Jump to ratings and reviews

Imam Mudaku Romantik

“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

756 pages, Paperback

First published January 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Izzah Haneefa

2 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (31%)
4 stars
60 (26%)
3 stars
67 (29%)
2 stars
18 (7%)
1 star
10 (4%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,130 reviews382 followers
February 11, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

3.5 stars!

Apa yang membuat N appreciate novel ni is ia berjaya membuat N nak jadi hamba Allah yang lebih baik. Ada masanya kita rasa diri kita sudah cukup baik, amalan kita dah cukup tapi hakikatnya tidak. Ada masanya kita terlalu yakin yang setiap amalan kita akan diterima Allah dan menjadi riak dengan setiap amalan kebajikan yang kita taburi...

Kerana dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya tapi miskin dengan keimanan, Khalisah inginkan seorang suami yang bertitle ustaz atau imam muda.

Bagi Faqih, kekayaan yang dimiliki dengan mudah membuat dia mencari erti kesyukuran. Secara tak sengaja, dia menjadi pemandu slash tukang kebun kepada seorang Tan Sri yang merupakan ayah Khalisah.

Keluarga Khalisah sangat bongkak dengan kekayaan yang dimiliki dan suka memandang rendah dengan orang berkelas bawahan. Khalisah tak berputus-putus mendoakan agar kedua ibu bapanya mendapat hidayah daripada Allah.

Seorang demi seorang menuntut ilmu agama dengan Faqih. Dalam diam, Faqih dan Khalisah saling memendam rasa dan mereka disatukan atas persetujuan keluarga.

Bahagia yang mereka rasa dirampas apabila Khalisah difitnah. Ibu Faqih menghalau Khalisah keluar. Ibu Khalisah pula melarang Faqih bertemu dengan isterinya. Faqih buntu terutamanya apabila ibu Khalisah memaksanya menceraikan Khalisah selepas Khalisah bersalin.

Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews20 followers
February 13, 2014
Book #37 - 2014

I have to say, buku ni is one of my favourite book. At the beginning of the story, banyak babak lucu (make that 3 incidents) apabila Faqih berjumpa dengan Khalisah. Also, awal-awal cerita the writer memang pandai buatkan readers jadi curious kan mengetahui siapa Faqih ni sebenarnya. She slowly reveals who Faqih is sampaikan i go -- wow, wow and WOW!

Part kahwin of course menunjukkan how romantic Faqih is *kiraikirai* well because everything is all sayang here sayang there, i got a little bored there *giggles* tapi it's orait.

Then the part their marriage is tested.i got interested semula.overall, im loving this book!
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews31 followers
March 28, 2014


Tajuk buat aku nak muntah. Tak payah nak imam muda sangat lah.

Tapi.

Nasib baik , dia described watak ostad tu lain dari yg lain.


Bukan jumud.Bukan itu ini haromm. Bukan judgemental.

Baca sendiri.


Profile Image for Eisya.
213 reviews4 followers
November 11, 2021
Happy ending…alhamdulillah semua watak diberi hidayah untuk kembali ke pangkal jalan…walaupun dugaan buat faqih dan khalisah yang dipisahkan oleh keluarga disebabkan fitnah yg dilemparkan, faqih masih percaya akan isterinya..hajat khalisah juga ingin faqih ada disisi di saat proses kelahiran cahaya mata sulung mereka tercapai.
Profile Image for meenie.
466 reviews4 followers
June 9, 2023
honestly , hm biasa je for me. too much info on that some parts which we can cut it and make it short. the plot twist normallah ada in novel. okayy. but it was quite draggy lambat gila the mmc and fmc untuk bercakap or interact coz i was hoping first 100 pages dah ada perkembangan. so okayokaylah. happy ending yang pasti
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 24, 2014
so-so je cite dia. dah memang trend novel melayu sekarang tajuk macam ni yek? kalau sekali dua tu ok lagi tapi kalau kat rak2 buku tu berderet2 macam ni...dari normal boleh jadi stress aku. rindu nak jumpa tajuk2 novel macam before 2010. memang orang kata don't judge but it's cover. tapi dah tajuknya adalah yang pertama aku lihat dan tak dibenarkan buka pembalut plastik so macam mana aku nak judge berdasarkan isi?

terus terang aku baca selang2. so adalah part yg aku TERskip tu. cuma aku tak faham: katanya khalisah ni pakai tudung, jaga solat, buka kedai jual tudung labuh dan jaga adab2 dgn lelaki bukan muhrim. tapi kenapa dia kata dia tak pandai baca Al-Quran? ke aku salah baca? kalau ikut logik akallah, macam pelik plak.

yang keduanya, yes adriana tu baru nak belajar dan masa tu tan sri ada bersama mereka (waktu belajar ambil wuduk) tapi tak manislah kalau dia minta tolong pada lelaki. nasib baik ada yg menegur. dan masa oart dia tanya macam mana nak mandi wajib kat faqih, aku yang jadi malu. kalau sepupunya boleh guna bantuan pak cik Google, kenapa dia tak boleh buat begitu?
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
April 5, 2014
Honestly, I fikir that this book will end up like Ya Maulana, MPI or Doa Cinta Seorang Lelaki..tajuk tak selari dgn watak Faqih membuatkan I selalu nak compare dgn watak2 ustaz yg ada dlm buku lain yang actuallynya lebih romantik jika dibandingkan dgn Faqih.I suka pemulaan cerita maybe bcoz this guy rides a ducati,hehe..but too bad I stopped at 400+ pages.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
February 5, 2018
Imam Mudaku Romantik..BUkan sekadar novel cinta namun penuh dengan persoalan dan ilmu agama...Mengisahkan Muhammad Faqih seorang ustaz dan imam muda yang menjadi pemandu di rumah Laila Khalisah yang mana sebenarnya mengwujudkan rasa cinta di hati namun tidak diluahkan...

Siapa sangka pemandunya adalah seorang ustaz dan Imam Muda...Tan Sri Kamarul meminta Faqih menjadi ustaznya untuk belajar tentang agama islam yang telah lama ditinggalkan amalannya...dan siapa juga sangka anak muda yan begelar ustaz itu adalah jiran belakang rumah mereka..ditambah lagi anak musuh perniagaannya..

Namun demi anak tersayang...Tan Sri Kamarul membuang rasa ego...dan akhirnya Faqih dan Khalisah diijabkabulkan....perkahwinan yang mendatangkan bahagia buat mereka namun derita buat adriana...benci buat syuhadah...

Rasa benci itu turut dirasai Khalis abg khalisah..sehingga sanggup bersubahat dengan Izham bekas tunang khalisah..Sungguh fitnah itu kesannya membuat derita...Bila ibu mertua sudah termakan cerita fitnah...habis Khalisah menjadi mangsa dan kebencian dimata ibu faqih...

Namun kuasa Allah...segalanya terbongkar...khalis dan izham mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan...syukur rumahtangga yang di bina masih mampu bertahan...
Profile Image for Ryn Anirzah.
12 reviews
January 31, 2021
Aku suka jalan critanya...mulanya mmg slow tapi bila Faqih & Laila menikah....mmg wowww...begitu menghayati..dan dpt rasa kesedihan diorang..... Tapi nak tau lebih lanjut..boleh lah baca...recommended tau !
This entire review has been hidden because of spoilers.
37 reviews
March 8, 2021
Buku ini bagus. Banyak pengajaran boleh dapat. Banyak Ilmu baharu boleh dapat terutamanya Ilmu agama. Ada diterangkan berkenaan Solat Duha dan fadilatnya di dalam buku ini daripada watak Laila.
Terbaik cerita ini. Terima kasih penulis!
Profile Image for NuHa.
12 reviews
September 12, 2021
Hi
Iyzz nk let go novel ni for RM 15
Yang berminat boleh pm
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 1, 2016
Cinta Islamik. Itulah kesimpulan saya selepas tamat pembacaan. Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diambil dari novel ini walaupun pada pendapat mungkin kurang mendapat tempat di hati pembaca bukan Melayu.

Ditolak cinta bukannya penamat untuk segala-galanya. Percaya pada qadak dan qadar. Sentiasalah redha menjadi hamba Allah kerana ada hikmah di sebaliknya dengan apa yang terjadi.

A sweet love story di antara Faqih, seorang ustaz hensem yang berpendidikan tinggi dengan Khalisah, pemilik butik tudung. Watak-watak lain tidak kurang pentingnya dalam penceritaan ini.
Nana, gadis sekampung Faqih yang menanti bertahun-tahun agar cintanya dibalas Faqih.
Adriana yang pada mulanya jatuh cinta dengan Izham, tetapi kemudian beralih pula kepada Faqih.
Izham, bertunang dengan Khalisah tapi cuba mengambil kesempatan ke atas tunangnya.
Khalis, abang Khalisah yang berdendam dengan Faqih hanya sifat tamak. Nah, confused tak dengan watak-watak ini?

Garapan yang cukup baik dan bahasa yang tidak berbelit-belit untuk mudah difahami pembaca. Ketepatan fakta dari semua aspek menunjukkan penulis buat homework dengan baik sekali terutama dalam bab agama.

Buat penulis Izzah Haneefa, tahniah yang dapat saya diucapkan di atas cerita yang cukup menarik . Prihatin dan cukup teliti. Inilah sebuah novel yang tidak ada kesalahan baik dalam ejaan dan nama-nama watak. Sedikit saja English words digunakan tanpa ada kesalahan grammar.

Tahniah Izzah Haneefa. Semoga novel selepas ini akan lebih umpph ya!
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
January 28, 2015
My opinion cerita ni best. Sebab? Sebab saya suka genre novel cenggini. Haha!

Seriously, mati-mati ingat Faqih anak Pak Itam. Seorg driver biasa-biasa. Ternyata dia...

Ustaz Muhammad Faqih bin Dato Farhan. Ank kpd CEO kumpulan syarikat Salfa Holdings. Berkelulusan Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan sarjana daripada USIM, CEO Ar-Raudhah Islamic Solution, salah seorg ahli lembaga pengarah dlm kumpulan syarikat Salfa & muryid di Maahad Al-Islami Manarut Taqwa, Pulau Pinang. OMG! He's gojes kau. Haha! Bila dia tunggang Ducati dah terbayang dah ke-macho-an dia. Tapi, saya x jatuh cinta dgn tu semua, saya jatuh cinta dgn character dia. Baik, merendah diri, penyayang, penyabar dan seorg yg pandai berhujah.

While, Laila Khalisah pula, seorg wanita yg baik. Manis dan comel. Mempunyai pendirian tegas. Dan saya tertarik dgn sikap pemalunya.

Plot cerita yg menarik. Olahan ayat yg menarik. Penulis pandai menyelitkan knowledge dgn nada bahasa yg tak kaku. Biasanya kalau baca novel genre islamik, kalau bahasanya kaku confirm tolak tepi. Tapi Kak Izzah Haneefa punya gaya bahasa santai dan indah tersusun. Tahniah kak :D 2 hari je khatam.

If one day, this novel will diadaptasi, saya suggest Wawa Zainal & Aeril Zafrel. Sesuailah kan? husband and wife.sesuai utk slot Zehra. barulah dpt rasa the story life of Faqih & Laila. Hihi! Demand sungguh. Keep it up writer.
Profile Image for Inn Auni.
1,107 reviews22 followers
January 18, 2017
Imam muda Muhammad Faqih, anak kepada CEO bergelar Dato, berkelulusan Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra menawarkan diri menjadi pemandu kepada Tan Sri Kamarul. Bukan sebab terdesak tetapi Faqih tidak mahu lupa diri dengan kemewahan dunia.

Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Walaupun Laila seorang yang bertudung labuh, tapi dia tetap ingin mantapkan ilmu agamanya. Sering belajar dan tidak putus asa.

Pertemuan antara Faqih dan Laila membuahkan satu rasa yang berakhir dengan pernikahan. Di saat Laila sedang hamilkan anak mereka, fitnah yang datang memaksa Laila dan Faqih berpisah.

- - -

Bacaan kali kedua membuahkan hasil kerana saya berjaya tamatkan. Ini bukan novel romantis Islamik pertama yang saya baca. Maka kalau dibandingkan dengan novel tersebut dari sudut Islamik, maka novel ini masih ada kekhilafan yang boleh dibaiki. Dari sudut romatik, memang diakui yang tajuk tu sesuai sangat dengan heronya. Bila saya baca sesuatu karya dan terasa ada something missing, maka agak sukar untuk saya hadap sebenarnya. Mungkin bacaan kali ketiga akan buat saya jatuh hati. Siapa tahukan.
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
December 6, 2014
erh .. mcm mna nk ckp eh ..

hmm.. im sorry but this is just my opinion.
bgi sya x de yg menarik psal novel ni kecuali ilmu agama tu. sya minta maaf.
sya agak kecewa sbb sya ingatkn novel ni sgt best n byk ilmu tpi sya salah.
cover tersangatlah cantik tpi isi tk setanding dgn cover.
jln cerita pun biasa-biasa je.

again, im sorry.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
June 26, 2014
Cerita dia sangatlah cair. Tak tahu nak review macam mana.
Profile Image for Amni Yusoff.
9 reviews5 followers
November 19, 2016
Jalan cerita yang tidak membosankan sbb plus dgn ceramah-ceramah. best
Displaying 1 - 27 of 27 reviews