ELFIRA adalah anak Tan Sri Lukman Hakim, seorang ahli perniagaan yang disegani. Pulang dari luar negara, dia diarahkan bekerja dengan papanya tetapi dia enggan. Dia lebih suka bekerja dengan orang lain.
Tanpa pengetahuan papanya, dia telah meminta kerja di tempat Sofea, sebuah syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Mikhail dan anaknya Firuz Eidil. Firuz Eidil bersetuju mengambil Elfira bekerja tetapi dalam masa yang sama dia perlu melakukan tiga kerja, iaitu sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah dan despatch. Tanpa berfikir panjang, Elfira terus terima.
Pelbagai insiden lucu berlaku di antara Firuz Eidil dan Elfira hingga membuatkan Elfira makan hati. Tunang Firuz Eidil, Julia cemburu melihat kemesraan mereka. Sejak Elfira bekerja dengan Firuz Eidil, Julia sering diabaikan. Apabila diajak keluar, ada-ada sahaja alasan yang diberi. Julia mula bosan dan berkenalan pula dengan Tengku Naim, kenalan papanya.
Apakah yang terjadi kepada hubungan Firuz Eidil dan Julia? Dapatkah pertunangan mereka bertahan. Dan apa pula yang terjadi kepada Elfira? Dapatkah dia lakukan kerja-kerja yang diberi?
Elfira Amira Tan Sri Lukman Hakim (L) adalah seorang gadis yang sangat sempoi dan tidak memandang pada darjat. Dia memohon berkerja sebagai pemandu peribadi kepada Fairuz Eidil Tan Sri Mikhail. Tetapi Fairuz mahu dia berkerja sebagai pembantu rumah dan despatch sekali. Fairuz selalu membuli L. Fairuz dan L sentiasa bertekak tetapi mereka ada keserasian. Sehingga suatu hari tunang Fairuz, Julia, cemburu lalu memutuskan ikatan pertunangan mereka. Selepas itu, L berhenti berkerja dengan Fairuz lalu berkerja dengan ayahnya. Dia menggunakan nama Amira untuk mengkaburkan tentang siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak mahu orang ramai memberinya layanan istemewa. Syarikat L berkerjasama dengan syarikat Fairuz untuk satu projek. L dan Fairuz mula rapat kembali tetapi hati Fairuz asyik mengenangkan L. Dia baru sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada L. Dia marah bila dapat tahu bahawa L dan Amira itu adalah gadis yang sama lalu meninggalkan L. Fairuz rasa bahawa dia telah dipermainkan oleh L. Sementara itu L dipaksa bertunang dengan Tengku Naim (Quim) oleh ayahnya. Tetapi Quim sedang bercinta dengan Julia sehingga mereka terlanjur dan Julia mengandung. Julia bertemu L. L membuat keputusan untuk tidak bernikah dengan Quim di saat akhir. Quim di suruh bernikah dengan Julia dan dia pergi mencari Fairuz di Terengganu untuk meraih cinta hatinya.
Kurang Asam punya bos sebuah novel yg bagi saya cukup rencahnya kerana ada semua perasa iaitu cinta, lucu, konflik, keluarga & sedih.. kisah Mat Singa bos yg ego & Miss Driver yg bewatakan kasar tetapi manja dgn ahli keluarganya.. kerana ego & lambat meluah cinta hubungan mereka hampir musnah tetapi jodoh yg kuat menyatukan mereka. Pemilihan novel ini utk dicalonkan dlm Anugerah Pilihan Pembaca 2015 memang wajar & tepat.
Elfira Amira bekerja dengan Firuz Eidil tanpa memberitahu majikannya tentang status dirinya (beliau adalah anak Tan Sri Lukman Hakim). Elfira Amira, atau lebih senang dikenali dengan L, tidak mahu layanan istimewa. Lagi pun, L tidak begitu suka bekerja di pejabat (walhal, ayah L dah ajak bekerja dengannya di syarikat beliau tapi L tak mahu).
Kisah mereka berdua pun bermula. Firuz Eidil, yang juga merangkap bos kepada teman baik L, Sofea, mula menyenangi L walaupun mereka macam anjing dan kucing. Ada sahaja yang tak kena bila berjumpa. Jangan tak tahu, Firuz Eidil juga anak Tan Sri. L ni cuma seorang driver, maid & despatch sahaja. Biasalah kan, sebab tak tahu latar belakang L, Firuz Eidil memandang rendah kat L. Akhirnya, jatuh juga mereka berdua ni. ;) Bacalah kalau nak tahu cerita mereka. :)
Jalan cerita okay tapi saye tak berapa berkenan dengan bab terakhir. Senangnya ayah Tengku Naim setuju dengan pernikahan Tengku Naim dan Julia? Hmm... (Bukan itu sahaja, seluruh bab majlis pernikahan tu, I cannot digest. Terlalu drama sehinggakan saye rasa tak boleh nak masuk ke akal saye) Sejujurnya, not to my liking. Banyak dialog. Saye perlu baca dialog-dialog tu 2 kali sebab setengah jalan baca, saye tak tahu siapa yang bercakap.