Jump to ratings and reviews
Rate this book

Potret Dua Wajah

Rate this book
Aisyah merupakan pelajar baru di sekolah itu menemui lukisan dalam galeri sekolah. Sejak itu, dia berminat untuk mencari siapa pelukis sebenar. Malangnya, Iman dan rakan-rakanya menutup mulut dan enggan bercerita mengenai Dania. Bagi mereka, itu adalah peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Suatu malam, Aisyah diganggu bayangan misteri dikatakan roh Dania yang tidak tenteram. Dania mempunyai pakej yang lengkap. Cantik, bijak dan popular. Tetapi dia membunuh diri kerana mengetahui dirinya mengandung anak luar nikah. Namun, Cikgu Masriezal yakin Dania sebenarnya dibunuh! Misteri ini terungkai satu per satu. Tanpa disangka, orang yang di anggap baik, rupa-rupanya bertopengkan syaitan!

528 pages, Paperback

First published February 24, 2014

7 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Haiza Najwa

9 books13 followers
Haiza Najwa ialah penulis Malaysia yang terkenal kerana novel-novel kisah cinta berbahasa Melayunya. Beliau kini menumpukan karya penulisannya eksklusif untuk syarikat penerbitan Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga penerbit novel berbahasa Melayu yang terbesar di Malaysia.

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, dengan kedua ibu bapa berasal dari Negri Sembilan, Haiza Najwa mencapai keputusan membanggakan sewaktu di sekolah, khususnya dalam bahasa Inggeris dan kesusasteraan. Menolak untuk belajar di Maktab Perguruan, sebaliknya menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam di Johor Bharu. Sewaktu di tingkatan enam, beliau mula memupuk hobinya dan ketika inilah karya-karyanya di terbitkan oleh The New Thrills. Selepas memperolehi sijil Higher School Certificate (HSC), beliau bekerja di pusat peranginan Genting Highlands. Kerana tidak sesuai dengan cuaca sejuk, beliau ke Kuala Lumpur dan menyertai pengajian kesetiausahaan. Kemudian bekerja sebagai steno dan setiausaha kepada beberapa buah firma antarabangsa dan dalam negeri sehinggalah bertemu arwah suaminya. Pada masa ini cerpen beliau sudah tersiar di beberapa majalah tempatan seperti majalah Jelitadan lain-lain.

Selepas berkahwin, Haiza Najwa berniaga dan membuka kedai tetapi terpaksa melupakannya untuk memberi tumpuan pada anak-anak. Namun langit tidak selalu cerah, suaminya yang penyayang akhirnya didiagnosis menghidap kanser tahap akhir. Ketika pakar mengakui suaminya hanya ada enam bulan hayat sahaja lagi, itulah saat-saat paling mendukakan dalam hidupnya. Beliau menangis tanpa henti sehinggalah arwah suami memujuknya menghidupkan semula hobi menulis yang sekian lama dikuburkannya. Sambil menulis di sisi suaminya yang kian tenat, novel pertama beliau Tak Seindah Impian berjaya didakap suaminya dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Hingga ke detik ini, beliau masih terharu mengenangkan betapa bangganya arwah suami menunjukkan naskhah pertamanya itu dan menguarkan pada setiap yang menziarahinya bahawa dia penulis hebat.

Dua bulan sesudah kematiannya, terbit sebuah buku lagi Gerhana Cinta Edika. Selama 5 tahun, Haiza menulis dan terus menulis untuk melupakan kesedihan yang tidak tertanggung di hatinya sehinggalah lahir 11 buah buku dan lima buah bukunya adalah terbitan syarikat novel terunggul di Malaysia, iaiatu Alaf 21. Novel-novel beliau dengan Alaf 21 sering memasuki carta novel terlaris MPH. Kini beliau yang sudah pulih dari kesengsaraan itu mahu mereka yang di luar sana tahu bahawa menulis adalah satu kaedah terapi terbaik untuk menyembuhkan penderitaan. Selain menempa nama, ianya prospek karier yang memberi pulangan yang lumayan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (17%)
4 stars
34 (54%)
3 stars
13 (20%)
2 stars
4 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
February 26, 2014
#21 Potret Dua Wajah
Karya Novelist Haiza Najwa
Terbitan Alaf21

Naskah ke-8 penulis bersama Alaf 21 yg bertemakan thriller misteri.. Sebuah naskah seram yg mengisahkan misteri pembunuhan seorg pelajar bijak dan cantik di sebuah sekolah.. Kematiannya menjadi tanda tnya.. Dania ditemui mati akibat membunuh diri krn dirinya hamil tersebar.. Dania seorg pelajar pintar dan cantik paras rupanya yg amat meminati seni lukisan.. Semua hasil lukisannya amat mengkagumkan.. Kematiannya diragui oleh org yg rapat dgnnya yg juga kekasihnya dan juga gurunya.. Sekolah dimana Dania ditemui mati dianggap berpenunggu dgn roh Dania yg tdk tenteram akibat bunuh diri.. Ia bermula apabila sesi persekolahan bermula dimana seorg pelajar baru iaitu Aisyah menemui potret yg dihasilkan oleh arwah Dania di dlm geleri sekolah dan semenjak itu Aisyah amat obses dgn lukisan potret tersebut dan ingin mengetahui asal usul potret tersebut tp malangnya ia menuju jln buntu akibat semua pelajar senior mendiamkan diari mengenai kisah potret tersebut.. Selepas itu Aisyah sering diganggu oleh bayangan misteri yg didakwa sbg roh Dania.. Cikgu yg juga kekasihnya dituduh menghamilkan Dania membuatkan Dania membunuh diri dan tanpa bukti yg kukuh kes trsebut ditutup.. Tp tdk bg Masriezal yg yakin bhawa Dania tlh dibunuh dan Mazriezal tlh melakukan penyiasatan.. Dgn bantuan Aisyah dan Iman mereka tlh memulakan penyiasatan kes Dania.. Pelbagai usaha mereka lakukan demi mencari kebenaran.. Mazriezal juga amat rapat dgn keluarga Dania.. Dania mempunyai seorg kakak iaitu Danila yg juga mempunyai wajah seiras dgn Dania.. Hidup mereka susah dan dibantu oleh guru besar tmpt Dania bersekolah iaitu Cikgu Mat Nor.. Cikgu Mat Nor banyak membantu keluarga Dania dr segi kewangan sehingga Dania termakan budi yg akhirnya menjerat dirinya.. Adakah Cikgu Mazriezal, Aisyah dan Iman berjaya dlm penyiasatan mereka membuktikan yg Dania mati dibunuh? Mengapakah Aisyah sering diganggu oleh bayangan misteri? Apakah pula rahsia disebalik potret yg menjadi obsesi kpd Aisyah? Semuanya ada akan ketahui apabila membaca naskah ini hingga ke hujungnya.. Tahniah buat penulis krn berjaya membuat kita terperdaya apabila kita smpi kehujungnya.. Anda ingin tahu?? Dptkan segera PDW dipasaran dgn hrga RM21(sm) RM24(ss) Tahniah sekali lg kpd penulis krn berjaya membuatkan sy teruja dgn naskah ini.. Pada yg mengemari naskah yg bertemakan thriller misteri anda harus dptkan dipasran

# p/s ini hanya pendapat peribadi terhadap karya penulis dan setiap pembaca mempunyai cita rasa yg berbeza
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
August 22, 2014
Membaca Potret Dua Wajah karya Haiza Najwa membawa kembali keterujaan di zaman remaja dan zaman kanak-kanak. Mengimbau zaman membaca buku-buku karya Enid Blyton. Lima Penyiasat atau Kisah si kembar di sekolah berasrama penuh. Dan sememangnya saya amat teruja semasa membaca Potret Dua Wajah.

Penulis membawa kita berpusing-pusing dalam teka-teki di sepanjang penyiasatan Masriezal. Saya cuba bantu menyelesaikan apa yang bersimpul nampaknya saya juga gagal meneka. Kisah berlari-lari dari satu situasi ke situasi lain, membuat tekaan kita tersasar sama sekali. Seolah-olah jalan cerita telah dirangka dengan begitu teliti sekali hingga mampu memening kan kepala saya....

Dari segi bahasa, penceritaan dan persembahan tiada apa yang boleh dipertikaikan. Akak Haiza Najwa sememang nya seorang penulis yang berpengalaman dan berbakat.

Menarik. Amat Menarik.....
Profile Image for Aryssa Najwa (Jasmine).
15 reviews1 follower
July 4, 2014
Satu patah kata aje untuk kak Haiza Najwa..
B.E.S.T
Tapi... Nak tambah kata lagi ah.
Besttt sangat. Baca ni dalam otak kepala ni tettanya-tanya.. Rasa nak baca baca baca terus takmo skip..
Konflik sentiasa ada,
Cerita manyak buat saspen woo, hihi
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
October 28, 2018
Conclusion pendeknya, sebuah karya plot twist yang not bad. Kita rasa yang penjahatnya si A. Bila baca dan baca lagi. Eh salah. Si B rupanya yang jahat. Pastu rasa mcm si D pulak yang salah. Nak sampai hujung. Eh kenapa si C pulak? Haha 🤔 Maka kau la dektektif conan yang failed! Haha.

Suka dengan konsep jalan cerita yang penulis masukkan dalam novel ni iaitu di sekolah asrama. Siapa yang pernah duduk asrama mungkin akan terflashback balik. Persahabatan di antara junior dan senior. Hantu dan sekolah asrama memang tak blh dipisahkan. Kelakar.

Nasib baik watak Dania dan kakak dia tak mengelirukan. Sudahlah nama panggilan hampir sama, Nia & Nila. Bila baca tu, tengok nama baik baik okay haha. Bila baca masa ngantuk. Nia ke Nila ke smua nampak sama haha. Tapi itu tak la menjadi masalah besar. Sbb kalau kau baca cerita nya. Takkan konfius sama sekali. Sah sah la yang tgh bercakap tu siapa dan siapa. Ngerti?

Cumanya, watak Aisyah dlm novel ni mcm tak diserlahkan dgn baik. Sedangkan, pada awalnya. Aisyah ni main peranan dlm membuka cerita pasal Dania. Tapi end up. Hujungnya, watak yang lain yg menyerlah. Aisyah mcm hilang sedikit sinarnya. Gituww! Potret yg selalu dlm locker Aisyah tu pun nak hujung baru nak terurai. Sayang sgt. Kan best kalau mcm panjangkan lg cerita ttg misterinya potret tu. Huhu.

Okay, conclusion panjang nya inshaAllah di blog JJM. ✌🏻
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
April 14, 2014
Tergerak nak beli novel sebab tajuk dia. Menarik perhatian. So beli hari Khamis dan malam tadi habis baca.

Aku beri 4 bintang untuk keseluruhan novel ni. Isi cerita yang memang membuat aku sebagai pembaca tertanya-tanya. Lagi-lagi bila watak hero, cikgu Masriezal bersungguh-sungguh nak cari pembunuh Dania, kekasihnya.

Cuma aku tak pasti di mana letak duduk konflik buku ni sebab dari mula sampai habis, konflik tak habis-habis. Tapi klimaks cerita bila Masriezal nak khawin dengan Elida dan Danila mula menunjukkan perubahan pada tingkah lakunya.

Aku paling suka pada watak-watak di asrama. Jujur, sebagai bukan bekas pelajar asrama, aku terhibur. Seronok juga rupanya. :)

Tahniah penulis.
Anda menjadikan malam-malam saya beberapa hari ni tak tenang.
Tertanya-tanya siapa sebenarnya yang bunuh dah dibunuh.

p/s : watak cikgu Masriezal mengingatkan aku pada seseorang. Heh!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 20, 2014
Karya ke8 Haiza Najwa tapi karya ke3 beliau yg saya baca. Kalau lelaki, kita ada RAM, tapi kalau wanitanya, tak teragak2 saya cadangkan Haiza Najwa merupakan penulis thriller wanita terbaik! Kisah Dania yang benar2 suspen tatkala membacanya. Kisah Masriezal yang berusaha menegakkan kebenaran benar2 berkesan di jiwa. Kisah Iman dan sahabat mencari si pembunuh amat menakjubkan. Sebuah kisah thriller yg menarik dilatari dengan kisah alam persekolahan yang menggamit memori. Apa2 pun, saya menanti karya penulis yang seterusnya. Tahniah, Haiza Najwa!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
May 29, 2016
Bila manusia menurut nafsu, yang tidak bersalah menjadi mangsa..
Watak yang sepatutnya melindungi rupanya personal yang paling bahaya..
Bermulanya perasaan taksub Aisyah pada lukisan Dania, membongjar sebuah cerita yang tersimpan kemas..
Penyiasatan demi penyiasatan yang dilakukan oleh Masriezal bersama pelajar-pelajarnya membongkar sebuah kebenaran..

Kematian yang disangka bunuh diri akhirnya terbukti rupanya satu pembunuhan.. Pembunuhan demi menurut perbualan keje seorang manusia.. Kematian itu akhirnya terbela..
Profile Image for Maryam Bellyna Syamsudin.
9 reviews
March 2, 2019
Perasaan ingin tahu apa yang terjadi seterusnya dalam cerita ni tu yang cepat2 abis kan juga. Memang best cerita ni..
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
March 21, 2025
Awal2 cerita agak menarik, jadi tertanya2 kisah sebenar Dania. Tapi lama kelamaan jadi makin meleret, nak panjangkan teka teki tu sampai banyak kali flashback hubungan cinta cg Masriezal dgn Dania. Geli la cg bercinta dgn anak murid ni..siap panggil abg..i think dah mcm pedo sebab budak tu bawah umur kot. Baru perasan ada novel lama tulisan Haizal tajuk Misteri Dania, cerita yg sama tak pasti ada penambahan ke tak untuk buku ni. Tapi rasanya tajuk asal tu lebih sesuai dengan jalan cerita buku ni. Maaf DNF sebab terlalu meleret di hujung2
Profile Image for Afyfyfy.
12 reviews
August 24, 2021
Best!!
Jalan cerita dan plot yang tak dijangka. Misteri tentang lukisan potret di galeri sekolah yang akhirnya membongkar kisah disebalik kejadian yang telah berlaku di sekolah tersebut.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews43 followers
September 26, 2022
Berlatarbelakangkan kehidupan pelajar di sekolah asrama. Dihantui sosok hantu yang menakutkan hingga timbul pelbagai spekulasi.

Aisyah pelajar baru yang menyukai seni lukisan. Sering diganggu oleh penampakan makhluk halus yang dikatakan pemilik sebuah lukisan.

Iman gadis kasar yang baik hati. Tulus menyayangi Dania hingga tidak langsung percaya khabar angin buruk tentang kematian Dania.

Plot dalam novel ni dapat dijangka namun penulis telah berjaya menggarap perjalanan cerita dengan baik hingga membuatkan SH tak sabar untuk mengetahui keseluruhan cerita tersebut dan bagaimana misteri kematian itu dirungkaikan.

Pengkhianatan dan kekejaman insan yang terdekat dan paling dipercayai memang menyakitkan. Namun kepercayaan insan tersayang yang tidak berbelah bahagi hingga membuatnya berusaha merungkai misteri sebuah kematian yang dianggap orang ramai sebagai bunuh diri.

Kisah kekeluargaan juga digarap dengan baik dalam cerita ini. Baik keluarga Dania mahupun watak yang lain. Hubungan yang akrab antara keluarga Dania dan Masriezal yang yatim piatu juga memberi kesan yang sangat baik.
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
January 11, 2017
Mula2 excited. lama2 bosan.
khayalan je yg perempuan tu perfect sgt. x ada cacat cela.

potret tu pn sekerat jalan jer merungkaikn rahsia. yg bukak rahsia owner lukisan sendiri.

mula2 feeling mcm detektif konan.

plg x blh blah ada plk percintaan cikgu n murid. adoyaiii...
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.