Jump to ratings and reviews
Rate this book

FREKUENSI

Rate this book
Semuanya bermula dengan peristiwa haiwan yang tiba-tiba menjadi agresif di seluruh dunia. Semuanya mengamuk dan menyerang manusia secara membabi-buta, walaupun hanya untuk seketika. Macam-macam teori muncul, bermula dari jangkitan penyakit, petanda hari kiamat sehinggalah teori-teori konspirasi yang tidak masuk akal. Tetapi tiada siapa yang boleh menjelaskan fenomena tersebut.

Seminggu kemudian, Zaril pergi kerja menaiki LRT macam biasa. Dalam perjalanan ke pejabat, dia menyaksikan satu kemalangan kecil yang berubah menjadi kekecohan yang besar sehingga manusia mula saling menyerang antara satu sama lain. Tanpa dia sangka, itu adalah pemulaan kepada satu kejadian yang akan mengubah hidupnya secara total!

320 pages, Paperback

Published March 15, 2024

6 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Rizal Ramli

10 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (20%)
4 stars
28 (41%)
3 stars
21 (31%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
May 3, 2024
Naskhah cosmic horror/lovecraftian yang bawa aku dalam babak-babak intens berlatar kemusnahan dunia dengan tema aksi, saspens dan perihal kemanusiaan. Bermula dari satu frekuensi aneh yang mengganggu kewarasan dan tingkah laku kesemua haiwan, langit seakan tercarik dan muncul satu lohong hitam juga suara aneh yang merasuk dalam kepala sebahagian manusia sehingga mereka jadi agresif dan mula membunuh.

Penceritaannya bersilang bab antara watak-watak utama; dari Vikram ke Yogita dan Zaril— seakan playing tourist di KL yang huru-hara mengikut Vikram dan Yogita yang terpaksa berjalan atas rel LRT untuk selamatkan diri dan Zaril yang nyaris maut lepas terperangkap dalam terowong rel dan perlu naik bas untuk melarikan diri dari serangan ‘orang gila’. Ada sifat survival yang kuat pada karakter-karakternya yang buat aku teruja. Perbalahan empati, isu moraliti dan plot persahabatannya yang mencengkam juga gemar cara penulis gabungkan kalut cerita dengan konflik watak antagonis yang ambil kesempatan untuk balas dendam pada isu politik dan jenayah korupsi yang melanda Malaysia.

Ada drama emosi yang berkait hal kekeluargaan jadi perkembangan plot tak rasa terlalu chaos dengan adegan gore sahaja. Walau kadang rasa babaknya repetitif sebab perspektif watak-wataknya menghadap senario yang serupa namun gaya penulisan dan dinamik wataknya agak bagus dan tak bosan. Antara tragedi atau fenomena semesta yang bagi impak delirium dan ketakutan pada manusia, ada sesuatu yang sedang berlaku jauh di luar galaksi sana— sama macam Zaril waktu duduk minum teh dan makan biskut mentega dengan Vikram di akhir bab 32, aku pun tertanya soalan yang sama.

Terima kasih Buku Fixi untuk kiriman FREKUENSI dan tahniah juga kepada penulis terpilih di antara pemenang Sayembara FIXI Musim 4!
Profile Image for asywaq.
53 reviews
June 18, 2024
It's giving Birdbox, the Silence, and an apocalyptic vibe. I love this book cause it's my type of genre but the writer-writing game is what needs to be applauded for, it makes this book an easy read for everyone, and let's not forget about the fast pace too. Now, the downside is, there's no plottwist and the repetitive POV of every character every time the “day” comes like he will repeat the same POV for everyone in the same word choice too lolss😭🔪

p/s : this is my first fixi book😚
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
January 17, 2025
Segala insiden bermula dengan pelbagai haiwan menjadi agresif di seluruh dunia. Ramai yang menjadi mangsa serangan peliharaan sendiri. Namun kini manusia pula mula menjadi agresif. Yang dijangkiti mula menyerang mereka yang tidak terjangkiti. Dan mereka ini kerap menyatakan dia telah datang. Dan tahap serangan mereka lebih teruk dari yang dilakukan oleh haiwan yang terdahulu. Ramai yang menjadi korban mereka.

Rasa macam menonton filem zombie pula sewaktu membaca naskah ini. Namun SH rasa ini lebih ganas dari zombie kerana ada di antara mereka masih punya kesedaran.

Sedih bila ada babak yang memperlihatkan mereka yang menjadi mangsa ahli keluarga sendiri. Tentunya mereka tak menyangka nyawa bakal berakhir di tangan orang yang tersayang. Dan andaikata pemangsa sedar secara tiba-tiba sewaktu melakukannya apa agaknya perasan mereka yang telah mengorbankan ahli keluarga sendiri.
Profile Image for Iryani .
54 reviews
May 22, 2024
This should be made into a movie! And I would be the one dragging everyone around me to watch it~

It started with a curious incident at the national zoo in Kuala Lumpur. The animals suddenly went berserk. Zoo goers barely made it out alive. It turns out animals outside were also affected, rampaging and viciously attacking everyone around them. It was a global phenomenon. And like how it started, it ended just like that.

Cut to a week or two later. A professor and his team concluded about a frequency, a certain frequency that incited the animals going berserk incident. Little did they now, they're going to experience it themselves!

It happened one morning. We're taken to scenes of people going to work, to school. Having breakfast with their colleagues. And suddenly, everyone heard a buzzing sound. The sky tore, revealing a dark, gaping hole. Everyone heard 'I'm here, come to me' in their heads. That's when all hell broke loose. Just like the animals, the humans went on a rampage!

Frekuensi focused on several characters and their journey of fending off crazy, murdering hordes while staying alive. Yes, some people lose their sanity and acted out their primal urges. We had people pummeling people to death, people walking around dazed just like zombies and will charge at any sound or sight of humans, it was really survival of the fittest. There's also the holier than thou group of crazies! Yes, them crazies came in different shades of sanities! There's plenty of people getting stabbed in their backs (literally and figuratively) to go around in Frekuensi.

Oh the thrill of escaping on a bus while being chased by a crazy mob (and the dilemma of should we let that three people in, they look normal enough, or are they?)! I especially love the scene where bus group took shelter in a supermarket, afraid for their lives and thinking there's only so much time left before they'd run out of food. It felt like those post-apocalypse movies and I can feel the palpable tension throughout the book!

The story pace was good, the scares made the hairs at the back of my neck rise, the gore and action were spot on. Oh, the adrenaline rush! The writing was crisp yet imaginative (the way bashing in people's head sounds were described as 'the sound of wet clothes being smacked on stone.' I could literally hear it *shivers*). It was a perfect adventure of life and death to me. Kudos to Rizal Ramli for such an exhilarating ride!
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
April 28, 2024

"Masanya untuk pulang."

One word, "chaos". Dari awal hingga akhir, pembaca dapat merasakan huru-haranya dunia. Dipenuhi dengan persoalan.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 28, 2024
4.7. Very well written sebagai karya cosmic horror & apocalypse. Cumanya, pleaseeelah aku nak tahu lebih lagi pasal koyakan atas langit tu. Give me moreeee
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews5 followers
November 30, 2025
"Seluruh dunia bukan sahaja masih menggapai-gapai dalam kegelapan, malah langsung tidak menjangka ia merupakan amaran sebelum semuanya berakhir."

Frekuensi, sebuah novel seram/seriau, mengisahkan umat manusia dikejutkan dengan fenomena langit terbelah serta membongkarkan kegelapan angkasa yang tiada penghujung. Bermula dari situ, ada 'suara' yang mula berbisik mencetuskan huru-hara berdarah.

Novel ini bertemakan sifat alami manusia yang menggerunkan berlatarbelakangkan Bumi menuju kehancuran. Pembaca akan mengikuti sudut pandang sebilangan kumpulan manusia yang mula menunjukkan sifat sebenar mereka apabila kian terhimpit demi meneruskan hidup. Hampir keseluruhan cerita hanya fokus pada suasana penuh keputusasaan yang berjaya digambarkan oleh penulis. Oleh sebab itu, pengembangan plot menjadi perlahan begitu juga dengan pengembangan watak. Namun, elemen ngeri yang agak grafik setiap kali babak seriau sekurang-kurangnya merancakkan jalan cerita.

Secara keseluruhannya, novel ini bagi mereka yang ingin mencuba genre seram yang berbeza. Novel ini boleh dikategorikan sebagai seram yang mana pembaca bakal merasai ketakutan yang tidak berpaksikan suatu entiti. Oleh sebab itulah secara peribadi, genre seram begini menjadi kegemaran.


3.5🌟/5🌟
Profile Image for Glow.
81 reviews
November 3, 2024
Jalan cerita yang menarik. Aku rasa tema survival yang digunakan ada kelainannya dalam novel ni. Paling penting pace cerita ni laju. Tulisan pun senang hadam. Smooth baca. Tapi serius, aku seram ye tentang kemunculan 'langit terkoyak' tu hahaha. Masa baca ni, terbayang-bayang keadaan yang jadi. Seriau, gila dan gila!

Overall, aku enjoy baca novel ni. Cuma kadang2 rasa nak gelak bila baca certain ayat. Tak tahulah tapi aku rasa benda tu kelakar. Contohnya : Masa depan negara ini sedang dipam masuk lubang jamban.

Apa yang watak tutt fikirkan sebenarnya boleh relate dengan keadaan semasa.Tapi aku terhibur dengan perumpamaan ni adoi 🤣 Then ada juga kritikan2 tentang sosial dan politik yang diselitkan dalam ni.

In fact, ni pertama kali aku try novel yang guna tema survival dan alhamdulillah it's a good try. Tapi adalah juga beberapa perkara yang aku rasa kalau dikembangkan atau diketengahkan secara terperinci mungkin akan lebih menarik.

Apapun, keep writing ye author. Tulisan anda bagus dan mampu meningkatkan tekanan saspens dalam diriku. Cuma satu aje. Sampai ke sudah aku tertanya apa sebenarnya yang ada dekat langit terkoyak tu? Dan suara siapa yang bergema kat situ? Curious weh. Huhu.
Profile Image for Zaidee Abdullah.
2 reviews
July 8, 2024
Genre : Cosmic Horror, Fiction, Survival

FREKUENSI
Satu fenomena aneh yang melanda Bumi, dimana
Satu lohong hitam muncul dilangit yang mengeluarkan satu frekuensi. Frekuensi Bunyi tu bila orang dengar, diorang akan jadi gila. Dia mcm Zombie la,tapi zombie makan orang. Dalam novel Ni dia pukul orang sampai mati. So dunia jadi huru hara, manusia Saling bunuh membunuh disebabkan frekuensi misteri tadi tulah.

BRUTAL
the way mereka mati sangatlah is brutal.. Cara penulis menceritakan Situasi tu pon sangat jelas dan Menarik. Seolah2 kita berada betol2 dalam situasi tu. This Novel surely will give you an adrenaline rush.

KULTUS
Tapi, yang lebih menariknya, frekuensi bunyi tu dia x apply kepada semua Org. Ada yang kebal kepada bunyi tu.Watak utama iaitu Zaril, salah seorang yang keballah, Yang kebal ni la yang nak kena survive, nak kena lari dari orang gila. Adapun sebahagian yang kebal, ambik kesempatan dalam huru hara, kacau bilau. Diorang buat satu group, ketua dia nama Hakim, cari orang2 lain utk dijadikan pengikut dia, dan buru Ahli Politik yang korup serta jatuhkan hukuman ke atas mereka.
5 reviews
December 6, 2024
The first buku Sayembara FIXI yang aku baca. Aku suka elemen yang dibawa, konsep yang dibawa dan plot yang dibawa. Kebanyakan tempat berlatarkan kota besar Kuala Lumpur. membuatkan aku payah sikit nak bayang sebab aku tak duduk KL. Tapi kebanyakannya aku just bayangkan dekat tempat yang menjadi tumpuan orang ramai macam KLCC and else.

Gempak gila tema dia. Aku aku memang suka watak-watak yang di develope. Semua latar belakang membuatkan aku senang faham motif setiap watak.
Cerita ini pun banyak menunjukkan betapa seramnya pemikiran manusia yang boleh wujud diantara kita. Misalnya, Kanibalisme, membunuh ahli politik dan merogol. Sungguh aku tak expect penulis akan bangkitkan isu ini.

Aku juga suka betapa disturbingnya buku ini. Memang banyak ayat-ayat yang akan membuatkan kau seriau, geli dengan mual. Serius this might be the most disturbing novel you've ever read. Anyway it's 5/5 🌟
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fikri Fadzil.
40 reviews
July 17, 2025
Novel berunsur sifi ini memang menarik tetapi misteri yang menyelubungi cerita tetap tidak terungkai sehingga ke halaman terakhir, menyebabkan muncul lebih banyak persoalan daripada jawapan usai pembacaan. Penggunaan istilah "orang gila" vs "orang normal" yang berkali-kali juga saya fikir tidak sesuai, terutamanya dalam usaha masyarakat memerangi stigma terhadap mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental. Penulis banyak menumpukan tulisan terhadap aksi-aksi keganasan yang awalnya mengejutkan tetapi setelah beberapa ketika tidak lagi menimbulkan reaksi yang sama untuk saya.

Pada pendapat saya juga, latar belakang karakter-karakter juga boleh dikembangkan lagi kerana sebagai pembaca saya tidak merasa cukup empati terhadap situasi yang melanda mereka.

Apa-apapun novel ini memang unik dan saya berterima kasih kepada penulis kerana membuatkan saya terfikir panjang ketika cuba menghadam hasil karya ini.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
August 21, 2025
Merupakan karya salah seorang dari pemenang Sayembara Fixi 4, Frekuensi memenuhi ekspektasi aku. Awalnya aku fikir novel ni bertemakan zombie apocalypse, rupanya 'hampir' bukan - sebab masih ada manusia yang bertindak luar kawalan, tapi mereka bukan mayat hidup pun. Ianya lebih kepada cosmic sci-fi thriller macam tu. Survival manusia menghadapi kemusnahan dunia, dengan langit terkoyaknya, ditemani suara dalam kepala yang menghasut dan membingitkan telinga. Babak dalam novel ni tersangat ganas ya, bukan sikit. Suka dengan power couple Zaril dah Syikin walaupun mereka berdua lambat menerima takdir dia. Harap akan ada sambungannya nanti.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
April 17, 2024
Konsep cerita seperti serangan zombie, tapi ia lain. Ada satu frekuensi menyerang manusia dan menyebabkan ada segelintir manusia menjadi gila dan menyerang manusia lain. Menceritakan beberapa watak bagaimana mereka survive ke atas peristiwa ini. Level Orang Gila ada beberapa. Konsep yang menarik. Penceritaan menarik tapi tak tahu kenapa, susah betul nak habiskan cepat.

Pengakhiran novel ini amat-amat puas hati. Memang satu novel fixi yang wajib baca.
Profile Image for NikZah.
19 reviews
May 12, 2025
Bermula daripada frekuensi, haiwan menjadi agresif sehingga membuatkan keadaan menjadi kucar kacir. Selepas haiwan, manusia pula yang menjadi ganas dan mula membunuh sesiapa yang tak dijangkiti. Cerita yang mendebarkan dari satu bab ke satu bab. Entah siapa pula yang.menjadi mangsa dan terbunuh. Kadang-kadang sukar nak bezakan mana yang masih waras dan mana yang sudah dijangkiti. Cara watak dibunuh agak ngeri dan sadis. Tak dapat bayangkan kalau terjadi di alam realiti.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
June 13, 2025
Aku nak puji satu je mengenai karya ini. Memang betul-betul Malaysia lah karya ini. Memang terbaik. Semua kaum ada.. itu lah maksud nya.

Jalan penceritaan itu ada tapi perkembangan watak itu pun ada tapi tak details sangat. Terus straight to the point. Emosi tu takde nampak sangat. Tapi aku suka kisah cerita untuk karya ini.
Profile Image for Ki.
5 reviews
November 22, 2025
i liked the idea. the concept was solid and had a lot of potential but there were few things didn’t sit well with me like the povs from every single character during the start of the incident. felt a bit unnecessary and made the pacing drag. also author repeated certain words a lot like gegak gempita. pastu there were a few questions left unanswered by the end. idk whether that was intentional or nanti ada sekuel
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
August 25, 2024
Cerita dia best.. Cumanya macam tergantung untuk beberapa perkara.. Terasalah debaran bila keadaan jadi huru hara..
1 review
December 25, 2024
Page 251 pengakhiran hidup aku 💔
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Adrnn.
10 reviews
February 10, 2025
Buku ni tak recommended untuk sesiapa yang berumur 13 kebawah. Good plot. Ada gore dan thriller. Susunan plot yang kemas dan mudah dibaca.

Konsep yang unik membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak. It contains action, thriller and fiction. I can give more detailed reviews to books that is really good, but this book is just fine, nothing is bad, recommended to all.

This book is definitely for 13+ and well matured person.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.