Jump to ratings and reviews
Rate this book

Resistance Sudah Berbunga

Rate this book
Buku ini merupakan sintesis antara sejarah dan juga peristiwa kontemporari perihal Palestin. Dengan mengambil penulisan Prof. Nur Masalha sebagai rujukan utama, buku ini akan cuba menggali dan menjejaki sejarah Palestin sejak 4,000 tahun yang lampau. Sejarah ini penting sebagai asas dan akar untuk memahami perjuangan resistance bangsa Palestin sejak sekian lama. Dari akar yang dalam dan panjang ini, buku ini kemudian menyingkap kedatangan penjajah zionis ke tanah Palestin. Dari titik ini, buku ini akan menelusuri bagaimana penjajahan ini telah melahirkan pelbagai bentuk resistance yang berjuang bagi memerdekakan Palestin dari penjajahan. Puncak kepada resistance ini adalah dengan tercetusnya Operasi Taufan Al-Aqsa pada 07 Oktober 2023. Buku ini diharap dapat memberi satu analisa segar perihal peristiwa bersejarah ini yang terus berlangsung sehinggalah kepada kes genocide yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) di The Hague. Buku ini hanya membahaskan situasi perang dalam Operasi Taufan Al-Aqsa pada peringkat awal, iaitu hingga hari ke-116 perang. Buku ini tidak dirangka untuk merekodkan semua peristiwa secara kronologikal. Sebaliknya isu-isu dan bahagian-bahagian yang dirasakan penting akan diketengahkan. Buku ini juga tidak dirangka untuk menjadi naskah duka, sebaliknya buku ini ditulis sebagai sebuah tanda. Tanda bahawa perjuangan resistance pembebasan Palestin kini memasuki fasa baharu, yang akan berubah setelah sekian lama berbentuk defensif. Di sebalik segala kemusnahan dan darah yang ditumpahkan, buku ini ingin membawakan hujah bahawa resistance ini akan sentiasa tumbuh semula. Pertumbuhannya berulang-ulang kali dan akhirnya akan mematahkan hayat penjajahan. Resistance ini akan menghisap seluruh tenaga dan upaya penjajah. Hingga akhirnya penjajahan zionis itu akan kering, layu, dan terlerai. Buku ini akan berhujah untuk mengetengahkan idea bahawa Operasi Taufan Al-Aqsa merupakan tanda satu kematangan baru bagi pejuang resistance Palestin yang akan membuka jalan kepada buah-buah kemerdekaan.

189 pages, Paperback

Published March 4, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Syed Ahmad Fathi

18 books99 followers
Syed Ahmad Fathi is an author and editor based in Malaysia. He received his Krasniy Diplom in the field of Marine Engineering from State Marine Technical University of St. Petersburg, Russia in 2013. He was awarded an Advanced Diploma in Ship Operation and Management in 2017 from the Institute of Chartered Shipbrokers in the UK and was accepted as a professional member of the institute in 2020. He completed his Master of Arts in 2026 at Universiti Sains Malaysia in the field of Southeast Asian History. He has authored several non-fiction books and has edited numerous anthologies. He runs the blog Meniti Jambatan Masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (66%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Thein Oak Kyaw Zaw.
16 reviews
April 20, 2024
Resistance Sudah Berbunga

Sebuah buku yang menceritakan sejarah dan gerakan resistance yang dulu dan terkini di Palestine.

Menarik buku ini ialah sebab penulis membahaskan sejarah menerusi perspektif yang jarang dibaca. Iaitu perpektif dari segi luar Biblical orientalism, tinggalan sejarah arkeologi dan juga dunia klasik. Sejarahnya kompleks kerana banyak usaha untuk cuba memadamkan sejarah yang asal.

Juga diceritakan dengan sumber rujukan tentang nama Palestine dan jajahan yang dulu oleh Rom dan Byzantine.

Bukan itu sahaja, penulis juga menceritakan tentang kisah kisah sejarah yang ketara yang dulu dan kini seperti Taufan Al-Aqsa dan tentang Afrika Selatan yang memulakan kes di ICJ. Menarik.

Namun, apa yang penulis ingin rumuskan dari bukunya ialah, sejarah Palestine dulu berkisar tentang resistance diamana rakyatnya hanya cuba bertahan. Sekarang, pejuang Palestine di tahap yang baru dimana dunia mula bersatu dari sisi individu dan juga kumpulan kumpulan kecil melawan ideologi penjajah dan juga mengerakkan (baca: memaksa) ahli pemimpim mereka untuk menghentikan pembantaian.

Pejuang resistancenya kini lebih tersusun, kuat dan mantap. Sementara penjajah kini semakin lemah.

Akhirnya kita akan melihat resistance Palestine yang hampir 100 tahun lamanya sudah mulai berbunga.

"Dengan usaha, sedikit masa lagi, buah-buah kemerdekaan akan dapat kita rasa."
- Syed Ahmad Fathi

#palestine #bookreview #onebookaweek #onebookonceaweek #malaysia #freepelastine
#visitisrael
Profile Image for Muhammad Hilmi.
6 reviews
July 6, 2024
Setuju dengan pandangan penulis, kita tak boleh sedih sahaja, kena bangunkan sisi resistance dalam melawan Zionis!
Displaying 1 - 3 of 3 reviews