Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komik Karier

Chef Sufi

Rate this book
Sufi--seorang sous chef di sebuah restoran 5 bintang bercita-cita membuka restorannya sendiri. Demi mencapai impiannya menjadi seorang chef yang pantas dan mahir, Sufi terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.

Tanpa diduga, ibu bapanya terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya lalu meninggalkan Sufi sendirian untuk membesarkan adik perempuannya.

Sufi akhirnya bertekad membuka perniagaan trak makanan untuk menyara keluarga. Namun,segalanya mula terlerai. Rupanya, memulakan perniagaan tidaklah semudah yang Sufi sangka, ditambah pula masalah hubungan dengan adik yang masih dingin.

“Kalau abang tak sibuk sangat kerja pada hari tu, mesti papa dan mama...

Mampukah Sufi dan adiknya berdamai? Bagaimana pula dengan cita-cita Sufi untuk membuka restorannya sendiri--adakah akan tercapai?

128 pages, Comic

First published November 1, 2023

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Anas Miras

5 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (66%)
4 stars
4 (26%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 19, 2024
Mengisahkan Sufi yang mengubah haluan hidup daripada menjadi seorang sous chef di sebuah restoran terkenal kepada chef dan businessman food truck selepas kematian ibu bapanya untuk menjaga adiknya, Farha. Aku suka dengan watak Sufi ni. Walaupun dia tahu dia banyak habiskan masa dengan bekerja, dia tetap cuba untuk luangkan masa dengan keluarga. Dan keputusan untuk buka food truck tu pun untuk lebihkan masa dia dengan Farha. A responsible man.

Jalan cerita komik ni pun ringkas tanpa banyak konflik. Aku suka sikap Sufi yang up to the challenge dari tukar persekitaran kerjaya yang dah tetap ke sesuatu yang belum pasti. Perjalanan dia menjadi seorang chef di food truck pun seronok. Dari perangai customer yang harey, ke cuaca yang tak mengizinkan semuanya entertaining. Lagi-lagi bila perangai dua beradik ni sangatlah contrast. Sufi sentiasa cari jalan damai tapi Farha, dia fuel up and face the problem heads on.

Fav part aku masa baca novel of courselah bila tengok Sufi tengah bekerja keras memasak untuk pelanggan. Weh walaupun lukisan je, tetap nampak menyelerakan. Part knowledge pulak ada share pasal kerjaya seorang chef, tips memasak untuk beginner dan juga info makanan. Komik ni memang sesuai untuk bacaan santai (dan untuk habiskan reading goals, eh). Banyak juga part-part yang menghiburkan. Dan jangan ingat saya tak nampak ya cameo editor komik karier dalam komik ni👀👀.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
February 4, 2024
Aku harap siri2 komik karier laku keras dan pihak iman pub akan teruskan projek ni, aku harap lepas ni ada la kisah jurutera, polis, peguam apa semua. Sebab memang best jalan ceritanya! Malaysia ni banyak kartunis berbakat tapi haruslah dibantu penulis berbakat jugak sebab walaupun lukis cantik macam mana pun tapi jalan cerita ke laut masalah jugak. Aku rasa seronok bila iman pub terjun jugak ke dunia komik sebab bekazon,komik-m dengan gempakstarz masih terikat dengan aksi dan lawak komik stripnya yang dah agak klise aku rasa. Baguslah iman pub sentuh genre "slice of life" dan drama berat khas untuk pembaca dewasa 25 tahun ke atas yang dah jemu dah baca komik2 tempatan genre yang sama je. Pembaca2 komik dari awal 2000 dah besar ye tuan2, dan majoriti mereka masih baca komik, sediakan genre komik matang dan dewasa macam iman pub ni. Serius.
1 review
September 18, 2024
Tak baca lagi, nampak anak buah beli tadi, tapi ternampak ada karakter pakai sleeveless terus terfikir macam mana boleh lepas ya? Takde tapis2 ke lukisan ni? Takut jadi normal pulak pakai sleeveless kat public ni, lama-lama generasi seterusnya akan jadi tak malu untuk pakai pakaian tak sopan kat public. Sepatutnya medium-medium macam komik nilah kita nak pupuk pakaian sopan kepada masyarakat!
Profile Image for Ili Diana.
1 review
March 31, 2024
Rasa macam komik ni hidup. Suka gaya lukisannya. Cuma, tak puas membaca nak lagi hehe
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
May 4, 2024
Jalan cerita yang menarik. Ada vibes macam cerita Hungry dari Jepun dan watak Sanji di OP. Part akhir tu menarik eh pickup line dye. Subtle but dah boleh predict.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews5 followers
July 29, 2024
Suka jalan cerita. Ringkas dan padu. Semua watak best, ada part yang mengharukan jugak.. best2 macam xcukup pula rasa.. minta buat komik yang lagi panjang 😁
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.