Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah
Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa' gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus
“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.
“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa.
Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.
“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa “Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus
Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli' kembali kepercayaan Merlissa?
Hmm, esok-esok aku buat review. Sekarang rasa nak layan Netflix 🙊
Full review: 31/10/19
1. Isu rogol dan domestic violence isu yang besar dalam sesebuah rumah tangga. Dan, ia seakan-akan tidak ditamatkan dengan baik. Memang maaf itu dendam terindah, tapi titik penyesalan sang suami tak diceritakan dengan baik. Mungkin ini personal reference, aku memang sukar nak terima isu ini dalam novel. Ya, perkahwinan bukannya menjanjikan kau akan hidup aman bahagia hingga hujung nyawa, tapi bersuaralah bila perlu. Suami ditaati bukan membuta tuli. Nak bahagia, kita kena bahagiakan diri dulu.
2. Melissa. Agak goyah sikit. Mulanya dia sangat tegas tapi dah jadi isteri agak lembik. Aku tak suka. Cuma bila dia dah rasa penat meladeni karenah sang suami tu dia ambil masa untuk ‘hilang’, aku setuju.
3. Aku ada masalah dengan Syed Adryan Firdaus. Serius. Bukan jenis hero yang aku suka, dan mungkin ini penyebab aku kurang berkenan dengan novel ini haha.
4. Sahabat menangis tu memang susah nak dicari. Firdaus-Nadzrul bukti sahabat sejati tapi bro, agak-agak lah. Sebelum misi membalas dendam diteruskan, cuba cari punca masalah dulu. Memang childish meletakkan semua kesalahan di bahu isteri, habis awak sebagai suami tu apa tugasnya? Ee, marah ni tau, marah! Haha.
Aku tak pernah baca mana-mana buku penulis, ini yang pertama kali dan mungkin ini buku awal-awal penulis (betulkan kalau aku silap). Cuma aku harus bagi kredit kerana kalau ini benar buku pertama penulis, aku senang dengan stailnya. Tak terlalu try hard orang kata. Jadi rasanya aku boleh hadam lagi buku-buku penulis seterusnya.
Alkisahnya Fir nak membalas dendam kepada Lissa sebab kematian sahabat karibnya. Kira Fir ni macam Jebat mengamuk demi membela Tuah la ni. Tapi sama juga macam sejarah Melaka tu, Tuah mempertahankan Sultan, dalam ni pun, si sahabat baik mempertahankan Lissa. Makin membara la marah Fir.
Lepas kematian sahabat baik, maka Fir nekad meneruskan niat dia tu. Lissa diperlakukan lebih teruk dari kucing kurap. Kucing kurap pun orang sanggup ambil bela. Dan Lissa ni redha ja walau kena cerca, hina, maki, pukul, dan oleh Fir yang merangkap juga suaminya. Kahwin pun sebab kes .
Dan dah nama pun kisah romantis, maka tumbuhlah bibit cinta si Fir pada Lissa. Lissa pun sebab dari awal redha, maka memang dah dapat terima si Fir ni walaupun dari permulaan yang hitam. Tapi muncul pihak ketiga yang ada hubungan dengan Lissa. Fir pula bila dapat tahu, meroyan la. Kejadian yang hampir meragut nyawa Lissa. Yang ni memang saya salahkan Lissa. Yang kau nak rahsia bagai tu apehal. Cuba kalau jadi kat kau, mau kau tak meroyan suami ada hubungan dengan perempuan lain.
Kesudahan kisah Fir dan Lissa ni kenalah beli atau pinjam dan baca sendiri. Tapi apa yang sahabat baik Fir buat tu, saya memang tak boleh terima. Kalau dia hidup balik, saya sendiri yang akan bunuh pula.
Kesimpulan, kalau sayang sahabat tu, kaji betul-betul adakah sahabat tu sesuci andaian kita. Jangan menyesal macam Fir sudah bila dapat tahu sejarah sahabat baik dia ni. Memang padan sangat la keduanya bersahabat.
nak tambah lagi review, al maklumla semalam abes baca pukul 1 pagi. mata dah mengantuk. last2 3 ayat jer kuar... muahahahha...
anyway, suke giler ngan jalan cerita. especially bile perubahan itu membawa kepada kebaikan. suke perubahan Merlissa Umairah. walau x digambarkan sbb perubahan, tp perubahan yang menyenangkan. infact xde pun sangat cerita kejahatannyer dlm nie...
sangat x menyangka pasal Nadzril... seyesly.. walaupun ada kala meremang gak bile terbayang.. tapi seyesly??!!! huhuhu.. sedih ngan wat happen to Nadz. rasa cam nak suruh rewind balik jer supaya dia x amik tindakan camtu. pastu x sangka plak si Ayuni wujud.. seyes pijak semut x mati si Nadz nie.. uhuks....
watak yg paling banyak perasaan ketika membaca sah2 la Syed Adryan Firdaus. sedih ada, sebak ada, gembira ada, malu2 kucing ada, segan ada, jiwang ada, romantika de amour ada, geram ada, benci ada, rasa nak sepak2 pastu baling dlm kolam pun ada... muahahahahha... suke la ngan watak dia walaupun kekadang jahat nak mampus, kekadang romantik x ingat, kekadang baik macam angel, kekadang jahat macam satan. serba serbi la... sib baek setahun jer pengajaran dapat. kalau 3-4-5-6 tahun?? hah! melopong la ko Fir... hahaha
Zarief ngan Muzammil... anda ohsem!!! Saya nak abang macam awak jugak boleh??!!! hehehe
and due to all those reason, i do think it deserve 5 stars!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
N suka dengan jalan ceritanya yang straight to the point and takda part yang melalut-lalut dan merapu...
Eeee, kejam betul watak Firdaus! Ada perlakuan tak seperti manusia tu ngilu N rasa bila baca :(( Sedih sangat and mintak jauh-jauh tak jadik pada diri sendiri...
Firdaus menikahi Merlissa semata-mata dengan niat untuk membalas dendam atas kematian sahabat baiknya. Merlissa yang tak tahu kenapa dirinya dipersalahkan akur saja dengan setiap kekejaman yang diperlakukan ke atas dirinya.
Rasa sayang yang bercambah cuba dinafikan sekeras-kerasnya oleh Firdaus. Dia mula keliru antara dendam dan sayang dan amarahnya masih belum reda.
Tiap kali dia mula rasa dia boleh mempercayai Merlissa, ada saja sebab-sebab kecil yang membuat dia curiga. Hubungan rahsia antara Merlissa dan Zarief menjadi pencetus perbalahan besar sehingga Merlissa menuntut cerai.
Dendam itu adalah salah satu Penyakit Hati..(betul ke tidak ayat ni yang ada dlm novel tu..kalau salah sorry)..:)
DIsebabkan dendam, Firdaus tergamak merogol Merlissa. Selepas itu, dia masih tidak puas hati lagi, dan disebabkan itu, Firdaus sanggup berkahwin dengan Merlissa yang memang dia benci dengan tujuan ingin menyeksa Lissa. Merlissa pulak terpaksa ikut telunjuk Firdaus selepas dia diugut.
Memang sadis sikit ceritanya. Memanglah sangat proud bila Firdaus yang memang x boleh terima bila kawannya dipermainkan Merlissa, tapi jangan lah terlampau sgt pembalasan dendam tu. Macam tak ingat dosa pulak. Peliknya kenapa Nadzrul sanggup bunuh diri walaupun hidupnya tidak lama disebabkan menghidap barah otak. Jadi kematian Nadzrul menyebabkan Firdaus menyalahkan Merlissa.
Semua ni boleh selesai jika Firdaus baca surat yang ditinggalkan Nadzrul. Sebab semua jawapan ada dalam surat tu. Tapi Firdaus boleh memilih tidak ingin membacanya. Kalau tidak mesti Lissa tidak akan terima nasib sebegitu. Tapi terpikir balik, setiap jodoh jalan ceritanya x semestinya bahagia sahaja. Mungkin kadang2 derita dahulu baru bahagia.
Lepas Merlisa berkahwin dengan Firdaus, memang Lissa diseksa. Firdaus ni memang sangat kejam..tak sanggup nak ingat. Memang kata hinaan sentiasa keluar di mulut Firdaus. Memang patutlah Merlissa ni ada perasaan takut.
Dari hari kehari Firdaus pula rasa sesuatu dalam hatinya. Siapa yang tidak terpikat akan isterinyya yang baik dan x pernah melawan kata . Lepas tu mulalah cemburu buta bila ada lelaki mendekati isterinya. Tak suka betul perangai Firdaus ni yang kejap baik kejap tidak..
Bila mereka dah berbaik, Si Lissa ni pulak buat perangai, kalau dia beritahu hal yang sebenar siapa Zarief rasanya semuanya akan baik. Dah tau dapat laki panas baran, tapi masih lagi nak berahsia. Lepas tu bertahun Firdaus ditinggalkan. Tapi kadang2 terfikir jugak, patut pun tinggalkan Firdaus lama2..biarkan Firdaus pulak menderita lama sikit setelah derita yang Lissa dapat dulu. Ingat senang2 nk maafkan.
p/s: dalam cerita ni ada unsur mistik jugak..ada roh berkeliaran.
Setelah membaca beberapa naskah dari penulis ini, ada satu hal yang kurang saya gemari dari penulis. Saya perasan style dia suka fastforward masa. tiba2 selepas setahun, selepas 4 tahun selepas beberapa tahun. Kalau benda tu sesuai xde masalah cuma pada pendapat saya macam tak kena pulak bila wife merajuk bawa diri sampai makan tahun.Yang si lelaki pulak dh insaf dah mgaku sayang tapi xde pun usaha nak memujuk tambah dalam keadaan wife pregnant. Macam tak kisah pun bila wife bersalin n tak jenguk anak. padahal bila pujuk tu tak ambik masa lama pun nak sejukkan hati seorang isteri ni. Sama macam dalam novel terbarunya Qidran. Saya tak boleh nak hadam bab ni.
Dulu, dia memerangkap gadis itu demi sebuah dendam..
Tapi, setelah kebenaran dirungkai, ternyata ianya adalah silap faham.. Menyesalnya dia hanya Tuhan yang tahu..
Lissa, aku tak tahu bila rasa ini hadir. Tapi aku yakin, aku nak kau dalam hidup aku. Aku nak kau Merlissa Umairah. Tapi sudi ke kau terima aku, Lissa? Aku pernah berlaku kejam. Malah sangat kejam.
"Setiap manusia pernah khilaf, Fir. Sebab tu bila kita khilaf, Allah berikan kita jalan untuk untuk bertaubat. Setiap yang melakukan kesilapan berhak dapat peluang kedua, dengan syarat dia takkan ulang kesilapan sama.."
Hemm.. Ini novel kedua cik penulis. 1st novel dia mmg ML x baca.. Tp.. Mmg amat mendukacitakan... Bg ML, watak Fir, sgt cenggeng... Sikit2 menangis.. Come onlah... Lelaki sikit... ML agak terganggu dgn perkataan "gontoi". Apa tu. Jangan ckp bahasa INdon sudah... ML sikit x suka bila ada perkataan INdon... Gampang, dan beberapa perkataan lagi... Sayangi bahasa kita dik... Jalan ceritanya pd mulanya agak mendatar, kemudian ok.. Dan berakhir dengan mendatar kembali. Part epilog tu, rasanya terlampau panjang sbb ada part berbeza. Heemmm... ML x suka cerita ni.. Bkn sebab Fir tu jahat sgt ker... Kejam sgt ker.. Tp sebab rasa cirita ni hambar sgt2.. Mungkin sbb emosi ML dah terbawa dengan JBC tu yg jdkan novel ni sedikit membosankan. Sorry Hana... Cuma i like Zarief.. Heemmm.... Boleh buat ML senyum sampai telinga ... Thanks to him... Kalo x de dia.. May be awal lg kot ML tutup naskah ni...
I stopped reading when I reached 400++ pages and switched to another book.today I decided to just habiskan baca buku ni.Sebenarnya there's nothing wrong with this book tapi for me, kalau dibaca buku ni, you'll either hate it or love it. FIRDAUS is such a strong character. Dia ni "terlalu" sayangkan best friend dia sampai sanggup berdendam because of his best friend ni. So the story is mostly sebab "dendam"nya lah. Maybe i'm not into this kind of story sebab memang tak berapa minat dengan jenis cerita yang begini. But you know what? Kalau kita baca sampai habis, it's quite alright!
Bila beli novel, paling tak suka hero jahat sampai angkat tangan pada heroin. HaHa! Pakkal je novel ni hadiah someone. Kugigihkan juga membaca.
Cerita yg complicated. Kerana dendam, Firdaus sanggup menyakiti Merlissa dari sebelum berkahwin sampailah dah sah jadi husband. Oh geram giler kot kat Firdaus tu! Merlissa pula, seorg yg sgt-sgt tabah. Dia perahsia dan pendiam. Susah sgt nak berterus terang dgn Firdaus. Yang si Firdaus pulak?! Hish mamat ni tak habis-habis dgn dendam kesumat dia. Tapi dalam hati sebenarnya dah syg kat bini. Ahaks!
Overall, setiap novel, ada pengisian yg hendak disampaikan. Grab this novel and read and you will know the message. :D Keep it up writer!
congrats tu k.hana...YPT agk berbeza dr nvel lain...kisah dendam djadikn dasar crita.. ksian dngan lissa...mmg slh dia pd mulanya..tp hukuman yg dia kena x setimpal...tabik kt fir yg setia dgn kwn smpai nk bls demdam tp cara dia slh...sedih sngat part lissa kna tekap dgn seterika kt tngan...mmg bngang dgn fir time tu...ish sebak la...hmm apa pn thniah...stu sajian lain sikit dr yg lain...hope k.hana dpt ilham lg utk hasilkn karya dgn plot cerita yg lg kebebom di msa akn dtg....chaiyok!!!
Maybe it's take too long for me to complete read this novel... Biasalah I kan busy kalah Princess Elizabeth (poyo je)
Dalam novel ni terdapat macam-macam pengajaran. Especially tentang dendam.
Kisah Firdaus & Merlissa. Serius.first memang sakit hati nan Firdaus. Rasa macam dia lembik pon ada. Merlissa pulak superb tabah. Dia redha. Dia pon isteri yg baik. Tak melawan cakap suami dia even didera pon.
Next apa pulak jadi? Sama-sama lah kita beli novel ini. Mari beli yok. Hehehehehe...
This book evoked my emotions, and I felt like killing that jerk. Luckily he comes to his senses la kan towards the end. Quite a heavy conflict, but still a smooth read. Great job Hana. A lovely second book.
Tak boleh letak bawah bila baca buku ni, the next Siti Rosmizah maybe? You got the potential.
Syed Adryan Firdaus, keras, pendendam & kejam orang nya, terlalu taksub dengan kesedihannya, dia terlupa akan Qada & Qadar, Merlissa yang dulunya bebas & suka test market, maklum orang cantik. Bukan salahnya kalau Nadz terlalu obses meraih cintanya. Yang Fir emo sangat tu mengapa? grrrrr ... but,i have to say, really geram with Lissa, why cant she just open up and talk to Fir. double grrrrr ... but at the end, kesian plak kat Fir, betullah, Kemaafan itu yang terindah. All in all, FEELING SATISFIED. Tahniah Hana Efriena.