Beliau dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Anak ke-8 daripada 16 adik-beradik. Bapanya Ismail Shairazi dan ibunya Aida Abdul Majid, keturunan Jawa, Indonesia. Bapanya merupakan guru besar di sekolah Melayu Singapura , penulis pelbagai artikel berbahasa Melayu .
Kartunis Lat menggambarkan beliau sebagai tokoh bermisai tebal dan bercermin mata serta menghisap rokok.
Isteri pertamanya Puan Sri Hamidah Hassan juga merupakan bekas pemberita di Singapura. Anaknya Nuraina Samad merupakan penulis blog yang terkenal dan pernah bersemuka dalam program Blog di RTM1. Anaknya Maria turut terlibat dalam dunia kewartawanan.
Pak Samad merupakan antara tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan hak dan kebebasan orang Melayu 1950-an. Beliau juga aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka 1956.
1976-1981 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dituduh berkomplot menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura. 1981 sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri , beliau dibebaskan bersama ramai tahanan ISA yang lain.
Ogos 1981 beliau dilantik menjadi penasihat akhbar The Star. November 1982 menjadi penasihat editorial New Straits Times. 1988 beliau bersara dari dunia kewartawanan .
Novel beliau yang diterbitkan ialah 'Patah Sayap, Terbang Jua' dan 'Tembok Tidak Tinggi' iaitu kisah pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun.
Buku ketiga yang saya habiskan daripada A. Samad Ismail, tokoh wartawan yang juga bekas tahanan ISA. Penceritaan penulis sangat jujur tentang cara hidup pada waktu itu (barangkali 1960an atau 1970an) di mana masyarakat kita hidup bebas. Kabaret, beer, perempuan joget dan lain-lain sinonim dengan hidup orang Melayu. Latar masyarakat yang sama seperti ditonjolkan dalam filem TS P. Ramlee.
Buku ini ketengahkan soal kemasyarakatan & kekeluargaan yang saya kira pincang, penyebabnya & kesannya pada kerukunan dalam hidup. Penyampaian cerita dengan plot yang mudah dan bersahaja, tapi memberi kesan dan membuat pembaca berfikir & merenung.
Sutinah mengisahkan Rastam yang sudah berumur, memiliki isteri yang baik serta pendapatan stabil tetapi berselingkuh dengan gadis 17 tahun iaitu Sutinah. Dia memiliki lingkaran sahabat2 yang menghormatinya kerana keseniorannya dalam banyak hal tetapi lama kelamaan jengkel kerana dia benar2 sangkut dengan Sutinah sehingga mengabaikan hidup dan keluarganya.
Ini kisah tentang persahabatan, kecurangan dan ghairah kehidupan disampaikan dalam cerita yang mengalir baik, baik air plot yang menghempas terus ke perasaan pembaca.
Saya sudah membaca beberapa buah novel A.Samad Ismail dan memang gemar cara penulisannya yabg bersahaja, jantan dan dialog2 real. Tapi saya fikir Sutinah novel yang sederhana. Tak semencengkam Tembok Tidak Tinggi atau Orang Jauh.
kita baca buku karya lama ni untuk tahu cara hidup orang lama. naik teksi seringgit setengah, makan 10sen, makan mewah RM10 tu pun kira kaya la sebab RM10 boleh hidup sebulan. bayar rumah lacuran RM30. ya perempuan berusia 17 tahun tu lah Sutinah bercinta dengan Rastam yang umurnya 44 tahun. kalau zaman sekarang ni kita anggap jenayah. tapi zaman dulu itu kebiasaan. umur 22 sudah jadi janda anak tiga. umur 25 sudah berkahwin 2 kali. lelaki tunjuk kesenangan hidup dengan melanggan wanita muda. janda muda. isterinya pula dirumah tidak berkata apa apa.
buku ni banyak buka persepsi baru untuk saya. hidup dalam masyarakat yang mana kawan kawan Rastam ada la rasa bersalah sebab Rastam ada hubungan dengan Sutinah. bersalah dengan isteri Rastam. tapi dorang pun tak boleh buat apa sebab dosa tu pun diamalkan juga. boleh kata itu sahaja jalan cerita buku ni. ending pun macam itu.
was it worth a read? karya ni boleh kata pengajaran untuk zaman itu. masih terpakai juga zaman sekarang. apa pengajarannya? berpeganglah pada ajaran agama dalam perhubungan.
Karangan A. Samad Ismail ini berkisarkan kisah kehidupan era 70-an yang begitu asing bagi kebanyakan pembaca generasi Millennial dan seterusnya. Penulisannya begitu jelas tanpa berlapik tentang gaya kehidupan sebelum arus kesedaran Islam juga kita dikenalkan dengan taraf wanita ketika itu. Pada saya, penulisan sebegini adalah perlu untuk menyampaikan informasi agar generasi akan datang celik dengan keadaan zaman yang tidak mungkin dialami sendiri.
Jalan cerita buku ini sejujurnya kurang menarik dan saya pasti karya-karya A. Samad Ismail yang lain lebih hebat daripada ini. Kisah kecurangan atau cinta segi tiga adalah kisah evergreen yang tak mungkin ditelan mana-mana zaman. Namun saya sukakan gaya penulisan dan saya terjumpa banyak perkataan yang tidak lagi digunakan yang perlu dirujuk kamus.
Scene tahun 70an. Kita tak boleh nak expect suci sangat. Pelacur 30hinggit, teksi seringgit dua, lima puluh ringgit boleh shopping tak ingat dunia. Okay, perkara yang tak bermoral, kita tolak tepi. Roughly, perjalanan cerita okay. Ending pun okay.
Karangan A Samad Ismail yang menyingkap sikap orang Melayu yang terlalu malu dan berlapik-lapik untuk berkata benar walaupun ketika benar2 perlu.
Menceritakan kisah sekumpulan kawan2 lelaki dengan 'perangai laki-laki', saya kira ini tulisan A Samad Ismail pada zaman-zaman AIDS belum menggila dan kesedaran agama masih kurang dalam keadaan 'diserang' bertubi2 dengan kemasukan budaya Barat. Mungkin ini zaman ibu dan ayah saya masih muda. Zaman 60-70 an, saya rasa. Zaman2 MCPs masih boleh diterima akal ramai isteri.
Ahh, sebangsat2 Sutinah, Rastam dan kawan-kawannya lebih bangsat. Sekurang2nya Sutinah masih belum punya suami dan anak sendiri.