Jump to ratings and reviews
Rate this book

Agent Clone #1

Agent Clone: Misi Pencarian

Rate this book
Dua orang kembar seiras, Arash dan Adam. Meskipun terlihat sama dan sentiasa berada dengan satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang berbeza. Arash seorang ejen handal dalam beraksi dan merupakan seorang pengintip muda yang mempunyai ingatan fotografi. Di dunia luar pula, dialah yang sentiasa disebut-sebut oleh keluarga dan guru-guru.

Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut.

Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang 􀀊’ tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu?

“Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?”

-Adam.

136 pages, Paperback

First published March 25, 2024

4 people want to read

About the author

Haninay

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (58%)
4 stars
2 (16%)
3 stars
3 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Letter From Afifah (Afifah).
136 reviews1 follower
October 24, 2025
✅Agent Clone: Misi Pencarian oleh Haninay

Rating:3.25/5 ⭐

#ReviuBuku:
✨ Sejujurnya, agak sukar untuk saya untuk menulis ulasan ini atas beberapa sebab.
✨ Daripada segi plot, saya okay sahaja tapi saya rasa agak pendek, tapi difahami kerana format buku ini.
✨Sebenarnya gaya penulisan dalam cerita ini kurang berjaya menarik minat saya tapi bahagian lawak kebanyakannya sampai kepada saya. Jadi, itu menyelamatkan juga bacaan saya.
✨Selain itu, tiada lagi watak yang mampu menarik perhatian saya kecuali Adam.
✨Namun begitu, banyak lagi persoalan yang masih belum selesai di akhir buku ini yang saya rasa akan dijawab dalam sekuel nanti.
✨Akhir kalam, saya tahu yang kisah ini kurang berjaya menarik minat saya, tetapi saya mencadangkan buku ini kepada para pembaca yang meminati kisah perisik remaja.
Profile Image for Yumi Teavee.
86 reviews1 follower
July 9, 2024
First nak cakap, kembar ni memang hensem, Arash and Adam duo, kita dapat lihat Adam adalah main character dalam cerita ni. Kesian Adam,sebab kan insiden kepala dia🥲. Arash jaga dia and sayangkan Adam then "poof" member hilang. Baru faham kenapa adam dipanggil agent clone sebab dia iras Arash dan dia boleh mengelirukan pihak lawan but serupa tapi bukan dia. Adam with buku nota so cute,dapat bayangkan cara dia ambik catatan tu🥹.Saya faham perasaan Adam sebab saya sebagai reader pun sentiasa menulis atau buat catatan dalam buku dan perlu menghafal sampai dapat . Ending dia tergantung 😭,nak tahu jugak yang Adam dapat kesan tak Arash,dapat tak diselamatkan?
Profile Image for Sha Mohamed.
2,517 reviews1 follower
August 18, 2025
Cerita penyiasatan dan ejen yang mengancam.. Namun tu lah, bersambung pula..
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.