Jump to ratings and reviews
Rate this book

SUSPEK

Rate this book
Annaredza — saksi berkebolehan unik, Ghaz Arman — penyiasat persendirian bermulut celupar, Bernard Alfredo — ketua unit khas yang komited dan Daus Anaqi — anak muda yang misteri. Semua terikat menjadi satu di dalam sebuah siri pembunuhan yang menguji.

Pembunuh melakukan kesilapan dengan membiarkan satu-satu saksinya Annaredza terus hidup. Atau mungkin dia mempunyai satu rancangan yang lebih besar?

Annaredza hanya ada Daus dan hidupnya sudah cukup teruk sebelum dia diberi peluang untuk berhadapan terus dengan pembunuh gila tu. Satu malam mengubah perjalanannya secara total dan kemudian orang yang terdekat dengannya turut menjadi mangsa. Ana tahu dia perlu lebih berhati-hati — kerana semua di kelilingnya merupakan SUSPEK.

308 pages, Paperback

First published January 1, 2014

9 people are currently reading
327 people want to read

About the author

Inawza Yusof

4 books66 followers
Not much of a talker, severely socially awkward.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
138 (35%)
4 stars
135 (34%)
3 stars
85 (22%)
2 stars
22 (5%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 78 reviews
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
March 8, 2014
* ada spoiler dalam review ni. so consider yourself warned *

tahniah aku ucapkan pada penulis kerana telah menulis buku yang telah berjaya menjadi buku yang paling aku gemar dalam koleksi FIXI. (ya, mengalahkan KELABU, PECAH dan MENTAL)

cuma sayang. aku sangat berharap watak Ana tu dapat diexplorekan lagi dan penulis buatkan Ana jadi seorang killer yang sangat hebat dengan gift dia. (sebab dia pun salah seorang daripada 'subject' Alchemist kan?)

aku suka perwatakan yang dibawa oleh watak2 dalam novel ni. sangat meyakinkan.

overall, aku sangat berharap penulis dapat buat sambungan SUSPEK dengan memfokuskan kepada permainan itu sahaja.

congrats cik penulis!
:)

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
March 19, 2014
Agak mengecewakan. Naratif yang berbaur-baur, tersekat-sekat dan terkadang dibaca agak menjengkelkan. Premis ceritanya bagus, namun garapan buku ini yang menyebabkan kebagusan plotnya dikaburi dek watak-watak yang uninspiring, latar tempat dan masa yang tidak jelas dan central idea yang tidak kukuh. Ya, mungkin kedengaran agak kejam, namun terkadang aku tertanya-tanya, kenapa begitu banyak hal 'diberitahu' daripada 'diceritakan', sekaligus memotong mood cemas atau rasa ingin tahu pembaca.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 19, 2017
2.5 Bintang.....

Kisah yang menarik tapi tak cukup bagi saya,saya mengharapkan lebih lagi dari ini,sebab bila menutup buku hati saya berkata "ini Je" ada unsur tidak puas hati disitu.

Dari segi olahan saya rasa ada yg kurang dan ia agak mengganggu pembacaan dan mungkin sbb itu saya mengambil masa yg agak lama nak habiskan naskah ini.Mungkin buku ini ada sambungan dan saya harap ada nak tahu nasib Ana dan Ghaz takkan mcm tu je kan.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 8, 2014
2.5* untuk naskah ini!

Naskah ini tidak terlalu seronok dan tidak juga terlalu buruk... Bak kata orang sedang-sedang sahaja!

Terlebih dahulu tahniah buat cik penulis. Pernah bertemu dengan cik penulis ketika majlis pelancaran novel Suspek ini di Art For Grab! Tahniah juga mampu menghasilkan naskah ini memandangkan penulis ini punyai novel pertama yang bergenre berbeza dari naskah ini iaitu genre cinta terbitan Karya Seni. Ini satu kebanggaan apabila seorang penulis novel cinta dapat melibatkan diri dalam buku-buku alternatif terutama dengan syarikat penerbitan yang besar seperti Fixi!

Saya teruja apabila melihat sinopsis buku ini yang mana menyatakan watak-wataknya punyai pelbagai kebolehan dan merupakan kisah penyiasatan thriller. Namun apabila khatam dengan buku ini, terbit satu rasa tidak puas hati di dalam benak minda. Maaf!

Mungkin saya terlalu meletakkan high expectation dengan buku ini. Silap saya sendiri.

Tema cerita ini sememangnya agak menarik. Namun fokus penceritaannya agak terganggu dengan cara penyampaian yang diberikan lebih kepada memberitahu. Monolog watak yang kerap kali disajikan di dalam naskah ini sememangnya sangat mengganggu. Adrenalin dalam badan juga tidak cukup banyak yang merembes ketika menggembara sama dengan kisah ini. Mungkin saya sudah temui buku-buku sebelum ini yang lebih mencabar!

Tapi saya suka dengan watak-watak yang diwujudkan.

Cuma agak kecewa apabila kebolehan Annaredza langsung saya tidak nampak gunanya di dalam naskah ini. Seolah-olah kebolehan Annaredza itu hanya sebagai satu tempelan untuk menyedapkan jalan cerita. Seperti watak gadis itu hanya gadis biasa yang perlu dilindungi oleh watak yang lain dan ianya sangat memualkan! Lagi satu, watak pembunuh sedari awal lagi sudah mampu diketahui walaupun cuba disembunyikan. Twist yang dibuat agak kurang menjadi. Namun saya tetap tidak mampu melepaskan naskah ini kerana ingin tahu apa yang jadi setiap bab. Penceritaannya juga tidaklah memeningkan kepala. Ok sahaja!

Mungkin ada sambungan untuk naskah ini. jadi saya tunggu!

Peace!
1 review
February 24, 2014
Untuk menjawab soalan "buku ni pasal apa?"

Buku Suspek ini pada mulanya aku fikir cuma tentang cerita seorang pembunuh psikotik tapi lama kelamaan kebenaran mulai terungkai dan ternyatalah jalan ceritanya adalah lebih kompleks daripada itu. Buku ini mengingatkan aku kepada Hunger Games di mana tributes dari district-district yang lebih berkemampuan dilatih untuk membunuh semata-mata demi untuk memenangi the games. Di dalam buku ini, wujudnya sesebuah organisasi yang menjalankan eksperimen mengubah genetik untuk menghasilkan dan melatih manusia mesin pembunuh yang handal dan mereka seakan bertanding sesama sendiri untuk menentukan siapa yang paling superior. Daus sendiri berkata "some psychos are born, some are made".

Kejutan bagi aku adalah identiti Phantom Killer itu sendiri. Sungguh aku menyangka yang lain tapi ternyata bukan. Jadi benarlah kita tidak boleh terlalu mempercayai orang. Atau mungkin juga aku yang terlalu naif dan buta.

Tentang watak pula, Ghaz Arman memang seorang yang meyakinkan, bijak dan insensitif. Daus Anaqi pula bagi aku penuh misteri, protektif dan yang paling penting his love is pure and literal. Ana pula adalah saksi yang tak begitu membantu dan selalu saja terlibat dalam masalah. Bernard Alfredo seorang polis workaholic yang mungkin juga sama naif dan buta seperti aku.

Gaya penulisan cik Inawza sememangnya tidak membosankan. Sikap sarkastik karakter yang bersahaja boleh mencuit hati pembaca. And who would've thought the same author who wrote One Day You'll Be Mine could produce a book this gory, dark and disgustingly good at the same time. Kudos Inawza Yusof. Suspek is must read!

Lastly, team Ghaz all the way. I don't care if he's nuts.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
January 8, 2015
Seriau baca buku ni, cara pembunuhan diceritakan sangat kejam. Takut pulak kalau nak jalan sorang-sorang, duduk dalam gelap. Walaupun mangsa yang dicederakan sebelum dibunuh itu memang ada kesalahan yang tak terampun, tapi bila kesakitan yang tak dapat dibayangkan tu diceritakan buat denyut jantung bertambah kencang apatah lagi pembunuh tu samar2 untuk diteka.

Kesudahan cerita yang tragis untuk watak heroin dan untuk cerita ini tiada hero penyelamat dunia seperti Cik Pah sangkakan. :)
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
March 21, 2014
Aku suka Ghaz. Aku suka macam mana penulis buat aku sekejap rasa Ghaz is the okay dude dan sekejap rasa he's the bad guy (and a bit annoying). I trust Ghaz so much sampai aku treat watak Daus dengan berat sebelah.

Jalan ceritanya okay-- a bit mild untuk serial killer story. But anyway, aku harap akan ada sambungan.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
March 3, 2014
Firstly,tahniah pada penulis dapat hasilkan novel psikik macam ni. Walaupon novel pertama adalah kategori love story tapi penulis mempunyai bakat pada genre begini.

Kegilaan bermula apabila Anaredza terserempak dengan 'Phantom Killer' yang sedang memburu mangsanya yang ke-4. Dari situ hidup Anaredza tidak tenang selepas dia menjadi saksi utama polis dan juga berpotensi besar menjadi sasaran seterusnya si pembunuh psiko yg terkenal dengan trademark memotong anngota badan mangsa (perempuan curang) dan menghadiahkannya pada pasangan si mangsa. Sebab tu cover novel jari tangan tu bercerai dari tangan. Ghaz Arman pula merupakan seorang PI yang diupah salah sebuah keluarga si mangsa untuk mencari si pembunuh. Mamat ni memang mulut laser dan sarkastik. Bila bercakap memang menyakitkan hati. Daus Anaqi pula kawan baik Anaredza di universiti dan sentiasa berada di sisi Ana, malah dia ada hati dengan Ana sebenarnya.

Paling menarik, si pembunuh ada dialognya sendiri jadi kita akan tertanya2 siapa sebenarnya SUSPEK ni. Malah monolog dalaman si pembunuh selalu mengekori Anaredza dan berada di kalangan mereka. Dan sebagai pembaca aku memang syak si Ghaz atau si Daus. Cerita semakin menarik bila sepupu Ana, Aloy dibunuh dengan kejam dan ngeri, dan hatinya di berikan pada Ana. Aloy dibunuh selepas dia cuba merogol Ana dan si Phantom Killer menjadi suspek utama. Tetapi pembantu penyiasatan, Bernard dapat melihat kitidaksamaan corak pembunuhan Aloy yang agak messy berbanding kes2 sebelum ini. Jadi kemungkinan besar ia dilakukan oleh 2 pembunuh berbeza.

Sedikit demi sedikit identiti pembunuh terbongkar bila seorang doktor tua menyerang Ana dan seolah2 menyerah diri sebagai Phantom Killer yang dicari. Perihal The Alchemist yang wujud dulu juga terbongkar. Rupa-rupanya ada di antara ahli yang masih aktif dan mereka bersaing untuk menunjukkan siapa yang paling hebat dengan melakukan pembunuhan bersiri untuk menarik perhatian ahli lain.

Oleh kerana aku tak nak jadi spoiler, korang boleh la baca novel ni dan teka siapa sebenrnya pembunuh si Aloy dan perempuan2 yang curang tu. Suspek sudah aku cerita kat atas dan dengan poyonya,tekaan aku dari awal adalah betul..haha.Cuma agak terkejut dengan kesudahan Anaredza dan Daus Anaqi . Mungkinkah akan ada sambungan? Sebab si pembunuh masih bernyawa di penghujungnya dan masih mahu meneruskan misi organisasi.

Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 11, 2015
Tak sangka, 'dia' sebenarnya suspek yang dicari.. Kecewa aku dibuatnya kerana dah mula 'syok' kat 'dia' tu.. hahaha...
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
May 13, 2014
Satu perkara yang buatkan aku bertahan baca buku ini adalah sebab 90% daripada naratifnya menggunakan bahasa yang sempurna. Jadi, tak adalah terseksa sangat nak hadam buku ini. Tetapi, harus aku katakan yang buku ini tidaklah sebagus mana memandangkan jalan ceritanya yang mudah diramal. Bagi cerita penyiasatan begini, jalan cerita yang mudah diramal boleh dikatakan kesilapan yang agak besar bagi aku. Lebih-lebih lagi apabila penulis seperti sudah tiada idea bagaimana mahu mengelirukan pembaca.



Mengenai cerita dalam buku ini. Ia mengisahkan tentang Anna yang menjadi saksi bagi pembunuhan yang dilakukan oleh Phantom Killer. Sebagai seseorang yang mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran orang lain melalui sentuhan, dia bekerjasama dengan seorang penyiasat persendirian, Ghaz bagi mencari identiti sebenar Phantom Killer itu.



Boleh aku katakan yang sebenarnya aku dah agak muak dengan kebolehan membaca fikiran ini. Sebab kebolehan ini dah merata-rata digunakan. Baik oleh siri TV, filem ataupun buku. Cubalah cari kebolehan yang agak jarang digunakan sikit. Dan mengenai wataknya pula, aku tak rasa yang penulis nak pembaca jatuh cinta dengan watak-watak yang dia cipta, sama ada baik mahupun jahat. Sebab rata-rata aku baca dialog watak-watak dia agak menjengkelkan dan kebudak-budakan. Aku kira hampir 80% watak-watak dalam cerita ini mempunyai personaliti yang kurang ajar dan celupar, termasuk mangsanya sekali. Terutama sekali watak Ghaz yang ditulis sebagai seorang yang celupar itu buat aku rasa aku sedang tonton Law & Order: SVU. Berlagak pandai dan bongkak. Memberi provokasi terhadap suspek-suspek dengan harapan salah seorang daripada mereka akan mengaku bersalah. Dah banyak sangat cerita penyiasatan yang guna konsep macam ini. Sampai dah naik bosan aku.



Satu lagi yang aku agak tidak puas hati apabila satu-satu klu itu lambat sangat nak dibongkarkan oleh penyiasat dalam buku ini. Sehinggakan aku menjerit-jerit dalam hati beritahu klu dia. Selain itu, kesemua siasatan itu juga aku rasa terlalu memakan masa yang lama sangat semata-mata nak membawa kepada bahagian The Alchemist itu. Jadi, penamatnya rasa macam tak menyengat. Barangkali si penulis bercadang nak buat sekuel. Mungkin di sekuel nanti barulah cerita difokuskan kepada perlawanan kuasa itu.



Oh, ya! Aku juga ada terjumpa perenggan sesat yang tak ada kaitan dengan perenggan sebelum atau selepasnya. Hanya terapung di situ tanpa hubungan apa-apa. Mungkin penulis terlepas pandang atau tak baca semula karya bagi memperbaikinya rasanya.



Apapun, sekiranya penulis memutuskan untuk membuat sekuel, aku harap ia lebih baik daripada buku ini. Walaupun aku tak pasti sama ada aku akan membeli buku itu.



Rasanya buku ini sekali baca pun dah mencukupi.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
I had a high expectation for this book. First because I want to know exactly how the author managed to write about the ability that Anna had.I was hoping for one strong female character. Second because I know there had to be some kind of plot twist, because it’s from Fixi.

But, I am disappointed. Because I like the storyline. For me, the story is complicated, not another plain crime story. Added with a little pinch of plot twist and the story is almost perfect. Unfortunately, it is sooooooooooo predictable. I already had a guess on who’s the Phantom Killer when I haven’t even reached half of the book. Some stories, like the one about Bernard and Mellina, it’s kinda left hanging like that. Or the one with the organisation’s work. I think there are more questions left unanswered.

The writting is a bit messy. The narration, just jump from one character to the other. It’s a bit confusing.

I want to like the character Annaredza so badly but I think the author didn’t put any speciality or any traits that make me want to like her. I pity her. She had a rough life; she lost her parents, lived with her mean uncle and almost get raped by her cousin. Even worse that she’s being the sole witness to the crime of the Phantom Killer. I was hoping for some heroin action where she gets to help defeating the killer. Well, she did help, but she’s doing so unwisely.

I cannot say that I enjoy reading this. It was ok, I guess.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
September 20, 2014
Aku suka novel ni. Macam filem omputih la..Ada suspen walaupun dari awal memang boleh teka siapa suspeknya. Penulis saja nak bagi kita keliru tentang siapa sebenarnya dalang tapi percayalah, masih boleh diteka.. *gelak jahat*

Aku taknak komen pasal bahasa ke susunan cerita ke sebab tu bukan kepandaian aku. Janji senang paham, dialog pun tak mengada sangat, layankan je. Janji plot tak lembab, watak tak macam bangang. Kekuatan watak tu penting kot.

Tentang kelebihan Ana yang boleh baca fikiran orang tu, macam dia punya kelebihan tu tak laku sangat je dalam cite ni. Tapi Ana kuat. Aku suka kekuatan yg ada pada Ana walaupun dia dah sampai tahap merempat dan takda tempat bergantung. Walau nyawa dia selalu dalam bahaya.

Ghaz Arman. Watak yang aku paling suka. PI yang bermulut laser dan selamba. Berjiwa beku dan takda perasaan bak kata Ana. Aku rasa dia ada perasaan suka kat Ana. Agaknya laa..

Daus Anaqi. Aku tak berapa suka mamat ni. Mungkin sebab dia macam poyo je hahaha..Tapi aku kagum dengan cinta dia pada Ana. Dari awal dah macam boleh rasa yang dia takkan apa-apa kan Ana. Kalaulah dia yang sebenarnya 'dia', mesti Ana selamat. Ah..thanks Daus.

Pehlis la cik penulis, buatlah sambungan. Tak sangka dekat endingnya begitu. Tak sangka cerita ni lebih dari kisah seorang pembunuh psiko. Macam filem omputih rasanya.. Buatlah sequel. Nak tengok Ghaz Arman beraksi macam mana...

Ghaz..aku suka kau. Pahal la ko ni...haihhh

Tak rugi baca. Tak puas. Aku masukkan buku ni dalam list buku fixi favourite aku. Sama sukanya macam baca Ilusaniti, Murtad, Pecah, Asrama, Mental..hehehe


Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
May 22, 2014
Jalan ceritanya aku suka tapi terlalu predictable macam kat tengah-tengah cerita aku dah tahu siapa yang bunuh dan yadda yadda yadda (takut spoiler). Tapi aku angkat dua ibu jari sebab cerita dia page turner dan cara penulis write up, sempoi dan simple. Towards the ending, aku suka macam kononnya pembunuh tu 'kalah' lah jugak walaupun dia still tak ditangkap. Ini mungkin antara satu buku fav aku dalam FIXI. Kudos, Inawza Yusof!

Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 5, 2022
Pergh!! Jalan cerita yang mengujakan.. Walaupun tekaan ku mengenai 'dia' tu sedikit mengena tapi memang tak jangkalah.. Tambahan pula bila tahu hubungan 'dia' dan juga saksi.. Harapnya adalah sambungan sebab permainan masih berlangsung..
Author 6 books291 followers
April 23, 2014
SUSPEK

Aku suka.
Membaca Suspek sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada Ice Truck Killer (Dexter), dan walau pun ada yang berpendapat naratifnya sedikit bercampur-baur, tetapi itu tidak menjadi masalah besar pada aku. Agak mengejutkan juga penulis novel cinta (asalnya) mampu menghasilkan karya sebegini. Mood suspen boleh dikatakan berjaya, walau aku seperti sudah dapat mengagak akan ada dua pembunuh
Profile Image for Bax.
514 reviews35 followers
December 6, 2017
wow.

Wow.

WOW.

Mind....blown.

Sebuah buku yang buatkan awak rasa nak tuding jari kat semua orang dan panggil diorang pembunuh. Sebuah cerita tentang pembunuhan 4 orang wanita, yang membuatkan pihak polis runsing, pening kepala sebab pembunuh terlalu cilik, tak tinggal sebarang bukti. Memang betul tegang plot cerita ini. Tapi memang superb! Sekejap rasa dia pembunuh. Sekejap rasa dia baik. Sekejap rasa dia mangsa. Jadi siapa pembunuhnya? Seorang yang mungkin sudah dijangkakan tapi awak taknak percaya. Pandai penulis mainkan peranan setiap watak.

Pengakhiran cerita (sedikit) tergantung. Maka saya berharap akan ada sambungan untuk buku ini. (Atau saya terlepas pandang?) Saya teringin nak tahu nasib watak tersebut dan kisah di sebalik Ghaz Arman, Annaredza, dan Daus Anaqi.

Kalau awak semua minat kisah yang boleh buatkan awak paranoid, bacalah. Adakah awak suspek?
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
May 25, 2017
Puas hati sangat baca buku ni. Masa baca, macam tak nak berhenti & nak cepat habiskan sebab nak tahu sangat sebab utama Phantom Killer bunuh wanita2 tu semua.

Kekurangan penulis mungkin terlalu mudah bagi pembaca teka siapa suspek yang sebenarnya. Monolog dalaman watak2 yang dicondongkan tulisannya, memang akui, mengganggu sikit. Tapi, nak tak nak kena baca juga, kan?

Saya mengharapkan hubungan yang lain antara Ghaz & Ana, tapi lain rupanya bila ke halaman terakhir & tak sangka pengakhiran Ana jadi macam tu.

Betul ke buku ni akan ada sekuel? Macam lambat sangat je untuk ada sekuel (dari tahun 2014-2017) berbanding siri buku fixi yang sebelum ni, rasa macam sekejap dah ada sekuel & buku ke-3; murtad, bisik, ngeri, awan, nota...
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
July 1, 2025
actually latar belakang cerita tapi macam terkejar-kejar punya plot and banyak lompong(?) harap sangat ada book 2 untuk tahu kisah lebih lanjut pasal ghaz
12 reviews
March 17, 2014
----- MAY CONTAIN SPOILER------

How and where to begin?

Bought this book a week ago, mostly because of the author - Inawza Yusof. Her first book was one of the best book I've read in 2013 and she has been on my must-read list ever since.

To be frank, I have quite a high expectation for Suspek the moment I saw the cover and read the synopsis.

What is Suspek all about? Just another typical 'serial killer on the loose with some big, handsome cop chasing after the nut job' story?
: Yes and no. Yes, it involves a psycho-killer. And no, it's not your typical psychological thriller with handsome cop and an insanely gorgeous witness.
Suspek delved into a more darker path, it is more than just 'stupid killing frenzy' by some lunatic. There's this Ramsen guy, the dark society that goes by the name The Alchemists (which reminded me of Paulo Coelho hehe), and a sick, sick game they played. It's a dog eat dog world and the game is very intriguing actually, wish the author could emphasis more on this. With a mind boggling twist that kept me guessing and guessing, Suspek truly lived up to its name.

What about the author's writing style? Is she any good?
:Really? Here assuming you never read her first book. She can write and that's a fact. Suspek is written in 3rd POV though I seems to recall the author mentioned somewhere in her blog about being 'kekok' using the POV. The flow, the suspense and every other elements are in the right place. Smooth reading and very torturing since I had to refrain myself from flipping to the back page, the suspense is killing me.

What to expect from Suspek?
: Heart-thumping suspense, missing body parts (yes, yes, yes. tongue, fingers, hand and eyes... liver?), murder and blood, crispy and deliciously fresh sarcastic dialogues with a humor of its own, a mind reader witness, a tinge of romance, and... a cliffhanger.

Last words?
: Good book, worth reading. There are some parts which are left with no certain answer, hanging with no clear closure; like Ghaz's ability, Bernard's secret, Malik's revenge plan and call me psychic but I have a strong feeling that Anna is not dead. Lagi pun, an author with this complicated and twisted thinking wouldn't makes everything easy. Pretty sure there are more tricks up her sleeve.

Anyway, Fixi please tell her to come up with a sequel pronto or I'm gonna kill somebody ( in my sleep).
Profile Image for Miss Evans.
3 reviews
April 12, 2014
...Berhati-hati membaca, takut 'TER'ada spoiler...

Bahagian 1

Bagi aku, buku ini pada permukaannya sangat mudah. Sekadar mencari SUSPEK atau pun dalam erti kata lain, seorang pembunuh kurang siuman seperti kebanyakan novel-novel yang menggunakan unsur sama. Tekaan aku awalnya ini tentu satu lagi kes multiple personalities atau pun schizophrenia/psikosis. Pada beberapa bab pertama, hati aku memang riang gembira bila dapat mengagak identiti SUSPEK tersebut. Tak thrill langsung, itulah komen aku waktu tu sehingga hampir saja di karate chop buku ini menjadi cebisan kecil. Namun, kerana sayangkan duit yang terbang melayang, aku gagahkan hati membaca sambil sedikit menyumpah akan penulis yang nampak seperti ketandusan idea.

Bahagian 2

Ini bahagian penting. Bahagian di mana aku rasa aku berhutang satu maaf kepada penulis kerana memandang rendah SUSPEK ciptaannya ini.

SUSPEK merupakan satu konsep yang lebih luas sebenarnya dan langsung bukan kes split personality huhu (walaupun aku dan beberapa orang lagi mampu meneka dengan tepat SUSPEK tersebut). Tapi maaf, kegembiraan meneka pembunuh sebenarnya tu hanya sekadar 'bodohan' yang dilakukan oleh penulis.
Walaupun tajuknya SUSPEK, tetapi aku rasa itu bukan penekanan utama kerana ianya membuka sebuah rahsia yang lebih besar daripada identiti pembunuh itu sendiri. Melainkan kau dah boleh teka tentang kewujudan The Alchemists tersebut (termasuklah tentang 'mesin pembunuh' tu) atau pun kisah Ramsen vs Malik yang masih misteri , hubungan Ana dan Ghaz , tak perlu nak bangga seperti aku erkkk

Pendek kata, si Inawza ni buat aku, as a reader, rasa tak hebat(dan baru nak fefeeling mind reader seperti Ana) walaupun mampu teka siapa pembunuhnya. Agak kejam juga permainanannya di sini. Sampai hati penulis memberi kegembiraan palsu itu dan kemudian menarik kegembiraan tersebut dengan sebuah rahsia yang besar dan lalu, menoktahkannya dengan perkataan 'TAMAT' tanpa sebuah peleraian atau pun penjelasan. HUH!

Inawza Yusof, seperti SUSPEK, pemikiran kau sememangnya rumit. Mungkin kau boleh rumitkan lagi untuk menulis sambungannya?
Profile Image for Fathia Fitara.
3 reviews
March 31, 2014
3.5 *

Kurang 1.5* daripada novel pertama beliau.
3 * itu untuk idea yang baik daripada penulis. Cukup menarik sehingga mampu juga dibaca sehingga ke muka surat penamat.
0.5 * itu pula untuk keberanian penulis mencuba sesuatu yang baru kerana umum diketahui, novel pertama penulis merupakan daripada genre yang berbeza dan tentunya bukan daripada penerbit indie yang sumpah saya tak pernah rasa nak baca pun sebelum ni.

Saya sukakan cara penulisan penulis di dalam buku yang pertama. Begitu cantik tersusun ayatnya, indah bacaan. Tapi apabila membaca karya kedua ini, hati saya sungguh kecewa. Penulis mampu menulis barisan ayat yang mampu membuai perasaan, kenapa dibuang kebolehan itu untuk menulis naskhah begini?
Bagi saya tak perlu mengikut aliran trend kerana penulis ada bakat serta kekuatan sendiri.
Mujurlah nakshah bacaan ini tak terlalu berterabur seperti kebanyakan buku indie yang lain. Cukup saya katakan, ini bakal jadi buku pertama dan terakhir yang akan saya baca daripada penerbitan sebegini.

Menunggu sesuatu yang lebih baik. Moga ini sekadar percubaan semata oleh penulis.
Profile Image for Rozana Farhanah.
4 reviews
March 10, 2014
Dibeli pada 8/3/2014 dan selesai dibaca pada 10/3/2014.

Pertamany, bjuta2 tahniah kepada miss writer atas kelahiran kedua dan juga pcubaan pertama utk genre yg macam ni.
novel suspek ni spt novel ptama, tak mengecewakn. bila dh mula baca, sungguh tak boleh stop. macam dh kena gam mata kat m/s buku tu.

brilliant plot twist - something to expect from inawza yusof. salah satu kekuatan penulis bg ana.
watak2 yg mgukuhkn cerita - setiap satuny ada kpentingan/misteri sendiri yg tambah mnyakinkan. daripada annaredza, ghaz, daus, bernard.. semua mereka ada rahsia dan tiga daripadany mrupakan suspek
violence and blood - check!! something new from miss writer. good job there
keseluruhan - suspek is a brilliant piece.definitely worth reading.the writer doesnt hold back at all when it comes to the amount of suspense, psycho-ness and gore.

Conclusion - cik inawza smemangny writer favorite ana. selepas ODYBM, SUSPEK juga dh jadi buku kesayangan ana.

*here hoping for a sequel.. please
Profile Image for Nabeel Nabihan.
11 reviews
December 13, 2014
Ada beberapa psoalan yang aku harap sangat penulisnya boleh jawab
1. kenapa ek ana tu takleh baca fikiran ghaz? macam pelik lak sebab dibiarkan tgantung gitu. suruh aku buat andaian sndiri ke hapa?
2. kenapa ana je yg ada kuasa macam tu? sedangkn ghaz, daus (dan aku rasa bernard pun) sebahagian drpada eksperimen tu jugak. atau kelebihan diorang hnya kegilaan tu je?
3. macam mana bernard boleh tau si ghaz ngan ana ada dekat rumah lama tu dengan daus?
4. mana daus dapat informasi tentang identiti ghaz sbb bernard kawan baik lelaki tu sendiri xtau
5. ko dah break rules tentang psychopath bila ko buat watak 'dia' macam tu. psychopath patutnya charming kot bukan perangai macam hantu gitu.


saspen tu boleh improve sbb ada part2 yg ditulis macam dah reveal who's who.

ok aku suka idea dan flow keseluruhan suspek. ending macam biasa, takde closure. harap aku boleh baca sekuelnya yang lebih menarik dan kali ni, biar minda aku takleh teka apa2 langsung

good job. selamat maju jaya
Profile Image for Irmeelia Khairunnisa.
2 reviews5 followers
March 20, 2014
Plot yang sangat menarik bagi saya. Setiap watak dalam suspek ni sangat misteri. Each and everyone. Misteri bagai ada kisah sendiri.

Kes pembunuhan yang mengelikan, sebab aku suka bayangkan.
Kau pembunuh dah kenapa!!! nak potong2 bagai.  
Sepanjang membaca cerita ni, mula2 rasa yang dia ni suspek. Bila dah yakin.. tetiba ada pulak yang buat kita suspicious, orang yang ni ke pulak suspek sebenarnya. Bijak penulis. Buat saya teragak-agak siapa suspek sebenarnya.

Saya tidak mahu menjadi spoiler. So, anda baca lah sendiri. Nanti anda akan tahu juga siapa pembunuhnya dan apa sebenarnya disebalik misteri ini. Tapi masih rasa tak lengkap. Tak cukup satu buku ni.. kena ada sambungan.  

Saya sukalah dgn watak ghaz ni.. aduinya pun :)

Tahniah inawza!! Anda mmg awesome!!~
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
April 16, 2014
Jalan penceritaannya teratur dan menarik! Kes pembunuhan bersiri oleh Phantom Killer yang disiasat oleh polis masih menemui jalan buntu. Seorang PI, Ghaz Arman, bersama-sama membantu menyelesaikan kes tersebut. Saksi utama, Annaredza, seorang pelajar yang mempunyai kelebihan mampu membaca fikiran orang. And aku rasa nobody can't guess the ending correctly. Mungkin sipi-sipi lagi nak betul kan. Apepun, congrats Azwani Yusof.
Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
May 31, 2014
semua suka kecuali bab latar tempat yang kurang jelas. then intro pasal boleh baca fikiran orang n kes potong tangan tu mengingatkan aku dengan drama fav i can hear your voice. ohhh ending biasa laa novel fixi kann
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
July 3, 2014
Hanya 3 bintang.
Aku cuba cari istimewanya buku ni, tapi takde.
Rasa cemas langsung takde sebab dari awal aku diberitahu semua,
tanpa perlu aku fikirkan sendiri.

Apa pun, tahniah buat penulis!
:)
Profile Image for Hafiz Abdullah.
15 reviews2 followers
April 9, 2014
Hoho..Penamat yang sadis ya..Seram difikirkan jika betul di sekeliling kita ni adanya "mesin pembunuh" yang tengah dilahirkan.
Displaying 1 - 30 of 78 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.