A group of friends start dying in gruesome ways after a game of Spirit of the Coin goes wrong. The survivors try to save themselves but one of them has something to hide...
Pernah terfikir akan mati dalam masa 2, 3 hari akibat tertelan gula getah 20 sen pada sesi persekolahan sekitar tahun 2002. Pernah berkawan dengan seseorang yang gemar mengunyah kertas dan ubat pensel semasa di sekolah rendah.
Menghasilkan novel KACAU, GELAP, MEREKA, UNBOX & SYARIKAT bersama FIXI sekadar untuk berkongsi cerita separa tipu.
Tajuk lain yang aku kira lebih ampuh: KAOK (bahasa Indonesia untuk ‘berteriak)
Genre: Psychological/horror/mysticism. Fiction.
Baca novel ini jika anda gemar: Siri Suangi tulisan H.M. Tuah Iskandar. (sila Google kalau tak pernah dengar)
Latar tempat: logik vs. merapu? Typically logic. Ada sekitar Cheras, Seremban, Semenyih dan lain-lain. Kawasan bangunan tinggal dan sewaktu dengannya. Jadi, secara amnya agak relatable-lah.
Petikan paling meninggalkan kesan: “You put a smile on your face, while inside you feel like dying. You wear a smile, for the sake of supporting others, and that, THAT Al, is strength,” – Jimie, bab 12, halaman 167.
Ulasan aku: Aku mempunyai perasaan yang berbelah bahagi sesudah membaca KACAU ini. Ada beberapa perkara yang aku benar-benar suka tentang novel setebal 327 halaman ini, ada juga yang aku tidak begitu suka dan ada juga yang aku langsung tidak berkenan. Jadi, untuk memudahkan pembacaan ulasan aku (yang aku rasa mungkin bakal panjang berjela-jela ni) aku bahagikan kepada tiga seksyen. Selamat sakit mata tenung skrin lama-lama. Kthanxbye.
Pros: 1. Aku suka langgam bahasa yang digunakan oleh penulis dalam KACAU ni. Ia terasa segar, ada semangat urban, berbau remaja dan semestinya relatable. Aku tak ada masalah dengan code-switching yang sangat-sangat berleluasa dalam lontaran dialog watak-watak dalam novel ini kerana itulah lumrah kita sebagai seorang rakyat Malaysia, tak gitu? 2. Plot pace yang baik. Tak terlalu meleret-leret (*batuk* novel sendiri *batuk*) dan tidak pula terlalu laju. Sedang-sedang saja. Just nice. Kelajuan pacing plot dalam KACAU ini seimbang, memberi ruang untuk perasaan suspens dan cuak itu membengkak sebelum meletus dan menyusut, hanya untuk dibengkakkan semula. Bagus! 3. Dari skala 1 hingga 5, aku beri 3 setengah untuk nuansa seram dan psiko yang terhasil. Penulis nyata bijak membengkakkan babak suspens dan membiarkan pembaca tidak sabar-sabar untuk terus membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. 4. Aku suka apabila penulis bijak memanipulasikan teknik epistolary (walaupun tidak secara menyeluruh) ke dalam naratif cerita. Petikan tweet, SMS dan diari yang dipaparkan sebagai naratif sedikit-sebanyak berjaya memberikan unsur realisme kepada naratif yang digarap oleh penulis. Rasanya kalau diperbanyakkan pun lebih baik kerana ia boleh membuka lebih banyak dimensi kepada perkembangan watak-watak yang dibangunkan. 5. Kudos kepada penulis kerana mengangkat genre yang boleh aku klasifikasikan sebagai psychological/horror/mysticism ini. Aku yakin, penulis banyak membuat kajian tentang Ulek Mayang dan juga elemen-elemen seram yang diwujudkan dalam KACAU. Nampaknya novel ini bukanlah sekadar tulisan remeh kerana bukan senang hendak takutkan orang sebenarnya. 6. Penyudah dan epilog yang perfect. Serius. Semacam klu awal kepada pembaca yang bakal ada sekuel KACAU menyusul selepas ini. Paling tidak pun aku kira mesti penulis sedang merencanakan suatu spin-off. Betul, tak? #kekening
Cons: 1. Onomatopeia yang sangat-sangat berleluasa digunakan dalam naratif kadang-kadang membunuh mood tegang yang ditimbulkan oleh penulis. Contohnya pada halaman 84, efek bunyi kuku mencakar itu pada hemat aku tidak diperincikan dengan baik dan penulis seolah-olah agak malas dengan sekadar menzahirkannya dalam bentuk bunyi (baca: Sreeaattt… kreeeaatt.. kreaaaaatt) sedangkan efek onomatopeia itu telah dizahirkan tidak sampai 15 baris sebelumnya. Ada juga beberapa bahagian dalam novel ini yang menggunakan onomatopeia untuk menggantikan kesan bunyi yang terhasil, tetapi kesannya tidak begitu efektif. Contohnya pada halaman 40, bunyi ‘DOOOOM!’ yang menandakan ada objek berat jatuh dari tingkat tiga itu semacam kelakar. Sepatutnya elemen onomatopeia ini menjadi ‘perencah’ untuk menyedapkan naratif dan bukannya dikhususkan sebagai sebahagian besar daripada naratif. 2. KACAU ini seram memang seram. Tetapi kebanyakan babak yang dimunculkan seakan ‘been there, done that’ dan macam suatu saduran daripada novel atau filem seram Hollywood. Kadang-kadang ada beberapa babak yang agak klise bagi aku. Contohnya babak ada salah satu watak sedang berada di dalam bilik air dan ternampak kelibat perempuan berambut panjang di belakangnya itu bagi aku agak biasa-biasa (overkilled by Japanese horror flicks if you ask me). Tetapi aku respek bahagian ketika Syira dirasuk dan mula meracau-racau tak tentu hala (oh, dan bahagian dekat-dekat nak habis dalam novel ini). Itu seram. Serius. 3. Perincian watak agak lemah. Setiap satunya bagi hemat aku tidak begitu menonjol kerana tiada ciri-ciri istimewa yang membuatkan watak itu menonjol. Dialog yang digunakan lebih kurang sahaja gayanya, baik watak lelaki mahupun perempuan, menjadikan pembaca agak sukar untuk membuat pemetaan dan mengisi ciri-ciri setiap satu watak yang dibangunkan oleh penulis. Physical attributes watak-watak juga agak kabur. Jujur aku jelaskan, yang (ya, mungkin aku yang terlepas pandang, jadi maafkanlah aku) bahawa ada salah satu watak bernama Al dalam novel ini mati-mati aku sangka merupakan seorang lelaki, sehinggalah ke halaman 92 baru aku sedari yang Al ini seorang perempuan. Mungkin disebabkan namanya yang agak androgynous menyukarkan lagi untuk aku membuat kesimpulan awal terhadap perincian watak tersebut. Watak-watak dalam KACAU ini aku ringkaskan sebagai tidak begitu berjaya untuk menyampaikan pathos yang perlu disampaikan dan hanyalah sekadar logos kepada pergerakan naratif. 4. Point of view yang kurang jelas. Ya, KACAU ditulis dalam 1st person POV (I do this, I see that, I kicked the ball, etc…) serupa seperti apa yang aku sering guna dalam BISIK dan KOYAK. Namun masalahnya di sini adalah di mana apabila setiap bab dipotong kepada sub-bab dan setiap sub-bab tersebut digantikan dengan POV watak yang berlainan. Ia bagus kalau dilaksaknakan dengan bijak, tetapi bagi aku dalam KACAU ia menjadikan pembacaan sedikit huru-hara dan menyusahkan. Aku acap kali harus mengulang-baca beberapa sub-bab untuk mengetahui POV watak mana yang sedang menyuarakan naratif. Mungkin itulah sebab utama penulis sengaja berbuat sedemikian. Entahlah, hanya tuan penulis yang tahu. 5. Aku tak suka ‘Prolog’ novel ini. Semacam tak ada fungsi. Aku kira lagi afdal kalau penulis tulis bab berasingan sebagai prolog ataupun petik naratif pada baris akhir halaman 123 dan 124 sebagai prolog kerana bagi aku, itulah katalis yang lagi ampuh sebagai pembuka tirai untuk KACAU. But then again, ini hanyalah pendapat aku semata-mata. Penulis mungkin ada sebab lain kenapa dia memilih bahagian prolog itu ditulis sedemikian. 6. Part cinta muda-mudi, tulis lirik lagu bagi kat gf/bf. Itu klise, bai. #muntahhijau
Last verdict: Aku suka novel ini, nuansa seramnya sampai. Cumanya aku agak terganggu dengan laras bahasa yang bagi aku terlalu santai dan ditaburi profaniti yang tidak perlu sehinggakan sedikit mengganggu mood pembacaan aku. Overall, aku suka dan semestinya aku syorkan buku ini untuk dibaca oleh semua penggemar genre seram. Syabas buat penulis kerana berjaya menghasilkan suatu bentuk penulisan yang jelas sekali nampak kebersungguhan beliau dalam membuat kajian awal sepanjang proses menulis naskhah KACAU ini.
Oooo mannnn..... Sadis giler citer ni.... I will only read this once! To repeat would make me as crazy as them!!!
A story of 6 bloody stupid friends who I believe has got nothing better to do. 6 sahabat yg angkuh, bodoh, berani tak bertempat dan akhirnya..... [Hmmm... Kalau tayang kat panggung, harus panggung kenek bakar]
Sejujurnya, saya tidak suka cerita ini!!! Tapi baginya kok EMPAT BINTANG!!!! Kenaaapaaaaa yaaaaa???? Owh... aura Fara Quinn masih berbaki... I'm giving 4* because I think it is a highly recommended book. I think it should be read as a lesson to those who are into this kind of things. To teach people not to play a fool with the unknown. Do not strike a deal with 'them' Tapiii.... baca tu baca la jugak... Jangan la terlalu taksub. Truth be told, I was once sceptical bout this sort of things but I do not deny them happening kerana semua ini kuasa Allah... Siapa kita untuk mengiya atau menidakkan sesuatu yang di luar bidang kuasa kita kan... Having said all this, I DO NOT RECOMMEND IT TO BE READ BY UNDER AGE.
Sepanjang pembacaan, adrenalin pumping like crazy. Finished within 3 1/2 hours. I definitely hated the ending. Wish I hadn't read the book but wish I had. See... still not thinking right at the moment...
As usual, words in FIXI are words that we do not live by... Foul language is a norm.
All in all, it was a thrilling read n definitely going to bed tonite with the lights on!!!!
Sikit pun tak seram. Kecewa juga. Aku dah siap-siap angkut kucing masuk bilik buat jadi teman kalau-kalau buku ni seram, tapi seciput pun tak takut.
Awal-awal tu flow cerita rasa lancar juga. Sedap baca. Walaupun kadang-kadang rasa mengelirukan dan menjengkelkan juga bila main tukar-tukar POV sesuka hati. Dan bila tukar POV tu pula rasa macam sia-sia je sebab cuma tunjuk perspektif watak lain untuk babak yang sama. Tapi sekejap je. Lepas tu entah macam mana tiba-tiba hilang dah tukar-tukar POV ni. Tapi bila dah suku lagi macam tu nak habis cerita, tukar-tukar POV ni tiba-tiba buat comeback pula. Nak cepat-cepat habiskan cerita punya pasal la kot.
Sejujurnya, ceritanya dah macam kisah-kisah seram kiriman pembaca di majalah-majalah dan kisah-kisah seram yang dikumpulkan kat blog-blog zaman semua orang nak main blog dulu. Cuma dinovelkan je. Dan bila dinovelkan sebab nak panjangkan muka surat, banyak pula masuk filler yang tak ada pun takpe. Untuk premis cerita pula, cerita bermula pasal main papan Ouija dan lepas tu seorang demi seorang kena kacau dengan hantu. Bersepah dah cerita pasal Ouija macam ni. Cuma kali ni watak-wataknya orang Melayu. Tetapi watak-wataknya dengan pergaulan bebas dan seks luar nikah apa semua dah macam tak ada beza dengan watak-watak orang putih. Jadi, terus hilang la poin keunikan yang membezakan buku ni kat situ. Lagi pula kebanyakan babak-babak seramnya dah macam babak-babak kisah-kisah seram kiriman pembaca dan kisah-kisah seram yang dikumpulkan kat blog-blog zaman semua orang nak main blog dulu yang dicantum-cantumkan je untuk membentuk satu cerita yang panjang yang macam aku sebut tadi. Kalau dah biasa baca cerita-cerita hantu atau berkongsi cerita-cerita hantu dengan kawan-kawan, boleh perasan la kebanyakan babak-babak seram dalam buku ni dah dikitar semula berjuta lemon kali kat dalam kisah-kisah seram tempatan yang disampaikan dari mulut ke mulut dan kemudiannya disebarkan di skrin komputer. Tapi ini dari segi jalan ceritanya la, yang bagi aku tak menawarkan sesuatu yang baru langsung apatah lagi menarik dan menyeramkan.
Dari segi cara penceritaan pula. Astaga. Punya la bosan. Aku tak ada masalah sangat kalau baca benda yang dah dikitar semula banyak kali ni kalau cara penceritaannya sedap. Tapi itu la, cara penceritaannya pun bermasalah. Terlalu banyak bercakap, yang diakui sedikit sebanyak merupakan salah satu faktor membuatkan cerita bergerak dengan cepat daripada menunjukkan apa yang berlaku, yang barangkali boleh menguatkan dan menyeramkan lagi cerita. Terutamanya, babak-babak seram yang daripada ditunjuk apa yang berlaku, sebaliknya sekadar diceritakan semula saja oleh watak-watak buku ni sewaktu mereka buat post-mortem meeting kat mapley. Jadi, kat sini tak dapat rasa la keseraman yang dilalui watak-watak dalam buku ni sewaktu mereka jumpa hantu tu. Haih. Meeting kat mapley. Andai kata terlelap la otak sejam dua sewaktu baca dan tak ingat apa yang dah jadi, usah risau, usah khuatir, nanti akan ada post-mortem meeting kat mapley di mana watak-watak ni akan recap balik highlight-highlight cerita yang dah berlaku. Dan kalau terlelap lagi otak sejam dua selepas tu, usah risau, usah khuatir, akan ada lagi post-mortem meeting kat mapley ni yang akan recap balik semua tu. Macam tu la ulang-ulang kali. Jadi, dah rasa macam sia-sia juga la baca panjang-panjang sebelum tu kalau ada ringkasan dan rumusan cerita lepas 4 ke 5 bab.
Kalau nak ikutkan aku, aku rasa buku ni lebih kepada komedi seram daripada seram. Sebab aku lagi banyak gelak dari rasa takut. Gelak sebab bukan main banyak kejadian merepek dan mengarut dalam cerita. Selain itu, banyak juga soalan-soalan tentang perincian berkaitan dengan jalan cerita yang longgar yang sedikit demi sedikit menggunung bermain kat otak aku sehingga lama-kelamaan memberi kesan besar juga la kepada penghayatan aku baca buku ni. Antaranya: Aku tak faham bila seorang member ni 3 hari diam mereka jadi risau sampai nak pergi cari kat rumah. Tapi member yang entah macam mana berhibernasi sampai seminggu dan tak balas-balas panggilan atau pesanan teks tak ada pula turut buatkan mereka risau. Padahal member tu dah la baru lepas kemalangan. Apatah lagi ada juga member yang sebahagian besar dari buku hilang, langsung takde rasa risau atau cemas pasal member tu. Adakah sebenarnya mereka ni kalau nak ikutkan seperti kata-kata George Orwell dari buku The Animal Farm yang diterjemah oleh ITBM kepada tajuk Politik Kandang dan telah aku ubahsuai mengamalkan rukun “Semua kawan setara tetapi sebahagian kawan lebih setara daripada yang lain” yang buatkan tahap kerisauan mereka berbeza-beza bergantung kepada orangnya? Tambahan lagi, yang buatkan aku geleng kepala bila dibangkitkan isu syirik main seru-seru hantu ni dan salah satu cara untuk mereka melepaskan diri dari terus dikacau adalah dengan mencadangkan mereka buat satu lagi perkara syirik dengan meminta bantuan bomoh Siam. Aduhai. Pelik betul aku. Masjid dan surau kan ada. Boleh cuba tanya mana-mana ustaz. Kalau tak pun, pergi la telefon atau balik kampung mengadu kat mak ayah. Nanti boleh la mereka tolong setelkan. Tapi mungkin sebab tu kot diabaikan pilihan ni. Sebab nak leretkan cerita kasi panjang-panjang.
Bercakap pasal panjang, dah terlalu panjang sangat pula dah ulasan ni. Banyak lagi aku tak puas hati sebenarnya. Tapi takpelah. Mungkin bagi aku buku ni tak begitu seram. Bagi yang kurang didedahkan dengan kisah-kisah seram sejak kecil atau tidak banyak menonton filem-filem seram luar dengan penamat yang menggunakan formula sama yang mudah dijangka, berkemungkinan akan suka buku ni pula. Manalah tahu.
Karya pertama beliau dengan FIXI, sesungguhnya tak mengecewakan aku...berada dalam kategori genre thriller seram, ianya memberi satu kepuasan daripada permulaan sehinggalah penamatnya...plotnya berlaku begitu pantas...ada saja cerita yang ingin di sampaikan oleh penulis sehingga aku susah nak mencari RnR untuk melepaskan penat seketika...mungkin disebabkan ceritanya yang pantas, bintang yg diberi ku pun penuh...
Dengan cover yang menarik memberi satu misteri buat para pembaca...patutlah cover sedemikian rupa, ada perkaitan dengan jalan ceritanya...ngilu, ngeri menjadikan ia sebuah cerita yang menarik untuk di hayati...
Seram??? hmmm... Maaf cakap, bagi aku ianya tidaklah seberapa seram walaupun ku cuba membacanya diwaktu malam, mungkin elemen2 suspen telah mengambil alih ketika itu sehingga degup jantung ku berdenyut kencang...heheh
Jika kalian meminati cerita yang berkisar dengan rasuk, spirit of coin, puntianak, pembunuhan kejam, inilah novelnya...tiada naratif panjang sehingga meleret2, banyaknya dialog yang bercampur aduk dengan bahasa slanga, kesat & pasar...terdapat penggunaan twitter, sms, diari & lagu untuk mencantikkan jalan ceritanya...
Penggunaan "AKU" untuk watak2 terbabit menjadikan pembaca dapat menghayati setiap watak2 di dalamnya...justeru itu, pembacaan perlu di lakukan berhati2 agar kalian tak dikelirukan...
Meremang gak bulu roma aku baca novel ni, buat aku rasa nak layan SBDJ Tamar Jalis pulak sebab katanya "the malay masterpiece of horror", mesti lagi meremang punya!
Cuma aku hairan kenapa budak2 ni taknak mintak tolong ustaz ke apa ke, setiap kali berlaku peristiwa mengerikan, kematian, kekacauan, mereka akan gi lepak kedai makan dulu bincang2 sambil buat lawak sikit2, aku tak boleh "brain" scene2 ni haha.
Aku faham kenapa penulis berbuat demikian, kalau watak2 ni gi panggil ustaz ke apa awal2, cepat la setel kan, so nak dijadikan novel ni panjang, terpaksa la lupakan solusi tu, biar la watak2 tu kena kacau sampai habis, baru syiok.
p/s: lain kali kalau jadi cenggini dalam hidup kita, gi la cari ustaz ke apa ke, gi mapley & mcD apa pun tak setel. Fiksyen kan.
Penulis buku ni - Ariff Adly - or aku panggil dia Kidd - sebelum ni DM aku kat Twitter (aku tak kenal dia lagi masa ni) dan mintak aku baca dan komen manuskrip dia. So, aku pun baca baca baca sampai habis. Masa tu, manuskrip tu kira first draft lagi. Sekadar draft yang tak diperkemaskan lagi. So, aku pun komen komen komen and suruh dia 'surprise me!' and aku harap dia tak hantar full manuskrip kat aku selagi benda ni tak di-approve sepenuhnya sampailah ke launching.
Bila aku ditugaskan untuk bina ebook dari novel ni (a few days before buku ni di-launch), aku baca balik. Aku rasa... wow! Banyak perubahan yang dibuat dari draft tu dan perubahan tu adalah satu perubahan yang bagus sekali!
Aku yakin keseraman yang berlaku dalam Kacau ni mampu membuatkan pembaca tak senang duduk dan membuatkan diorang baca buku ni sambil pandang kiri-kanan (takut ada yang menumpang baca, kalau tak kat belakang, kat atas... jaga-jaga!)
Walaupun flow cerita ni lebih-kurang sama dengan Ilusaniti karya Adib Zaini, tapi Kidd berjaya membawa jalan cerita dia ni ke dalam rentak penulisan dia. Dan eksperimen dia memang menjadi. Kudos, bro!
Sejujurnya, aku percaya Kidd ni boleh jadi penulis yang bagus seperti Shaz Johar dan Khairulnizam Bakeri dengan membawa genre sebegini, tu pun kalau dia rajin la.
Seram! tertgk cover pun cukup la.. isk dah tau kan makhluk tu mmg kaki putar masih lagi buat perjanjian gila... dan ada lagi yg gatal2 nak seru bendalah tu
kesimpulannya semua yg berlaku disebabkan tangan manusia sendiri, nak seronok tak ketahuan punca!
Akhirnya lengkap baca kesemua buku Ariff Adly. Kacau menjadi pilihan terakhir utk ika baca sebab ramai kata Kacau mmg karya Ariff yg terbaik. And yes, ika setuju. Memang best eventho konsep permainan spirit of the coin ni kita dah selalu dengar & tengok dlm movie. Originality tu ada dlm buku Kacau. Ika tak rasa yg penulis ada mencedok sikit idea dr movie seperti dalam Mereka & Gelap.
Rasa tak bosan utk teruskan membaca sebab tak sempat nak rehat jap, dah org lain kena kacau. Haha. Banyak jugak part yg ika suka dalam ni antaranya Syida kena rasuk masa dalam kereta. Weh, siap nyanyi lagu Ulik Mayang. Seram kot. Masa Amat beli KFC nak bagi Al dgn Jimie makan, tapi yg makan tu org lain, Ajim muntah rambut and banyak lagi.
Ending not bad. Tak expect pun ending dia mcm tu. So, conclusion mudahnyaa. Dari hang pi sibuk nak cari hantu kononnya, main seru seru setan la apa la. Baik hang duk umah baca buku haha. Benda tak jadi kalau tak dicari. Secara realitinya pun, bdk bdk remaja mmg suka explore sesuatu benda yg kita sendiri tak fikir. Benda yg selalu diexplore tu pun, benda yg makan diri balik. Please adik adik, sila guna otak sebaik baiknya. And otak tu letak dekat kepala jgnletak dekat kepala lutut hoho. Tiber emo✌🏻
Weyhhh buku ni serious seram dowhh... Dah lah scene seram dan suspen dia tu macam non-stop. Memang kau baca tu duk selak muka surat non-stop jugak. Sangat fast reading dan tak bosan langsung! Cuma cara pembahagian penceritaan dia tu aku rasa boleh betulkan lagi kot. Sebab kadang boleh buat orang confused ini cerita pasal siapa pulak? Sebab ganti diri "aku" tu buat confused tak tahu siapa yang tengah bercerita. Maybe boleh letakkan nama watak di atas sebelum start penceritaan tu. So, orang tahu ini cerita pasal siapa.
Apa pun overall memang BEST OKEH!!! Tahap keseraman tu sampai buat aku stop baca sebelum jam mencecah 12 tengah malam. Hahahahaa... Part ulik mayang dengan ayat "Lupa something ke, dah tahu?" itu betul2 buat aku pun rasa grabra dan meremang weyhh bulu roma! Betul seram shit lah citer ni! Hahahahaa~
Pesanan khidmat masyarakat: JANGAN BACA BUKU NI KALAU KORANG TENGAH DUK SORANG DEKAT RUMAH.
Not gonna reread, not gonna think about this book, not gonna eat KFC for many weeks or months, not gonna think about puking hairs, not gonna name my kids Ron, Erisha, Malika, Balqis, not gonna listen to Ulek Mayang. Yang pasti, kalau dengar air paip terbuka or botol atas lantai, aku biarkan je.
I am so done with this book.
Although there are unnecessary plots because of zero relevance, other than that.... Yes, this book has crazy horror elements that may or may not leave you traumatized
Another favorite added to my list. KACAU memang whoa!
Dari awal hingga akhir, jalan cerita, karakter (minus the trouble yang aku encounter each time nak define who is 'aku' this time, but yeah itu small matter je), saspen dan thrill yang penulis insert each time timbul konflik (though aku rasa few scary scenes macam klise jugak-- cerita-cerita hantu dan seram or urban legend yang biasa kita dengar/baca), the crime itself sampai aku tak sangka that one character penyebab kepada semua benda yang jadi, Malika and the gang (gosh spooky sampai tahap aku terbayang-bayang), the ending monologue daripada Jimie (that is so sad)-- aku bagi thumbs up untuk novel debut penulis ini.
Another thing yang aku suka bila penulis amat pandai mengheret aku sekali dalam ceritera dia sampai aku rasa semua benda tu tengah jadi kat depan mata aku. Aku tak boleh lupa scene KFC even waktu Amat cakap pada diri sendiri-- come on Amat, think!-- aku pun tanpa sedar berkata-kata sendiri-- yes Amat, THINK!! THINK REALLY REALLY HARD!
Aaaaanyway... kalau awak tak berapa gagah baca buku genre macam ni, tolong jangan baca di waktu malam sunyi dan tanpa ada orang teman. Please. Don't. Do. That.
Sejujurnya ini adalah novel keluaran Buku Fixi yg pertama aku baca. Nampak sgt yg aku ketinggalan. Tp takpe, biar lambat asal selamat jugak baca akhirnya. Best giler. Highly recommended utk sesiapa yg suka genre thriller seram. Skrg Fixi ada buat sale dlm bentuk ebook, RM5 je sebuah. Korang boleh grab di Google Play.
Kacau ni sebuah novel yg padat, tak meleret dan rasa macam tak sabar nak habiskan. Perasaan nak tau apa yg berlaku seterusnya tu membuak2. Plot berlaku dgn pantas. Mmg tak rasa bosan sikit pun. Kisah 6 sekawan yg bermain Spirit Of The Coin semasa Ghost Hunt. Slps pada itu seorg demi seorg mati. Yg pertama adalah Syira. Yg lain dah rasa tak sedap hati, rasa mcm itu adalah effect dr permainan dorang. Geram wei, dorang terpelajar tp main benda yg ntah pape.
Sejak kematian Syira, mereka diganggu. Kalau korang penakut, jgn baca waktu malam. Serious aku rasa seram. Kehilangan Fiq, jd satu tanda tanya. Apa yg berlaku sbnrnya pd dia. Kemudian Ajim pula diserang oleh makhluk yg mempunyai gumpalan rambut. Gumpalan rambut yg keluar dr mulut Ajim menyebabkan kematiannya. Syida juga diganggu. Dirasuk menyanyikan lagu ulek mayang. Berdiri bulu roma wei bila baca part nyanyi tu. Kemuncaknya, akhir sekali tahu apa penyebabnya. Knp mrk diganggu. Kerana Salah sorg dr mereka telah membuat perjanjian dgn setan. Perjanjian dibuat semata2 krn nakkan permainan dorg real dgn kedatangan makhluk itu. Tp syaitan, bukan makhluk yg menunaikan janji. Krn kebodohan seorg, nyawa jd galang-ganti.
Sedih endingnya. Bila Jimmy tanpa sedar telah membunuh Al. Jimmy sangkakan Al adalah Malika, si makhluk itu. Dan kerana itu jugak Jimmy mati. Cuma Amat yg terselamat krn dia tidak bermain permainan itu. Tp pengakhiran Amat juga sadis, menjadi sakit jiwa. Mmg byk pengajaran dpt di ambil. Jgn sesekali terjerumus dgn benda khurafat spt ini. Aku suka POV yg digunakan. Perkataan 'aku' itu buat kita dpt alami apa yg watak2 itu lalui dan rasa. Cuma kena meneliti sbb takut itu akan mengelirukan kita. So kena faham betul2.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertama sekali tahniah buat Ariff Adly @ Kidd untuk novel ini dan novel keduanya yang sudah pun berada di pasaran sekarang. (Bestseller tu!)Memang agak terlambat untuk membaca naskah ini. Membaca naskah ini pun setelah melihat komentar-komentar pembaca yang berada di Goodreads. Ternyata tidak rugi mendapatkan naskah ini!
Cover buku ini agak menarik. Malahan genre seperti ini memang jarang boleh ditemui dan jikalau ada pun tidaklah terlalu seram atau suspen. Tapi buku ini agak berjaya melekat dalam jiwa sebagai sebuah buku yang boleh dikatakan sedikit seram ( unsur suspen itu yang paling menang rasanya!) …
Kisah golongan remaja yang boleh aku perkatakan agak benggap sebab cuba mengisi aktiviti mereka dengan memburu hantu di Seremban di kawasan bangunan tinggalan. Cara-cara penampakan hantunya agak sedikit klise dan mungkin sudah kerap kali disajikan pada buku dan wayang-wayang yang pernah dijamah seperti penggunaan Spirit of Coin, Hantu yang bergerak dari belakang watak apabila melihat cermin dan ada beberapa lagi. Namun encik penulis berjaya membawa pembaca supaya tnggelam dan tidak mempertikaikan hantu klise yang diwujudkannya itu dengan gaya penyampaian ceritanya yang boleh aku katakan agak tiptop.
Owh ya, membaca naskah ini juga mengingatkan aku dengan buku Ilusaniti karya Adib Zaini. Dialog yang agak kasar dan penuh carutan serta watak-wataknya yang digunakan adalah sekumpulan sahabat. Tapi aku lebih suka Kacau berbanding Ilusaniti yang pada aku naskah itu agak memeningkan kepala sedikit.
Kebenaran yang berada di hujung ceritera membuatkan aku rasa sakit hati. Selama pembacaan berlangsung aku berharap watak itu akan menjadi hero dan bakal menjadi watak pujaan tapi sebenarnya dialah yang menyebabkan semua perkara itu terjadi. Tak boleh blah kot!
Apa-apa pun aku rasa naskah ini seperti ada sambungannya walaupun naskah kedua bukan sekuel buku ini. Jadi aku tunggu. Hantu tu Kidd masih terlepas kot! Nak sambungan please… hehe…
Ajim's death was the only scene with an OMG element in it. Ada beberapa scene yang kurang penekanan jadi masa aku baca, perasaannya cuma macam "oh ok,"
But overall, it was okay.
Bacaan kali kedua:
Bila baca kali kedua, baru perasan banyak sangat benda yang tak logik dan janggal dalam naskhah ini seperti dialog watak-watak dan perilaku watak watak.
Contoh: Semasa kehilangan Fiq, watak watak dalam naskhah ini banyak kali meluahkan kerisauan mereka tapi kenapa asyik tangguh-tangguh pergi balai polis untuk buat report?
Dan, dialog-dialog didalam naskhah ini sebahagian besarnya adalah sangat janggal. Tak campur lagi dengan kesalahan tatabahasa (English terutamanya) dan penggunaannya yang kadang kadang tak kena tempat.
Plot twist boleh tahan tapi setakat itu saja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
aku suka cerita ni. best. aku habiskan dalam masa 1 hari setengah. Unsur suspen tu ada dan kadang-kadang aku pun terfikir yang rambut Balqis menjalar dalam bilik aku, Ron merayap dan membisikkan seuatu dan Erisha yang datang dengan cara terbalik macam exorcism. Arghhh Malika, suaranya menggerunkan aku. Fiq, watak yang tak disangka-sangka menjadi punca segalanya berlaku. Dalam kewarasan mereka ini, kadang-kadang aku terfikir kenapa mereka tak pernah terlintas untuk mencari ustaz, berbanding bomoh? Yang tu aku tak dapat nak fikir apa yang penulis fikir. Apapun tahniah kepada Ariff Adly sebab dah berjaya menarik minat aku untuk membaca KACAU. Nice story.
Kalau kau buka goodreads untuk baca review buku ini sebelum beli, jangan ragu ragu! Beli je!
Jalan cerita yang best, tak ada part yang bosan, penuh dengan suspen and action! Seram tak payah cerita lah. Cuma awal awal tu ada part yang aku pening sikit masa cerita melompat dari orang lain ke orang lain punya point of view
Mengisahkan tentang 7 sahabat, bebudak baru nak up yang menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah seperti lepak2 buang masa dan memburu hantu. Suatu hari, ketika memburu hantu di mall terbiar di Seremban, mereka telah menyeru makhluk bernama Malika melalui permainan Spirit of the Coin. Sejak itu, mereka mula diganggu dengan kejadian2 yang mengerikan. Yang lebih teruk, mereka mula dibunuh dengan sadis seorang demi seorang. Apakah misteri di sebalik kejadian itu? Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Sebuah novel seram keluaran Fixi yang bolehlah dikatakan menghiburkan dan seram. Kisah bebudak baru nak up yg tak kenal agama. Kena kacau dengan hantu, bukannya nak cari ustaz ke. Sempat lagi bincang2 kat Mamak n McD. Ha3... Novel ni diceritakan dalam 1st person view. Tpi apabila diceritakan dari view banyak watak, jadi pening pulak. Watak mana satu yg bercerita ni? Tpi keseluruhannya, menghiburkan jugak lah...
This was good and my poor heart almost stopped several times. I'm such a scaredy cat. I loved the plot, but there were some scenes that I find unnecessary to the story, like the kids that Jimie saw and also the time that Jimie slept for one whole week. I couldn't see the relevance of those to the overall plot. But maybe I missed something. I'm gonna discuss this with my readalong buddies and come back with an update, if any.
Aku rasa aku akan lebih enjoy buku ni kalau aku baca masa aku zaman sekolah.
Secara ringkasnya cerita ni tentang sekumpulan sahabat yang pergi ghost hunt dan main ouija board. Pastu macam biasa la kalau melibatkan ouija board. Seorang demi seorang daripada mereka ni kena kacau. Tetapi ada sebab lain kenapa mereka ni kena kacau.
Aku tak suka satu je benda tentang buku ni. Transition antara POV tu memeningkan. Kadang-kadang ada babak dan bab yang aku pening ‘aku’ tu merujuk keapada siapa dalam situasi tersebut ?
Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kepada penulis sebab tulis karya yang best seller gini. Kira satu pencapaian yang amat memberansangkan. Cuma ada beberapa perkara yang Una tak suka tentang novel ni.
But first, the compliments:
1) Not draggy. Bagusnya novel ni sebab dia fast paced. Kena kacau (get it? XD - title kacau memang tepat) tak berenti. Baru habiskan pagi ni sebab bilik penah ada penampakan walau pun dah lama hoho. Habiskan buku ni dalam masa sehari je. Cuma bila dah sampai akhir tu, beberapa part yang Una skim je sebab tak mampu + tak sanggup. Yang tu, explain nanti.
2) Bagus effort penulis sebab dia cuba wujudkan environment 'remaja'. Yang ni, emmm macam mana pun Una rasa penulis terlajak. Umpama masak tomyam garam terlebih. Perencah dah sedap tapi disebabkan garam terlebih tu agak-agak jadi apa? XD
3) Penulis ada buat homework pasal Ulik Mayang
4) I loike the ending. Haha. Seram, evil and gross sepanjang cerita.
Kenapa 3 bintang saja? Bukan ke setiap kali update progress dalam current read nampak okay je?
1) Sebab pertama - TOOOOOO MUCH CURSING. TOO MUCH IN CERTAIN EVENT YANG NAMPAK TAK LOGIK KAU NAK CURSE TIME TU. Time kena nak mati pun sempat lagi nak mencarut. Time lepas solat, dah ingat Tuhan pun sempat lagi. Tau, faham penulis nak ambik mood tu tapi tetap nampak tak logik langsung di mata aku. I know I'm not the only one yang isukan benda ni tapi pada yang suka tu, maybe kita tak sekepala kot. Haha. Perlu aku tekankan di sini yang cursing adalah sangat tidak cool apatah lagi lepas solat dan lepas ingat Tuhan. Awkward dia tahap gaban XD.
2) POV. Yang ni antara faktor utama jugak. Konfuse, ni guna POV pertama ke macam mana? Setiap sub-bab nak kena find out sapa 'aku' dulu. Literally every single sub-chapters and chapters. Rasanya penulis kena pilih samada nak gunakan 'aku' atau 'dia'. Cuma pilih POV satu watak je dalam satu sub-bab.
3) Melucah. Sangat tidak cool. Sorry sangat kalau korang tak setuju. Yang pasti, benda ni bukan masalah sendiri tak open minded. Don't you think it's wrong to think people who don't accept this as not being open minded? Cuba kita renungkan.. acewah!
4) Tak dapat nak bezakan antara karakter. Patut kena wujudkan personaliti specifik, or at least a little specific untuk bezakan setiap watak. Una tau bukan Una sorang mula-mula keliru Al ni laki ke perempuan ke tomboy ke bisexual? XD
Maafkan saya tuan penulis. Seriously, saya budak baru belajar :). Anyways, congrats untuk naskhah ni
KACAU sebuah lg naskah thriller seram terbitan FIXI, KACAU merupakan naskah pertama penulis Ariff Adly, mengisahkan sekumpulan remaja yg gemar melakukan xtvx paranormal, mereka tlh kesebuah bangunan tinggal dan disana mereka tlh main permain spirit of coin iaitu menyeru roh, sejak kejadian itu mereka sering diganggu oleh entiti asing, satu persatu menemui ajal semenjak itu, kemana shj mereka diganggu, kematian demi kematian, entiti itu sprt tdk mahu melepaskan mereka, sehingga akhirnya seorg dari mereka tlh membuat perjanjian dgn roh tersebut yg akhirnya dia diperdaya, mengapakah roh tersebut terus menerus menganggu mereka walau kemana mereka pergi? Apakah yg akan terjadi kpd sekumpulan remaja tersebut? Apakah penghujung kpd kisah ini? Anda harus dptkan naskah ini segera, jika anda pernah membaca ASRAMA, GANTUNG, pasti anda juga akan menggemari KACAU, ternyata sy amat puas tatkala membaca naskah ini, ternyata penulis & FIXI berjaya menghasilkan karya seram yg baik, jika anda seorg yg agak penakut anda digalakkan membaca KACAU disiang hari, naskah yg amat berbaloi dimilikki dan harus menjadi koleksi anda sbg pengemar genre seram dan penggemar FIXI, berkenaan dgn cover yg ditampilkan amat menarik dan jika anda ingin tahu simbolik mengapa cover KACAU di disign begini anda harus membacanya dan anda akan tahu mengapa cover ini dipilih, dan jgn lupa terjah ke ART FOR GRAB pada 29/03 untk, menemui penulis semasa sesi pelancarannya di Pasar Seni, tahniah buat penulis krn berjaya menghasilkan naskah spt ini, dan penulis mempunyai masa dpn yg cerah dlm dunia penulisan dan teruskan menulis, tahniah
# p/s ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Akhirnya habis dah baca buku ni.Aku ambil masa lama sebab takleh baca malam-malam.1st day baca,malam tu mengigau..haha..bengong.terlampau pikir kot.
Jalan cerita menarik,mula-mula aku kompius sebab banyak sangat watak 'aku' dalam cerita ni.sampai dok pikir eh ni sapa?Jimie?Al?Amat?Ajim?mana satu ni?sampai tengah cerita dah kurang penggunaan 'aku' dan aku pun dah boleh tangkap sikit-sikit flow cerita.Pasal sekumpulan anak muda,yang pergi ghost hunt dan main spirit of the coin kat satu bangunan di seremban. Tapi mereka telah melanggar syarat permainan tu dan menyebabkan spirit tu mengamuk dan menuntut hak nya. Ending nya aku tak sangka rupanya ia kerja si A ni..cuma masa Jimie mimpi die tu aku ingat die pun dalam kesusahan jugak.rupanya benda ni dia yang mulakan,dan ending nya agak sedih bagi aku..Amat bernasib baik sebab dia tak main sekali. tapi misteri jugak sebab die tiba-tiba naik tingkat 4,macam kenapa dia sorang-sorang tersesat dan tak main game tu?Macam diselamatkan pulak.
Cerita best,peminat genre seram/thriller mesti suka,aku pun suka tapi aku penakut.hehe..paling seram part budak bawah sinki dan masa Syida dok sibuk ber-ulek mayang..scary!aku macam rasa diperhatikan pulak..
Kekacauan bermula bila 6 manusia mengacau bangunan tinggal di Seremban yang dipercayai ada entiti lain. 4 bintang sebab tahap keseraman yang tinggi bagi aku yang membaca di waktu malam. Seperti aku diperhatikan benda lain pulak masa manusia dalam novel ni diganggu hantu2 ni. Cuma ada banyak benda logik yang boleh dipertikaikan termasuk sedikit aksi lepas laku dalam novel ni yang memang aku dah jangka ada dalam fixi. Sila baca untuk menguji level seram anda...
Habis bace novel ni pukul 3 pagi. Terus tak boleh nk tido sbb rasa mcm kene kacau. Arghhh! Kuat betul impak dia kan! Superb. Nak jadi kan Ariff Adly as my fav author lah!! :) Tahniah!
Terlalu yakin dengan diri sehingga membuat perjanjian dengan makhluk tak sepatutnya.. Akhirnya mengorbankan nyawa sendiri dan kawan-kawan.. Memang seramlah cara olahan penulis bagi setiap gangguan.. Mengujakan..
I hated this book with every fibre of my being... I cant even with this book... memang bodoh lah plot buku ni. I can't even but my full thoughts are in my rant review
Satu bintang untuk cubaan penulis, satu lagi bintang adalah kerana aku rasa teruja pada 25 muka surat terawal.
Dan itu sahaja.
Aku suka thriller, be it in English or Malay, tapi untuk novel Kacau, bagi aku; tidak sampai ke tahap yang sebagaimana sepatutnya. Terasa Ariff Adly terlalu mencuba untuk menjadikan watak watak novel ini kelihatan tak innocent. Aku tak ada masalah dengan bahasa kasar, tapi bahasa kasar dalam novel ini; tak semulajadi langsung. Tak real.
Plot berserabut. Sekejap hantu ke sini, kemudian ke situ. Setiap dua muka surat ada hantu. Perkara seram, jadi kelakar. Aku tak pasti kalau aku seorang saja yang bagi review tak baik, tapi agree to disagree, okay?
Semua watak tak ada development. Ariff Adly seolah olah baru tersedar untuk meletakkan sedikit elemen agama apabila salah satu watak tiba tiba teringat akan Tuhan dan kemudiannya bersolat.
Lucu. Bahagian 'hantu' itu turut mengikut bacaan Ayat Kursi. Bahagian Amat tertanya tanya jika dua 'makhluk' di hadapannya sudah tahu bahawa dia sedar mereka bukan rakan rakannya (GOD. Seriously?) Bahagian salah seorang daripada mereka drop F-BOMB bila kena 'ganggu'. Sungguh Ariff Adly, penat aku gelak.
Tapi;
Ada unsur suspen. Ada bahagian yang buat aku tertanya tanya. Dan itu kelebihan penulis. Bagus. Cuma PALING aku harap, bahagian plot dan watak diperbaiki. Aku meletakkan harapan yang tinggi kepada para penulis Fixi. Aku mahu bahan bacaan berkualiti tak kiralah berapa kali pun watak wataknya mencarut. Aku mahu suatu bacaan yang buat aku (dan setiap yang membaca) sentiasa ingat pada cerita tersebut, dan sentiasa mahu mengulanginya.
1. author kena buat chapter untuk part setiap watak, asyik guna aku sampai boleh confuse.
2. sakit dada baca buku ni, banyak sangat mencarut. aku ni udah ler bukan kaki carut....
3. rasa nak sepak je si fiq then campak buku ke sungai/laut... benci endingnya....
moral of the story: tak payah ler nak tunjuk berani semata-mata nak buat ghost hunt, dari buat tu baik buat book hunt ka apa ka.... tak pun ilmu agama hunt. memang bodoh diorang ni buat kerja tak faedah tapi if takde... takde la ceritanya kan. dan nampak sangat mereka ni semua kurang ilmu agama di dada, nama pun budak muda and darah panas. rate ... boleh bagi 4.5/5 ....
haizzz terima kasih wujudnya fixi.. takde la bosan tengok tajuk cinta yang memang ler aku tak minat. tak kembang minda sorry ek. pendapat 1 sen jer.
apa-apa aku memang terbayangkan hantu dalam KACAU ni. bengong jangan esok jadi nightmare sudah, mau aku payah nak tidur nanti.
Habis pun baca buku ni. Curi masa sana sikit, sini sikit. :P
Biasa-biasa je buku ni bagi saya. Bila habis baca, rasa macam numb? Tak pasti kenapa.
Sepanjang baca buku ni asyik terfikir, kenapa la takde sorang pun di antara diorang yang terfikir nak cari ustaz mana-mana yang pandai Perubatan Islam? :D
Lagi suka Gelap.. No more ghost books for me. Bunuh-bunuh boleh la. :P