Malam yang penuh acara di SMKA Kota Senja atau lebih dikenali sebagai SMAX. Di Dewan Besar, para pelajar baharu sedang melalui proses orientasi. Di kelas-kelas dalam bangunan sekolah, para pelajar lama sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Tapi nun di tingkat bawah, bertemankan malap lampu kalimantang dan tersorok di balik koperasi sekolah, seorang pemuda bernama Hadi dan seorang gadis yang mahu digelar Dot menghabiskan waktu prep malam mereka dengan kisah-kisah seram yang pernah menjadi topik perbualan di sekolah mereka.
Ada kisah Manggis dan Sawi yang cuba menakutkan pelajar junior mereka, Si Jongang dengan kisah 'Hantu Separuh'. Ada pula cerita malang Sara yang hanya mahu hidup aman dan tenteram di Dorm 46. Ada kisah cermin nombor tiga tandas Aspura yang kononnya menyimpan refleksi selebriti terkenal.
“Biar saya ingatkan. Hantu tak wujud, apatah lagi hantu yang kejar orang.”- Ustaz Nadimin
“Separuh badannya tersembunyi di balik tangga. Kepalanya dibengkokkan ke kanan, macam mengintai saya. Rambutnya yang putih panjang mengurai.” - Nisa
“Mungkin dorm kau ada penunggu agaknya. Atau mungkin ada benda tak elok nak kacau kau.” - Mastura
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
Siapa yang suka cozy read horror boleh baca novel ni. Santai dan tak bermain dengan emosi sangat. Saya yang tak pernah duduk asrama sebelum ni, boleh terbayang-bayang kehidupan student asrama dan pelbagai kisah seram yang diceritakan.
Paling saya suka cerita seram: Hantu Separuh, Cermin Nombor Tiga dan Hantu Dobi. Tahap seram boleh dikatakan tak senang duduk dan buatkan pembaca rasa curious nak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Lagi satu, kisah antara senior dan junior. The truth is, kisah senior junior ni ibarat asam garam kehidupan asrama. Ada senior yang berlagak dan cuba takut-takutkan junior. Ada pula senior yang baik dan boleh ngam dengan junior. Cerita seram yang disampaikan dari senior kepada junior pula ibarat warisan turun-temurun. Dari mulut ke mulut sehingglah kisah itu sendiri tak tahu mana asal-usul kebenarannya sebab dah ditokok tambah. Ada yang benar belaka, ada pula hanya sekadar kisah untuk menakut-nakutkan pelajar agar patuh pada disiplin.
Oh ya, penulis Doppelganger ni sebenarnya ialah penulis novel Petrichor juga (baru saya tahu & rasa excited nak habiskan pembacaan novel seram yang dibawakan penulis🤭). Pembaca yang bukan dari genre seram seperti saya digalakkan cuba baca novel ni. Level seram so-so, ada part kelakar antara kawan-kawan sehingga tak kering gusi, ada pula part serius dan sedih. Semua emosi bercampur dalam satu buku ni ibarat coffee 3 in 1 😆
4/5🌟 awal awal dia cam bosan sikittttt laaa dia macam sloww but sampai tengah tengah dia dah okay sikit.
level seram? sikittt jee. tak buat saya rasa sampai tak boleh tidur malam 🤣 maybe sebab ni cerita kan, sebab saya tak tengok movie seram. (penakut)
dia banyak kisah seram dalam satu buku. memula part yang bunyi basuh baju dalam bilik tu, ingatkan dah seram dah. rupanya ada lagi seram. in my opinion, yang paling seram pasal basuh bajuuu tuu hwhhwsuj sebab saya student asrama kan, so that scene memang haunted me lah. banyak je dengar cerita ni dulu masa kat sekolah, alhamdulillah tak pernah kena 😮💨🤲🏻
cerita-cerita dalam ni mengingatkan saya dekat sekolah lama saya before pindah mrsm. saya imagine sekolah tu dalam kepala sambil membaca. beza dia, bukan sekolah agama. and rutin-rutin pelajar asrama dalam ni pun memang hit me sebab i used to do all that. cerita-cerita pasal kat bilik dorm pun rasa deeekattt sangat dengan saya sebab happened once to my akak dorm. SEBELAH KATIL SAYA 😳 pasal toilet, bilik gosok, time basuh baju. ish taknak ingat. seram HAHAHAH
EH BTWW ADA PLOT TWIST EKK RUPANYAA. i was confused pasal that girl aina or known as Dot. is she real or not? sebab dalam cerita tu ada pasal Aina a.k.a Dot ni jugak. shes a ghost. tapi Dot yang dengan Hadi tu? real ke?
fuh - finally ~ finished one of my anticipated reads ! dah lama eyeing for this book ha ko dapat pun. in one day sajo punya excited + bestnya buku ni ! ha nampak tak -
doppelgänger mengisahkan tentang hadi dan dot yang berkongsi kisah seram sewaktu prep malam di tangga blok akademik. hadi yang baru sahaja bersekolah di SMKA X yang terletak di Kota Senja ini disajikan dengan kisah seram yang diceritakan oleh Dot, kononnya sekolah ini berhantu lah, berpenunggu lah dan kesemua sumber cerita ini diperolehi oleh kakak dormnya. dalam ini ada 10 kisah seram ; start dari hantu separuh hinggalah ke misteri jam hadi. sesungguhnya - cerita dia semua seram and mengujakan. takde yang tak buat kita tak berdebar langsung. like - nak selak muka sebelah pun aku dah seram hahahahah
personal opinion ; now i know why a lot of readers recommend it to others. sebab best ! best gila ? dia tak heavy sangat and berlatar belakangkan asrama. so sebagai ex student sbp, i can relate with it. yelah nok- semua sekolah ada cerita hantunya tapi lagi angker kalau ko sekolah asrama penuh ah hahahah - dalam kesemua sepuluh kisah ni - i paling suker kisah hantu separuh. i mean dia obviously seram dah namanya hantu kan? tapi dia macam funny jugak sebab friendship between manggis dengan sawi. ha nama pun kelakar kan? haha cara diorang gang up nak kenakan engku tu funny sebab teringat diri sendiri 🥲🥲🥲 rindu zaman sekolah kita 🥲🥲🥲 oh - haah. satu pujian diberikan kepada author sebab weh buku ni sebenarnya dari 2015 tapi punya banyak kali diolah baru boleh release this year ? bapak ah - make sense sebab buku yang sekarang ni sangatlah gempak 👊🏻👊🏻👊🏻 SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA 🇲🇾🇲🇾
do i recommend it? yes - obviously. pergilah beli serious. ada banyak kan live shopee ke tiktok beli weh sebab apa? sebab best gila? like best sangat. sangat. cuma satu je- jangan baca sorang-sorang oki hihi takut ada yang teman dekat bawah katil muah
Pertemuan Hadi dan Dot di SMAX mengungkap pelbagai kisah seram yang berlaku di sekolah itu. Dot terus menceritakan segalanya walaupun tanpa ditanya. Hadi pula terus menjadi pendengar yang setia.
SH rasa entah berapa kali SH menguap malah ada masanya tertidur membaca naskah ini. Pacenya perlahan dan tiada babak yang boleh membuatkan SH rasa teruja untuk menyambung bacaan. Tiada elemen kejutan. Tiada apa cuma sebuah cerita yang monoton.
Sebenarnya idea 'storytelling' ini sangat menarik. Kerana banyak cerita seram yang menarik SH tahu juga diperolehi daripada penceritaan orang lain. Namun dalam naskah ini ia seolah-olah tidak sampai. Penceritaannya ada juga yang tergantung. Ada yang mampu menimbulkan pelbagai soalan yang tiada jawapan dan sebagainya.
(⑉⊙ȏ⊙) A santai slice of life high school horror? Well, as someone with a weak stomach and isn't much of a fan of horror in general (well except for high school horrors and mild psychological horrors) I've been enjoying this one very much!
This book actually reads like an anthology / cerpen which I thoroughly enjoyed. Ye plus point sebab saya minat cerpen pun hehe. But no, it's not technically a cerpen as they're stories retelling told by the actual main characters in this book. And yes, the main characters have their own seperate story jugak. So what's nice about the 10 unique stories, they all intertwined and 'lore accurate' dengan SMAX — with how the years mentioned, the teachers featured, all the locations, it really does feel like 'sejarah hantu SMAX'!
Truth to be told, the entire story do give me a sense of nostalgia more than ever, the way the author wrote the story/ies really took me back zaman belajar dolok marek. The story memang screams 'youth' to me. Sepanjang membaca memang saya terkenang zaman duduk hostel, suasana sekolah agama, and just the young us bercerita kisah hantu di antara rakan rakan. And talking about the story itself, the author memang did a good job depicting suasana sekolah, isu serius sekolah, dilema umur remaja, perangai remaja, and all of that. The description is so good, up to the point kan, I can actually smell the environment, and even the scents of tengik gym scent of some high school boys haha.
Those yang familiar dengan karya Kak Shai, this one although it's a horror, tapi cara penceritaan dan writing style nya sik lari jauh pun daripada biasa. It feels close to us. And for this book in particular, macam biasa like the rest of her stories, although it's slice of life -ish, it still highlighted multiple issues berserta pengajaran dalam cara bersahaja and it feels nice.
And oh one thing I'd like to highlight is, of course the pop culture references and national incident for each eras and years of the stories told, seronok sangat and dapat imagine the vibe of the year!
As for the main plot, I was actually spoiled beforehand by a tiktoker on the ending (masih dendam tok haha sikda bah), but when reading it myself, its till gave a sense of surprise sebab apparently some things are extremely huge red herring sampaikan saya sendiri confused sikit dekat hujung. But damn it makes me crave for more.
I didn't factually like most of the stories, but here are the list of some stories that I truly love and why I like them:
1. Hantu Separuh - the story is fine, but what I love is the ghost itself and how the ghost looks as she's just limbs and non traditional? Oh and she wears yellow. Pretty.
2. Suisy... Suisy... Suisy... - goofy aaah kind of ghost haha, and the story is just so so so damn nostalgic for this one!
3. Miss Jamilah - the scariest of them all, how the story was told agak seriau for me, makes me want to throw up over anxiousness, and I love the message of the story.
4. Zahar Cuma Kerja 3 Hari - MY ABSOLUTE FAVOURITE! I actually cried over how wholesome and cute the story ends, the description of Adik sitting waiting for Badang, the character development for a short storyline, this one is so good.
5. Siri Bercakap dengan June - suka the pure friendship between the two 'friends', also super wholesome and heartwrenching all at the same time, and I have two hands to hold both of their hands. (。•́︿•̀。)
6. Jam Tangan Hadi - sedih dengan this particular story, gave me so much feels.
The rest okay okay dan enjoyable saja. I like how Kak Shai self inserted herself and story in one of the stories haha that's such a nice touch. But there's one that disappointed me sikit, which is Mak Cik Bengkok. Maybe I have high expectations because the other ghosts were terrified of her tapi the story ended up biasa biasa sahaja and not really scary for me? But one thing I like is the story telling because it was written in a letter format which is still cool!
Well overall, absolutely love this story. As someone yang tak suka dan minat horror sangat, I would revisit this book again over how fun it was! Absolutely suitable untuk yang tak berapa baca horror sangat or those yang suka high school stories or cerita asrama. Nak cakap level seram tu I can't say sebab this isn't my genre territory, tapi for those yang biasa baca seram tu maybe tak lah kot, but untuk casual readers and mild horror enjoyers, the horror on this one sedang sedang elok! Highly recommended as well to those yang suka cerita berbaur nostalgia zaman sekolah / belajar!
Oh just would like to mentioned, my copy is the first print and I was upset with the physical quality of this book? Spine bind fragile dan tak lentur lansung, bukak sikit terus patah walaupun dah spine training. And the matte plastic layer on the front cover peeled off around the edges walaupun pegang biasa biasa sahaja. And another thing, sedih tiada map. It's only available on the third print. I still remember watching TT live Karangkraf dengan Kak Shai and how she asked for the map to be posted on Karangkraf punya SNS, tapi I couldn't find it anywhere. So harap bila Doppleganger 2 keluar nanti ada include map jugak!
Rating terakhir yang saya berikan adalah 3.5 bintang.
Ah, sudah lama tidak membaca buku tulisan bahasa Melayu. Pembelian di Pesta Buku Antarabangsa KL semalam menarik minat kerana grafik depan novel yang menarik. Dan tajuknya menarik perhatian.
Kali pertama ternampak buku ini, di reruai kedai buku di tingkat 1. Kemudian, baru saya sedar buku ini terbitan Karangkraf.
Saya suka alunan cerita ini. Ada kisah yang saya anggap seram, ada kisah yang mungkin biasa-biasa, tapi antara banyak kisah, saya rasa saya paling suka kisah Najib dan AJK Disiplin. Kisah yang saya rasa agak seram adalah kisah Nenek Bengkok dan kisah Miss Jamilah.
Untuk mereka yang baru ingin mencuba novel seram, buku ini dikira antologi yang ada pelbagai rencah cerita hanya berlatar belakangkan sebuah sekolah asrama.
Kisah-kisah yang biasa kita dengar sebagai lagenda diolah dengan sangat baik oleh penulis (yang kemungkinan besar mempunyai pengalaman menetap di sekolah asrama).
Overall, a quick read for me kerana kepelbagaian kisah yang disajikan.
Novel Doppelganger nampaknya berhasil menyajikan pengalaman membaca yang unik dan penuh kejutan. Alur cerita yang tidak terduga, ditambah dengan elemen seram yang melibatkan pelajar sekolah, menciptakan daya tarik tersendiri. Hubungan tersembunyi dalam kisah ini menambah lapisan misteri yang membuat pembaca terus ingin tahu. Keunikan ceritanya jelas membuatnya lebih menonjol dari novel seram lainnya. Harapan pembaca untuk sekuel menunjukkan betapa memikatnya kisah ini. Penulis sebaiknya mempertimbangkan untuk melanjutkan cerita, kerana potensi untuk eksplorasi lebih luas masih sangat besar! Rugi sangat pada sesiapa yang belum membacanya.
emm... how to say ya? Buku ni penceritaannya agak slow dan boring for me. Aku bertahan sampai page 117 je lepastu dnf sebab jalan cerita tak clicked with me. Also this book tak seram mana and at certain part I felt kinda draggy. I'm sorry this book wasn't for me. 😬
Cerita seram yang santai. A compilation of horror stories, on top of kisah yg berlaku in real time. Konsep dia macam filem Momok, yang depa menyembang kat kedai kopi dan masing2 share cerita hantu.
Dari segi keseraman, boleh dikatakan baiklah juga. Tapi the highlight of this book, yang A+ nya semestinya gambaran hidup di asrama yang sangat jelas! Dengan biskut kering, ikan jaket, tempat basuh baju, budak2 suka mengusik.. It’s like you’re reliving your past memories masa duduk di asrama. Itu yang aku paling suka dan memang author excel bab ni *salute!
Buku ni best kalau nak baca time santai-santai, yang tak perlu kau nak heavily focused on perjalanan cerita sangat. Kalau stop pun tak lost. Bacalah!
Apa itu doppelganger? Kalau lihat daripada hasil carian aku, ia bermaksud bayangan yang menyerupai status makhluk hidup .
Kalau dalam naskah ni, ianya berkaitan dengan misteri2 yang terjadi di sekolah berasrama. Aku Rasa budak2 yang belajar di sekolah berasrama mesti ade melalui episod2 misteri2 atau pernah dengan cerita2 misteri di asrama. Betul tak? Cam aku, aku tak duduk asrama tapi ade jee cerita2 seram dekat sekolah tu. Contohnyaa tandas tu kena kunci sebab ade yang bun** diri la. Yang Ni popular masa aku sekolah rendah .
Ianya bermula pabila Dot terlihat Hadi disebuah tempat gelap di perkarangan sekolah. Dengan berani dia menegur Hadi. Kerana Hadi tidak seperti pelajar2 lain yg sibuk dengan aktiviti prep Malam. Dia duduk sendirian. Disitulaa mereka mulai berkongsi kisah2 seram di sekolah mereka SMKA Kota Senja .
1. Hantu Separuh 2. Suisy..suisy..suisy 3. Cermin Nombor 3 4. AJK Disiplin 5. Miss Jamilah 6. Mana Dia? 7. Zahar Cuma Kerja Tiga Hari 8. Siri Bercakap Dengan Jane 9. Mak Cik Bengkok 10. Jam Tangan Hadi
Setiap cerita tu mempunyai keunikan tersendiri. Tapi Antara kesepuluh cerita2 tu aku paling suka versi cermin Nombor 3. Sebab aku Rasa mana2 cerita seram mesti akan masukkan part cermin yang berhantu. Contohnyaa hantu keluar daripada cermin la, kalau menggunakan cermin tu wajah Kita berubah jadi buruk la .
Kalau aku nak ceritakan every single cerita seram tu macam tak cukup page. Better korang baca sendiri. Alami sendiri kisah2 seram di asrama. Aku rasa ramai je yang dah merasainya Kan? Cuma versi mungkin berbeza .
Tapi diakhir cerita, penulis buat plot twist. Which is aku macam terkedu kejap. Tapi masih boleh diterima. .
Tahniah penulis untuk kelahiran doppelganger ni. So koranggg better baca untuk merasai keseraman kisah2 hantu asrama ni .
Ini novel kedua daripada penulis yang kita baca dan kalau sebelum ni penulis bawakan kisah slice of life, kali ini 'slice of life' versi mistik dan seram untuk jemaah asrama, baik daripada pelajar sendiri, cikgu bawa ke warden dan pemandu van pun tak tinggal. Semua ada bahagian masing-masing!
Tempat perjumpaan: SMAX atau nama penuh dia SMKA Kota Senja, sekolah berasrama penuh. Jadi boleh bayangkan tak betapa banyak kisah-kisah seram 'legend' yang boleh kita dengar daripada pelajar yang duduk asrama ni?
Ya. Kali ini ada 10 buah cerita yang berbeza dan setiap satu daripada cerita tu ada latar belakangnya sendiri.
Bermula dengan kisah Dot dan Hadi yang menghabiskan masa 'prep' dia orang dengan bercerita tentang kisah-kisah seram legend dekat sekolah tu dan awal-awal lagi kita dah rasa suspicious dengan dua watak ni. Bayangkan, lelaki dan perempuan berdua-duaan dekat asrama? Tak kena cekup pula ya? Tak ke sus tu? Tapiii ... jeng jeng jeng.
Nak kata cerita ni seram, tak ... walaupun cover dia begitu menakutkan. Bagi Kirah, remaja sangat sesuai baca cerita ni sebab relate dengan situasi dia orang. Mesti adik-adik akan keluarkan juga kamus cerita seram legend dekat sekolah masing-masing pastu bergaduh cerita siapa yang lagi seram dan real 😂. Bahasa santai, cuma dialognya bagi Kirah, agak mendominasi. Watak pun agak banyak sebab kompilasi kan, jadi kena fokus betul-betul time baca tu.
Plot twist pulak walaupun dah boleh dijangka dari awal, tapi masih enjoyable untuk bacaan santai. Tapi Kirah rasa dia lebih sesuai diterbitkan as novel remaja instead of novel dewasa.
kalau ikut penilaian aku, level keseraman buku ni around 3/5. it is quite scary for me. and the curiosity untuk tahu apa yang terjadi makes me hooked on this book sebab dia buat aku nak tahu apa kesudahan dari setiap kisah misteri tu.
buku yang aku ambik masa seminggu ye nak habiskan sebab kita baca waktu ada matahari je. aku rasa sesuai for those who are new to exploring the horror genre. every short story indirectly provides its own lesson.
Buku kali ini mengetengahkan kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sebuah sekolah agama berasrama. Menariknya, satu buku ini mengumpulkan pelbagai cerita hantu yang diceritakan oleh watak Dot kepada Hadi.
Mula-mula aku syak Hadi tu hantu... 🫣 Tapi bila baca lagi, aku rasa macam Hadi ni sembang dengan hantu je sebenarnya... 😅 Korang rasa siapa hantu sebenar dalam cerita ni?
Daripada semua cerita yang dikongsi, kisah Miss Jamilah dan Mak Cik Bengkok paling seram bagi aku. Boleh bayangkan betul-betul rasa takut yang mereka alami. Tapi cerita paling menyentuh hati ialah kisah Shuhada, gadis yatim piatu yang meninggal dalam stor elektrik asrama lelaki. Kesian dia... dan kesian juga pada Jane. Dua watak ni saling memahami walaupun dunia mereka berbeza, dan pertemuan mereka membuka sudut pandang yang tak dijangka.
Seram? Boleh lah... Tak banyak sangat, tapi cukup untuk buat jantung berdegup laju sikit. Aku biasa baca karya cinta cintun penulis ni, jadi agak terkejut bila dia cuba genre seram pula. Tiba-tiba teringat Sarang karya Fitri Hussain – kisah penulis dan editor yang terlibat dalam pembunuhan. Sama juga, penulis asal cinta berubah ke seram. Kebetulan? Entah, saja teringat... 🤣
Kalau nak tahu cerita mana lagi seram, aku bagi hint – cerita hantu gosok! "Kenapa?.. ke engkau dah tahu!" 🫣🥶 Hantu ni bukan gosok kat toilet je... tempat dia dekat je... 😖😖😖 budak tu pun satu..why ko patah balik....😅siap sembang pula tu...
Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan siapa yang hilang di akhir cerita? Kena baca sendiri. Ada plot twist yang buat kita tertanya-tanya sampai habis!
Best! Lepas Petrichor, ni buku kedua penulis yang saya baca. Totally, I enjoy all the stories in the book.
Umumnya buku ni ialah kompilasi cerita-cerita seram yang mungkin kita pernah dengar atau baca berdasarkan pengalaman atau cerita mulut ke mulut orang2 yang duduk kat asrama. Jadi, novel ni berkisarkan kisah2 seram yang berlaku di SMAX (SMKA Kota Senja).
Penulis bijak mengolah cerita2 tersebut supaya kita tak rasa sangat pun cerita ni sebiji macam cerita yang kita baca atau dengar. Tipulah tak rasa merinding bila baca buku ni malam-malam haha. Otak memang fikir tah pape 🤣
Paling plot twist bila akhir cerita rupanya si Hadi tu hantu. Saya syak dr mula si Dot tu yang hantu. Penulis bertuaahh!!! 🤣🤣🤣
Lepas habis baca, saya tertanya2, siapa yang doppelganger sebenarnya? Dot ke Hadi?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Not bad ah, ada pelbagai cerita seram yang diceritakan oleh Dot (Perempuan) kepada Hadi (Lelaki). Ada yang sedih, ada yang gembira and ada yang seram.
The more you read, the more kau akan rasa yang cerita dia akan berkait rapat ngan cerita sebelumnya. I guess to build up the plot twist.
Tapi sejujurnya hampir dapat teka plot twist. Tapi dekat ending, rupa-rupanya lain.
It's quite average, not bad ah bukunya. But would I read again though? Mungkin tak, sebab cerita seram dia average cerita kau selalu dengar masa duduk sekolah asrama.
Agak susah skit nak baca cerita yang letak surat daripada satu watak yang melarikan diri dari asrama tu. Sebab font dia cam bold pastu kecik.
Overall, it's a good book. Highly recommend to people yang tengah duduk asrama sekarang ni hahaha 😂
If you're in the mood for a gentle scare, look no further than this book. And if you happen to be a student residing in a hostel, even better! Why? Because it's a collection of light horror tales set in a school hostel, specifically SMA Kota Senja, also known as SMAX. As you flip through the pages, you'll find yourself experiencing a range of emotions. It's the perfect read for a night in, and I have to confess that a couple of the stories did give me goosebumps. Overall, I highly recommend giving this book a try.
👻 Novel ni lebih kurang mcm cerita Kisah Seram Asrama yg prnh ditayangkan dkt TV tapi aq x sure tajuk dia apa.. lupa😆 yg lakonan Janna Nick tu haa...
🧼 Bagi aq kisah paling seram ialah kisah Hantu Separuh sbb adrenaline rush betul lagi² bila scene hantu tu kejar dorg weyhhh meremang bulu roma aq😭 seyes terbayang cam kita yg kene kejar tau tak!
🪞Yg hntu cerita ke-2 pulak seram part yg hantu tu berus tgn dia sendiri weyhh tapi kesian dkt Sarah sbb dia mesti akan lupa lepas dia pengsan sbb jumpa hntu tu so kiranya dia langsing x igt apa yg dh jadi. Cerita ke-3 tu bagi pengajaran yg jgn terlampau mengusik kwn tu smpikn kwn tu x percaya dah ckp kita sudahnya bawa bala kpd kwn tu ya. Kesian member dia.
📏Utk cerita ke-4 & 5 tu average je bagi aq sbb x berapa seram sgt hehe so kita skip. Move on to cerita ke-6.. okj yg ni dia sedih gak lah senanya sbb Diana tu ada penyakit Skizofrenia. Jadi dia mcm terlalu overthinking sesuatu bende tu sdgkn benda tu xde pon terjadi. Walaupun seram tapi kisah Diana ni bagi aq lebih kpd sedih.
🐶Yg Zahar tu pon seram tapi padan muka sbb tulah x jaga adab tu lagi. Kesian anak anjing tu tau & ty kpd hantu budak kecik tu sbb bagi pengajaran kat si Zahar ni. Bengkak teruk tau kaki dia. Kesian... Yg kisah Jane pulak kesian sbb dia rasa lonely. Semua sbb dia ada family problem & kwn² dia xde yg cuba utk fhm diri dia jadi adalah hantu Shuhada yg cuba utk berborak dgn dia.
🧓Yg makcik bengkok ni perghh pnjg nk mampus cerita dia sbb kene baca surat tulisan Nisa tu. Tapi bila dh last tu seram sbb dia kat atas locker weyhhh! Argh 😫
Spoiler⚠️: Igtkn Dot yg hantu rupanya Hadi yg hantu😮💨
Novel Doppleganger tulisan Nurul Syahida ni menceritakan himpunan kisah-kisah seram yang terjadi di sebuah sekolah asrama bernama SMAX. Ada dinyatakan nama asal sekolah tersebut di dalam novel ini. Dot (ye nama budak perempuan ni, Dot, tapi nama panggilan la) dan Hadi berbual bersama-sama pada masa prep malam. Saya tak ingat ada berapa total kisah nya tapi ianya dalam bentu penceritaan daripada Dot kepada Hadi. Satu cerita dengan satu cerita takde kena mengena antara satu sama lain kerana latar masa juga berbeza. Hadi ni agak pelik orangnya, nak tahu apa yang pelik, kena lah baca kan.
Buku ni sebenarnya kelakar dan menghiburkan haha. Sebagai seorang budak ‘asrama’ dari usia 13 tahun lagi, saya selalu juga la dengar cerita ‘hantu’ dan urban legend yang selalu diceritakan oleh senior dan kawan-kawan. Menengah atas, saya berpindah ke sebuah lagi sekolah asrama yang jauh lebih tua usianya. Jadi lebih banyak lah stok cerita hantu. Yelah, dulu mana ada hiburan seperti telefon pintar dan youtube, jadinya masa memang banyak diluangkan untuk berbual. Penulis juga sangat detail dalam menceritakan kehidupan di asrama contoh di dorm, dewan makan, rumah pengetua dan penolong kanan, dobi asrama, aktiviti pelajar uzur pada waktu maghrib, prep petang dan malam, menu makan, pulang bermalam dan banyak lagi. Seronok baca sebab teringat kenangan sendiri.
Secara keseluruhan, buku ni saya rekomen untuk pemula yang nak cuba baca genre seram sebab buku ni tak seram sangat. Ada kisah yang comel pun ada. Dialog antara watak semuanya bersahaja dan santai, membuatkan saya rasa eh macam bukan baca novel seram, tapi seperti kisah yang diceritakan pada kita oleh kawan-kawan. Enjoy juga baca.
Doppelganger membawakan sembilan buah (beserta satu cerita bonus) kisah hantu asrama - atau lebih spesifik lagi, hantu-hantu yang ada di Sekolah Menengah Agama Kota Senja a.k.a SMAX.
Walaupun kesemua kisah hantu dalam novel ini berlaku pada tahun yang berbeza dan melibatkan 'mangsa' yang berbeza, tetapi kesemua kisah ini dihubungkan menerusi sebuah 'overarching plot', dalam bentuk perbualan antara dua watak iaitu Dot dan Hadi.
Kalau pernah baca Sekolah Banyak Penunggu (juga oleh Nurul Syahida), mesti akan sedar ada persamaan dari segi nama watak dan juga lokasi. Oleh kerana saya pernah baca komik Sekolah Banyak Penunggu dan tahu plot twist di penghujung cerita, awal-awal lagi saya sudah 'jump to conclusion' terhadap novel Doppelganger dan terus menyimpan keyakinan bahawa pastinya ada hantu antara Dot dan Hadi tu! Tak pun entah² kedua-duanya pun hantu!
Tapi ternyata penulis sudah bersedia untuk menghadapi 'assumption' pembaca yang memandai² seperti saya. Penulis pun pandai 'game' pembaca juga, sengaja diberikan kisah kelapan - tentang Jane - supaya pembaca seperti saya terus tersalah sangka dan perasan diri betul 😂 Tup-tup di penghujung novel, penulis tetap berjaya bagi plot twist yang tak disangka²!
Saya suka novel ni. Rileks dan santai walaupun ada juga takutnya sikit. Seram² manja je bagi saya, kecuali kisah Mak Cik Bengkok dan Jam Tangan Hadi tu agak creepy juga 🥶 Apa pun sambil layan cerita hantu dapat juga menggamit memori zaman² hidup di asrama dulu... setiap yang pernah tinggal di asrama pasti pernah dengar cerita hantu dari senior masing² juga kan 😁
Boleh tahan seram. Dapat habiskan pada jam 12.25 am, dan baca waktu ada di hostel haha! Baru ada vibes gituww!
😈😈😈
Awal pembacaan, saya tak rasa macam ‘okey menarik, nak teruskan baca lagi’. Cuma just go forward sebab nak habiskan baca je. Tertarik sebab cover. Lagipun buku ni saya pinjam dari roomate. Tapi ada juga la satu part yang buat saya tersentap. Bila Dot dan Hadi main SerPen (Seram Pendek). Lawan siapa bagi ayat seram pendek paling gempak.
Ayat Hadi…
‘Abang tipu adik, kata ayah kemalangan supaya adik dapat balik rumah. Adik mati kemalangan dalam perjalanan’
Selepas itu, saya dah mula tertanya-tanya. Ini mesti something! Entah2 kisah sendiri. Hmmm? 🤔 Lagi satu, dalam banyak-banyak kisah seram Dot, paling saya rasa seram…
‘ZAHAR CUMA KERJA TIGA HARI’
Kisah dia tersepak puppy dan kesan dia memang sangat memakan diri. Pengajaran: jangan seksa haiwan/binatang ☠️☠️👻
Lagi satu, kisah yang Shuhada mati dalam power house tu, saya kurang faham. Adakah itu shuhada yang sama yang tengah bercerita dengan Hadi? Dot ke? Saya kurang pasti. 😐
Di penghujung cerita, ada twist juga tapi saya tidaklah terkejut mana. Biasa-biasa aje (mungkin sebab roomate dah bagi spoiler uhuuuu) 🙂↔️
Overall saya kasi 3.8/5 ⭐️⭐️⭐️⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Kisah seram yang diceritakan oleh orang yang tiada siapapun tahu orang yang bercerita dan bermula dimana kisahnya ditokok tambah ataupun benar "
Siapa yang cari novel seram yang nyaman dan xberat , Saya rekemen novel ni 👏 . InshaAllah xganggu emosi anda 😜 .
Kisah seram ni diceritakan semula oleh Gadis bernama dot kepada seorang budak aneh iaitu Hadi . Kisah Seram di SMAX(Sekolah berasrama) dulu kala . saya xpernah duduk asrama so xde pengalaman diasrama just dengar orang punya pengalaman je. + saya ada kisah seram saya waktu bekerja dulu je .😂
Kisah yang paling Saya suka ialah Kisah ᴄᴇʀᴍɪɴ ɴᴏᴍʙᴏʀ ᴛɪɢᴀ 💀
A great book for light horror reading. Some stories are more seram than the other but overall a fun read. Among my favs are telatah Manggis dan Sawi dalam Hantu Separuh, kisah Sarah Dorm 46 yang struggle nk basuh baju and Zahar who got what he deserved. Nisa telling her dorm mates about Mak Cik Bengkok through her long letter is also a nice touch to the storytelling.
I really love Nurul Syahida's writing style. So fun to read and buat rasa nak teruskan membaca. I also appreciate those fun fact thrown in randomly. Remind me of Petrichor chapter dekat playground masa Sameera first met Affan (kalau korang tahu and ingat).
If you guys read horror genre casually like me, this book is for you. Best! Kena baca.
Tahun ini banyak betul tengok movie seram dan baca buku seram—patutlah makin 🥶. Tapi kalau baca buku macam ni, memang tak baca kat rumah, just baca dalam kereta atau kat sekolah (lepas habis buat kerja). Jadinya lambat betul nak habiskan 😂 Dan buku ini salah satunya. Suka Nurul Syahida ini lepas baca buku Petrichor, dan tak sangka penulis ini pandai tulis cerita seram juga.
Buku ini ialah kompilasi cerita-cerita seram di asrama yang melibatkan murid dan guru, tapi diceritakan dalam bentuk perbualan antara dua orang murid SMAX—bukan mengikut bab. Cozy horror. Ada cerita yang seram betul, ada yang kelakar, ada yang bikin geram, ada yang bosan sikit. Tapi mostly okey. Dan buku ini terbitan Karangkraf so smooth je baca sebab takde typo 😚
Menarik. Kisah-kisah seram di asrama sekolah dihimpunkan dan ia diceritakan berlaku dalam universe sama (semua dalam sebuah sekolah yang sama). Di hujungnya kita nampak keterkaitan sebuah kisah dengan kisah yang lain, menarik apabila penulis teliti menggarap semua ini berkait antara satu sama lain.
Kisah pertama itu sahaja yang pada saya agak drag dan buat saya consider nak DNF. Horror pada kisah pertama itu lambat sangat masuk dan saya hampir rasa ia cerita slice of life. Mujur diteruskan pembacaan dan puas hati dengan cerita lain.
Dengar orang kata akan ada Doppelganger 2.0, saya look forward nak baca.
Kompilasi cerita seram di sekolah berasrama. On a scale of 1 to 10, dia punya level keseraman tu I'd say 5 maybe. Walaupun saya bukan budak asrama, tapi most of the stories ni adalah typical horror stories kat mana mana sekolah. On top of that, ada kisah Hadi yang quite menyayat hati dan antara Dot dan Hadi, salah sorang dah tak wujud pun. Siapa? Kena baca laa hahahaha saya punya tekaan tak tepat lol overall okay laa, boleh baca isi masa lapang.
Novel ni best sangat. Sekejap je boleh habis baca. Ada cerita yang seram, ada juga yang lucu dan sedih. Saya suka cerita hantu separuh, miss jamilah, dan makcik bengkok. Cerita makcik bengkok tu sangat memberi kesan ye. Meremang bulu roma. Anyway, tahniah pada penulis..teruskan lagi hasilkan novel yang best dan bermutu. Double thumbs up!!
Himpunan kisah-kisah seram pendek asrama yang menarik. Cerita dia pun lain dari kebiasaan cerita seram tentang asrama (takde jumpa pasal cerita makcik karipap la, hantu jepun kawad la, dll), even sejarah sekolah ni pun lain macam haha(bekas tapak penyamun/ lanun).
Cuma terfikir-fikir jugak apa kaitan doppelganger dengan novel ni 🤔🤔
This entire review has been hidden because of spoilers.