Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bibir Ceri Melati

Rate this book
Karya penulis bestseller Seksi Ovari.

166 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
68 people want to read

About the author

Fazleena Hishamuddin

12 books41 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (18%)
4 stars
45 (42%)
3 stars
37 (34%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
July 1, 2014
Rasanya boleh dikatakan begini. Aku duduk bersila atas batu letaknya di tanah tinggi dan bersedia menyudu sebalang jeli berwarna pelangi untuk dijamah perut bermelodi. Saat ruang mulut bergelumang rasa, di situ dia bermula.

Dengan mesra dia minta aku pejam mata dan kunyah perlahan-lahan setiap perisa ceritanya. Bercampur aduk saling tak tumpah macam pensel warna disusun rapi mengikut warna. Ada rasa garang, rasa nyaman, rasa jijik, rasa comel dan berjuta lagi rasa. Lepas puas lekakan aku, dia sadur pula sajak ramuan rahsianya menebal di cengkerang mimpi. Play-Scrabble-Love adalah yang paling kuat mengendong aku rapat ke ruang temasya gemanya. Bukan untuk jadi yang paling terkesan atau yang paling dimengerti tapi untuk diletakkan paling hampir dengan aku.

Bila rasa makin pudar, aku cedok lagi isi balang dan pantas suap ke mulut. Kali ini isinya udara. Aku buka mata, balang sudah kosong dan matahari sudah bersembunyi di bawah pokok. Bibir Ceri Melati sudah tamat. Ya, kurang lebih begitulah rasanya.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
October 15, 2015
memikat
tapi
tak
mampu
membuatkan
hati
terus
terikat.

tak seperti lewat hari ketika menggengam naskah seksi ovari. plus aku lebih suka puisi part jika dibandingkan dengan cerpen or anekdot dalam nih

p/s: tetap ada part yang akan selalu aku ulang baca.. weeee..
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 20, 2014
3.25* untuk naskah yang comel ini.

Membaca naskah ini seperti sedang mendengar luahan rasa hati yang cuba disampaikan oleh penulis yang selama ini hanya disimpan kemas dalam ruang privasi dan kini sudah sedia untuk disajikan kepada sekalian pembaca...

Pelbagai rasa yang berlegar-legar di dalam naskah ini. Gembira, sedih, benci, suka dan...

Sepertinya saya sedang duduk bersama penulis naskah ini dengan ditemani secawan kopi dan roti kaya dan dia mula menuturkan bait bicaranya. Membuatkan saya terus khusyuk mendengar bebelannya yang menerawang di sekitar ruang meja. Kekadang saya ketawa kekadang saya simpati. Cuma ada masa saya tak faham akan apa yang dia bicarakan sehinggakan saya hanya mampu tersenyum agar tidak mengecilkan hatinya. Selepas itu dia bangkit dan meninggalkan saya bersendiri dan hanya terkulat-kulat memandangnya pergi...Hamboi!

Suka ayat ini : "perkara yang paling dahsyat adalah kehilangan daripada menjadi hipokrit..."

Jadi jika anda ingin rasainya, silalah. Jangan malu dan segan...

Peace!
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
December 4, 2024
Buku comel dan padat terbitan tahun 2014 ini benar benar memanipulasikan gaya penulisan Indie. Bergerak dalam gaya personal memikat kerana ia membawa cerita dan perasaan perempuan muda yang berhubung dengan dunianya.
Ia sesekali bagaikan memoir yang tidak bersambung dalam paparan cerpen dan certot sebagai paparan CERITA, manakala dari halaman 118 sehingga 166 berjujukan sajak/puisi yang dicetak indah bermakna.
Keberanian, pertanyaan, patah hati dan bingkas semula bagaikan kekuatan Fazleena setelah buku Seksi Ovari yang dikatakan menjadi bestseller (saya belum baca).
Penulisan Indie hadir dalam saiz dan font yang bersesuaian untuk diselit dalam tas tangan wanita. Dinikmati ketika menanti pengangkutan awam.
Secara peribadi cerpen dan certot di halaman 1 hingga 106 bagai sengaja digabung dengan urusan perempuan sejak remaja hingga dewasa. Membawa perincian perincian sisipan yang tidak mahu kalah (cuplikan kata kata falsafah, baris lirik lagu, urusan pertemanan, kasih sayang yang dipinggirkan, hajat tidak sampai dan macam macam).
Mahukan cerita perempuan badan berbau? Impian berenang di kolam cokelat? Perempuan spedo jantan? Pertemuan di stesen keretapi untuk menyimpulkan kasih tak jadi? Travelog wanita berusia? Oh! Macam macam, termasuk cuplikan sinopsis filem pendek dan novel yang dihajatkan.
Leo Tolstoy berkata: Perkara paling membahagiakan dalam hidup adalah memberi kebahagiaan pada orang lain. Jelasnya Fazleena berjaya melakukannya dalam naskah ini.
Rumah penerbitan SFP yang mungkin sudah tidak wujud lagi, naskah ini perlu dilawati semula, diedit sebaiknya untuk versi (revise edition).

NOTA: Jangan teragak agak jika menemui buku ini di mana mana jualan buku vintaj, percayalah ia sangat menyenangkan.

19 reviews1 follower
November 28, 2018
Kekuatan Fazleena ialah pada penceritaanya yang jujur, fokus tentang perempuan. Diolah ringkas tapi punya daya tarikan yang tersendiri. Mungkin kerana penulis juga perempuan maka terasa ada jalinan intim dengan tiap cerita dan puisi. Ringkasnya, buku kegemaran saya.
Profile Image for Ira Nadhirah.
601 reviews
March 1, 2014
Kalau dibenarkan untuk describe penulis dengan satu perkataan, aku akan describe dia sebagai pencerita. Saya suka. Itu sahaja lah. Oh, paling suka fighter lover. Mungkin itu salah satu trait scorpions ehem dan lebih spesifik orang lahir 13 november memang begitu (syok sendiri ye aku tahu). Whatever it is, puisi kali ini lebih umph! Dan, meletakkan puisi jodoh di penghujung adalah a brilliant idea, man! Good job!
Profile Image for Nadira.
97 reviews8 followers
November 25, 2014
Dalam situasi sekarang, buku ni buat aku berfikir hal-hal peribadi yang aku taknak admit. Anyway, lagi enjoy baca cerpen daripada puisi. Tapi puisinya bagus juga and mostly aku suka. Kekasih/ Jodoh misalannya.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
January 11, 2015
Kekuatan penulis terletak pada corak penceritaannya dalam seleksi cerpen-cerpen yang dihidangkan. Perasaannya sama seperti pabila ibu atau cikgu kegemaran bercerita di dalam kelas -- mengasyikkan dan mengkhayalkan.
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
March 9, 2014
Kenapa aku suka buku ini aku pun tak pasti. Mungkin kerana aku kurang mengerti wanita.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
April 6, 2014
Bagai berada di dalam dunia ciptaan penulis, setiap penceritaannya terasa begitu dekat. Aku terasa mahu begitu ketemu sama gadis bibir ceri melati, dan masuk ke dalam gerainya hehe.
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
October 13, 2016
Ditulis dengan rasa kasih sayang dari seorang perempuan untuk perempuan sedunia.

Favourite story would be the one with Roti Bakar and Stesen Keretapi Kluang. (':
6 reviews
September 17, 2015
More honest and closer to the reader.
It leads us to the whole new imagination but still keep us on the right track.
Addictive.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
March 25, 2014
This kakak inspires me a lot ! to be independent and brave out there .
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.