Konsep ‘mindfulness’. Mungkin itulah konsep utama yang hendak disampaikan daripada buku ‘Duduk Sebentar; bagaimana khusyuk dapat memberi kelegaan dalam dunia serba laju’ tulisan Fakhrul Islam ini. Pernah tak kita rasa serabut, anxious dan cemas dalam menghadapi hari-hari ? Apabila direnungkan, tidaklah begitu berat masalah yang sedang atau akan dihadapi itu (kebanyakan masa), cuma kita dalam keadaan yang kita tidak dapat mengawal emosi. Kita sendiri tidak dapat mengawal sistem badan. Walaupun banyak kali minum air, duduk, istigfar pun masih tak boleh berhenti berfikir (atleast itulah apa yang mungkin selalu saya sendiri alami).
Asbab itu juga, saya tertarik untuk meminjam dan menelaah buku ini. Tajuknya begitu menarik, bila mana ia mencadangkan untuk ‘duduk sebentar’. Bukan terus berbaring atau pun berhenti selamanya. Hanyalah sebentar. Mungkin saya perlu peringatan yang kerap sebegini.
Realitinya, kita hidup dalam zaman serba pantas. Kepantasan yang kita tak dapat kawal. Tetapi apa yang kita boleh kawal hanyalah diri kita dan bagaimana kita hendak respon terhadap sesuatu perkara. Sebagai Muslim juga saya percaya yang semua orang tahu kita tak akan lepas dari ujian. Kesenangan mahupun kesusahan, kesemuanya adalah dalam bentuk ujian.
Cumanya, mungkin kita kurang refleksi, kita kurang diperingatkan, kita kurang mencari peringatan itu. Buku seperti ini sangat lah membantu saya untuk ‘duduk seketika’ untuk bermuhasabah dalam mencari ketenangan dalam menempuhi ujian-ujian seharian. Tidaklah saya kata saya dapat capai tahap ketenangan 100%, tetapi ada sedikit kelegaan bila kita berhenti seketika.
Dalam buku ini, ada banyak disebut tentang pelbagai jenis ‘gangguan hidup’, bagaimana strategi untuk berasa tenang dan tidak serabut, salah satunya ialah mengurangkan masa di skrin telefon terutamanya. Saya sedang mencuba. Cubalah download aplikasi ‘ScreenZen’, hasil cadangan salah seorang teman online. Sangat lah membantu.
Banyak juga disebut dan disertakan ayat peringatan daripada Al-Quran dan hadis dengan tafsiran dan penjelasan daripada penulis. Akhir bahagian buku, penulis menegaskan yang dunia ini hanyalah bersifat sementara dan akhirat lah yang lebih utama (saya yakin juga semua tahu, tetapi kita hanyalah insan fakir yang perlu diperingatkan selalu). Oleh itu, saya hargai usaha penulis dan buku ini sangatlah bagus untuk dibaca