Buku ini dipersembahkan kepada pembaca umum, khususnya kepada peminat Bediuzzaman Said Nursi (1877M - 1960M). Beliau merupakan antara tokoh penting dalam sejarah perjuangan umat Islam di Turki dalam abad ke-20. Tatkala membincangkan peri hal perkembangan Islam di Turki, nama Bediuzzaman Nursi tidak dapat dikesampingkan.
‘Kerdip' cuba mengutip beberapa sudut pandangan dan buah fikiran Nursi seperti yang terdapat dalam buku-buku karangan beliau. Tidak setakat itu sahaja, buku ini (Kerdip) menggalurkan detik-detik penting perjuangan hidup beliau menyebarkan Islam melalui risalahnya dan sekali gus menempuh cabaran yang penuh getir dalam kemelut Perang Dunia Pertama.
Buku ini tidaklah terlalu tebal dgn berjumlah 227m/s. Pembahagian bab yang ringkas bertemakan topik yang mudah dihadam. Setiap bab mempunyai 5 subtopik yang seragam, (1) ayat alquran berkaitan topik tersebut, (2) petikan dari buku beliau 'The Gleams' (3) Benih Hikmah iaitu huraian dari penulis (4) jejak hidup nursi (5) Surat Nursi yang dipetik dari bukunya 'The Letters'
Secara peribadi, saya sendiri sangat sgt menikmati subtopik 'Jejak Hidup Nursi' selain dari subtopik (2) dan (5). Biografi yang ringkas dan padat tp menggambar aspek penting dalam hidup beliau dari aspek kekeluargaan, penulisan, perjuangan dll. Ditulis secara kronologi dan hanya mengambil ruang 2 hingga 3 mukasurat bagi setiap bab.
Antara yang menyentuh hati saya adalah kisah perjuangan Nursi dalam menyebarkan ajaran islam yang sebenarnya dalam keadaan beliau sering ditangkap menjadi tahanan dan dipenjarakan.