Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya. Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi'. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati.
Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya.
Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi.
Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya....
Hmm... Mixed feelings.I don't know if I like it or not.cerita ni quite heavy. Sarat dengan scandal, almaklum, suami terhangat lah kan? Anyways, just a gentle reminder, buku ni ada pasal poligami, ada pasal kecurangan. These two things I have to mention sebab kekadang orang tak suka baca. Erm... Suddenly im lost for words. Penulisan author ni diakui memang bagus lah.cause I've read some of her books. Oh one thing, realitynya kekadang kecurangan tu berlaku bukan atas alasan si isteri tak pandai layan suami lah and all the alasan in the world suami bagi kalau dia curang (you know, blaming the wife lah sebab tu dia curang) but kecurangan tu berlaku because two people just fell in love.tu yang scary mary tu! Hmmm
DIA KACAK. DIA BERGAYA. DIA PENYAYANG. DIA HADAPI SKANDAL. DIA,SUAMI TERHANGAT!
IDZMIR DAMIEN ( IDZMIR) BAHAGIA MEMILIKI NURSHILA (SHILA) SEBAGAI ISTERI DAN PUTERI FELISHA (UYI) SEBAGAI ANAK. TETAPI KEBAHAGIAN YANG DIMILIKI CACAT SEKETIKA KERANA SIKAP IDZMIR SENDIRI YANG MEMPUNYAI KEKASIH BERNAMA NORAIZA MARLISA (AIZA) .KERANA SIKAP AIZA YANG MEMENTING DIRI, SHILA MENDAPAT TAHU HUBUNGAN IDZMIR DAN AIZA,SHILA TEKAD KELUAR RUMAH KERANA KECEWA.KEHILANGAN SHILA MENYEBABKAN IDZMIR MENJADI TIDAK TENTU ARAH…IDZMIR RELA KEHILANGAN AIZA,TETAPI BUKAN SHILA DAN UYI. PUJUKAN IDZMIR BERHASIL APABILA SHILA KEMBALI KE RUMAH MEREKA DENGAN SYARAT HUBUNGAN IDZMIR PUTUS DENGAN AIZA. AIZA TIDAK PUAS HATI KERANA IDZMIR PUTUSKAN HUBUNGAN MEREKA..KERANA TIDAK PUAS HATI DIA SANGGUP MENIPU DAN DENGAN MENIPU IDZMIR MENJADI MILIKNYA…BAGAIMANA DAN APA YANG AIZA TIPU UNTUK MEMILIKI IDZMIR…BACA DALAM NOVEL !!!!!!!!!!!!! IDZMIR MERASA SANGAT BERSALAH KEPADA SHILA ,DIA MENJADI SERBA SALAH APA LAGI DENGAN SIKAP AIZA YANG MENYERANG SETIAUSAHA BARUNYA TENGKU HANIM. PENIPUAN AIZA TERBONGKAR …BAGAIMANA TERBONGKAR BACA DALAM NOVEL!!! IDZMIR BERASA SANGAT KECEWA KERANA DITIPU OLEH AIZA..SEMASA SAMPAI KE RUMAH SHILA PULAK DIA BERTAMBAH KECEWA DAN TERTEKAN APABILA SHILA PULAK MENDAPAT TAHU KEBENARAN PERKHAWINAN KEDUANYA…MULA IDZMIR NAK JELASKAN KEADAAN SEBENARN YANG DIA TERTIPU ITU TETAPI SHILA YANG KECEWA TIDAK MAHU PERCAYAKAN IDZMIR LAGI..IDZMIR RELA KELUAR DARI RUMAH SUPAYA SHILA TIDAK MENINGGALKANNYA.. HANYA KEPADA SAIFUL SAHABATNYA DICURAHKAN SEGALA MASALAH YANG MENIMPA…SAIFUL MEMBERIKAN CADANGAN AGAR IDZMIR MEMIKAT SEMULA HATI SHILA..( BUAT LA MACAM ZAMAN BERCINTA DULU) SETELAH DUA MINGGU BERLALU AKHIRNYA SHILA MENERIMA IDZMIR KEMBALI…CINTA DAN KASIH SUCI MENGATASI PERASAAN YANG TERLUKA… SHILA MULA TERFIKIR UNTUK MENCARIKAN ISTERI KEPADA IDZMIR…KENAPA SHILA BOLEH TIBA—TIBA NAK CARIAKN ISTERI BARU UNTUK IDZMIR ????? BACA DALAM NOVEL ??????. APABILA MELIHAT TENGKU HANIM SETIUSAHA BARU IDZMIR TERUS SHILA MENYAMPAIKAN HASRATNYA…BAGAIMANA SHILA BOLEH BERKENALAN DENGAN TENGKU HANIM PULAK !!!!!!!!!. SEMASA BARU NAK KENAL BAHAGIA KEMBALI …KEHADIRAN SERINA PULAK MEMBAWA MASALAH…SIAPA PULAK SERINA INI?? APA PULAK HUBUNGAN IDZMIR DENGAN DANIEL FARHAN…CARI DALAM NOVEL?????? SHILA DISAHKAN MENGANDUNG SEKALI LAGI,BERITA GEMBIRA YANG HADIR DISAAT MASALAH MELANDA..TETAPI KEGEMBIRAAN TIDAK KEKAL LAMA..SHILA MENINGGAL DUNIA KERANA……….CARI JAWAPAN DALAM NOVEL.????????? KEHILANGAN SHILA TAMPARAN BESAR BUAT IDZMIR …WALAUPUN SETELAH TIGA TAHUN BERLALU IDZMIR MASIH SENDIRI MERIDUI SHILA YANG TELAH TIADA… PERKENALAN IDZMIR DENGAN CIKGU AYUMI (CIKGU UYI) MEMBAWA SINAR KEGEMBIRAAN DALAM HIDUP IDZMIR… HUBUNGAN MEREKA BERTAMBAH MESRA…TETAPI GARA-GARA SALAH FAHAM AYUMI TEKAD MENJAUHKAN DIRI, SEMASA INI IDZMIR MULA MENCERITAKAN SEMUA YANG BERLAKU DALAM HIDUPNYA… AYUMI AKHIRNYA TERIMA IDZMIR UNTUK MENJADI SUAMI…TETAPI SEMASA AYUMI DATANG KE SYARIKAT IDZMIR UNTUK BERJUMPA IDZMIR , ( SEBELUM MEREKA BERNIKAH ) TELAH BERLAKU SATU SALAH FAHAM ANGKARA TENGKU HANIM YANG SAKIT HATI DENGAN IDZMIR YANG TELAH MENOLAK CINTANYA… APAKAH YANG TELAH DIBUAT OLEH TENGKU HANIM…NAK TAHU BELI NOVEL SUAMI TERHANGAT UNTUK JAWAPAN!!! PERSOALAN YANG PALING PENTNG APA YANG BERLAKU DEKAT MAJLIS NIKAH MEREKA…!!!!!!!!! NIKAH KE TAK… NAK TAHU BELI NOVEL SUAMI TERHANGAT UNTUK JAWAPAN!!! APA PUN JANGAN RISAU…HAPPY ENDING…
KOMEN:- 1. DIA KACAK. DIA BERGAYA. DIA PENYAYANG. DIA,SUAMI TERHANGAT! 2.CINTA SUCI PASTI KEKAL AKHIR HAYAT. 3.KASIH SAYANG TIDAK MENGENAL RUPA PARAS… 4..BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
Novel ini mengisahkan seorang suami yang sempurna fizikalnya tapi kureng dekat sikapnya.. Terlalu lemah bila berhadapan dengan perempuan sehingga akhirnya mengundang petaka pada isterinya.. Agak stress juga baca novel ini tapi ada pengajarannya.. Kita kalau tak melayan tak jadi apa pun.. #suamiterhangat #rafinaabdullah #cinta #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bacaanseptember2017 #bloggerbuku #bookreview #booklover #bookworm #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Mengisahkan Idzmir Damien yang memiliki pakej lengkap dari segi paras rupa yang menawan, kedudukan dan kewangan yang kukuh. Idzmir ialah seorang suami yang sangat menyintai isteri tersayang, Nurshila dan anak perempuan mereka yang berumur lima tahun, Puteri Felisha atau Uyi. Idzmir sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang mahu mendampinginya sejak dari zaman kolej lagi hinggalah dia menerajui syarikat ayahnya.
Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan dengan Aiza, setiausahanya sendiri. Tanpa disangka Idzmir, Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza.
Tidak cukup dengan masalah yang sedia ada, kekasih Idzmir tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Serina yang mempunyai seorang anak lelaki berumur sembilan tahun, Daniel Farhan, memberitahu Idzmir bahawa Daniel adalah hasil keterlanjuran mereka semasa di kolej dulu. Serina mahu Idzmir ceraikan Nurshila dan berkahwin dengannya jika Idzmir mahukan penjagaan Daniel.
Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam kisah ini termasuk konflik keluarga serta emosi suka dan duka. Cuma saya tidak puas hati kerana langsung tidak ada babak bagaimana penerimaan Daniel bila ketahui Idzmir ialah papanya.
Perasaan saya berbelah bagi bila membaca cerita yang agak berat ini, maklumlah kisah suami curang, kisah poligami dan juga skandal. Pada saya, kadang-kadang kecurangan berlaku bukan kerana isteri tidak pandai melayan suami. Itu hanyalah satu alasan kaum lelaki sahaja.
Walau bagaimanapun, novel ini buat kita celik mata akan sekitaran alam berumah tangga. Buat kita berwaspada dengan orang yang cuba mempengaruhi diri kita. Novel ini mendedahkan kepada kecurangan yang menjelma jika pudar rasa cinta, hilang kepercayaan di antara satu sama lain dan bersikap tidak jujur terhadap pasangan kita.