Nadia dan rakan-rakan sekuliahnya dari London ingin melancong buat pertama kali di beberapa negara di benua Eropah. Dari London mereka merancang perjalanan ke Paris dan kemudian ke destinasi seterusnya sebelum pulang semula ke London. Sewaktu sedang menunggu kereta api laju, Eurostar mereka terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki dari Malaysia yang juga sedang dalam perjalanan ke Paris. Mereka berkenalan. Pertemuan yang tidak diduga membuahkan bunga cinta antara Arief dan Nadia yang waktu itu sedang belajar di dua benua berbeza. Nadia di England manakala Arief di Amerika Syarikat. Namun kehadiran Jamil membuatkan Nadia keliru. Lelaki yang penyayang itu turut mengusik perasaannya.
Arief dan Nadia berkenalan sewaktu mereka dalam misi backpacking ke Paris bersama teman-teman. Siapa sangka Arief yang kelihatan dingin dan sombong itu rupanya menaruh hati terhadap Nadia? Misi backpacking akhirnya turut menyatukan rasa mereka berdua. Bertahun menyulam kasih namun rupanya keluarga Arief sudah ada calon isteri untuk Arief. Alahai, tipikal keluarga berada.
Kerana ingin membantah cadangan ayahnya, Arief bertekad menerima tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat. Bermula saat Arief menjejakkan kaki ke sana, Arief terputus hubungan terus dengan Nadia. Sudahlah telefon bimbitnya hilang, emelnya pula diserang virus. Macam pelik pulak bila Arief macam tak kisah je terputus hubungan dengan Nadia selama bertahun-tahun. Hmm..
Pertemuan kembali dengan Nadia membuat Arief nekad untuk kembali ke Malaysia. Tambahan pula, keadaan kesihatan Afnan, abang sulung Arief yang semakin merosot turut memaksa Arief segera kembali ke Malaysia untuk mengambil alih tanggungjawab menguruskan perniagaan keluarga mereka.
Mampukah Arief memujuk kembali hati Nadia yang masih kabur dengan tindakan Arief yang memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba?
Komen saya:
1. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas menutup naskhah ini adalah tentang Lyn, teman Nadia. Mungkinkah kisah Lyn dan bosnya yang suka membuli tu bakal jadi karya penulis seterusnya? ;)
2. Saya senang menghadam karya ini sebab ceritanya mudah. Tiada adegan manis bergula ( mungkin ini penyebab novel ini kurang dapat sambutan penggemar genre manis bergula. :P), tiada konflik yang menyakitkan hati dan watak antagonisnya pun bukan jenis watak penjahat tegar.
3. Cuma bagi saya terlalu banyak / detail perkara-perkara yang berlatarbelakang tentang perniagaan / banking / kewangan. Untuk saya yang memang daripada bidang ni memang tak ada masalah nak menghadam. Tapi untuk orang yang bukan berlatarbelakangkan bidang ini mesti akan rasa bosan dengan pelbagai istilah pelik. :)
4. Suka dengan gambaran penulis tentang keluarga Arief. Tak berlebihan menggambarkan harta dan kekayaan mereka. Keluarga mereka pun nampaknya bukan jenis keluarga yang 'jaga standard' dan mementingkan harta kekayaan semata.
5. Tahniah buat penulis atas penerbitan karya pertamanya ini. Moga terus dikurniakan ilham dan kesempatan untuk terus berkarya. :)
P/s: Terima kasih juga buat si pemberi buku. Moga dimurahkan rezeki dan terus sukses. :)
Rasanya saya lebih suka Zura Rahman tulis buku thriller... Tak lah nak kata buku ni tak best.. Tapi macam lambat sikit nak hadam.. Mungkin terlalu banyak info dalam beberapa perkara.. Bagus juga info tu.. Menambahkan ilmu pengetahuan tapi klu byk sgt.. Jadi bosan pula.. Buku ini sgt mudah ceritanya.. Kisah cinta antara Nadia dan Arief.. Mereka berjumpa di London dan terjatuh cinta di Paris.. Cinta mereka mendapat beberapa dugaan.. Bertemu semula setelah beberapa tahun berpisah.. Dan sambung balik hubungan selepas Arief pujuk Nadia.. Watak jahat dalam cerita ini.. Tak lah jahat sangat.. Natasya bekas kekasih Arief je yg selalu buat hal... Buku ini buat saya rasa rindu pada kawan2 semasa duduk rumah bujang.. Macam2 kerenah bila duduk rumah sewa bersama kawan2 bujang kan.. Rindu nya waktu2 Itu.. Susah senang bersama.. Apa pun cerita ini happy ending..
Excellant writing by a new author. Really love the book. Superb story line. Loves the charahter introduced in the story, especially the lead role played by Arief.Wish to watch the story via drama. Gonna be great!!!!
Tak mampu bagi banyak bintang. Cerita ni kosong, macam kena tukar tajuk je, bukan jatuh hati di paris, mungkin patut letak tajuk, lawatan ke eropah...kot.. cerita pasal mamat Arief ni, anak orang kaya, bapak dia suruh ambil alih perniagaan, dia rebel, kerja seniri sampai ke Amerika, tak balik2 Malaysia bertahun. Dia bercinta dengan Nadia masa diaorang study lagi, tapi lepas dia balik Malaysia tu, sebab dia gaduh dengan bapak dia, boleh dia lost contact dengan si Nadia ni. Eh tak paham sungguh. Lepas tu, jumpa balik dengan Nadia, dia pun sungguh2 lar kejar balik Nadia ni. Tapi, cerita pasal Arief dengan Nadia ni macam tak banyak, sis baca boleh skip2, sebab macam meleret2 pasal cita Nadia dengan kawan2 dia kat umah sewa, cita pasal kerja Nadia, kerja Arief.. omaiiii... sis tak baca paling laju buku ni, 2 jam jer, sebab skip2.
novel ni berkisarkan seorang lelaki iaitu Arief, seorang anak lelaki kepada seorang bisnessman Tan Sri Hashim yang menjadi perintis dalam keluarga bagi menyambung empayar perniagaan ayahnya. Bertembung dengan cik jodohnya buat pertama kali di Channel Tunnel. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi bersama. Beberapa tahun terpisah, cinta Arief dan Nadia membawa mereka bertemu semula. Setelah sekian lama, ibu dan ayah Arief merestui juga hubungan cinta mereka.
Benar jugaklah orang kata, takdir Allah itu indah. Penantian yang bukan sia-sia. Kalau dah jodoh, terpisah dihujung dunia, tak ke mana.
Saya suka baca novel ini! Seriously, buat saya tersengih seorang diri :)
BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
JATUH HATI DIPARIS…
JATUH HATI DIPARIS..
SIAPA YANG JATUH CINTA INI…
NADIA DAN KAWAN-KAWAN MEMANG SUKA MENGEMBARA DAN BERCUTI…TIDAK SANGKA PERCUTIAN KE KOTA LONDON MENUJU PARIS SERTA EIFFEL TOWER MENEMUKAN NADIA DENGAN ARIEF.. PERTEMUAN YANG TIDAK DIRANCANG MANUSIA TETAPI PERTEMUAN YANG MELAHIRKAN PERASAAN CINTA DIHATI,WALAUPUN MEREKA BERTEMU SEKEJAP JE CINTA YANG LAHIR DALAM HATI KEKAL LAMA DAN SELAMANYA… ARIEF DAN NADIA JATUH CINTA,HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH MEREKA BERJALAN LANCAR SEHINGGA LA ARIEF TIBA-TIBA HILANG.. ( HILANG KE MANA YE KENA BACA NOVEL BARU TAHU ……?????????????) NADIA YANG KEHILANGAN ARIEF SECARA TIBA-TIBA MENJADI SANGAT TERLUKA DAN KECEWA..BERTAHUN DIA CUBA PULIH KAN HATINYA…BERJAYA KE!!!!! CINTA PERTAMA SUKAR DILUPAKAN WALAUPUN ADA INSAN LAIN MUNCUL MEMBERI CINTA…ARIEF KEHILANGAN MU MENJADI TANDA TANYA, KEMUNCULAN MU MEMBANGKIT KISAH LAMA..PERTEMUAN KEDUA SETELAH LAMA BERPISAH , PERTEMUAN YANG TIDAK DISANGKA DALAM KERETA API . PERTEMUAN KE TIGA ANTARA NADIA DAN ARIEF BERLAKU DIMALAYSIA..SEMASA PERTEMUAN INI ARIEF MULA SEDAR KEMBALI CINTANYA MASIH ADA UNTUK NADIA.ARIEF MULA MENCARI NADIA DENGAN…!!!!! ( NAK TAHU CARA APA ARIEF BUAT JAWAPANNYA PASTI DALAM NOVEL JATUH HATI DI PARIS) APABILA RAHSIA TERBONGKAR NADIA DAN ARIEF MULA BERCINTA SEMULA TETAPI DUGAAN MASIH MELANDA PERCINTAAN MEREKA.. NAK TAHU LEBIH LANJUT.. DAPATKAN NOVEL JATUH HATI DIPARIS YE… BERSATU MEREKA BERDUA DALAM PERKHAWINAN..JAWAPAN PASTINYA YE..TAPI SEBELUM MEREKA BERNIKAH DUGAAN MELANDA SANGAT BANYAK..NAK TAHU BACA SENDIRI YE… NADIA ADA PEMINAT MISTERI TAU…SAPA DIA PEMINAT ITU…PENULIS ADA JAWAPAN ..BETUL TAK …
KITA SAJE NAK BAGI LIRIK LAGU INI..LAGU TEMA NOVEL INI…
Here Without You | 3 Doors Down
A hundred days have made me older Seratus hari telah membuatku bertambah tua Since the last time that I saw your pretty face Sejak terakhir kulihat wajah cantikmu A thousand lies have made me colder Seribu dusta tlah membuatku bertambah dingin And I don't think I can look at this the same Dan kurasa tak bisa lagi aku menganggapnya sama But all the miles that separate Tapi jarak yang memisahkan Disappear now when I'm dreaming of your face Lenyap saat kubayangkan wajahmu
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still on my lonely mind Tapi kau masih di benakku yang sepi I think about you baby Aku selalu memikirkanmu kasih And I dream about you all the time Dan aku selalu memimpikanmu
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still with me in my dreams Tapi kau tetap bersamaku dalam mimpi-mimpiku And tonight it's only you and me, yeah Dan malam ini hanya kau dan aku, yeah
The miles just keep rollin' Jarak terus bergulir As the people leave their way to say hello Saat orang-orang ucapkan perpisahan I've heard this life is overrated Pernah kudengar hidup ini dinilai terlalu tinggi But I hope that it gets better as we go, oh yeah yeah Tapi kuharap semuanya kan membaik saat kita pergi, oh yeah yeah
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still on my lonely mind Tapi kau masih di benakku yang sepi I think about you baby Aku selalu memikirkanmu kasih And I dream about you all the time Dan aku selalu memimpikanmu
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still with me in my dreams Tapi kau tetap bersamaku dalam mimpi-mimpiku And tonight girl it's only you and me Dan malam ini manis, hanya kau dan aku
Everything I know and anywhere I go Segala yang kutahu dan semua tempat yang kutuju It gets hard but it won't take away my love Semakin berat rasanya tapi itu takkan hapuskan cintaku And when the last one falls, when it's all said and done Dan saat orang terakhir tumbang, saat semuanya tlah dikatakan dan dilakukan It gets hard but it won't take away my love, whoa Semakin berat rasanya tapi itu takkan hapuskan cintaku
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still on my lonely mind Tapi kau masih di benakku yang sepi I think about you baby Aku selalu memikirkanmu kasih And I dream about you all the time Dan aku selalu memimpikanmu
I'm here without you baby Aku di sini tanpamu kasih But you're still with me in my dreams Tapi kau tetap bersamaku dalam mimpi-mimpiku And tonight girl it's only you and me yeah oh yeah oh Dan malam ini manis, hanya kau dan aku, yeah oh yeah oh
KESIMPULANNYA MEMBACA NOVEL INI KITA BOLEH TAHU BANYAK PERKARA …ANTARA NYA…:--
1.MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN SEMUA ORANG TAHU, TIDAK MEROKOK TETAPI SENTIASA ADA BERDEKATAN DENGAN ASAP ROKOK PUN TETAP BAHAYA LAGI SENANG MENDAPAT PENYAKIT. 2.KASIH SAYANG SESAMA AHLI KELUARGA,PERSAHABATAN SUSAH DAN SENANG. 3.JIKA KUAT JODOH KAMU,PASTINYA BERSATU JUGAK WALAUPUN BERPISAH BERTAHUN.CINTA YANG SWEET. 4.KEMAAFAN..KEINSAFAN..CINTA … 5.TEMPAT MENARIK DI LUAR NEGARA..SEPERTI PARIS… 6.ILMU PASAL KERJA BANK,PEMILIHAN TEMPAT TINGGAL YANG BAGUS,PEMBELIAN HARTANAH UNTUK MASA DEPAN SENDIRI, AKHIR KATA SEKALI LAGI BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
Novel jatuh hati di paris. Saya suka dgn latar belakang cerita mengenai seorang wanita yang berjaya dalam pelajaran dan memiliki kerjaya yang bagus. Suatu contoh kepada pelajar yang sedang mencari halatuju masa depan mereka. Di dalam mengharungi kehidupan dan kesibukan kerjaya dalam sektor kewangan, nadia juga menghadapi konflik cinta tersendiri . Walaubagaimanapun nadia masih berpegang dengan pegangan agama dan tidak terjerumus dengan perkara yang tidak diingini.Nadia juga merupakan seorang pegawai yang komited dan serius dengan kerjaya beliau. Ini merupakan antara nilai-nilai murni yang patut diterap di kalangan golongan muda terutamanya bagi mereka yang masih dibangku sekolah. Selain itu novel ini juga memaparkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang baik yang jarang ditekankan dalam novel sekarang. Saya berpendapat novel ini sesuai utk dijadikan bahan bacaan golongan pelajar dan golongan dewasa. Perjalanan cerita yang menarik, penuh realiti dan sarat dengan nilai murni. Saya cadangkan buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada anak remaja anda.
Cerita cinta yang menarik.. Olahan dari penulis yang sebelum ini Sha baca karya thrillernya.. Kali ini membaca cerita cinta yang santai dengan konflik-konflik kecil dan gangguan yang sedikit ganas namun berakhir dengan bahagia.. Memang satu kelainan yang menarik.. Ada sedikit ilmu mengenai pelaburan diselitkan oleh penulis.. Baca, santai dan dapat ilmu sedikit.. Memang ohsem..
Beli buku ni masa promosi Karangkraf. Worth it juga.
Saya baca buku ini sementelah menghabiskan Jangan Goda Aku and guess what? Menyesal sedikit. Ya, saya baru tahu kedua- dua novel ini berkait.
Pertama sekali, saya suka alur cerita yang ada menyelitkan kisah adventure ke luar negara. Memang mengujakan sebab saya sendiri yang tak pernah sightseeing boleh terbayang- bayang keadaan dalam kereta api. Dan pertemuan Arif Dan Nadia... Sememangnya comel. Serupa biskut Marie.
Berkenaan watak heroin, Nadia is a determined worker. Saya suka macam mana penulis olah watak Nadia. Dia mungkin fictional, but her charms is just more than a character. Role model, maybe.
Tapi pada masa yang sama, saya agak kecewa dengan tindakan Arif yang jelas 'membiarkan' Nadia. Memang betul. Bila di luar negeri, suasana akan sentiasa genting. Cuma saya tak boleh terima!
But the whole story is okay for me. At least ada lesson yang boleh pembaca pelajari. Tamsilannya, kita sebagai manusia tidak sepatutnya menilai seseorang berdasarkan pangkat, atau harta. Barangkali harta itu bapanya punya. Haha...
Jalan cerita terlampau mendatar, agak bosan dan meleret, gaya bahasa pun banyak yg formal dan guna bahasa baku. Bila baca tajuk ingatkan ada long story line di paris, tapi lebih kurang sesaat je je cerita dekat paris n yg penting x ada wow factor.
Very stereotypical Malay 7 pm drama HAHAHAHHA. But the writing style is so fun and entertaining it makes it an easy read. I want to add my love for the writer no villain story, since it's a love story I love it when the villain is just bad for a second and not annoyingly dragging their badass till the end. although it's good, the flaw this book owns is 1st: there's no flavor, I don't know how to explain it but there is something that is missing. the 2nd thing is the "Paris Love Story" starts and ends too fast, it feels like clickbait when I come for the "Paris Love" but came home with the typical Malay drama LOLSS, ngl I actually expected this book to have the same vibe as "Istanbul Aku Datang" but I was disappointed. Anyway, shoutout to the writer for sneaking in a lot of knowledge and guidance in the book that I believe it probably fills up roughly about 20% of the book HAHAHAHHAHA.