Fiqa merupakan seorang remaja yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dan berpindah ke tempat baharu. Pertemuannya dengan Hafiz dan Hanna telah menginspirasikan dirinya untuk berusaha dan berubah menjadi muslimah yang lebih baik dan sempurna. Namun, kesempurnaan itu bukanlah apa yang disangkakan sebenarnya.
Komik dakwah yang menyampaikan mesej yang sangat bermakna dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Apa yang Allah perintahkan kita, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Kerana sayang, Allah tegah kita untuk melanggar perintahNya.
Ikhtilat tidak asing lagi dalam ajaran Islam, tapi adakah kita sebagai hamba Allah mampu untuk menuruti perintah Allah dalam menjaga hubungan sesama bukan muhrim?
Moga Allah mengampuni setiap dosa kita. Aamin inshAllah
AHHHH COMELNYA! Fiqa tu berubah jadi orang yang baik macam dia perbaiki diri dia untuk jadi lebih baik. Dia mengenali someone yang perfect huwaaa omey angat. Hafiz tu punya backstory sedih lah yee. Belajar berhijrah dan cuba jadi orang yang lebih baik after kematian ayah dia. They need each other for real
This is the story about someone yang nak berhijrah jadi orang yang baik walaupun diri tidak sempurna. Banyak ilmu pengetahuan yang dapat juga nasihat secara yang tidak langsung yang disampaikan oleh penulis.
Aku bagi 5 sebab jalan cerita dia memang sedap dilayan. Kalau siapa2 yang teringin nak baca kisah2 cinta islamik yang patuh syariah dan boleh buat kau senyum2 kambing sambil baca, boleh la layan komik ni. Lukisan pun padu.