tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform.
Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama.
Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga.
Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando,
Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.
“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.
“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.
“Ciyeeeee!!!”
Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen.
“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena
“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”
Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya.
Suka betul relationship Umar dan Mika. Nampak Mika cam fragile tapi dia kuat sebenarnya. Kisah ini more POV mika.
Watak Dr Dareena itu agak tak matang. Seperti kebudak²an.. merayu² Umar terima dia.. tergugat dengan Mika sampai keluarkan ayat syiok sendiri. Memang syiok sendiri Dr Dareena ni.. orang tak suka dia terpaling terhegeh²
Nuraini pun sama. Marah dan menyindir Mika.. tak sedar menumpang rumah Mika free of charges je.. mujur Nuraini berpindah @ balik kampung. Dok canang dia la yang jadi tebusan.. musuh letak bom kat badan.. adeh watak² diaorang ni memang syiok sendiri.
Bila baca tentang Komando teruja jugak la tapi tu la ramai komando kat Malaysia ni cam tak handsome je cam dalam novel 🤭😊 maybe ada kot.. F tak pernah jumpa.
Ending dengan kembar best baca. Comel sangat. Setiap bab ada je muka umar dan mika.. last muka umar + kembar. Alalallaal comel giler ! 💕🩷
Dah kalau baca Black Ghost pun dah suka gila even buku tu penuh dengan facts & mission about commando & bab cinta adalah dalam 5%, apatah lagi kalau dalam KDH ni penuh dengan bunga-bunga cinterr Mikanadira & Umar Alhaidar. Penatlah senyum sensorang.
Tak tahulah nak review apa sebab best sangat hahah, kira balancelah dalam ni scenes action dengan romance. Umar punya sweet tu haishh bacalah sendiri. Apa je yang Umar tak buat? Dari nak menghadap bakal mak mertua yang perangai ntah apa-apa tu sampailah nak menghadap dengan pihak atasan tentera lagi. Sangat tenang dan confident ya Umar Alhaidar ni, fuhh. Dan tak sah rasanya kalau penulis RH ni tak letak serba sikit apa-apa ilmu dalam penulisan, bolehlah baca. Dari ilmu tentang tentera dalam perkahwinan sampailah tentang pekerjaan Mika sebagai Certificied Data Analyst di Petronas bersambung ke pelantar. Yess, we stan independent & strong womannn!
p/s - ehem macam biasa saya nak cerita pasal Hamizan pulak hehhe janganlah peram lama sangat!
Not into my liking (ampun, begitu juga dengan cover buku ini)
Marilah kita kupas tentang latar belakang cerita ini, sebagai seorang yang tiada background askar, saya kategorikan buku ini beri ilmu selayaknya untuk orang awam dan penulis dah pun ceritakan latar belakang askar dalam bukunya Black Ghost. Saya suka, sebab tak terlalu memaksa dan smooth sahaja.
Dan untuk adik-adik yang nak sangat buat cerita askar tu, mohon jadikan buku ini sebagai rujukan kemudian hari. Bukan sekadar sentuh bab golongan beruniform ini untuk tarik perhatian pembaca dan isinya penuh dengan delusional. Nak tulis apa-apa cerita berkaitan golongan profesional dan beruniform ini perlukan banyak kajian, jumpa dengan orang yang mahir dan perlukan banyak pembacaan.
Okay done membebel haha.
Mari kita lompat ke karakter cerita ini, honestly saya ada rasa sedikit tidak selesa dengan watak Mikanadira. Saya setuju dengan salah seorang review sebelum ini, Mika dikatakan wanita yang menjaga sentuhannya tetapi kenapa setiap kali dengan Umar senang sahaja ya dia biarkan Umar sentuh dia? Gue stghessss!
Saya juga sangat harapkan kebaikan tentang surah al-Kahfi dibaca ditulis rujukannya. Saya orang awam yang perlukan rujukan untuk tahu amanah penyampaian ilmu kepada orang lain. Ini adab dalam menyampaikan ilmu, termasuk ilmu agama. Saya harap penulis dan penerbit ambil maklum tentang hal ini.
Kurangnya saya tidak suka beberapa bahagian kerana waktu awal-awal tu Mikanadira seperti tidak selari dengan pegangan hidupnya. Tetapi saya tabik hormat dengan perkembangan karier Mikanadira, I hope readers, reading her carrier progress about data analyst is inspiring as we woman have to learn and have a progressive growth in learning.
Dan keputusan Mikanadira tentang karier-nya pada hujung cerita buat saya tersenyum kerana begitulah fitrah seorang wanita. I love her for making that decision.
As this story is mainly about Mikanadira, I do not have any comment about Umar Al-Haidar as his story we all have read it in Black Ghost.
Itu sahajalah komen saya untuk buku kali ini, enjoyable. 4.1⭐
Kalau dah baca black ghost of courselah nak baca buku spin off ni kan 🙊🙊 Ternyata buku ni mmg pilihan yg tepat selepas aku baca buku aksara (syaznixon) yg membuatkan aku termenung ke dinding hahahah. Kita perlukan benda yg manis selepas awan yang kelabu gitu 😌😌😌
For me, nak baca buku ni ada baiknya baca black ghost dulu, sbb kita akan lagi boleh relate dgn situasi dalam novel ni which ada dlm black ghost tapi yg ini kita dapat lihat dari pov Mika 🙂 Macam biasa buku Kak RH sentiasa penuh dgn input especially kerja Mika as Certified Data Analyst 🫡 dan part yang aku suka macam mana author hamparkan yang nak bersama dengan tentera ni bukan benda yang mudah yaaaa. Baca tu aku pun berdebar sekali dan rasa macam kalau aku, aku sanggup ke? 😣 Hahaha, sudahhh tak sanggup nak bayangkan. Sbb tak rasa sis sekuat Mika 😓 Mmg layak la seorang Mika untuk seorang Umar Alhaidar 💕 Seorang yang hebat untuk orang yang hebat gitu. 🙊
Dan the efforts yg Umar buat tu fuhhh 😮💨 Mmg nampak la betapa Umar ni sayang dkt Mika. As Kak RH said delulu is the solulu 🤭, buku ni memang buat kita tersengih2 ya dengan relationship Umar dan Mika 😆 dan aku suka the ‘buddies’ punya relationship dgn Umar. 🫰🏻 Pastu comel nak mam the ending 😍😍 I guess buku ni akan mengubat hati mereka yang sukakan romance more than action. Hahahha. Good closure tp still rasa macam tak cukup 🤣
Papepun, for me i like black ghost more 🩵🩵 Tak tau nak describe perasaannya, tp black ghost tu the definition of action novel which mmg genre yang aku suka kan. So bias di situ ya hahahah. Overall, buku Kak RH selalu rasa mcm special sbb the way penceritaan yang penuh dgn input 💕 #emptycanvashida
Kumbang Di Hatiku merupakan spin off daripada cerita Black Ghost yang memaparkan watak Umar dan Mika. Keseluruhannya, saya suka dengan cerita ini di mana penulis cuba memberikan detail yang terbaik tentang kehidupan seorang tentera begitu juga babak babak aksi yang dipertontonkan dalam buku ini. Ceritanya bagi saya seimbang dari segi percintaan dan kisah hidup watak watak yang ada. Bagi yang merasakan Black Ghost tidak mencukupi, karya ini akan memberikan sebuah penamat yang baik buat pembaca yang ingin mengetahui kisah hidup Umar dan Mika.
Persoalan: Cukupkah 583 muka surat KdHK menebus kenipisan Black Ghost #umaralhaidar sebanyak 373 muka surat itu?
Jawapan: Ya. Saya. Sangat. Puas. Hati. 😊Dahlah saya ‘rempit’ sehari semalam aje baca novel setebal 583 muka surat ni. Ingat Umar aje ke boleh rempit naik superbike. Kita pun sama-sama konvoi ke garisan penamat juga. HAHAHA
Saat membaca KdHK daripada muka surat 1-238 saya terasa sungguh dejavu sebab scene ni ada dalam novel BG tapi dari sudut pandang Umar. Dalam novel Kumbang, Kak Rose ceritakan pula dari sudut pandang Mikanadira. Berhenti pada peristiwa yang terjadi di Menara Petronas. (Yang dah baca BG akan tahu fasal ni) Selepas muka surat tersebut sampailah 583 adalah sambungan daripada peristiwa tersebut. Sampailah diorang nikah dan dapat anak. Jadi puas hati sangatlah baca sambungan kisah mereka ini. Tersengih-sengih macam orang tak betul dah saya rasa. Umar ni bukan hanya Green Beret tetapi juga green flag! Banyak scene-scene yang comel antara dua insan ini. Jadi nak baca yang mana dulu, terserah dekat korang sebab dua novel ni dari sudut padang berbeza. Cuma dalam BG lebih banyak menceritakan pengorbanan – misi dan latihan yang Umar lakukan sebagai komando dari 11 RGK. Romancenya hanya 10%. Tapi dua-dua buku ni best. Banyak ilmu dan pengajaran kita boleh ambil.
Perasaan yang sama juga saya rasakan ketika membaca BG dahuulu, bila dah baca susah nak letak. Jangan ingat dalam ni cerita kisah percintaan Umar dan Mika sahaja, tapi banyak juga ilmu fasal tentera yang diceritakan contohnya, tatacara perkahwinan yang dikelolakan oleh KAGAT, majlis kenaikan pangkat, makan malam Rejimental atau mess night dan banyak lagi. Ada juga fakta mengenai perkerjaan Mikanadira sebagai Certificied Data Analyst di Menara Petronas pada mulanya sebelum bertugas di pelantar minyak di Kerteh. Dan untuk yang dah berumah tangga, Kak Rose ada selitkan tips untuk dapatkan anak lelaki dan perempuan. Untuk saya yang single, main jauh-jauh dulu. Anggap itu satu ilmu yang berguna nanti. 😉
Umar dalam KdHK ni kan boleh buat boleh korang terbaring lagi di taman… pastu sengih sampai ke telinga. Apa aje yang dia tak buat untuk Mika. Nak hadap bakal mak mentua, nak kena hadap pesaing dia dalam merebut Mika… dari segala sisi dia tepis. Sampai sambung PhD pun berkait dengan apa yang terjadi pada Mika. Sayang dia dekat Mika tu tak terkira. Mikanadira pun sama. Nak kena hadam perangai mak sendiri, nak kena faham tugas kekasih hati sebagai tentera yang waktunya milik negara dan pasukan, nak kena hadap penyondol macam Dr. Dareena tu. Dan korang jangan ingat Umar aje sanggup berkorban untuk Mika, Mika pun sanggup korbankan nyawa untuk Umar. Memang pasangan ini sangat serasi bersama. Kalau kau boleh sakit untuk aku, aku pun sanggup sakit untuk kau. 🤧 Auwww.
“Dalam komando, tiada istilah gagal. Saya sayang awak Mikanadira, apapun saya sanggup buat…” – Umar Al-Haidhar
“Setia sahaja tak cukup. Apabila menerima Mejar Umar sebagai suami, bermakna Cik Mika perlu mengangkat suami sebagai ketua. Tetaplah jadi rakan sepasukannya dalam rumah tangga, walaupun Cik Mika mungkin tak akan selalu menjadi keutamaan dia.” – Panglima
“Saya sedar, saya memiliki hati dia tapi negara dan pasukan dapat waktunya.”– Mikanadira
- He is a man who made my standards high. -
“Saya tunggu awak balik, khalifahku yang pemberani.”
“Terima kasih bungaku yang wangi dan tercinta… terima kasih menjadi wanita terhebat untuk abang…”
Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sama juga dulu perangai waktu baca BG. Kusiap tanda dengan sticky notes segala fakta, misi dan scene-scene comel antara Mika dan Umar dari awal sampai tamat ya. Scene-scene dengan buddies Umar tu pun masuk air jugak. Mika dengan Umar terpaksa reda ajelah. 🤣
Sampai tak tahu dah nak review macam mana lagi. Kalau boleh nak cakap panjang lebar lagi, tapi ku macam dah buat karangan dua muka surat dah ni. Baiklah berhenti sekarang. Korang beli dan bacalah sendiri ya. Rasai dan nikmati momen-momen indah mereka bersama. Walaupun nampak tak mudah, bila bersama pasangan yang betul, semua halangan dapat dilalui dengan sabar dan tenang. ❤️
Tahniah buat Kak Rose Harissa untuk KdHK. Apa aje novel akak yang saya tak suka, semua saya suka. Yang belum keluar tu pun saya suka. 😆 Harap dapat baca versi cetak juga nanti. Jangan peram lama-lama sangat tau. 😁
Bila fikir balik, cerita dia agak cliche dimana mak FL nak kahwinkan anak dia dengan orang kaya. FL lost her dad. Got this askar to rescue her from evil people.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Fuh membaca KDH ni kita akan jumpa 3 ketoi perempuan gila dalam novel ni 😂 Geram dengan perangai sekoq-sekoq. Menjadi la pembawakkan tiga karakter tu sebab memang menjengkelkan pembaca. Kali ni memang fokus pada kisah Mika dan Umar, adunan aksi × cinta yang seimbang.
Kumbang Di Hatiku spin off novel Black Ghost, cerita dari sudut pandang heroin, Mikanadira. Kisah cinta Mika dengan abang komando, Umar Alhaidar a.k.a Kumbang. jalan ceritanya menarik juga dan sweet lahai Umar ni, puas hati dengan ending dia.
"Aku memiliki dia, tetapi negara dan pasukan dapat waktunya."
Betul-betul tepat lepas kita habis baca buku ni, terus Kirah taip review. Yall, tolak ke tepi semua lelaki green flag yang pernah wujud di muka bumi atau dalam imaginasi, Umar dah mendahului!!!
Ya Allah, tak tahu nak gambarkan perasaan sebelum, semasa dan selepas baca buku ni. Terlampau banyak benda yang berlaku membuatkan lidah kita kelu daripada berkata-kata dan jari tak mampu menaip sebarang aksara.
Dalam Black Ghost, kita memang auto jadi prebet. BG bersikap 'kelelakian' sebab kita berada di posisi Umar yang berjuang untuk tanah air, agama dan kesejahteraan rakyat.
Tapi dalam Kumbang?
Longlai, adik. Lemah, kakak. Dalam buku ni, astaga! Kau nak apa, dik? Kau cakap! Nak cintan-cintun? Ada!
Nak aksi? Silakan.
Nak ilmu? Meleleh macam air sungai.
Nak giggling? Amboi! Tapi ada yaa HAHAHA MAK LURVE 😭🤚🏼.
Semua perasaan jadi bercampur baur dalam satu perkataan.
BEST. Ini punya best dah tahap mangkuk kedaung best dia. Kita dapat beradaptasi dengan banyak benda. Dia macam tengah ada sales dekat mall, kau punya tangan menggawang tak tahu nak capai yang mana, sebab semua ada!
Kita tak tahu nak review jalan cerita ni sebab terlalu banyak untuk kita cope sampai speechless, tapi this is one of your best masterpieces, Kak Rose 😭. Sudilah hamba bertanya, bilakah pula tuan hamba mahu beri buku baharu? Kalau sudah ada, jangan malu. Keluarkan taringmu 🤣.
Tahniah, kak. Wow. Macam nak libas tudung ke tepi, feeling macam kena angin kat tengah-tengah pelantar minyak lepas baca Kumbang.
Buku yang baik: Bila dia bagi kau rasa berbunga-bunga, tapi tak lupa tarik kau ke dunia. Sodorkan kau dengan kata-kata berguna. Sebab kalau kosong intipatinya, kau ibarat tin yang tak ada apa. Di sini, kau dapat segalanya. Dah baca, terus tak boleh lupa!
Sila ke tepi abang-abang pecah pintu semua, Umar dah disahkan jadi yang terunggul!
BEST WEH!!! LIKEEE OMG SUKA GILAAAAAAAAAA!!!! UMAR IS A GREEN FOREST GREEN UNIVERSE ANYTHING GREEN EVERYTHING IS GREEN. YA ALLAH JODOHKANLAH AKU DENGAN LELAKI SEPERTI UMAR AMINNNN. AHAHHAHAHA
4.99✨ Kurang 0.01 sebab nak lagi. Hehe😜 Lepas dah baca beberapa buku kak RH, boleh kot declare yang kak RH ni my new fav author.
Dah lama sangat tinggalkan dunia GR ni sebab tak reti review. Tapi muncul untuk bagi rating je 😂
Walaupun reading slump melanda, pulun jugak habiskan buku ni. Memang worth it! POV Mika ni akan nampak banyak tambahan dialog, extra perasaan & boleh faham sendiri kalau tiber mika cakap "mata umar nampak berbinar" sebab dari kalau baca Black Ghost kita dah faham yang Umar excited!
Author kata tak baca BG pun takpe tapi bagi saya, bacalah jugak BG biar kita lebih mendalami & masuk dalam scenes yang ada dalam Kumbang.
KDHK ni ada lebih extra manis (ofcos), extra dialog dari BG, extra actions jugak. Kudos to Kak Rose Harissa for another masterpiece 👍🏻🔥
1. Apa yang saya suka ialah perkongsian tentang ilmu kerja. Memang bermanfaat, sangat berbaloi baca. Yang lain-lain tak berapa compelling especially the romance part. At first, I was ready to be struck by their swoon-worthy, but it got cringey out of hand, so no thanks!
2. The writing itself pushed very hard to be outstanding. Suka validation dan pujian umat sekalian alam. Kebanyakan babak heroic mesti ada suara wow daripada orang sekeliling nak tunjuk betapa hebatnya diorang. Sesetengah dialog ada yang terlalu staged dan formal. Tak natural. Mewah dengan kosa kata tapi tak lari daripada pengulangan yang ketara: sontak, sorot, crucial dan banyak lagi.
3. Watak Umar tertunjuk sisi rempit, kurang gentlemannya. Sorry... he was not doing his best to catch my feelings. Mika, malas nak komen tapi seksanyaaaa baca POV 1 yang overbearing ni. Kalau POV 3, mungkin saya akan lagi enjoy.
4. Hubungan mesra: sentuh, peluk dengan selamba (normalizing, no?). Ada masa berlapik (kalau mode tengah acah-acah islamic) tapi ada masa gatal, nak jugak berpegangan. Dengan Aiden tak nak salam tapi dengan Umar redah semua benda. Dan drama Dr Dareena yang sengaja dicurahkan untuk jadi perencah, saya tolak tepi atau lagi tepat... yes, saya skimmed. Tak lalu nak baca. Not to forget, the tips/tricks mentioned for that particular topic felt potentially off-putting.
Mikanadira benci dgn anggota pasukan beruniform dek kerana satu kejadian. Tetapi takdir berkehendak sebaliknya. Pertemuan dgn Umar telah mengubah segalanya. Seiring waktu, sang kumbang tak pernah lupa akan bunganya walaupun Mika sebaliknya. Bagi Umar, pertemuan pertama itu dianggap tidak sengaja. Kali kedua mungkin hanya kebetulan. Tapi kali ketiga selepas 8 tahun? Serendipity! Umar tekad mulakan langkah. Tapi apa terjadi bila ibu Mika merencanakan hal yg berbeza? Apa yg berlaku bila Hakimi muncul semula dlm hidup Mika?
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
KDH ialah spin-off kpd BG-UA. Boleh kata, suku isi KDH adalah scene yg dipetik drpd BG-UA & diceritakan semula drpd sisi POV Mika pula. Buku ni ibarat counter balik la perasaan kita lepas dah habis menyelami dunia Umar sbg komando. NAH INI BUKUNYA! For you, wahai romance lover! Berdelululah kita dari awal bab sampai habis!
"𝑼𝒎𝒂𝒓..." "𝒀𝒂 𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂..."
Buku ni level manis dia... mcm lori gula tumpah! Langsung tak bagi chance kat kami yg single ni 🤣 Umar excel really well. Jgn ingat dia bijak bertempur saja eh. Dia pun bijak mengayat tau! Sbb tu la dia hero komando no 1 buat masa terkini 🤭 Dan character Umar pun didukung kuat dgn wujudnya watak Mikanadira sbg partner. Mika yg berpendidikan, firm, independent, slay, wanita yg hebat! Mmg selayaknya Mika bersama Umar. Chemistry kebabom!
Siapa ja yg tak terharu kalau ada di tempat Mika? Efforts Umar? TIPTOP! Treatment Umar tu buatkan engko rasa that you're worth fighting for. Umar be like—I will do everything in my power to be with you & make you happy. Tersentuh baca surat Umar utk Mika. Tersentuh yg sampai... berair jugak la mata ni haa sbb terharu 🥹 Mmg patutlah Mika cakap Umar tu dah sets the standard so high!
I really enjoy all those brotherhood scenes dlm KDH. Buddies Umar ni kuat menyakat. Tapi at the same time, they're all real-hard supporters for Umar & Mika. Umar pulak jenis yg straight forward & tak selindung2 dah—Mika tu bakal bini dia! Haa lagi la kuat buddies Umar menyakat si bujang terlajak tu 😂
Walaupun KDH melimpah dgn scene yg manis, tapi masih terselit ilmu2. Baru tahu banyaknya step utk nak lulus kahwin bagi seorang komando. Tak expect that struggle! Even sbg pasangan pun, tak mudah ya nak bersama dgn komando! Facts about Mika as a Certified Data Analyst pun ada. Tapi bukan tu ja, banyak lagi ilmu & tips2 lain. (p/s: Tapi tips tu pun tunggu masa yg sesuai la eh 😅 Org kata, simpan dulu for future reference 😂)
Oh ya! Dlm KDH ni sekali lagi kita akan jumpa dgn Nuraini bimbo. Tapi kali ni ada tambah lagi sorang—Dr Dareena! Dua2 ketul ni mmg perlu dicepuk secara berjemaah ya! Overclaimed! *side eye sikit. Character ibu Mika pun tak kurang jeleknya. Dan realitinya, mmg wujud manusia mcm ibu Mika—memperjudikan masa depan anak semata2 utk hidup senang.
Personally, I suggest you read both books. Sbb for me, KDH ibarat pelengkap kisah dlm BG-UA. Bila baca kedua2 buku, lagi nampak the whole story drpd both POV Umar & Mika. Kalau rasa ending BG-UA tu mcm rushing, then try sambung baca KDH pulak. You'll get to see their journey together. So kita akan rasa lebih lengkap both actions and romance tu—blend well.
YAA TOLONG BACA!! This book is worth your time, don't worry ✨ Sila baca & analyze sendiri kenapa ramai org dah claimed yg Umar tu hero favourite diorang. Look at his efforts & actions towards Mika. Try to read first, only then you'll know 😉
Disclaimer: Umar Alhaidhar, Ara punya! Tapi, kalau bapaknya tu kena berebut, takpalah saya rela undur diri tapi saya nak dua ketul kembar yg comel tu 🙈 Mana la tahu in the future, kak RH nak buat kisah Ufai & Unal Arfaaz pulak ke. Boleh la saya claim siap2. Kbye! 😂
Aneh, ceritanya bernuansa romansa, namun menambah cinta kepada tanah airku yang tercinta❤️ 🇲🇾. Karya kak RH kali ini, benar-benar membuka satu dimensi kesedaran yang baharu kepadaku. Betapa bertuahnya kita rakyat Malaysia ada pasukan khas yang hebat lagi penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Mungkin komen sebegini lebih sesuai pada novel Black Ghost (BG), tapi hakikatnya belum kubaca novel BG. 😂
Baca novel ini pun dah buat aku mencari maklumat berkenaan ketenteraan 3 hari sudah. Harapnya baca BG nanti senanglah utk penghayatan.
Kisah Kumbang di Hatiku ini ialah spin-off daripada BG. Katanya ramai tidak puas baca kisah Kumbang dgn bunganya. Dalam naskhah kali ini saya percaya, para pembaca akan lebih puas menghayati kisah cinta penuh dugaan ini. Di samping tu, kagum teramatlah dgn heronya Umar aka Kumbang yang sudah sebati falsafah komando dalam hidupnya. Hero cepat bertindak, matang dan tidak mudah mengalah dengan dugaan utk menghalalkan cinta hatinya. Sungguh, kagum!
Dan aku rasa antara kelebihan RH adalah apabila dia membangunkan cerita, watak dan latarnya sangat hidup. Kita dibawa menyelusuri kehidupan seorang komando. Dalam tugas yang penuh siap siaga tetap ada kisah cintanya. Yolah, manusia kan...
Watak heroin, Mikanadira pun penuh pengajaran baik juga, terutamanya utk adik-adik yg baru nak kenal cinta. Pandai jaga diri, tidaklah terkinja-kinja apabila si hero mengungkap cinta. Berhati-hati dalam mempertimbang dan menerima cinta. Plus, gadis berkerjaya hebat you!
Keseluruhannya, terbaiklah karya ini! Again n again kak RH sentiasa membuatku kagum dengan garapan magis beliau. Penulisannya berinti, bukan biasa-biasa menambah ilmu buat para pembaca. Terima kasih tak terhingga buat kak RH! 😘❤️🫶
Buddies full-time kerja komando, side gig jadi pelawak. Orang tengah dating? Petik gitar main lagu jiwang. Orang tengah gaduh dengan doktor? Petik gitar lagi. Terkekek-kekek baca.
Awal dan tengah, romance diselit-selit. Bila hujung memang romance habis. Yelah, dah kahwin, haha.
Buku ini sarat dengan ilmu agama. Ayat-ayat Umar penuh dengan ilmu.2 muka surat hanya tentang hadis dan pandangan ulamak. Rose Harissa memang boleh percaya buat research 🙌
Sangat suka Mika ni watak girl boss. Supports other women and looks at other people with respect. I mean, I get it, Umar. That kind of woman amazes other ladies too.
Tak mengecewakan, banyak juga babak action. Baru rasa sekuel buku pertama. Oh, kalau dalam buku pertama ada bahagian rasa macam kena 'scam', dalam ni pun ada. Kalau faham, fahamlah 😛
TAPI, buku ini bacaan untuk orang dewasa. Banyak perbincangan tentang hubungan suami isteri walaupun ilmiah dan tak kotor. Rupanya ada tarikh makruh, ada cara tidur malam, ada metod sains lagi. Walaupun yang baca single, dapatlah tahu menahu.
Soalan utama; ada ke manusia macam Umar ni? Selain ciri-ciri yang dah sedia ada sebab kerjaya, Umar ni bijak, bab agama tiptop, emotionally secure, great communicator kecuali bab-bab rahsia, jaga bahasa. Eh, semua dia sapulah!
Spin off Black Ghost #UmarAlhaidar yang amat sempurna bagi saya. I wish i could read it like the first time again 🥹 ya Allah… rasa nak lipat bumi jiwa single saya baca naskah ni. Betullah bak kata penulis, memang delulu habis. Umar Alhaidar yang terlalu sempurna; green beret & green flag 🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳 Mikanadira pun ditulis sebagai FL yg mandiri dan kuat. We stan both strong ML & FL 😭♥️
saya suka baca naskah ini sebab walaupun ianya karya fictional, tapi boleh nampak penulis lakukan ‘homework’ dan kajian yang baik dalam penulisan bagi menghidupkan setiap watak. boleh rasa seolah-olah kita berada dan hidup bersama dalam scene (terutamanya aksi) berkenaan. Juga, sayu hati bila baca POV keluarga dan isteri yg ditinggalkan untuk perjuangan. mungkin saya sendiri tak sanggup berada di tempat kalian. moga Allah lindungi terus kita dalam tiap perjuangan masing-masing.
Apa pun, terima kasih sebab hadirkan naskah ini. Antara naskah terbaik, bacaan saya untuk tahun ini! 🌟 Lagi membara semangat patriorism dalam diri, untuk terus hargai jasa dan pengorbanan para barisan hadapan dalam memastikan kita boleh terus lena di malam hari dan orang tersayang dalam keadaan aman. Selamat Hari Kemerdekaan semua, semoga Allah terus memberkati, melindungi dan memakmurkan Malaysia 🇲🇾♥️
Okay, aku sebenarnya berbelah bagi nak bagi 3 atau 4 bintang. Sebabnya aku ambil masa 5 bulan untuk habiskan buku ni. .
Waktu baca buku Black Ghost dulu, aku dah semangat nak sambung terus dengan buku ni. Kononnya sementara mood tu masih ada. .
Tapiiii... .
Taktik tu rupanya tidak menjadi untuk aku, dan untuk buku ni. .
Sebabnya, ia jadi redundant. Info yang sama. Cerita yang sama, tapi dari pov yang berbeza. Hasilnya, aku dah tak berapa excited sebabnya aku dah tahu jalan ceritanya. .
Cumanya, aku perasan, bila dah beberapa kali bukak tutup buku, sampailah dah half of the book, dah masuk few months later, aku dah semangat nak habiskan buku ni, sebabnya, aku dah lupa plot dalam buku Black Ghost tu. hahah. So, ni dah dikira aku baca something yang baru la. .
Okaylah, as being said by the author, buku ni dihasilkan to feed our dedulu. So, memang romance la. .
My favourite part would be the end of this story. Part baby kembar tu. .
Buku ni best je sebenarnya. Cumanya kalau korang jenis macam aku, yang mudah bosan dengan repetitive story, please take a break. Baca buku lain dulu. .
p/s: aku lebih prefer kalau 2 buku ni, digabungkan je sebenarnya. Sebab hampir sama.
Bila korang dah menelusuri kisah Umar AlHaidhar dalam Black Ghost, korang wajib baca novel ni pulak sebagai pelengkap kisah antara Umar dan Mika .
Spin off. Korang faham sendiri la. Kisah Kumbang DiHatiku Ini dari sudut watak Mika .
Dari novel black ghost aku memang tak puas nak baca kisah Umar dan Mika. Dan bila terbitnya Kumbang Di Hatiku, aku puas. But kalau boleh nak lagi. Mengade kan .
Ramai yang cakap, novel ni bersemut. Dan aku akui. Manisnya tahap potong kaki. Blushing jee time aku baca. Aku suka Umar yang sangat2 protective terhadap Mika. Memang aku senyum sorang2 time babak2 manis muncul 😆 .
The most favourite part aku dalam novel ni, bila Umar dan Mika dikurniakan anak kembar lelaki. N the best bila si kembar memakai uniform seperti ayahnya. Aaaa serius part tu belayar2 diminda aku. Comel .
Jujur aku cakap, Kak Rose Harissa memang favourite penulis aku sejak Dari Alaf 21. Jadi, penulisan beliau memang aku takkan baca blurb, terus beli. Terlalu adore dengan karya2 beliau .
“Set high standards for how you’re treated by guys and watch as the undesirable ones fade away, leaves u with a better chances of finding a decent guy.” - Papa Mika .
So this is POV dari Mika i can say omg ulalala 😃😭🫦 we all need Ummar Alhaidar in ourlife!!! ☝🏻❤️🔥😻 sejujurnya i tak expect it will manis sebegini 😭🦋 Dekat Black Ghost scene ummar and mika tak banya boleh kata 90% action 10% romance tapi bila Kumbang dihatiku it make my emotion 📈📉📈📈📉📈📉. I remember masa baca black ghost Buddies Ummar pernah kata nanti kalau ummar dah jumpa calon biar dorang interview calon ummar then dekat Kumbang dihatiku really happen 🤣🤣 boleh dikatakan pembacaan ini agak ringan(??) maybee bcs sometimes i rasa benda tu ringan but turn out when ummar kena operasi so on i rasa macam i mika 😭😭 but to me paling sedih is mak mika buat dekat ummar yang paling akhir tu i don’t expect she will like that to ummar and mika. I suka baca rose harissa pun salah satu very have a ilmu baru i got, alhamdulilah 🤲🏻 THENN ONE THINGG ABT UMMAR!!! omgg i can say dia really different u know right wht i mean how he treat mika is very (chef kiss) 🤌🏻 how he style 🫦☝🏻😃 really nak jadikan my husb—- sorry mika 😔🙏🏻 PERINGATAN TO ME BACAAN INI AGAK BETTER 18 above 🙏🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Thank you my dear bestie sbb belikan novel nih utk ku❤️
One of my favorite novel I have ever read! Rase mcm nak bace balik je, tapi takkan nak bace benda yg same kann. And also buku nih kejap ii buat aku blushing tue lah yg buat aku nak bace baliikk .Setiap kali aku bace buku nih buat aku jadi mcm gile dlm bilik sorang ii, sbb gelak sorang ii nangis sorang ii blushing sorang ii.. mcm ii lah!😭
Infinity star for this novel, MWUAH LOVE THIS NOVEL❤️
This story/novel is now stuck in my brain foreveeerrr♥️♥️♥️
*Btw diorang nih sweet gile. Nak mampos aq kat dlm bilik, bukak je buku dah nak mampos*
Sori sbb kemungkinan ada Salah bahasa, bkn ape tapi mcm malas sikit nak betulkan.
Finally ada sambungan dan spin-off dari Black Ghost.
Seperti beret yg dimiliki, Umar sememangnya Green flag yg unggul. Dedikasinya terhadap tugas, cintanya pada Mika tersangatlah 💯
Love it so much, how he approach Mika, and how he treat her. Urghh such a gentleman.
Also don't forget our beauty Mikanadira. Beauty woth brain. Lurve sangat. Love it sangat bila nampak and feel how Mika fight for herself. Dia bukannya jenis gadis yg menerima apa saja yg orang katakan pada dia. She proof otherwise than that. Selepas apa yg jadi pada hari penculikan tu, dia tetap unggul and teguh dalam karier dia sebagai Data Analist.
Love sangat how this story show you about love, family and how we fight for our own happiness.