Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di sebalik hubungan mereka berdua yang Nampak bahagia itu, siapalah yang tahu betapa Arissa Maisarah menderita dengan perangai ego Irfan Naufal yang melampau. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi! Bukan sahaja ego, lelaki itu juga cepat baran membuatkan Arissa Maisarah berasa ragu-ragu sama ada Irfan Naufal benar-benar mencintainya atau tidak sedangkan dia terlalu mencintai lelaki itu. Namun Arissa Maisarah tidak pernah mengetahui apakah yang tersembunyi di dalam hati Irfan Naufal. Lelaki itu sebenarnya terlalu tulus mencintai…Irfan Naufal cuma tidak tahu bagaimanakah cara untuk dia menunjukkan kasih sayangnya itu. Baginya, biarlah selepas mereka berkahwin, barulah dia akan menunjukkan betapa dia menyayangi gadis itu dan dia tidak akan mempersia-siakan Arissa Maisarah. Tetapi, apa yang diimpikan Irfan Naufal tidak seindah yang disangka. Hadirnya seorang lelaki lain di dalam hidup Arissa Maisarah membuatkan Irfan Naufal tidak dapat tidur lena. Adakah Arissa Maisarah curang di belakangnya? Mereka kelihatan begitu intim, membuatkan ego Irfan Naufal terasa tercabar! Suatu ketika, Irfan Naufal mendapat tahu bahawa ‘lelaki’ yang berani mengganggu Arissa Maisarah itu sebenarnya adalah seorang tomboy. Seorang gadis yang berpenampilan seperti lelaki! Irfan Naufal bertambah sakit hati dan ingin menyedarkan si tomboy itu tentang fitrahnya dijadikan seorang perempuan.Irfan Naufal hanyut dalam dendamnya… dan tidak sedar yang dia sudah terlalu jauh bertindak sehingga sanggup meragut kesucian si gadis tomboy itu. Adnin Najwa, si gadis tomboy yang telah dirogol dengan kejam oleh Irfan Naufal terus melarikan diri dari bandar itu sekaligus menghilangkan diri dari hidup Irfan Naufal dan ArissaMaisarah selepas dirinya diugut. Irfan Naufal yang berasa bersalah dan berdosa, terus memutuskan pertunangannya dengan Arissa Maisarah dan mula mencari Adnin Najwa bagi menebus kesalahan.Semua yang terjadi telah menginsafkan Irfan Naufal. Namun, pertemuan semulanya dengan Adnin Najwa benar-benar membuatkan Irfan Naufal bingung… kerana gadis itu hilang penglihatan disebabkan sebuah kemalangan yang berlaku antara mereka.Dia jugalah yang menyebabkan gadis itu buta.Dan itu menambahkan rasa bersalah yang tidak bertepi di hati Irfan Naufal. Dapatkah Irfan Naufal berterus-terang dan meminta maaf?Bolehkah Adnin Najwa memaafkan segala-galanya yang telah terjadi antara mereka?Dan bagaimana pula dengan nasib Arissa Maisarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja oleh Irfan Naufal?Apakah kesudahannya kisah mereka bertiga?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Jalan cerita yang menarik. N rasa takda part yang boring, cuma N rasa cerita pasal Encik Borhan tu macam tergantung (ke N yang terlepas pandang?)
Kerana ego dan dicampur dengan bisikian syaitan, Irfan merogol Najwa. Kesedaran yang timbul sudah terlambat, kesucian seorang gadis telah pun diragut. Kerana ketakutkan, gambar Najwa dalam keadaan yang mengaibkan diambil dan Najwa diugut jika perbuatannya diketahui umum.
Kekal kesal dengan tindakannya, Irfan berusaha mencari Najwa dengan harapan untuk menikahi dengan gadis yang menjaid mangsa kerakusannya. Malangnya mereka dipertemukan semula dalam satu tragedi yang kini meragut penglihatan Najwa pula. Yakin Najwa tak akan memaafkannya, Irfan menghulurkan bantuan tanpa mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.
Simpati dan rasa bersalahnya melimpah ruah. Irfan tidak putus-putus memujuk Najwa untuk mengahwininya. Cinta hal kedua. Ia boleh dipupuk. Tapi tak disangka, rasa cinta itu bertandang lebih cepat daripada dirancang...
Saat mereka bahagia, Irfan memberanikan diri untuk membuka pekung di dada. Pada pendapatnya, biarlah Najwa memarahinya asalkan rumah tangga mereka berlandaskan kejujuran.
Bukan senang rupanya untuk memohon satu kemaafan.
Najwa sangkakan bahagia akhirnya dapat dia miliki. Rupa-rupanya lelaki yang berstatuskan suami adalah lelaki yang selama ini dia cuba hindari. Dia lebih rela tidak mengetahui perkara sebenar daripada merasa ditikam dari belakang. Kerana benci, Najwa rela tidak membuat pembedahan mata kerana tak mahu lagi memandang wajah Irfan yang enggan menceraikannya.
Sinopsisnya yang buat aku nak nak baca. Mengiurkan. Dan berdasarkan kekerapan ayat kacak,ya aku pasti yang Irfan itu kacak sangat-sangat orangnya. Aku percaya kalau diadaptasi ceritanya pasti akan jadi ikutan pada setiap episod. Mungkin boleh ditayang pada slot Samarinda, bukan Akasia. Dan aku sangat pasti setiap kali mahu menunggu episod seterusnya kau akan rasa nak campak tv keluar dek kerana menunggu sambungannya yang lambat itu. Hendak pula sambungannya pada minggu hadapan. Dan juga kau rasa nak tumbuk dinding pada watak2 nya yang buat kau rasa %$$#@*^.
Tahniah buat penulisnya. Aku kira ini naskah kedua beliau (mengikut pada GR).
Ps: Dan sebenarnya dah lama tak baca cerita yang jalan ceritanya begini. Pss: Rating tu memang takda. Oh, dan buku ni aku tak beli. Pinjam daripada seorang kakak yang baik hati :P
Irfan Naufal -seoarang lelaki yang ego -suka buat hal sendiri dan ikut suka hatinya sahaja apa yang nak dibuat -telah bertunang dan tunangnya sangat sabar dengan perangai Irfan ni -tak pandai nak jaga hati tunang -kuat cemburu -selalu buat tunang dia bersedih dan terasa dikongkong
Arissa Maisarah -tuning kepada Irfan Naufal -seoarang yang penyabar -mempunyai seoarang sahabat karib yang berpewatakkan tomboy segala masalah dia dan Irfan, sahabat dia ni la yang akan menjadi pendengar dan penasihat yang baik
Adnin Najwa -dia menjadi tomboy kerana ada kisah keadaan memaksa dari peristiwa silam -sahabat karib pada Arissa Maisarah -mempunyai kedai butik sendiri -seoarang yang sangat memahami
-Arissa Maisarah bertemu semula dengan sahabat lama dia Adnin Najwa masa sekolah dahulu. Mereka ni ibarat macam adik beradik. Sakit Arissa sakitla Najwa. Diatas satu peristiwa selepas semua ahli keluarga Najwa meninggal akibat kemalangan, Najwa keluar dari kampong menbawa diri. Jadi Arissa terputus hubungan dengan sahabatnya ini. Selepas beberapa tahun mereka bertemu kembali secara tak sengaja masa tu Arissa ni tengah sedih dengan perangai Irfan. Masa ni terkejut Arissa jumpa Najwa, dia ingat terlanggar mamat handsome tapi rupanya sahabat baik sendiri yang menyerupai lelaki ( tomboy )
-Selepas pertemuan ni mereka kerap berjumpa, kerana Arissa selalu meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Irfan si tunangnya. Dalam masa yang sama Irfan secara tak sengaja terlihat Arissa sedang memeluk Najwa. Jadi Irfan marah sangat sebab ingatkan Arissa curang dengan dia. Apa lagi Irfan terus datang dan marah-marah sehingga buat keputusan untuk putuskan pertunagan mereka. Sebenarnya Irfan saja tu ugut Arissa.
-Sehingga suatu hari Irfan buat siasatan tentang lelaki yang selalu bersama Arissa ni. Rupanya seoarang tomboy. Kerana ego dan terlalu marah Irfan nekad berjumpa sendiri dengan Najwa di sebuah hotel. Pada mulanya Irfan hanya ingin memberi amaran pada Najwa tetapi bertukar tragedi selepas Irfan meragut kesucian Najwa.
-Selepas kejadian tu, Najwa sekali lagi membawa diri tanpa memberitahu Arissa. Dalam masa yang sama Irfan pula merasa terlalu bersalah dan berdosa dengan apa yang dilakukannya terhadap Najwa. Atas nasihat si ayah, Irfan mula mencari Najwa untuk menebus kesalahannya pada gadis itu.
-Namun setelah Irfan bertemu gadis yang dicari, sekali lagi dia tersentak. Najwa kini bukan Najwa yang dahulu. Gadis itu telah hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku antara Irfan dan Najwa.
Apa akan terjadi pada Najwa? Apa akan terjadi pada Irfan? Apa pula kisahnya dengan Arissa?
semuanya akan terjawab dalam Kurelakan Kasihmu
suka baca buku ni: -Irfan menjadi insaf denngan apa yang telah terjadi -KeLuarga Irfan yang baik dan penyayang. Irfan yang mempunyai ayah yang baik sebagai pembimbing dan penasihat dia, ibarat seorang rakan karib. -Sifat Irfan selepas kejadian tu boleh buat orang jatuh hati hehe
Adnin Najwa si gadis jelita Orangnya cantik berbudi bahasa Bibir merah bak delima Sopan santun pekerti terjaga
Wawa nama panggilan manja Hidup sendiri sebatang kara Tanpa kasih ibu dan bapa Masih hidup dengan ceria
Irfan Naufal kacak bergaya Handsome giler dan kaya pula Ego tinggi tidak terkata Cemburu pula tebal di dada
Dek cemburu tebal di dada Irfan hilang timbang tara Tambah curiga dan salah sangka Hingga Wawa menjadi mangsa Kepada keragusan Ir yang durjana Mahkota dijaga hilang begitu saja
Demi maruah dan harga diri Wawa pergi membawa hati Takdir tiada siapa yang mengetahui Dipertemukan Ir dan Wawa dalam satu tragedi
Berkat restu mummy and daddy Ikatan ijab dan kabul mengikat 2 hati Ir insaf atas perbuatan diri Kepada Wawa kasih dilimpahi Namun jauh di sanubari Ir resah selagi rahsia tidak dibongkari
Rahsia kini sudah dibongkari Wawa tetap kian membenci Tidak dapat menerima hakikat di hati Si suami peragut kesucian abadi Terpaksa Ir membawa diri Jauh ke Jepun sebagai destinasi
Perpisahan buat Wawa semakin gelisah Mata Wawa yang buta celik sudah Rasa kasih pada suami tidak dapat disangkah Redha kepada cinta yang berputik indah
Yakin Ir adalah yang dikasihi Ke Jepun Wawa pergi mencari Bersama surprise untuk si buah hati Namun luka berdarah kembali Pasrah hakikat yang perlu ditempuhi Menerima Arissa sebagai madunya sendiri Demi kasih kepada sahabat sejati
Apakan daya badai tetap melanda Menduga kasih mereka bertiga Demi kasih sejati suami dan isteri-isteri Segala rintangan dapat diatasi Redha kepada takdir Ilahi Menerima hakikat Arissa pergi mengadap Ilahi
Kurelakan kasih mu novel keempat Siti Auni Kisah cinta penuh onak dan duri Terselit banyak yang boleh dipelajari Bersyukur kita padaNya yang hidup diberkati
Bahasa indah, santai dan bergaya Membuat pembaca terbuai rasa Perit, sedih, gembira semuanya ada Digarap cantik diolah bersahaja
Kepada rakan yang belum ada Terjah Penerbitan Love Novel untuk membeli Insyallah tiada rasa sesal di dada Jadikan KK koleksi untuk simpanan sendiri
seyesly... expect the unexpected... uwaaaa... sangat tak menyangka..
really love jalan cerita dan garapan on how faith RULE! nak lari mana pun, kalu dah qada' dan qadr Allah telah tertulis.. mmg akan jadi. cepat atau lambat jer...
seyesly saya masih menyukainya.. dan makin baca, makin cuak, makin suka, makin menarik...
and again, mmg kena expect the unexpected. even baca belakang dulu pun masih belum tahu wat really happening inside it.. hehee..
Eh tak perasan rupanya novel ni belum diratingkan. ^_^
Apa yang aku fikir..
Aku rasa gaya penulisan penulis semakin baik dan semakin maju. bacaan smooth. dan boleh cair dengan dengan watak hero dia.juga keredhaan Adnin Najwa terima jodoh dengan orang yang dia benci.
Cuma, rasa tidak senang bila baca babak 'rape' di awal cerita. dan ketidakjujuran Irfan bila berkahwin lg satu walaupon sekadar untuk menolong kawan.
Kisah gadis yg terpaksa berpura2 menjadi seorang lelaki kerana takut dan trauma akibat kejadian yang pernah menimpanya. Demi melindungi diri yg sebatang kara, dia berpura2 menjadi seorang lelaki.
Namun sejauh mana dia mengelak, akhirnya dia menjadi mangsa pada Irfan yang ingin membalas dendam kerana menyangka kekasihnya berubah laku kerana jatuh hati dengan si "Pengkid".
Kerana takut dan kecewa diri sudah tercemar, Najwa melarikan diri ke utara dan ingin memulakan segalanya sekali lagi. Berubah imej menjadi wanita semula. Namun hati tetap berduka kerana benih yang ditinggalkan Irfan kini subur dalam rahimnya.
Irfan pula tidak dapat melupakan apa yg telah dilakukan pada Najwa. PEncarian tiadak berhasil lalu dia membawa diri untuk bercuti di PErlis. Siapa sangka pertemuan mereka semula berakhir dengan Najwa yang kehilangan penglihatan. Lalu Irfan berpura2 menjadi insan lain dan cuba untuk memenangi sekeping hati Najwa.
Jalan cerita yang menarik walau sebenarnya saya kurang suka dgn kehadiran watak Sabrina dlm cerita ni. Macam tak berfungsi sangat.
Apa-apa pun... keseluruhan hingga ending mmg best. I like
Suka sangat. Mula2 baca memang benci, meluat, geram kat Irfan Naufal, lelaki egois, jahat, kejam, perasan bagus, terutama sekali bila dia did what he did to adnin najwa. Dia jahat & kejam sangat. Kesian kat arissa maisarah, tapi as i read the story thru, terungkai satu persatu kesedaran & taubat lelaki yg bernama irfan naufal ni. And what do u know underneath it all, irfan naufal memang baik, dan dididik dgn budi pekerti, hanya sekali tu, dia tewas dgn nasutan syaitan, najwa @ wawa plak, kadang2 kita rasa nak luku kepalanya, mengapa nak berahsia sangat? Towards bff dia arissa, kawan/housemate tinie, if only wawa buka mulut & luahkan apa patut... Tak sakit hati. But, all in all feeling very satisfied after reading this, part sedih, memang sedih, tahniah siti auni, membawa satu cerita yg fresh & awesome. Btw tak puas hati dgn sabrina & borhan, patut dorang mendapat balasan, kerna busuk hati & nak aniaya org jer keraja mereka ni.
It took me only 1 day to finished this lovely pink book. Love the cover,but I love the story more.
There is "something" inside this book that catch me from beginning till the end. If you skip the pages while you read it, you may not know the whole story inside.
What more, there's Mimi,Alida & even Tinie inside! Hahaha!
Siti Auni has matured in her writing style. Keep up the good work sis.
best juga ceritanya...baca sinopsis pun dah buat sy tertarik nk baca..tp kalau penulis mantapkan penulisannya lg dalam karya ni, mungkin sy boleh bg 5*..n then ada rasa cm tergantung pasal part antagonis dlm cerita ni..
jalan cerita pula x de nak melalut dan meleret..lg pun x tebal mana..tu yg boleh hadam..
Tidak menyesal beli novel oleh penulis Siti Auni ini. Jalan cerita yang agak menarik. Ada unsur motivasi dan kekeluargaan. Mengisahkan Arissa Maisarah yang putus tunang dengan Irfan Naufal hanya kerana cemburu dan ego Irfan. Dendam Irfan pada Adnin Najwa, kawan baik Arissa telah direncanakan dengan teliti. Irfan rogol Najwa bila Najwa datang ke bilik hotel untuk mencari Arissa yang sangkanya dalam kesusahan dan perlukan pertolongan. Selepas detik hitam itu, Najwa menghilangkan diri. Arissa pula melanjutkan pelajarannya ke Jepun. Irfan sentiasa gelisah dan menyesal akan perbuatannya. Atas sokongan Tan Sri Zainal, Irfan mencari Najwa untuk pohon satu kemaafan. Apabila Irfan tahu Najwa menjadi buta dalam kemalangan yang terbabit dengannya, Irfan tidak lepaskan peluang yang ada dan terus melamar Najwa. Watak antagonis Sabrina memang terserlah dan ada tarikan dengan jalan cerita. Cuma kisah Encik Borhan tergantung sepi. Peranan Encik Borhan yang ada sedikit watak jahat itu terus hilang. Saya memang anti cerita yang ada poligami tapi tidak untuk karya ini. Saya sokong tindakan Irfan untuk menikahi Arissa. Ada sedikit kemusykilan. Kapal terbang yang dinaiki ayah dan ibu Arissa terhempas di Jepun. Jenazah mereka dibawa pulang ke Malaysia untuk pengebumian. Bukankah apabila kapal terbang terhempas hanya serpihan dan cebisan saja akan dijumpai?
Blurb di belakang tu cukup intriguing untuk menarik perhatian pembaca. Jalan cerita yang menarik. Pengakhiran yang memuaskan untuk seorang Adnin Najwa yang hilang segalanya pada usia muda. Penginsafan yang baik untuk seorang Irfan Naufal yang mempunyai ego melambung. Tak sangka boleh sangkut dengan hero berwatakan sebigini tapi everyone deserves a second chance.
Suka benar dengan perubahan watak Irfan. Talk about 360 degrees change! Sedih atas nasib Arissa even though not too keen with her marriage tapi untuk sementara waktu, okay lah.
Rasa penyelitan Borhan dan terutamanya Sabrina langsung tak perlu, macam nak cukupkan ketebalan buku aje. Sudah cukup perasa dalam cerita Najwa & Irfan so kehadiran Sabrina cukup menyesakkan. Tapi ternyata penulis sangat baik hati, diberikan pengakhiran yang ok untuknya.
Ini adalah buku yang saya simpan 9 tahun ya baru dibaca hihi.
Ini cerita tentang Irfan dan Najwa. Bermula dari salah faham yang mengakibatkan peristiwa hitam dalam hidup Najwa yang mengikat Irfan padanya.
To be honest, saya letih membaca buku ini. Bagi saya terlalu banyak scene yang berulang. Sehinggakan saya tak dapat imagine betapa comelnya Najwa kerana terlalu banyak diulang. Ya, saya tau Najwa tu terlampau la comel dalam buku ini tapi please.
Too much airmata juga dalam buku ini tapi bukan saya yang membaca tetapi watak dalam buku ini. Sampaikan saya anggap watak2 dalam ni agak cengeng.
A good point here is, storyline penulis saya suka. How from red flag hero turn to green flag hero. Serasa ini adalah novel pertama saya baca with this kind of storyline.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita yang best dan bergerak in a fast pace. So, takde la rasa lemau.
And expect the unexpected. Obviously, jalan cerita out of cliche (at least, bukanla kahwin paksa) dan tetiba ada new unexpected conflict (poligami). Nice!
Still, you gonna enjoyed the lovey dovey moments antara Irfan dan Najwa. Irfan ni walaupon ego semacam, tapi dia romantik dan baik ngan family members.
Banyak yang aku boleh tak suka dengan cerita ni tapi diselamatkan dengan gaya penyampaian yang santai dan bersahaja. Persoalan2 yang diketengahkan memang berat - pengkid, rogol, poligami - tapi diolah dengan ringan dan (IMO) agak berhemah, walaupun aku rasa penyelesaiannya lebih kepada cop-out/ambil jalan selamat. Unsur2 melodrama pun kurang pasal dihimpit adegan2 sweet/romantik/comel antara hero dengan heroin.
best.jalan cerita yang menarik dan garapan yang tak membosankan.cuma rasanya watak antagonis penggoda tu tak wujud pun tak apa kot.macam tetiba je ada watak penggoda tu.xde effect pun
Irfan, lelaki ego yang tidak pernah menunjukkan rasa cintanya terhadap tunang sendiri, Arissa. Dilayan nak tak nak saja gadis cantik manis yang setia menerima sikap kakunya itu.
Perjumpaan semula Arissa dengan sahabat karibnya, Ad, menyemarakkan api cemburu dalam hati Irfan. Tanpa usul periksa, pertunangannya dan Arissa diputuskan. Walaupun cintanya kuat, tetapi ego menghalang Irfan dari berpatah kembali.
Kini seluruh rasa benci ditumpahkan kepada Ad, tomboy yang dituduh merampas Arissa darinya. Dengan hasutan nafsu dan syaitan, Irfan melunaskan dendamnya.
Ad yang trauma, menghilang sekali lagi dari hidup Arissa. Dia nekad merubah dirinya menjadi seperti dahulu, wanita sejati.
Irfan pula dihantui rasa bersalah. Atas nasihat papa, dia mula mencari Ad untuk menebus dosanya.
Pertembungan dua kereta menemukan Irfan dengan Najwa. Tapi gadis itu kini buta. Irfan nekad melamar gadis itu.
Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Najwa mula menjauhi Irfan selepas mengetahui dosa silamnya. Dan Irfan pasrah lalu membawa hati yang luka ke Jepun.
Najwa yang mulai merindu, menurut jejak suaminya ke Jepun. Tetapi di sana, sekali lagi Najwa kecewa tatkala melihat Irfan bersama wanita lain.
-----
Entah review siapa saya baca, seluruh isi novel saya dah tau. Haha. Jadi saya banyak skip. Saya cuma berminat nak tahu tentang Arissa. Kasihan sungguh pada gadis yang menjadi mangsa cemburu itu. Saya nak dia mendapat kebahagiaannya. Dan kurang 1 bintang kerana kebahagiaan yang dirasakan penulis selayaknya untuk Arissa, tidak sama dengan yang saya impikan. Airmata saya gugur kerana Arissa. Watak yang muncul pada awal dan akhir cerita tetapi meninggalkan kesan mendalam dalam hati.
Kehidupan Najwa yang penuh pancaroba akhirnya menemui bahagia. Halangan penuh liku harus ditempuhi sebelum bahagia menjadi miliknya.
Anak yatim piatu dan sebatang kara. Punyai sahabat rapat bernama Arissa. Semuanya bermula apabila dia kembali menemui Arissa setelah lama menghilangkan diri.
Di situ semuanya bermula. Detik hitam berlaku.... Membenihkan perasaan benci terhadap Irfan. Dan kerana peristiwa itu Irfan nekad.
Apa jadi? Meh baca karya Siti Auni ini. First time baca karya beliau.
P/s: Terasa macam buat review saspen jek. Biasalah baru tengok citer saspens. Mempengaruhi. Ngeeee....
mengisahkan seorg gadis yg dirogol akibat khilaf seorg lelaki...ditakdirkn mengandung dan kemalangan sehingga hilg penglihatan. dtgnya seorg lelaki ingin bertanggungjwb dan tanpa dia sedar lelaki ktu adalah lelaki yg sama pernah merogolnya....bercinta slps nikah itu sungguh indah....keharmonian berumahtangga di lalui bersama...namun apb terbentang nya hakikat sebenar, mapukah si isteri menerima segala nya dgn hati terbuka? jika benar blh terima, kenapa harus ada pernikahan yg kedua?
Olahan cerita yg interesting. Tak bnyk watak antagonis mcm nvel2 lain. Kalau ada pun si Sabrina tu. Tu pun suka mengugut je. Apa2 pun still enjoy membaca. Keep it up writer.