Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang — termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya.
Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri.
Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond.
“Are you even listening to yourself, Adlina?”
“I finally found you again, but you told me to go away?”
Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling. Tersentak dalam dilema — mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?
Senyum Yang Tersembunyi adalah novel sulung Melni yang mendalami jiwa Adlina, seorang gadis yang ada trust issue dan sangat low self-esteem. Semua orang di sekelilingnya boleh merendah - rendahkan dia, baik maknya, abangnya atau kawan - kawanya. Dia takkan melawan, dia akur je dengan apa yang terjadi. Long story short, Adlina akhirnya menemui kebahagiaan dan start mambuka dirinya sendiri kepada dunia setelah bertemu kembali dengan Raymond, ex-classmatenya, seorang jejaka yang baik dan penyayang.
Cerita ini ada beberapa moment yang menyayat hati dan buat aku tersentuh sebenarnya. Tapi plot novel ini, tidak banyak perkara penting yang perlu diambil perhatian khusus dari umur Adlina 15 sampai 28 tahun. Hampir 70% buku ini mencatitkan peristiwa yang 1 ni, iaitu Adlina bermonolog dengan negative thoughts nya sendiri rentetan interaksinya dengan orang sekeliling. Sepanjang novel, tidak ada plot twist melainkan Adlina terus - menerus meragui existential dirinya sendiri. Jalan ceritanya mendatar sebegitu menjadikan pengalaman pembacaan aku flat.
Personally, aku rasa Melni kurang gali untuk mendalami dan mengeksplorasi tema yang hendak digarap. Sebagai novel genre slice of life - it has to be very character-driven dan penekanan harus diberikan kepada suasana dan mood. Soalan seperti mengapa Adlina merelakan jiwanya disiksa Nabila, Haziq, abang dan maknya tanpa sedikit pun rasa ingin buka mulut dan membetulkan keadaan mesti diberi gambaran jelas, biarpun tidak dizahirkan - takkan semata nak salah salah tindakan ibunya sehingga terbentuknya Adlina yang sebegini rupa? Memang betul, parents memainkan peranan paling penting dalam cognitive development of a child, then what happened when you’re already 28? Apa solusinya setelah tema ini diangkat? Tiada jawapan diberikan. Adlina begitu dari kecil sehingga dewasa.
Semakin bacaan berlanjut, aku sebenarnya semalin jelak dengan perwatakan Adlina ni. Dari muda remaja sampai dewasa, mulut dia membatu seribu bahasa. Satu dunia dia salahkan, kalau tak dia salahkan diri sendiri. Melni tak beri peluang atau harapan kepada Adlina untuk menyuarakan defence-nya, suara hati dia. Dia hanya bermonolog dalam hati.
Ditambah pula penggambaran hubungan Adlina dan Raymond yang aku rasa sangat superficial, dengan dysfunctional relationship Adlina dengan maknya dan toxic relationship Adlina dengan kawannya menjadikan aku agak ralit. Kejadian yang terus menerus negative telah menghasilkan sejenis mental torture yang menyiksakan pengalaman pembacaan aku.
Dari segi character development - pun aku rasa agak mengelirukan, kurang diperinci dan tidak berkembang dengan baik sedangkan ini adalah inipati novel genre Slice of Life. Selain Adlina, si Raymond, pun aku selalu rasa ada something wrong dengan dialog dia dari remaja sampai dewasa - agak bercanggah dengan peranan dia sebagai cameo dalam novel ni. Dah lebih 10 tahun tak jumpa, dia terus ‘Saya rindu awak’ kat Adlina. Is it just me yang tak dapat rasakan dorang pernah bercinta masa zaman sekolah dulu? Jadi I missed you to, dari mana?
Next is En Lokman, ayah Adlina. Apalah fungsi dia sebagai ketua keluarga apabila berhadapan dengan sikap isteri yang pilih kasih, short minded & arrogant ni.. Dia tahu masalah tu wujud, tapi dia diam je sampailah Adlina akhirnya decided untuk buka mulut, baru dia backup Adlina.
Thankfully, at least Adlina berjaya handle isu family arranged marriage dengan baik.
Secara keseluruhannya, aku rasa ini percubaan yang sederhana oleh Melni, sebagai penulis baru. Idea tu ada dan tema novel sebegini adalah signature Iman Publication. Aku harus Melni akan menjadi penulis yang lebih bagus pada masa akan datang dengan idea yang lebih matang, naratif yang lebih impactful, tema yang digali lebih dalam lagi dan of course, gaya penulisan yang lebih literature-like.
Baca buku ni ibarat meredah lautan berapi, and not in a fun way huhu.
Here’s what happened when I started reading:
Awal-awal tu, I’m like, “Oh yeah I can relate to the main character. Luahan dia dan cara dia fikir sebijik macam diari umur belasan tahun dulu. Then selak buku lagi… nahh 28 tahun??
Pastu, mai dah series of visceral reaction. Like, jaraknya dekat sangat. Sampai rasa macam, I’m sure Adlina ni patut jumpa doctor. Sakit jantung ke? She needs meds like rn. Pastu mak dia pulak sakit jantung. Aku cam…. Nahhh mmg satu family sakit jantung ke ni?
Pastu Raymond pula ada visceral reaction. Aku cam, omagad semua orang sakit jantung ke dalam cerita ni? *nanges
Pastu giliran aku pula sakit jantung bila scene flashback suara hati Adlina yang macam sekolah rendah tu, rupanya masa tu dia dah tingkatan.
Cadangan:
Actually dinamik hubungan mak & anak yang tak mesra ni is very interesting to explore. Rasanya better kalau MC umur belasan. Sesuai dengan cara fikir dan suara hati dia. Then flashback tu bagi dia sekolah rendah lebih sesuai.
Bila dah umur 28, walaupun ada kalanya childish, sepatutnya ada banyak momen2 refleksi (i was waiting for that). Susah tema ni sebab kena tulis dari lensa seorang dewasa, melawan dengan inner child dia. And i didnt get that from the book. Macam baca diari sekolah rendah dan awal menengah, yang trapped in adult body, and given huge responsibility (like, dia engineer kot?).
It was cringy pada awalnya. Cuba juga diredah sampai pertengahan dan ignore isu umur ni. Tapi terbantut2 juga pembacaan sebab tak dapat lari dari cringe. Sebab cringe tang penulisan pulak huhu. Setiap kali selang beberapa m/s, nooo cringe lagi so I really had to push through to the end.
I know target market IMAN mmg belasan hingga awal 20 to mid 20. Sebab tu ditulis begitu. So i think author should brace herself and write watak-watak kanak / awal remaja instead.
Lain-lain, i dont wanna touch sebab memang lain2 tu memang masalah penulis pemula. It’s a journey that author has to go through.
Thank you for writing this piece. It’s hard to write a novel :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Teka siapa yg baca SENYUM YANG TERSEMBUNYI dalam masa 3 jam?
RUPA: Tebal novel 303 ms dicetak atas kertas kuning ringan. Spine buku kuat tapi tak boleh lipat sbb buku tebal. Sampul buku yang cantik & watak FL iras penulis haha. Kenapa water colour painting? Baca & nanti tahule. Tiada satupun typo dlm novel ini😍
GENRE: Novel realisme seputar hubungan kekeluargaan & persahabatan untuk bacaan remaja hingga dewasa.
ISI: SYT ialah tentang Adlina, gadis 28 tahun yang perlu melepaskan dirinya drpd belenggu masa lampau yg trauma sehingga dia tertekan & mengelak drpd disayangi. Cara layanan ibu terhadap dirinya & bapanya yg tidak dapat mengesan punca masalah menjadi punca emosi Adlina terbeban.
GAYA: SYT ditulis dengan gaya bahasa yang jelas & tepat. Bahasa Inggeris digunakan dengan baik. Dialog antara watak dinamik turun-naik macam exchange dlm adegan drama pentas. Flashback digunakan dgn baik. Cuma pertukaran sudut pandang yang bertukar2 dgn cepat ikut perenggan menarik keluar roh pembaca secara mengejut.
RASA: Emosi memang sampai. Adegan budak sekolah menengah berkesan. Mmg remaja di sekolah can be super mean to each other. Rasa nak lempang Nabila & Haziq. Lepas tu bila SESUATU tu berlaku I was like OH NO!!!! Adlina akan trauma for the rest of her life.
KESIMPULAN: SYT sesuai sgt jadi telenovela. Dah boleh bayangkan pelakon2nya. Sebagai cikgu yg suka semua murid pelbagai bangsa terlibat, cast cerita ni sangat 1Malaysia tanpa dipaksa2kan. Well done, Melni. 4.8🌟
Adlina sering berasa dipinggirkan oleh semua orang termasuk kedua ibu bapanya. Dia juga sering dibandingkan dengan abangnya Azlan yang dikatakan serba serbi sempurna. Malah dia juga turut berkerja dalam bidang yang tidak diminatinya hanya untuk memuaskan hati ibunya Puan Azura.
Pace penceritaan sangat laju dan lancar. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan emosi membuatkan SH tidak mampu meletakkan buku untuk memberhentikan bacaan seketika.
Kawan baik tidak seharusnya menjadi lesen untuk kita bergurau tanpa batas. Dan kita seharusnya pandai membezakan adakah gurauan itu benar-benar gurauan atau sebuah kata-kata yang mampu memgguris hati. SH geram sungguh dengan perangai Nabila ni. Mulut takde insuran. Hinaan berbentuk gurauan sering dilontarkan tanpa memikirkan perasan Adlina.
SH rasa menyampah betul dengan Haziq ni. Sikap dan tingkah lakunya sememangnya menjengkelkan. Rasa macam nak benam dalam laut je membaca tentang perangai Haziq ni.
Puan Azura juga salah satu watak yang buat hati SH panas. Membanding-bandingkan anak tanpa fikir kesan mendatang buat emosi anak. Apabila beremosi sang anak, dikatakan mengada-ngada pula. Sudahlah tidak pernah mendengarkan luahan Adlina, malah memaksa untuk mengikut kata-katanya. Dah rasa macam Hitler pula perangai diktator dia tu.
Bagi SH kesalahan Puan Azura tidaklah terletak sepenuhnya ke atas dirinya tetapi juga Encik Lokman. SH rasa Encik Lokman sendiri gagal menjadi ketua keluarga yang baik. Semata-mata tidak ingin bertegang urat dengan isterinya, dia mendiamkan diri dan menurut sahaja kata isterinya. Walhal dia sedar isterinya berkelakuan tidak sepatutnya. Tiada sebarang teguran yang dibuat. Hanya diam membisu. Bagi SH diam tidak bermakna tidak bersalah. Dia turut menyumbang kepada keadaan yang berlaku.
Dan sememangnya layanan orang tua kepada anak mampu memberi pengaruh yang berpanjangan buat anak. Apa yang telah berlaku membentuk peribadi Adlina menjadi tidak yakin terhadap kebolehannya sendiri. Walhal dia sangat berprestasi di mata orang lain.
Tamat bacaan pada 29 Mei 2024. Ulasan akan menyusul setelah memproses dan menghadamkan kisah Adlina.
***
2.5 bintang untuk Senyum Yang Tersembunyi.
Sejujurnya, cerita ini ringkas. Tidak ada hal-hal yang kompleks yang akan membuatkan pembaca perlu berkerut memikirkan plot seterusnya. Ia adalah sebuah naskhah yang mudah dibaca dan dihadam untuk sekali bacaan.
Namun, saya terpaksa bersetuju dengan beberapa ulasan pembaca yang lain apabila mereka menulis berkenaan Adlina dan beberapa watak di sampingnya yang asyik "sakit jantung." Pengulangan "sakit jantung" itu membuatkan cerita ini sedikit meleweh dan panjang tanpa sebab yang kukuh. Boleh dikatakan, ada beberapa babak yang memaparkan detik-detik “sakit jantung” ini dan sejujurnya, perasaan terawang-awangan dilamun cinta itu tidak sampai ke hati.
Dan saya jadi tertanya-tanya apabila selepas berbelas tahun lamanya tidak berjumpa, Adlina dan watak di sekelilingnya memang betul-betul terperangkap di masa lalu. Bayangkanlah, kita dah terpisah berbelas tahun lamanya, lebih sedekad tetapi masing-masing masih terikat dengan kisah yang berlaku sewaktu belasan tahun. Untuk apa?
Demi cinta? Demi sayang?
Takkanlah setelah berbelas tahun, masih tak mampu move on? Kalau Adlina, saya faham kerana dia masih lagi “terperangkap” dengan bayangan ibunya, Puan Azura. Tetapi bagaimana pula dengan watak-watak lain? Pada hemat saya, kalau cerita ini berlaku selepas masing-masing sudah menginjak dewasa, contohnya, Adlina dan watak-watak di sampingnya itu bertemu dan berpisah sewaktu di zaman universiti saat semuanya sudah berusia 23-24 tahun, mungkin jalan ceritanya masih relevan. Tetapi ia berlaku di zaman persekolahan, zaman di mana kita melihat ia sebagai zaman hingusan, zaman kita baru nak mengenal dunia, zaman cinta monyet.
Ya, cinta monyet! Maaf saya katakan, saya memang tak dapat tangkap langsung ungkapan janji dan kemesraan selain “sakit jantung” yang membuatkan saya yakin yang Adlina dan Raymond mempunyai sesuatu yang istimewa ketika di bangku sekolah. Sehinggakan apabila Raymond menyatakan yang mereka mempunyai sesuatu yang istimewa itu setelah berbelas tahun lamanya terpisah, saya jadi canggung. Mereka tidak pernah mengungkapkannya, dan jalan kisah mereka juga sebenarnya saya masih lihat sebagai sahabat akrab sahaja. Jadi, di mana datangnya cinta?
Bercakap berkenaan Raymond, jujur saya katakan saya canggung membaca dialog yang diungkapkannya. Mungkin ia terlalu skema atau nerd. I just don’t know.
Namun, suka saya tegaskan pengajaran paling besar dalam kisah ini adalah ia akan memaksa kita untuk move on. Seriously, just moved on with our life. Tidak perlu terperangkap dan menjadikan diri kita mangsa untuk kenangan lalu. Maafkan dan jadikan pengalaman sebagai panduan kehidupan akan datang. Jika kita tak mampu move on, jadilah seperti watak-watak selain Adlina yang telah mensia-siakan 13 tahun kehidupan mereka!
"Manusia sangat mudah melemparkan kata-kata yang dianggap gurauan tanpa memikirkan kesan daripada setiap bait perkataan itu kepada si penerima."
Sampai part bila Adlina meluahkan segala yang terbuku dihatinya itu dekat Zaharah, mengalir juga air mata aku ni. Senyum Yang Tersembunyi mengisahkan mengenai Adlina, anak kedua yang hidup dalam bayang abang sulungnya, Azlan. Segala yang dilakukan dan dicapai oleh Adlina tidak pernah cukup dimata ibunya. Akibat sering dibandingkan dengan abangnya, Adlina menyimpan luka selama bertahun-tahun dalam hatinya.
Buku ini agak relatable bagi aku. Aku faham sangat dengan perasaan Adlina. Perasaan tak pernah cukup, rasa diri sendiri loser, rasa membebankan orang lain, aku fahammm sangat. Itu yang buat aku tertarik nak baca buku ni in the first place.
Cumanya aku rasa macam Adlina, Raymond dan Haziq tiada character development. Umur dah 28 tahun, tetapi perwatakan masih terhenti ketika masa umur 15 tahun. Adlina, aku fahamlah sebab dia masih stuck dalam lukanya. Tapi Raymond dan Haziq? Rasa macam tersepit dalam kisah "cinta monyet" pun ada haha. Ada juga part yang aku rasa agak cringe.
Secara keseluruhan aku suka buku ini, cuma part yang banyak "sakit jantung" tu, boleh dikurangkan lagi kot dengan perwatakan dan perlakuan karakter yang lebih matang.
Saya beli buku ini kerana tertarik dengan illustrasi kulit buku ini. Lagipun, memandangkan Iman Publication punya reputasi yang positif dalam bacaan saya setakat ini (they are new in this game, fresh new writers, and I have high hopes). Jadi saya membeli buku ini tanpa berfikir panjang. Buku ini saya berjaya habiskan dalam satu nafas, boleh habiskan dalam masa satu hari. Saya cuba untuk suka penceritaan ini, tapi entah kenapa saya rasa saya tak boleh nak terima beberapa logik atau naratif dalam cerita ini.
First of all, I honestly have high hopes for this book. 60% of the narrative is relatable, but the rest is just weirdly elaborated. There are two timelines in this story, the past: when Adlina was still in secondary school and, current: career-building era (28 years old). Adlina ni pindah sekolah masa form 3, mamat kat front cover tu kawan sekolah dia. Senang citer dia terjumpa balik mamat tu dan dia “tunggu” Adlina since form 3 lagi. 15 to 28 is quite a transitional period if you ask me. A lot can happen like maturing, growing up, and adulting within that timeframe. However, it seems like the characters in this book did not grow or move on in this narrative. Every character is clinging to the past, like what? Dari parents Adlina, to Adlina herself, Raymond, Haziq, Haziq's parents, Ya Allah, none of these people moved on. Why? Why? My favourite character is Adlina's boss and her office colleague (forgot her name). Yang lain semua red flag.
Mamat kat front cover tu hensem n sweet teroxxx. In real life orang macam ni biasanya dah in relationship. Lepas dah kena reject ngn Adlina dia akan cari lain sepatutnya. Tapi untuk dia tunggu sejak dari form 3, adoila, ko ni Xde kawan lain ke? Haziq tu pun sama. This is obviously and logically not character driven story.
Since this is my fourth book from Iman Publisher, for some reason I can't help but notice the archetypes of the published novels under this house. I'm fine with flashbacks, born introverted, enjoying solidarity, etc. BUT... Banyak sangat perkataan rimas, semak, seolah-olah tak suka ditegur just because watak tu introvert, orang sapa je rasa menyampah. Introvert ni highly intellectual being kot. Tapi cara pengolahan cerita tu tidak memberi bayangan positif pada golongan ni. Also, as a human being, I understand we behave in certain way because of our past. But not all narratives require flashbacks. Flashbacks ni macam cheating sket dalam technical writing. Was wondering if the editor dictates the narrative...
It confuses me the writer ni nak kupas pasal trauma, soul search, nak faham keadaan parents pun struggle dengan feelings. Feelings are messy and real, hence why we don’t really know how to cope with it, especially in our culture. So I really appreciate the writer’s effort to explore this issue. Tapi part feelings bab cinta tu is just weird.
In my opinion, his book is better than Pada Pahitnya Secawan Kopi. I'm being generous by giving it 3 stars, it would've got only 2 stars, another 1 star is because of the cover. So there.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel ini menyentuh konflik anak nombor dua yang selalu tak didendang berbanding anak sulung. Watak Adlina mungkin relatable dengan ramai.
Cara ibunya melayan dari kecil, menyebabkan keyakinan diri Adlina rendah. Sentiasa second guessing diri sendiri walaupun sudah menginjak dewasa dan berkerjaya. Di sini penulis menunjukkan pentingnya kita dikelilingi oleh orang baik-baik. Insan yang mampu buat kita terus waras walau dibebani masalah. Dalam hal ini:
Babak cintanya sederhana dan sweet . Dan saya suka bagaimana Adlina handle cinta yang diatur keluarga. Bukan semua cerita perlu berakhir dengan kahwin paksa. Pun begitu, saya rasa masih perlu diajar. Macam tak cukup kena beduk lagi tu lol.
Saya puas hati dengan pengakhiran cerita. Ada juga musykil dengan satu benda tapi tak apa, bukan hal besar. Saya rasa penulis berjaya tamatkan dan simpulkan semua konflik dengan baik.
Novel ini selamat daripada sebarang adegan yang keterlaluan. Recommended.
This is my best book so far in 2024! Sy sedia maklum yg Senyum Yang Tersembunyi merupakan karya debut penulis. Overall memang best! SYT punya flow penceritaan superb, teratur dan sy tak boleh nak stop bila start baca.
I suka bila penulis focus on showing personality/attitude watak instead of appearance. Ada sesetengah novel yg suka ulang2 explain watak dia handsome kacak memukau/mata biru hijau ungu/muka mat salih etc. For me, rasa just nice (cukup rasa) bila penulis described watak2 punya physical appearances. Tak perlu over2. Good job!
Family, friendship & romance bagi sy memang balance dalam novel ni. Senang cakap SYT kena dengan tekak I 😆
Mungkin faktor umur juga, I suka novel yang mana kisah cinta tu sederhana. Sebab ada yang lebih penting dari itu. Contohnya keluarga & persahabatan.
Adlina perbaiki hubungan dia dengan keluarga, with her mom, then give herself a chance untuk terima Raymond dalam hidup dia lagi. 🫶🏻✨
*Macam tak puas sebenarnya sebab I need to know moreee about Raymond’s familyyy 😆
This entire review has been hidden because of spoilers.
cerita dia agak fast-paced. the story is not complicated, and the plot centrals around family and an emotional main character. I actually thought Adlina is a bit unlikeable. there are parts where I was like, “Girl, you don’t do things as you please.” Sometimes kita kena tengok diri kita juga, perspektif dan lensa kita terhadap semua benda yang terjadi dalam hidup. But stories like this remind me to be more empathetic and understanding of where these people come from. Their environment and upbringing.
Satu lagi, the existence of Raymond in the book sangat surfaced. I couldn’t connect or resonate with him. Their relationship felt superficial.
Overall, it was an okay book. Bahasa mudah, jalan cerita yang ada pengajaran :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Adlina ni dia macam annoying sikit tapi gitew la ada reason kenala dia annoying.
Anyway it’s a good debut novel sebab flow cerita smooth dan writing yang senang hadam. Walaupun kurang minat dengan conflict resolution tapi WE MOVEEEE
Naskhah ini dibeli ketika Pesta Buku Popular yang diadakan di KLCC sekitar bulan April (kot). Lama diperam, akhirnya saya memilih buku ini untuk dijadikan bacaan hujung minggu saya.
Berkisar tentang Adlina dan kehidupannya sebagai anak kedua. Kasihan menjadi seorang Adlina. Dibanding-bandingkan pencapaian hidup dengan abang sulung yang lebih dari segala sudut, siapa saja yang tidak terluka? Sehingga dia menginjak dewasa, dirinya sering tidak dilihatkan oleh keluarga sendiri terutama emak sendiri.
Selain kisah hidupnya, hadir watak watak seperti Zaharah, Raymond dan Haziq yang menggerakkan jalan cerita. Zaharah teman yang ada masa susah senangnya, Raymond lelaki yang dia simpankan segala harap dan Haziq, jejaka yang buatkan hidupnya serba serbi tidak kena.
Kesimpulan bagi cerita ini, jalan ceritanya lurus sahaja. Tiada bengkang bengkok yang memerlukan pembaca berfikir terlalu dalam. Ceritanya santai sahaja berkisar tentang kepentingan penjagaan emosi seseorang. Walaupun kita lihat orang itu biasa saja, namun dalamannya tak siapa yang tahu.
Oh ya, tahniah penulis untuk karya pertama ini. Jangan pernah berhenti untuk menulis cerita cerita begini di saat anak muda sekarang lebih memilih cerita 'dewasa' yang melalaikan jiwa.
Orang selalu cakap yang ibu bapa selalu melebihkan anak bongsu. Namun, sebaliknya berlaku kepada Adlina. Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dirinya hanyalah pilihan kedua semua orang, termasuklah ibu bapanya. Ibu bapa Adlina selalu melebihkan abangnya dalam apa jua keadaan sekalipun. Setiap isi hatinya tidak dipeduli. Perasaannya disakiti.
Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya. Dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekelilingnya. Tersentak dalam dilema, mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?
Pertama sekali, kita nak ucapkan tahniah kepada akak Amal/Melni atas kelahiran novel sulung ini. 😍Srsly kita suka gila dengan buku ni! In fact, I've read this book within 3 hours only because I was so immersed with the storyline that I couldn't stop reading it. Buku ni jugaklah yang buatkan kita keluar dari reading slump kita. ❤️
Walaupun buku ni bergenre slice of life + romance, tapi kita suka sebab buku ni fast paced, simple, and romance dia tu tak berlebihan. It's just nice but at the same time, it still can make you blush. 🙈
⋆☾⋆⁺₊✧ 𝗥𝗮𝘆𝗺𝗼𝗻𝗱 ⋆☾⋆⁺₊✧ OMGGGG, in the world of boys, he's a gentleman. 🙈💘💫🦋 Raymond ni ofc la my top fav character dalam buku ni! Raymond punya act of service tu 🔛🔝. Setiap kali Adlina sedih, kecewa, tiada tempat nak bergantung, Raymond selalu ada untuk Adlina. Raymond jugak la yang selalu bagi kata-kata semangat untuk Adlina terus bangkit dan percaya pada diri. 🥺
⋆☾⋆⁺₊✧ 𝗔𝗱𝗹𝗶𝗻𝗮 ⋆☾⋆⁺₊✧ Kadang, kita pulak yang rasa sebak bila baca buku ni. Kita macam faham sangat perasaan Adlina. Apa yang dia buat semua tak kena dimata parents dia. Yela, parents dia selalu lebihkan abang dia. After all the things that she's been through all this time, she deserves a happy ending. 😭
Apa yang kita dapat dari buku ni, ibu bapa sepatutnya melayan dan memberi kasih sayang kepada anak-anak sama rata agar mereka tidak merasa sedih. Apatah lagi bila ibu bapa selalu mengongkong anak-anak, sebab itulah mereka akhirnya akan memberontak.
Nasib baiklah parents Adlina akhirnya berubah dan berusaha untuk memahami Adlina. Walaupun agak lambat, (dan kita geram jugaklah dengan mak Adlina), tapi mereka berjaya juga. Kunci kebahagiaan sesebuah keluarga itu kan kepercayaan.
Kalau korang tak tau nak baca buku apa, beli je buku ni! Totally recommended! Buku ni bukan sahaja menceritakan tentang keluargaan, persahabatan, percintaan, malah buku ini juga banyak mengajar dalam memilih kebahagiaan diri.
Kisah tentang Adlina, seorang perempuan yang mempunyai 1001 konfliks yang perlu dia hadapi antara konfliks kekeluargaan dan konfliks peribadi. Sifat membanding-banding dengan abangnya yang selalu diperkatakan oleh ibunya membuatkan beliau menghadapi dilema untuk menjadi setanding dan hebat seperti abangnya.
Namun begitu, perpindahan Raymond ke sekolah Adlina merubah 180 darjah kehidupannya. Adlina tidak lagi keseorangan. Episod-episod hitam yang sebelum ini menghantui hidupnya, sedikit sebanyak memberi kesan positif terhadap dirinya. Adlina mempunyai tempat untuk meluahkan segala pendam walaupun tidak kesemuanya dia ceritakan kepada Raymond tapi ia menunjukkan sebuah perubahan yang agak drastik bagi seorang Adlina dengan kehadiran Raymond.
Lantaran itu, kematian abangnya ketika belajar di matrikulasi sekaligus ibu bapanya membuat keputusan yang semberono yakni, keputusan untuk pindah selepas episod kematian abangnya ke kampung membuatkan hidup Adlina merasakan seolah-olah kosong dan titik-titik kehidupan asalnya kembali semula. Perhubungan beliau dengan Raymond semasa di sekolah terputus sementara waktu.
Kisah Adlina ini merupakan suatu refleksi dalam kehidupan institusi kekeluargaan. Ramai ibu bapa yang tidak sedar atau terlepas pandang ketika mereka bercakap, memarahi atau memberi nasihat secara tidak langsung mereka membanding-bandingkan anak mereka. Ia akan meninggalkan kesan yang sangat buruk akibat daripada sikap perbandingan.
Berkenaan jalan penceritaan bagi novel ini agak menarik dengan menampilkan dua garis dan sisi masa yang berbeza; yakni Adlina semasa di bangku sekolah dan Adlina semasa dewasa. Dialog-dialog dan babak antara Raymond dan Adlina agak kering (dry) terutamanya ketika garis masa mereka di bangku sekolah.
Secara keseluruhannya, novel ini memuatkan kritikan-kritikan kepada ibu bapa yang hanya mengagung-agungkan anak yang mempunyai kelebihan dari aspek kepandaian. Secara tidak langsung, ia menggambarkan punca-punca utama keretakan kepada sebuah perhubungan di antara anak dan ibu ayah yang akan menghala kepada jurang dalam perhubungan.
Kalau tidak salah pada pengamatan seperti yang diberitahu penulis, watak-watak di dalam novel Senyum Yang Tersembunyi ini ada sebahagiannnya diadaptasi daripada watak-watak yang pernah hadir dalam hidupnya secara realiti.
Plot : Ringkas Gaya bahasa : Santai dan mudah difahami. Lagu tema untuk novel ini : Jiwa Yang Bersedih 😭
Novel ini lebih kepada konflik dalaman Adlina yang ingin keluar dari kepungan harapan ibunya, Puan Azura. Gaya keibubapaan Puan Azura yang digarap oleh penulis adalah beliau memiliki sifat autoritarian. "No means No" . Ibu bapa Adlina ni juga amalkan favouritism.
Oh, saya sakit hati ni part makanan kegemaran Adlina tu..... kenapalah asyik asam pedas je💆🏻♀️
Kesan daripada gaya perenting beginilah, Adlina membesar menjadi seorang yang kurang berkeyakinan, meragui kebolehan diri, suka memendam perasaan dan tidak suka bergaul.
Kesian.
Awal penceritaan ini diolah dengan mewujudkan watak utama yang sering dihentam , disindir dan diperli dari pelbagai arah. Serangan bertubi-tubi kepada Adlina. Pada permulaan cerita memang akan susah anda nak jumpa kata-kata yang baik je. Semua toksik! ( kecuali kata-kata Raymond 😅 )
Ini cerita bertema "slice of life" yang anda jangan sangka akan ada terlalu banyak babak cinta MC & FC ( bagi saya, ia sudah secukup rasa ) cuma..... saya mahu Adlina berjumpa dengan seluruh keluarga Raymond dan dia dapat melihat gaya kehidupan Raymond yang harmoni. Mungkin dari situ dia boleh belajar yang peluang untuk hidup bahagia masih lagi cerah.
Ada sesuatu terjadi dalam hidup Adlina yang menyebabkan dia harus berpisah dengan Raymond. Cuma saya hairan kenapa 1 sekolah tak tahu akan berita tergempar itu? Kenapa tiada orang pun yang mendatangi Adlina dan memberi kata-kata semangat? Bukankah individu itu juga merupakan bekas pelajar sekolah itu? Atau saya silap. Correct me kalau saya tertinggal fakta.
Last but not least, penghujung cerita yang dibungkus dengan sempurna.
Kepada penulis, tahniah untuk novel debut ini. Selamat Maju Jaya dan teruskan berkarya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sehari je aku baca buku ni. Jalan cerita straight forward. Tak ada putar belit.
Novel "Senyum yang Tersembunyi" mengisahkan perjuangan seorang gadis yang menghadapi trauma masa lalu yang akhirnya mengalami berasa kekurangan diri dan tiada keyakinan. Perasaan ini dibawa sehingga Adlina dewasa.
Adlina berasakan jika dia boleh bahagiakan ibu bapanya, makanya ibunya boleh nampak kewujudannya dan dia boleh bahagia juga. Tapi sebaliknya, dia masih berasa terus ditekan oleh ibunya untuk menjadi sesorang yang bukan dirinya dan dia langsung tak bahagia. Dan Adlina terus memendam rasa.
Kehadiran semula Raymond rakan baik Adlina ketika sekolah dan perbualan hati ke hati bersama rakan baiknya Zaharah menyedarkan dirinya bahawa dia juga perlu mencari kebahagiaannya sendiri.
Sepanjang penceritaan novel ini mengajak kita memahami bagaimana seseorang boleh menyimpan rasa sakit di balik senyuman, sambil tetap berjuang untuk bahagia. Novel ini bukan cuma soal cinta, tapi juga tentang penerimaan diri dan belajar bangkit walaupun hidup sering kali tak berjalan seperti yang diharapkan. Buku ni sesuai untuk korang yang suka membaca sesuatu yang emosional dan menyentuh hati.
Apa yang aku rasa bila baca novel ni? Memula tu rasa geram dengan kehidupan masa sekolah dia tu. Tak pernah ada yang baik. Kalau baik pun mesti jadi tak baik. Watak-watak lain memang menyakitkan hati. Yang aku rasa macam ada kurang sedikit time jantung si Adlina tu. Asyik berdegup kencang sahaja. Pengulangan tu kerap sangat. Aku dah macam, Adlina ni sakit jantung ke apa? Puan Nita punya scene tu tak banyak. Watak dia sangat menarik. Kalau banyak scene dia dengan Raymond pun jadi lah. Bukan dengan Adlina je. Ending dia aku rasa macam tergesa-gesa sedikit. Reaksi aku, eh? Macam tu je.
Tapi, percubaan yang baik buat penulis. Looking forward untuk karya seterusnya.
Pergelutan watak dan emosi dibawa dengan baik sepanjang cerita. Watak juga memorable. Penulisannya masuk kategori baik meskipun buku pertama. Saya personally sangat suka cerita ini. Jangan berhenti menulis!
A bittersweet story. Sepanjang pembacaan mmg duk kesiankan si adlina nih. But i’m glad she mustered up the courage to face her problems. a good read :)
Sebuah novel yang berkisarkan tentang seorang gadis bernama Adlina yg menjadi mangsa sikap pilih kasih ibunya sehingga menjadikan dia tidak dapat bergerak ke masa hadapan disebabkan tekanan dengan trauma yang dihadapi semasa kecil. Walaupun Adlina dianggap berjaya di mata ibu bapa dan orang sekelilingnya, namun sebenarnya jiwanya hancur, hidup dalam harapan ibu bapa, sentiasa cuba membahagiakan tapi dia sendiri tidak pernah kecapi bahagia.
Karya ini bersifat universal. Pengajaran yg terhidang boleh diterjemahkan dalam pelbagai lensa antaranya lensa ibu bapa. Menjadi ibu bapa bukan tiket untuk kita mengatur hidup anak, apatah lagi mengharapkan mereka menbayar segala hutang harapan dan impian kita. Benar mereka anak kita, tapi mereka juga seorang individu yang berbeza, jadi biar mereka buat pilihan tugas kita sebagai ibu bapa sokong dan beri panduan. Dan semestinya tema yang paling sakit antara semua ialah tema perbandingan sesama adik beradik. Sungguh setiap perkataab yg keluar dari mulut sang ibu membanding-bandingkan itu ibarat pisau tajam yg menyiat setiap isi daging. Cukuplah membandingkan dan secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan apa jua perbandingan hatta yang dikatakan perbandingan sihat sekalipun. Jangan cuba mencari titik persamaan setiap anak tapi rai lah setiap perbezaan.
Satu lagi yg cukup menarik perhatian ialah apabila sang ayah baru tersedar, anak tadi kurang kasih sayang kerana tidak pernah diberitahu dia disayangi. Ini perkara biasa dalam masyarakat kita, katanya sang ayah tidak pandai bermadah sayang, hanya menunjuk sayang dengan perbuatan kerja dan sebagainya. Jauh sungguh kita dengan sunnah Rasulullah ﷺ yang menganjur umatnya mengungkap ucapan cinta dan sayang:
إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ صَاحِبَهُ فَلْيَأْتِهِ فِي مَنْزِلِهِ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ 'Apabila salah seorang di antara kalian mencintai saudaranya, datanglah ke kediamannya, lalu beritahu ia bahwa engkau mencintainya.” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)
Jadi, buanglah budaya tadi dan mulalah mengungkap kalimah cinta terutamanya pada ahli keluarga. Lazimi kalimah cinta dan sayang pada suami, isteri dan anak-anak. Baliklah ke sunnah Rasulullah ﷺ in sya Allah kita jumpa jalannya bagaimana membina keluarga yg disayangi Tuhan. Amin!
adlina reminds me of lee yeo-reum in summer strike, kdrama. seorang yang pendiam, introvert, bercakap bila perlu, suka menyendiri dan paling penting people pleaser. bukan kaki ampu, tapi hanyalah seorang yang suka fikirkan dan lebihkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri.
bila baca this book, geram, kecewa semua ada. kenapa adlina? kenapa? kenapa kena pendam? kenapa kena letakkan semua salah tu pada diri sendiri. its not your fault pun benda tu jadi. kenapa awak kena lebihkan hati orang yang tak pernah sekali pun fikirkan awak. you are selfless. and as someone yang pantang orang lain ditindas, sumpah rasa nak pukul mak dia, bapak dia, haziq, nabila apatah lagi dan paling penting azlan. nasib ko mati dah
baca buku ni kalau korang rasa korang perlukan comfort. family? ada. kawan? ada. and paling saya suka dia tak tekankan sangat isu percintaan. as basic surface je. kudos to the author. i think ramai authors should do like this. and also, bullies ? sampai mati orang akan ingat. tindakan haziq really makes me mad. apa nyah- ni bukan drama omputih ko nak kacau dia sampai dia terseksa rupanya lah tu love language ko. lempang kang satgi. author kena buat second book, adlina kena balas dendam macam cerita THE GLORy. ahahahaha
satu je nak pesan, you are not what you think you are. you are not a disappointment unless you said so. ignore apa orang cakap. sebab apa? sebab diorang tak kenal diri kita macam mana kita kenal diri kita. keep yourself in positive circle. jangan jadi macam adlina. speak out. jangan pendam sampai boleh makan diri sendiri. perit rasanya. dendam tersimpan lama.
Buku ni untuk semua anak kedua yang tersakiti and to someone yang membesar tanpa pujian dari ibu bapa.
'Nothing I do is ever good enough for her' 'Kalau emanya sendiri pun tidak boleh melihat nilai dirinya, bagaimana pula orang luar'
Dia membesar dengan rasa yang takde siapa sayang dia atau lebih tepat dia tidak layak disayangi sebab kekurangan diri dia.
Jadi Adlina pelik kenapa ada lelaki yang boleh suka dia. Sedangkan mak dia sendiri pun tak sayangkan dia. Apa yang special tentang diri dia. Ha nanti dekat sini lah ada part manis Korang akan tengok efforts lelaki tu untuk ambik hati Adlina. Yes lelaki yang kat cover tu! Talk, dark, and handsome.🫣
One day ada satu benda yang terjadi yang membuatkan ibu dia sedih. Adlina rasa bertanggungjawab untuk kembalikan senyuman ibunya walaupun dia perlu korbankan kebahagiaan dan cita-cita dia sendiri.
Nak tahu macam mana Adlina cari kebahagiaan dia and handle conflicts dengan mak dia? Sila baca buku ni!
Waktu baca buku ni, rasa macam nak peluk jer Adlina ni and nak tolong sepak semua orang dalam ni terutama mak Adlina. Sumpah buku ni berjaya buat orang beremosi.
Sebenarnya buku ni ada scenes sedih tapi saya tak dapat relate sangat dengan situasi Adlina so takdelah sampai nangis tu. Tapi saya rasa untuk anak kedua mesti ramai yang boleh relate dengan watak Adlina ni. Sisi soarang anak yang nak memberontak tapi masih cuba jadi anak yang baik. Jadi banyak memberontak dalam hati jer.
Walaupun ni debut novel Melni tapi sumpah tak rasa macam debut novel. Melni really did a great job! Tak sabar nak tunggu buku seterusnya!
First thing first i tertarik nak beli sebab racun dari tiktok and cover dia cantik nak mampos. Also first time baca karya Melni. Selalunya nampak dia review buku kat tiktok je hehhehe
watak yang paling i benci dalam cerita ni Nabila, nak je tampar muka minah tu. Walaupun dia tu side character je, sumpah benci. Dia tak patut buat macam tu kat Adlina kot. Next Haziq. Kalau suka tak payah lah buli Adlina. Kalau suka cakap suka. Stupid la dia.
watak paling i suka pula Zaharah. She is a good friend. Malah lebih baik dari si Nabila tu.
I boleh relate dengan Adlina, pasal menjaga hati orang lain dari hati sendiri. This novel buat i rasa, i kena fikir pasal perasaan sendiri juga. I suka part Zaharah bagi nasihat kat Adlina tu.
Character development mak Adlina pun I suka. Finally, dia tak paksa dah Adlina and terima kematian Azlan. Sebenarnya terkejut yang Azlan mati.
I wonder, what if Azlan tak mati. Adlina mungkin akan dibandingkan lagi kan. Or Adlina boleh pilih kerjaya sendiri.
Perangai macam Nabila and mak Adlina, Azura ni wujud dengan dunia nyata. Ngl, i paling benci orang yang suka cakap lepas, mulut tak ada insurans, tak jaga hati orang lain and suka membandingkan orang. Gladly, my parents tak pernah bandingkan i dengan sesiapa and diorang bagi i pilih sendiri i nak sambung belajar di mana.
so far, i sukaaaa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah yang menarik. Highlight berkenaan hubungan ibu dengan anak. Bagi seorang pembaca yang mudah beremosi kerana terkesan dengan cerita sesebuah novel, novel ini mampu mengalirkan air mata. Mungkin kadang dapat relate juga dengan diri sendiri walaupun tak sangat. Haha. Cuma bab cinta monyet dan hubungan bermasalah dalam keluarga tu boleh difahami dan dihayati dengan baik.
Geram sikit part insecurenya si Adlina tu. Tapi akhirnya saya terima juga sebab dalam banyak2 keadaan, Adlina lebih memilih untuk diam dan terus taat pada ibunya. Kalau saya, mungkin daripada awal saya dah sembur semua ketidakpuasan hatiku :') Suka dengan watak Adlina yang masih mampu taat pada ibunya.
Walaupun perubahan ibunya agak pantas tapi tak pelik pun. Mampu menambahkan kegeraman saya pada ibunya si Adlina. Haha. Tahniah pada penulis. Kisah zaman sekolah digarap dengan agak baik. Saya suka. Tak sangka dapat habiskan novel ni dalam masa lebih kurang 3 jam sahaja. Huhu
The title Senyum Yang Tersembunyi might initially suggest a love story between two people, but it’s actually about a main character who consistently bottles up her emotions and struggles to express herself, despite the support available around her. This narrative explores the quiet pain of someone who feels like the second choice in their family’s eyes, a poignant reflection of how easily one can be overlooked or misunderstood, even when surrounded by loved ones.
The central motif of the “hidden smile” powerfully symbolizes the facade many individuals wear to conceal their true feelings. This theme is explored with great sensitivity, providing insight into the pressures people face to maintain a perfect outward appearance while grappling with inner conflict and unspoken emotional turmoil. The novel serves as a poignant reminder of the emotional weight many carry in silence, and how difficult it can be to break free from the expectations placed on us by society and family.
Tertarik sungguh dengan sebahagian blurb pada naskah ini; “Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau ?”
Bila naskah ini dipegang, tak tahu kenapa, ada sesuatu yang menyatakan cerita ini untuk aku.
Bila dibaca, ya betul. Ini untuk aku. Karakter dan emosinya sangat kena dengan realiti sebuah kehidupan.
Adlina yang terbelenggu dengan cabaran mental sejak kecil sehingga dia mencecah usia 28 tahun. Rintangannya berhadapan dari masa ke masa, dari hubungan dalam keluarga sehingga hubungan antara sahabat.
Mental yang terdera akhirnya melahirkan seorang Adlina yang sering rasa kekurangan biarpun dia telah berusaha untuk mencapai kehendak ibunya.
Syabas kepada penulis untuk karya ini. Nampak sedikit kelainan dan pembaharuan dalam sesebuah penulisan.
Q: Pernah tak kau rasa invisible, direndahkan, dibanding², dipilih kasih & sewaktu dengannya oleh family kau sendiri?
Membaca kisah Adlina, aku rasa sangat dekat & relate dgn aku. Bezanya Adlina anak bongsu yg ada abang, aku anak sulung ada 2 adik.
Apa yg Adlina rasa, aku pun rasa. Apa yg dia takut, apa yg dia suka, apa yg dia harapkan, segala monolog dia..semua bendadia pendam sendiri sampai 28 tahun sgt menyakitkan ye. It's like nobody will ever listens to us, they just love to listen then judge or tell the whole world about it. Sbb tu kita PENDAM & TAK PERCAYA SAPE² even family, mcm mana kau nak cerita kat family kau kalau diorang tu xpernah nak dengar?
Kecuali Zaharah & Raymond yg sentiasa ada dgn dia walau apapun keadaan (even kena tengking/kena halau,), bila dia perlukan telinga. 2 org ni green flag sgt sampai aku pun rasa mcm dipeluk 💖
Ohh, baca novel ni jgk buat aku banyakkk mencarut kat family Adlina, Haziq & Nabila. Sesungguhnya aku benci betul bila dituduh mcm², lagi dengan orang yg kita rapat.
So graf emosi aku sepanjang baca SYT dari paras normal ---> 📈📈 📈--->📉 bersama persoalan ni : Reaching my 3-series, i did my best in everything. But am I still not good enough to make my family proud with me?
Senyum Yang Tersembunyi mengajar orang mcm kita utk
💖 Hargai org yg ambil peduli pasal kita sebelum diorang hilang / 'pergi' tinggalkan kita
💖 Being a good listener without judging & giving unwanted opinions & advices.
💖 Masalah dalaman yg kita pendam BOLEH MENYAKITKAN DIRI & ORANG LAIN. Baik masalah berpunca dari kita atau orang lain.
💖 Kalau nak taw mcm mana perangai narcissistic someone, baca & you'll find.