Jump to ratings and reviews
Rate this book

1, 2, 3... Bintang di Langit

Rate this book
Dia pernah ditanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang di langit?

Ahmad Farhan. Dia pernah lukakan hati seorang sahabat, gara-gara mengikut emosi. Ikatan persahabatan mereka bagai bertemu titik noktah.

Ji'a. Yang dia tahu, silapnya cuma satu. Menaruh hati pada sahabatnya sendiri. Itu saja. Tetapi amarah Ahmad Farhan padanya, seolah-olah salahnya itu besar sangat.

Ahmad Farhan. Adakala, kenangan itu mampu menang dalam menakluki hati. Jarak yang terpisah, buat dia sedar. Bertemu kembali, dia nekad memulihkan hubungan dahulu. Namun, semua itu bukan perkara mudah.

Ji'a. Dia belajar menjadi Nur Farha. Kalau dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu, dia seperti sedang berjalan di lantai yang licin dengan memakai selipar yang sudah haus tapaknya.

Pertemuan semula membuatkan Ji'a sering mengelak, sedangkan Ahmad Farhan berusaha mendekati. Kutub Utara, Kutub Selatan tak pernah bertemu. Jadi, masih adakah peluang untuk mereka berbaik?

...kerana bintang itu hanya mampu untuk dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.

514 pages, Paperback

First published March 3, 2014

2 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Bidayatul H.

7 books49 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (29%)
4 stars
50 (48%)
3 stars
17 (16%)
2 stars
4 (3%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
July 12, 2016
Rating? Memang sengaja dikosongkan? :p

Rasa macam nak dengar lagu Bagaikan Sakti berulang-ulang kali lepas baca kisah ni. ;)

29-03-2014

Kerap kali kita diingatkan, antara seorang lelaki dan seorang perempuan bila berkawan baik, pasti ada salah seorang di antara mereka yang tergelincir perasaan. Begitu juga yang terjadi kepada Nur Farha (Ji’a). Rupanya dalam meniti usia remajanya, Ji’a mula mengagumi Ahmad Farhan (Pa’an). Siapa sangka Pa’an yang manja kededek (manja teramat) dan selalu menjadikan Ji’a sebagai pelindung di kala dibuli Malik, teman sekelas mereka mampu memikat hati seorang Nur Farha? Namun, rasa yang dialami Ji’a hanya disimpan rapat dalam hatinya sehinggalah rasa hatinya terbongkar bila Pa’an menemui buku catatan Ji’a.

Hubungan rapat mereka terputus kerana insiden itu. Masing-masing tidak berusaha memulihkan hubungan yang tercalar sehinggalah Pa’an mendengar berita yang Ji’a bakal dilamar. Hubungan yang sedia retak bertambah retak bila Pa’an menentang hasrat Ji’a untuk menerima lamaran Hardi. Huh, kalau saya pun hangin. Sudahlah kes dulu tak selesai, lepas tu suka-suki nak halang keputusan saya. Eh, emo pulak. :P

Lapan tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali di tempat kerja yang sama. Sungguhpun kisah zaman hingusan mereka itu telah lama berlalu, mereka tetap rasa kekok. Biarpun Pa’an selalu berusaha untuk mendekati, Ji’a tetap kekal menjauh. Last resort, Pa’an terpaksa menggunakan media sosial untuk mendekati Ji’a. Misi utamanya untuk memohon maaf atas keterlanjuran katanya pada Ji’a dulu. Antara Pa'an dan Ji'a ada kenangan yang mengikat mereka. Mampukah Ji’a memaafkan Pa’an seikhlas hatinya? Dan mampukah hubungan mereka kembali seperti bertahun-tahun dulu?

Komen saya:

1. Kisahnya sangatlah mudah. Santai. Manis. Lebih-lebih lagi penamatnya. Buat saya rasa nak dengar lagu M Nasir berkali-kali. Hihi. ;)

2. Rasanya ramai je di antara kita pernah lalui kisah sebegini kan? Kadang-kadang ada yang bermasam muka sampai bertahun-tahun hanya kerana sebab yang kecil. Puncanya? Ego!

3. Memetik kata-kata Ustaz Pahrol, “Memaafkan itu memerlukan kasih sayang. Melupakan itu pula memerlukan masa.” Maaf. Perkataan yang mudah tapi payah untuk diungkapkan. Lebih-lebih lagi bila sikap ego beraja dalam dada. Percayalah, bila kita memohon maaf dan ikhlas memaafkan, hati akan jadi tenang tanpa rasa dendam di hati. :)

4. Suka dengan persekitaran yang ditonjolkan dalam kisah ini. Suasana kampung. Bendang. Anak-anak kampung yang bermain selut dan lumpur. Wah, tiba-tiba rindu nak balik kampung. :)

5. Suka dengan unsur kekeluargaan dan persahabatan yang ditampilkan dalam naskhah ini.

6. Tak sangka kisah yang pernah saya ikuti di blog penulis ni dah jadi karya bercetak. Tahniah buat penulis atas kelahiran karya sulungnya ini. Maaf, bukan sengaja melambatkan review. Cuma belum ketemu waktu sesuai untuk menaip. :) Selamat maju jaya untuk karya seterusnya. We want moreee. Hahaha. :P
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 6, 2016
Saya sangat suka cerita ini...

***resensi penuh nanti ya...


Cuma apa yang saya boleh kata:
- storyline yang simple dan sweet
- watak-watak yang 'hidup'
- kisah orang kampung (saya sukaaa!!!!)
- saya senyum sorang-sorang ketika membacanya
- tiada konflik yang berat-berat yang boleh menyerabutkan kepala saya.

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 26, 2014
Oh, Teja! Hatimu libang-libu hanya kerana si abang Tuah. Tapi tau tak, che Rina pun suka tau tengok bintang ;)) Eh! Eh! hahaha

Full review: 26/05/2014

"Ji'a...hidup ni singkat. Membenci orang akan buatkan kita letih. Jiwa kita jadi tak sihat. Dan natijahnya, perasaan kita takkan pernah tenteram." - Kak Manis [pg 336]


Kalau nasihat ni ada di awal-awal, pasti si Teja kita ni lembut hati sikit ;))

Cerita yang mudah hadam dan biasa-biasa saja. Betul, tiada konflik jiwa yang menyerabutkan kepala. Tiada kisah golongan hartawan yang menjodohkan anak-anak untuk kelangsungan kekayaan masing-masing. Ini cuma kisah;

Ji’a.
Paan.

Isunya pun biasa-biasa saja -- si kawan yang berperang dengan rasa terlebih suka dan bila rahsia hati terbongkar, maka hubungan itu berantakan. Klise. Benar, tapi aku suka penyampaiannya. Alunan bahasa yang santai dan ada campuran dialek Kedah. Mungkin juga dibantu dengan setting di kampung. Markah tambahan untuk nilai sentimental yang dibawa oleh penulis. Dulu-dulu aku pun sangat hero dalam berlumba gerek hahaha

Aku juga suka dengan nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan. Komunikasi itu penting. Jangan sampai hal kecil jadi isu besar bila kita saling bercakaran tanpa henti. Lebih parah, kalau hubungan manis antara dua sahabat itu terputus. Hilang kawan, ada masanya boleh hilang nyawa. Tak gitu, Tun Teja? *wink*

Enche Paan. Mujur ada tukang sorak di sekelilingnya. Kesemuanya dalam diam membantu abang Tuah mendekati Tejanya kembali. Aku paling suka watak Kak Long yang senyum senget dan Noin yang bubbly, tak lupa Makcik Lijah. Watak tambahan yang paling legend sekali hikhikhik. Tapi kan Paan, che Rina ni setakat ok-ok la dengan awak. Disebabkan Teja dah maafkan dan sayang sangat dengan awak, che Rina pun macam boleh maafkan awak! [Tetiba! Campur tangan si tukang komen hahaha ;P].

Cuma, aku tertanya-tanya perihal:-
1. Kak Manis dan Emran.
2. ‘Kedatangan’ mengejut Hardi dan Dahlia.
Alaaa... aku ada terlepas sesuatu kah?

Apa pun aku masih menyukai rentak berlenggang-kangkung-pulang-dari-bendang ini. Ditambah dengan rangkaian lagu-lagu M. Nasir yang mendominasi halwa telinga. Waduh! Manis sekali.

Buat penulis, tahniah! Moga awak terus sukses ya. Kebetulan, saya memang tak pernah berhenti melihat langit. Dan, permintaan kecil si marhaen ini, moga dilanjutkan kisah abam Aus tu. Eh! Eh! ;P

Ps: Ini review terakhir che Rina sebelum bercuti. Selamat membaca dan membakor hikhikhik. Jaga diri! Till we meet again. HasbunAllah wa ni'mal wakil.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
November 28, 2025
Posted 12 Dec 2023 10.07 pm

Adakala, kenangan itu menang dalam menakluki hati.
.
Argh! Comel bethol la budak dua orang ni! Kita yang tersengih-sengih sendiri. Kenapalah lambat jumpa novel ni??

Konflik ringan tapi menarik, tertarik, kau memang daboom. Kisah dua orang sahabat yang terpisah dek perasaan cinta. Tahun demi tahun berlalu, sejauh mana pun berlari, pasti bertemu di akhirnya.

Story development? Yes! Santai tapi perkembangannya sangat smooth. Watak-watak sekitar Paan dan Ji'a memainkan peranan penting.

Paan tu sebenarnya dari awal cerita lagi dah angau dengan Ji'a, tapi sendiri tak sedar. Yang Ji'a pula, larikan diri sebab malu, sampai Paan dah buat first move pun dia masih mengelak lagi. Eiiii, rasa nak ketuk je budak dua orang ni. Nasib baik chomel✋🏻

Bila Paan minta untuk jadi orang yang disukai Ji'a semula, istg saya senyum sampai ke telinga!😜

Pendek kata, underrated novel.

Akhir kata, hati Tun Teja tetap juga jatuh ke tangan Hang Tuah.

Update 29 Nov 2025 7.16 am

Entah kali ke berapa sudah buku ni dibaca, tetap juga sampai ke muka surat terakhir.

Bila dibaca berulang kali, baru perasan memaafkan adalah yang paling banyak sekali diulang tulis oleh penulis. Maafkanlah dan meminta maaflah.

Tersengih baca kisah ni, macam baru kali pertama baca. Ralat rasanya bila ini satu-satunya buku yang penulis published.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
Read
December 6, 2022
Entah untuk kali ke berapa ratus naskah ini dibaca, sudah tak terhitung kiraannya.
Beginilah, 1,2,3... Bintang di Langit adalah naskah santai dengan laras bahasa yang mudah. Ceritanya tentag cinta yang biasa-biasa.
Kisah dua orang sahabat yang terputus hubungan hanya kerana salah faham. 8 tahun berlalu barulah segalanya dirungkaikan. Ini adalah dari sudut pandang seorang pembaca. Jika dari sudut seorang penulis, biarpun ceritanya mudah tetapi proses menyiapkannya agak payah.
Emosi yang turun naik adakala sukar dikawal. Sudahnya, manuskrip ini bertemu jalan buntu. Hampir 4 tahun barulah ia berjaya disudahkan dengan tertulisnya perkataan tamat.
Tahun 2017 genaplah empat tahun usia novel ini. Ia masih dijual di Jemari Seni. Stoknya pun masih menggunung bertimbun. Belilah, bacalah. Manalah tahu, 1,2,3... Bintang di Langit ini mungkin saja bakal menjadi naskah tunggal Bidayatul H.
Memetik kata rakan-rakan pembaca, novel ini ada manis dan comelnya. LOL

Apapun, ini bukanlah ulasan, sekadar satu luahan. hahaha
Selamat membaca.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
April 8, 2018
Aku sebenarnya cenderung untuk membaca novel-novel yang dah lama yang mana kalau nak dapatkan di kedai buku memang dah tak jual, habis stok, dah tak dicetak semula dan seumpama dengannya. Masa ni baru lah tergedik-gedik nak mendapatkan novel tu. Novel tu dah bertahun dulu dah diterbitkan dan kenapa sekarang baru nak cari dan baca. Mmm...

Maaf yang tertangguh selama lapan tahun antara Farhan dan Farha. Ada salah faham yang terjadi di antara mereka berdua lalu persahabatan tersebut putus. Lamanya nak tunggu diorang ni bertegur sapa dan jadi kawan macam dulu-dulu. Pada aku kisah ni sangat lah biasa tapi aku suka. Dua orang yang bersahabat baik, berkawan sejak dari kecil lagi, lelaki dan perempuan dan salah seorang akan jatuh suka kepada yang seorang lagi. Suasana kampung yang dikelilingi sawah padi, rumah-rumah kampung, keluarga yang bahagia dan jiran-jiran yang saling prihatin antara satu sama lain. Tak ada watak-watak hartawan kaya raya, hero heroin kacak jelita, watak-watak yang tahu nak mendengki dengan kesenangan orang lain.

Farhan yang berusaha mencari peluang untuk meluahkan kata maaf kepada Ji’a. Farhan yang terlewat untuk menyedari rasa hatinya kepada Ji’a. Bila tersalah sangka dengan kemunculan Hardi yang tiba-tiba, baru tahu takut ye Farhan. Hehehe… Ji’a yang selalu mengelak dari berjumpa dengan Farhan. Ji’a yang cuba menafikan perasaannya terhadap Farhan. Maka dengan itu, Farhan memulakan langkah untuk membuat pengakuan cintanya kepada Ji’a. Lama-lama nanti takut kena kebas dek orang lain pulak. Bak kata Firdaus, selagi ada peluang, gunakan lah. Jangan nanti menyesal tak sudah.

Betul. Hidup ini akan lebih mudah kalau kita belajar menerima… akan jadi lebih bahagia kalau kita belajar memaafkan. Proses nak belajar menerima dan memaafkan tu yang susah. Nak sembuh dari rasa kecewa dan terluka itu pun perlukan masa yang lama.

Memaafkan itu perlukan kasih sayang… melupakan itu perlukan masa.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 7, 2014
Kain pelekat la la la laaaaaaaa.... Kain pelekat la la la laaaaaa.... Hikhikhik....

Ya... Itulah yang saya rasa sepanjang2 pembacaan HARI INI. Entah kenapa membaca kisah Farha(n) ini sejuk hatiku.... Kisah cinta mereka ini saya kategorikan sebagai Cinta yang Bersih. Ada Konflik lembut dan Konflik hati... Walaupun sedikit konfliknya, tapi bagi saya sudah mencukupi. Walaupun sedikit manis cintanya, tapi bagi saya sudah mencukupi. Like I always said... LESS is MORE....

Saya suka olahannya. Langsung tidak membosankan. Penceritaan watak2nya dirungkai sedikit demi sedikit sehingga menjadi tandatanya dan seterusnya menyebabkan satu kerja pun tak ku buat hari ini... Ish ish ish... Hazardous sungguh buku ini. Nasihat saya, baca buku ini di hari cuti anda. Tapi kalau anda orang sabar (bukan macam saya), sila lah mulakan pembacaan pada bila-bila masa.

Background cerita ini juga sungguh indah. Backgroundnya kampong halaman, masakan tidak indah. Dengan suasana sawah bendangnya.. Alahaiii. Being a village people myself, of course membaca suasana di kampong Farha(n) ini menggamit kenangan indah... *sigh* Rasa cam jam2 tu nak pack baju, balik kampong. Huwaaaaaaaaaaa...

Seriously, Saya suka Makcik Lijah... Masa baca soalan maut Makcik Lijah tu, hatiku munger2 kembang bertaman2... Dapat ku bayangkan wajah2 Farha(n) itu... So sweet... And masa Paan selamatkan Ji'a dari Abang Em... Saya beranggapan itu dating yang pertama... Schumelnya... Bila Ji'a pesan pada Paan, "Baik-baik menunggang" saya rasa hati saya lebih berbunga2 dari Paan... ***Melting***

Tiada yang saya tidak suka dalam cerita ini. Cerita yang manis, hubungan yang suci, Ending yang indah... I don't want anything else....

P/S: Suatu masa - M. Nasir is also one of my favourite song... :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
October 1, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je....

(for me).... inti pati dalam novel diumpamakan seperti fenomena gunung berapi. Ada permulaan, ada pertengahan, dan ada kesudahan. Letusan adalah klimaks kepada cerita. Tak kisahlah ia dinaratifkan pada bahagian mana, yang penting letusan tersebut adalah penggeraknya.

Aku selesa dengan 1,2,3.... BINTANG DI LANGIT pada permulaannya. Ketika keriangan Ji'a dan Paan disebatikan dengan suasana kehidupan di kampung. Seawal di tadika pada usia 5-6 thn, semasa Paan bersembunyi di timbunan jerami padi membawa diri kerana bakal menerima adik, waktu Ji'a ter-biul sebentar dek hentaman bola hoki hasil kelekaan menatap aksi si pujaan hati. Juga ketika Ji'a berlibang-libu dengan kehadiran si Suria, atau detik pertengkaran hebatnya kerana rahsia hatinya terbongkar dan tentunya ketika gelisahnya Paan dek berita pertunangan Ji'a dan Hardi.

Dan... tiba-tiba ketika di pertengahan difokuskan kepada masalah si Manis dan Emran. Penceritaan penuh tentang asal usul Manis, ikatan pertunangannya dengan Emran yang terputus di pertengahan, juga onar Emran dan keluarga. Manis yang tidak begitu penting di awal cerita, dilebihkan perinciannya.

Jujur.... dengan keributan pelaku-pelaku sampingan (keluarga dan rakan) yang ada kalanya terlebih diperincikan, aku 'sesat'. Ji'a dan Paan bukan lagi pelaku utama. Penumpuan watak keduanya tenggelam dengan watak-watak lain.

Dan... tiba-tiba muncul pula si Hardi dan Dahlia di hujungnya. Dan...tiba-tiba disuakan dengan plot penyesalan Dahlia kerana merampas Hardi daripada Ji'a. Plot cinta Hardi-Ji'a-Dahlia yang diremehkan perkembangannya, tiba-tiba sahaja diperincikan di penamatnya.

Percayalah.... naskah ini tentu lebih kemas olahannya jika jiwa dan rasa pelaku utama ditumpukan sepenuhnya. Dan tentunya jika plot pencetus cerita diletakkan ditempat sepatutnya, kerlipan bintang di langit pasti gilang-gemilang.

Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
July 29, 2016
Kisah yang menarik antara Pa an dan Ji'a.
Persahabatan dari zaman kanak-kanak dan berakhir dengan....
Sejujurnya rasa tidak puas hati adoiiiii sangat tidak puas hati dengan si Farhan itu.setelah sekian lama itu je ayat yg dia cakap dekat Ji'a nasib baiklah Ji'a sayangkan awak Farhan kalo saya tak taw bape kali raya baru saya maafkan awak.

P/S dah seminggu kut khatam kisah ini tapi masih berlegar-legar dalam kepala dan yang pasti masih tak puas hati dengan si Farhan tu.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
May 19, 2014
Omo ~ comelnya cerita ni. Penyampaian cerita yang sangat ringkas. Kisah sepasang sahabat yang dalam diam menyimpan rasa utk sesama sendiri. Eishh ~ this is why I kept saying ~ there's no such "bestfriend" relationship between a girl and a boy, confirm ada yang tergelincir. Hihi. Farhan dan Farha. Comel la depa ni. Aigoo ~
Penulis sangat bijak memainkan peranannya untuk membawa pembaca ke titik akhir cerita. There's no meleret-leret scenes dalam penyampaian cerita 1,2,3...Bintang Di Langit ni. Memang penulis tulis cerita sesedap secukup rasa dah.

I am so looking forward for a new story from you Miss Bidayatul H! Thanks for the beautiful story.
Profile Image for Hazi.
108 reviews6 followers
December 15, 2023
This tale is about two best friends, Farhan and Farha (Ji'a), where their 17 years of friendship were broken due to a 'mistake' that was supposed to be Farha's innermost secret were discovered by Farhan, on which she has been liking Farhan for years. Due to this, as well as another argument that followed after, their friendship were broken off on bad end. A decade passed, Farhan went back to settle down at his hometown due to his job, at the same time, determined to mend the broken relationship, to convey the overdue 'sorry', as well as to fix what he has broken off a long time ago — which was Farha's heart.

It's a story is about two 'former' friends; relearning about themselves and others, to move forward, to let go, to accept, and to forgive — in regards of their guilt, owning up to their mistakes, realizing exactly what they never know about one another, accepting the truth on what their heart actually wanted, to forgive others and youself, as well as appreciating and believing on God's will and plans, tawakkul.

• And overall, this is a santai slice-of-life story, and genuinely speaking, I enjoyed it thoroughly! There may be a couple issues I personally had and the things I wished were told in the story (listed below), but it doesn't held my 'favouritism' back towards the book. This tale really did put a big smile onto my face each time I picked it up, somehow it makes me reminiscing a lot on my own life, thinking about childhood, my friends, the celebrations, or in general, about us and our environment, and these simple things being told in the story makes it feels like I'm 'home', it's just comfy.

• Truth to be told, this story actually isn't what I was expecting it to be, despite the MCs were, well, the main characters, both of them BARELY have any conversation at all throughout the book (yes, they only started to actually talk at the final 100~ pages), and one might find this extremely frustrating. But personally I think this is quite an interesting take!

Considering how long they haven't seen each other or talk at all (a decade), and no one was aware over the state of their friendship (thus no external aid and force to push them), and how f- up Farhan's words was, welp, it was quite understandable how far they pushed and pulled, hesitated, and avoided one another throughout the story. One being embarrassed (segan), and one being respectful, but both of it were wrapped in self-guilt. — seeing how badly they ' communicate' initially, things they went through, then eventually fighting their innermost feelings that been holding them back, it makes me quite attached to both the MCs and the ending did makes me teared up for a bit haha.

• The author really did included a lot of moral and values, it was done continuously along the story, that it really soothes my heart from time to time. I really do cherish them throughout my reading.

- HINTS OF SPOILERS FROM THIS POINT ONWARDS -

I'd like to mention something technical sikit haha. It doesn't bother me badly, but I do feel that it bothers the flow of the story and makes the story a tad draggy dan penyampaian sedikit mendatar.

a) The writing doesn't fully implement 'show don't tell'. Jadi penceritaan itself and things kadang jadi terlalu straightforward. In addition, I feel like there are a number of of the scenes I think wasn't needed to be included, some examples, of those yang I remember; (1) lokman's promise phone call (2) B.B's upset phone call - sebab these scenes dapat directly mentioned on the confrontation / briefly before the conflicts itself, and these scenes took away the elements of surprise on the actual conflicts in the future yang bakal menyusul.

b) The narrative on short repeatitive dialogues + lengthy dialogues. I appreciate it when author emphasizes the emotions of the characters have when speaking, but not for all. For instance, a lot of the dialogues on the story have a lot of pushing and pulling elements, thus there are a lot of repeatitive name screaming, which I don't think THAT much were needed, or the description of these short name screaming. On the other hand, on lengthy dialogues, I remember Noin's phone call where she asks Farha to check her FB, it probably is the most draggy thing I've ever read. I had enough of tarik menarik tali maaan haha.

• Moving forward onto the issue with the story itself. I'm surprised that their 'guilt' doesn't included with the statement of 'sympathy' and keikhlasan, because I think that probably is the most hurtful thing yang dituturkan oleh Farhan. If I heard something like that from my closest friends (whether misunderstood or not), I would probably feel absolutely sad and feel like crap over the entire friendship, rasa dipermain, rasa semuanya palsu, you know? Tapi somehow, I'm surprised that it wasn't brought up again despite how it was something that Farha herself spoke of and the core cause yang put a stop onto the relationship.

• Despite all of the lengthy dialogues and narratives, I was absolutely DISAPPOINTED that there were NO show of content from Farhan's apology e-mail (and FB message?) ever told to us in the story? Sebab I believe that exactly was the point of the story in the first, for Farhan to apologize and clear things up with Farha! Even if it's in mail form, I genuinely would love to see what exactly he wrote to her, how he apologizes, what exactly his innermost feelings were. I just wanted to see his usaha to make things right again, him admitting to his mistakes, and how moving things were. Furthermore, with how lacking and minimal the conversations was between the MCs throughout the entire story, I think that itself would've been the biggest stepping stone on their relationship. Ah, sedeh nya haha.

To sum up, this really is such a close to heart, lovely, and comfy read, and simply full of values through and through. If you love stories about childhood friendship, and reconciliation, with romance on the side, this would be for you!

P/S — Dropping this off because throughout my reading, I realized that maybe I'm into this type of 'one sided pining trope - that the secret of their innermost feelings were found out by the other party without their consent + brutal rejection - but eventually the other party caught feelings for them too - but the lady mengelak instead'. There's another malay novel with this similar odd trope that I do love before, and if you like it too, I'd recommend Shiroe Sherry's Secret Love (pure romcom though!). Also, a sudden realization that maybe I like the 'trope' sebab a stupid man became fully aware over how stupid he was after doing a stupid thing haha.
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
March 31, 2014
Berjaya membuatkan saya rindukan kampung! Ceritanya simple tapi berjaya bagi saya stick tak tinggal buku ni dari petang sampai malam. Kudos, cik penulis.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 25, 2019
cik puan penulis Bidayatul H. berjaya bawa kita jalan-jalan di kisah silam. zaman kanak-kanak yang sangat ceria. bergaduh, menjerit dan kemudan baik balik. bermain bersama, belajar sama-sama. merajuk, taklah sama-sama tapi bantu pujuk. indah kenangan.

ji'a dan paan. sahabat dari kecil. paan banyak bergantung harap pada ji'a yang garang. semuanya harap pada ji'a. memang ada yang macam tu, kan? ji'a pun garang, tapi selalu bantu paan.

ji'a itu farha. paan itu farhan. sehingga sekolah menengah mereka baik. terpisah pun atas sebab yang boleh dikira remeh. biasalah, gadis bila mula meningkat naik. dia mula suka pada farhan. tapi farhan, bila tahu ji'a menaruh hati, dia jadi marah. mungkin dia anggap perasaan itu mampu merosakkan persahabatan yang terjalin sekian lama.

mereka jadi asing. sehinggalah farhan kembali ke tanah asal dia membesar. semua jadi canggung. kita pembaca sama rasa emosi itu. ji'a berubah perwatakan, menjadi seorang gadis yang sangat sopan. hubungan mereka? masing-masing tarik tali la...

kehidupan memang sentiasa perlu perancangan. tapi ada masa kita manusia kena berani melangkah rentangan. sama ada berjaya atau kecundang, itu kemudian. hanya doa, usaha dan kemudian tawakal yang akan mampu buat manusia itu kuat fizikal dan hati.
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
May 12, 2014
Overall cite ni sgt best...kisah cinta yg sederhana tapi sgt bermakna
xperlu hero yg kaya & heroin yg sgt cantik lari sedikit dari watak novel2 yg lain...boleh dikatakan watak2 dlm novel ni realistik bkn fantasi...
Yg paling penting byk pengajaran yg diterapkan oleh penulis tuk novel ni
Recommended to read...
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 1, 2015
3.8★


kisah yg klise sebenarnya ..laki dah perempuan jika bersahabat baik pasti salah seorang darinya msti terjatuh hati .jalan cerita persis Teja Aulia karya Syud walaubagaimanapun tahniah penulis sekurang2nya saya mampu menghabiskan karya ini dgn tersenyum indah .:)
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
January 16, 2021
"Memaafkan itu perlukan kasih sayang...
melupakan itu perlukan masa."
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
August 14, 2014
SUKAAAA
Ala rugi tak baca buku ni masa ramadhan. Baru menjiwai suasana ramadhan paan dan ji'a.. Baca mood syawal pun ok kan???
Serius suka dengan latar belakang novel ini. Suka juga dengan gaya bahasa yang penulis gunakan.

Semoga terus berkarya
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
June 2, 2016
percubaan pertama (i believe so) frm cik/puan writer yg bole dikategorikan sebagai excellent. it sadden that this talent tk dikembangkan lagi. moga cik Bidayatul menemui rentak menulis semula. saya tunggu...
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
August 11, 2024
“Memaafkan memerlukan kasih sayang. Melupakan memerlukan masa.”

Bagi aku novel ni sangat santai. Tak ada konflik berat. Yang ada cuma salah faham sahaja. Cerita yang bawa konsep persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Ji’a yang keliru dengan perasaan sendiri terhadap Farhan. Farhan pula sejenis yang lambat nak bertindak.

Aku geram betul dengan usikan Kak Long. Setiap kali watak dia muncul macam haihh… jangan ganggu please. Lagi geram dekat Farhan yang clueless dengan Ji’a. Kau ni lambat sangat nak confess pun. Haish. 😤

Cerita ni bagi aku sangat dekat dengan aku kerana lokasi cerita ini banyak berlaku di Alor Setar, Kedah. Negeri aku dilahirkan dan dibesarkan. Senang untuk aku bayangkan tempat-tempat yang mereka kunjungi. 🤭

Oklah, apa pun, lagi menarik kalau cerita ni dipanjangkan lagi. Macam tak puas lagi baca. Hahaha. 😂
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 26, 2019
[BOOK 100]

1,2,3 ... Bintang di Langit by Bidayatul H.
.

Cerita ni comel sebenarnya.
.

Kisah tentang Ahmad Farhan (Paan) dan Farha (Ji'a). Dari tadika, mereka selalu sama-sama. Ji'a akan selalu lindungi Paan yang asyik kena buli dengan Malik. Ye la, masa tu Paan masih anak bongsu. Bila dorang dah darjah 4, Ji'a juga yang pujuk Paan yang lari kerana merajuk sebabnya maknya bakal dapat adik baru. Nanti maknya dah tak sayang Paan. Hahhaha...comel sangat Paan ni.
.

Bila dah masuk Form 1, Ji'a mula sedar yang dia dah jatuh hati kepada Paan. Sehinggalah bila dah Form 5, rahsia Ji'a terbongkar. Paan beria marahkan Ji'a sebab kononnya perasaan bodoh Ji'a tu dah rosakkan persahabatan mereka. Lepas tu, hubungan mereka mulai renggang.
.

Bila dah berumur 20 tahun, sekali lagi Paan marahkan Ji'a yang akan bertunang dengan Hardi, si duda. Katanya, Ji'a terima Hardi atas dasar kesian. So, dari situ, perhubungan Paan dan Ji'a terus putus.
.

Sehinggalah sekarang, 8 tahun kemudian. Paan yang dulunya kerja di Shah Alam, ditukarkan ke bahagian IT di Hospital Sungai Petani. Ji'a juga kerja di situ sebagai pharmacist. Dan Paan dan Ji'a kembali berjiran. Tapi hubungan mereka sangat awkward. Nampak je Paan, Ji'a akan menyorok. Nampak je Ji'a, Paan akan serba salah. Nak tegur ke tak nak. Nak minta maaf ke tak.
.

Yang aku geram pasal cerita ni ialah, ceritanya sangat slow..weh, Paan, bila kau nak minta maaf ni?
.

Yang paling mencuit hati ialah bila di majlis kahwin B.B. Paan dah macam hero hindustan (kononnya nak luahkan perasaan), berlari mengejar Ji'a, sambil buka songkok dan sampingnya. Dan juga sambil menjerit nama Ji'a. Bila dah sampai depan Ji'a, boleh mamat ni tanya "Ji'a dah dapat goodies bag?" Weh Paan, apa ni? Tapi, akhirnya Paan beranikan diri jugak wasap Ji'a, "boleh tak...saya nak jadi seseorang yang awak suka...sekali lagi?" Yessss finally.
.

Aku suka latarnya di kampung. Dan juga watak sampingan seperti Umair yang comel, Paiz yang kuat makan dan ramai lagi. Oh ya, Firdaus si kawan pun comel jugak. Sentiasa sokong Hang Bertuah memujuk Tun Teja.
.

'Memaafkan itu perlukan kasih sayang...
Melupakan itu perlukan masa'
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
February 3, 2015
Baru je selesai baca lepas terbengkalai sekian lama.Cerita ini dekat dengan hati saya..sebab ceritanya tentang cinta dan persahabatan..Ahmad Farhan aka Paan rasa persahabatan dia dengan Nur Farha dikhianati sebab Farha aka Ji`a ada simpan feeling kat dia..saya pun pernah rasa apa yang Ji`a rasa... selama bertahun2 mereka hidup dalam salah faham yang tak terjawab..antara Jia Suria & Paan, Ji`a, Hardi & Dahlia..Manis ngan Engku Emran...Akhirnya semuanya terjawab bila Paan balik semula jadi jiran dengan Jia...

Moralnya cepat2 selesaikan segala persoalan sebabnya persoalan yang dibiar tergantung mendatangkan prasangka
Profile Image for Eqa Atieqah.
7 reviews1 follower
July 1, 2014
First, tahniah diucapkan kepada si penulih sebab buat cita yang best cenggini.
1.No nama hebat hebat. Just farha dan farhan.
2.takdak keta mewah mewah. Anak dato datin
3.Takdak senyuman pencair hati wanita bagai.

Tapi ahmad farhan tetap jd pujaan si jia. Best kan. Kawan dari kecik sampai besaq .itu baru btoi kata Ustaz kazim,kalau dah jodoh tak kemana. hewhew.

Tapi rasa nak ketuk si tuah bila kata jia buat benda bodoh. Ishh.. haha.. last last teja tu yang hang cari kan paan??
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
August 3, 2014
Masih dalam mood lemau. Jadinya, review penuh belum tentu akan ada..
Profile Image for Sera Rin.
9 reviews1 follower
January 4, 2026
1..2..3..Bintang di Langit ; Bidayatul H.

Ya, esok kerja macam biasa. Tapi saya disini 4.30am masih tak boleh tidur dan dapat habiskan bacaan untuk buku ni.

Childhood friends to lover

Kesimpulannya, saya suka buku ini, sila beli dan baca. Comel, tak draggy, Slow burn. Boleh baca di Cereka juga. (You may skip part bawah if prefer tak tahu sinopsis)

Naskah ini terbit pada 2014 dan masih relevan dan sedap dibaca walaupun dah lebih 10 tahun dalam industri.

Kisah Ji'a dan Paan atau nama sebenarnya Nur Farha dan Ahmad Farhan. Farha X Farhan, matching nama kan.
Mereka ni kawan baik dari kecil. Paan ni seorang yang cengeng sikit sikit nangis dan kena buli. Ji'a pula jenis yang berani bersuara dan tegas. Dari kecil, si Ji'a akan protect Paan ni. Comel kan.

Ji'a pernah pujuk Paan yang merajuk sebab mak dia mengandung lagi. Dia takut kasih sayang dari parent dia berkurang. Ji'a cuba pujuk dengan cakap Tengok bintang kat langit, kenapa banyak? Sebab kalau satu, dia akan sunyi. Kalau tak ada siapa nak kawan dengan Paan, Ji'a akan kawan dengan Paan sampai bila-bila. Awhh how cute.

Sampai lah satu hari, Ji'a tersuka kat Paan, masa form 1. Dia simpan rasa pada Paan siap tulis dalam Diari dia. Satu hari, Paan curi-curi baca diari tu dan Boom kantoi, Ji'a suka dia. Paan rasa Ji'a dah belot persahabatan mereka. Paan marah Ji'a sangat. Part ni buat saya sedih sangat. Mereka tak bertegur bertahun-tahun sampailah part Ji'a hampir nak bertunang dengan Hardi.

Yada yada, buku ni menceritakan tentang kemaafan, tentang ego, dan kejujuran. Bukan sahaja cerita mereka berdua. Turut diselitkan cerita tentang kakak angkat Ji'a, Kak ngah yang melarikan diri untuk mencari ketenangan, Ji'a yang menyalahkan diri atas menyebabkan Kak ngah putus tunang.

Overall, saya suka buku ni. Walaupun jenis slow burn, 15 m/s terakhir baru nak bersatu, saya tetap suka. Macam tengok drama TV3. Episode demi episode. Geram dengan Paan yang tak nak mengaku suka. Geram dengan Ji'a yang main tarik tali.

Paling suka, part Paan minta Ji'a buka hati untuk dia semula. Awwwwwww suka suka sukaaaa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
December 14, 2024
Best jer tapi saya skip bila dah baca email Paan. Jenuh juga nak tunggu Paan dgn Jia bercakap balik sampai saya dah tak heran. Yang pasti happy ending. Baca novel ni teringat kisah sendiri pernah juga terrrrjatuh hati dengan kawan lelaki yg saya rapat. Last last mmg terus tak berkawan dah. Hahaha bila fikir balik geli pulak noks. Lah tiber lol.

Banyak sangat watak family...tipikal macam dalam drama tv gitu. Tu tak termasuk kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan zaman belajar... baca novel ni kena ada critical thinking berat juga hahaha. Mungkin taste saya mmg tak berkenan watak terlalu banyak, sebab akan banyak cerita yang nonsense.

Ini novel Jemari Seni yang pertama saya habis baca. Tu pun skip pada bahagian akhir. Tapi habis juga tau! Yeay!
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 17, 2014

How long have I loved you ?
And how long will I love you ?
Look up my love and you’ll see
As countless as the stars will I love thee..

Ada sesetengah orang perlu masa yang lama untuk kenal pasti isi hati dia. Untuk mencari semula suara hati yang disorok jauh nun di sudut yang paling dalam, kenalah berusaha mengimbau kenangan masa silam. Tapi kan..apa yang ada pada kenangan ? Pedih sangat ke bila nak diingat semula ? Bagi Ahmad Farhan & Nur Farha, kenangan adalah kunci untuk seribu satu perkara yang terjadi di antara mereka. Bersahabat baik dari kecil, Paan & Ji’a bertikam lidah, merajuk & menyakat sama seperti best friends yang lain jugak. Kamceng betul. Tapi betulkah a girl and a boy cannot be more than just the best of friends ? Platonikkah hubungan remaja itu bila Ji’a dalam diam menaruh hati ? Salahkah Ji’a bila dia mula rasa rindu dan sayang ? Dan ini yang terluah di saat Paan tidak mahu menerima apa yang memang sudah tertulis di dalam hatinya..

“ Kalau dengan simpati boleh terbitkan cinta, 3 tahun lepas Paan dah terima Ji’a”

Sungguh, saya rasa jiwa saya turut luruh bila membaca kata-kata Paan. Sampainya hati. Dek ayat itu, lapan tahun mereka tidak bertegur. Lapan tahun Paan menyimpan sesal, dan lapan tahun Ji’a menahan rasa malu yang menebal. Lapan tahun mendewasakan mereka..dan lapan tahun juga mereka dipertemukan kembali. Hati yang dulunya sunyi sepi, bertukar rentak macam orang main kompang. Mulut yang dulunya umpama bertih, jadi kelu dan diam tapi dalam hati dup dap, dup dap Jiwa yang dulu keras, bertukar jadi penyair cinta yang penuh puitis . Yang berani cuma mata..itupun curi-curi tengok si dia..hehehe. Aduii..Paan & Ji'a, membaca kisah anda berdua saya pula yang tak senang duduk. Semua emosi keluar. Dan tiada yang lebih saya tunggu kecuali saat lafaz ini diucapkan..

“ Boleh tak Paan nak jadi orang yang Ji’a suka sekali lagi ? “

Saya suka cerita ini. Rasanya kalau jiwa saya ada sayap umpama rerama ia sudah terbang melayang. Cerita bagaimana a determined Hang Tuah akhirnya mendapat Tun Teja dengan bantuan segala dayang dan laksamana :) Betul..cinta itu adakalanya ada di depan mata. You just have to wait for the right moment to lead your heart to the one who has been waiting for it.

Love this to the stars and back ;)

Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 4, 2014
Kisah tentang maaf, perasaan yg terpendam. Kisah yg buat seseorang itu dewasa. Ahmad Farhan & Farha.. Paan & Ji'a... Novel yg tidak meleret & juga tidak bosan. Saya suka... Hungry for more, miss Bidayatul.
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.