Hanya kerana obses, Diana telah melanggar batas sebagai seorang rakan. Hubungan Diana dan Erina berantakan selepas dia nekad untuk merampas teman lelaki sahabat karibnya sendiri.
Diana bangga kerana Zaed Iman kini sah menjadi miliknya. Namun erti bahagia seakan-akan tidak setuju dengan hubungan ini.
"Kita akan berbunuhan hujungnya, Diana... Ia satu percaturan yang salah!" - Zaed Iman
"Aku sayang kau, Zaed. Selama ini aku ingat aku boleh lepaskan kau pada Erina. Tetapi ternyata aku salah. Aku tak mampu...." - Diana
Perkahwinan yang tercipta atas dasar paksaan ini makin kelabu dihujungnya. Diana menjadi semakin rapuh, ego Zaed semakin meninggi.
Setelah puas Diana mengorbankan dirinya hanya untuk ungkapan maaf, dia tidak lagi mampu memenangi hati Zaed. Pemilik mata yang mendung dengan cahaya itu akhirnya mengalah. Dia tidak lagi mampu melawan bingit kepala dan akhirnya memilih untuk menyakiti diri sendiri. Kerana baginya lebih mudah melepas luka ini dari terus disakiti.
cerita ni mengetengahkan perampas as the main character #bestieqadalahmaut. maybe sebab aku tak berapa suka the idea of this trope, so it kinda irks me
plus eventho dah tahu kenapa Dee berperangai macam tu, i still believe that doesn’t give her a free pass to act bitchy and ruin someone else’s relationship
Zaed’s feelings quite questionable. aku rasa sebab inner monologue/perasaan dia tak dikembang sangat, hence i mempersoalkan tindakan dia. since awal awal he was potrayed as someone yang susah nak lepaskan Erina, but at one point, dah boleh move on gitu je. so i’m assuming maybe dia senang untuk berdamai dengan takdir dan dah penat. still, i actually couldn’t see the chemistry between him and Dee even after diorang dah berbaik
2.5⭐️ not because it’s bad BAD, simply because i just don’t vibe dengan premise cerita ni. but irl wujudlah masalah gini. also it’s a free ebook so it’s not a right place to comment lelebih
Diana ni best friend Erina. Erina dan Zaed ni love birds. Diana ni cemburu pastu obses dengan Zaed. Dia rancang nak rampas Zaed daripada Erina.
Zaed ni mula-mula marah. Tapi at last dia terpaksa redha dengan takdir dia. Mungkin 1 percent lelaki akan react sama macam Zaed. Like bro, kalau aku jadi ko aku akan mengamuk lagi dahsyat tau. 😤
Penulis cuba nak ketengahkan watak perampas sebagai watak utama iaitu Diana hidup bahagia dengan lelaki yang dia rampas tapi yang pastinya dia akan rasa serba salah dengan tindakan dia tu. Aku geram betul dengan watak ko ni! 😤
Aku pula kesian dengan watak Erina. Dah la innocent pastu member rampas boyfriend dia pun still boleh bagi reaksi yang positif. Macam ko ni kenapa baik sangat. 😭
Hopefully, penulis banyak release e-book lagi. Suka baca cerita penulis ni. Ada rezeki nanti kita beli buku fizikal pula.
Setiap e-book yang aku baca daripada penulis ni, bagi vibe cerita dan karakter tu berbeza. Ni ranking personal favourite aku.
1. Denting Rindu 5/5 2. Ezariel 5/5 3. Sebening Cinta Dea 4/5 4. Untuk Luka Ini 3/5
Jatuh cinta dengan kekasih bestfriend sendiri memang tak pernah dan tak akan pernah terlintas dalam fikiran Dee - senyuman Erina, itulah kebahagiaan Dee. Tapi siapa sangka takdir yang disusun buat rasa yang satu itu bercambah belum sempat dihalang. Dee jatuh cinta pada orang yang salah.
Sepanjang persahabatan mereka, Dee cekalkan diri melihat orang yang tersayang menyulam kasih. Sangka Dee, semuanya akan jadi mudah bila dia menjauhkan diri dan bersungguh untuk lupakan Zaed Iman, lagi lagi bila dua sahabat baik nya sedang menghitung hari menuju bahtera perkahwinan.
“𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉… 𝑭𝒐𝒓𝒈𝒆𝒕 𝒉𝒊𝒎, 𝑫𝒆𝒆.”
Tapi Dee lupa yang dia cuma manusia biasa. Yang boleh tewas dengan nafsu dan fikiran jahat. Zaed Iman berjaya diikat walaupun dengan cara paling keji. Tak perlu dihamun, Dee sendiri tahu dia jahat, Dee sendiri sedar yang hari hari seterusnya dia akan dibenci Zaed.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Perempuan baik? Dee sedar antara dia dan Erina, tak perlu bersuluh memang dia yang jahat sejahat syaitan - tak solat, minum air haram. Sangat tak layak untuk berganding dengan lelaki sebaik Zaed.
Tapi demi sayang dan rasa puas memiliki Zaed Iman, Dee butakan hati. Dee pura-pura tak ambil tahu semua maki hamun Zaed, semua sindiran dan hinaan Zaed. Dee cuba kuatkan hati untuk bertahan sebagai isteri kepada Zaed Iman, walaupun dia tahu yang itu semua sedang membunuh jiwanya perlahan-lahan.
“𝑳𝒆𝒑𝒂𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖, 𝒁𝒂𝒆𝒅.”
Sayaa bacaaa without any expectations - memang random scroll, tak tahu pasal apa, siapa main character, literally membuta tuli bacaa tapiiiii tak ku sangkaaa I’m hooked by the story sampai sayaaa tak sanggup nak habiskann.
Mulaaa mulaaa gerammm sangat dengan Diana sebabb dia senang sangat sakitkan hati semua orang - semata mata nak puaskan hati sendiri. Tapi makin lama mendalami hidup seorang Dee, makin tahu yang Dee cuma rindukan seseorang untuk dia bergantung harap🥹😭 Dee cuma rindu untuk ‘pulang’ tapi takde siapa yang sudi bawa dia kembali😭😭🥹
Awal awal tu Zaed sumpahhhhhhh redflag gilss - physical abuse, sindir menyindir, maki hamun. Apa je yang dia tak buat untuk lepaskan amarah dekat Dee. Tapi apakan daya, Dee orang yang dia paling percaya selain tunang sendiri. Dikhianati Dee, punca Zaed berubah jadi seseorang yang kejam. Sumpah kesian dengan setiap layanan yang Zaed bagi awal awal perkahwinan.
Tapi lepas satu kemalangan, Zaed sedar yang dia tak sepatutnya menghukum Dee dengan kekerasan. Saat Zaed mulaa maafkan Dee dan mula redha dengan ketentuan, Zaed nampak sisi Dee yang lain. Sisi yang tak pernah Dee tunjuk tapi cuma untuk Zaed.
Hubungan yang awalnya memungkinkan Zaed untuk menjadi lelaki kejam mula berubah rentak bila Zaed sendiri sudi untuk memimpin Dee ‘pulang’ supaya mereka sama samaa boleh bahagia dunia akhirat.
Eiii tolonglah ek bacaa kalau adaa. Sebabbb bestttt sangatt. Sebabb character development untuk Zaed, Erina, Dee semuaa on point. Semua emotion sampaii😖Kalau boleh nak panjang lagi tapi taknak part Zaed seksa Dee.
Diana ni takde girl code langsung, mula2 tu ok la dia still respect Erina and Zaed's relay, dia sayang Zaed pun dari jauh, but tiba2 dia trap Zaed tu tekejot kite. Tapi after dah reveal yang Diana ni ada mental issues, kira justified ke actions dia buat dkt Erina & Zaed tu? I'm not sure. For me Diana ni redflag in friendships.
Zaed pula senangnya moveon dari Erina? Everything was going quite fast for me that I didn't get to connect with the characters, but I'm 100% on Erina's side. Cepat btul ek dia jatuh sayang dengan Diana and lupakan Erina gitu je, well, biasalah men.
Sepanjang baca cerita ni... the whole time I thought of Erina je... kesiannya dia ni, dia side character tapi sebenarnya for me main character sebab gitu je dia kena treat oleh husband to be and best friend dia. #sahabatadalahmaut
Mula-mula meluat dengan Diana. Digambarkan seorang perampas boyfriend kawan baik sendiri. Saya ingatkan si Erina tu watak utama.
Tapi di akhir cerita saya jadi kasihan dengan Diana. Zaed pun akhirnya terima Diana sebagai isteri. Dah macam-macam benda terjadi antara pasangan ni namun jodoh mereka masih kuat. Diana pun dah dapat balasan di atas perbuatannya.