Buku ini adalah karya Meg Meeker dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu di bawah terbitan @bukupts
Tidak dinafikan, ramai di antara followers saya yang belum berkahwin dan juga belum dikurniakan rezeki anak. Berdasarkan bedah buku dan juga ulasan ringkas berkaitan beberapa tabiat pilihan yang sy buat di story, sy akan ulaskan pula serba sedikit 👇
💃Buku ini sangat sesuai dibaca dalam pelbagai peringkat umur kerana ianya bukanlah semata-mata memfokuskan peranan sebagai seorang ibu sahaja bahkan juga sebagai seorang individu yang banyak khilafnya dalam menjalani kehidupan seharian.
💃Jika di dalam bab ini mengupaskan isu persaingan dan cemburu, sebenarnya kita sebagai seorang ibu mahupun bukan seorang ibu, persaingan dan perasaan itu memang wujud dalam diri secara semulajadi dan di dalam buku ini ada menerangkan bagaimana ingin mengatasi dan mengawalnya bahkan juga mengapa individu itu ada sikap ini
💃Jika tadi, kita bercakap mengenai persaigan dan cemburu, point yang ini pula menitikberatkan perasaan takut seperti takut kehilangan, takut di pulau oleh rakan² yg belum berkahwin kerana memiliki tanggungjawab selepas ada anak, takut mencuba perkara baru dll. Buku ini akan mengajar kita bagaimana ingin mengatasi perasaan itu.
💃 Kesimpulan dari keseluruhan bab, apa yg boleh sy katakan setiap point yang diterangkan penulis sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pembaca dan tersedar dari kesilapan mereka tidak kira samada sebagai seorang ibu ataupun tidak. Jadilah seorang wanita yang memiliki harga diri yang tinggi dan tahu menilai diri sendiri bahkan juga memiliki sifat bersyukur utk setiap kekurangan walhal kelebihan itu sudah pastinya menjadi titik keutamaan kita.