
“Apa, apa maksud awak… cakap dalam Bahasa Melayu, Wadi!!!” - Dahlia
“Ya, kita boleh berkongsi suatu hari nanti… sebab saya suka awak, dan hanya ingin berkahwin dengan awak, Dahlia.” - Wadi
“Gila, awak memang dah gila…Wadi!” - Dahlia
Wadi dengan Dahlia ni kalau jumpa tak pernah nak baik. Mungkin disebabkan dah di'brainwash' sejak dari zaman nenek moyang masing-masing yang memiliki perniagaan ladang teh di Cameron Highlands, mereka adalah pesaing jadi tak boleh membina hubungan baik. Yang kelakarnya diorang ni masa zaman sekolah memang nakal sangat. Memang kedua-duanya tak pernah mengalah kalau bab membuli. Kes minum syarbat berudu tu yang ampun geli ye bila ingat balik. Banyak lagilah kejadian nakal yang berlaku. Sampailah satu kejadian hitam yang menyebabkan Dahlia bawa diri ke Canberra. Mereka berpisah. Selepas 10 tahun, Dahlia kembali semula atas permintaan ayahnya untuk menguruskan ladang Teh Timor dikeranakan ayahnya diserang strok.
Selepas pertemuan semula Dahlia dan Wadi, Wadi mula berubah hati. Dia jadi suka akan meusuh tradisinya tapi bukan mudah untuk menakluk hati Dahlia yang terkena dengan keras kepalanya tu. Nasib Farhan ada sebagai penasihat, menolong Dahlia ketika susah dan senang dalam menguruskan perniagaan serta merungkai peristiwa yang berlaku 10 tahun yang lalu.
“Cinta itu, bukannya sekadar boleh memiliki hatinya… atau sekadar ucapan I love you… tetapi sejauh mana kita dapat membawa dia yang kita cintai itu mentaati Tuhan Yang Esa.” - Farhan
Yang saya suka fasal Wadi ni, dia kalau dah suka tu dia tak akan berpaling dah. Segala ayat mengorat dia bagi kat Dahlia. Tak ada rasa malu dah dengan perangai nakal dia dulu-dulu. Yang dia tahu, kalau dia tak kahwin dengan Dahlia, dia tak akan kahwin dengan orang lain. Begitu juga Dahlia, walaupun mulut menidakkan tapi hati berkata sebaliknya. Cuma satu yang dia nak daripada Wadi sebelum hubungan itu berlanjut ke fasa seterusnya.
“Wadi, saya ingin berkata sekarang kerana dalam Islam, seorang isteri tidak wajib menasihati dan membimbing suaminya. Tetapi dalam Islam terkandung frasa suami wajib membimbing isterinya.
Jadi sebelum hubungan ini melangkah ke alam perkahwinan, itu yang saya nak kita clarify dulu. Saya ingin menumpang bahtera yang saya yakin nakhodanya nanti akan mampu membawa saya menemui Dia nanti tanpa sesat ke mana-mana.” – Putri Dahlia
Aku tidak boleh memilih kamu hanya kerana aku mencintai kamu sahaja, hidup ini ada peraturan yang telah Allah tetapkan. Dan aku ingin mencintai Allah, melebihi daripada apa-apa yang ada di dunia ini. Aku tidak boleh bersama dengan kamu, kalau fikrah kita tak sama. Aku tidak boleh sekadar memilih cinta semata-mata untuk menumpang di bumi Allah ini. Fikiran begitu tak betul Wadi.
**** “Dahlia, bukankah saya pernah kata… cinta kita hanya beralas dua perkara, percaya dan janji setia. Awak telah menodai rasa percaya kepada saya hanya kerana sikap mudah waswas. Saya mahu awak yang dulu, yang bergerak dengan rasa percaya diri.” – Wadi Hannan
Dalam pada mahu mencantumkan dua hati, ada kisah silam yang menghantui mereka. Kisah silam yang keji. Yang membuatkan Wadi malu untuk berhadapan dengan Dahlia lagi…
Malam itu sunyi sekali. Burung hantu pun enggan berbunyi. Bulan pun terus bersembunyi. Bintang-bintang pun jadi malu-malu pada langit. Hatinya telah luka sepenuhnya. Hatinya terkoyak seluruhnya. Bagaikan ditikam berkali-kali dengan belati, Wadi jadi sesak nafas tidak dapat tidur.
Dahlia, maafkan aku.
Dahlia aku luka setiap kali melukakan kamu…! ***** Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu atau ada perasaan yang harus dikorbankan? Kenalah baca dan hayati sendiri kisah mereka dalam Panggil Aku Dahlia ni. Yang penting Wadi ni green flag betul ya. Dan dia sangat berpegang pada prinsip percaya dan janji setia. Saya pulak yang touching dengan kesudahannya. Walaupun penantian Dahlia tu panjang. Tapi berbaloi. 🥺
Baik korang baca sebelum cerita ni didramakan.Tahniah untuk Kak Su kerana menerbitkan semula novel ini dibawah penerbitan Manés Wordworks ❤️ Semoga ada lagi kolaborasi novel Noor Suraya bersama MW pada masa akan datang. 😊
dnf. it’s me. i’m the problem. maybe i’m not familiar with author’s game of creating ayat yang puitis, berbunga bunga, berjela, descriptive, yang aku rasa sangat unnecessary dan almost one/two whole pages with no dialogue in sight, so aku cepat bosan. started this one because i was looking forward to the enemies to lovers trope sebab apparently keluarga MCs musuh tradisi tapi plot belum sempat berkembang aku dah kiok dulu. mintak maaf banyak banyak.
Kali ini aku 'memilih' hanya untuk membaca kisah si Putri 'Sombong'/'Tenang' Dahlia dan Wadi Hannan si anak hantu....
Ternyata aku memang 'pemilih' yang hebat... yang kemudian tetap 'tewas' di hujung perjuangan dengan kebanjiran air mata....
14.4.2014:
Aku belum berkesempatan mendapat Biru Ungu Cinta dan Tanah Adriayana, jadi jika ada fakta yang salah dalam review ini- rasanya x laku biar diangkat untuk dibicarakan :)
Juga hasil tuaian di alam maya atas alasan langsung x kan bertemu naskah2 lama JS di gudang2 buku di negeri 2 jambatan ini....
(for me)... ini naskah 'stand-alone' terbaik dari Noor Suraya. Semua pengikut penulis ini pasti sudah faham kegemarannya meng-cameo-kan watak2 daripada naskah2 yang lain. Ada Dr. Aqmar-Nur Khalida-Dara Aida dalam Jaja Dan Din juga Surat Ungu Untuk Nuha. Ada Kamal-Seera-Fatah dalam versi Ain Najwa. Dan ada edisi Ain Najwa dalam Duha-Umair. (let alone the prequel and sequel dalam mini novel kerana itu tidak boleh diambil kira). Panggil Aku Dahlia berdiri gagah hanya dengan Dahlia dan Wadi. Oppss... ada si Adam dan Ain, tapi seperenggan sahaja.
Panggil Aku Dahlia lebih remaja ceritanya. Lebih santai bahasanya dan lebih ringan kemelut jiwa pelakunya. Dan cubaan plot 'CSI' yang menjadi paksi pentas naskah ini wajar dipuji. Siapa kata penulis yang terbukti ketinggian dan kehalusan sasteranya tidak mampu melahirkan plot ala-ala thriller begini. Dengan ayat mudah, penulis ini lari daripada menggunakan 'template'nya yang biasa. Sesuatu yang segar kerana selalunya watak2 ciptaan Noor Suraya agak terasa aura ke-bangsawanan-nya :)
Rasanya ini pertama kali aku bertembung dengan kenakalan kanak2 sekolah hasil buah tangan penulis ini. Air sharbat (sirap bandung) bercincaukan berudu.... yeakksss.
Kegatalan dan kemiangan si Wadi memang mencuit. Terasa sekali ke-gila-an teruna terhadap si buah hati. Tidak kurang juga ke-gedik-an dalam kesipuan si Dahlia untuk lelaki yang telah 'memberi tanda' (parut sepanjang 3 inci) kepadanya. Pasangan ini semanis stawberry yang dilumurkan whipping cream dengan sos coklat.
Jangan lupa kisah si dewasa(Qais-Rin-Maa'rof dan Farhan-Becky). Plot ini membicarakan tentang pertukaran agama berlandaskan cinta. Itu kelebihan Noor Suraya, mana ada naskahnya yang kosong, kan?.
Tentunya background tanah tinggi Cameron Highlands yang dilatarkan dengan terperinci dah indah sekali. Terus teringat betapa alergiknya aku dengan tempat yang satu itu; sang suami yang tidak pernah gagal mengunjungi CH setiap tahun sehingga menjemukan aku dan anak2. Mungkin ada Puteri Bunian yang melambainya ke sana..... :(
DAN....
Jangan terkejut dengan pengulangan berkali-kali ayat ini;
i) "Berbezanya hubungan Wadi dengan Dahlia, berbanding dengan gadis-gadis lain yang pernah Wadi kenal... Sonya Brunt, Deidre Ang, Noryn, Izian, Nadine atau siapa sahaja yang dia sendiri sudah lupa nama mereka."
ii)"Sepi. Diam. Hening."
CUMA....
Separuh masa pertama dikelirukan dengan penukaran POV (nasib baik hanya untuk Dahlia). Mungkin itu cara Noor Suraya...jujur aku kurang suka...
p/s i: Cover naskah ini adalah hasil tangan keras si Dahlia ketika lari supaya tidak se-kelab dengan Wadi ketika di sekolah. Lukisan kebanggaan si ayah. Bahan usikan si ibu kerana cakcibur/sibur-sibur/pepatung yang dilukis dah macam nyamuk eades tampilnya.
p/s ii: Naskah santai yang bisa meluruhkan air mata di penghujung cerita...
buku ini bercerita. dari satu kejadian, ke satu kejadian yang lain. anda pembaca jangan mengharap pergerakan yang pantas. hayati dan selami perjalanan kisah buat anda dapat merasa setiap keindahan yang ada di dalamnya. bukan kisah yang sangat indah. ianya lebih pada penderitaan dalam diam seorang gadis bernama dahlia tapi keindahan sekeliling buat dahlia ini kelihatan cantik sentiasa.. kisah berkenaan apa ya?..
dahlia, yang kembali ke tempat asalnya di cameron highlands setelah bertahun tinggalkan tanah itu dan tinggal bersama makciknya di canberra. kembalinya dahlia di situ atas sebab kerana ayahnya meminta bantuannya kembali menguruskan syarikat teh timor. ayahnya juga diserang angin ahmar. dahlia yang berkelulusan dalam bidang arkeologi sememangnya buntu dan meminta bantuan sepupunya tasneem dan farhan dalam menguruskan semula syarikat ayahnya itu.. aduhai.. rupanya terlalu banyak masalah dalam syarikat tersebut. dan rupanya.... sudah terjual pun syarikat itu...
muncul watak wadi dalam sisi yang baik. kerana sebelum itu banyak kisah wadi yang bermusuhan dengan dahlia di zaman persekolahan. wadi yang rupanya membeli tanah ladang ayah dahlia yang di lelong, juga kereta land rover ayah dahlia yang ditarik. tujuan?.. wadi terkenal dengan buaya kasanova masakan dia jatuh cinta pada dahlia yang bukanlah secantik mana. punya parut melintang di dagu angkara wadi juga di zaman persekolahan. wadi juga membuat proposal perniagaan yang menguntungkan di pihak dahlia. apakah tujuan wadi sebenarnya?
ada juga kisah tentang nay, ibu pada dahlia yang dikatakan membunuh diri yang membuatkan dahlia terpaksa meninggalkan tanahair. dahlia meneruskan misi. menyelongkar kebenaran dan mahu buktikan pada ayahnya yang nay setia pada cinta bukan seburuk fitnah yang bertebaran juga abdul rahman anak sah ayahnya! besar tanggungjawab dahlia. dia juga membangunkan rumah rehat teh timor dalam usaha menjana pendapatan mereka di situ. suka dengan setiap olahan cerita, lambat tapi penuh kelembutan, tawar kelat tapi sangat manis penyampaian. pembaca sendiri dapat bayangkan keindahan tempat mereka diami, dan suasana walaupun hangat di dalamnya tapi sangat cantik dingin di permukaannya...
dalam kehidupan, tidak semua yang kita mahukan akan kita dapat, tak gitu puan penulis Noor Suraya Adnan Sallehudin? dahlia yang mahu menjadi ahli arkeologi tapi end up menguruskan rumah rehat. dia yang mulanya memang tidak sukakan wadi akhirnya jejaka itulah yang di tunggu hingga belasan tahun. mahkamah dunia juga terbukti sememangnya amat tidak adil bila bukti yang boleh diadakan diguna pakai. tidak mengapalah, akhirat sana menanti. kesabaran dan ketabahan walaupun makan masa bertahun juga akan nampak jua cantik indahnya. ingat ya, buku ini bercerita. anda tidak akan jumpa banyak dialog tapi naratif dan monolog yang banyak bertindih. jadinya, cari masa santai dan duduk diam hayati kisah yang amat damai ini ya...
Ngee~ Inilah novel pertama Kak Su yang ada dalam koleksi aku. Yang sebelum ni aku cuma mampu pinjam je kat library. Sebabnya tulisan Kak Su kebanyakannya terbitan Creative, dan aku waktu dulu2 xmampu nak beli hik3 lalala5
Macam biasa Kak Su penuh dengan humor. Ayatnya cukup simple, tak perlu nak berbelit2. Bunga2 bahasa pun rasanya mudah sangat nak difahami. Kisah ni tentang Dahlia, ha tepat sangat la dengan tajuknya ni. Apa lagi dengan covernya yang cukup menggambarkan bunga dahlia itu sendiri.
Putri Dahlia seorang arkeologist di bumi Kangaroo. Pulang ke Cameron Highlands kerana ayahnya. Membawa Dahlia kepada kisah silam yang amat menyayat hatinya, yang menjadi punca Dahlia lari dari tanah tehnya! Misteri yang dibawa mati oleh Lorrinda menjadi isu besar dalam hidup Dahlia. Apa lagi dengan permusuhan dua keluarga yang berpunca dari perusahaan teh kini menjadi dua - Syarikat Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor.
Dahlia bertemu kembali dengan musuh ketatnya – Wadi Hannan; si budak lelaki yang nakal [jim-alif-ha-ta:] hahaha… Dia paling suka mengacau Dahlia. Gurauannya menyebabkan gadis itu mendapat parut seumur hidup di bawah wajahnya. Di saat bertemu kembali dengan Dahlia, parut itu masih kekal di situ dan tika ini ada rasa yang menjalar. Dan buat pertama kalinya, Wadi telah jatuh cinta. Cinta pada si Dahlia yang biasa2 tu.
Dahlia kecewa kerana gagal menyelamatkan harta keluarganya. Wadi pula muncul dengan lamaran yang mengejutkan! Memang banyak perbuatan Wadi yang tak disangka2 hingga kata2 "Wadi ni la" meniti di bibir Dahlia. Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu tentang sejarah arkeologi di Perak dan Pahang juga tak lupa jenis2 teh hik3 lalala5
Kisah ini memang 100% berlatarbelakangkan Cameron Highland. Sedangkan aku baru ke sana baru-baru ini. Daripada bacaan , dapat dibayangkan satu persatu tempatnya. Sungguh , aku memang suka Cameron Highland , itu tempat wajib yang aku sekeluarga pergi setiap tahun. Kadang-kadang sampai berkali-kali dalam setahun. Membaca kisah di novel ini buat aku juga turut rasa dingin cameron highland itu.
Membaca kisah ini juga buat aku teringat pada novel Noor Suraya yang dulu2 - novel Tanah Andriyana. Kisah cinta antara uda dan dara sedangkan keluarga uda dan dara ini bermusuhan. Namun kisah Panggil Aku Dahlia lebih berat.
Watak Dahlia itu tabah yang amat. Kagum. Banyak betul dugaan. Dari kisah Nay ke kisah ladang teh yang mahu dirampas dll. Namun semangatnya tak pernah luntur. Dan terima kasih juga pada orang sekeliling yang trut sama membantu. Farhan , Tasneem , Mak Bibi , Pak Sayuti , Mia Zara dan pasti juga Wadi.
Wadi - aku suka cara dia mengorat cik Dahlia yang terang-terangan bermusuh dengan dia. Mintak 24 jam masa untuk diluang bersama dengan Dahlia. Dan Dahlia tidak cepat melatah , pandai pula diberi syarat yang kena dengan prisipnya. I like.
Dan aku suka cara mereka berdua yang berterus-terang. Tiada persilihan faham yang berpanjangan. Kala Dahlia nampak Wadi dengan yang lain di KLCC, tiada sesi cemburu diam2 , terus saja dia tanya pada Wadi. Juga bila mama Wadi bawa kisah buruk anaknya , Dahlia terus minta penjelasan dari Wadi. Tiada la salah faham panjang2 , atau sesi melarikan diri tanpa tahu cerita sebenar macam cerita novel melayu yang skeptikal.
Dan kisah pembongkaran kisah Nay , perlahan2 diceritakan. Tiada yang complicated mahupun yang terlalu memberatkan minda.
Kisah akhirnya , penantian mereka berdua , buat aku turut terbuai menanti mereka bersatu. Tapi 11 tahun lama sangat tuuu. aku pun turut sama mengira umur Dahlia , aku juga turut sama risau memikirkan Dahlia yang hanya tinggal sebelah ginjal itu. Baiklah endingnya begitu dan moga Wadi menjaga Dahlia dengan baik sekali =)
Wadi dan Dahlia ni masing-masing merupakan anak kepada pengusaha ladang teh. Oleh sebab itulah mereka merupakan musuh tradisi sejak dari zaman sekolah lagi. Keluarga Dahlia pun sudah melarangnya untuk berkawan dengan Wadi. Namun, bila sudah menginjak dewasa, Wadi mula tertarik kepada Dahlia. Dengan sifat Dahlia yang berhati batu, bolehkah dia menerima cinta si Wadi, musuh ketatnya?
First of all, bila baca buku ni, korang kena tenangkan fikiran, baca kisahnya perlahan-lahan. PAD ni bukan kisah cinta semata-mata, buku ini juga penuh dengan emosi, dendam, kekeluargaan dan kesetiaan. Ditambah lagi dengan plot twistnya, I'M SHOCKED! Apa yang kita boleh cakap, buku ni memang cukup rencah, cukup perasa.
Bahasa yang digunakan dalam buku ni sangatlah puitis sampai membuatkan kita terbuai dengan bahasanya. Masa kita mula baca conversation diorang tu memang agak janggal sikit, tapi bila dah lama baca, kita pun dah terbiasa.
Denggan setting buku ini yang berlatar-belakangkan Cameron Highland, kita dapat bayangkan setiap scene yang berlaku dalam buku ini dengan jelas. Rasa macam tengah duduk di Cameron Highland sambil menghirup teh! ☕🌿
Scene Dahlia dengan Wadi mostly kelako! Sejak zaman sekolah lagi Wadi memang suka kenakan Dahlia. Pernah si Wadi ni dia pegi ikat rambut Dahlia dengan beg. Memang berdendamlah member. 🤣
Tula orang cakap, jangan benci sangat nanti suka! 🙈 Bila Wadi ni dah besar, haa kan dah tersuka! Macam-macam cara lah dia buat untuk mengorat si Dahlia. Boleh ke tu?? Haha korang kenalah baca! Sumpah comel.
Overall, kita enjoy baca buku ni. I'm sure enemies to lover's fan gonna like this book as I do! 🤩❤️
☆Panggil Aku Dahlia karya gemersik Noor Suraya. Rasanya tak lama lagi buku ini jadi rare utem. Kalau terjumpa dan belum baca, baik sambar cepat. Tak beli rugi.
Kalau nak baca buku Panggil Aku Dahlia, sila tarik nafas, urut-urut sikit pipi dan dahi, senyum dan senyum. Percayalah, sewaktu khusyuk membaca nanti, anda akan lebih banyak meregangkan muscles di wajah dengan mimik muka yang beritahu orang bahawa kita sedih, kita bengang dan kita gembira, lantas bibir mengukir senyuman. Bahasa indah begini, baca banyak kali pun tak rugi. Bosan? Kalau buku tulisan Kak Su, memang tak bosan punya. "Matahari itu bolehkah ditutup dengan nyiru?"
Kisah benci - sayang - cinta di tengah ladang teh Dahlia dan Wadi. Begitu banyak konflik, begitu panjang lara, begitu dalam luka di hati Dahlia, Dahlia yabg berkulit gelap sawo matang, tidak cantik, bertubuh kecil, tidak pandai bergaya, namun penulis entah macam mana boleh buat Dahlia jadi bak seorang srikandi di medan perang. Dia bukan saja buah hati Wadi, dia juga penyejuk hati saya.
Setia itu cantik, percaya mempercayai itu molek, sabar itu indah... yang paling penting, teguh di bawah payung iman.
Suka gaya bahasa penulis yang indah, tidak kaku dan melahirkan rasa dibuai serta rama-rama giat berterbangan di perut kerana Wadi (eh?).
Kalau puan penulis boleh jatuh suka dengan nama Dahlia, saya sangat jatuh suka pada nama Wadi Hannan (salah satu sebab saya beli naskhah ini hahahaha).
1. 1st of all, aku suka storyline buku ni. Background cerita ni Cameron Highlands. Berkisar tentang 2 rival family pengusaha ladang teh. Musuh tradisi. Female character Dahlia dari keluarga Megat dan male character Wadi dari keluarga Maarof. Ibarat Romeo & Juliet, enemies to lovers.
2. Aku suka penulis selitkan elemen misteri dalam buku ni yang dikupas sedikit demi demi sedikit dari awal sampai dapat closure di penghujung cerita. Tentang kematian ibu Dahlia yang pada awalnya disangka commit suicide tapi rupa-rupanya there is more than meets the eye.
3. Berbalik pasal watak-watak dalam buku ni. Tbh aku langsung tak suka Wadi. Aku suka Dahlia pada permulaan tapi bila dia dah start develop feelings kat Wadi aku terus tak suka Dahlia. Walaupun at last Wadi tu berubah tapi aku tetap tak suka karakter dia haha. Aku paling suka Farhan dalam buku ni. Kenapa la kau tak pilih Farhan labuu 😂 korang bukan real cousins pun kan?
4. Aku tak puas hati ending tu diorang tak dapat dakwa Maarof. But what to do. Bukti tak cukup. Aku tak puas hati jugak Dahlia yang sebokk sangat nak tunggu Wadi pehal 😂
5. Overall it's a good book to read. Dia bawak aku masuk kebun teh, pastu masuk homestay, along the way tu rasa macam private investigator sikit.
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba. *** Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya! *** Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya? * * * Ringkasan dari saya: Wadi Hannan dan Dahlia memang tidak pernah sebulu. Dari kecil mereka bergaduh dari sekecil-kecil sebab hingga ke sebesar-besar gajah kesalahan. Wadi membalas hingga tinggal parut di muka sebagai kenangan. Bukan sahaja mereka bermusuhan, malah keluarga mereka juga bermusuhan dari nenek moyang lagi. *** Setelah Dahlia di 'pos' kan oleh ayahnya ke Canberra, Dahlia kembali untuk membantu menyelamatkan kebun teh Timor milik keluarganya turun temurun. Sebelas tahun lamanya dia membesar bersama keluarga Auntie Taharah kakak kandung ayahnya. Membesar bersama Tasneem dan Farhan. Kerjayanya sebagai archieologist terpaksa disuaikan dengan mendalami sejarah keluarga sendiri. Menggali sebab bagaimana ibunya - 'nay' meninggal dunia. Mencari bukti yang nay tidak membunuh diri. *** Kebun Teh Timor akhirnya jatuh jua ke tangan musuh ketatnya Wadi Hannan. Semuanya tidak dapat diselamatkan lagi. Yang tinggal hanya la rumah Teh Timor, yang akhirnya Dahlia ubahsuai menjadi rumah hinggap. Wadi musuh, tetapi bagai yang Ustazah Munawwarah nasihatkan 'jangan membenci sesorang itu keterlaluan, nanti menjadi kekasih hati...' Begitulah yang terjadi pada hubungan Wadi-Dahlia. Hubungan mereka bagai tersembunyi disebalik kata-kata hati dan bicara mata. Novel ini penuh dengan unsur-unsur sebab-akibat dan menyeru kita kembali ke jalanNya. 1. Perhubungan yang diredhai Allah. Cinta itu memang senang untuk disuntik dengan belalai syaitan. Walaupun dalam keadaan yang berjaga-jaga. 2. Fitnah terhadap wanita yang suci merupakan satu dosa besar. 3. Hubungan sepupu sungguhpun bagai saudara sendiri, masih terbatas sebagai seorang bukan muhrim.
Cerita mengenai Puteri Dahlia bt Megat Qais, anak tunggal kepada pengusaha Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda. Kisah tragis dan memalukan mengenai kematian ibunya membuatkan dia menjadi seorang perempuan yang tanpa emosi, tidak mudah mempamerkan perasaan, dan seorang yang pemendam. Kerjaya yang diminatinya, arkeologis terpaksa ditinggalkan kerana ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata.
Syarikat mereka dalam keadaan kritikal dan sudah pasti Dahlia yang perlu menyelamatkannya. Tetapi kenangan mengenai tentang naynya membuatkan dia beku, keras. Ayahnya berada di atas kerusi roda, stroke.
Pelbagai perkara berlaku selepas kepulangannya ke Tanah Rata. Pertemuan semula dengan musuh ketatnya, Wadi Hannan anak pemilik ladang teh sebelah sangat menjengkelkan. Rupanya ada peristiwa semasa sekolah yang membuatkan Dahlia mendendami pemuda itu. Tiga garis parut di bawah dagunya adalah kesan jenaka ‘jahat’ Wadi dan King Shah. Tapi siapa sangka, Wadi jatuh hati pada Dahlia! Huh, Puteri ‘sombong’ Dahlia, akhirnya si Wadi yang kasanova ni boleh ‘tunduk’ pada dia.
Tapi sikap benci yang ditunjukkan oleh Dahlia kadang-kadang buat saya terfikir. Susahnya kalau ada ‘musuh’ dalam hidup. Walaupun seorang tapi bikin buat hidup tak senang. Huhu.. Sebab itu dalam Islam dianjur amalan bermaaf-maafan dan Nabi pesan jika hendak bergurau, berguraulah benda yang BENAR. Seperti sebuah kisah yang menceritakan seorang nenek berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya adakah orang sepertinya ada di dalam syurga. Rasulullah SAW menjawab tidak ada. Maka menangislah nenek tadi. Rasulullah SAW menyambung jawapannya “Kerana semua yang masuk ke dalam syurga Allah akan jadikannya muda semula”.. maka nenek itu pun ceria kembali. Liaht, Rasulullah SAW pun bergurau juga tapi ada kebenarannya. Bukan macam Wadi-Dahlia, jenaka mereka ‘kejam’ betul. Dahlia pun nakal juga, saya tak terfikir idea Kak Su (penulis) ni letak berudu dalam air sirap. Hehe..
Kepulangannya juga berjaya membongkar misteri di sebalik kematian naynya. Nay bermaksud ibu dalam bahasa Tagalog. Nay Dahlia berasal dari sana dan memeluk Islam untuk berkahwin dengan ayahnya. Malangnya, kehidupan mereka tidaklah mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Kisah nay membunuh diri sangat mengaibkan keluarga Dahlia. Selepas kematian nay, dia dihantar belajar ke Australia dan masuk sekolah Islam di sana. Bacalah kesudahan cerita ini dan anda pasti tertarik untuk merasai nikmatnya minum teh di Rumah Teh Timor! :)
Dahlia dan Wadi Hannan bermusuh sejak dari zaman persekolahan lagi tapi kalau sudah tersurat mereka ada jodoh, mereka bersatu akhirnya. Hidup Dahlia penuh dengan duka. 'Nay' Dahlia disangka mati bunuh diri, ladang teh dicagarkan pada musuh keluarga dan ayah Dahlia sakit angin ahmar. Kemudian Dahlia dapat tahu dia punyai adik, Abdul Rahman yang mempunyai sakit ginjal. Tapi Dahlia cekal dalam menempuh semua itu. Dia bangkit dari kesusahan dengan tenang dan bersemangat. Dahlia dan Wadi menyulam kasih dalam diam. Mereka mengajar diri untuk 'percaya' dan 'setia' dan menunggu saat Wadi bersedia untuk menjadi nakhoda serta bilamasa Datuk Ma'arof meninggal dunia. Suka sangat bila penantian serta kesabaran Dahlia tidak sia-sia. Tapi jangka waktu tersangat lah lama.
📍i guess it's just not my cup of tea huhu 🙇🏻♀️ ambil masa jugak nak habiskan. nak dnf macam rugi pulak sebab taktau bila akan bukak balik novel ni. aku baca versi terbitan Manes, tak pernah baca versi lama. so taktau ada kelainan atau tak between both books. kalau ada maybe part "Yang tak Diceritakan" tu.
📍aku rasa antara main part untuk diketengahkan dalam cerita ni is part musuh tradisi. dua keluarga yang dah bergaduh sejak dari zaman nenek moyang. but entah lah, part musuh ni sekadar berkisar dekat situ je, tak develop. dari awal cerita bagitau memang dah musuh, but asal sebab bermusuh pun kurang penceritaan. ada, cuma macam lack sikit. tu belum lagi pasal characters yang tiba-tiba develop feelings, aku rasa macam eh ¿
📍aku faham je bila ramai yang cakap author ni memang bahasa dia tinggi sikit, suka bermadah pujangga, bermain dengan sastera dalam ayat dia. part ni ok lah, not bad. sebab ayat tu berbunga-bunga. plus buku ni pun buku lama kan. but, kadang tu rasa meleret. rasa macam tak perlu ada pun. lagi banyak description berbanding dialog. so ada certain part yang aku baca skip, lompat-lompat gitu. oh and ada Indonesian words mix dalam novel ni. bukan description je, dalam dialog pun ada. bagi aku tu slack sikit lah. or mungkin lah kan, zaman ni memang cara penulisan novel macam tu famous, sebab buku ni terbit 2008 tak silap aku.
📍next pasal cerita, paling aku macam tak boleh terima part ayah Dahlia meninggal, just ada 1 page macam tu je. i mean ni kan antara crucial part jugak, but why tak cerita lebih. macam tiba-tiba je watak tu dimatikan. pasal konflik lain pulak, which is pasal nay Dahlia. dari awal cerita seolah ada benda yang tak selesai and rahsia tapi buatkan aku as a reader ni kurang nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. idk lah, maybe dari segi huraian cerita kut. but jangan risau, rahsia ni nanti terungkai jugak. yang lain-lain tu okay lah. i would say this book as a light reading maybe 🧘🏻♀️
📍but it's okay, kalau dah ada buku ni baca je okay. maybe korang akan suka sebab aku tengok ramai jugak yang hype buku ni. again aku cakap, maybe bukan taste aku lah kut buku macam ni. author pun popular, so i guess banyak lagi buku dia yg maybe aku boleh try lepas ni. nanti lah aku cari huhu. ohh and novel ni diadaptasi jadi drama dekat RTM. sekarang tengah tayang drama tu rasanya. aku rasa aku akan tengok drama tu nanti once dah habis tayang sebab nak tengok how novel ni jadi drama.
Walaupun nipis, memerlukan masa yang tenang untuk menghabiskannya. .
Tulisan KakSu sangat berbunga-bunga dan membuai perasaan. .
Disebabkan aku ni seorang yang agak fast reader, so, bagi aku, buku ni agak slow paced. .
Dahlia yang sudah lama meninggalkan ayah dan ladang teh mereka setelah kematian nay (ibu nya), akhirnya pulang setelah ayah menhidapi strok. Dahlia lebih meminati bidang arkeologi. Maka, dengan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang bisnes, dia cuba untuk menyelamatkan ladang teh mereka. .
Tapi, keluarga Wadi memang dari dulu bertekad untuk mendapatkan keseluruhan tanah Dahlia. .
Wadi ni sebenarnya baik. Tapi dia terikat dengan ayahnya yang sangat berdendam dengan ayah Dahlia. Sejak zaman nenek moyang lagi. .
Dan Dahlia juga berjaya membongkar kisah disebalik kematian nay yang dikatakan membunuh diri. Namun sayang, si pelaku terlepas. .
Keseluruhan, ceritanya bagus. Cuma sangat perlahan alur ceritanya. Sebagaimana hubungan Wadi dan Dahlia. haih, kalau akulah, tak tahulah aku mampu jadi seperti Dahlia yang menunggu Wadi untuk beberapa tahun. Daripada 20-an kepada 30-an dah umurnya.
Cerita dia mungkin cliche sahaja tapi aku suka penulisan Noor Suraya ni.
Mengisahkan tentang Dahlia dan Wadi yang bermusuhan dari zaman sekolah. Dorang ni saling mengenakan satu sama lain. Bukan itu sahaja, keluarga mereka turut bermusuhan disebabkan oleh business.
Mungkin korang rasa macam biasa je buku ni kalau baca review aku, tapi tidak ye. There’s more to it. Ada sedikit elemen misteri juga dalam buku ni. Ada kebenaran yang dicari Dahlia.
Bagi watak pulak aku memang suka semua watak dalam buku ni. Wadi sangatlah charming dan Dahlia jugak bukan typical female character yang lemah dan lembik. Mereka ada kekuatan sendiri. Watak mama Wadi dan juga ayah Dahlia pun sama. Bagi aku watak mereka sangat professional.
Overall memang wajib baca!!!! Enemies to lovers trope local yang sangat best bagi aku dan secara automatik jugak Noor Suraya telah menjadi salah seorang lenulis kegemaran aku.
Buku yg telah dibeli sejak sekian lama, masih berbalut plastik, baru dibaca tahun 2021, tahun Covid19, tahun kena berkurung di rumah Kenapa tak dibuka plastik buku ini? Sayang nak koyakkan plastiknya. Nampak sgt cantik dibalut begitu Satu kisah yg membuatkan saya menyimpul angan2, moga Covid ini cepat berlalu dan saya mahu ke Cameron Highlands sebagai salah satu destinasi yg perlu dilawati sekali lagi Bacalah... sangat-sangat saya anjurkan
when i first picked up this book and read the first chapter, i asked myself “boleh ke aku habiskan baca ni?”
tapi bila dah dapat rentak membaca, sungguhlah saya rasa terbuai-buai dengan penulisan puan Noor Suraya. rasa macam buku ni sedang bercerita kepada saya.
terima kasih puan, untuk naskhah yang sungguh sedap untuk dibaca ini. saya rasa, kisah Putri Dahlia dan Wadi Hannan akan melekat dalam hati saya buat masa yang lama.