Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kota Romantika

Rate this book
"Kita harus menerima segala rasa yang ada, Nur Balqis. Andai kau lari daripada kesedihan, kau tidak akan menjadi sebenar-benar manusia."

Ibu dan ayah Nur Balqis sudah mati. Namun gadis itu dilarang untuk merasa sedih. Di Kota Romantika yang magis ini, manusia hanya dibenarkan untuk merasa gembira.

Nur Balqis ditaksirkan bertemu dengan Zahir. Pemuda bermata hijau itu mengajarkannya rahsia-rahsia besar di sebalik rasa rindu, takut, kecewa dan duka. Rasa-rasa yang akhirnya menjadikan Nur Balqis sempurna kemanusiannya.

Namun menjadi manusia yang manusiawi hadir dengan sebuah tanggungjawab. Nur Balqis tidak yakin dia mampu menggalas tanggungjawab ini.

158 pages, Paperback

First published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Ilham Mazalan

9 books77 followers
An author who wants to write about everything

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (28%)
4 stars
62 (50%)
3 stars
19 (15%)
2 stars
5 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 24 books262 followers
February 20, 2024
RUPA: Tebal novel ini 158 ms. Kertas kuning ringan (saya suka), spine buku boleh lipat, puas memegangnya. Sampul buku yang menawan & bermakna. Tiada satu pun kesalahan ejaan dalam karya ini. Bagusnya!

GENRE: Novel/novela fantasi distopia sesuai untuk bacaan dewasa muda/dewasa.

Amaran pencetus: Sebutan tentang bunuh diri, mencederakan diri sendiri, adegan pembunuhan manusia dgn racun & bakar secara sistemik & sistematik.

ISI: KR membawa idea yang lazim dalam genre distopia: paksaan terhadap rakyat oleh pemerintah agar mereka akur dengan sesuatu kepercayaan & undang-undang masyarakat dilaksanakan untuk mengukuhkan kepercayaan tersebut (rakyat mesti gembira 100%, perasaan lain dilarang). Filem paling dekat dgn kisah ini ialah Equilibrium (2001).

GAYA: KR ditulis dengan gaya baku sepenuhnya. Dialog kedengaran kaku tapi mungkin itu disebabkan watak wujud dalam dunia bukan realisme. Kisah ini diisi dengan adegan jungkir balik & petikan teks fictional untuk membina semesta Kota Romantika. Penceritaan dipenuhi perbincangan falsafah & psikologi untuk menyampaikan emosi watak. Atas sebab ini juga penceritaannya agak perlahan. Ada banyak renungan & imbas kembali berlaku. Ini dilakukan melalui pandangan mata watak Nur Balqis sebagai aku.

RASA: KR mengambil masa untuk menyampaikan perasaan. Di akhir cerita, baru saya rasa panik apabila ada adegan yang triggering. Saya anggap keseluruhan cerita ini ialah metafora tentang sifat hidup kita yang fana & bagaimana kita menipu diri kita sendiri, jadi saya dapat terima keanehan dalam KR dengan mengenepikan logik.

KESIMPULAN: Jika anda ingin pembacaan introspektif, falsafah, debat dengan diri sendiri tentang ketidakadilan hidup secara menyeluruh, bacalah Kota Romantika.
Profile Image for Ilham Mazalan.
Author 9 books77 followers
February 19, 2024
"Merawat luka, mengasah senjata."

Saya fikir ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan harapan dan gagasan yang mahu saya sembahkan dalam karya ini.

Kota Romantika dibahagikan kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama ia bercerita tentang peranan rasa-rasa hati yang dianggap negatif, seperti rasa sedih dan takut dalam membentuk keperibadian manusia, serta mengapa rasa-rasa ini penting dalam membina manusia yang manusiawi.

Di dalam bahagian dua, Kota Romantika bercerita pula tentang tanggungjawab seorang manusia setelah dia berjaya menguasai segala perasan hatinya. Kota Romantika menggariskan kepentingan untuk manusia hidup bantu membantu, dan saling berkorban agar mereka yang menebar derita dapat dilawan.

Sejujurnya, meskipun Kota Romantika merupakan karya saya yang paling tipis setakat ini, ia juga karya yang paling sulit hendak ditulis.

Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan peluang buat karya ini. Saya harap ada sekelumit kebaikan yang dapat saya tawarkan kepada pembaca.
Profile Image for Najwa in her debut era.
172 reviews18 followers
October 27, 2024
Ilham, rasanya selain Cinta Terbelah di Laut Merah, saya rasa buku ni pun saya perlukan perbincangan lanjut daripada kamu wahai penulis.

Buku ni, falsafah kehidupannya sangat banyak dan tersirat. Kena baca dan kaitkan kisah Balqis dengan kehidupan kita sendiri.

Dr Sabariah ini, orangnya terlalu bercita-cita tinggi sehingga terlalu mendongak langit sehingga terlupa bagaimana bentuk asal tanah di atas muka bumi ini.

Balqis pula seperti kebanyakan manusia yang sering bertanya, bertanya dan bertanya tentang kehidupan. Ketika Balqis sering menyoal dan berperang dengan diri sendiri, saya teringatkan dialog Nabi Ibrahim tentang kewujudan Tuhan yang mengatur alam ini.

Bagaimana manusia yang berakal itu sebenarnya akan sering mencari kebenaran, tentang kehidupan dan kewujudan serta sebab mengapa kita manusia ini diciptakan.

Adam, Adam seorang watak yang unik dan begitu misteri dan sejujurnya saya tidak tahu siapa penulis sedang tulis ini. Watak Adam ini ibarat malaikat tetapi benarkah begitu?

Tetapi semasa membaca buku ini, saya tertanya, "takkan lah Ilham tulis something yang tak berkait tentang agama?" because knowing Ilham (based on his previous work), I know he will write something about religion.

Tetapi bila dah sampai hujung buku ini, saya tersenyum sendiri. Benar, buku ini falsafah kehidupannya sangat tinggi. Kita hidup ini punya tujuan, dan tujuan itu hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.

Saya banyak bayangkan latar tempat istana dalam cerita Laputa: Castle In The Sky filem Ghibli Studio sepanjang membaca buku ini.

Boleh rasa sunyi-nya dunia Kota Romantika, sebagaimana sunyi-nya Laputa dalam filem Studio Ghibli.



Kesunyian Kota Romantika ini pastinya akan membunuh saya jika saya hidup di dunia itu, ada semacam rasa sunyi tak berpenghujung setiap kali teringatkan Kota Romantika ini.

Buku ini sangat menarik, untuk yang sukakan falsafah, fantasi dan sci-fi, saya rasa buku ini sesuai dibaca kamu.

Penentangan terhadap mereka yang menyakiti orang lain, dan pengorbanan dalam menentang kezaliman adalah asas kewujudan manusia yang paling utama. Inilah kemarahan yang benar. Setiap yang melewati jalan ini telah memenangi segalanya.
Profile Image for Faiz • فائز.
385 reviews3 followers
May 14, 2025
Karya ketiga Ilham Mazalan. Agak kecewa kerana dua karya yang sebelumnya, sangat-sangat baik.

Mengisahkan pencarian Nur Balqis (Qis) terhadap perasaan-perasaan lain selain gembira. Di Kota Romantika, kedukaan, kesedihan, ketakutan dan segala macam perasaan lain tidak dibenarkan wujud. Kepalsuan Kota Romantik yang terbina dengan tiga moto utama, tersingkap sedikit demi sedikit apabila Qis bertemu dengan Zahir.

Namun, penceritaan telah rancu pada bahagian awal. Kota ini (seolah-olah/barangkali?) mengambil latar futuristik, namun tidak digambarkan ke'canggihan'-nya dengan terperinci hingga menyukarkan saya untuk membayangkan keadaan kota.

Kemudian, 'pengetahuan' Qis terhadap perasaan-perasaan lain sukar diterima akal. Bagaimana dirinya mengenal perkataan 'duka', 'damai', 'takut' dan seumpamanya sedangkan tidak pernah pula dirinya mengetahui, apatah lagi merasai (experiences) perasaan-perasaan ini. Adalah mustahil untuk satu-satu istilah itu wujud sedangkan hakikat terhadap perkara itu tidak pernah dicerap, sama ada dengan inderawi mahupun akal. Maka, sukar untuk diterima bahagian ini. Bukankah penduduk Kota Romantika hanya tidak 'dibenarkan' menzahirkan, bukannya mereka tidak tahu langsung perasaan-perasaan lain ini.

Selebihnya, jalan cerita dan perkembangannya, baik walau boleh ditebak. Terlalu banyak juga madah-madah falsafah yang mendalam, namun seolah-olah ia dipaksakan. Tidak mengalir sifatnya, seperti yang terakam dalam Cinta Terbelah di Laut Merah dan Hikayat Sang Kancil & Sulaiman.

Di akhir cerita, apabila Kasandra dan Qis, memilih jalan yang berbeza untuk mencicip kedamaian—ia melambangkan kerencaman sifat manusia.

Sebuah naskah yang agak baik, namun masih mengecewakan saya.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books263 followers
June 24, 2024
This story still lingers in my mind walaupun dah berbulan baca sejak awal release.

One of the best, walaupun a bit depressing and I don't agree with the ending
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
March 31, 2024
Buku pertama saya baca dari author ni. Kagum bagaimana penulis nukilkan setiap bait ayat bak kata-kata falsafah yang mempunyai maksud tersurat mahupun tersirat. Mungkin orang yang namanya Ilham sentiasa memperolehi ilham untuk terus menulis yang puitis-puitis.

Bayangkan kalian tinggal di sebuah kota di mana tidak seorang pun dibenarkan menangis. Hanya kegembiraan saja yang memenuhi kota. Jika ada perasaan lain selain gembira yakni kecewa, sedih, marah dan lain-lain kalian akan dihukum oleh pemerintah!

Warga kot hanya dibenarkan hidup selama 40 tahun saja. Cukup usia 40 tahun, mereka akan menempah Kapsul Rehat Panjang di mana kapsul tersebut akan membakar diri kalian hingga menjadi debu yang digelar sebagai ‘bintang.’

Bayangkan ibu bapa kalian sudah genap usia 40 tahun, dan kalian terpaksa lepaskan pemergin mereka dengan rasa gembira dan rela hati. Perasaan sedih dilarang sama sekali. Begitu juga halny jika kalian telah berusia 40 tahun, kalian perlu mati dengan rasa gembira tanpa rasa takut akan mati.

Buku ni nipis je (novella) boleh habiskan dalam masa sehari dua jika tiada aral dan mudah ‘hooked’ bak kata omputih.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
March 11, 2024
Dan sebuah bohong yang disepakati, jauh lebih baik daripada kebenaran yang memecah-belah.


Kalau hidup saya hopeless, mungkin saya juga akan termakan dengan kata-kata Dr. Sabariah di atas dan jadi penduduk Kota Romantika yang patuh.

I was rooting for Balqis untuk keluar dari kultus gembira KR. Tapi saya rasa saya faham kenapa endingnya macam tu. Kinda.
342 reviews15 followers
July 12, 2024
Karya diaspora. Latar fantasi di kota yang cuma ada rasa gembira. Genap 40 tahun berangkatlah penghuninya memasuki kapsul rehat panjang. Tidak sempat kenal usia tua.

Bukan genre pilihan saya. Namun Kota Romantika memberi pengaliran pembacaan yang baik. Perasaan hadir berpasangan. Untuk rasa gembira, pasti ada sebab-musabab. Naluri perasaan yang lain tidak boleh dinafikan.

Manusia berubah. Orang yang pernah rapat dengan kita juga berubah. Masing-masing berhak memilih jalan sendiri.

Kisah Nur Balqis yang terkeluar daripada suasana gembira sentiasa di Kota Romantika apabila menyaksikan ibu bapanya masuk ke kapsul rehat panjang.
Profile Image for Suha Abdul.
19 reviews
March 15, 2024
Diberi kesempatan menjadi beta reader untuk karya keempat oleh Ilham Mazalan. Sebuah karya yang matang dan mendalam. Tidak keterlaluan untuk saya katakan ini adalah karya terbaik beliau yang saya baca. Kota Romantika secara umumnya menyentuh isu kesempurnaan sifat manusiawi seseorang manusia. Melalui kaca mata watak utamanya, Nur Balqis, yang seumur hidupnya di Kota Romantika hanya disenangi perasaan yang indah-indah seperti riang dan gembira. Dimana perasaan-perasaan yang dianggap negatif seperti marah, duka, dan kecewa adalah dilarang sama sekali. Cinta dan perjuangan dianggap pembunuh senyap' jiwa manusia. Keluarga, sahabat, dan kekasih hanyalah sebuah ikatan tanpa makna. Namun dikekang setara mana pun, tidak dapat kita nafikan fitrah manusia yang berfikir akan mula mencari erti sebuah kehidupan di sebalik segala kepalsuan. Pertemuan Nur Balqis dan Zahir bakal mencabar persepsi kita tentang apa ertinya menjadi sebenar-benar manusia. Adakah kegembiraan adalah kemuncak segala rasa yang patut kita kejar, seperti yang dipercayai oleh Dr Sabariah, pengasas Kota Romantika? Yang menurut beliau, segala perasaan-perasaan terlarang ini dibuat bertujuan bagi melindungi umat manusia daripada berbuat kerosakan, baik terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain secara umumnya. Kerana bagi Dr Sabariah, kemarahan hanya menimbulkan bencana. Kesedihan hanya mencetuskan sengsara. Kekecewaan hanya mengundang putus asa dalam kehidupan. Sepanjang pembacaan, buku ini banyak mencabar pemikiran saya tentang konsep mencari erti hidup yang sebenar. Membuatkan saya berfikir, adakah dunia akan lebih baik sekiranya semua orang hanya merasa gembira? Adakah berdamai dengan diri sendiri sahaja sudah cukup sehingga kita menganggap berkorban untuk manusia lain (or for a greater purpose) adalah sebuah usaha yang sia-sia? Bagaimana sekiranya marah, duka, dan kecewa bertindak sebaliknya (ke arah yang lebih positif)?

Kota Romantika bagi saya, adalah sebuah karya baru yang segar, yang mencabar pemikiran kita secara terbuka tentang makna sebuah kehidupan dan apa ertinya menjadi seorang manusia yang manusiawi. Tahniah buat Ilham yang berjaya menghasilkan karya sebagus ini. Macam biasa, penulis punya gaya bahasa memang tip top!
Profile Image for Iza B. Aziz.
237 reviews33 followers
March 15, 2026
Kegembiraan, kegirangan bukan segala-galanya. Saya amat kagum dengan karya Ilham Mazalan dan Kenchana dalam Kota Romantika. Daya falsafah tentang kemanusiaan yang digarap sekilasnya dapat dibaca dengan ringan. Namun, mampu membuat saya berfikir berkali-kali.

Gabungan kedamaian dan kemarahan selalu kita lupa. Sering kita salah erti. Kedamaian tidak hadir dengan baik-baik sahaja. Ia wujud dari kesengsaraan, pengorbanan atau mungkin hinaan. Ceritanya juga amat bagus untuk kita memahami sikap tidak peduli "manusia khayal gembira" terhadap tanah zaitun.

Kota Romantika mampu menjadi satu naskhah klasik suatu hari nanti. Kerana mesej kemanusiaan yg dibawa. Anak-anak muda atau orang dewasa yang ingin belajar tentang kematangan emosi, bacalah Kota Romantika.

3.5 💖
Profile Image for LadyKeira Zachary.
418 reviews16 followers
July 9, 2024
Recommended

Pertama kali baca karya penulis ini. Harap Ada sambungan.

Suka dengan dialog di bawah....

"Usia yang bertambah hadir dengan tanggungjawab. Tanggungjawab yang terhimpun dan mendesak ini, sering memaksa kita menipu diri sendiri.”

“Menipu bagaimana?”

“Menipu tentang gembira.”
Profile Image for Thea (HereTheThea).
80 reviews
April 4, 2026
Akhirnya mampus jua dan Kota Romantika masih berdiri, memberi harapan palsu kepada warga kotanya selama-lamanya sehingga jatuhnya imej kota itu (mungkin tidak... kita sendiri pun tidak tahu...)

Aku punyalah semangat nak merasai naik bas kapibara, menikmati suatu kota yang indah damai & tiada laporan kes jenayah yang melampau, siap ada bunga-bunga yang menyanyi jika kita lalui taman bunga di kota itu. Rupanya, Kota Romantika ini hanyalah ilusi semata-mata sekiranya anda telah mengetahui apa sebenarnya matlamat kota itu dibangun dan dibina. Sebuah kota yang penuh dengan muslihat yang orang sepatutnya tidak perlu ditahui ramai.

Aku dengar tajuk buku ini ingatkan "Kota Romantika" ini mesti penuh dengan perasaan cinta, tidak kisahlah cinta dari segi apa pun. Cinta akan kota tu ke, cinta akan persekitaran dan haiwan mahupun sesama manusia. TIDAK SESAMA SEKALI, JANGAN TERTIPU DENGAN NAMA KOTA INI! Apa yang anda alami dalam sesi pembacaan anda hanya rasa marah, menyesal, gagal dan lain-lain emosi. Tetapi warga Kota Romantika tidak sepatutnya merasai apa yang kita rasai, mereka perlu gembira dan girang selalu. Ada orang yang akan mati dalam masa terdekat? Bergembiralah, kalau tidak, mereka akan ditangkap. Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai cita-cita dan impian yang membara dalam minda & ingin keluar dari kota ini? Jangan haraplah, anda akan tewas jua.

Kita mulakan dengan plot cerita ini, kita dikenalkan satu watak bernama Nur Balqis atau pendeknya, Qis, yang tinggal di Kota Romantika, sebuah kota yang dibangun & dibina selepas perang nuklear yang telah berlaku beratus tahun dahulu. Ibu bapanya baru sahaja "meninggal dunia" & Qis merasai sesuatu yang tertanam dalam hatinya tetapi tidak dapat meluahkan rasa tersebut kerana warga kota ini telah dilatih sejak azali untuk berasa gembira & girang selalu tidak kira apa situasi yang berlaku dalam kehidupan mereka. Satu hari, Qis menjumpai seseorang yang akan mengubah perspektif tentang apa yang dia alami selepas ibu bapanya pergi & realiti sebenar kota tersebut. Plot dia senang difahami & aku dapat memahami objektif kota tersebut dibina dan dibangun. Sekiranya anda baca untuk plot cerita sahaja, tak syok ye, aku sarankan kau fahami Kota Romantika secara keseluruhan sebab banyak maklumat diselit di setiap bab barulah anda rasai betapa sadisnya kota tersebut.

Secara pendeknya, Kota Romantika secara keseluruhan ini kita boleh lihat dari perspektif seorang manusia yang cuba menyuaikan dirinya dalam masyarakat majmuk & tidak dilihat sebagai orang yang unik, lain daripada yang lain dalam khalayak ramai. Dalam bahasa Inggerisnya, "trying to blend in with society". Seseorang yang pendam segala perasaan untuk mengelakkan dari realiti dunia yang kejam dan penuh dengan ketidakadilan. Akhirnya, seseorang itu akan sedar bahawa memendam segala perasaan yang dia alami itu akan menjejaskan kehidupannya sebelum terlambat. Mungkin anda pernah dengar "high-functioning depression" (cari sendiri apa maksudnya & simptomnya), adakah warga Kota Romantika sedang mengalaminya? Kita sendiri pun tidak tahu.
Profile Image for meenie.
407 reviews3 followers
March 15, 2026
novel yang terasa seperti membaca puisi.

setiap bait perkataan yang ditulis terasa indah sekali. teknik pengolahan dan penceritaan berjaya disampaikan dengan baik. pendek kata, karya ini berjaya mengisi ruang kosong di dalam hati saya.

ini karya pertama dari penulis yang saya baca. sangat puitis setiap ayat. mungkin akan ada yang rasa ah lambatnya nak habis? tapi saya tidak. terkejut sebenarnya, selalunya saya lah antara puak minoriti yang akan merentan tu.

kota romantika.
terasa seperti berada di dalam dunia castle in the sky karya ghibli studio.
sebuah kota yang penduduknya hanya merasai gembira dan keriangan. tepat usia 40 tahun, mereka perlu ke kapsul penghapusan dan menjadi bintang.
namun, sejauh manakah sang penduduk akan kekal merasai kegembiraan? sampai masanya pasti akan ada yang memberontak. kerana manusia yang tidak merasai emosi lain, adalah manusia yang tidak akan bertumbuh.

pengakhiran cerita sesuai dengan cerita walaupun i was rooting for Qis untuk tinggalkan kota romantika. tetapi understandable. it takes a lot.
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews15 followers
January 22, 2025
buku yang agak triggering saya baca sebenarnya. mula mula tengok 158 muka surat je confirm boleh habis cepat tapi bila dah habis makin banyak persoalan-persoalan yang timbul berkaitan manusia dan manusiawi yang sifatnya lahiriah.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
March 15, 2024
Sekarang saya cukup pasti tulisan-tulisan Ilham Mazalan adalah satu penulisan yang tidak akan tidak sentiasa mengacau rasa ingin tahu, mendatangkan satu pemikiran yang unik untuk saya dalami, serta buat sering tertanya-tanya apa yang ada dalam minda penulis ini selalunya. Begitulah juga dengan buku Kota Romantika ini, tidak lari daripada mendatangkan hal-hal yang sebut tadi. (Akan review panjang sikit lagi kalau ada masa).
Profile Image for Elvina Zafril.
746 reviews109 followers
December 30, 2025
Kota Romantika yang ditulis oleh Ilham Mazalan dan Kenchana bagi saya ialah thought provoking story. Yang mana ia membuatkan saya berhenti sekejap untuk reflect on emotions we often try to push away.

Di bandar magis yang digelar Kota Romantika, di mana semua penduduk bandar hanya dibenarkan untuk rasa gembira sahaja. Kesedihan adalah dilarang sama sekali. Tetapi kisah ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Nur Balqis yang baru sahaja kehilangan ibu bapanya. Dan dia tidak dibenarkan untuk menatap kematian orang tuanya. That idea alone already feels unsettling, because sadness is such a deeply human thing.

Segalanya mula berubah apabila Nur Balqis bertemu dengan Zahir, seorang pemuda misteri bermata hijau. Melalui Zahir, Nur Balqis perlahan-lahan membenarkan dirinya untuk merasa semula rindu yang lama dipendam, takut yang tidak pernah dinamakan, kecewa yang cuba diketepikan dan duka yang selama ini tidak dibenarkan hadir pun. Hubungan mereka berkembang dengan tenang, tanpa drama yang berlebihan tetapi cukup menyentuh hati saya hingga membuatkan saya turut sama merasa.

Yang paling menyerlah ialah inner struggle Nur Balqis. Dia sedar semua emosi itu penting, namun dalam masa yang sama dia ragu-ragu, adakah dia cukup kuat untuk menanggung semuanya sekali gus?


Saya suka Kota Romantika sebab ceritanya sangat simbolik dan penuh emosi. Ia juga mengingatkan saya bahawa hidup yang dibina hanya atas rasa bahagia is incomplete and that even painful feelings deserve space to exist.
87 reviews
July 27, 2024
3.8🌟

"Manusia-manusia yang telah menggapai damai namun di hatinya itu tetap tidak ada apa-apa kehendak untuk berjuang, untuk melawan, untuk menundukkan dunia supaya rasa kedamaian ini akan turut dikecapi manusia-manusia lainnya; manusia sebegini akan selamanya mengejar fatamorgana. " -Kota Romantika


Novel ini berkisar tentang sebuah kota ciptaan Dr. Sabariah, yang hanya menerima kegembiraan dan kegirangan sebagai matlamat hidup. Kota ini juga menolak perasaan-perasaan yang lain. Pendek kata menolak kepentingan emosi alami seorang manusia.

"Kestabilan. Keselamatan. Kegembiraan."

Itulah moto Kota Romantika.

Kematian ibu bapa watak utamanya, Nur Balqis kerana perlu mengikuti peraturan kota, masuk ke dalam Kapsul Rehat Panjang setelah genap 40 tahun untuk 'menjadi bintang', menjadi titik mula Nur Balqis mempersoalkan perasaan yang bertampuk dalam hatinya. Ketika dia mula didatangi Zahir, pemuda misteri, kebenaran-kebenaran yang pahit tentang Kota Romantika mula terungkap satu per satu.

Ini kali pertama saya baca buku bergenre distopia. Selesai bacaan, sebenarnya saya sedikit rasa tidak puas, terutama terhadap pengakhiran cerita (mungkin kerana nashkah ini nipis sahaja). Ada babak yang saya rasa boleh menjadi suatu babak yang mendebarkan, tidak diceritakan secara rinci sehingga ia tidak begitu menangkap perasaan.
Saya pernah membaca karya lain penulis ini dan seperti biasa, saya suka selitan pemikiran falsafah dan metafora yang digunakan. Banyak kata-kata yang disampaikan membuat kita berfikir lebih dalam.

Kota Romantika ini pada saya, sebuah kisah yang mendidik kita untuk menghargai setiap perasaan dan mengiktirafnya. Tidak ada emosi yang tidak berguna untuk seorang manusia.
Dan kehidupan di dunia sememangnya rumit, memerlukan jawapan yang kadangkala mengambil masa untuk kita fahami, tetapi itulah keindahan hidup, kita akan belajar banyak perkara daripada segala yang kita tempuh. Bukan terjadi sekadar sia-sia, begitu jugalah perasaan. Bak kata penulis;

"Perasaan-perasaan harus dilalui dengan sabar, andai kita mahu ia memandaikan kita."

Sebuah naskhah yang mengajar kita tentang penerimaan, pengorbanan dan penghargaan.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews7 followers
June 27, 2024
Saya pertama kali tahu kewujudan novel ni melalui ciapan sang pengarang di aplikasi X.

Jujurnya, masa tu tak tertarik nak baca novel ni sebab emosi seperti sedih, duka, resah, dsb, semuanya terlalu penting buat saya sampaikan saya tak mampu nak bayangkan hidup tanpa perasaan tu semua waima dalam dunia fiksyen.

Plot cerita ni berkembang secara teratur. Pacuannya tak terlalu laju, dan tak juga terlalu perlahan. Sedang-sedang gitu. Perjalanan cerita ni juga terasa macam tengah mengupas lapisan bawang, satu demi satu dirungkaikan dan didedahkan.

Penggunaan watak Nur Balqis sebagai ‘kanvas kosong’ yang memperkenalkan pembaca kepada Kota Romantika berkesan dengan baik. Pada garis masa ni juga, watak Nur Balqis sebagai kanvas terawal yang dicorakkan dengan warna-warna perasaan yang terlarang di Kota Romantika membuka lembaran cerita dengan baik.

Bab pembinaan latar tempat dan masyarakat, saya rasa kedua-dua pengarang menulisnya dengan baik. Cuma lepas habis baca barulah saya terkeliru sama ada disebut atau tidak siapa pemimpin Kota Romantika ni. Saya cuma ingat orang-orang atasan yang ada disebut.

Membaca cerita Nur Balqis membawa saya selaku pembaca untuk turut sama belajar mengenali, memahami, dan menghargai perasaan-perasaan seperti takut, kecewa, duka, marah, dsb.

Makin jauh saya membaca, makin saya terpesona dengan dunia distopia ini dan perjalanan Nur Balqis dan Kasandra membongkar kebenaran di sebalik Kota Romantika dengan bantuan Zahir.

Saya puas hati baca perkembangan dan perjalanan arka Nur Balqis dan Kasandra, walaupun penghujung kedua-dua watak ini menyayat hati.

Dari segi laras bahasa pula, apa yang boleh saya rangkumkan ialah laras bahasa novel ni merangsang kesemua deria saya. Seolah-olah saya boleh nampak, rasa, sentuh, dengar, dan hidu sendiri apa yang dialami oleh Nur Balqis. Ayat-ayat naratif, dialog, dsb, juga tak terasa janggal, bersesuaian dengan latar distopia meski ada bunga-bunga dan puitis di sini sana.

Usai baca novel ni, saya yakin selaku pembaca, kita akan belajar menghargai setiap satu perasaan yang wujud dalam diri manusia kita.

Tamat saja baca novel ni, saya cukup bersyukur sebagai seorang muslim, kita diberi panduan dan pujukan wahyu berkenaan sisi perasaan manusia kita.
Profile Image for Sya Razak.
22 reviews
July 22, 2024
4.4/5 🙌🏻

Sinopsis:
Mcm mana hidup kita hanya dibenarkan untuk rasa happy2 shj? X boleh sedih, marah, kecewa etc. If u do, u kena tangkap. N also bila umur 40, u mesti kiok?

Nur Balqis (watak utama) yg mencuba untuk mendalami suatu perasaan yg aneh (she can’t figure out those feelings) selepas perginya ibu bapanya ke ‘bintang’.

Thoughts:
No romance pun. Ironically. That’s the message drpd tajuk buku. Kota Romantika adalah ciptaan dan khayalan manusia yang hilang waras akal disebabkan ‘cinta’. Cinta terhadap harta? Kedudukan?

Gialah cta nya.

Well, kita mesti validate semua perasaan kita (yg positif n negatif) untuk rasa mena2 cmne manusia ya.

Even dlm agama (sirah Nabi), baginda pun ada rasa sedih bila kehilangan org2 yg disayang.

Byk bermuhasabah lah juak bila baca buku tok wpun gak 158 pages jak 🙌🏻

-0.6 sbb nak tahu lagi backstory about dark side of KR, karakter Doktor Sabariah yg boleh buat lagi pembaca rasa meluat dengan dia etc. Kuddos Tuan Ilham!
16 reviews1 follower
June 30, 2024
Pernah tak korang rasa nak hidup dalam dunia yang hanya dipenuhi rasa girang dan gembira?
Tanpa rasa sedih, kecewa, dikhianati, cemburu, kagum, teruja dan segala perasaan manusiawi lainnya? Bagaimana jika tempat sebegitu sebenarnya wujud? Adakah korang nak tinggal disana? Walaupun nyatanya apa yang korang kecapi itu semua hasil dari kepura-puraan? Hasil dari merasa bahagia di atas penderitaan orang lain?

Kota Romantika adalah kota yang seperti itu. Kota yang wujud setelah perang dunia ketiga berlaku. Kota Romantika merupakan kota yang penduduknya hanya dibenarkan memiliki perasaan gembira dan girang. Tidak kira apapun sintuasi yang berlaku, mereka hanya boleh merasai hal tersebut. Jika korang pernah tengok one piece, korang mesti ingat satu arc yang berlaku di sebuah pulau. Dimana meski mereka sedih dan menderita, mereka wajib ketawa. Macam itulah penduduk kota Romantika hidup. Apa yang lagi teruk... Setiap kali seseorang itu berumur 40 tahun, mereka akan diwajibkan untuk menempah suatu kapsul rehat panjang yang membuatkan mereka menjadi "bintang" di langit. Tapi.... apa jadi bila seseorang mula berasa ragu dengan gaya hidup mereka? Apa asas wujudnya kota ini? Siapakah Doktor Sabariah yang kononnya Mulia itu? Kalau korang nak tahu, korang kena baca sendiri.

For me, buku ni sangat best walaupun pendek sahaja..Ada beberapa pertanyaan tak terjawab yang membuatkan ia hilang satu bintang. Tapi tak mengapa. Buku ini ada banyak misteri dan plot twist tak terduga.... Jenuh juga nak memahami makna tersirat nan puitis yang cuba abang Ilham dan Kenchana sampaikan.. Siap ada teguran buat negara isnotreal lagi tau! Bukan kaleng-kaleng sungguh.. Ending dia bagi saya agak berkesan tapi juga sakit hati dengan karakter bertopi tu... Buku ni kena perah otak jugak actually so korang kena kosongkan otak untuk masuk data baru. Heheheehehe.. Kalau korang tertarik, baca lah sendiri untuk tahu apa sebenarnya rahsia Kota Romantika!
Profile Image for Hidayah Fauzi.
181 reviews3 followers
July 17, 2024
Dok berbolak balik, nak bagi 4 ke 5 bintang. Haha. Akhirnya bagi 5 bintang sebab memang sarat dengan falsafah, metafora, perkara tersirat yang aku sendiri sukar nak perincikan satu2. Haha. Apapun, cerita yang menarik. Ambil masa lama sikit nak habiskan sebab sibuk dan fontnya kecil. Kita mudah mengantuk kalau font tulisan kecil. Haha.

Sebelum review, ada baca beberapa ulasan dekat gr, tt dan twitter. Tapi tak banyak sangat. Suka dengan 1 ulasan ni. Katanya cerritaa ni ni jenis slow pace story dan takde perkembangan watak. Setuju. Tapi untuk orang yang suka berfikir, mencari makna hidup, sesuailah buku ni. Saya baca berbagai jenis genre juga, jadi saya approved buku ni. Hihi.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
March 7, 2024
Saya rasa ni buku Ilham pertama yg saya habis baca. Yang lain saya ambil masa nk habiskan. Masih dalam kategori "currently reading" 😅😅😅

Buku ini topiknya berat. Walaupun dia punya 158ms saja. Semasa baca buku ni, minda saya sering terbayang filem Disney "Inside Out" di mana emosi gembira cuba menjadi satu emosi yang teratas dan ingin mengatasi perasaan yang lain.

Sedangkan semua emosi itu penting
Sedangkan semua emosi itu saling melengkapi
Sedangkan semua emosi itu yang membuatkan kau itu menjadi manusia
Jika salah satu emosi itu terlalu lama di atas takhta manusia itu, pincang semuanya. Sebagaimana pincangnya Kota Romantika.

Ternyata saya hanya menjadi pihak ketiga yang menonton "peperangan emosi" pasukan Dr Sabariah vs pasukan Adam.
Pembacaan yang matang
Pembacaan yang buat kau fikir sejenak, betulkah jalan yang Nur Balqis pilih sehingga akhir hayatnya? Atau menjadi pak turut saja seperti orang tuanya?

Sedangkan saya yang menjadi orang ketiga ini turut berperang dengan fikiran sendiri, mungkin kerana saya ini hanya pembaca, saya memilih untuk ikut jalan Nur Balqis. Tapi adakah saya akan jadi pengikut kalau saya sendiri hidup di Kota Romantika? Mungkin ya.

Satu percubaan yang menarik Ilham! Terima kasih atas karya yang bagus.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fugumii.
17 reviews
February 26, 2024
“Mereka percaya bahawa cinta hanya akan membawa kemusnahan”

“Usia yang bertambah hadir dengan tanggungjawab. Tanggung jawab yang terhimpun dan mendesak ini, sering memaksa kita menipu diri sendiri”

Honestly I’m furious when i read the first half of this book. For someone who always expresses their emotion, i don’t think i could last in this place more than 24 hours.

But as i read further, I understand what the author want to told the reader.

Don’t get me wrong, i love this book, but i need to think from other perspectives. The book os fast paced, so i have to slow down my speed to digest all.

Anyway kudos to the author! Not usually my kind of theme, but you hooked me to buy and read it till the end
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
898 reviews86 followers
March 7, 2024
21/2024

-Kota Romantika
-Ilham Mazalan, Kenchana

Bagi saya sebenarnya perjalanan cerita Kota Romantika ini menarik. Ada kelainan yang tersendiri. Mengetengahkan tentang emosi seseorang manusia. Apakah kita perlu hanya merasai gembira sahaja? Apakah gembira akan membuat kita terus hidup selamanya?

Cumanya, disebabkan saya memang sejenis yang ambil masa untuk hadam metafora yang ada dalam buku ini membuatkan pembacaan saya agak terganggu. Saya ulang, ini pandangan saya sendiri ya. Bagi pembaca lain, mungkin mereka dapat hadam apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini. Apa apa pun tahniah buat penulis untuk karya penuh isi ini.
Profile Image for ileftmybookshere.
242 reviews84 followers
April 19, 2026
Pernah kebayang gimana misalnya kita hidup di dunia yang hanya mengizinkan kebahagiaan? 💁🏻‍♀️ nah di Kota Romantika ini, penduduknya cuma boleh merasa bahagia jadi emosi selain bahagia tuh dianggap sebagai kesalahan jadi gak ada ruang untuk sedih, kecewa, ataupun marah.

Suatu hari, Nur Balqis salah seorang penduduk Kota Romantika mulai mempertanyakan hidupnya setelah kehilangan kedua orangtuanya, ada perasaan yang gak mampu dia kenali hingga akhirnya dia bertemu dengan Zahir, lelaki misterius yang menyingkapkan rahasia besar di balik Kota Romantika.

. ݁₊ ⊹ 🏙 . ݁˖ . ݁

Kesan pertama yang aku dapetin pas baca blurb tu mikir kayaknya seru nih tinggal di kota yang isinya kebahagiaan semua eh tau-tau gak semudah itu karena lewat cerita hidup Nur Balqis, aku jadi ngerasain gimana tertekannya hidup yang cuma boleh diisi rasa bahagia, gak peduli kamu lagi sengsara pun tetep kudu happy, duh mana enak😭 jujur aku selama baca ini kagum sama 𝗽𝗹𝗼𝘁nya yang menarik banget since first page dan makin lama kubaca makin menarik kayak ada aja hal baru yang aku jumpai di sini☺️ Menurutku, plotnya tuh punya kesan misterius sekaligus bermakna jadi selama baca tuh aku enjoy sama teka-tekinya sekaligus aku belajar banyak soal perasaan yang ada dalam diri manusia and don’t forget the 𝗽𝗹𝗼𝘁 𝘁𝘄𝗶𝘀𝘁 even kecil tapi tetep cakep✨ such a great plot for me, sentuhan fantasy-sci fic nya juga bikin plotnya makin kece menurutku! Bacaan one sitting yang bakalan tinggalin kesan mendalam buat pembacanya karena walaupun terkesan ringan tetep bikin merenung gitu lho😌

𝗔𝗹𝘂𝗿nya gunain alur maju-mundur dengan perpindahan timeline yang rapi walau memang di akhir aku rada ngandat mikir siapa yang sahabat yang dimaksud Balqis wkwkwk tapi paham kok dia siapa setelah balik baca halaman pertama😭👍🏻 Flow alurnya menurutku enak ngalirnya, perpindahan antar scene-nya gak begitu jumpy jadi pas baca pun mudah buat dingertiin terus juga Kota Romantika ini termasuk fastpaced jadi bisa kalian baca in one sitting, ceritanya menarik terus chapters juga relatif short✨ Walaupun konflik-konfliknya gak berat tapi tetep tension-nya kerasa apalagi di bagian klimaks-nya, duh asli deg-degan terus bisa dibilang penyelesaiannya tuh cakep walaupun nyesek ya but that’s the best decision yang bisa diambil sih sama Balqis🥹

Kalo 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘀𝗶nya, first of all menurutku @penerbitbaca terjemahin ini dengan baik! Gaya bahasanya lugas dan kaku jadi aku pas baca dapetin kesan kalo narasinya kak Ilham ini tuh bahasanya cenderung sederhana tapi sarat makna jadi ada banyak parts yang bikin aku merenung gitu lho jadi cocok buat yang suka ngasih highlight atau quotes gitu, dijamin deh bakalan banyak yang kalian tandai xixixi😚👍🏻 Oiya narasinya menurutku tuh berat di telling karena ini juga gunain POV Balqis ya jadi kesannya kayak diceritain sama Balqis gitu lho ges, aku suka sih ehehe🤩

Terus 𝗽𝗲𝗻𝗼𝗸𝗼𝗵𝗮𝗻nya menurutku keren sih, memang fokus ke character-driven karena aku tuh bisa ngeliat perkembangan batin Nur Balqis mulai dari cara dia melihat dunia sampai perubahan emosinya dari yang “patuh” jadi mulai mempertanyakan soal pemerintahan di Kota Romantika💁🏻‍♀️ Aku tuh somehow bisa ngerasain perjalanan si Balqis dalam mempelajari emosi selain rasa bahagia dan gatau kenapa rasanya tuh kayak nyesek aja gitu lho kayak orang yang hidup tanpa tau rasa lain selain bahagia padahal hidup ini penuh dengan aneka macam rasa🥹 untungnya Balqis ketemu sama Zahir ya jadi Zahir bisa ajakin Balqis merasakan perasaan selain bahagia. Zahir itu datangnya sebentar sih ke kehidupan Balqis tapi dia bawa perubahan besar ke diri Balqis ehehe☺️ selain Balqis, tokoh sampingan di cerita ini juga dikasih porsi yang pas menurutku jadi mereka juga menghidupkan cerita ini dengan baik! ✨

Lastly, banyak sekali 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 dalam buku ini tapi aku simpulin aja deh!💁🏻‍♀️ Kita gak diciptain buat selalu happy, justru kita baru bisa belajar soal makna hidup setelah melalui luka dan kehilangan✨

Overall, it’s a great dystopia-scific book! 🤩🫶🏻 cocok buat yang suka cerita bermakna yang bisa dibaca in one sitting!🤜🏻
Profile Image for caa.
48 reviews
April 22, 2026
⚠️ tw: self harm, suicide.

“𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖𝙠𝙖𝙣.”

dan melalui naskhah ini, saya benar-benar rasa betapa sukarnya manusia untuk benar-benar menjadi manusia.

saya memang tertarik dengan naskhah yang sarat dengan makna—yang bukan sahaja sedap dibaca, tetapi juga membuka mata dan minda tentang kehidupan. Kota Romantika bagi saya adalah salah satu daripadanya. terlalu banyak mesej yang ingin disampaikan, sama ada tersurat mahupun tersirat, namun ia tidak terasa padat atau sesak. sebaliknya, cerita ini dipenuhi dengan permainan emosi dan psikologi yang membuatkan saya terus berfikir sepanjang pembacaan.

gaya bahasa yang digunakan juga sangat puitis dan agak baku, yang mungkin sedikit mencabar bagi sesetengah pembaca. tapi bagi saya, itulah kekuatan utama buku ini. lenggokan bahasanya membuatkan saya tenggelam dalam dunia Kota Romantika dan “magis”nya—walaupun, pada masa yang sama, saya tertanya-tanya… adakah layak dipanggil magis jika manusia di dalamnya hidup dalam kesunyian, kepalsuan dan penipuan? malah kesunyian yang digambarkan dalam kota itu benar-benar terasa sunyi, berat dan menyesakkan.

antara watak yang paling memberi kesan kepada saya ialah Kasandra. saya boleh nampak sebahagian diri saya dalam dirinya. setiap luka yang dia cipta seolah-olah hanya untuk membuatkan dirinya rasa “hidup” semula. bila seseorang itu terlalu kosong dan ‘numb’, dia akan mula mencari apa sahaja cara untuk rasa hidup, untuk rasa sesuatu walaupun dengan cara yang menyakitkan. pengakhiran Kasandra benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dan sukar untuk digambarkan.

watak Balqis pula membawa sisi lain tentang manusia—tentang sifat ingin tahu dan keinginan untuk mencari jawapan. persoalan demi persoalan yang dikejar itu terasa sangat dekat dengan realiti manusia yang sentiasa ingin memahami makna di sebalik kehidupan.

dan apabila sampai ke penghujung cerita, saya sendiri sukar untuk meletakkan satu emosi yang tepat—antara pilu, kosong, atau mungkin sedikit “depressing”. walaupun pengakhiran Balqis jelas melambangkan rencam sifat manusia dan kehidupan, ia tetap meninggalkan satu rasa yang berat.

daripada naskhah ini, saya belajar bahawa naluri perasaan manusia itu datang dalam pelbagai bentuk—bukan hanya cinta dan kebahagiaan, tetapi juga kekosongan, kekeliruan dan kesedihan. mungkin itu yang menjadikan kita manusia. dan dalam semua itu, kita perlu mencari keseimbangan agar tidak terlalu hanyut dalam kebahagiaan, dan tidak juga tenggelam dalam kesedihan.

— ⭐️ personal rating: 4.7/5.
Displaying 1 - 30 of 50 reviews