EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.
Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada saat Andy ditimpa kesusahan, Emma juga ingin membantu kerana lelaki itu telah banyak membantunya.
“You cakap you boleh tolong. Kalau macam itu, kahwin dengan I jom?” ~ ANDY
“Errr...” ~ EMMA
Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.
“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY
Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.
Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.
Berjayakah Emma yang liar itu menjadi menantu mithali untuk mama Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya?
Maaf di bulan puasa ni Cik Pah tak sesabar orang lain melayan kerenah pelaku utama yang kaki rajuk. Tambah2 lagi terpaksa melayan sifat kebudakkan. Tabur duit untuk isteri dengan membeli belah barangan branded, alkisahnya cemburu lelaki lain menghimpit isterinya, nampak sangat menunjuk2, sungguh tak mendidik jiwa pembaca, dush! Cerita sebelum berkahwin juga perilaku yang tidak bermoral. Minum arak dan bersekedudukan. Pengajaran cerita ini Cik Pah tak dapat sebab lompat kijang dan ending nya pun tak dibaca. Yang baca sampai titik terakhir mungkin dapat pengajarannya. Macam pernah baca status seorang penulis, pengajaran sesuatu cerita tak perlu tunggu di akhir muka surat, mungkin seawal bab atau di tengah atau di setiap bab. Kalau ada pembaca yang baca tak habis, maka tak dapatlah pengajarannya.
Peace yo! pembaca lain boleh teruskan pembacaan tanpa terpengaruh dengan review ini. Ada je yang boleh masuk.
Cik Pah makin cerewet apabila usia bertambah 1 lagi angka.
Pertama-tamanya, tahniah kepada diri sendiri kerana dengan gigihnya membaca buku ini sehingga habis ;-)
Kedua, tahniah kepada penulis sebab berjaya membuatkan saya tidak senang duduk selagi x habiskan novel ni. Dan juga kerana telah berjaya membuatkan saya menangguhkan sesi perkenalan saya dengan Ruzgar ... hehehe :p
Kisah yang santai, smooth dan sebetulnya tidak memberatkan kepala seperti yang dijangka. Conflict-free and drama-free. Drama dan konflik setakat sesi merajuk-memujuk antara Emma dan Andy jer. Agak memenatkan juga la dengan perangai kurang matang diorang berdua ni. Macam budak-budak pun ada. Emma kuat perasan dan suka merajuk, Andy pulak cemburunya memang tak terlawan la. Tapi agaknya, tu la juga tarikannya yang berjaya buat saya baca hingga ke penamat. Tapi kadang-kadang tu datang jer rasa nk hantuk-hantuk kepala sebab geram sangat.
Permulaan cerita, memang agak terkedu. Tetiba jer pengetahuan saya tentang kehidupan sosial mereka yang suka berhibur di kelab malam bertambah. Detail juga ye penerangannya. Emma dan Andy mula berkenalan di sebuah kelab malam. Sambil menari dan minum-minum. Dan mereka bukannya minum air coke atau oren ye.
Dan disebabkan itu, saya agak terkejut bila penulis mula memasukkan dakwahnya, peringatan, pengajaran dan pelajaran yang berguna sebagai ingatan kepada kita yang beragama Islam ni khususnya. Kehidupan mereka selepas bernikah tu, sejuk jer rasa. Rupanya, kehidupan sosial yang agak melampau Emma, Andy dan rakan-rakan mereka tu dijadikan sebagai batu loncatan kepada kemanisan yang lebih indah bila mereka kembali ke jalan yang betul.
PS - walaupun saya 'terjatuh hati' dengan Andy, tapi saya memang rasa nk lempang jer bila dia melayan Emma dengan teruknya masa kat hospital tu. Tak puas hati bila Emma senang sangat maafkan dia. Huh!!
PPS - Adegan mesra suami isteri yang agak terbuka sepanjang cerita. Saya terkejut bila tengok biodata penulis yang menyatakan usianya baru 21 tahun. Hmmm...
Karya penulis yang lebih dikenali sebagai Dekna Lee... Sejujurnya saya kurang teruja nak baca kerana buku pertama Dekna kurang sampai dengan saya tapi bila baca sinopsis, part yg dia ckp menantu mithali ke atau menantu yg dikesali... terus capai dan bayar.
Bila dah baca, mmg tak rugi beli. Starting dengan Emma yang dibenci ayah kandung sendiri dan memilih untuk menhambakan diri pada dunia hiburan dan poya2 utntuk melupakan masalahnya. Namun dalam pada itu, dia memilih Zarul yg agak alim sebagai kekasihnya. Pada Emma.. maruah dan harga diri amat penting... sesuatu yang hanya akan diserahkan pada suaminya.
Perkenalan dengan Andy, Emma jatuh cinta pandang pertama. Namun sesuatu tentang Andy yang membuatkan Emma melupakan lelaki itu. Padanya cinta Andy adalah mustahil untuk dimiliki.
Saat ibu kandung Emma dijemput Ilahi, kemudian Emma putus cinta dengan Zarul dan di akhiri dengan rumahnya disita pihak bank... Emma terpaksa menumpang rumah Andy. Berani kerana yakin yang Andy tidak mempunyai apa2 perasaan terhadap dia, lalu dia menjadi penghuni rumah Andy secara percuma.
Saat Andy meminta pertolongan dengan Emma utnuk menjadi isteriny, Emma bersetuju kerana terasa berhutang budi. Selepas bernikah secara rahsia, Andy meminta Emma menunaikan beberapa perkara utnuk mengambil hati ibunya... Mampukah Emma berubah menjadi "Menantu Mithali" buat keluarga Hitler?
Cerita ni boleh masuk katergori romantik komedi.. mmg kelakar dan banyak part yang saya tergelak sorang2.
Tahnia Khayriesha @ Dekna... Karya yang sangat ori dan best.
ehem2... seyesly suke sangat sbb pilih tuk baca buku nie dulu compare ngan yang lain.. sebab?? sebab buku nie best koyt.. muahahha.. suke baca versi2 kesengalan, versi2 kecomelan, versi2 senyum sendiri.. hahahhaa.. i lurve la both of them.. tyme2 part merajuk.. hahhahaha... suke suke suke.. mmg penuh la bintang nak kasi nie..
Conflict free melainkan sesi rajuk memujuk di akhir buku yg kebudak2an. Mmg boleh angau dengan Andy tapi bila merajuk melelahkan. Tapi bila dah tahu mengapa dia begitu baru chill sikit. Hahaha. Emma pula adakalanya selfish bila dia tak memikirkan natijah daripada tindak tanduknya. Nasib ada Awin yg menyedarkan khilafnya.
Plan menantu mithali menjadi. A good book for teenagers kerana ada pesanan author dalamnya. Tapi jgn follow seratus peratus perangai watak utama ya.
My first book for dunia novel❤️ First of all mestilah cerita dia yang romantik komedi😂 Cerita dia tentang kehidupan seorang Emma Raishah yang struggle dengan hidup dia dan kehidupan dia berubah hampir 360 darjah selepas dia mengenali Raja Affendy... Dia tkleh lah more to sweet yang best tau... Cuma yaa adalah bab yang 18+ TUU 🙂🙂🙂 dia jadi cam wehhhhhh janganlah detail sangat urghhhhh....!!!! Tapi masa tu aku bebodoh alam lagi tak faham sangat Baca jerlahhhhhh rated tinggi uuuu😂😂😂😚😚😚 seriously talk part paling comel and aku gelak tak habis tang Andy,Jeff Ngan Amri tilik Emma Ngan Awin ARGHHHHH!!!! COMEL GILER....ada dah cita cita kat situ nak kan kawan like Awin yang terima kita dan bersama sama kita jatuh bangun🥺🤍 LOVE IT! CONGRATS KHAYRIESHA!❤️
Awal2 cerita ok je..boleh tahan la..tapi pertengahan cerita lebih2 lagi lepas kisah di sebalik syarat menantu mithali terbongkar, bila diorang dok bergilir2 merajuk tu....hmmmmm hilang semangat nak baca..tak sabar nak habiskan..
Something new; cerita about berkesedudukan. So that was somewhat interesting. Anyhow, these couple are so meant to be together! often times I find the guy to be very childish! And writer had to do a little research on branded items stated in the story. Sometimes it is better to be vague about it. Mcm I was like, dalam masa andy dan wife went shopping together dengan ella and boyfriend terkejut juga I Andy berhabis duit dalam 2-3 ribu ringgit. When Andy bought her a Prada bag
Seriously, I love this book. I suka jalan cerita dia,kesengalannya dan yg penting kesweetan dia..Both a very strong characters that compliments each other. Over the moon lah while reading this book. A must have and of course it's one of my 'homai' book.
jalan cerita yang menarik.. kisah andy & emma yg hanyut dan lalai.. kemudian mereka bersama-sama berusaha utk berubah.. so sweet andy n emma.. lepas berkahwin.. dua-dua bersungguh2 nak jadi menantu mithali... watak tambahan pon best dlm ni. tentang persahabatan dan kekeluargaan.. mantap!
i cant finish this book, no matter how hard i tried. maybe sbb banyak sgt baca novel melayu kebelakangan ni that i cannot even fathom how people can still read them nowadays. takleh hadam cara hidup watak watak ni semua. mungkin akan cuba habiskan lagi next time, but not anytime soon.
boleh tahan...permulaan yg sgt menarik wpun cerita bersekedudukan ni kurang saya gemar... teruja baca novel ni but...pertengahan dh mula meleret sikit.... apapun good job dekna lee.... uda..daaaa....
Dah lama nmpk novel ni kt bookstore tp x tau knapa mood nk bc xde then bru tau ini karya dekna lee...whoooaa!! Trus cr online n once dh start bc seriously grrrr!!!