Ehsan, seorang atlet Muay Thai bersungguh-sungguh berlatih agar dapat membanggakan ibunya. Namun, tragedi berlaku sehingga membuatkan hati Ehsan luluh — sinar hidupnya hilang, dunia terasa gelap.
Ehsan mula mengurung diri. Hari-harinya dihabiskan hanya terperuk di dalam rumah, memandang siling dengan renungan yang kosong.
Sampailah suatu hari, tingkap bilik Ehsan diketuk oleh seseorang — Dahlia! Apa yang dia buat di sini?
“Aku nak tolong kau, faham tak?”
“Aku tak perlukan bantuan perempuan muka tempelan macam kau!”
“Eh, sedar diri sikit. Kau tu yang muka diskaun!”
Ketika peluang terakhir menjadi taruhan, Ehsan terpaksa membuat pilihan — sama ada kekal terpuruk dalam kegelapan, atau cuba meraih kebahagiaan diri untuk sekali lagi.
Buku ini sesuai untuk kita yang mengalami depression akibat kehilangan orang tersayang. Ive been there... F pernah jadi macam Ehsan.
F taknak keluar dari dalam bilik. Kerja F menangis, browse internet, baca buku sedih, tengok movie sedih. Thats time tengah glamer buku PS I love you.
My parents hari² pujuk... adik² F takda diaorang kat universiti. So memang F takda sapa² teman. My parents kerja, so lagi rancaklah F duduk je dalam bilik layan diri. Makan toksah cerita la, dalam seminggu tu sekali je kot makan itu pun bila ramai saudara datang ceriakan F.
Bila baca buku ini, teringat masa F kemurungan. Keluar dari dalam bilik pun terpaksa sebab dapat tawaran kerja. My cousin hantar pergi kerja for a weeks sampai F rasa kuat untuk drive.
F berterima kasih pada parents and cousins yang tak pernah give up ceriakan F. Bila baca buku ini, alamakk teringat zaman kemurungan dulu 🤭
F suka scene dahlia borak dengan Ehsan kat tepi tingkap. Hari² Dahlia try-hard untuk keluarkan Ehsan dari biliknya.. if dahlia tak masuk hospital agaknya Ehsan masih dalam dunia dia.
Dahlia sanggup cari balik kawan² Ehsan bila Ehsan dah keluar melihat dunia luar. Kawan² Ehsan masih sayangkan persahabatan mereka.
Why 3? Sebab feel itu tak mendalam sangat. Just awal² je sedih bila mak Ehsan meninggal... bila anak² arwah makan nasi goreng basi masakan terakhir mak mereka.
I know, dalam banyak promo material, difokuskan pada hubungan Ehsan dan Dahlia. Their banters and their fights with each other. Tapi sejujurnya aku tak puas dengan apa yang ada dalam buku ni. Tak cukup banter tu. Tak cukup gaduh-gaduh tu. Awal ada sikit hujung ada sikit lepas tu hilang.
TAPI!
Hubungan Ehsan dan Mak Misnah ditulis dengan sangat baik. Memang normal anak bongsu, lelaki pula tu sangat rapat dengan mak dia. Masa Ehsan dapat berita pasal mak dia tu memang boleh rasa yang dunia Ehsan seakan-akan gelap.
At some points macam annoyed dengan Ehsan sebab cam “eh kau ni? Kau ingat kau sorang sedih?” But at the same time macam faham. Cuma tu lah. Proses dia pulih tu macam cepat sangat, a bit rushed.
But overall, this novel is so much fun to read. Aku SUKA watak Deng dan of course I feel related dengan Kak Nini.
This is a good, light novel to read about overcoming grief and appreciating those around you.
Tak sangka aku dapat habiskan pembacaan yang satu ini sementara menunggu giliran belajar memandu fuhh.
Jangan Kacau Aku Tak?—mengisahkan tentang Ehsan yang hidup sempurnanya sebagau atlet Muay Thai negeri yang musnah serta-merta apabila dia mula kehilangan ibunya.
Sebelum ini Ehsan hanya berpandukan ibunya Mak Misnah dalam setiap perlakuannya. Semua pencapaian yang dilakukan hanyalah demi ibunya sahaja. Jadi apabila ibunya meninggal dunia, Ehsan mula hilang sinar cahaya kehidupannya. Ehsan mula menyendiri.
Munculnya Dahlia, musuh ketatnya semasa di bangku universiti dalam hidupnya membuatkan Ehsan semakin kacau. Boleh dikatakan setiap hari Dahlia nak datang kacau dia. Aku memang salutelah dengan effort Dahlia untuk tarik Ehsan keluar daripada kesedihan dia tu. Nampak sangat prihatinnya!
Dalam buku yang satu ini, terselit pelbagai pengajaran yang sangat bermakna untuk kita semua. Sebagai contohnya, kita perlulah hargai orang tersayang yang masih ada di depan mata sebelum mereka hilang. Kita juga perlu ikhlas dan menerima dengan pemergian orang yang tersayang, dan jangan berputus asa dalam membuat kebaikan.
Babak yang buat hati aku tersentuh giler; time Ehsan mula bercakap dengan Pak Iddin setelah bertahun-tahun hubungan mereka renggang. Banjir aku dekat kelas memandu ni tau tak?
Buku ini menceritakan tentang Ehsan, seorang atlet Muay Thai yang bersungguh-sungguh berlatih agar dapat membanggakan ibunya.
Namun, tragedi telah berlaku sehingga membuatkan Ehsan mula mengurungkan diri dalam bilik. Dunianya terasa gelap.
Hadirnya Dahlia, rakan sekelas Ehsan yang cuba untuk membantunya keluar dari dunia gelapnya. Mampukah Dahlia membantu Ehsan? ---------------------------------------
Buku ini bukan sahaja menceritakan tentang mencari semula semangat hidup selepas kehilangan seseorang yang disayangi. Ia juga menceritakan memilih untuk terus hidup dengan bahagia, tentang mencari sokongan apabila menghadapi fasa hidup yang getir serta tentang Ehsan yang cuba bangkit dari kegelapannya.
Buku ini, bagi kita memang penuh dengan emosi. Apatah lagi bila ianya melibatkan hubungan kekeluargaan. Rasa sedih jugak la bila kita baca scene Ehsan dengan ibunya. Cuma, hubungannya dengan ayahnya sahaja agak janggal.
Daripada tragedi yang menimpa Ehsan, kita dapat lihat yang hubungan Ehsan dengan ayahnya juga semakin rapat. Shout out to Ehsan sebab dia berjaya bawa diri dia keluar dari dunia gelapnya. 🥺✊
Kita semua tahu, bukan senang nak hadapi dunia ini apabila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Namun, walau apa pun yang terjadi, hidup ini perlu diteruskan juga.
Next, kita salute dekat Dahlia jugak sebab dia sudi tolong Ehsan. Walaupun diorang awal-awalnya musuh, namun Dahlia tetap menolong Ehsan. Srsly diorang comel gila! (Tapi tulah, kan best kalau buku ni tebal sikit. Patutnya banyakkan lagi scene diorang berdua. Hihi 🙊)
Overall, buku ni memang best. Sesiapa yang rasa nak healing, korang boleh baca buku ni. Srsly tak rugi! <3
hilang segalanya selepas hilang ibu tu wujud ye semua. putus asa, rasa mengalah dan rasa nak bunuh diri itu benar. ada yang ambil langkah untuk tamatkan hidup, ada yang seolah-olah bukan menjadi diri sendiri kerana kesedihan yang melampau.
oh ehsan, if only i can hug you, i would :( thank you dahlia for bring smile to ehsans face again :)
it would be much perfect kalau pak iddin boleh justify why dia tak bertegur langsung dgn anak dia sendiri after wife dia meninggal and kenapa lelaki kena ada stigma bahawa lelaki tidak boleh menunjukkan perasaan mereka kepada umum. helo? lelaki pun manusia ye. jaga perasaan awak tu.
'Masa mungkin datang membawa sakit dan luka, tapi seperti air laut yang mencecah pantai, ia juga pergi meninggalkan sembuh dan lega.'
'Hukum kehidupan ini aneh. Seolah-olah semakin lama kita cuba mengejar sesuatu semakin ia akan menjauh sebelum akhirnya terlepas daripada genggaman tangan kita.'
'Ibu bapa tak dapat pilih anak-anaknya, anak-anak juga tak dapat pilih ibu bapa mereka. Kita cuma mampu buat yang terbaik untuk satu sama lain.'
________
Ehsan seorang atlet Muay Thai, meskipun dia terlibat dalam satu sukan yang maskulin ini namun Ehsan ialah seorang anak mak, dan dia tidak rapat dengan ayahnya walaupun merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka. Kehidupannya banyak terdorong untuk memenuhi dan memberikan sebuah kebanggan untuk seorang Ibu, setiap perjalanan dalam sehari-hari hidupnya pasti dipenuhi dengan interaksi bersama seorang ibu. Justeru, ketika sebuah keadaan akhirnya memaksa dia untuk meneruskan hidup tanpa figura wanita kesayangannya itu, Ehsan akhirnya mengalah dan melurut masuk ke lembah hening dan kelam jiwanya. Entah untuk berapa lama, entah nanti bagaimana -- masa tak pernah berhenti walaupun hidup tidak lagi dijalani -- Ehsan akhirnya bangkit jua, dek siapa dan kerana apa, pastilah ada tentunya. ________
Jangan Kacau Aku Boleh Tak?; buku yang bawakan sebuah topik yang berat juga, tetapi tidak asing kepada ramai di antara kita. Menghadapi kehilangan seseorang yang selama ini menjadi sebahagian terbesar dalam hidup, tidak dapat tidak akan memberikan impak yang sangat ketara kepada seseorang, dan keadaan ini telah digambarkan dengan cukup baik melalui kehidupan Ehsan. Hubungan kekeluarga, dimana kemesraan itu tidak wujud juga dipamerkan dengan jelas melalui watak Ehsan dengan Pak Iddin, suatu kebarangkalian yang tidak mustahil meskipun dua individu terikat dengan hubungan pertalian darah. Dua isu ini adalah perkara yang utama mengambil tempat dalam perkembangan jalan cerita berbanding kepada mungkin kisah tentang (disebabkan tanggapan awal terhadap buku ini apabila melihat tajuk dan kulit bukunya) si 'pengacau' dan watak utama iaitu Ehsan, kerana kisah yang 'mengacau' itupun hanya berlaku apabila sudah memasuki satu pertiga terakhir jalan cerita. Walaupun di awal penceritaan penulis ada juga bagi gambaran yang Dahlia dan Ehsan ini memang 'musuh' ketat masing-masing, dan Ehsan memang rasa terganggu dengan kewujudan Dahlia, tapi banyak masa saya rasakan interaksi mereka hanya seperti filler ketika di awal-awal itu.
Justeru, masa memulakan pembacaan, di awal pergerakan cerita saya rasakan sangat lambat graf bacaan untuk naik. Walaupun bahkan sudah sampai ke muka surat 100, plot tetap nampak datar pada saya. Mungkin penulis mahu membina hubungan Ehsan dengan ibunya, jadi kesan emosi apabila konflik itu datang nanti dapat dirasakan -- dan ini semua okay pada saya.Cuma saya rasa banyak babak yang melibatkan Dahlia di awal-awal cerita, seperti tidak perlu pun untuk ada, sebab saya tidak nampak signifikannya, jujur cakap memang terasa sekadar filler sahaja. Lagi bagus kalau babak pergaduhan mereka (yang buat Ehsan sampai minta maaf pada Dahlia) tu yang dimasukkan berbanding babak Dahlia cari kucing, babak Dahlia dengan keluarga dia -- nampak random betul babak-babak tu. Jadinya tema seperti musuh menjadi kawan, menjadi cinta tu tidak begitu sampai, walaupun nampak potensi untuk ada dalam buku ini.
Seterusnya, bercakap pasal babak -- kena sebut benda ni -- babak makan nasi goreng tu memang sesuatu ya, sesuatu kepada emosi saya. Lagi satu saya suka juga ada crossover watak dari buku lain penulis, jadi kenalah baca untuk tahu siapa. Dan seperti selalunya, penulis masukkan elemen kerjaya dengan cukup berjaya sama seperti buku-buku sebelum ini yang telah saya baca.
Dari segi watak-wataknya pula, memang watak utama --Ehsan -- itu saja lah yang nampak ketara perkembangannya. Manakala watak-watak lain yang walaupun pada saya penting (seperti Pak Iddin) tetapi tak nampak sangat cara berkembang mereka dan impaknya kepada plot, melainkan kepada watak utama itu sendiri.
Apa-apapun, walaupun saya rasa banyak aspek yang dapat untuk dikembangkan lagi (dan dibuang pula) buku ini memang masih lagi satu penulisan yang dilaksanakan oleh penulis dengan baik pula daripada aspek penulisan dan gaya bahasa, satu bacaan yang cukup mudah pastinya untuk saya. Buku ini juga sangat sesuai untuk pembaca pemula -- ada vibe yang dihantar entah macam mana hendak terangkan, yang apabila baca buku ini memang saya pasti ia akan dapat diterima oleh banyak golongan pembaca.
ps. tambahan, ada satu dialog dimana jurulatih Ehsan, si Deng berkongsi satu contoh untuk naikkan semangat Ehsan, dan Deng cakap Beethoven tulis simfoni dalam keadaan buta, setahu saya Beethoven jadi pekak (dan dia gubah Fur Elise kalau tak silap, itupun belum pekak sepenuhnya lagi masa tu) bukan buta (Bach & Handel yang jadi buta). Jadi, samada itu ialah kesilapan atau saya yang memang salah, atau sebenarnya Deng tu membongak saja pada Ehsan lol
Ehsan, si anak bongsu yang sangat rapat dengan ibunya tetapi tidak ayahnya. Seorang pelajar yang aktif tiba-tiba mula hilang semangat. Dia mula tak hadir ke kelas,then dia kurung diri dia dalam bilik. Semua ni jadi bila Mak Misnah meninggal dunia. Apa sahaja yang Ehsan buat mesti untuk ibunya. Dia betul2 rasa kehilangan tu sangat cepat.
Susah kan nak faham kenapa seseorang tu boleh alami perasaan yang macam tu. Ehsan rasa dia okey tapi sebenarnya tak. Apa yang kawan-kawan dia cakap langsung dia taknak terima. Kalau kita yang normal ni pun susah nak faham macam mana otak orang yg depress ni bekerja.
Teringat pulak k-drama Daily Dose of Sunshine.
Sehingga lah suatu hari, Dahlia terjumpa semula dengan Ehsan. After 2 years. Dahlia dengan Ehsan dulu bukan kawan pun, tapi bila terjumpa tu mesti gaduh. Atas pertolongan Dahlia ni lah, baru Ehsan tersedar apa yang dah jadi.
Tapi tu la, rasa macam tiba-tiba je Ehsan dan Dahlia ni suka sama suka. Terfikir jugak macam mana time puasa dengan raya. Ehsan masih dalam dunia dia lagi ke.
Ehsan rupanya pekerja Kak Intan. Lepas daripada episod kemurungan tu dia mula kerja di kedai kopi Kak Intan yang ada dalam Pada Pahitnya Secawan Kopi.
This book centred around Ehsan overcoming his grief, kehilangan orang yang paling dekat dalam hidup dia, tentang kemahuan untuk mencuba lagi, hidup lagi setelah mengalami momen paling gelap dalam hidup. Momen yang mendewasakan.
Aku perasan bila baca buku ni dengan tanggapan, "Hmm... bila scene antara Ehsan dan Dahlia nak sampai ni? Bagaimana hubungan depa akan berkembang?"
Kalau aku menanti momen tu, aku perasan yang aku akan kecewa. Itu yang membuatkan aku lambat habis baca buku ni.
Tapi the moment aku menerima 'kelambatan' pacing cerita ni, and just go with it, Tidak melihat buku ni dari sudut plot, tapi vibe dia, Membuatkan aku lebih menikmati cerita ni.
Macam, dia ajak kau slow down and appreciate the small details in life.
Suka penulisan Aidil Ghazali. Sebab tu kot boleh bertahan. Bukan nak tahu what's next. Tapi just nak ride the slow wave.
Aku rasa, untuk orang yang menantikan babak Ehsan dan Dahlia, mereka akan kecewa.
Tapi buat mereka yang appreciate perjalanan Ehsan memproses emosi dia, suka cerita tentang bangkit selepas jatuh dalam lembah terdalam, akan suka buku ni.
Lebih dinikmati kalau kita as a reader, take it slow.
Anyway, scene paling impactful semestinya nasi goreng. Serius rasa nak balik Kedah la ni juga minta mak masak nasi goreng (still crying while typing this). Buku ni juga buatkan aku rindu keluarga aku sangat-sangat sampai termasuk dalam mimpi.
Kepada penulis, nak ucapkan tahniah dan terima kasih sebab tulis naskhah ni dan share dengan kitorang.
Ehsan, seorang pelajar sem 2 dan juga atlet sukan Muay Thai negeri. Hari² Ehsan sibuk dengan kelas di universiti dan habis kelas, sibuk dengan latihan Muay Thai bersama coachnya Deng.
Dahlia, seorang gadis genit yang aktif. Ceria barangkali gadis ni. Juga merupakan pelajar sem 2 di universiti yang sama dengan Ehsan.
Kisah bermula dengan hari² Ehsan yang diisi dengan menghadiri kelas di universiti dan menghadiri latihan Muay Thai sebagai persediaan untuk menghadapi hari yang lebih serius iaitu hari perlawanan akhir Muay Thai. Di mana Ehsan berhasrat untuk meraih pingat emas dalam perlawanan akhir ini. Ehsan seorang anak bongsu, yang sangat rapat dengan ibunya. Mempunyai dua kakak Habsah (sulong), Nini (kedua) dan Pak Iddin (ayahnya) yang merupakan seorang pesara tentera dan kini mengisi masa lapang dengan membawa teksi. Dalam normalnya hari² Ehsan, di uji dengan pemergian ibunya yang agak mengejut. Ibunya meninggal oleh kerana kemalangan di tempat kerja, oven di bakeri tempat ibunya bekerja meletup, yang membawa luka yang parah kepada ibunya dan akhirnya membawa maut.
Pemergian orang tersayang, membawa Ehsan hilang arah, dah tak ada semangat hidup, slowly Ehsan mula tak datang kuliah, tak datang latihan Muay Thai, menjauhkan diri dari dua rakannya, iaitu Aben dan Kuchai, dan the worst is, Ehsan mula mengasingkan diri dan memencilkan diri di biliknya sahaja. (hikikomori=isolating themselves in their homes for extended periods due to certain circumstances that happens in their lives.) Dan perkara ni berlarutan sampai 2 tahun. 2 tahun Ehsan berkurung je dalam bilik, makan maggi atau apa² je stock makanan yang ada kat rumah tu.
Sampaila hadirnya Dahlia, yang merupakan seterunya semasa zaman belajar, tapi siapa sangka, Dahlia berniat untuk membantu Ehsan keluar dari kesedihan yang berpanjangan. Dahlia taknak tengok Ehsan berkurung lama² dalam bilik. So, setiap hari selama seminggu, Dahlia yang bekerja sebagai penghantar makanan (macam grab food driver), akan datang melawat Ehsan dan bawak makanan untuk Ehsan.
Tapi dalam pada Ehsan makan je makanan yang Dahlia bawak hari² tu, tapi still ada sikit rasa curiga dalam diri dia pada Dahlia. Asal Dahlia melawat dia hari², siap bawak makanan apa semua. Sehingga satu hari, tanpa sedar kata-katanya telah mengguris hati Dahlia, sampai Dahlia rasa "malas dah aku tolong kau, lantak kau la, orang nak tolong tak bagi."
Then one thing happened. Yang membawa mereka berdua akrab dan...... Kehadiran Dahlia jugak bukan sekadar membawa Ehsan yang selama ni berkurung je dalam bilik untuk keluar bilik, tapi merapatkan lagi hubungan "awkward" antara Ehsan dan bapanya, Pak Iddin. Oh Dahlia, how kind you are.
Kali ni bukan quotes yang menyentuh hati aku. tapi dialog. Dan antaranya adalah:
1) Ehsan segera memintas, "Masuk simpang bagi signal, jumpa polis angkat tangan, rambut sikat belah tepi. Isy, ibu ni. Orang tahulah."
2) "Ibu...dah tak ada."
3) "Ehsan, abah beli nasi goreng."
Aku suka how natural plot cerita ni ditulis. How close hubungan yang digambarkan antara Ehsan sebagai anak bongsu dengan ibunya. How awkward hubungan antara Ehsan dan bapanya. How Dahlia masuk dalam hidup dia. Everything blends well. A few times jugak aku menangis, tambah² scene nasi goreng kat dapur tu. Scene, Pak Iddin cuba nak selamatkan Ehsan. Haih sedih.
A decent book. A slice-of-life genre that has a fast-paced writing style. The things that prevent me from rating higher is the vibe, like I can taste the bitterness but not the sadness how? Next is the character's questionable personality. For example, how busybody the fl is when she tries to help him get out of his bubble, the father simply lets a girl from nowhere know everything about his son on their second meet just because she said so ( this is very illogical for me since this type of people (the father) is one of the hardest types to open up especially since he’s known for the no small talk type guy). The rushed healing phase also bothered me, after all the breakdown he's going through he deserved some more punched and slapped across the face for some reality check. Hence why this doesn't hit me despite being a reality hits typa beat. The enemy to lovers trope also is not as strong as I expected .
Agak mixed feeling semasa dan selepas baca cerita ni. Ada part yang saya rasa patut dikembangkan lagi tapi ia dipendekkan. Ada part yang tak penting (fillers) tetiba pulak ada mencelah. Like, part tu ada ke tak ada ianya tak menjejaskan jalan cerita pun. Jadi, lebih baik kembangkan kat part yang lebih berpotensi. Contohnya untuk konflik awal masa Ehsan dah tersalah faham pada Dahlia tu. Ringkas sangat part tu. Part Dahlia cari kucing dia dan scene Dahlia dan keluarga sedang makan tu pun macam agak random je. Tak ada pun tak apa kot. 🥹
Ada beberapa kesalahan details dalam cerita ni. Contohnya pada awal cerita mengatakan Ehsan ada perlawanan suku akhir Muay Thai pastu tetiba plot cerita berubah jadi perlawanan separuh akhir pulak. Pastu pada ms 192 Dahlia dah bermonolog dengan diri sendiri pasal Ehsan yang asyik skip class selepas ibunya meninggal. Pastu tetiba kat ms 225 Dahlia terkejut bila ayah Ehsan bagitahu dia yang ibu Ehsan dah meninggal. Siap cakap dia tak pernah tahu pun ibu Ehsan dah meninggal. Lastly (setakat yang saya perasan), dalam cerita kata Dahlia ni dia rider yang pakai jaket warna hijau, tapi kat cover buku tunjuk dia pakai jacket rider warna oren pulak. 😅
Cerita ni tak ada sangat interaksi romance antara Ehsan dengan Dahlia. Ada secoet je. Cerita lebih fokuskan pada Ehsan yang sedang 'battle' dengan diri sendiri selepas ibunya meninggal. Sebenarnya, agak selfish apa yang Ehsan buat tu. Ya, tahu dan faham dia sedih dengan kehilangan ibunya tapi dia terlalu hanyut dengan perasaan tu. Dia sanggup lepaskan masa depan dia yang cerah sebab nak layan perasaan dia tu. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Itulah yang terjadi pada Ehsan.
Cerita tentang depressed-nya Ehsan sampai ¾ cerita tapi penyelesaian dia terlalu mudah. Patutnya ada 'slap reality check' pada muka Ehsan tu. Baru lebih puas hati. Akhir sekali, kenapa kakak-kakak dan ayah Ehsan tu sangat ignorance ya dengan Ehsan selama dua tahun tu? Awal cerita nampak kemain sayang lagi kakak-kakak Ehsan tu. Tapi bila adiknya bagai depression, tak ada nampak pulak usaha nak bantu atau pulihkan balik semangat Ehsan balik. Saat-saat penting macam tulah pulak watak kakak-kakaknya hilang dari radar. Ayahnya yang duduk serumah pun boleh pulak dibiarkan je Ehsan jadi gitu. 😅
Jangan Kacau Aku Boleh Tak? mengisahkan tentang Ehsan, seorang atlet Muay Thai yang menghadapi kehilangan besar dalam hidupnya, berdepan dengan satu tragedi yang meragut semangatnya dan membuatkan dia tenggelam dalam kesedihan.
Segalanya berubah apabila muncul Dahlia, gadis yang tidak disangka-sangka menjadi pencetus kepada proses penyembuhan Ehsan. Hubungan mereka bermula dengan pertelingkahan dan dialog yang mencuit hati, tetapi berkembang menjadi sesuatu yang lebih mendalam.
Secara keseluruhan, penulisan kali ini terasa lebih matang dan kemas berbanding karya sebelumnya. Gaya bahasa yang ringan menjadikannya sesuai untuk pembaca yang mencari bacaan santai, tetapi masih menyentuh tema yang berat seperti kerinduan terhadap keluarga, kehilangan, dan proses menghadapi duka (grief).
Beberapa bahagian, terutamanya interaksi awal antara Ehsan dan Dahlia, ditulis dengan niat humor, namun ada dialog yang terasa agak janggal atau terlalu berlebihan dan boleh dipertimbangkan untuk dipendekkan atau dibuang.
Buku ini amat sesuai untuk mereka yang sedang merindui pelukan keluarga atau keenakan masakan air tangan ibu, kerana ia bukan sekadar tentang kesedihan, tetapi juga tentang bagaimana cinta dan kehadiran orang lain dapat perlahan-lahan menyembuhkan luka.
* Slow read * Academic rivals to friends to lovers * Relatable * Satisfying character development (Ehsan and Pak Iddin)
* Great lessons. “Ibu bapa tak dapat pilih anak-anaknya, anak-anak juga tak dapat pilih ibu bapa mereka. Kita cuma mampu buat yang terbaik untuk satu sama lain.”
. Slice of life genre . If you are searching for romantic comedy, enemy to lovers trope as being viral in tiktok, this book not for you . More like healing phase of a teenager after death’s of family member . Long page of depression phase, almost took 3/4 of the book, but to rushed healing phase (1/4 of the book?) . Healing phase only took delivery of food by fl to ml (which end with simple 2 or 3 chapter) .Good info/description/study on muay thai .book cover and sinopsis doesn’t reflect the story at all (expected it had Siapa Sangka Terjatuh Cinta vibe) . Interaction between fl and ml very minimal . This book, more focus on how ml overcome his trauma and bring himself to reality .on and off to complete .overall, decent read.
Pertamanya, spine buku ni keras. Tak syok nak baca. Haha.
Kedua, buku ni menarik untuk orang kenal apa itu depresi setelah kehilangan seseorang yang kita sayang. Cuma sayang skali, tak disebutkan secara teliti isu depresi dan penyenbuhannya secara logik. MUngkin sebab nak highlight kisah Ehsan dengan Dahlia walaupun tak banyak sangat.
Cuma rasa ada beberapa kesalahan sikit. Pertama, mula2 Dahlia mengatakan dia sudah dengar cerita ibunya meninggal dunia tapi akhir2 cerita dia bagitau tak tahu langsung pada ayahnya Ehsan. Kedua, Ehsan kata Dahlia suka menfitnah pada akhir cerita sedangkan cerita tersebut sudah dikenalpasti kesahihannya yang bukan Dahlia buat fitnah tetapi pensyarahnya. Agak spoil mood laa kat situ.
Apapun, suka baca kisah antara maknya dengan anaknya. Dan nasi goreng terakhir.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jika dilihat dari tajuk, gaya promosi dan sinopsis, buku ini nampak seperti buku romantik. Cover buku sendiri menunjukkan seorang lelaki dan wanita tidak ubah seperti buku genre romantik. Selalunya buku seperti ini saya jauhi sebab kurang minat genre itu, namun tidak sia-sia saya borong buku-buku Aidil Ghazali di SIBF 2024 kerana meminati gaya penulisannya di dalam Biar Sembuh Luka Semalam.
Buku ini mengisahkan seorang pelajar universiti yang juga merupakan seorang atlet Muay Thai yang makin meningkat namanya. Ehsan seorang yang amat rapat dengan ibunya dan juga serius dengan pembelajarannya. Dia tekun menghadiri kuliah walaupun atlet sepertinya selalunya lebih mementingkan latihan luar kelas dan semuanya ini dilakukan untuk membanggakan ibunya.
Malangnya satu tragedi telah berlaku yang membuatkan Ehsan hilang arah dan pilih untuk lari dari kesemuanya. Ketika dia menyendiri, Ehsan dilawati Dahlia, rakan sekelasnya yang juga musuh ketatnya di universiti.
Saya amat suka isu dan nilai yang diketengahkan dalam buku ini. Contohnya hubungan akrab seorang ibu dan anak, mentor dan protégé, pandangan masyarakat, kesihatan mental dan juga cita-cita. Namun ada kalanya rasa seperti terlalu banyak sehingga rasa tenggelam mesej yang cuba disampaikan. Tetapi pada masa yang sama setiap isu itu hanya disentuh secara dasar.
Mungkin kerana saya kurang minat watak Ehsan, agak terkesan dengan jalan cerita buku ini. Walaupun dia jenis yang mempunyai cita-cita tinggi dan amat menghormati ibunya, cara layanannya terhadap Dahlia amat merisaukan. Ini belum lagi berlakunya tragedi yang bakal mengubah hidupnya, tapi perangai seperti ini sudah pun menjelikkan.
Namun apa yang dilaluinya merupakan salah satu masalah yang sering berlaku, walaupun jarang dikongsikan kerana stigma masalah mental di dalam masyarakat kita. Rasa refreshing baca cerita macam ni. Apa yang saya suka dalam buku Aidil adalah pengisian mengenai sesuatu pengkhususan ‘skill’. Kalau di dalam buku Biar Sembuh Luka Semalam kita dapat mempelajari selok belok pembuatan roti dari POV tukang roti, dalam buku ini pula dapat melihat kehidupan seorang atlet Muay Thai. Bagi saya gaya penulisan Aidil amat menarik kerana dapat mendekati skill-skill seperti ini tanpa dilanda butiran melampau sehingga rasa membosankan.
Saya syorkan untuk sesiapa yang mahu membaca buku kontemporari Malaysia, yang juga diselitkan isu-isu sosial semasa.
The main character struggles untuk teruskan hidup tanpa ibu tu buat cam kita sekali terbayang ‘ahh sakitnya kalau suatu hari dapat ujian yang sama macam Ehsan’.😭
Permulaan cerita novel ni biasa biasa jer, ingat light-light jer lah en, tak sangka langsung akan nangis. Good job penulis sebab penyampaian emosi tu sampai.👏🏻
Basically buku ni tentang Ehsan yang mencari semula semangat hidup selepas kehilangan orang yang dia PALING SAYANG (ibu).
Selepas pemergian ibunya, dia tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan. Dia jauhkan diri dari keluarga and kawan-kawan. 2 tahun dia kurung kan diri dalam rumah. Tak keluar, tak buat apa-apa sebab tak tahu macam mana nak mulakn hidup tanpa ibu dia. 😭
Siapa dah pernah baca karya Aidil Ghazali mesti tahu signature penulisan dia. Setiap novel mesti ada selit tentang makanan. Jaranglah tak craving/lapar lepas baca novel dia. Tapi novel kalini tak buat saya craving tapi BUAT SAYA NANGIS. 😭
Lepas ibu Ehsan meninggal. Ehsan balik rumah and nampak ada nasi goreng yang mak dia buat. Walaupun dah basi, Ehsan tetap makan sebab dia tahu itulah kali terakhir dia dapat rasa masakkan mak dia. Banjirr 😭😭😭
Tapi nanti ada babak comel jugak tau. Boleh kira ada vibes enemy to lover sikitlah. 🫣 Nanti ada seorang perempuan yang dulu musuh Ehsan waktu dekat university, akan tolong Ehsan move on dengan pemergian ibu dia.
I LOVE dorang punya gaduh-gaduh dalam ni. Salah satunya ‘LELAKI IQ SUHU BILIK’. 🤣
Please buy this book, lepas baca auto tak nak makan maggie kalau mak ada masak dekat rumah. 😔😔
Kita akan belajar untuk ‘lebih’ menghargai orang yang kita sayang. 😔😭
Selepas selesai membaca novel ini ia mengingatkan saya kepada situasi yang pernah saya alami ketika zaman belajar dahulu. Bantuan yang diterima oleh Ehsan daripada Dahlia membuatkan saya terkenang akan kisah zaman belejar saya. Rasa terharu apabila ada seseorang yang mahu bantu Ehsan keluar dari masalah deprasi yang dialaminya selepas ketiadaan ibunya. Setelah sekian lama barulah Ehsan sedar yang bahawa dia menjadi seperti itu disebabkan rasa bersalah terhadap ibunya kerana menolah permintaan ibunya, rindunya kepada rutin harian antara maknya dengan anak tetapi ia lupa masih ada ihsam yang masih hidup dan perlu dihargainya.
Novel yang menggetengah sebuah persahabatan yang tidak 'official' walaupun dahlia dan ehsan tidaklah serapat mana ketika mereka di universiti tetapi dahlia masih mahu membantu Ehsan keluar dari depresi yang dialami oleh Ehsan selepas ketiadaan ibunya. Kegigihan yang ditunjuk oleh Dahlia banyak mengagumi saya walaupun kedua-duanya tidak rapat. Dengan berlaku sesuatu kejadian yang menimpa Dahlia yang menyebabkan Ehsan mengambil keputusan untuk berubah adalah sesuatu yang saya nantikan walaupun saya sudah mengetahui endingnya ( jangkaan saya ) tetapi saya suka dan memuaskan.
Penulisan yang sangat baik tetapi tidak perlu untuk describe semua situasi begitu detail sekadar memberitahu apa yang berlaku kerana sesetengah situasi sudah pun familiar. Untuk penjelasan yang detail seperti 'membangau' itu sesuai dimana tidak semua tahu tentang itu. Itu sahaja yang saya kurang minat yang lain terbaik.
First of all, cerita ni focus dia memang dekat male lead, details gila kehidupan/backstory Ehsan, kau boleh faham Ehsan ni orang macam mana. Ehsan ni budak muay thai and yes details, dia bagitahu apa teknik (which mean sambil baca kau boleh ambik tahu sikit - sikit teknik muay thai). If kau jenis tak suka baca panjang - panjang about something this is not for you. Detail-nya masa part Ehsan fight kat gelanggang buat aku boleh imagine macam mana benda tu berlaku.
SEDIH WEH especially part yang diorang adik - beradik makan nasi goreng yang mak diorang buat which is dah basi TAPI they forced theirself untuk makan sebab tu masakan terakhir mak dia :(. Ehsan ni, I can sense yang dia keras kepala and selfish. Dia sendiri tak tahu and tak faham perasaan diri sendiri, dia ni okay ke tak, hidup macam mana. Ehsan ni type of someone yang memang hilang reason to being alive and being motivate. Ehsan ni terlalu negatif, even dia seorang yang aktif dan atlet, dia dah terbiasa dengan pendapat dari seorang ibu sehingga dia rasa pendapat orang lain ni negatif.
At the end, dia keluar dari bilik dia and mulakan hidup baru. Glad yang dia ikut apa yang Dahlia suruh tapi I sakit hati. What if Dahlia tak masuk hospital masa tu? Takdenya dia nak keluar dari rumah tu.
TAPI sakit hati, ending macam gantung. NAK SWEET MOMENT LAGI LIKE MARRIED ???? Kasi Ehsan confess watpe :) I nak tahu Dahlia jawab apa and how they life in the future. I need sequel.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baru habis baca novel ni beberapa hari lepas and this novel not bad. Cover dia cantik nak mampos.
I dapat banyak pengajaran dari buku ni. Salah satunya macam mana bangkit dari kesedihan.
I suka cara Dahlia nak bantu Ehsan keluar dari bilik dia even dulu dia benci dekat Ehsan tu. Dari dia bawak makanan sampai Ehsan sendiri keluar dari bilik. Sebab dia keluar bilik tu tak expect langsung.
Character development pun mantap. I paling suka bila Ehsan boleh rapat dengan Pak Iddin. Like HSSJAKJDJSNJSOEWFFHM. I suka cara dia approach ayah dia. Yang I ingat part diorang pergi memancing. Kawan-kawan Ehsan pun baik-baik belaka, Kuchai and Aben. Suka tengok persahabatan diorang.
Since cerita ni ada kaitan pasal Muay Thai, I cuma tak boleh nak bayangkan teknik tu je. Tapi Muay Thai tu tau je apa. Boleh je nak search perkataan tu, tapi malas hehehehe. Dapat ilmu baru juga pasal sukan Muay Thai ni.
And part paling best yang last tu. OH MY GOSH. Blushing kejap. HSHSHSHSHSHSHSHSHSHSHSHSHS. Ehsan luah perasaan dia dekat Dahlia kan, kan kan....
By the way, macam biasa beli sebab teracun. Oh the worst is i ternampak spoiler kat tiktok. Padan muka sendiri huhuhuhhu.
Overall, cerita ni best hehehe
This entire review has been hidden because of spoilers.
Untuk aku, novel ni menyajikan cerita yang ringan dan boleh habiskan pembacaan dalam masa satu hari.
Fasa ‘Jangan Kacau Aku Boleh Tak?’ hanya bermula di Bab 17 di mana kita dah sampai pertengahan buku. Dan fasa itu hanya digarap dengan sedikit. Aku expect akan ada penceritaan lebih terperinci berkenaan usaha Dahlia untuk pujuk Ehsan. Bukan hanya setakat datang bawa makanan untuk Ehsan dan bertekak. Sebab sekarang ni aku berada di situasi seperti Dahlia yang hendak menolong seorang kawan seperti Ehsan.
Sedih part Ehsan & kakak-kakak dia makan nasi goreng basi masakan terakhir ibu mereka.
Ada sedikit kesalahan dalam buku dimana penceritaan tak konsisten. Contoh:
1. Semasa perlawanan muay thai separuh akhir menentang Kelantan. Pada awalnya, penulis menulis perlawanan suku akhir. Tiba-tiba jadi separuh akhir. Dan plot cerita menunjukkan itu adalah perlawanan separuh akhir.
2. Pada awal cerita, 2-3 kali penulis kata Deng berlatih di Koh Samui. Tapi di bab belakang, penulis tulis Deng berlatih di Krabi.
Tapi ni hanya kesalahan kecil. So tak apa la, tutup mata je.
Overall, fast pace & light story. No romance. 3.5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni menceritakan tentang Ehsan yang mengalami kemurungan selepas ibu tersayang meninggal dunia. Kerana tak dapat support emosi dari bapanya yang dikatakan 'berat mulut' dan kurang rapat, Ehsan mengambil keputusan untuk menyisihkan dunia luar dengan memencilkan diri di rumah.
Kemuculan FL tu untuk membantu ML tu tetiba sangat. Dia tak rapat pun. Musuh pulak tu. Tetiba je baik hati sangat nak tolong Ehsan untuk keluar dari kepompongnya pun agak tak logik. Pastu tetiba sakit hati sebab tak berjaya.. hahaha
Ayah Ehsan pun tetiba ringan mulut pula bila jumpa Dahlia. Elok pulak berborak dengan Dahlia kenapa Ehsan jadi macam tu dan beri kebenaran orang luar masuk campur dalam urusan keluarganya. Dia tak boleh selesaikan sendiri ke masalah anak dia.. Ehsan pun ade 2 orang kakak.. 2-2 tu memang tak de funtion ek.. 2 tahun kot adik dia sisihkan diri dari dunia luar.. takkan la takda usaha kot.. Kompius pulak aku memikirnya.. 😂
cerita dia biasa je.. Idea tu ada.. Tapi jalan cerita dia macam tergesa-gesa sangat. Jap okey, jap boring.. Bab terakhir tu aku skip je.. Cukup la apa yang aku dah dapat sepanjang baca kisah hidup Ehsan ni..
Satu cerita yg sangat ringan tapi memberi makna yg mendalam. Ehsan seorang yg rajin dan berwawasan cuba untuk menjadi anak dan pelajar yg terbaik. Tapi, siapa sangka dirinya diuji.
Ujian yg dialami terasa berat sehingga dia sendiri tak tahu macam mana nak proses. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Satu2 kekuatan semangatnya telah tiada. Apa guna lagi dia berusaha. Dia kian tenggelam dgn perasaan yg tak berkesudahan.
Dahlia yg sering menjadi seterunya cuba untuk membantu. Walau dia tidak pasti apa faedahnya tapi dia merasakan Ehsan telah merugikan dirinya sendiri. Saban hari dia hadir untuk ‘mengganggu’ Ehsan yg terkurung.
Mahu ke Ehsan bila seterunya cuba menghulur tangan? Apa minah senget ni nak sampaikan sebenarnya?
Saya tak nafikan, saya sendiri menangis teruk bila part Ehsan diuji tu. Manusia hanya menghargai bila dah tiada. Terkesan jugalah. Walau tidak pernah mengalami situasi itu, tapi kehilangan tetap dirasai.
I’ll be honest at first i was so annoyed with Ehsan teasing Dahlia dah la dia tak buat apa apa pon. The writing and storyline is easy going and understandable. It’s so sad that Ehsan from being one of the greatest and suddenly but slowly he was hit with MDD but this buku also ada yang kelakar such as when ehsan nangis teresak esak when he thought Dahlia died🤣🤣 and when Pak Iddin heard about the petua memancing which is jangan mandi.. THE DUDE TAK TUKAR SPENDER FOR 2 DAYS i was laughing so hard..
I would love to see more of dahlia and ehsan’s interaction because its too sikit but at the same time i understand that Ehsan is depress so he doesn’t know how to care about everything around him.
To anyone who has Depression always know that u are not alone and help with always be around u whether its ur Friends or family. Always seek help
Rasanya apa yang diiklankan di sinopsis dan TikTok (not a reliable source of information, I know) buku ini tak sama dengan apa yang disampaikan - disebabkan itu, my expectations fell flat. The banters and rivalry between Dahlia and Ehsan tak rasa realistic, and only the last 20% of the book was the romance and bonding that was promised.
The writing of the bond between Ehsan and his mum was beautiful (the nasi goreng scene was 😭), but tak rasa terkejut bila the "tragedi" berlaku sebab the foreshadowing, if you can even call it that, was very in-your-face and not subtle. And was the time skip necessary? Tak pasti. Memang I tak pasti about a lot of things about this book, hence the rating and review.
This entire review has been hidden because of spoilers.