Jump to ratings and reviews
Rate this book

Secantik Adanya Aku

Rate this book
Kadang, hidup ini melelahkan. Banyak hal yang datang yang buat kita terngadah, jatuh tersungkur. Hidup terasa seperti satu perlumbaan dan kita berada di belakang sekali.

Saat menanggungnya lelah hidup, kita perlukan kata-kata pemberi semangat, yang datang memberi pelukan, mendamaikan jiwa yang lara. Saat kehidupan terasa hitam, zulmat, kita perlukan nasihat yang membuatkan kita fikir—masih ada cahaya di hujung jalan.

Secantik Adanya Aku membawa kisah-kisah yang memberi harapan. Sedang kita merasakan hidup kita sudah teruk, rupanya ada lagi orang lain yang menjalani kehidupan yang lebih dahsyat. Ia juga menghimpunkan kata-kata membakar asa, membuatkan kita bangkit untuk menongkah arus kehidupan dengan lebih gagah.

Biarlah orang lain sudah jauh di hadapan, asalkan kita tahu kita kuat dan sudah berusaha. Kerana pada akhirnya, kita cantik seadanya.

292 pages, Paperback

Published February 1, 2024

2 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (33%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
November 16, 2025
Lembaran naskhah yang manusiawi dan kaya empati.

Sepanjang membaca buku ni, tak ada lembaran muka surat yang buat saya rasa kecewa, bosan apatah lagi nak bertangguh atau berhenti langsung membaca.

Kalau nak dirumuskan isi kandungan secara keseluruhan, bolehlah dikatakan susunan buku ni lebih kurang begini secara berselang:

- Anekdot
- Ilmu maklumat santai dan ringkas.
- Puisi
- Ilmu bimbingan.

Laras bahasa Dr. Syuhaida sangat lembut dan teratur. Membaca kisah-kisah benar yang dicoretkan, alurnya terasa lancar dan mesej yang nak disampaikan mudah diserap.

Antara anekdot yang paling meninggalkan kesan pada saya dalam buku ni ialah Katatonia, El, Terbang Tinggi, Dia Datang (paling saya suka setakat ni!) dan Nasi Minyak.

Saya sangat galakkan mereka yang masih menyimpan stigma dan prasangka terhadap isu kesihatan mental dan rawatan psikiatri untuk dapatkan dan baca buku ni.

Saya sendiri belajar banyak hal baru daripada coretan Dr. Syuhaida. Setiap satu anekdot yang dah saya baca membuka mata hati dan bagi perspektif baru pada saya.

Puisi-puisi dalam buku ni tak berapa saya gemari. Tapi, tetap saya raikan usaha dan hasil karya Dr. Syuhaida tu semua.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.